Thursday, March 6, 2014

Tips Berpantang dengan Sihat dan Amalan Berpantang Akibat Ceaserean / Pembedahan

Berpantang Secara Sihat dengan Set Berpantang Terbaik yang Pernah Saya Amalkan

Ya, memang vote untuk Shaklee. Sebabnya? Saya dah ada 2 anak yang kedua-duanya menjalani pembedahan ataupun ceaserean section / c-sect. Disebabkan anak adalah rezeki, saya redha :) Alhamdulillah!

Anak yang pertama, saya belum kenal Shaklee lagi. Bagi anak kedua, saya telah mula consume Shaklee dari sebelum pregnant sehinggalah sepanjang hamil, berpantang dan menyusukannya sepenuhnya.

Pendapat saya mengenai set bersalin/berpantang Shaklee :

  1. Mudah, simple dan menyenangkan.
  2. Saya kuat untuk bangun jika dibandingkan antara kedua-dua pembedahan
  3. Luka pembedahan cepat sembuh
  4. Bertenaga
  5. Ransangan untuk menyusukan saya mula awal untuk yang kedua, jadi supplement menambahkan lagi hasil penyusuan untuk minggu pertama kelahiran
  6. Emosi ceria dan sentiasa bertenang
  7. Menjimatkan kos kerana supplement yang saya makan dari hamil boleh disambung semasa berpantang, juga boleh disambung sehingga menyusukan anak
  8. Dapat mengumpul stok yang banyak semasa berpantang dan berlanjutan sehingga ke setahun.
  9. Bentuk badan dapat dikekalkan sama sebelum mengandungkan anak pertama
  10. Tiada stretch mark di perut, semuanya pudar :)
set bersalin, set berpantang, pembedahan, ceaser
Kenangan berpantang hari ketujuh :)


Amalan Berpantang Saya yang menjalani Pembedahan


Alhamdulillah, semua ini adalah kesan positif dari pengambilan set berpantang ini secara berterusan. Namun begitu, saya tetap tidak meninggalkan untuk berurut pada seluruh bahagian badan kecuali perut dan memakai minyak pada perut dan kaki, juga berstokin. 

Ya, saya suka berurut dan saya melanjutkan untuk berurut setiap 3/4 bulan sekali sepanjang setahun selepas melahirkan anak kedua ini. Ia sangat membantu mengendurkan urat-urat yang tegang dan juga melancarkan proses penyusuan ibu kepada anak saya.

Yang paling penting, jaga pemakanan supaya tidak mengambil makanan yang berangin mahupun sejuk. Saya juga berpantang dari memakan udang, sotong mahupun kerang-kerangan. Saya ambil protein seperti ayam kampung, daging dan ikan yang tidak gatal sejak minggu pertama berpantang. Saya sukakan ulam ulaman, terutamanya ulam pegaga dan ulam raja, tidak lupa daun mengkudu yang beraroma itu hihi. Teringat pula nasik lemuni, oh sedapnya!

Oh ya, saya makan dengan banyaknya dengan menu makanan sihat. Nasi putih adalah wajib setiap hari. No diet2 ok sebab kita nak sihat, sembuhkan luka dan menghasilkan susu yang banyak buat bayi kita, jadi makan untuk kepentingan anak, insyaallah memang tak gemuk saya tetap maintain seperti biasa :) BEST!

Selebihnya saya ambil buah-buahan kecuali jambu batu yang saya pantang sehingga sekarang ini, anak saya dah setahun lebih sekarang ;) Takpe, khasiat vitamin C saya boleh dapatkan dari buah oren, kiwi mahupun Sustained Release Vitamin C Shaklee yang saya pasti keaslian askorbik asid nya dan ada tambahan bioflavonoid pula!

Walaupun saya cser, tapi pada minggu kedua, saya tetap memakai bengkung secara longgar untuk memastikan perut yang menggeleber ini tidak menutup jahitan, dan saya rasa petua ini sangat bagus diamalkan kerana jika dibiarkan, kulit yang sentiasa basah akibat peluh akan melambatkan lagi proses pembaikan luka dan bertambah pula satu lagi masalah iaitu ruam.

Terakhir yang ingin saya tekankan adalah pengambilan air suam kosong. Saya suka minum air suam panas sebab badan saya akan segera bertindak mengeluarkan angin! best kan, tak percaya, cubalah! Saya akan pastikan saya minum sedikit2 tetapi jumlah akhir untuk sehari adalah 3 liter untuk membantu penyembuhan sel badan, untuk penghasilan susu dan proses pembuangan lancar :) Air juga adalah ajen pembakar lemak tau, jangan main2 dengan air kosong ya :)



Set Berpantang Terbaik Pilihan Saya




1) Multivitamin/Vitalea yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang membantu sel-sel saya untuk pulih dan juga melengkapkan nutrisi pemakanan saya akibat dari berpantang.



2) Sustained release Vitamin C yang membekalkan saya Vitamin C 500 mg yang bertahan selama 5 jam di dalam badan. Sangat penting untuk luka pembedahan saya ini cepat sembuh


3) B kompleks yang penting juga untuk penyembuhan luka, memberi tenaga kepada saya untuk kuat, meredakan stress sepanjang berpantang dan nutrisi ini dapat membantu menghasilkan susu ibu buat si manja saya


4) Zink kompleks yang sangat membantu dalam penyembuhan luka dan imuniti badan. Membantu stimulasi aktiviti enzim dalam badan saya.


5) ESP yang berprotein tinggi membantu penyembuhan luka, memberi tenaga berpanjangan dan untuk susu saya lebih meriah! Saya minum ESP sejak mengandung dan ESP adalah supplement yang pertama saya minum selepas sedar dari pembedahan. Ia membantu saya untuk mengepam susu sepanjang malam anak saya ditahan di wad disebabkan kuning. Alhamdulillah, saya dapat direct feed dan berikan susu pam kepada anak dan membolehkan bacaan kuningnya yang setinggi 200 lebih turun ke 100 dan syukur, kami dibenarkan keluar dari wad keesokan harinya. Tips kuning : berikan sebanyak yang mungkin susu anda kepada bayi yang kuning supaya dia dapat minum dengan banyaknya.


6) Ostematrix; Supplement tambahan yang saya ambil untuk set barpantang saya demi memastikan saya tidak mengalami kekejangan, mengendurkan otot yang tegang, untuk mengurangkan sakit2 belakang badan dan lenguh2 badan juga untuk mendapatkan nutrisi kalsium untuk susu saya demi untuk menyalurkannya kepada bayi saya.


7) Lecithin; juga supplement tambahan yang saya ambil bermula dari minggu kedua berpantang yang membantu saya membakar lemak berlebihan untuk kembali kurus seperti sebelum mengandung, melancarkan pengaliran susu keluar dari duktus susu dan membantu menajamkan ingatan saya, yelah kan, dah kata urat dah banyak putus, selalu ibu2 berpantang alami sindrom pelupa bukan? 

Ya, ini semua adalah supplement yang saya amalkan sepanjang berpantang, dan alhamdulillah, saya kelihatan cergas dan ceria dan boleh menguruskan anak yang pertama kerana dia sangat manja pada masa itu :)

Anak Syurga saya dan suami, alhamdulillah

Alhamdulillah, saya rasa sangat puas kerana kali ini saya berjaya menyusukan anak kedua saya secara penuh dan ianya adalah satu kejayaan dalam hidup saya yang dikenang sampai bila-bila :)

Best kan berpantang? Sebab tempoh ini adalah tempoh bonding dan bermesra-mesraan dengan anak yang baru dilahirkan;) Apa pula cerita anda?






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...