Friday, June 24, 2011

Teh Ais dan Batu Karang

Teh Ais yang sedap


Info ini adalah untuk diri saya sendiri yg setiap hari akan breakfast dengan teh o nipis panas (tetap ada teh kan, tambahan pula setiap hari bekerja) dan juga untuk mereka2 yang ingin berkongsi info kesihatan ini bersama saya.


Tahukah anda, disebalik kenikmatan dan kebaikan teh yang diperkatakan itu, teh ais menyimpan potensi yang membahayakan kesihatan. Sebuah kajian yang dilakukan oleh Loyola University Chicago Stritch School of Medicine menunjukkan bahawa kekerapan mengambil teh ais secara berlebihan boleh meningkatkan risiko menderita penyakit batu karang.




Batu karang




Seperti dipetik dari akhbar Times of India, teh ais mengandungi kuantiti dan konsentrasi tinggi oksalat (oxalate acid), salah satu bahan kimia utama yang membantu dalam pembentukan batu karang. “Bagi mereka yang memiliki kecenderungan sakit batu ginjal, teh ais secara jelas menjadi minuman terburuk,” kata Dr John Milner, pembantu profesor di Department Urology, yang turut membantu dalam kajian itu. Milner mengatakan, teh panas juga sebenarnya menyimpan kesan buruk yang sama.

Penyediaan dan penyajian teh panas biasanya lebih sedikit kuantitinya. Secara logiknya pula,  orang meminum teh panas tidak akan sebanyak bila meminum teh ais. Sangat jarang orang mengambil teh panas ketika haus. Berbeza dengan teh ais, di mana banyak orang sanggup meminumnya lebih dari segelas ketika haus dan cuaca panas.

Oleh sebab itu, Milner menyarankan agar mereka ini menggantikan pengambilan minuman itu dengan air kosong, atau mencampurnya dengan limau. “Limau kaya dengan kandungan citrates, yang dapat menghambat pertumbuhan batu karang,” kata Milner.


Batu karang adalah kristal kecil yang terbentuk dari mineral dan garam yang biasanya ditemui dalam peluh, ginjal atau saluran kencing. Mineral tak terpakai itu umumnya akan keluar dari tubuh bersama urin, tetapi dalam keadaan tertentu boleh mengendap dan membatu di dalam saluran kencing. 



Batu karang yang sebenar



Para pengkaji juga menyenaraikan sejumlah makanan lain yang berpotensi mendatangkan bahaya kesihatan. Mereka antara lain menyenaraikan: bayam, coklat, kekacang, garam, dan daging. Sebaiknya, pengambilan teh ais dan makanan-makanan itu diambil secara sederhana demi kesihatan ginjal. Sertakan pula pengambilan itu dengan makanan tinggi kalsium yang dapat mengurangkan oksalat dalam tubuh. Dan, tentu saja perbanyakkan meminum air kosong.



Semoga kita sentiasa terarah kepada cara hidup yang sihat!


Credit


Sharing is caring!

Thursday, June 23, 2011

Mealshake yang Istimewa !!

Salam Bahagia buat semua.

hari ini saya ingin berkongsi keistimewaan Mealshake Shaklee terutamanya buat kanak-kanak dan bagi dewasa yang lebih sukakan supplement berbentuk cecair :)
MEALSHAKE
"Dalam kehidupan seharian yang sentiasa aktif dan serba pantas, kanak-kanak tidak mempunyai masa yang cukup untuk menikmati makanan yang seimbang.  Oleh itu, Shaklee Meal Shakes menjadi pilihan terbaik bagi mereka kerana ia merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic.  Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain.  Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat.  Pilihan protein soya terbaik anda."Petikan dari Shaklee http://www.shaklee.com.my/bm/prodview_body.asp?prodcode=20321

Mengapa saya katakan bahawa Mealshake ini istimewa?

