Monday, March 31, 2014

Tips Kulit Halus Gebu Dari Kekusaman Untuk Pengantin Baru

Assalamualaikum wbh

Cuti sekolah ni, ramai yang melangsungkan perkahwinan kan? Syukur, dan tahniah buat mereka yang mendirikan rumah tangga bersama jodoh masing-masing, semoga berbahagia hingga ke syurga!

Tips Wajah Berseri dan Kulit Halus Cantik 


Segar cantik berseri di hari Perkahwinan

1) Selalu bersihkan wajah dengan air kosong
Tips yang berkesan adalah dengan wuduk 5 kali sehari semalam, mestilah kita akan cuci muka dari mekap dan sebarang kekotoran di muka, rajinlah bilas muka dengan air yang bersih

2) Banyakkan minum air suam
Minum air suam untuk peredaran darah yang lancar, sekurang-kurangnya 1 liter sehari

3) Pengambilan supplement yang dicadangkan :

Sememangnya supplement semulajadi Shaklee menjadi pilihan masa kini kerana kualiti dan keberkesannya. Mahu tahu apa yang sesuai yang diambil oleh bakal pengantin untuk cantik berseri-seri?

  1. ESP : Kaya dengan protein tinggi, dapat membantu sel-sel kulit untuk cantik dan gebu, membantu mengurangkan parut di muka
    ESP yang digilai ramai wanita
  2. Vitamin E : Kaya dengan antioksidan yang tinggi, vitamin E mencantikkan kulit wajah dengan memudarkan parut, menambahkan keserian wajah
  3. Vitamin C : Kandungan bioflavonoidnya membantu menghilangkan cela, mencantikkan wajah, mengurangkan pigmentasi dan jeragat di wajah
  4. B kompleks : B untuk "beauty" sememangnya gabungan yang bagus utuk mendapatkan kulit yang berseri dari dalam seperti amalan Datin Noorjuma :)
  5. Omega : Omega memang mebnatu dalam mencantikkan tektur kulit dan membantu menaikkan seri wajah anda
  6. GLA : Membuatkan wajah pinkish dan berseri-seri (glowing) dan menambahkan kelembapan kulit
  7. Kolagen : Menganjalkan kulit wajah, menghilangkan parut dan membantu mencantikkan tekstur kulit supaya licin berseri 
Tidak perlu ambil semua, bergantung kepada fokus dan bajet anda, tetapi dinasihatkan supaya memilih gabungan yang berkesan supaya wajah anda akan cantik berseri luar dan dalam.

Selamat Pengantin Baru, moga hati anda akan ceria dan mendapat perhatiaan semua sebagai Raja Sehari yang cantik jelita!

Dapatkan aturan dan cara pengambilan supplement untuk kulit yang cantik ini secara berkesan! Khas untuk bakal pengantin yang merupakan pelanggan saya, saya akan kongsikan tips eksklusif buat anda :D


Hubungi :

Ainul Malik
SMS 013-3536718
WA 016-3353567
Facebook page : http://www.facebook.com/sihat.ceria.bahagia

Wednesday, March 26, 2014

Tips Banyakkan Susu : Milk Booster Cepat dan Mudah Disediakan Khas untuk Wanita Berkerja

Penyediaan Milk Booster yang ringkas, mudah dan cepat bagi anda ibu-ibu yang sibuk dan mengejar masa?



Saya kongsikan di sini tips dan senarai milk booster yang cepat yang pernah saya cuba sebelum ini :)

1) Sup Lobak Putih

Milk Booster, banyakkan susu, lobak putih
Sup Lobak Putih Milk Booster Mudah dan Sedap

Senang dan mudah nak sediakan sup ni.. saye suka tumis dengan bawang dulu, lepas tu saya akan masukkan lobak puth ni sebelum masukkan air ;) yang sup di atas saya tumis dengan minyak zaitun, campur bahan lain untuk sedapkan lagi sup lobak putih ni, contohnya dim sum, lobak masin dan suhun. Yang lain-lain ikutlah selera dan stok yang ada di rumah, mudah dan cepat bukan? Yang penting sedap :)


2) Sup Ayam

Ihsan Google dari http://leematsunaga.files.wordpress.com/2012/12/sup-ayam.jpg
Ini milk booster saya sendiri, sup ayam yang ada herba2 rempah ratus di dalam nya, so secara khususnya yang menjadi milk booster saya adalah sup ayam Utara. Sebab ada macam-macam jenis respi sup ayam kan, yang ada sup bunjut tu, boleh membantu saya membanyakkan susu. Anda bagaimana?


3) Ulam ulaman : Jantung pisang & pegaga

Khasiat pegaga ihsan Google dari http://panduanpercuma.info/wp-content/uploads/2010/03/khasiatpegaga.jpg

Ulam jantung pisang ihsan Google dari http://rasa.karangkraf.com/panduan/petua-dapur/jantung-pisang-tidak-hitam-1.59108

Ini memang ulam favorite saya! Betul tak geng makan tengahari? Bila kita bekerja, kita akan ada masa makan tengahari bersama kawan-kawan seofis, jadi jadikan hidangan ulam-ulaman seperti jantung pisang dan pegaga sebagai menu wajib bila anda makan di luar. Sihat bukan, makan sayur-sayuran tanpa perlu ditumis dengan minyak? Pegaga dan jantung pisang bukan saja milk booster terbaik, tetapi memang sedap menjadi pembuka selera hidangan tengahari bila makan bersama sambal belacan. yummy!



4) Air ESP + Low Fat Milk + Kurma + Badam

Resepi ESP sedap


Resepi minuman dengan ESP ni memang menjadi milk booster terbaik dan sedap bagi saya. Minum sejuk-sejuk, anda akan rasa kenikmatannya! Dah cuba resepi ESP ini? Campurkan sekali kurma yang direndam lama di dalam susu segar/ low fat milk dan blend semuanya.. malas nak blend sebab tak cukup masa? boleh saja.. kadang-kadang nak jimat masa, saya minum aje resepi ni tanpa blendkan kurma tadi, ia akan jadi lembut bila dah direndam lama. Badam tu tumbuk atau tabur dengan badam masakan yg dipotong kecil-kecil pun boleh. ikut kreativiti sendiri :)

Tak sempat nak minum air ESP kosong pun sedap! Cuma shake dan campurkan air, terus minum!

