Monday, May 16, 2011

Kekurangan hemoglobin semasa mengandung? pastikan supplement yang anda pilih adalah mencukupi

terima kasih Tuty Rahiza sebab benarkan saya letak testimonial anda di sini. Tuty ni ada masalah low hemoglobin semasa pregnant pada 3rd trisemester. kita baca dulu kisahnya di bawah ini :


ok..sepanjang 3rd trimester ni bermula kandungan sy 7 /8 bulan, sy mula amik shaklee vitamins dan consume herbalife shake utk breakfast..Kenapa saya amik shaklee vitamins yea??? Semuanya bermula lepas saya pegi check up kat Klinik Desa Puncak Alam..Hemoglobin saya rendah daripada standard so dapat la 3-4 jenis vitamin..mula2 amik yg klinik kasi tp masih rendah juga..

Mula la sy check internet nak cari sumber vitamin lain kan..masa tgh bersiar2 kat laman sesawang di internet, sy terjumpa blog genkimomma..abih sy baca seme artikle dan lepas puas hati, sy kontek k.arni..yg wat lagi tertarik sbb ade set vitamin utk berpantang..1st time dgr ni..slalu org lain dok sibuk cakap guna jamu itu ini kan..btw, k.arni ni nihon sotsu juga rupanye...hahha

So k.arni recommend sy amik B-complex ngan Vita-lea utk tingkatkan hemoglobin sy..dari awal mengandung mmg teringin nak amik omega sbb elok utk pertumbuhan otak baby..lepas beremel2an, so sy decide utk beli 4 jenis vitamin seperti gambar di atas..Multivitamin a.k.a vita-lea , B-complex, Vitamin C n Omega Plus..

Masa kat jepun, mmg ari2 amik b-complex n multivitamin tp amalan tu tak berjaya diteruskan masa balik msia..alhamdulillah bila dah mengandung ni, mulakan balik amalan makan vitamin..

Alhamdulillah, berkat amik shaklee vitamin ngan herbalife shake, sy rasa lebih bertenaga dan tak penat sgt banding masa 1st n 2nd trimester..kalo sape tak tau, sy kena alahan sampai la 5 bulan kandungan..so agak penat la nak muntah je kan..sampai Mr. N pun bising sbb dah ujung2 mengandung ni bila weekend je berjalan je kejenya..kaki pun takde bengkak2<--tak tau ade kaitan ngan amik vitamin ke tak..Hemoglobin saya pun dah OK..takyah la kena check darah tiap kali pegi klinik desa tu..Bila bagitau dekat Mr. N, die cakap la nape tak amik dari awal2 mengandung..m..tu akan diusahakan bila ade rezeki anak kedua..




Di dalam trial pack Shaklee ni ada 2 set untuk supplement semasa mengandung :

a. SET J1 (untuk trisemester 1) mengandungi 

  1. 30 biji vitalea (sebiji sehari)
  2. 30 biji b kompleks
  3. 30 biji vitamin C
  4. 120 biji Ostematrix (2 pagi dan 2malam)
  • Vitalea Iron Formula
  •  mengandungi 12 jenis vitamin, 7 galian dan juga zat besi. Zat besi sgt penting untuk pembentukan sel darah merah dan juga untuk menstabilkan darah di dalam badan. Ibu-ibu mengandung dan menyusukan sgt digalakkan mengambil vitalea ini kerana zat besi juga penting untuk penghasilan susu dan juga tumbesaran anak. Nutrient yg terkandung dalam vitalea juga bagus untuk kekuatan tulang dan immunisasi. lain2 keistimewaan kandungan vitalea adalah :
  • Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat
  • Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
  • Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
  • Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
  • Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
  • Magnesium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
  • Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
  • Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*

  • B kompleks
  • Shaklee B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, paru-paru dan organ-organ penting yang lain.
  • Asid folik merupakan Vitaman B yang penting bagi membantu menghasilkan dan mengekalkan sel-sel baru. Oleh kerana asid folik tambahan tidak mudah diserap oleh tubuh, Shaklee telah berjaya menghasilkan Sistem Penyerapan Bioaktif yang unik yang membolehkan Vitaman B lebih mudah diserap oleh sistem tubuh.