1.      Nutrisi yg Lengkap : Menyediakan 24 jenis vitamin yang penting, mineral dan mineral tambahan.  Kekurangan mineral tambahan akan mempengaruhi dalam proses penyerapan vitamin penting dan juga aktiviti enzim yang tidak aktif. Mengandungi soy lecithin yang bekerjasama bersama-sama dengan vitamin yang larut lemak (A,D,E, K) (Provides 24 types of A to Z essential vitamins, minerals and trace minerals. Deficiency in trace minerals will affects the absorption of vitamins and causes inactive enzymes. It also contains soy lecithin that works hand-in-hand with fat soluble vitamins)

2.      Nutrient penting buat sel tubuh :Kaya dengan protein (tampa lactose) yang membantu dalam pembentukan kulit, kuku, rambut, organ, darah, cel yg terimmunisasi dll. (Rich in protein (contain no lactose) that helps in forming skin, nails, hair, organs, blood, immunised cells etc.)

3.      Membantu Tumbesaran :Mengandungi asid folic, biotin, kalsium yang tinggi dan juga magnesium yang diperlukan untuk pembentukan tulang dan sel semasa proses tumbesaran.(Contains folic acid, biotin, rich in calcium and magnesium that are needed for building bones and cells in the growing up process.)

4.      Anti Oksida :Mengandungi komponen anti-oksida untuk anti-penuaan seperti vitamin A, C, E, zink, selenium (Contains vitamins A, C, E, zinc, selenium which are the anti-oxidant components for anti-ageing.)

5.      Mengekalkan kompleksi kulit :Mengandungi vitamin B-complex, zat besi, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, dan memperbaiki tekstur kulit. (Contains complete vitamin B-Complex, iron, copper to form healthy red blood cells, thus improves the skin colour complexion.)

6.      Detoksifikasi :Kaya dengan fiber yang membantu proses peristalsis kolon untuk mengeluarkan lebihan lemak dan bahan buangan dari kolon (usus besar) dan perut.(Rich in soluble fibre that helps the (peristalsis of colon and stomach/bowel movement) to excrete excess fat and waste from the colon and stomach.)

7.      Rasa yang sedap :Minuman yang sedap bersama fruktosa semulajadi, dapat menggantikan nutrient yang penting dengan cepat, tidak mengandungi pewarna tambahan dan gula tambahan.  (Delicious drink with natural fructose; quick replenishment of the necessary nutrients for the body; contain no artificial colouring and artificial sugar)

Dan ini pula testimoni dari blog Pn Lia.. JOm baca..

Testimoni dari Kak Ayu (ofismate saya tentang anak sedaranya yang baru 3 minggu mencuba Shaklee Mealshake..):

"Sebelum ni Alif kalo makan dia mesti tunjuk 4 jari dia..maksudnya, cukup 4 kali (4 suap) dah tak nak makan dah..bukan sebab dia ada cacing ke ape ke..tapi memang dia taknak makan .. pastu badan..alahai kurus kering je..umur 4 tahun..anak-anak orang lain umur 4 tahun semua berisi..dah ler makan 4 suap je, pastu takde ulang2 dah makan..haiii...risau dibuatnya..kang tak cukup zat lar..kang terbantut lar perkembangan otak ke ape ke.. tapi, AlhamduLILLAH, lepas 3 hari try Shaklee Mealshake, Alif dah mula menampakkan perubahan..dia dah mula mintak makan..dan makan pun takde ler tunjuk 4 jari dia tu dah..makan abes sampai dia betul2 kenyang..and takde dah makan benda2 merapu tu..dan dia mula nampak aktif, ceria dan sihat.. sekarang ni bila waktu makan, dia dulu duduk di meja makan..kalo dulu panggil makan dah duduk kat meja makan pun tengok makanan je..masaklar sedap macamane pun dia cam takde selera nak makan..sekarang ni makan nak, siap kadang2 tu mintak makan walaupun baru few hours lepas makan..AlhamduLILLAH..."

credit to mamafaiz.com

mahu mencuba Mealshake ini? Mari cuba bersama2 dengan saya dan anak saya, dengan harapan anak saya juga mendapat nutrient yang penting dan sihat sentiasa :)



Sharing is caring!