Boleh cuba untuk hasil yang lebih optima, iaitu set Mighty 3 Gem (klik link ini)

Oh, nak yang lebih cepat tanpa perlu penyediaan apa-apa? Ada-ada saya memang sangat suka makan milk booster yang mudah dan cepat ni!


5) Air Horlicks

Horlicks milk booster
Horlicks yang sedap ihsan Google

Ho-ho-ho Horlicks! Yes, setelah dicuba-cuba, Horlicks panas adalah milk booster saya yang lebih cepat berbanding air milo. Kalau dapat, minu untuk sarapan, kalau tak sempat minum horlicks panas semasa makan tengahari atau waktu petang pun boleh juga. Anda dah cuba?


6) Kurma

banyak susu, breastfeeding tips
Kurma sebagai mlik booster

Jadikan kurma sebagai stok kecemasan di mana-mana anda berada. Letak dalam laci di ofis dan juga sediakan stok kurma di dalam peti ais di rumah anda. Saya juga bawak kurma di dalam beg saya sebab bila drive pun sempat lagi nak makan kurma ni kan, ia adalah milk booster terbaik dan mudah dibawa ke mana-mana :) sebab tu mungkin Amni pun minat makan kurma ni, mesti rasa susu dia perisa kurma :)


7) Set Menyusu Budget Shaklee



Set ini terdiri dari ostematrix, Alfalfa dan lecithin. Perlu makan ketiga-tiga ini? Tak dapat makan ketiga-tiga, utamakan ostematrix mahupun Alfalfa. Kenapa?

Ostematrix : Pembekalan sumber Kalsium tinggi, jadi ia merangsang penghasilan susu di dalam badan

Alfalfa : Milk booster yang diamalkan sejak zaman dahulu lagi, jika kena pada gayanya, susu anda akan melimpah ruah, insyaallah.

Lecithin : Pemecah lemak, jadi ia akan membuatkan saluran susu anda lancar. Sangat penting bila terkena bengkak susu.

Jadi, supplement ini, telan saja! Mudah bukan?


Ini, antara amalan saya, dan walaupun sekarang status saya telah bertukar dari berkerjaya kepada WAHM, yang nyata, bekerja jugak bukan? Lagi perlukan masa yang berkualiti untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang dirancang. Saya amalkan tips-tips di atas sehingga sekarang, alhamdulillah berkesan.



Tips Berjaya di dalam Penyusuan


Untuk berjaya di dalam penyusuan susu ibu ini, beberapa prinsip asas harus dipegang dan dijadikan disiplin setiap hari untuk diikuti.

1) Kerapkan direct feeding
Menyusu secara terus adalah stimulation terbaik. Jika tidak dapat direct feeding, disiplinkan diri untuk mengepam susu setiap 2 atau tiga jam sehari sepanjang waktu bekerja. Pastikan anda benar-benar mengosongkan Breast selepas mengepam, boleh dilakukan selama 20 -30 minit bergantung kepada badan masing-masing.

2) Banyakkan minum air kosong
Minumlah air yang banyak, kerana jika orang biasa perlu minum 1 liter air untuk 20kg badannya, cuba kira dengan berat anda, berapa liter air yang perlu diminum sehari? ditambah dengan fokus untuk mengumpul stok susu atau menyusukan secara terus, pasti anda perlu banyak minum air masak. kalau minum air panas kosong lagi best :)

3) Banyakkan berdoa
Bukan senang sebenarnya nak menjayakan penyusuan ini. Banyakkan berdoa agar susu semakin bertambah dan murah rezeki anak setiap hari.

Saya memang pernah mengalami kemeruduman susu pada suatu masa dulu, memang sangat sedih. Sehari saya hanya dapat kumpul 4 oz untuk 4 kali pengepaman. Siapa yang tidak sedih untuk susu sebanyak itu saja diberikan pada anaknya hari yang sama?

Tapi, kita positifkan hati, yakin berdoa. Ini antara yang saya amalkan :



1) Surah al-kauthar


2) Surah al-Baqarah, ayat 60


3) Surah al-hujurat


4) Zikir ya Matin



* semua gambar2 surah dan ayat al-quran ini saya Google ya, teruima kasih kepada semua penyumbang!


4) Jaga emosi : Hindari tekanan/stress dan dekatkan diri dengan cas-cas positif supaya anda sentiasa gembira. lebih gembira anda, lebih banyak susu dapat dihasilkan!




Semoga entry saya membantu anda, para wanita berkerjaya yang mencari-cari tips untuk menambahkan susu badan dengan pengambilan milk booster yang mudah dan cepat. Respons badan adalah berbeza bagi setiap individu, saya hanya kongsikan pengalaman saya, anda boleh cuba jaya setiap satu tips milk booster ini untuk melihat mana satu yang berkesan buat anda!

Semoga berjaya!

Untuk si manja, segala-galanya sanggup ku korbankan, tak gitu wahai ibu-ibu penyayang? :)


Salam kasih sayang,

Ainul Malik
HP 013-3536718
WA 016-3353567
Fbpage : Sihat.Ceria.Bahagia

Wednesday, March 19, 2014

Cara Menghilangkan Stress dan Tekanan Perasaan yang Terbaik



Stress dan Tekanan Perasaan membuatkan anda mengalami kemurungan dan kesedihan.


Faktor dan Punca Stress


Apakah yang menyebabkan anda stress dan tertekan?


  1. Anda tidak sihat?
  2. Anda mengalami masalah kewangan?
  3. Anda mengalami tekanan di tempat belajar atau kerja?
  4. Anda ada masalah dengan cinta?
  5. Anda ada masalah perhubungan dengan ibu bapa, keluarga, kawan-kawan?
  6. Anda ada masalah dengan cuaca yang tidak menentu?
  7. Anda stress dengan masa?
  8. Anda stress dengan jem di jalanraya?
  9. Anda stress kerana tidak dapat membuat pilihan sendiri menentukan hala tuju hidup?
  10. Anda kurang mendapat perhatian dari yang tersayang?
Simptom stress pada tubuh bada, emosi, tingkah laku dan minda


Isu yang meninbulkan Stress dan Tekanan di Malaysia


Banyak perkara yang boleh menjadi punca stress ini. Yang paling besar sekarang ini adalah misteri kehilangan pesawat MH370 MAS yang hilang secara tiba-tiba. Ia menjadi tekanan yang amat besar kepada mangsa-mangsa yang terlibat dan juga ahli keluarga mangsa MH370 tersebut. Marilah kita beramai-ramai berdoa agar isu ini segera mendapat jawapan dan pesawat MH370 ini dapat ditemui.

