Monday, April 11, 2011

Status Halal SHAKLEE

Isu Halal dan haram sangat dititikberatkan oleh saya sekeluarga. Sebagai ketua keluarga, suami saya selalu memilih sumber2 makanan yang halal untuk kami makan, dan juga begitu selective dalam memilih kedai makan atau restoren jika kami memilih untuk makan di luar. Begitu juga dengan pengambilan Shaklee sebagai supplement tambahan dalam kehidupan seharian. Perkara yg paling UTAMA adalah mengkaji status halal SHAKLEE ini sendiri. mana taknya, pada kapsul beberapa jenis supplement terdapat BOVINE GELATINE, yang mana saya telah berpengalaman menggunakan sumber ini semasa menjalankan projek tesis saya sebelum ini.

Alhamdulillah, SHAKLEE telah mendapat pengiktirafan halal oleh Islamic Service of America (ISA).
Boleh klik untuk melihat dgn lebih jelas

ISA, adalah sebuah badan pengeluar sijil halal yang terkemuka di dunia. boleh rujuk pernyataan ini dari website rasmi JAKIM.

6.5 Islamic Services of America, a leading US Halal certification body recognised globally, including Malaysia, estimates that the US market for halal foods will continue to grow at a rate of 25 to 30 per cent over the next five to seven years.




ISA diiktiraf JAKIM


Jadi, bolehlah supplement ini dimakan tanpa rasa was-was. Selamat menikmati hidup yang sihat di samping menjaga sumber yg diambil setiap hari. ini adalah kunci kepada hati yang bersih!

Sharing is caring!
















Friday, April 8, 2011

VITAMIN Semulajadi atau Sintetik? Mana satu pilihan anda

natural vs sintetik -gambar ihsan Yahoo!-


Pemilihan vitamin adalah satu perkara yg sangat penting pada saya. Setelah menghabiskan masa selama 3tahun di Makmal Fakulti Farmasi untuk penyelidikan Msc saya, membuatkan saya banyak berfikir dan teliti dalam pemilihan ubat-ubatan dalam kehidupan seharian. Saya tidak master dalam drugs, tetapi sedikit pengetahuan mengenai drug metabolism yg berlaku di dalam badan manusia dapatlah juga saya cedok dan pelajari. Saya sebenarnya dari line bioteknologi, jadi byk perkara2 baru yg saya belajar sepanjang tesis saya disiapkan. 


Setelah menjumpai SHAKLEE, saya berasa sangat selamat untuk mengambil sehingga 4jenis supplement dalam sehari walaupun sepanjang hidup saya selama ini sgt susah untuk makan ubat yg diberikan doktor. walaupun ubat dan supplement adalah dua benda yg berbeza, tetapi tetap perlu ditelan dgn cara yg sama. Namun begitu, disebabkan kesan Shaklee yg amat rasi dengan saya, saya percaya pada Shaklee dan ingin kongsikan segala kebaikan Shaklee bersama anda!


Vitamin SHAKLEE dihasilkan 100% semulajadi. Ia tahan lama tanpa memerlukan gel silika di dalam botol fullpack untuk mengelakkan vitamin2nya dari teroksida. Mari kita lihat perbezaan antara vitamin semulajadi dan vitamin sintetik.




1 - Dari Segi Bagaimana Terhasilnya

Vitamin semulajadi dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C semulajadi, ianya diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.

Vitamin sintetik pula dihasilkan dari memanipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

  2 - Dari Segi Kesesuaian Dengan Tubuh Badan

Vitamin Semulajadi dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ianya tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.

Vitamin sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin semulajadi, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jadi jangan terkejut, tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex dalam vitamin sintetik.

Vitamin sintetik memberi kesan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang.

3 - Dari Segi Kos

Vitamin semulajadi tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.

Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.

4 - Kesan Kepada Tubuh Badan

Vitamin semulajadi mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dalam buah pinggang dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.

Vitamin sintetik pula oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, maka kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

5 - Kesan Jangka Panjang

Vitamin semulajadi tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).

Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.





credit to Kak N
Jaminan SHAKLEE 100% Natural

Jadual di bawah menunjukkan beberapa ciri vitamin, sumber dan jenis dari SINTETIK.
credit to MommyLyna


Synthetic Vitamins Versus Food Grown Vitamins
From Dr. Robert J. Thiel, Ph.D., N.M.D., The Truth About Vitamins in Supplements, American Naturopathic Medical Association Monitor, June 2003, vol. 7 No. 2#



Vitamin
Food Nutrient*
‘Natural’ Vitamin Analogue & Some Process Chemicals
Vitamin A/Beta carotene
Carrots
Methanol, benzene, petroleum esters; acetylene; refined oils
Vitamin B-1
Nutritional yeast, rice bran
Coal tar derivatives, hydrochloric acid; acetonitrole with ammonia
Vitamin B-2
Nutritional yeast, rice bran
Synthetically produced with 2N acetic acid
Vitamin B-3
Nutritional yeast, rice bran
Coal tar derivatives, 3-cyanopyridine; ammonia and acid
Vitamin B-5
Nutritional yeast, rice bran
Condensing isobutyraldehyde with formaldehyde
Vitamin B-6
Nutritional yeast, rice bran
Petroleum ester & hydrochloric acid with formaldehyde
Vitamin B-8
Rice
Phytin hydrolyzed with calcium hydroxide and sulfuric acid
Vitamin B-9
Broccoli, rice bran
Processed with petroleum derivatives and acids; acetylene
Vitamin B-12
Nutritional yeast
Cobalamins reacted with cyanide
Vitamin ‘B-x’
PABA Nutritional yeast
Coal tar oxidized with nitric acid (from ammonia)
Choline
Nutritional yeast, rice bran
Ethylene and ammonia with HCL or tartaric acid
Vitamin C
Acerola cherries, citrus fruits
Hydrogenated sugar processed with acetone
Vitamin D
Nutritional yeast
Irradiated animal fat/cattle brains or solvently extracted
Vitamin E
Rice, vegetable oils
Trimethylhydroquinone with isophytol; refined oils
Vitamin H
Nutritional yeast, rice bran
Biosynthetically produced
Vitamin K
Cabbage
Coal tar derivative; produced with p-allelic-nickel


Most vitamins in supplements are petroleum extracts, coal tar derivatives, and chemically processed sugar (plus sometimes industrially processed fish oils), with other acids and industrial chemicals (such as formaldehyde) used to process them.   Synthetic vitamins were originally developed because they cost less.   Most synthetic, petroleum-derived, supplements will call their products ‘vegetarian not because they are from plants, but because they are not from animals.  Also beware; they will use the words “Food Based” another trick.   It means they added a green product to the synthetics such as algae.


Semua pilihan adalah di tangan anda. Anda yg menentukannya. Tepuk dada tanya keperluan badan anda :D

Sharing is caring!

Thursday, April 7, 2011

kegemukan, kemurungan, stress..info berkaitan B kompleks yg perlu diketahui..

Dulu, saya adalah salah seorg yg sgt takut untuk mengambil vitamin tambahan. Perkara UTAMA yg amat saya takutkan adalah “KEGEMUKAN”!! yang paling kerap dikaitkan dgn kegemukan adalah Vitamin B kompleks, walaupun saya sendiri belajar bahawa B kompleks dapat membantu badan bertenaga. Saya sedar yg saya amat2 memerlukan B kompeks sepanjang tempoh menjadi pelajar dahulu, tetapi menahan diri dari mengambil B kompleks untuk mengelakkan badan menjadi gemuk dan tembam.

Namun, hakikat yg perlu diterima semua orang adalah B kompleks ini adalah vitamin ini akan menukarkan gula menjadi tenaga jadi ia dipanggil sebagai vitamin ‘starter plug’. Jadi, sebenarnya kita amat memerlukan B kompleks ini supaya semua gula di dalam badan kita dapat ditukarkan menjadi tenaga. Masalah akan timbul apabila makanan TIDAK ditukarkan menjadi tenaga, maka risiko kegemukan dan juga kencing manis akan berlaku.