Wednesday, June 15, 2011

Cyst mengecut setelah consume GLA Shaklee

Salam bahagia buat semua,
Di bawah ini adalah testimonial dari Dila yg berpengalaman mempunyai cyst pada ovari. Berkat kesabaran mengambil GLA, cyst itu kecut dari 5cm kepada 2.73 cm. Kita baca pengalaman Dila di bawah ini: 
Selepas bersalin anak pertama, saya pergi check up seperti orang lain juga. Check up yang pertama adalah sebulan selepas bersalin. Pada hari appointment, doktor macam biasa, scan perut untuk pastikan rahim kecut seperti asal. Alhamdulillah, rahim dah kecut macam biasa...tapi, tiba-tiba doktor dapat kesan ada cyst di ovari saya....Dah besar 5cm katanya....
" An ovarian cyst is any collection of fluid, surrounded by a very thin wall, within an ovary. Any ovarian follicle that is larger than about two centimeters is termed an ovarian cyst. An ovarian cyst can be as small as a pea, or larger than an orange.Some ovarian cysts cause problems, such as bleeding and pain. Surgery may be required to remove cysts larger than 5 centimeters in diameter - Wikipedia "
Air muka doktor macam cuak je...Mula-mula saya tak pasti apa itu cyst ovari dan kesannya....dia kata tunggu next appointment, scan tengok mcam mana....kalu perlu, kne operate buang...
Operate? Alamak....seumur saya tak pernah kena bedah...dan sememangnya taknak operate...sebab apa yang saya tahu, bila operate ni seolah-olah kita dah ganggu sistem badan kita....kesian badan kita....masa bersalin dulu pun, saya dah berazam dan cakap dengan doktor, nak bersalin normal...Alhamdulillah, Allah permudahkan...
so, doktor set kan tarikh untuk next appointment...
Next appointment pada 09/02/2011, saya scan lagi dan cyst tu masih 5.37 cm...Inilah gambar scan saya...
scan_cyst_01_800x613
Doktor dah mula plan nak operate saya...takpe, dia bagi can lagi sehingga next appointment utk pilih tarikh memandangkan anak saya baru 4 bulan dan fully breastfeed..Klau boleh, dia cadangkan saya operate bila anak dah umur 6 bulan supaya dah mula makan dan tak sepenuhnya bergantung pada susu badan...
Balik rumah, saya dah risau..saya memang nak elak daripada dibedah.
Terus saya tanya senior saya, kak cery, ada ke produk Shaklee untuk rawat cyst ovari ni? Beliau rekemenkan saya dengan GLA Complex dan saya mula makan pada awal bulan April.
Pada next appointment iaitu 04/04/2011, Saya scan lagi dan ukuran diameter berkurangan menjadi 5.03 cm.
scan_cyst_02_800x613
Doktor masih rekemen untuk bedah....saya minta tunggu lagi hingga next appointment pad 13/05/2011, tibalah pada tarikh untuk saya operate untuk buang cyst tersebut
Untuk kali terakhir, saya minta doktor scan dan ukuran diameter cyst tersebut menjadi 2.73cm !!! Anda boleh lihat pada gambar scan ni ada tulis diameternya tu...
scan_cyst_03_800x613
Alhamdulillah, syukur kepada Allah sebab saya tak jadi dibedah..So, apa yang saya amalkan selama 2 bulan ni?
1) Mengambil vitamin Shaklee GLA Complex
GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel. GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan.
GLA atau nama penuhnya Gama Linolenik Asid berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan kita. Boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.
Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli.
2) Memakai Pad Herba Avail
3) Mengamalkan baca doa untuk mengecilkan bengkak:
      " Wahai Allah yang maha mengecilkan benda yang besar dan maha membesarkan benda yang kecil, kecilkanlah pada dia (sebut nama pesakit). Ya Allah wahai  yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani...."
- Doa ini dibaca pada segelas air lalu diminum 2 kali sehari
Alhamdulillah, lepas je jumpa doktor, saya terus ke surau untuk sujud syukur....Sesungguhnya tiada yg lebih berharga daripada anugerah kesihatan yang baik....Syukur alhamdulillah....