Belum reda masalah MH370, negara digemparkan dengan isu kematian remaja di Future Music Festival Asia 2014 (FMFA) yang bertempat di Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur. Pesta Muzik terbesar di Asia yang bertemakan "safari" ini telah dilangsungkan selama dua hari dan telah dibatalkan pada hari ketiga kerana peristiwa kematian 6 remaja yang dilibatkan dengan pengambilan dadah secara overdose. 

Mengapa remaja ini telah mengambil pendekatan dadah sebagai terapi perasaan? adakah mereka terlalu stress dengan hidup sehingga sanggup mengambil jalan singkat dengan pengambilan dadah ini?

Beberapa lagi isu yang menimbulkan tekanan di hati masyarakat Malaysia adalah disebabkan oleh cuaca jerebu yang mencapai paras IPU berbahaya di beberapa kawasan utama di Lembah Kelang, yang menyebabkan beberapa kawasan terpaksa menutup sesi persekolahan buat beberapa hari.

Juga, masalah kesihatan dengan merebaknya virus penyebab sakit kuku kaki tangan dan mulut dan juga denggi yang sangat menular di seluruh negara.

Semua ini berlaku dalam keadaan sedar dan luar sedar kita. Jadi, sementara kita dapat berfikir dengan waras ini, sentiasalah beringat dan berwaspada untuk mengawal emosi masing-masing untuk sentiasa kekal stabil agar tidak mudah tertekan.


Cara Menghilangkan Stress dan Tekanan



Bermuhasabah di samping melakukan terapi yang anda gemari

  1. Sentiasa berbincang dengan orang tersayang ataupun yang paling rapat dengan anda hati ke hati mengenai tekanan yang anda alami
  2. Menyenaraikan satu-satu masalah di atas kertas sambil menuliskan pros dan kons juga penyelesaian kepada masalah tersebut
  3. Melakukan apa juga terapi yang anda suka seperti bershopping, pergi ke spa, bersukan, meluangkan masa bercuti bersama keluarga
  4. Merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab atau yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam isu tekanan yang anda hadapi
  5. Meningkatkan kualiti pengetahuan dengan ilmu dengan banyakkan membaca supaya anda akan lebih terdedah kepada penyelesaian yang lebih berilmu dan memperluaskan pemikiran dengan pengalaman orang lain
  6. Menjaga kesihatan secara optima dengan menjaga kebersihan diri, menjaga waktu makan dan sebagainya supaya diri sentiasa terurus dan lebih bertenang



Membina diri dengan Aura Positif



Apa pentingnya dengan aura positif ini? Aura positif ini akan menyeimbangkan perasaan anda dan menenangkan perasaan ke tahap yang optima supaya anda dapat menghadapi stress dan tekanan dengan sewajarnya. Bagaimana untuk membina diri dengan cas-cas positif ini supaya anda lebih gembira dan bertenang?


Ubat hati (ihsan Google)

  1. Menjaga hati
  2. Dekatkan diri dengan Pencipta, Tuhan Yang Maha Esa. Ada berbagai cara untuk mendekatkan diri dengan Allah yang Maha Berkuasa, contohnya dengan berzikir, mengaji, menjaga solat, membuat solat2 sunat, berpuasa dan sebagainya.
  3. Berada dalam lingkungan orang-orang yang positif dan berjaya, supaya kita dapat berfikir dan bertukar pandangan dengan lebih baik antara satu sama lain
  4. Banyakkan berdoa kepada Allah dengan penuh pengharapan dan keyakinan bahawa masalah itu dapat diselesaikan dengan mudah. Percaya dengan kuasa doa sebagai senjata dan perisai diri yang paling mujarab dalam hidup kerana apabila anda percaya, anda akan melalui proses penyembuhan dan miracle yang tidak tersangka-sangka.
  5. Wujudkan suasana yang paling selesa buat diri anda contohnya memastikan kebersihan diri dan tempat tinggal terjaga.
  6. Wujudkan perhubungan yang positif dengan semua orang di sekeliling kita dan berusaha mengekalkan cas-cas positif lebih banyak berbanding cas negatif dengan mengawal perasaan dan emosi setiap hati
  7. Menjaga pemakanan dengan mengambil makanan yang halal, bernutrisi dan berkhasiat setiap hari supaya sel-sel badan mendapat khasiat yang secukupnya untuk kekal sihat dan gembira.

Zikir Terapi Diri


  • Ya Latif : (Yang Maha Lemah Lembut) Ucapkanlah 100x sehari
  • Subhanallah, Walhamdulillah, wala ilaha illallah Allahu akbar : (Maha suci Allah, Segala puji hanya untuk Allah, tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, ALlah Maha Besar) 
  • La haula wala quwwata illa billah : (Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah)
  • Doa : Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil. dan Aku berlindung kepadaMu dari beban hutang dan penindasan orang.
  • dan banyak lagi zikir-zikir terapi diri yang boleh diamalkan

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan,”Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.” Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabbnya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”.

[al Baqarah/2:155-157]


Semoga anda akan lebih bertenang selepas ini, bertawakkal kepada Allah atas setiap apa yang berlaku kerana pasti akan ada hikmah di atas sesuatu kejadian. Ujian yang diberikan tidaklah sia-sia kerana ianya penuh dengan pengajaran buat diri sendiri, keluarga mahupun masyarakat supaya dapat bertindak dengan lebih positif dan bijak.


Pesanan terakhir, jangan lupa ambil ubat penenang semula jadi yang sangat selamat, semestinya b kompleks dan omega guard yang dapat membantu anda mengawal emosi dengan berkesan. Pasti anda menghadapi segala kesukaran dengan senyuman, kerana di saat itulah anda akan mendapat penyelesaian yang bijak pabila emosi anda stabil dan terkawal.



