Tuesday, April 10, 2012

ASAS PENYUSUAN 1: Kenali Payudara Anda

Salam bahagia buat semua.


Kali ini saya nak berkongsi dengan ibu-ibu mengenai asas penyusuan. Ada banyak faktor yang perlu dititikberatkan, tapi tumpuan utama diarahkan kepada diri ibu sendiri, iaitu jenis payudara ibu itu sendiri.


"Saya bermasalah dengan penyusuan sebab puting saya leper".


Sebenarnya tiada sebab untuk mengelak dari menyusukan bayi anda dengan susu yang termahal di dunia, walaupun jenis puting payudara anda sebegitu rupa. Boleh berbincang dengan pakar2 penyusuan mengenai masalah ini.


Saya kongsikan artikel sahabat saya, dari artikel ini mengenali jenis2 payudara dan puting sebagai langkah asas penyusuan, agar anda tidak berasa sangat cemas pada hari pertama anda menyusukan bayi nanti sejurus selepas dia dilahirkan :). Artikel asal di sini.


Kenapa perlu perhatikan payudara? Sebenarnya bentuk payudara bukanlah faktor kejayaan penyusuan, tetapi dengan mengenalpasti bagaimana keadaan payudara dan juga puting dapat memberikan kelebihan kepada si ibu untuk mengatasi sebarang situasi, seperti cara lekapan bayi semasa si kecil menyusu. 
Ihsan Google




Selain dari mengenalpasti keadaan rupa payudara, ibu-ibu juga perlu mengenalpasti rupa bentuk puting mereka. Masalah puting yang biasa berlaku kepada ibu ialah puting terlalu besar, inverted nipple dan puting terlalu pendek.


Inverted nipple


Puting pendek dan besar


Macammana caranya untuk memeriksa payudara anda? boleh dilakukan setiap pagi selepas mandi. Cuba anda tekan puting payudara anda dengan tapak tangan selama 2 minit dan lepaskan. Jika puting kembali seperti biasa, ia adalah jenis normal. Jika hampir seminit masih ke dalam, puting anda jenis inverted nipple. 





Dengan mengenalpastibentuk dan rupa payudara serta puting, maka ibu-ibu dapat membuat persediaan awal mengenai bagaimana untuk mengatasi sesuatu situasi. Saya beri contoh ibu yang mempunyai payudaranya jatuh ke bawah, sagging breast. Posisi bayi harus berubah sedikit dari yang biasa, supaya ibu dan bayi berada dalam keadaan selesa. Namun bentuk lekapan masih perlu sama. 

Kita pandang ilmu ini dari sudut yang positif ye, jangan pula kata nanti perkara ini terlalu sensitif sehingga menahan diri dari mendalami ilmu dan membuatkan anda tertanya2 sendiri. Mari kita tonton video di bawah mengenai cara lekapan yg betul untuk menyusukan anak kesayangan anda.



Selamat menggali ilmu dan memperkuatkan fizikal dan mental anda ye!
Semoga berjaya ibu-ibu di luar sana!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...