Tuesday, May 29, 2012

Kaitan B kompleks, Ibu mengandung & Fetus/anak yang dikandung

Salam ceria dan bahagia buat semua..

Sudah kah anda semua ambil b kompleks hari ni? b kompleks banyak kegunaannya.. anda boleh baca post2 mengenai b kompleks di sini.

Kenapa b kompleks dinamakan sebagai b kompleks? sebabnya ia terdiri dari kumpulan2 vitamin B yang sangat penting iaitu :
  1. B1 (thiamine)
  2. B2 (riboflavin)
  3. B3 (niacin)
  4. B5 (panthothenic acid)
  5. B6 (pyridoxine)
  6. B7 (biotin)
  7. B9 (folic acid)
  8. B12 (cobalamin)
Setiap satu kumpulan vitamin B ini memainkan peranan penting dalam aktiviti metabolik sel badan, contohnya vitamin B6 iaitu pyridoxine membantu dalam metabolisma protein, lemak, pembentukan seldarah merah, antibodi dan sebagainya. Begitu juga dengan vitamin B12 yang membantu DNA untuk sentiasa dalam keadaan yang baik/intact.

Hari ni saya nak sentuh kepentingan vitamin B kepada org2 yg mengandung. Sebenarnya kesemua vitamin B ni bekerja dalam satu masa. Jadi sangat penting ibu2 yang mengandung ini mengambil b kompleks setiap hari. Gabungan vitamin B6, B9 dan B12 membantu dalam pembentukan sel darah merah dan membantu dalam pengiraan hemoglobin. Begitu juga untuk mengekalkan kesihatan ibu dan fetus dalam perut ibu itu.




Vitamin B6 (Pyridoxine)
  • Membantu dalam metabolisma protein, karbohidrat dan lemak.
  • Membantu menyerap dan mematabolismakan asid amino bersama2 dengan pembentukan sel darah merah, neurotransmitter dan antibodi.
  • Penting untuk otak fetus dan pembentukan tulang belakang.
  • Vitamin ini juga penting mengurangkan rasa mual, loya dan muntah2 bagi ibu mengandung.
  • Kekurangan B6 akan menyebabkan anda mengalami pening2, anemia, skin disorder, batu karang
  • Dos diperlukan : 1.3- 2mg/hari bergantung kepada umur dan jantina/keperluan.

Vitamin B9 (Asid folik)
  • Membantu dalam penbentukan hemoglobin, memulihkan anemia dan sprue (disorder kronik di mana nutrien tidak dapat diserap oleh badan).
  • Mengambil folik asid bagi ibu yang ingin mengandung dan sedang mengandung membantu mengelakkan Neural Tube disorder iaitu kecacatan pada otak dan pembentukan tulang belakang pada bayi.
  • Kekurangan B9 akan menyebabkan atheroskelrosis, serangan jantung, stroke, Alzheimer, serviks dan kolon kanser, osteoperosis, kemurungan, pelupa, kehilangan pendengaran, dan Neural Tube defect (NTD).
  • Dos yg diperlukan : 0.6mg/day.


Vitamin B12 (Cobalamin/ Cyanocobalamin)
  • Membantu dalam pembentukan sel darah merah dan sistem saraf yang sempurna.
  • ia juga membantu dalam pembentukan otak bayi. 
  • Kekurangannya boleh menyebabkan anemia.
  • Dos yg diperlukan : 0.5mg-1.0 mg/hari
Vitamin B6 dan B12 sangat penting dalam membantu fungsi2 B9 iaitu asid folik di dalam bandan. Jadi, ketiga-tiga komponen ini saling bergantung antara satu sama lain untuk kepentingan ibu mengandung dan anak yang dikandunginya. Jadi, jgn lupa makan B kompleks setiap hari ya! Semestinya pilihan b kompleks yang asli, dan tanpa pengawet tambahan itu yg lebih selamat buat ibu dan fetus yg sedang membesar :)
Jika dah cukup dengan makanan bernutrisi, ibu juga jgn lupa memberi makanan rohani kepada ibu sendiri dan bayinya dengan mendengar dan membaca al-Quran supaya dapat membentuk jiwa dan rohani yang beriman dan kuat di samping mempunyai kesihatan yang baik, insyaallah :)

 

Hubungi saya untuk konsultasi pengambilan supplement semulajadi ini daripada saya, Ainul Malik melalui ainzm@yahoo.com/ 
0163353567/ 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
Salam sayang,
Mama Aiman

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...