Mahu Mengira Jumlah Keperluan Air Harian Tubuh Anda?

Salam semua.

Saya akan kongsikan hari ini bagaimana untuk mengira keperluan air kosong yang diperlukan oleh badan setiap hari. Pengiraan ini berdasarkan berat badan dan boleh refer di website HSE Department. Namun begitu, jumlah pengambilan air juga bergantung kepada aktiviti seharian dan juga mengira faktor persekitaran contohnya cuaca.

-ihsan google-


Mari kita mengira sama-sama. (macam dalam kelas pulak :D)


Formula 1:

Weight in kilogram/30 = _______ liters (jumlah air min yg diperlukan)

Contoh;
Berat saya 56kg. Jadi, 56kg/30 = 1.866 liter



Formula 2:

Berat (pound)/2 = _________ oz (jumlah air min yg diperlukan)

Contoh;
Berat saya 56kg. Jika 1 kg = 2.2.462262 pounds; maka 56 kg = 125.7886672 lbs

Mengikut formula;
125.789/2= 62.8945 oz (jika 1 US fluid oz = 0.0295735296 liters); oleh itu
62.9 oz = 1.86 liters.


Mengikut pengiraan, sebenarnya setiap 25kg anda memerlukan 1L air. Betul? ;)


Oleh itu, untuk keperluan harian, saya sepatutnya mengambil MINIMUM (plus minus) 1.87 liter air setiap hari. bagi saya sebagai contoh yang paling dekat (takut ambil contoh org lain mengundang kontroversi) Itu adalah minimum, setelah ditimbangtara dengan aktiviti saya yang memberi lecture dalam kelas dan membuat praktikal makmal Biology kepada student, saya memerlukan sekurang2nya 2liter dan mungkin lebih. Belum campur dengan aktiviti memerah otak membuat soalan exam, soalan test, dan kerja2 pejabat yang lain. Oh ya, itu hanya aktiviti di tempat kerja. Balik dari kerja? Ya, aktiviti di rumah pula. Jadinya boleh dianggarkan sendiri keperluan air setiap hari mengikut keperluan individu masing2.



Bagi mereka yang mengambil supplement mestilah mengambil 3liter air untuk memastikan kepekatan darah sentiasa berada dalam keadaan seimbang. Air sangat2 diperlukan untuk meningkatkan metabolisma badan, menyingkirkan toksik, menstabilkan kepekatan darah dan meningkatkan proses penyerapan vitamin. Boleh lihat di sini untuk maklumat lanjut.  Begitu juga bagi ibu-ibu yang menyusukan dan juga mengambil supplement perlulah meningkatkan pengambilan air sebanyak 3liter setiap hari. Boleh juga rujuk di sini untuk artikel yg berkaitan. Terlalu banyak air sehingga kembung perut? Tidak. Jangan risau, bukanlah minum sekali teguk 3liter. Minumlah sedikit2 dan paling sesuai menyediakan bekas minuman agar kita dapat mengukur kuantiti air yang telah diambil.

Selepas ini, anda boleh tentukan sendiri jumlah pengambilan air harian untuk kekal sihat dan cergas setiap hari :)


Sharing is caring!

Tuesday, June 14, 2011

GLA Complex SHAKLEE

-ihsan Google : wanita dan kecantikan semulajadi terserlah tanpa mengira usia-




Suplemen Evening Primrose Oil, atau dengan nama singkatan nya EPO, amat masyhur di kalangan wanita. Ada yang menggunakan sejak dari muda, ada yang mengamalkan bila dah berusia, terutama apabila hampir-hampir menopause, dan tidak kurang juga yang menggunakan setelah berumah tangga, untuk menstabilkan hormon kewanitaan. Pendek kata, ada sesetengahnya yang berkata, "Kalau tak ambil suplemen lain pun takpalah, asalkan jangan skip makan EPO". Begitu sekali impak EPO kepada kaum wanita!

