Tuesday, May 29, 2012

Kaitan B kompleks, Ibu mengandung & Fetus/anak yang dikandung

Salam ceria dan bahagia buat semua..

Sudah kah anda semua ambil b kompleks hari ni? b kompleks banyak kegunaannya.. anda boleh baca post2 mengenai b kompleks di sini.

Kenapa b kompleks dinamakan sebagai b kompleks? sebabnya ia terdiri dari kumpulan2 vitamin B yang sangat penting iaitu :
  1. B1 (thiamine)
  2. B2 (riboflavin)
  3. B3 (niacin)
  4. B5 (panthothenic acid)
  5. B6 (pyridoxine)
  6. B7 (biotin)
  7. B9 (folic acid)
  8. B12 (cobalamin)
Setiap satu kumpulan vitamin B ini memainkan peranan penting dalam aktiviti metabolik sel badan, contohnya vitamin B6 iaitu pyridoxine membantu dalam metabolisma protein, lemak, pembentukan seldarah merah, antibodi dan sebagainya. Begitu juga dengan vitamin B12 yang membantu DNA untuk sentiasa dalam keadaan yang baik/intact.

Hari ni saya nak sentuh kepentingan vitamin B kepada org2 yg mengandung. Sebenarnya kesemua vitamin B ni bekerja dalam satu masa. Jadi sangat penting ibu2 yang mengandung ini mengambil b kompleks setiap hari. Gabungan vitamin B6, B9 dan B12 membantu dalam pembentukan sel darah merah dan membantu dalam pengiraan hemoglobin. Begitu juga untuk mengekalkan kesihatan ibu dan fetus dalam perut ibu itu.




Vitamin B6 (Pyridoxine)
  • Membantu dalam metabolisma protein, karbohidrat dan lemak.
  • Membantu menyerap dan mematabolismakan asid amino bersama2 dengan pembentukan sel darah merah, neurotransmitter dan antibodi.
  • Penting untuk otak fetus dan pembentukan tulang belakang.
  • Vitamin ini juga penting mengurangkan rasa mual, loya dan muntah2 bagi ibu mengandung.
  • Kekurangan B6 akan menyebabkan anda mengalami pening2, anemia, skin disorder, batu karang
  • Dos diperlukan : 1.3- 2mg/hari bergantung kepada umur dan jantina/keperluan.

Vitamin B9 (Asid folik)
  • Membantu dalam penbentukan hemoglobin, memulihkan anemia dan sprue (disorder kronik di mana nutrien tidak dapat diserap oleh badan).
  • Mengambil folik asid bagi ibu yang ingin mengandung dan sedang mengandung membantu mengelakkan Neural Tube disorder iaitu kecacatan pada otak dan pembentukan tulang belakang pada bayi.
  • Kekurangan B9 akan menyebabkan atheroskelrosis, serangan jantung, stroke, Alzheimer, serviks dan kolon kanser, osteoperosis, kemurungan, pelupa, kehilangan pendengaran, dan Neural Tube defect (NTD).
  • Dos yg diperlukan : 0.6mg/day.


Vitamin B12 (Cobalamin/ Cyanocobalamin)
  • Membantu dalam pembentukan sel darah merah dan sistem saraf yang sempurna.
  • ia juga membantu dalam pembentukan otak bayi. 
  • Kekurangannya boleh menyebabkan anemia.
  • Dos yg diperlukan : 0.5mg-1.0 mg/hari
Vitamin B6 dan B12 sangat penting dalam membantu fungsi2 B9 iaitu asid folik di dalam bandan. Jadi, ketiga-tiga komponen ini saling bergantung antara satu sama lain untuk kepentingan ibu mengandung dan anak yang dikandunginya. Jadi, jgn lupa makan B kompleks setiap hari ya! Semestinya pilihan b kompleks yang asli, dan tanpa pengawet tambahan itu yg lebih selamat buat ibu dan fetus yg sedang membesar :)
Jika dah cukup dengan makanan bernutrisi, ibu juga jgn lupa memberi makanan rohani kepada ibu sendiri dan bayinya dengan mendengar dan membaca al-Quran supaya dapat membentuk jiwa dan rohani yang beriman dan kuat di samping mempunyai kesihatan yang baik, insyaallah :)