Selamat bergembira bersama insan tercinta!


Selamat mencuba!


    Salam sayang,

    Ainul Malik
    http://www.facebook.com/sihat.ceria.bahagia

    Tuesday, March 18, 2014

    ESP Penawar Gastrik Terbaik Buat Saya Pengedar Shaklee Kajang Taman Puncak Saujana, Prima Saujana, Saujana Impian



    Ini adalah testimonial ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee yang saya share dari group saya, mohon izin share ye tuan empunya :)

    penawar gastrik, cara elak gastrik, ESP putrajaya, kajang, Shaklee
    Testimoni ESP untuk gastrik

    Bila tebaca testi ni, teringat kisah SAYA sendiri. Kenapa? Sebab pengalaman dia sama macam saya, yang dapat gastrik dari kecik lagi


    Penyebab Gastrik

    Punca gastrik, cara mengatasi, ubat gastrik
    Gastrik penyebab sakit perut

    Bila tak makan, confirm sakit perut
    Bila makan lebih pun mesti sakit perut
    Bila makan yang sangat pelik, sakit perut jugak
    Bila makan tak ikut time, mesti rasa perut memulas bagai ditarik-tarik
    tapi apa2pun, tetaplah bersyukur ada perut kan?

    Saya dapat gastrik ni maybe disebabkan keturunan, redha jelah takpe asal sihat ceria hehe

    Penyebab Utama Gastrik :

    1. Waktu makan yang tidak tetap
    2. Membiarkan perut kosong ketika jus gaster dikeluarkan dari badan
    3. Tekanan
    4. Helicobacter pylori pula penyebab peptic/gastric ulcer di dalam perut

    Ubat yang boleh menyebabkan Gastrik

    1. Aspirin : melegakan kesakitan
    2. Nicotine : mengurangkan rokok
    3. Corticosteroids : ubat untuk melegakan masalah kulit, ruam, ekzema
    4. Erythromycin : antibiotik
    5. Beta Blockers : rawatan darah tinggi

    Simptom Gastrik


    1. Sakit yang berterusan
    2. Ketidakhadaman perut
    3. Pening kepala
    4. Muntah
    5. Hilang selera makan
    6. Cirit birit 
    hmmm..dulu memang selalu saya alami semua ni termasuk cirit-cirit.

    Apa yang perlu dielakkan oleh pesakit gastrik?


    1. Makanan pedas
    2. Alkohol
    3. Merokok
    4. Makan berlebihan
    5. Makan banyak sebelum tidur malam
    6. Makanan terlalu berlemak
    7. Tekanan
    8. Tidur lewat malam

    Rujukan :  Gastric Problems - First Aid and Emergency Treatment Guide | Medindia http://www.medindia.net/patients/firstaid-gastric.htm#ixzz2wHzLB7Fi




    Petua mengurangkan Gastrik


    Satu petua dari saya bila saya terkena gastrik
    Minum air panas kosong
    ye, syarat mesti panas yang boleh diminum (bukan suam)
    dan air itu mesti air yang kosong
    Alhamdulillah, cara ini memang kena dengan perut saya
    mesti keluar angin
    kalau dah terdesak sangat taktahu mana nak cari air halia

    Kalau rajin bolehla buat sendiri air halia,
    rebuskan halia dan tambahkan sedikit gula supaya boleh diterima tekak
    masa pregnantkan Aiman dulu, saya sangat suka minum teh o halia
    tapi orang tua-tua cakap, halia ni kalau makan setiap hari panas
    * taktahu betul atau kebetulan, ini penyebab Aiman kurang rambut masa baby dulu
    6 bulan baru ada rambut yang sangat nipis sehelai dua, kesian dia!


    Penawar Gastrik saya


    Yang penting, jumpa doktor dahulu untuk dapatkan rawatan yang betul
    Adakah sebab angin?
    pedih ulu hati? dan sebagainya?
    Hanya doktor dan farmasis saja yang boleh mengeluarkan ubat dengan betul yang sesuai dengan kita

    Saya mencari penawar setelah saya tahu apa masalah saya
    Sejak saya cuba ESP untuk menyusukan Aiman, saya terasa beban yang saya tanggung untuk gastrik berkurangan dan hilang tanpa saya sedar
    Pelik juga saya boleh tahan lapar dalam jangka masa yang lama
    walaupun saya mengepam susu
    tapi lama kelamaan saya dapat rasa bila saya minum ESP, saya dapat tahan lapar
    Bila saya tak minum ESP seharian, saya akan sangat cepat lapar

    Alhamdulillah, sejak 3 tahun kebelakangan ini, saya tak mengalami masalah gastrik
    walaupun saya kadang-kadang terpaksa skip makan sewaktu bekerja
    tapi ini bukanlah jaminan yang saya tak perlu menjaga waktu makan macam biasa
    sekurang-kurangnya tahanlah jugak perut ni kan
    ~syukur~


    Apa yang Best tentang ESP


    * Waktu mengandung Amni, memang saya tak tinggalkan ESP sebab selalu sangat lapar
    * Dah berpengalaman berpuasa waktu mengandung tanpa ESP (waktu Aiman sebab tak kenal lagi) dan ternyata saya taktahan, manakala mengandung kan Amni, saya berpuasa dengan ambil ESP sebagai alternatif, syukur dapat tahan lapar dan penuh puasa sebulan
    * Menjalani tempoh-tempoh berpantang dengan ESP sangat heaven dan best! Bertenaga dan luka cepat sembuh
    * Menyusukan dan mengepam untuk stok susu dengan pengambilan ESP memang ada perbezaannya, siapa yang nak tahu sila cuba
    * Masalah kulit muka saya yang berlubang-lubang ini pun dapat dikurangkan dengan pengambilan ESP ini, syukur!
    * Satu lagi yang dapat dikesan adalah tenaga. Jadi bertenaga bila minum ESP di awal pagi sebelum sarapan. waktu-waktu yang lain pun sama jugak
    * Bolehla nak kurangkan pengambilan nasik 2 pinggan kepada 1 pinggan, maklumlah ibu menyusu memang kuat makan, betul tak??