Jadi, untuk mengelakkan dari masalah ini, pengambilan B kompleks seharusnya diambil SELEPAS makan dan bukannya sebelum makan. Sekiranya kita ambil B kompleks sebelum makan, kita akan berasa sangat lapar dan nafsu makan akan meningkat disebabkan kita kekurangan gula di dalam badan untuk ditukarkan menjadi tenaga. Itu adalah penyelesaian kepada masalah yg amat SAYA takuti dulu! Jadi, pada sesiapa yg memerlukan konsultasi pengambilan supplement daripada saya, dipersilakan ye, segala ilmu yg saya ada akan diperkembangkan. Jgn risau saya juga masih lagi menimba ilmu dari sehari ke sehari kerana makin kita mencari ilmu, makin banyak persoalan yg akan timbul dan membuatkan kita semakin menggali untuk mendapatkan jawapannya :) 

Selain dari itu, B kompleks juga adalah adalah supplement ‘penenang’. Tak perlu membahayakan diri mengambil pil2 penenang yg membahayakan, B kompleks adalah supplement yg paling selamat untuk diambil setiap hari. Overdose?? Bukan ke Vitamin B dan C adalah vitamin larut air, jadi ia akan hilang dari badan setiap hari.

Kekurangan B kompleks dalam badan boleh menyebakan anda menjadi sensitif, terlalu defensif, minda tertutup, keletihan, mudah marah, mudah merajuk, emosi yang tidak stabil dan yg paling ketara kemurungan. 


A whole day???

Simptom anda kekurangan B kompleks ialah sembelit, mudah panik, darah gemuruh dan kurang selera makan.
Stress will effect the whole body!



B kompleks dan vitamin C juga mudah rosak apabila terdedah terlalu lama pada terik matahari. Pengambilan gula dan kafein yg terlalu tinggi, perasaan marah, pengambilan antibiotik dan ubat penahan sakit boleh juga memusnahkan B kompleks yg sedia ada di dalam badan.

Kepada ibu yg menyusu, ketidakseimbangan emosi ditambah rasa keletihan dan stress sangat memberi kesan kepada penghasilan susu ibu secara tidak langsung. Bila mood kurang baik ditambah keletihan akan menganggu mood ibu untuk memerah dan keletihan membuatkan kita memerlukan rehat yang lebih lama dari biasa. B kompleks sangat penting untuk keperluan golongan seperti kita ini :) Badan menjadi sihat, kita juga mudah menguruskan rumahtangga dan menunaikan tanggungjawab seharian dengan bertenaga. Ini juga menjadi motivasi kepada saya. Saya juga bersemangat menulis artikel ini selepas dua jam mengambil B kompleks ini dan mata masih lagi terasa segar!



Keistimewaan B kompleks Shaklee


  • Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif  : Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap.  Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee.
  • Mudah di telan
  • Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin
Maklumat mengenai B kompleks daripada SHAKLEE boleh dirujuk di sini.

Rujukan artikel : anakkuwiraku.com




Sharing is caring!!

Tuesday, April 5, 2011

TIPS SUSU IBU DARI KAUNSELOR LAKTASI MUDA FARAH FARHAN

Artikel yang sangat2 berharga buat saya utk dijadikan koleksi peribadi supaya sentiasa belajar untuk berubah ke arah yg lebih POSITIF! Jadi saya kongsikan kepada semua tips2 yg penting dari FARAH FARHAN seorang ibu yg cekal dan tabah, seorang breastfeeder yg penyabar dan kaunselor laktasi yg popular di Malaysia.

SUMBER : FARAH FARHAN


Ramai yang selalu tanya, bagaimana saya boleh mengumpul stok susu terlalu banyak. Mungkin mereka tak tahu, ada yang laaggiii banyak dari saya.


Blog ini bukan saja diikuti oleh ibu2 muda, malah bapa2, adik2 yang masih belum berkahwin dan makcik2 yang telah berusia. Ada yang pernah tanya mama saya..

“mcm mana ye cikyong (nama panggilan manja di rumah) tu boleh simpan susu banyak mcm tu. Memang susu dia banyak kot.”


Tak kurang “dia kaunselor laktasi, boleh la simpan banyak2″
atau “anak dia baby lagi, mmg susu tgh banyak”
atau “dia mmg jenis susu banyak”
dan mcm2 lagi.