 

Hubungi saya untuk konsultasi pengambilan supplement semulajadi ini daripada saya, Ainul Malik melalui ainzm@yahoo.com/ 
0163353567/ 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
Salam sayang,
Mama Aiman

Friday, May 25, 2012

TIPS CEPAT HAMIL DENGAN GLA SHAKLEE

Ramai pasangan samada yang baru berumahtangga, atau dah lama berumahtangga tanpa cahayamata, tercari2 tips cepat hamil. Sejak GLA Complex dikatakan salah satu cara cepat hamil, ramai yang mencari2 tips cepat hamil dengan GLA Complex.

Bagaimana GLA Complex membantu anda untuk cepat hamil?
GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.
Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)? Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajina, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA(gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.
Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil? GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. NAmun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 ^__^

Jadi, puan2 yang masih belum dikurniakan rezekia anak, cuba periksa cecair serviks anda. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan, kering… itu petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan.
Jadi, penting ya puan2 untuk mengenali ‘cecair kesuburan’ kita ni.
Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex? Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai sebulan 2-3 kali bertelur :P
*Pengalaman saya*
Saya teringin nak mencuba GLA untuk mencantikkan kulit muka saya ni. Saya akan makan waktu sebelum tidur dan bila bangun keesokan harinya, saya akan rasa kulit muka saya cantik dan tidak kering. Setelah makan dua bulan, aturan period saya pun dah regular dan pada bulan ketiga, saya makan mengikut aturan untuk menambahkan kesuburan. Alhamdulillah, usaha saya berhasil dan saya sedang pregnant sekarang. Tapi semuanya kuasa Allah, Allah yang memberi rezki, kita berusaha, berdoa dan bertawakkal pada Allah. Alhamdulillah. saya memang sukakan GLA ini :)
Jika anda berminat dengan GLA ini, boleh hubungi saya. Jika anda membeli dari saya, saya akan berikan aturan makan yang BETUL untuk kecantikan ataupun kesuburan.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
Hubungi saya untuk konsultasi pengambilan supplement semulajadi ini daripada saya, Ainul Malik melalui ainzm@yahoo.com/ 
0133536718/ 





Jemput LIKE page facebook Sihat.Ceria.Bahagia untuk mengetahui tips2 terkini dan update promosi dari saya!


Salam sayang,


MamaAiman

Friday, May 18, 2012

Kepentingan KALSIUM buat Ibu Menyusu

Kalsium adalah satu elemen yang diperlukan oleh tubuh, samada menyusu atau tidak. Kalsium penting untuk pembinaan tulang, gigi, sel darah dan sebagainya, menjadikan ia adalah kandungan mineral terbesar dalam tubuh kita – kira2 1.5 % daripada berat badan kita, banyak kan?





~Saat yang termanis dalam hidup~



Kita memerlukan kalsium setiap hari.  Sebabnya kita kehilangan kalsium setiap hari. Terutama orang perempuan kerana mengalami haid, mengandung, menyusukan dan menopos. Secara purata seorang dewasa kehilangan 400-600 mg kalsium setiap hari.  Oleh itu setiap hari, secara purata kita perlukan 1000 mg kalsium.

Osteoporosis atau kehilangan jisim tulang adalah masalah utama bagi kebanyakan orang, terutama warga tua WANITA. Kebanyakan pakar kesihatan bersetuju bahawa osteoporosis disebabkan oleh kekurangan kalsium. Pengambilan kalsium bukan untuk mengubat, tapi mencegah. Yakni ia perlu ada  dalam diet harian kita.

Kalsium, seperti mineral lain, berinteraksi dengan nutrien lain. Misalnya ia membantu penyerapan vitamin B12, dan ia memerlukam Vitamin D untuk penyerapan, dan juga Vitamin C untuk penyerapan lebih berkesan.


Banyak sebab yang menjadikan kita perlu kepada suplemen kalsium, antaranya ialah kebanyakan makanan kita yang factory-made mengandungi bahan2 yang boleh mereputkan tulang.


