Tuesday, June 26, 2012

Set Breastfeeding Pilihan di Bulan Ramadhan/Puasa

Salam Ceria buat semua..

Tinggal tak sampai sebulan lagi umat Islam akan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan, yang memberi rahmat buat semua hamba-hamba Allah. Sudah bersediakah ibu-ibu yang menyusukan anak-anak sempena bulan Ramadhan ini?
Risau tentang kurang tenaga sepanjang berpuasa?
Takut kekurangan air susu sepanjang berpuasa?
Risau merasa dahaga yang amat sangat akibat mengepam susu?
Sudah terfikir akan mula mencampurkan susu badan dgn susu formula?

Sementara masih ada masa, apa kata ibu2 sekalian cuba alternatif ini?

Mighty 3 Gem Shaklee

MIGHTY 3 GEM
Set Mighty 3 Gem mengandungi ESP (Energizing Soy Protein), Mealshake dan juga Performance drink. Mari kita lihat apakah kepentingan ketiga-tiga supplement ini buat ibu-ibu menyusu, ibu2 mengandung, mereka yang aktif dan sesiapa yang ingin memelihara taraf kesihatan sepanjang bulan puasa nanti.

1. ESP (Energizing Soy Protein)

ESP didatangkan dalam bentuk serbuk yang diperbuat dari 100% non-GMO soy protein yang lengkap dengan 9 asid amino perlu. Kesan POSITIF dari pengambilan minuman ini ialah:
  • ia membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan
  • Selain itu, ia juga membantu kita melapik perut dan menahan lapar kerana ia membantu menghasilkan mukosa sebagai pelindung kesan asid hidroklorik di dalam perut. Oleh itu, dapat mengelakkan rasa kepedihan perut dan juga pedih ulu hati!
  • gabungan kalsium dan protein di dalam ESP menjadi makanan tambahan untuk penghasilan utama susu ibu yang dapat diberikan kepada si manja kesayangan anda sepanjang anda berpuasa

2. Mealshake

Mealshake ini berperisa vanila yang pasti dapat memikat rasa semua! Ia membekalkan 35% atau lebih Nilai Harian bagi 19 jenis vitamin dan mineral yang penting
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, dan serabut sajian / fiber membantu anda mengatasi masalah sembelit sempena bulan puasa ini.
  • Memelihara kesihatan melalui kandungan vitamin-vitamin dan mineral penting yang diperlukan badan setiap hari yang selalunya sukar dipenuhi melalui sajian berbuka dan sahur kita

3. Performance Drink

Performance Drink mempunyai rasa oren tang yang menyegarkan! Mengapa ia penting buat kita sepanjang bulan puasa ini? Ia menjadi pilihan ahli-ahli sukan dan mereka yang menjalani gaya hidup aktif supaya kekal bertenaga dan mengurangkan rasa dahaga melalui:
  • Rumusan Ekslusif Opticarb memberi kita KARBOHIDRAT bagi daya ketahanan dan elektrolit bagi penghidratan semula dengan segera
  • Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan
  • terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar 
Selain itu, terdapat juga set-set yang berkaitan selain dari Mighty 3 Gem ini yang dapat membantu ibu-ibu membuat stok susu sempena menjelangnya Ramadhan ini.

Set2 yang dicadangkan ialah :

  1. Set Tripple M : yang mengandungi Vitalea, Vitamin C, B kompleks, Alfalfa, Ostematriks dan ESP
  2. Set E              : yang mengandungi  Vitalea, Vitamin C, B kompleks, Alfalfa, dan Ostematriks
  3. Set Eu Four Pack Plus : mengandungi Vitalea, Vitamin C, B kompleks, Ostematriks dan ESP
  4. Set Eu Four Pack        :  mengandungi Vitalea, Vitamin C, B kompleks, dan Ostematriks
  5. Set B  :   mengandungi Vitalea, Vitamin C, B kompleks, dan Alfalfa
Set breastfeeding Shaklee mengikut keperluan anda

Pemilihan setiap set ini bergantung kepada keperluan, keadaan ibu dan juga masalah yang dihadapi. Boleh dapatkan konsultasi daripada saya berkenaan dengan kesesuian pemilihan set2 breastfeeding ini.