Saya terima setiap pendapat semua. Tapi tahukah anda saya juga seorang ibu dalam erti kata lain manusia seperti semua? Jadi, kita serupa. Kita dikurniakan kelenjar susu yang sama. Mungkin saiz kita berbeza, tapi proses fisiologi kita sama. Secara anatomi nya sama.


Apa yang membezakannya?
Teknik kita. Mind Set kita. Pemahaman kita. Dan yang lain2.


Antara tips yang saya nak kongsikan melalui pengalaman saya:


1) Mula memerah ketika di awal2 berpantang → Mula memerah dari hari ke 4 selepas kelahiran Adrian. Ini bergantung kepada pada hari keberapa susu matangnya keluar. Semasa awal kelahiran dan susu masih dalam colostrum form, susukan bayi sekerap yang mungkin. Setelah susu matang keluar, dah boleh mula memerah susu selepas bayi tidur selama 3 jam sekali. Jika bayi terjaga dalam semasa memerah, utamakan bayi. Berhenti memerah dan susukan bayi terlebih dahulu. Setelah selesai, barulah sambung semula.


2) Tidak memberikan anak saya susu perahan semasa tempoh berpantang dan dia hanya disusukan secara terus. Stok susu yang disimpan hanyalah untuk kegunaan jika ada perpisahan sementara dgn bayi (bekerja, keluar sebentar dan lain2). Bayi tidak didedahkan dengan botol susu seawal 50 hari kelahiran bayi.


3) Percaya pada konsep supply and demand. Semakin banyak saya mengosongkan payudara, semakin banyak susu dihasilkan. Susu tidak akan dihasilkan semula jika tiada permintaan dari bayi


4) Let Down Reflex. Lihat gambar di bawah:




Setiap kali memerah susu di sebelah kanan, saya akan pakai milk collecter/milk collection shell di sebelah kiri. Begitu juga sebaliknya.


Semasa kita menyusukan bayi, atau memerah, selepas beberapa ransangan oleh bayi atau pam, hormon oksitosin (hormon yang memancutkan susu) akan dibebaskan ke dalam darah ke kelenjar susu. Hormon ini akan meransang semua otot di sekeliling payudara untuk memancutkan susu secara tiba2. Ia dipanggil "Let Down Reflex atau Milk Ejection Reflex".


Antara contoh Let Down Reflex.




1-2 oz boleh dapat. Sayangnya kalau kita biarkan ianya basah di baju begitu saja. 1 oz kalau di kumpul 3 kali, bukankah dah lengkap utk sekali penyusuan untuk anak?




Ini sewaktu kami keluar bersiar2. Saya susukan adik adrian di sebelah kiri dan di sebelah kanan, saya menakung susu semasa Let Down reflex. Indah betul ciptaan Allah, mmg tak boleh nak cerita! Dan bila saya menyusukan anak, saya takkan sampai hati nak buang begitu saja. Saya akan simpan.




Susu yang terhasil semasa Let Down Reflex adalah lebih CAIR kerana minit2 pertama menyusukan anak, susu yang terhasil adalah FOREMILK, yang manasusu ini lebih tinggi kandungan air, rendah protein dan rendah lemak. Susu inilah AIR untuk menghilangkan dahaga bayi. Itu sebabnya, sepanjang 6 bulan pertama umur anak, mereka tidak perlukan AIR MASAK kerana dah ada air di dalam susu ibu itu di awal2 penyusuannya.


5) Displin dalam penyusuan.
Bila ckp pasal disiplin, ianya melibatkan diri sendiri. Cara mengurus penyusuan. Waktu memerah. Tidak skip waktu memerah. Memerah 3 jam sekali. Kalau tinggalkan stok susu untuk anak 12 oz (waktu siang), ibu seharusnya membawa pulang sekurang-kurangnya 12 oz atau lebih. Andaikata mmg hari tersebut terlalu sibuk, ibu seharusnya mengganti waktu memerah waktu malam (bangun malam) supaya tiada stok NEGATIF (contoh: anak minum 13 oz, ibu bawa balik 10 oz, ibu digalakkan bangun malam untuk mendapat lagi 3 oz).


Kunci: Jangan LEKA, jangan LALAI.