Di Shaklee, kami tidak mempunyai vitamin yang di panggil EPO, namun, Shaklee ada vitamin yang lebih baik daripada EPO, yang dikenali sebagai GLA Complex. Owh ya, dalam GLA Complex ini, turut ada kandungan Vitamin E dan Minyak biji matahari.

Kenapa kami konfiden yang GLA Complex Shaklee lebih baik daripada suplemen EPO di pasaran? Ini kerana, ramai yang tidak tahu, bahawa sebenarnya, kandungan bahan utama di dalam EPO ialah GLA -gamma-linolenic acid. Sedikit petikan daripada NCCAM.


* Evening primrose oil is extracted from the seeds of the evening primrose. *
Evening primrose is a plant native to North America, but it grows in Europe and parts of the Southern hemisphere as well. It has yellow flowers that bloom in the evening. Evening primrose oil contains gamma-linolenic acid (GLA), an essential fatty acid. Essential fatty acids are required by the body for growth and development, and must be obtained from the diet.

Jadi, apakah kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex nie?


  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan - for those trying to conceive baby!
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid) - abdominal pain, breast pain
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf

Monday, June 13, 2011

Mizz Nina, kesihatan, kecantikan & Shaklee

Testimonial ini diambil dari keratan majalah Rapi keluaran May 2011. Mizz Nina, yg turut menjadi pengguna SHAKLEE  juga turut mengamalkan supplement SHAKLEE untuk menjaga kesihatan dalaman dan luarannya.

Mari kita lihat keratan artikel ini. Gambar kredit kepada Nor Azrinna & Kiosk
Muka hadapan Rapi Mei 2011



Keratan artikel


Mizz Nina mengamalkan multivitamin (Vita-Lea), vitamin C, zinc dan B-kompleks. Banyak kelebihan supplement2 ini yang boleh dikongsi sesama pengguna Shaklee.
Yang baik jadikan tauladan. Apa salahnya melabur untuk kesihatan supaya dapat menjalankan tanggungjawab kita di dunia ini dengan kesihatan yang baik dan juga dapat menyediakan diri untuk akhirat.

Sharing is caring!

:)

Thursday, June 2, 2011

Vivix Shaklee

Anda pernah terbaca tentang VIVIX SHAKLEE?


Jika suami, ibu ataupun ayah anda kurang suka menelan vitamin, VIVIX adalah jawapan bagi anda untuk menggalakkan pengambilan suplemen kepada mereka! HANYA SATU SUDU TEH SEHARI DEMI MELESTARIKAN KESIHATAN MEREKA.
Ramai wanita bimbang dengan proses penuaan yang berlaku pada wajah. Namun penuaan adalah proses semula jadi yang tidak dapat dielakkan. Penuaan membabitkan kemerosotan fungsi organ dan sel dalam sistem tubuh yang berlaku secara berperingkat ketika usia meningkat. Proses itu menyebabkan berlaku perubahan fizikal dan fisiologi yang tentunya menakutkan wanita. Namun proses berkenaan berbeza antara individu, bergantung kepada genetik, diet, gaya hidup dan persekitaran.

Perubahan fizikal disebabkan proses penuaan ini termasuk rambut menipis dan mula beruban, kulit menipis dan kurang anjal serta muncul garis halus. Tenaga semakin berkurangan malah lemak mula terkumpul sehingga menyukarkan seseorang mendapatkan berat badan yang ideal. Malah proses penuaan juga akan menyebabkan muncul pelbagai penyakit termasuk kemerosotan sistem daya tahan melawan penyakit, kerapuhan tulang serta kurang daya penglihatan.
Bercerita tentang Shaklee VIVIX, apa itu VIVIX?