Sebagai bonus buat ibu-ibu di luar sana, ingin saya kongsikan petua-petua orang lama-lama yang dapat membantu ibu-ibu menyediakan stok buat anak kesayangan mereka yang dipetik dari buku Susu Ibu, Titisan Mutiara Bonda.

RESEPI SUSU BADAM

Menurut buku Ensaiklopedia Perbidanan Melayu yang ditulis oleh YBhg. Datin Sharifah Anisah Barakbah, terdapat dua resepi yg telah terbukti berhasil membantu memperbanyakkan dan memekatkan air susu ibu, iaitu resepi susu badam dan resepi rendaman halba.

BAHAN
1 gelas susu segar
1 sudu teh serbuk badam
1 sudu besar kismis kuning/ 7 biji kurma nabi
1-2 sudu teh madu lebah asli/madu arab
1 biji telur ayam kampung (kuning sahaja)

CARA MENYEDIAKAN
Bancuh bahan sehingga sebati dan minum. Amalkan selama 2 minggu. Selepas 2minggu, minum tanpa telur (ada juga adunan digaul sebati dengan badam, kismis atau kurma dan madu asli spt jem dan ditelan begitu sahaja)

RESEPI RENDAMAN HALBA

Minuman ini khas untuk melancarkan dan membanyakkan air susu. Ramuannya ialah segenggam halba yang direndamkan ke dalam air suam sehingga kembang. Sebelum minum, tapis dan campurkan dengan madu lebah asli. Halba juga boleh direndamkan di dalam air susu lembu atau susu kambing dan dicampurkan madu. Minum 1-2 cawan sehari.

Rujukan : Barakbah A. (2007) Ensiklopedia Perbidanan Melayu.
Dipetik dari buku SUSU IBU Titisan Mutiara Bonda, DBP

Selamat mencuba ya! Semoga ibu-ibu mendapat manfaat dari penulisan saya ini dan saya doakan usaha-usaha ibu-ibu untuk menyediakan susu yang terbaik buat si manja ini mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.


Segala yang terbaik hanya buat si manja tersayang! Walau apa jua cabaran dan rintangan, akan kucuba harungi agar si manja mendapat makanan yang terbaik di dunia ini, insyaallah!


Hubungi saya untuk konsultasi pengambilan supplement semulajadi ini daripada saya, Ainul Malik melalui ainzm@yahoo.com/ 
0133536718/ 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
Salam sayang,
Mama Aiman

Tuesday, June 19, 2012

Collagen Powder Shaklee

Apakah kolagen? Kolagen adalah struktur protein yang bertindak sebagai perekat antara sel. 75% dari kulit kita terdiri dari kolagen.
Struktur kulit
Perlukah kolagen?
Ya, kerana kolagen dalam badan semakin berkurang, dan seiring dengan itu nutrisi yang menjaga kolagen yakni antioksidan juga semakin diperlukan oleh tubuh.
Kolagen adalah serat protein yang paling banyak terdapat dalam badan manusia. Ia didapati dengan banyak pada kulit, tulang rawan, tisu2 dan dalam kuku serta rambut.
Fungsi kolagen ialah sebagai penyokong tubuh kita. Paras kolagen menyerlahkan rupa yang sihat dan susuk tubuh yang terampil.
Kolagen semakin berkurangan selari dengan usia. Ia juga berkait dengan nutrisi yang diperlukan oleh kolagen yakni antioksidan. Jadi tidak hairan kekurangan vitamin C menyebabkan kulit kelihatan kering berkedut dan luka lambat bercantum.
Secara amnya, kolagen juga memainkan peranan dalam kesihatan tendon. Kehilangan kolagen menjejaskan kesihatan tulang dan sendi.
Kesan kekurangan kolagen menampakkan kesan penuaan terutama pada kulit dan wajah.
Antaranya ialah:
- Kedutan, pori2 terbuka dan garis halus kelihatan.
- Kulit kering dan mengelupas
- Kulit semakin kurang keanjalan
- Kulit menjadi kasar
- Rambut menipis dan gugur
- Pigmentasi
- Payudara tidak tegang dan anjal lagi
- Mata rasa kering
Seiring dengan permintaan pasaran kecantikan dan kesihatan, Shaklee telah mengeluarkan produk baru iaitu Collagen Powder Shaklee dan telah melalui beberapa kajian saintifik sebelum dikeluarkan di pasaran. dan pastinya ia juga halal dan boleh dimakan tanpa was-was!
Collagen Powder Shaklee