Berbalik kepada penyusuan susu ibu, kebanyakan ibu mengalami masalah susu badan kurang semasa haid (period). Ini adalah kerana semasa haid, blood calcium atau kalsium dalam darah menjadi rendah, dan in memberi kesan kepadakebanyakan ibu.Ada ibu yang tidak mengalaminya dan anda memang bertuah.


Jadi kepada ibu2 yang mengalami masalah susu kurang semasa period, ibu boleh mengambil suplemen kalsium yang dilengkapi dengan magnesium dan Vitamin D serta mineral lain bagi memastikan fungsi kalsium dapat dimanfaatkan dengan optimum.


Minum susu tak cukup ke? Tak ada masalah, anda boleh buat apa saja untuk diri dan si manja selagi tak memudaratkan untuk jangkamasa panjang.


Saya sendiri mengamalkan Ostematrix dan alhamdulillah tidak pernah mengalami masalah susu kurang semasa period.
 





Tapi janganlah kalau susu kurang, ibu pun kurang mengepam. Tambahkan sesi mengepam, jika boleh buat power pumping.



Siapa kata jika ambil suplemen tak perlu pam banyak2?


Walaupun ini pilihan, namun ingatlah untuk faedah diri sendiri, kalaupun tidak untuk penyusuan… Pasti tak sanggup hadapi masalah tulang nanti kan?


credit


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Hubungi saya untuk konsultasi pengambilan supplement semulajadi ini daripada saya, Ainul Malik melalui ainzm@yahoo.com/


0133536718/





http://www.facebook.com/sihat.ceria.bahagia










Jemput LIKE page facebook Sihat.Ceria.Bahagia untuk mengetahui tips2 terkini dan update promosi dari saya!




Salam sayang,




MamaAiman

Tuesday, May 8, 2012

Makan Vitamin Shaklee Menggemukkan?

Saya menerima beberapa aduan tentang masalah makin berselera sejak mengambil vitamin Shaklee, dan badan makin naik. Keadaan ini tentunya merisaukan sesiapa saja.. Kebanyakan yang tidak tahu perkara sebenar membuat kesimpulan mudah,
SHAKLEE MENGGEMUKKAN

Hakikatnya, vitamin tidak menggemukkan kerana vitamin tiada kalori, tetapi yang hairannya bagaimana ramai yang makin gemuk selepas mengambil Shaklee.

Di sini sebenarnya ada 2 perkara berbeza:-

(1) Corak pemakanan dan aktiviti berubah tanpa disedari
(2) Kerana pengambilan vitamin

OK kita lihat perkara (1) dulu. Yang nombor satu ni sama lah seperti"Semalam saya kena hujan, lepas tu saya ambil Shaklee, hari ni demam. Ni sebab Shaklee la agaknya ni sampai demam saya dibuatnya". Kan? Dah nyata terang dia main hujan, tapi nak juga kaitkan dengan Shaklee.

Kebetulan orang yang mengambil Shaklee ni, tiba2 dia banyak makan coklat, junk food, air manis... Tapi tidak disedari kerana selera makan kita satu benda yang tidak boleh diukur. Jadi dia 'terpaksa' cari kambing hitam untuk covermentekedarah beliau.

Ataupun, selama ni tiap2 minggu bersukan, tapi sejak akhir2 ni lebih suka tidur.

Jika anda terbabit dengan kegiatan ini, sila ubah cara hidup anda.

Untuk perkara ke- (2), jangan risau ia bukan side effect.

Pengambilan vitamin boleh menggemukkan ke? Tadi kata tak ada kalori kan?

OK begini konsepnya. Bila kita mengambil vitamin, ia tak sama macam makan makanan biasa. Vitamin adalah dalam bentuk dos yang pekat, badan kita perlu mencairkan nutrien ini untuk memudahkan pengangkutan dan penyerapan.

OLEH SEBAB ITULAH KITA PERLU BANYAK MINUM AIR BILA AMBIL VITAMIN

Jadi, bila kita tak cukup minum, sel2 tubuh kita akan 'dahaga' lalu ia menghantar isyarat ke otak. Akan tetapi, isyarat dari sel yang kehausan itu diterima oleh otak sebagai lapar. Maka otak menghantar pesanan kepada sistem kita untuk cari makanan, lapar ni.. 