  • VIVIX adalah suplemen SHAKLEE paling mahal.

  • VIVIX adalah suplemen anti-penuaan terhebat, buat semua yang anda sayangi. 

    #Peringatan: VIVIX TIDAK BOLEH ambil oleh kanak-kanak, ibu hamil dan ibu menyusukan anak.



Keratan akhbar dari Harian Metro
Jenama produk kesihatan terkenal Shaklee memperkenalkan minuman kesihatan Vivix Botanical Beverage Mix yang menghimpunkan semua kebaikan tumbuhan berkenaan. Malah ia adalah produk terlaris dengan jualan sejuta botol sejak tahun pertama diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

Menurut Ketua Pegawai Saintis Shaklee Corporation Amerika Syarikat, Dr Carsten R Smidt, Vivix adalah kuasa baru menghalang proses penuaan wajah.

Kandungan anggur muskat, elderberi, lobak ungu dan polygonum cuspidatum terbukti membantu untuk melawan penyakit serta melambatkan proses penuaan. "Kajian yang dijalankan membuktikan kandungan dalam tumbuh-tumbuhan terutama anggur muskat memberi tindak balas melawan agen penuaan."

"Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan.

Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.


Mari kita lihat apa yang terkandung dalam sebotol VIVIX.


1. Anggur Muskat

Anggur muskat yang juga dikenali sebagai anggur nombor satu di Amerika menimbulkan kekecohan di kalangan masyarakat kerana kebaikannya yang boleh membuatkan kulit bertambah muda serta memberi kesihatan berpanjangan.

Anggur muskat dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri antiradang. Ini kerana sebatian phenolik tertumpu pada bahagian biji. Jika dibandingkan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terdapat dalam arak merah yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan.

2. Elderberi

Selain anggur muskat, tumbuh-tumbuhan lain yang baik untuk kesihatan serta agen penuaan ialah elderberi. Ia adalah tumbuhan lasak tanah lembap di sepanjang tepi jalan dan sungai hanya di Eropah dan Amerika Utara.

Elderberi sudah digunakan sekian lama dalam perubatan tradisional bagi mengubati asma, sembelit, artritis dan selesema. Tumbuhan ini adalah antioksidan yang kuat dan melindungi sel daripada kerosakan disebabkan toksin alam sekitar, diet tidak seimbang serta tekanan.

3. Polygonum Cuspidatum

Polygonum cuspidatum sejenis pokok saka terbesar di Asia adalah sumber semula jadi resveratrol sama seperti yang terdapat pada kulit anggur merah dan biji anggur merah. Tumbuhan ini mempunyai banyak faedah kesihatan dan sering terdapat dalam produk antipenuaan. Ini kerana kandungan resveratrolmembantu memperlahankan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan lebihan lemak yang tidak diperlukan tubuh.

4.Lobak Ungu


Akhir sekali lobak ungu adalah sumber vitamin A terbaik, mengandungi fitokimia yang mengandungi antioksidan, antibakteria, antiradang penyakit serta mengurangkan risiko penyakit jantung.


Sharing is caring!

Monday, May 16, 2011

Kekurangan hemoglobin semasa mengandung? pastikan supplement yang anda pilih adalah mencukupi

terima kasih Tuty Rahiza sebab benarkan saya letak testimonial anda di sini. Tuty ni ada masalah low hemoglobin semasa pregnant pada 3rd trisemester. kita baca dulu kisahnya di bawah ini :


ok..sepanjang 3rd trimester ni bermula kandungan sy 7 /8 bulan, sy mula amik shaklee vitamins dan consume herbalife shake utk breakfast..Kenapa saya amik shaklee vitamins yea??? Semuanya bermula lepas saya pegi check up kat Klinik Desa Puncak Alam..Hemoglobin saya rendah daripada standard so dapat la 3-4 jenis vitamin..mula2 amik yg klinik kasi tp masih rendah juga..