Apakah kesan dan faedah mengambil Collagen Powder?
Ia mengandungi red snapper scale @ sisik ikan merah, dan terbukti sisik ikan merah ini dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Selepas penggunaan selama 8 minggu, keputusan menunjukkan kulit menjadi lebih baik secara menyeluruh.
Collage Powder terbukti berkesan untuk:
- Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%
- Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
- Peningkatan dalam penampilan keseluruhan sehingga 71%
- Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69%
- Meningkatkan pemakaian kekal mekap sehingga 60%
- Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti sehingga 55%
- Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54%
- Meningkatkan keserian, tona & warna kulit sehingga 50%
- Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18%
Justeru, kesan dan faedah pengambilan Collagen Powder:
  • ANTI PENUAAN – mengurangkan liang pori-pori (pori-pori terbuka), kedutan dan garis halus.
  • MENGHIDRATKAN – Melembapkan kulit
  • MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT – Menjadikan kulir anjal, lembut dan tegang
  • MELICINKAN – Tingkatkan kelicinan kulit
  • MENYUBURKAN – Menyuburkan rambut dan kuku yang sihat
  • MENCERAH – Mengurangkan pigmentasi, jerawat dan kulit tak sekata
  • MENEGANG – Membantu menegang dan menganjalkan payudara
Sila klik untuk gambar yang lebih jelas

* Info diolah dari sumber ini.

Hubungi saya untuk konsultasi pengambilan supplement semulajadi ini daripada saya, Ainul Malik melalui ainzm@yahoo.com/ 
0133536718/ 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
Salam sayang,
Mama Aiman

Friday, June 8, 2012

Isu Soya Bahaya GMO dan Non-GMO

Salam bahagia buat semua.


Isu tentang SOYA ni memang dah sgt2 lama, dari zaman saya degree Biotek lagi dulu2 ( awal 2000 ;) ) Ramai yg mempertikaikan kepentingan SOYA sebab isu mempopularkan Soya ini konon2nya ditimbulkan dari US supaya org beramai2 beli dari pengeluaran soya US ini. Semoga diambil iktibar dan makan dengan BERILMU supaya hilang keraguan. Ini adalah perkongsian dari MommyLyna.

Macam-macam jenis soya yang ada di pasaran. Ada dalam bentuk serbuk, kotak dan sebagainya. Adakah anda pernah mengambil berat soal soya ini? Adakah soya yang anda ambil selamat?

YA, memang ada risikonya. Jom kita tengok checklist di bawah.. ADAKAH SOYA ANDA SELAMAT?

Adakah kacang soya kegemaran anda…

-Ditanam secara organik?
-Tidak menjalani proses genetik (Bukan GMO)?
-Mengandungi 9 asid amino penting?
-Dalam proses pembuatan untuk menghasilkan soya yang mengasingkan, kepingan soya dihancurkan dan dibasuh dengan air, bukan alkohol?
-Bahan anti-thyroid/anti-pertumbuhan disingkirkan?
-Diproses tanpa haba?
-Ditambah dengan kalsium? (ketika minyak dikeluarkan, ia menjadi makanan berasid – dineutralkan bila kalsium ditambah)?

Sekiranya anda mendapati semuanya atau kebanyakannya TIDAK, maka inilah masanya untuk anda mendapatkan minuman soya yang terjamin dengan ciri-ciri di atas.

Apakah penerangan di sebalik ciri-ciri di atas?

1 - KACANG SOYA TIDAK ORGANIK (menggunakan baja kimia, pestisid, etc) – mengandungi khasiat yang rendah tapi tinggi nitrat. Kandungan nitrat yang tinggi membawa risiko KANSER!!!

2 - KACANG SOYA GMO - lebih murah untuk menghasilkannya, dan lebih berisiko kepada kesihatan pengguna kerana ia menghasilkan toksin!

3 - 9 ASID AMINO - adalah penting untuk proses penghasilan hormon, antibodi dan enzim. Kekurangan asid amino perlu ini menjadikan tubuh kita kurang berkesan untuk menjalankan proses-proses penting dalam tubuh.