6) Pengurusan EBM yang betul.
Ini penting untuk memastikan stok susu cukup sehingga penyusuan boleh berlangsung selama 2 tahun.


Saya menerima banyak kes, pengasuh/ibu/ibu mertua meminta susu lebih kerana anak tak cukup susu. Contoh: Ada yang minum sampai 18-20 oz waktu siang (ibu bekerja) sedangkan ibu hanya boleh bawa pulang 15 oz (memerah secara konsisten). Kalau begini, setiap hari negatif, stok susu 1 peti pun akan habis cepat.


Latihan yang berterusan kepada individu yang ingin menjaga anak-anak amat penting!


Beritahu pengasuh, ibu, pembantu rumah:


Keperluan susu ibu untuk anak sejak 1 bulan hingga 6 bulan adalah SAMA dan TIDAK BERUBAH.
Malah, selepas umurnya 6 bulan, keperluan susu nya makin berkurang kerana bayi perlu belajar makan .
2-3 oz sekali minum, dan dalam 5- 6 kali sepanjang siang, dan tidak lebih dari itu!


Ketahuilah, perut bayi dari 1-6 bulan adalah sebesar telur puyuh dan dia kenyang bila minum amaun yang ditinggalkan oleh ibu.


Saya faham, kadang2 sukar untuk memberitahu ibu/pengasuh tentang hal ini, kerana mereka seringkali berkata “baby mcm nak lagi, tak cukup 3 oz. dia asyik menangis mcm nak menyusu”, tetapi kita cuba pendekatan lain. Beritahu ibu, pengasuh, susu untuk bayi adalah cukup dan anak telah kenyangMungkin dia mahukan perhatian, dia mahu bermain dan bosan ditinggalkan seorang diri, dia mahu didukung dan lain2. Mungkin boleh provide flash cards, rattle dan toys atau dukung bayi.


Anda lebih kenal ibu/pengasuh/pembantu rumah anda. Cari cara yang terbaik untuk menyampaikan mesej ini..


** Kadangkala, lebih baik menjadi sedikit ‘kedekut susu’ daripada anda beri ikut corak yang diminta oleh pengasuh – bimbang jika kita terlalu mengikut, lama kelamaan bukit yang ditarah hari kehari akan menjadi gondol dan stok susu HABIS kesemuanya dan end up terpaksa mengalah pada susu formula. Saya tak mahu itu terjadi jadi kita harus manage betul2 stok susu. 

Apabila bayi  telah mula diperkenalkan dengan pelbagai jenis makanan, maka permintaan susu pun makin berkurang..^_^
Dan, itu antara RAHSIA bagaimana ibu berjaya menyusukan sehingga umur anak 2 tahun.


7) Makan makanan penambah susu – ini adalah salah satu alternatif jika ibu mahu menambah susu (provided jika anda menyusu sepenuhnya dan memerah susu mengikut jadual anda).


8) Doa yang tidak putus. Baca surah Hujurat dan sapukan kedua2 payudara. Surah Al-Baqarah ayat ke 60 juga membantu. Doa, semoga penyusuan kita dipermudahkan.


9) Percaya pada diri. Redha. Bertenang dan bersabar jika ditimpa dugaan semasa dalam tempoh menyusukan. Sentiasa berfikiran positif. Kita menyusukan anak untuk anak kita, bukan sebab terpaksa, atau trend atau hina atau untuk membandingkan dengan sesiapa. semuanya kerana Allah.


10) Berjumpalah dgn rakan2 yang menyokong penyusuan susu ibu. Supaya kita lebih bersemangat waja dalam misi kita.


 

Sebelum ‘re-packaging’. Moga dapat menaikkan semangat ibu2 semua.^-^


Terima kasih Puan Farah. Akan saya amalkan tips2 yg berguna itu. Ilmu sebaik-baiknya disampai2kan supaya semakin berkembang, insyaallah. Menjadi sumber inspirasi saya!

Bagi sesiapa yg mahukan supplement tambahan yg dapat memperbanyakkan lagi pengeluaran susu yg bernutrisi buat bayi comelnya, boleh hubungi saya di 018-3599254. 

SHARING IS CARING!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...