Mula la sy check internet nak cari sumber vitamin lain kan..masa tgh bersiar2 kat laman sesawang di internet, sy terjumpa blog genkimomma..abih sy baca seme artikle dan lepas puas hati, sy kontek k.arni..yg wat lagi tertarik sbb ade set vitamin utk berpantang..1st time dgr ni..slalu org lain dok sibuk cakap guna jamu itu ini kan..btw, k.arni ni nihon sotsu juga rupanye...hahha

So k.arni recommend sy amik B-complex ngan Vita-lea utk tingkatkan hemoglobin sy..dari awal mengandung mmg teringin nak amik omega sbb elok utk pertumbuhan otak baby..lepas beremel2an, so sy decide utk beli 4 jenis vitamin seperti gambar di atas..Multivitamin a.k.a vita-lea , B-complex, Vitamin C n Omega Plus..

Masa kat jepun, mmg ari2 amik b-complex n multivitamin tp amalan tu tak berjaya diteruskan masa balik msia..alhamdulillah bila dah mengandung ni, mulakan balik amalan makan vitamin..

Alhamdulillah, berkat amik shaklee vitamin ngan herbalife shake, sy rasa lebih bertenaga dan tak penat sgt banding masa 1st n 2nd trimester..kalo sape tak tau, sy kena alahan sampai la 5 bulan kandungan..so agak penat la nak muntah je kan..sampai Mr. N pun bising sbb dah ujung2 mengandung ni bila weekend je berjalan je kejenya..kaki pun takde bengkak2<--tak tau ade kaitan ngan amik vitamin ke tak..Hemoglobin saya pun dah OK..takyah la kena check darah tiap kali pegi klinik desa tu..Bila bagitau dekat Mr. N, die cakap la nape tak amik dari awal2 mengandung..m..tu akan diusahakan bila ade rezeki anak kedua..




Di dalam trial pack Shaklee ni ada 2 set untuk supplement semasa mengandung :

a. SET J1 (untuk trisemester 1) mengandungi 

  1. 30 biji vitalea (sebiji sehari)
  2. 30 biji b kompleks
  3. 30 biji vitamin C
  4. 120 biji Ostematrix (2 pagi dan 2malam)
  • Vitalea Iron Formula
  •  mengandungi 12 jenis vitamin, 7 galian dan juga zat besi. Zat besi sgt penting untuk pembentukan sel darah merah dan juga untuk menstabilkan darah di dalam badan. Ibu-ibu mengandung dan menyusukan sgt digalakkan mengambil vitalea ini kerana zat besi juga penting untuk penghasilan susu dan juga tumbesaran anak. Nutrient yg terkandung dalam vitalea juga bagus untuk kekuatan tulang dan immunisasi. lain2 keistimewaan kandungan vitalea adalah :
  • Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat
  • Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
  • Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
  • Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
  • Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
  • Magnesium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
  • Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
  • Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*

  • B kompleks
  • Shaklee B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, paru-paru dan organ-organ penting yang lain.
  • Asid folik merupakan Vitaman B yang penting bagi membantu menghasilkan dan mengekalkan sel-sel baru. Oleh kerana asid folik tambahan tidak mudah diserap oleh tubuh, Shaklee telah berjaya menghasilkan Sistem Penyerapan Bioaktif yang unik yang membolehkan Vitaman B lebih mudah diserap oleh sistem tubuh.

  • Vitamin C
  • Kandungan Vitamin C yg tinggi
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yg menyamai kandungan satu setengah biji buah oren utk setiap jam selama 5jam (berkekalan dalam tubuh; kerana Vitamin C tidak berupaya disimpan lama oleh tubuh)
  • mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, untuk kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, tulang, otot dan salur darah
  • membantu dalam proses penyerapan zink dalam badan

  • Ostematrix
  • Kalsium sangat penting dalam penbentukan sel darah merah
  • Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan Vitamin D membantu dalam pengekalan darah yang normal
  • Juga membantu dalam pengecutan otot dan saraf yang normal
  • membantu dalam penyumbangan nutrient kepada fetus dan supaya kalsium dari si ibu tidak kekurangan akibat diserap oleh anak tadi, mengurangkan osteoperosis.
b. bagi set yang kedua (J2) ditambahkan Omega untuk perkembangan otak fetus dalam kandungan sepanjang  semester kedua dan ketiga.