    Susu ESP, pekatkan susu, banyakkan susu, kualiti susu
    Stok susu Amni setahun 4 bulan, alhamdulillah



    Sebab tu saya memang sangat sukakan ESP!

    Kalau ada tawaran dari Shaklee buat ahli-ahli SID Shaklee sendiri, saya nasihatkan Janganlah Membiarkan Tawaran ini berlalu pergi macam tu je. Tolonglah grab untuk penjimatan yang amat jimat! Sebab tu sangat untung bila jadi ahli Shaklee ni, serius!

    Shaker serbaguna, resepi ESP, banyakkan susu
    ESP Shaklee dan Shaker Shaklee yang berbesi sangat istimewa!

    Nak beli dengan penghantaran yang selamat?
    http://bit.ly/ESPprotein klik link sebelah

    Sangat untung membeli pada benda yang mendatangkan manfaat kepada kita. Anda yang belum mencuba, kalau nak mencuba, boleh hubungi saya. Anda jeles tak tengok shaker yang besar dan ade besi istimewa di dalamnya ni? Nak tahu lebih lanjut? ha, boleh tanya pada saya :))


    Hubungi AinulMalik
    SMS 013-3536718
    Whatsapp 016-3353567
    Facebook page Sihat.Ceria.Bahagia

    Monday, March 17, 2014

    Kurus dengan Cinch Tea Shaklee Untuk Tenaga Berpanjangan dan Meningkatkan Metabolisma Badan

    Cinch Tea adalah teh kesihatan yang membantu membekalkan tenaga berpanjangan kepada kita semua!

    Selalu penat-penat?

    Letih lesu tiada tenaga?

    Bancuhkan saja teh yang tiada bergula ini dan anda akan terasa segar dan ianya bergantung pada respons badan masing-masing ya :)


    Kesegaran badan, letih lesu, kurus selamat, kalori rendah
    Cinch Energy Tea Mix rasanya memang umphhhh !!

    Sedapnya!! Terasa kesegarannya. Teh saya ni saya bancuhkan tanpa gula dan perah sedikit lemon. nyamannnyaaaa!!

    Khas untuk mereka yang nak kesegaran sepanjang masa, atau di masa-masa tertentu, contohnya nak stay up malam ke, boleh cuba teh ini.

    Ikut pengalaman saya dulu, masa pertama kali saya cuba teh ini, saya minum pada waktu malam, sudahnya saya sangat segar sepanjang malam dan tak dapat tidur sepanjang malam tu. TERPAKSALAH buat kerja apa yang patut mengisi nikmat malam yang berharga tu ;) hehehe

    Jadi, pengajaran untuk saya, saya akan minum teh ni selepas tengahari, jadi sepanjang petang saya akan bertenaga sehingga masuk waktu tidur. Bolehlah buat aktivit yang memerlukan tenaga macam shooping ke (wow!) of coursela kerja (masa office hour untuk memaksimumkan produktiviti kerja kita) dan macam-macam lagi :)

    Lagi satu kan, bila kita minum teh ni kita akan rasa berpeluh-peluh! Kenapa? Teh Cinch tea ni membantu meningkatkan metabolisma badan kita, sesuai untuk orang yang menjalani program kurus cara sihat dan selamat :)


    Kebaikan Cinch Energy Tea Mix Shaklee 

    1. Selamat
    2. Antioksidan
    3. Penggalak tenaga semulajadi
    4. Meningkatkan ketahanan badan
    5. Tanpa gluten, tiada perisa tiruan, pewarna mahupun pemanis
    6. Pilihan alternatif menggantikan kopi, soda manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh 

    Bahan Selamat di dalam Cinch Tea Shaklee


    1) Matcha Green Tea Powder :
    Disediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrien yang terdapat di dalam daun teh termasuk serat, mineral dan antioksidan

    2) Red Tea Extract
    Salah satu antioksidan di dalam teh merah (polifenol) adalah anti-kanser yang hebat. Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas. Polifenol adalah antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan agen yang boleh menghalang tumor dari merebak.

    3) White Tea Extract
    White tea ekstrak adalah teh hijau bayi yang mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding dengan teh hijau

    4) Rooibos Red Tea Ekstrak
    Kaya dengan sebatian polifenol yang mengandungi antioksidan tinggi 

    Tengok kan, bahan-bahannya adalah bahan semulajadi yang berkualiti yang terdapat dalam teh-teh mahal di dunia! Gabungan keempat-empat bahan di atas yang ditambahkan dengan Taurina menghasilkan satu hidangan teh yang sangat sihat dan membantu dalam pengurangan inci badan anda. Sambil bertenaga, sambil bakar lemak, best kan?


    In order to promote a safe and effective rate of weight loss, caloric restriction in combination with increasing energy expenditure (through physical activity) is recommended. However, for many people this can lead to feelings of low energy making weight loss even more difficult. Dips in energy level often result in the selection of unhealthy, high calorie, sugar laden snacks for a boost in energy which in turn, defeats a person’s weight loss efforts. The Shaklee Cinch™ Energy Tea is a healthy, low calorie alternative to help naturally boost energy levels.* It not only provides a healthier alternative to other quick pick-me-ups, but delivers tea catechins and polyphenols that have potent antioxidant effects that protect cells from free radicals.* 


    In addition, green tea and its polyphenolic compounds such as epigallocatechin gallate (EGCG) show promise in supporting weight loss through increased energy expenditure.* The contribution of naturally present caffeine in tea can also provide a gentle stimulatory effect to the central nervous system resulting in beneficial effects such as enhanced mood, memory, alertness and physical and cognitive performance.* In addition, a number of studies examining the effects of taurine combined with caffeine indicating that the addition of taurine may enhance the mental and physical effects of caffeine.*
    Sumber :
    http://www.physicians.shaklee.com/displayContent.htmfileName=cinchTeaPDR.xml&sectionName=shakProdInfo


    kesegaran, letih lesu, tenaga berpanjangan, teh sedap dan berkualiti
    Cinch Energy Tea Mix dan sticks yang disediakan
    Rujukan : http://shaklee.com.my/eng/prodview_body.asp?prodcode=20345

    Untuk sekotak teh ini, harganya adalah RM131, untuk 28 sachet sebenarnya memang sangat berbaloi-baloi dengan kualiti dan keberkesannanya.