Sedangkan kita tak perlu makan pun, cuma sel tubuh kita yang haus.

Lalu kita pun cari makanan dan makan sampai kenyang. Masa inilah tubuh kita menerima protein, karbohidrat dan lemak berlebihan. 

Maka jika anda berada dalam situasi no (2), anda mungkin asyik rasa lapar, nak selalu makan dan mungkin boleh gemuk.

Justeru, bila anda mengambil vitamin:-

(1) Minum air sekurang2nya 3 liter sehari
(2) Kawal pemakanan, jangan ikut sangat nafsu
(3) Tukarkan karbohidrat kepada sumber low GI

Mengambil vitamin perlu pengetahuan tentangnya. Kami menawarkan khidmat itu ^____^


Credit


Hubungi saya untuk konsultasi pengambilan supplement semulajadi ini daripada saya, Ainul Malik melalui ainzm@yahoo.com/ 0133536718/ http://www.facebook.com/sihat.ceria.bahagia




Jemput LIKE page facebook Sihat.Ceria.Bahagia untuk mengetahui tips2 terkini dan update promosi dari saya!


Salam sayang,


MamaAiman

Monday, May 7, 2012

Tumit pecah kini diganti dengan tumit licin berseri

Salam bahagia buat semua


Sempena bulan Mei yang istimewa ini, Shaklee dah menawarkan promosi yg hebat khas untuk wanita, iaitu GLA. GLA adalah supplement yang sangat membantu dalam mengatur kitar haid, membantu masalah kecantikan kulit dan kegatalan kulit dan banyak lagi. boleh baca mengenai GLA di sini.

Mahukah anda mempunyai tumit selicin ini?


Seorang kawan saya ada share kisah benar mengenai pengalamannya rakannya yg ambil GLA ini. Menariknya, rakannya itu ambil GLA untuk membetulkan periodnya supaya lebih teratur. Belum sampai sebulan die makan GLA ini, sudah ada perubahan positif pada dirinya. Masalah tumit kakinya yang pecah dapat diatasi dengan mengambil GLA ini. Mari kita baca petikan dari blog ini.

Gambar contoh dari Google

Minggu lepas ada berbual dengan kastemer yang mengambil GLA. Belum lagi sebulan beliau ambil GLA tapi sudah nampak perubahan yang tidak disangka. Sebenarnya tujuan utama beliau ambil GLA adalah untuk memperbaiki hormon periodnya yang tidak betul, tetapi lain pulak jadinya.


Banyak faktor tumit kaki pecah ni antaranya adalah kulit kering, tidak cukup kelembapan kerana kurangnya air. Kaki mempunyai satu lapisan air di mana jika ia tidak mencukupi akan menyebabkan kekeringan dan masalah tumit kaki pecah boleh berlaku.


Apa kaitan GLA dengan tumit kaki pecah?
GLA shaklee sumbernya dari borage oil. Bukan borage oil semata tetapi dalamnya ada kandungan vitamin e juga. Vitamin e sudah dikenali sangat bagus untuk kecantikan kulit. Tidak hairanlah sesiapa yang amalkan vitamin e mempunyai kulit yang menawan. Orang kata 2 dalam satu. Selain untuk dalaman, ianya bagus juga untuk luaran.


Alhamdulillah, semoga kita mendapat manfaat dari mengambil supplement yang selamat dan asli. Saya mendoakan kesihatan dan kesejahteraan buat pelanggan2 saya dan anda semua :) Hubungi saya utk maklumat lanjut ya.


Salam sayang,


MamaAiman




** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Thursday, May 3, 2012

Cerita kurus bersama OMEGA

Salam ceria buat semua.

Ingat post2 saya tentang Kurus secara sihat dan selamat? Dalam promo terakhir, ada saya masukkan sekali set2 kurus yang baru bersama omega. Kali ini, saya akan sertakan sekali salah satu testimonial dan pengalaman Puan Norita yang telah mencuba omega dalam program kurusnya.