4 - KACANG SOYA DIPROSES DENGAN ALKOHOL – mengurangkan kadar isoflavone hingga 88%! Isoflavone adalah bahan yang mengurangkan risiko kanser. Ia juga penting dalam tindakan hormon dan jisim tulang.

5 - BAHAN ANTI-TIROID & ANTI-PERTUMBUHAN – menyebabkan fungsi tubuh terganggu dan meningkatkan risiko kanser.

6 - KACANG SOYA YANG DIPANASKAN - merosakkan kandungan proteinnya!

7 - KACANG SOYA YANG DIPROSES (DIBUANG MINYAKNYA) – menjadi berasid. Kalsium yang ditambahkan akan menjadikannya neutral semula.

Sanggupkah anda merisikokan diri dengan mengambil langkah yang tidak selamat, sedangkan anda sebenarnya ingin menjaga kesihatan? Mungkin anda dah pernah baca tentang risiko penyakit kanser yang disebabkan oleh soya.. seperti yang digembar-gemburkan.

Dapatkan soya yang berkualiti dan selamat.





Energizing Soy Protein Shaklee adalah sememangnya Non-GMO, iaitu yang tak diubah genetiknya. Sangat selamat diminum tanpa was-was.


Energizing Soy Protein Shaklee


Nak tahu keistimewaan dan fakta tentang ESP?
  • Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
  • Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana iamengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian
  • Isoflavones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.
  • Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP(Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna. Diproses dengan air ( bukan dengan bahan kimia ) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones
  • Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafein.

Nak tahu kepentingan PROTEIN? Boleh rujuk di post INI.


Minuman Kegemaran Saya!
Saya sangat suka sediakan ESP yang dicampurkan dengan Mealshake dan Performance Drink dan di shake kan..simpan dalam peti sejuk..wah..sangat menyegarkan tekak yang minum dan khasiat yang paling penting ia membekalkan tenaga seharian kepada saya! Dalam gambar minuman dia atas, saya campurkan dengan potongan buah kiwi. Cukup bernutrisi! Lengkap dengan Protein dari ESP dan juga ada kalsium, mineral2 penting dari mealshake, pengekalan ion2 badan yang penting dari performance drink dan vitamin C dan fiber dari buah kiwi! yummie! Insyaallah nanti saya kongsikan dengan kawan2 resepi2 untuk menyediakan air ESP yang menyelerakan!



Hubungi saya untuk konsultasi pengambilan supplement semulajadi ini daripada saya, Ainul Malik melalui ainzm@yahoo.com/ 
0133536718/ 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
Salam sayang,
Mama Aiman

Thursday, June 7, 2012

Doa Keluarga Sakinah & Tips Keluarga Bahagia

Salam Bahagia buat semua

Kali ini sempena bulan Anniversary Perkahwinan saya dan suami, saya ingin kongsikan doa keluarga sakinah ini buat semua. Semoga dipanjang2kan dan mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat :)



"Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai, berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk golongan orang-orang yang berserah diri"
(Surah Al-Ahqaf, ayat 15)

TIPS KELUARGA BAHAGIA:

  1. Selalulah berdoa dan bermohon kepada Allah, segala-segala yang kita hajatkan SETIAP HARI, kerana hanya kepada Allah tempat kita bergantung harap dan meletakkan segala2nya. HambaNya yang rajin meminta-minta dariNya akan selalu diredhai Allah. Juga selain berdoa, perlulah berusaha ke arah kebaikan. 
  2. Kesabaran adalah kunci kebahagiaan rumahtangga. Pasangan yang sentiasa bersabar di atas segala ujian yang diturunkan oleh Allah akan mendapat ganjaran yang setimpal dengan kesabarannya itu. Tidak semua manusia sempurna, jadi, terimalah seadanya kekurangan dan kelemahan pasangan kita kerana kekurangan dan kekuatannya adalah pelengkap kepada kekurangan dan kekuatan kita.
  3. Bertolak ansur atas semua hal, terutamanya hal yang melibatkan rumahtangga juga hati dan perasaan pasangan masing-masing. Dengan bertolak ansur, setiap pekerjaan dan masalah akan menjadi mudah.
  4. Solat 5 waktu sehari semalam jangan sesekali ditinggalkan kerana itu adalah tiang agama, melambangkan keteguhan iman dan takwa. Suami haruslah memimpin keluarganya ke jalan yang diredhai Allah dan isteri pula bertindak sebagai pendamping, penasihat dan pelengkap ketua keluarga untuk melayari kehidupan berkeluarga ini.
  5. Sentiasa menjaga hati pasangan tetapi haruslah dalam keadaan jujur. Jujur sangat penting dalam memanjangkan hubungan yang bahagia.
Selamat beramal :)