  • Omega-Guard
  • Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.
  • EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
  • OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.
Semuanya bergantung kepada usaha kita untuk mengekalkan taraf kesihatan yang unggul terutamanya ketika mengandung kerana kita sedang memikul amanah Allah untuk melahirkan seorang lagi umat Muhammad dan HambaNya di muka bumi ini.

Sharing is caring!

Friday, May 6, 2011

Kepentingan Pengambilan Air yg Banyak Bersama Supplement

Air sangat penting dalam kehidupan. Paling kurang kita dinasihatkan mengambil 8gelas air sehari. Bagi sesiapa yang mengambil supplement, dinasihatkan supaya mengambil lebih air tak kira samada mengambil SHAKLEE ataupun bukan. Tambahan lagi bagi ibu yang masih menyusukan anak, keperluan air sangatlah amat perlu dititikberatkan. Pengambilan 3liter air sehari adalah satu keperluan untuk mengekalkan keseimbangan dalam badan (homeostasis) dan melancarkan proses2 metabolisma dalam badan.
Ihsan Google

Banyak sgtla 3liter air tu. Boleh habis ke sebenarnya 3liter sehari? Apa kaitannya air dan pengambilan supplement semulajadi Shaklee ini?
  1. Supplement semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh, dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Air amat diperlukan dalam proses ini, jika tidak anda akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis
  2.  Pengambilan supplement adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Oleh itu perlu banyak minum air. Umpama mengacau sesudu gula dalam sebiji cawan dan sesenduk gula (menjadi sgt tepu kan?). Satu senduk gula pasti tidak sesuai dilarutkan dalam sebiji cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar iaitu jag.
  3. Berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organik semulajadi (buah-buahan asli), buah-buahan tidak memerlukan air yang banyak kerana ia sendiri sudah mengandungi air. Tahap kepekatan nutrient dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin. Bayangkan sebiji pil Vita-C 500mg Sustained Released sama dengan 7 biji oren. Berapa banyak air dalam 7 biji oren tu?

Jangan takut minum air yang banyak. Air yang banyak tidak akan menggemukkan. Sebenarnya pengambilan air yg banyak dapat meningkatkan metabolism badan dan membantu dalam proses pengurangan berat badan. Kalau takut perut buncit, minumlah air mengikut sunnah rasulullah s.a.w.
  1. Jangan minum sekaligus tetapi seteguk demi seteguk.
  2. Jangan bernafas di dalam air, bahkan menjauhkan bekas air dari mulut dan bernafas.
  3. Jangan hembus di dalam air, lihat ke dalam air sekiranya terdapat sesuatu yang jatuh ke dalamnya keluarkan ia.

Sangat penting agar tidak bernafas dan menghembus air yang diminum kerana gas karbon dioksida (CO2)yang dikeluarkan dari hidung dan mulut akan bercampur dengan air (H2O) menjadi karbonik asid H2CO3 iaitu asid yang lemah. Selain itu, jangan disulam air ketika makan. Minumlah air sebelum makan dan 20 minit selepas makan. Sekiranya sentiasa berada di tempat beraircond seperti saya, anda tidak akan sedar bahawa anda boleh menghabiskan 2liter air sepanjang berada di ofis dan 1 liter air lagi akan anda habiskan di rumah. Dengan syarat, banyakkan minum air kosong, bukannya air yg berperisa. Anda akan lihat perubahan yang ketara hasil dari pengambilan air yang cukup seiring dengan pengambilan supplement Shaklee ini, insyaAllah :D.

Sharing is caring!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...