Wednesday, June 15, 2011

Mahu Mengira Jumlah Keperluan Air Harian Tubuh Anda?

Salam semua.

Saya akan kongsikan hari ini bagaimana untuk mengira keperluan air kosong yang diperlukan oleh badan setiap hari. Pengiraan ini berdasarkan berat badan dan boleh refer di website HSE Department. Namun begitu, jumlah pengambilan air juga bergantung kepada aktiviti seharian dan juga mengira faktor persekitaran contohnya cuaca.

-ihsan google-


Mari kita mengira sama-sama. (macam dalam kelas pulak :D)


Formula 1:

Weight in kilogram/30 = _______ liters (jumlah air min yg diperlukan)

Contoh;
Berat saya 56kg. Jadi, 56kg/30 = 1.866 liter



Formula 2:

Berat (pound)/2 = _________ oz (jumlah air min yg diperlukan)

Contoh;
Berat saya 56kg. Jika 1 kg = 2.2.462262 pounds; maka 56 kg = 125.7886672 lbs

Mengikut formula;
125.789/2= 62.8945 oz (jika 1 US fluid oz = 0.0295735296 liters); oleh itu
62.9 oz = 1.86 liters.


Mengikut pengiraan, sebenarnya setiap 25kg anda memerlukan 1L air. Betul? ;)


Oleh itu, untuk keperluan harian, saya sepatutnya mengambil MINIMUM (plus minus) 1.87 liter air setiap hari. bagi saya sebagai contoh yang paling dekat (takut ambil contoh org lain mengundang kontroversi) Itu adalah minimum, setelah ditimbangtara dengan aktiviti saya yang memberi lecture dalam kelas dan membuat praktikal makmal Biology kepada student, saya memerlukan sekurang2nya 2liter dan mungkin lebih. Belum campur dengan aktiviti memerah otak membuat soalan exam, soalan test, dan kerja2 pejabat yang lain. Oh ya, itu hanya aktiviti di tempat kerja. Balik dari kerja? Ya, aktiviti di rumah pula. Jadinya boleh dianggarkan sendiri keperluan air setiap hari mengikut keperluan individu masing2.



Bagi mereka yang mengambil supplement mestilah mengambil 3liter air untuk memastikan kepekatan darah sentiasa berada dalam keadaan seimbang. Air sangat2 diperlukan untuk meningkatkan metabolisma badan, menyingkirkan toksik, menstabilkan kepekatan darah dan meningkatkan proses penyerapan vitamin. Boleh lihat di sini untuk maklumat lanjut.  Begitu juga bagi ibu-ibu yang menyusukan dan juga mengambil supplement perlulah meningkatkan pengambilan air sebanyak 3liter setiap hari. Boleh juga rujuk di sini untuk artikel yg berkaitan. Terlalu banyak air sehingga kembung perut? Tidak. Jangan risau, bukanlah minum sekali teguk 3liter. Minumlah sedikit2 dan paling sesuai menyediakan bekas minuman agar kita dapat mengukur kuantiti air yang telah diambil.

Selepas ini, anda boleh tentukan sendiri jumlah pengambilan air harian untuk kekal sihat dan cergas setiap hari :)


Sharing is caring!

2 comments:

  1. mama aiman.cemana nak disiplinkan diri minum air byk2??bg tips sket :)

    ReplyDelete
  2. senang aje ida..sediakan satu tupperware utk kita minum sorang2 jgn campur ngan org lain. cari tupperware yg ade sukatan atau kita tau jumlah brape. contohnya tupperware 1liter air, letak atas meja. minum la skit2 sepanjang hari. cuba dalam 2,3 hari. lepas tu, pastikan dalam sehari kita akan top-upkan air tu 2kali, maknanya dah minum 2liter air. mula2 memang slalu ke toilet, tapi lelama badan kita akan terbiasa sebab dah jadi rutin so tak banyak kali la g toilet.

    paling best jgn biasakan diri bancuh air bergula cam sirap ke, oren(berperisa, kalo jus buah ok)..bila tgk je trus ingat kencingmanis hihi.. (tapi kalo org datang jgnle pikir gtu pulak hihi nanti dikata kedekut..just kidding)

    mm..ade kah ini membantu?hihi..kalo nak explaination lagi tanye2la ye :D no harm..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...