    Adakah anda benar-benar ingin menikmati teh yang sebenar di samping selamat, menyihatkan dan menyegarkan?

    Cinch Energy Tea Mix adalah pilihan yang Tepat dan Terbaik! Beli sekarang!

    Sms 013-3536718
    whatsapp 016-3353567
    Hubungi Ainul Malik
    Fbpage sihat.ceria.bahagia

    Friday, March 7, 2014

    Masalah Sperma Lemah dan Kurang Aktif

    Buat pasangan yang telah berumahtangga, masalah kesuburan boleh mendatangkan isu masalah rumahtangga jika tidak ditangani dengan perbincangan hati ke hati sesama suami dengan isteri tersayang.

    Kemandulan, ketidaksuburan, masalah sperma
    Kasih sayang pengikat kebahagiaan rumahtangga

    Masalah Sperma Lelaki

    1. Oligozoospermia : Bilangan sperma kurang dari sepatutnya
    2. Asthenozoospermia : Pergerakan sperma tidak normal
    3. Teratozoospermia : Bentuk sperma tidak normal
    4. Oligoasthenoteratozoospermia : Bentuk, pergerakan dan jumlah tidak normal
    Bentuk dan morphology Sperma

    Bagi menentukan sesuatu air mani (Semen yang terhasil dari kelenjar reproduksi lelaki yang keluar bersama sperma yang dihasilkan di testis) yang normal, ada garispanduan yang telah ditetapkan oleh WHO (World Health Organisation) :

    1. Jumlah sperma tidak kurang 20 juta per mililiter
    2. Jumlah air mani sekurang-kurangnya 2 ml
    3. Jumlah sperma dikeluarkan minima 40 juta
    4. Sekurang-kurangnya 60% dalam bentuk yang normal
    5. Sekurang-kurangnya 75% sperma mesti hidup
    6. Sekurang-kurangnya 50% aktif bergerak ke hadapan dan belakang
    7. Sekurang-kurangnya 25% bergerak aktif ke depan

    Oleh itu, para suami dinasihatkan agar lebih berhati-hati dengan faktor penyebab ketidaksuburan ini seperti :
    • Olahraga yang berlebihan
    • Ejakulasi yang terlalu kerap
    • Pakaian ketat, sauna yang kerap dan mandian air panas yang meningkatkan suhu testis
    • Merokok, pengambilan alkohol dan kafein yang terlalu banyak mempengaruhi kualiti sperma

    Penawar Vitamin Semulajadi untuk Masalah Sperma


    Masalah kualiti sperma yang didialami oleh lelaki adalah berpunca dari kekurangan jumlah nutrisi vitamin E di dalam badan. Vitamin E membantu lelaki :
    • meningkatkan kesuburan
    • meningkatkan pergerakan dan kualiti sperma
    • menurunkan risiko kerosakan sperma (juga boleh menyumbang kepada masalah kelahiran atau gugur)
    • meningkatkan keintiman pada lelaki dan wanita

    keintiman, seks, sperma normal, ketidaksuburan, mandul
    Vitamin E untuk Pasangan Bahagia Lelaki dan Wanita

    Nutrisi Penting untuk Sperma yang Normal


    Selain Vitamin E, nutrisi-nutrisi yang lain juga sangat diperlukan untuk kenormalan sperma ini. Di bawah ini disenaraikan dos yang diperlukan setiap hari sebagai alternatif dan penawar mendapatkan sel sperma yang sihat.
    • Vitamin E : 800 IU sehari
    • Vitamin C : 2000-6000 mg sehari diperlukan untuk menghalang sperma dari bergumpal dan melekat sesama sendiri, yang mengundang kepada ketidaksuburan
    • Zinc : 100-200 mg sehari dapat meningkatkan level testosteron, jumlah sperma dan pergerakan sperma.
    • Coenzyme Q10 : 400 mg sehari untuk penjanaan tenaga kepada sperma
    • B kompleks : 50 mg sehari terutama B12 (1000 mcg sehari) untuk jumlah sperma dan pergerakannya
    • Selenium : 200 mcg sehari untuk bentuk sperma dan pergerakkannya
    • Asid lemak penting : 9-12 gram sehari (Omega 3 dan Omega 6 yang tidak dihasilkan dalam badan)
    • Chromium : 1000 mcg sehari
    • Copper : 2 mg sehari
    Dos ini dirujuk dari : Artikel tulisan Dr Zoltan Rona, (http://www.alive.com/articles/view/17772/6_ways_to_boost_male_fertility_naturally)


    Semoga artikel ini membantu para suami untuk mendapatkan sperma berkualiti demi kesinambungan zuriat anda pengikat kasih sayang anda sekeluarga :)

    HUBUNGI :

    SMS 013-3536718
    WA 016-3353567

    htpp://www.facebook.com/sihat.ceria.bahagia

    Selamat mencuba ! Kami sedia memberikan HARGA TERBAIK untuk set kasih sayang ini :)


    Thursday, March 6, 2014

    Tips Berpantang dengan Sihat dan Amalan Berpantang Akibat Ceaserean / Pembedahan

    Berpantang Secara Sihat dengan Set Berpantang Terbaik yang Pernah Saya Amalkan

    Ya, memang vote untuk Shaklee. Sebabnya? Saya dah ada 2 anak yang kedua-duanya menjalani pembedahan ataupun ceaserean section / c-sect. Disebabkan anak adalah rezeki, saya redha :) Alhamdulillah!

    Anak yang pertama, saya belum kenal Shaklee lagi. Bagi anak kedua, saya telah mula consume Shaklee dari sebelum pregnant sehinggalah sepanjang hamil, berpantang dan menyusukannya sepenuhnya.