Sebelum ini, masa berat dan bentuk badan saya berubah, saya memang fokus nak kurus dengan Lecithin selain Alfalfa sebab satu sebagai pembakar lemak dan satu yang perlu angkut keluar lemak iaitu serat.

Tapi selepas customer saya sorang ni fokus dengan Omega, saya sendiri baru mencuba dengan pengambilan seperti yang disarankan. Kata customer saya, bila makan Omega, memang tak rasa lapar. Hmm saya jadi teruja. Sebelum ini saya memang makan Omega tapi sebiji aje, sebab saya tak fokus untuk bakar lemak melalui Omega.

Saya cuba amalkan Omega 3 bj sehari as customer saya buat. Dia tak bf so Lecithin slow pada dia. Dia makan Omega 3 biji sehari pagi atau tengahari. Omega tak digalakan amik malam, kalau kurang air boleh buat kita demam.

Pengambilan perlukan alfalfa atau buah 2-3 potong sehari. Alfalfa hanya 1-2 biji sahaja. Banyak alfalfa akan perlu banyak air atau kita akan sembelit.

Herb Lax amik hujung minggu sahaja, iaitu sabtu malam ahad. Amik 4-5 biji. Kalau badan besar 5 bj. Bagus amik sebelum tidur sebab Herb Lax bertindak selama 6 jam dan kalau kurang air, perut memulas mcm nak terbalik. Saya pernah makan jam 9mlm, jam 3 pagi saya bangun ke toilet. So kalau nak makan waktu siang, pastikan 6 jam selepas itu kita di rumah.
Apa yang boleh saya kongsikan bila saya mula fokus dengan Omega....

Hari pertama saya amik 3 biji selepas lunch....sepanjang petang sehingga malam saya merasa sangat dahaga , hanya ALLAH sahaja yang tahu. Saya tak de rasa lapar tetapi saya rasa sangat dahaga. Air botol 1.5Liter peneman ke mana saya pergi. Dah minum 3 botol, tekak masih dahaga. Malam pun sama. Hmm  memang pelik. Hari pertama lupa makan buah....so tak best ke toilet.

Hari kedua, saya cuba makan pagi pula, unik, sebab tengari saya cuma makan nasi 3 suap dah rasa kenyang tapi saya rasa sangat dahaga. So saya banyak minum air. Saya bancuh ESP, Meal Shake dan PD supaya saya lebih kenyang pada waktu tengahari. Malam memang tak berapa makan sebab dah kenyang dengan air.

Hari ketiga, makan waktu pagi juga dan lebih kurang dengan hari sebelum ini. So saya dapati saya perlukan buah yang banyak supaya tak mudah sembelit ke tandas nanti. Apa yang best, perut senang kenyang.

Berbanding saya amik lecithin dulu, saya mudah rasa lapar bila lambat makan. Mungkin sebab ia bakar lemak jadi badan perlu kalori untuk menggantikan yang telah dibakar. Beza amik Omega, mungkin sebab pengambilan 3 biji sehari buat badan panas, tekak juga beri signal dahaga agar minum lebih air. Bila kenyang air, kita tak berapa nak makan.

Namun saya masih amalkan lecithin sebab ia bagus untuk elakkan bloated....kembung perut atau senak.

Bagi yang takut gemuk kerana air, saya sarankan seminggu atau 2 kali sebulan pergi berurut. Ia sangat membantu selain bersenam setiap hari.
Mungkin ada sesetengah orang boleh kurus sebab senam setiap hari dan amalkan cara hidup sihat terutama mereka yang mempunyai metabolisme yang sangat tinggi, tapi bagi saya, saya tetap perlukan ejen pembakar lemak ini iaitu Omega dan Lecithin. Bagi yang serius nak slim, sila dapatkan allfalfa dan herb lax untuk proses detox yang best!
Namun apa pun perlu ingat, nak kurus, slim TAK BOLEH hanya bergantung pada supplement semata-mata , kita perlu amalkan cara hidup yang sihat, makanan yang sihat, serat yang banyak serta air yang mencukupi barulah semuanya seimbang.   


Untuk bacaan lanjut, boleh baca di blog ini.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi saya personally dan saya akan membantu anda :) Insyaallah.

Salam sayang,
Mama Aiman



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...