Tuesday, June 26, 2012

Set Breastfeeding Pilihan di Bulan Ramadhan/Puasa

Salam Ceria buat semua..

Tinggal tak sampai sebulan lagi umat Islam akan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan, yang memberi rahmat buat semua hamba-hamba Allah. Sudah bersediakah ibu-ibu yang menyusukan anak-anak sempena bulan Ramadhan ini?
Risau tentang kurang tenaga sepanjang berpuasa?
Takut kekurangan air susu sepanjang berpuasa?
Risau merasa dahaga yang amat sangat akibat mengepam susu?
Sudah terfikir akan mula mencampurkan susu badan dgn susu formula?

Sementara masih ada masa, apa kata ibu2 sekalian cuba alternatif ini?

Mighty 3 Gem Shaklee

MIGHTY 3 GEM
Set Mighty 3 Gem mengandungi ESP (Energizing Soy Protein), Mealshake dan juga Performance drink. Mari kita lihat apakah kepentingan ketiga-tiga supplement ini buat ibu-ibu menyusu, ibu2 mengandung, mereka yang aktif dan sesiapa yang ingin memelihara taraf kesihatan sepanjang bulan puasa nanti.

1. ESP (Energizing Soy Protein)

ESP didatangkan dalam bentuk serbuk yang diperbuat dari 100% non-GMO soy protein yang lengkap dengan 9 asid amino perlu. Kesan POSITIF dari pengambilan minuman ini ialah:
  • ia membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan
  • Selain itu, ia juga membantu kita melapik perut dan menahan lapar kerana ia membantu menghasilkan mukosa sebagai pelindung kesan asid hidroklorik di dalam perut. Oleh itu, dapat mengelakkan rasa kepedihan perut dan juga pedih ulu hati!
  • gabungan kalsium dan protein di dalam ESP menjadi makanan tambahan untuk penghasilan utama susu ibu yang dapat diberikan kepada si manja kesayangan anda sepanjang anda berpuasa

2. Mealshake

Mealshake ini berperisa vanila yang pasti dapat memikat rasa semua! Ia membekalkan 35% atau lebih Nilai Harian bagi 19 jenis vitamin dan mineral yang penting
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, dan serabut sajian / fiber membantu anda mengatasi masalah sembelit sempena bulan puasa ini.
  • Memelihara kesihatan melalui kandungan vitamin-vitamin dan mineral penting yang diperlukan badan setiap hari yang selalunya sukar dipenuhi melalui sajian berbuka dan sahur kita

3. Performance Drink

Performance Drink mempunyai rasa oren tang yang menyegarkan! Mengapa ia penting buat kita sepanjang bulan puasa ini? Ia menjadi pilihan ahli-ahli sukan dan mereka yang menjalani gaya hidup aktif supaya kekal bertenaga dan mengurangkan rasa dahaga melalui:
  • Rumusan Ekslusif Opticarb memberi kita KARBOHIDRAT bagi daya ketahanan dan elektrolit bagi penghidratan semula dengan segera
  • Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan
  • terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar 
Selain itu, terdapat juga set-set yang berkaitan selain dari Mighty 3 Gem ini yang dapat membantu ibu-ibu membuat stok susu sempena menjelangnya Ramadhan ini.

Set2 yang dicadangkan ialah :

  1. Set Tripple M : yang mengandungi Vitalea, Vitamin C, B kompleks, Alfalfa, Ostematriks dan ESP
  2. Set E              : yang mengandungi  Vitalea, Vitamin C, B kompleks, Alfalfa, dan Ostematriks
  3. Set Eu Four Pack Plus : mengandungi Vitalea, Vitamin C, B kompleks, Ostematriks dan ESP
  4. Set Eu Four Pack        :  mengandungi Vitalea, Vitamin C, B kompleks, dan Ostematriks
  5. Set B  :   mengandungi Vitalea, Vitamin C, B kompleks, dan Alfalfa
Set breastfeeding Shaklee mengikut keperluan anda

Pemilihan setiap set ini bergantung kepada keperluan, keadaan ibu dan juga masalah yang dihadapi. Boleh dapatkan konsultasi daripada saya berkenaan dengan kesesuian pemilihan set2 breastfeeding ini.

Sebagai bonus buat ibu-ibu di luar sana, ingin saya kongsikan petua-petua orang lama-lama yang dapat membantu ibu-ibu menyediakan stok buat anak kesayangan mereka yang dipetik dari buku Susu Ibu, Titisan Mutiara Bonda.

RESEPI SUSU BADAM

Menurut buku Ensaiklopedia Perbidanan Melayu yang ditulis oleh YBhg. Datin Sharifah Anisah Barakbah, terdapat dua resepi yg telah terbukti berhasil membantu memperbanyakkan dan memekatkan air susu ibu, iaitu resepi susu badam dan resepi rendaman halba.

BAHAN
1 gelas susu segar
1 sudu teh serbuk badam
1 sudu besar kismis kuning/ 7 biji kurma nabi
1-2 sudu teh madu lebah asli/madu arab
1 biji telur ayam kampung (kuning sahaja)

CARA MENYEDIAKAN
Bancuh bahan sehingga sebati dan minum. Amalkan selama 2 minggu. Selepas 2minggu, minum tanpa telur (ada juga adunan digaul sebati dengan badam, kismis atau kurma dan madu asli spt jem dan ditelan begitu sahaja)

RESEPI RENDAMAN HALBA

Minuman ini khas untuk melancarkan dan membanyakkan air susu. Ramuannya ialah segenggam halba yang direndamkan ke dalam air suam sehingga kembang. Sebelum minum, tapis dan campurkan dengan madu lebah asli. Halba juga boleh direndamkan di dalam air susu lembu atau susu kambing dan dicampurkan madu. Minum 1-2 cawan sehari.

Rujukan : Barakbah A. (2007) Ensiklopedia Perbidanan Melayu.
Dipetik dari buku SUSU IBU Titisan Mutiara Bonda, DBP

Selamat mencuba ya! Semoga ibu-ibu mendapat manfaat dari penulisan saya ini dan saya doakan usaha-usaha ibu-ibu untuk menyediakan susu yang terbaik buat si manja ini mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.


Segala yang terbaik hanya buat si manja tersayang! Walau apa jua cabaran dan rintangan, akan kucuba harungi agar si manja mendapat makanan yang terbaik di dunia ini, insyaallah!


Hubungi saya untuk konsultasi pengambilan supplement semulajadi ini daripada saya, Ainul Malik melalui ainzm@yahoo.com/ 
0133536718/ 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
Salam sayang,
Mama Aiman

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...