    Pendapat saya mengenai set bersalin/berpantang Shaklee :

    1. Mudah, simple dan menyenangkan.
    2. Saya kuat untuk bangun jika dibandingkan antara kedua-dua pembedahan
    3. Luka pembedahan cepat sembuh
    4. Bertenaga
    5. Ransangan untuk menyusukan saya mula awal untuk yang kedua, jadi supplement menambahkan lagi hasil penyusuan untuk minggu pertama kelahiran
    6. Emosi ceria dan sentiasa bertenang
    7. Menjimatkan kos kerana supplement yang saya makan dari hamil boleh disambung semasa berpantang, juga boleh disambung sehingga menyusukan anak
    8. Dapat mengumpul stok yang banyak semasa berpantang dan berlanjutan sehingga ke setahun.
    9. Bentuk badan dapat dikekalkan sama sebelum mengandungkan anak pertama
    10. Tiada stretch mark di perut, semuanya pudar :)
    set bersalin, set berpantang, pembedahan, ceaser
    Kenangan berpantang hari ketujuh :)


    Amalan Berpantang Saya yang menjalani Pembedahan


    Alhamdulillah, semua ini adalah kesan positif dari pengambilan set berpantang ini secara berterusan. Namun begitu, saya tetap tidak meninggalkan untuk berurut pada seluruh bahagian badan kecuali perut dan memakai minyak pada perut dan kaki, juga berstokin. 

    Ya, saya suka berurut dan saya melanjutkan untuk berurut setiap 3/4 bulan sekali sepanjang setahun selepas melahirkan anak kedua ini. Ia sangat membantu mengendurkan urat-urat yang tegang dan juga melancarkan proses penyusuan ibu kepada anak saya.

    Yang paling penting, jaga pemakanan supaya tidak mengambil makanan yang berangin mahupun sejuk. Saya juga berpantang dari memakan udang, sotong mahupun kerang-kerangan. Saya ambil protein seperti ayam kampung, daging dan ikan yang tidak gatal sejak minggu pertama berpantang. Saya sukakan ulam ulaman, terutamanya ulam pegaga dan ulam raja, tidak lupa daun mengkudu yang beraroma itu hihi. Teringat pula nasik lemuni, oh sedapnya!

    Oh ya, saya makan dengan banyaknya dengan menu makanan sihat. Nasi putih adalah wajib setiap hari. No diet2 ok sebab kita nak sihat, sembuhkan luka dan menghasilkan susu yang banyak buat bayi kita, jadi makan untuk kepentingan anak, insyaallah memang tak gemuk saya tetap maintain seperti biasa :) BEST!

    Selebihnya saya ambil buah-buahan kecuali jambu batu yang saya pantang sehingga sekarang ini, anak saya dah setahun lebih sekarang ;) Takpe, khasiat vitamin C saya boleh dapatkan dari buah oren, kiwi mahupun Sustained Release Vitamin C Shaklee yang saya pasti keaslian askorbik asid nya dan ada tambahan bioflavonoid pula!

    Walaupun saya cser, tapi pada minggu kedua, saya tetap memakai bengkung secara longgar untuk memastikan perut yang menggeleber ini tidak menutup jahitan, dan saya rasa petua ini sangat bagus diamalkan kerana jika dibiarkan, kulit yang sentiasa basah akibat peluh akan melambatkan lagi proses pembaikan luka dan bertambah pula satu lagi masalah iaitu ruam.

    Terakhir yang ingin saya tekankan adalah pengambilan air suam kosong. Saya suka minum air suam panas sebab badan saya akan segera bertindak mengeluarkan angin! best kan, tak percaya, cubalah! Saya akan pastikan saya minum sedikit2 tetapi jumlah akhir untuk sehari adalah 3 liter untuk membantu penyembuhan sel badan, untuk penghasilan susu dan proses pembuangan lancar :) Air juga adalah ajen pembakar lemak tau, jangan main2 dengan air kosong ya :)



    Set Berpantang Terbaik Pilihan Saya




    1) Multivitamin/Vitalea yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang membantu sel-sel saya untuk pulih dan juga melengkapkan nutrisi pemakanan saya akibat dari berpantang.



    2) Sustained release Vitamin C yang membekalkan saya Vitamin C 500 mg yang bertahan selama 5 jam di dalam badan. Sangat penting untuk luka pembedahan saya ini cepat sembuh


    3) B kompleks yang penting juga untuk penyembuhan luka, memberi tenaga kepada saya untuk kuat, meredakan stress sepanjang berpantang dan nutrisi ini dapat membantu menghasilkan susu ibu buat si manja saya


    4) Zink kompleks yang sangat membantu dalam penyembuhan luka dan imuniti badan. Membantu stimulasi aktiviti enzim dalam badan saya.


    5) ESP yang berprotein tinggi membantu penyembuhan luka, memberi tenaga berpanjangan dan untuk susu saya lebih meriah! Saya minum ESP sejak mengandung dan ESP adalah supplement yang pertama saya minum selepas sedar dari pembedahan. Ia membantu saya untuk mengepam susu sepanjang malam anak saya ditahan di wad disebabkan kuning. Alhamdulillah, saya dapat direct feed dan berikan susu pam kepada anak dan membolehkan bacaan kuningnya yang setinggi 200 lebih turun ke 100 dan syukur, kami dibenarkan keluar dari wad keesokan harinya. Tips kuning : berikan sebanyak yang mungkin susu anda kepada bayi yang kuning supaya dia dapat minum dengan banyaknya.


    6) Ostematrix; Supplement tambahan yang saya ambil untuk set barpantang saya demi memastikan saya tidak mengalami kekejangan, mengendurkan otot yang tegang, untuk mengurangkan sakit2 belakang badan dan lenguh2 badan juga untuk mendapatkan nutrisi kalsium untuk susu saya demi untuk menyalurkannya kepada bayi saya.


    7) Lecithin; juga supplement tambahan yang saya ambil bermula dari minggu kedua berpantang yang membantu saya membakar lemak berlebihan untuk kembali kurus seperti sebelum mengandung, melancarkan pengaliran susu keluar dari duktus susu dan membantu menajamkan ingatan saya, yelah kan, dah kata urat dah banyak putus, selalu ibu2 berpantang alami sindrom pelupa bukan? 

    Ya, ini semua adalah supplement yang saya amalkan sepanjang berpantang, dan alhamdulillah, saya kelihatan cergas dan ceria dan boleh menguruskan anak yang pertama kerana dia sangat manja pada masa itu :)

    Anak Syurga saya dan suami, alhamdulillah

    Alhamdulillah, saya rasa sangat puas kerana kali ini saya berjaya menyusukan anak kedua saya secara penuh dan ianya adalah satu kejayaan dalam hidup saya yang dikenang sampai bila-bila :)

    Best kan berpantang? Sebab tempoh ini adalah tempoh bonding dan bermesra-mesraan dengan anak yang baru dilahirkan;) Apa pula cerita anda?






