Thursday, June 7, 2012

Doa Keluarga Sakinah & Tips Keluarga Bahagia

Salam Bahagia buat semua

Kali ini sempena bulan Anniversary Perkahwinan saya dan suami, saya ingin kongsikan doa keluarga sakinah ini buat semua. Semoga dipanjang2kan dan mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat :)



"Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai, berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk golongan orang-orang yang berserah diri"
(Surah Al-Ahqaf, ayat 15)

TIPS KELUARGA BAHAGIA:

  1. Selalulah berdoa dan bermohon kepada Allah, segala-segala yang kita hajatkan SETIAP HARI, kerana hanya kepada Allah tempat kita bergantung harap dan meletakkan segala2nya. HambaNya yang rajin meminta-minta dariNya akan selalu diredhai Allah. Juga selain berdoa, perlulah berusaha ke arah kebaikan. 
  2. Kesabaran adalah kunci kebahagiaan rumahtangga. Pasangan yang sentiasa bersabar di atas segala ujian yang diturunkan oleh Allah akan mendapat ganjaran yang setimpal dengan kesabarannya itu. Tidak semua manusia sempurna, jadi, terimalah seadanya kekurangan dan kelemahan pasangan kita kerana kekurangan dan kekuatannya adalah pelengkap kepada kekurangan dan kekuatan kita.
  3. Bertolak ansur atas semua hal, terutamanya hal yang melibatkan rumahtangga juga hati dan perasaan pasangan masing-masing. Dengan bertolak ansur, setiap pekerjaan dan masalah akan menjadi mudah.
  4. Solat 5 waktu sehari semalam jangan sesekali ditinggalkan kerana itu adalah tiang agama, melambangkan keteguhan iman dan takwa. Suami haruslah memimpin keluarganya ke jalan yang diredhai Allah dan isteri pula bertindak sebagai pendamping, penasihat dan pelengkap ketua keluarga untuk melayari kehidupan berkeluarga ini.
  5. Sentiasa menjaga hati pasangan tetapi haruslah dalam keadaan jujur. Jujur sangat penting dalam memanjangkan hubungan yang bahagia.
Selamat beramal :)

Sempena bulan istimewa dan kasih sayang ini, saya panjangkan kegembiraan saya sekeluarga kepada anda di luar sana. Kepada penggemar2 set keintiman, set kasih sayang dan set kecantikan yang kesemuanya mengandungi VITAMIN E ada promo ISTIMEWA dari saya & Sihat.Ceria.Bahagia. 
PM saya untuk maklumat lanjut :)

Hubungi saya untuk konsultasi pengambilan supplement semulajadi ini daripada saya, Ainul Malik melalui ainzm@yahoo.com/ 
0133536718/ 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
Salam sayang,
Mama Aiman

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...