  • Vitamin C
  • Kandungan Vitamin C yg tinggi
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yg menyamai kandungan satu setengah biji buah oren utk setiap jam selama 5jam (berkekalan dalam tubuh; kerana Vitamin C tidak berupaya disimpan lama oleh tubuh)
  • mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, untuk kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, tulang, otot dan salur darah
  • membantu dalam proses penyerapan zink dalam badan

  • Ostematrix
  • Kalsium sangat penting dalam penbentukan sel darah merah
  • Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan Vitamin D membantu dalam pengekalan darah yang normal
  • Juga membantu dalam pengecutan otot dan saraf yang normal
  • membantu dalam penyumbangan nutrient kepada fetus dan supaya kalsium dari si ibu tidak kekurangan akibat diserap oleh anak tadi, mengurangkan osteoperosis.
b. bagi set yang kedua (J2) ditambahkan Omega untuk perkembangan otak fetus dalam kandungan sepanjang  semester kedua dan ketiga.

  • Omega-Guard
  • Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.
  • EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
  • OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.
Semuanya bergantung kepada usaha kita untuk mengekalkan taraf kesihatan yang unggul terutamanya ketika mengandung kerana kita sedang memikul amanah Allah untuk melahirkan seorang lagi umat Muhammad dan HambaNya di muka bumi ini.

Sharing is caring!

Friday, May 6, 2011

Kepentingan Pengambilan Air yg Banyak Bersama Supplement

Air sangat penting dalam kehidupan. Paling kurang kita dinasihatkan mengambil 8gelas air sehari. Bagi sesiapa yang mengambil supplement, dinasihatkan supaya mengambil lebih air tak kira samada mengambil SHAKLEE ataupun bukan. Tambahan lagi bagi ibu yang masih menyusukan anak, keperluan air sangatlah amat perlu dititikberatkan. Pengambilan 3liter air sehari adalah satu keperluan untuk mengekalkan keseimbangan dalam badan (homeostasis) dan melancarkan proses2 metabolisma dalam badan.
Ihsan Google

Banyak sgtla 3liter air tu. Boleh habis ke sebenarnya 3liter sehari? Apa kaitannya air dan pengambilan supplement semulajadi Shaklee ini?
  1. Supplement semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh, dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Air amat diperlukan dalam proses ini, jika tidak anda akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis
  2.  Pengambilan supplement adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Oleh itu perlu banyak minum air. Umpama mengacau sesudu gula dalam sebiji cawan dan sesenduk gula (menjadi sgt tepu kan?). Satu senduk gula pasti tidak sesuai dilarutkan dalam sebiji cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar iaitu jag.
  3. Berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organik semulajadi (buah-buahan asli), buah-buahan tidak memerlukan air yang banyak kerana ia sendiri sudah mengandungi air. Tahap kepekatan nutrient dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin. Bayangkan sebiji pil Vita-C 500mg Sustained Released sama dengan 7 biji oren. Berapa banyak air dalam 7 biji oren tu?

Jangan takut minum air yang banyak. Air yang banyak tidak akan menggemukkan. Sebenarnya pengambilan air yg banyak dapat meningkatkan metabolism badan dan membantu dalam proses pengurangan berat badan. Kalau takut perut buncit, minumlah air mengikut sunnah rasulullah s.a.w.
  1. Jangan minum sekaligus tetapi seteguk demi seteguk.
  2. Jangan bernafas di dalam air, bahkan menjauhkan bekas air dari mulut dan bernafas.
  3. Jangan hembus di dalam air, lihat ke dalam air sekiranya terdapat sesuatu yang jatuh ke dalamnya keluarkan ia.

Sangat penting agar tidak bernafas dan menghembus air yang diminum kerana gas karbon dioksida (CO2)yang dikeluarkan dari hidung dan mulut akan bercampur dengan air (H2O) menjadi karbonik asid H2CO3 iaitu asid yang lemah. Selain itu, jangan disulam air ketika makan. Minumlah air sebelum makan dan 20 minit selepas makan. Sekiranya sentiasa berada di tempat beraircond seperti saya, anda tidak akan sedar bahawa anda boleh menghabiskan 2liter air sepanjang berada di ofis dan 1 liter air lagi akan anda habiskan di rumah. Dengan syarat, banyakkan minum air kosong, bukannya air yg berperisa. Anda akan lihat perubahan yang ketara hasil dari pengambilan air yang cukup seiring dengan pengambilan supplement Shaklee ini, insyaAllah :D.