    Tuesday, March 4, 2014

    Soya Penyebab Kanser Payudara @ Breast Cancer

    Soya Penyebab Kanser Payudara!

    Jangan makan soya, bahaya nanti kena kanser!

    Pernahkah anda mendengar pernyataan famous seperti di atas?

    tempeh, to fu, kicap, tempe, kacang soya
    Variasi makanan dari soya


    Soya, adalah makanan yang berasal dari tumbuhan, mengandungi protein yang tinggi yang membantu kita mengurangkan risiko2 penyakit kardiovaskular, seperti penyakit jantung dan juga osteoperosis.

    Soya mengandungi phytoestrogen, bahan kimia semulajadi yang menyerupai hormon estrogen di dalam badan. Estrogen pula adalah sejenis hormon yang membantu dalam kesuburan wanita, kitar haid dan sifat2 kewanitaan kita :)

    Membaca ulasan Dr McCullough, Director of Nutritional Epidemiology dari American Cancer Society, kajian pengaruh soya yang dijalankan ke atas manusia tidak menunjukkan kesan negatif kepada pesakitnya, tetapi ia telah membantu menurunkan risiko sakit kanser ini.
    Even though animal studies have shown mixed effects on breast cancer with soy supplements, studies in humans have not shown harm from eating soy foods. Moderate consumption of soy foods appears safe for both breast cancer survivors and the general population, and may even lower breast cancer risk.

    Beliau juga turut merujuk kepada The 2012 American Cancer Society Guidelines on Nutrition and Physical Activity for Cancer Survivors yang telah ditulis oleh pakar-pakar perubatan dalam bidang ini, mereka merumuskan bahawa makanan-makanan berasaskan soya tidak memberi kesan kepada bekas pesakit kanser payudara.


    Di Malaysia juga, kita boleh merujuk kepada artikel Dr Zubaidi, seorang doktor tempatan yang turut mengulas berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan, dan berpendapat bahawa soya tidak mendatangkan risiko kanser payudara, dan ia lebih kepada penyakit genetik, yang diwarisi  dari generasi terdahulu.

    Soya penyebab kanser, bahaya soya, kepentingan soya
    Ulasan Dr Zubaidi dari facebook

    Juga, sahabat saya Dr Fyda Noh, juga doktor perubatan di negara ini berpendapat kesan kajian antara haiwan dan manusia memberi keputusan yang berbeza-beza. Tetapi kepada yang berisiko kepada penyakit ini dinasihatkan berpada-pada mengambil soya ini sehingga kajian terperinci yang berterusan dijalankan. Pendapat beliau, juga berdasarkan kajian, pengambilan yang sederhana adalah selamat malah boleh mengurangkan risiko kanser payudara.


    Isu GMO dan kesan kepada manusia


    Soya ini pada asalnya adalah makanan yang selamat, tetapi disebabkan teknologi masa kini dalam bidang bioteknologi yang ingin mengeluarkan produktiviti soya yang besar dan sihat, ia telah diubah suai genetiknya. Tumbuhan ini dipanggil GMO, Genetically Modified Organism yang memberi kesan sedikit sebanyak kepada tubuh manusia apabila kita memakannya.

    Disebabkan itulah kita perlu menjadi lebih selektif dalam memilih makanan yang sihat dan berkualiti, pilihlah soya yang bukannya terubah suai genetiknya (Non-GMO Soy) dan iainya pasti lebih selamat. Isu mengenai Soya GMO dan bukan GMO boleh anda dapatkan dengan mengklik pada link ini.


    Apakah kesan mengambil makanan yang telah terubah suai genetiknya ini?
    1) kesan terus iaitu toksisiti
    2) kesan alahan
    3) komponen2 toksik melalui nutrisi masuk ke dalam sel
    4) kesan-kesan yang tidak dikenalpasti boleh masuk melalui gen terubahsuai ke dalam sel badan kita


    Anda boleh baca mengenai 20 soal jawab tentang GMO yang dikeluarkan oleh WHO (World Health Organization)

    Ok, selamat memilih ya teman-teman tersayang! Saya memang memilih ESP sebagai sumber protein soya saya sebab saya tahu yang ESP ini telah menjalani kajian mendalam, pemprosesannya dikenalpasti selamat dan yang penting, soya nya berasal dari soya yang selamat iaitu soya non-gmo :)



    ESP, kulit lembut, stok susu banyak, kesuburan, tenaga
    ESP saya semalam sudah kehabisan sebab suka minum hari-hari :) Baki, boleh buat mask heheh


    Satu bekas ni tahan 2 bulan, dan saya juga boleh berikan kepada ahli keluarga tersayang, terutama mereka yang:

    •  ingin menjalani program pengurusan badan, yang ada kencing manis (kedua-dua ini sebab indeks glisemik nya rendah), 
    • pada yang berpantang; boleh sembuhkan luka dengan cepat, 
    • yang ada masalah kulit; boleh dapat kulit yang gebu dan 
    • yang paling BEST HASIL YANG BOLEH NAMPAK adalah, pada mereka yang buat stok susu ibu, hasilnya amat lumayan sekali, dengan izin Allah, alhamdulillah!!

    ESP sedap, bancuh air, kulit, tenaga, Promo, Kecantikan
    Manfaat ESP yang saya memang suka, anda nak cuba?


    Apa-apa konsultasi boleh dapatkan daripada saya ya :) No saya, 013-3536718 dan 016-3353567 kalau nak berwasap.

    Insyaallah, saya boleh memberikan masa konsultasi yang lebih lagi sekarang sebab dengan RASMINYA sekarang saya sudah bergelar WAHM! Alhamdulillah! Lebih banyak masa berkualiti di rumah sambil menjana pendapatan yang berganda-ganda. eh, ke nak belajar dengan saya pun bolehhhh..saya akan share ilmu dengan anda yang berminat dan mahu!

    Selamat mendapat manfaat dari artikel saya ini :)
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...