Sempena bulan istimewa dan kasih sayang ini, saya panjangkan kegembiraan saya sekeluarga kepada anda di luar sana. Kepada penggemar2 set keintiman, set kasih sayang dan set kecantikan yang kesemuanya mengandungi VITAMIN E ada promo ISTIMEWA dari saya & Sihat.Ceria.Bahagia. 
PM saya untuk maklumat lanjut :)

Hubungi saya untuk konsultasi pengambilan supplement semulajadi ini daripada saya, Ainul Malik melalui ainzm@yahoo.com/ 
0133536718/ 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
Salam sayang,
Mama Aiman

Tuesday, June 5, 2012

Kebaikan Vitamin E Semulajadi kepada Ibu Menyusu

Bagi mereka yang ‘celik suplemen’, vitamin E adalah salah satu vitamin penting yang diberi macam2 nama.. Vitamin Cintalah, dan yang nyata vitamin E ni adalah antioksidan yang baik.
Vitamin E ni banyak sangat kebaikan dia. Tapi saya nak cerita tentang kebaikan vitamin E kepada ibu yang menyusukan anak.

Ibu yang menyusukan anak memerlukan Vitamin E lebih dari orang biasa, malah lebih dari ibu hamil. Kenapa ibu menyusu memerlukan vita-E:

Mengelakkan anemia pada bayi
Menurut Jan Riordan, penulis buku “Breastfeeding and Human Lactation”, vitamin E diperlukan untuk mengelakkan anemia di kalangan bayi. Laporam Kids’ Health pula menyatakan, ibu yang kekurangan pengambilan vitamin E menyebabkan bayi yang disusuikan kurang bekalan vitamin E.
Anemia bermakna kekurangan oksigen yang dibawa oleh darah akibat kekurangan sel darah merah. Ia amat bahaya kepada bayi yang sedang dalam proses membesar.

Menjaga kesihatan otot untuk menurunkan berat badan lepas bersalin
Lumrah ibu yang baru lepas bersalin ingin mendapatkan berat asal. Namun, kekurangan vitamin E mungkin boleh mengganggu kerana menurut Eileen Behan, dalam bukunya “Eat Well, Lose Weight While Breastfeeding”, ibu yang ingin turun berat badan memerlukan vitamin E untuk pembentukan otot yang sihat. Otot yang sihat dapat membakar lemak dengan lebih efektif.

Vitamin E sebagai ‘first aid’
Vitamin E harus selalu ada dalam stok ibu menyusu sebagai ‘first aid’ bila mengalami bengkak susu. Ini kerana vitamin E membantu mengurangkan bengkak dan inflamasi.
Persoalannya, apakah vitamin E yang sesuai dengan ibu menyusu?

UNTUK PENGAMBILAN VITAMIN E HARIAN
Untuk bekalan vitamin E harian ibu menyusu, GLA complex lebih sesuai kerana kandungan vitamin E-nya rendah – 15IU dalam satu kapsul.

UNTUK FIRST AID
Vita-E Complex sesuai untuk first aid sewaktu bengkak susu dan nipple luka. Pastikan ia sentiasa ada dalam stok!

credit : vitaminsemulajadi.com

Untuk pengetahuan semua, vitamin E semulajadi adalah d-alpha tocopherol. Dan vitamin E yang baik didatangkan bersama2 selenium untuk mengelakkan vitamin E yang larut lemak ini terkumpul dalam badan dan menjadi toksik. Untuk info lanjut mengenai pemilihan Vitamin E yg betul, anda boleh baca post ini:

Hubungi saya untuk konsultasi pengambilan supplement semulajadi ini daripada saya, Ainul Malik melalui ainzm@yahoo.com/ 
0133536718/ 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
Salam sayang,
Mama Aiman
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...