Sharing is caring!

Tuesday, May 3, 2011

Kepentingan Air terhadap tubuh badan.

credit to Hanis Amin
Fungsi air dalam tubuh badan


Pakar perubatan dan pemakanan menyarankan agar minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau dua liter sehari untuk mengekal dan meningkatkan taraf kesihatan optimum.
Bagaimanapun, untuk minum air sebanyak itu bukan mudah kerana ia bermakna kita kerap berulang ke tandas dan bagi sesetengah orang, terutama yang berumur, ia sungguh menyusahkan dan dianggap masalah atau gangguan.

Malah, ada orang bimbang mereka mengalami masalah kesihatan tertentu jika kerap buang air kecil. Pada kebiasaannya, pundi kencing dikosongkan setiap empat jam. Jadi buang air kecil enam hingga tujuh kali sehari adalah perkara normal bagi individu sihat yang minum air secukupnya.
Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550 militer air kencing. Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200 mililiter, tetapi kapasiti normal ialah sekitar 400 mililiter. Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun malam untuk buang air kecil.
Kerap buang air kecil pada siang adalah perkara baik kerana ia proses semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan dari badan.
Minum air sekurang-kurangnya lima gelas sehari boleh mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45 peratus, kanser payudara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus).

Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, tidak ramai sanggup berulang alik ke tandas. Mereka bukan saja minum sedikit, tetapi turut mengelak makanan yang mengandungi banyak air. Sumber air kita datang daripada minuman (47 peratus), makanan (39 peratus) dan proses metabolisme di dalam sel (14 peratus).

Menurut Pakar Air Bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Long, kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.

Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air. Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk darah).
Oleh kerana air membabitkan dua komponen iaitu dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen (H2O); apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Ini sebabnya kita berasa mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian kepada kerja selepas makan.
“Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini dari badan dengan berkesan kerana kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting ini.

“Air juga diperlukan untuk 
menjadi pelincir kepada pergerakan sendi dan kajian menunjukkan pengambilan lapan hingga 10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi pada 80 peratus pesakit artritis.

“Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan; membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan. Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan,” Badan kita membabitkan 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat. Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.

Air untuk buang lemak

Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari.

Masalahnya ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak.

Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.
Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.

Untuk kesan lebih cepat, pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak.
Pun begitu, jangan sampai tidak makan kerana badan kita sangat bijak. Jika kekurangan makanan, ia merendahkan tahap metabolisme untuk menjimatkan pembakaran tenaga.
Malangnya, tahap metabolisme rendah sukar ditingkatkan semula. Ia kekal bagi tempoh lama dan tidak meningkat walaupun tabiat makan kembali seperti biasa. Hasilnya, tenaga yang tidak dibakar daripada makanan disimpan sebagai lemak dan akhirnya membuat kita bertambah gemuk.
Ingat, air yang perlu diambil ialah air kosong. Minuman manis mengandungi kalori kosong iaitu yang tidak diperlukan badan. Apabila disuruh minum sehingga dua liter sehari, timbul kebimbangan berlaku kesan sampingan terlalu banyak air. Ada yang mendakwa ia menyebabkan perut berasa kembung.
Long berkata, satu-satunya kesan sampingan yang dialami ialah kerap berulang ke tandas dan ia dianggap perkara baik. Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah ‘terlalu banyak air’ kerana badan secara automatik mengeluarkan air berlebihan.

Yang lebih kerap berlaku ialah kekurangan air (dehidrasi). Ramai orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas satu atau dua kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi atau tegasan air.

“Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian. Cara untuk atasi masalah ini ialah dengan minum air secukupnya iaitu antara lapan hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat perubahan positif secara perlahan-lahan.

“Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.

“Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.

“Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai ‘rehat’ yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan fikiran,” katanya.
Badan kehilangan air melalui:
Pernafasan (1 gelas air – 14 peratus)
Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)
Peluh ( 2 gelas air – 34 peratus)
Najis (1/2 gelas air – dua peratus)

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau kira-kira dua liter air sehari.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...