Wednesday, March 19, 2014

Cara Menghilangkan Stress dan Tekanan Perasaan yang Terbaik



Stress dan Tekanan Perasaan membuatkan anda mengalami kemurungan dan kesedihan.


Faktor dan Punca Stress


Apakah yang menyebabkan anda stress dan tertekan?


  1. Anda tidak sihat?
  2. Anda mengalami masalah kewangan?
  3. Anda mengalami tekanan di tempat belajar atau kerja?
  4. Anda ada masalah dengan cinta?
  5. Anda ada masalah perhubungan dengan ibu bapa, keluarga, kawan-kawan?
  6. Anda ada masalah dengan cuaca yang tidak menentu?
  7. Anda stress dengan masa?
  8. Anda stress dengan jem di jalanraya?
  9. Anda stress kerana tidak dapat membuat pilihan sendiri menentukan hala tuju hidup?
  10. Anda kurang mendapat perhatian dari yang tersayang?
Simptom stress pada tubuh bada, emosi, tingkah laku dan minda


Isu yang meninbulkan Stress dan Tekanan di Malaysia


Banyak perkara yang boleh menjadi punca stress ini. Yang paling besar sekarang ini adalah misteri kehilangan pesawat MH370 MAS yang hilang secara tiba-tiba. Ia menjadi tekanan yang amat besar kepada mangsa-mangsa yang terlibat dan juga ahli keluarga mangsa MH370 tersebut. Marilah kita beramai-ramai berdoa agar isu ini segera mendapat jawapan dan pesawat MH370 ini dapat ditemui.

Belum reda masalah MH370, negara digemparkan dengan isu kematian remaja di Future Music Festival Asia 2014 (FMFA) yang bertempat di Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur. Pesta Muzik terbesar di Asia yang bertemakan "safari" ini telah dilangsungkan selama dua hari dan telah dibatalkan pada hari ketiga kerana peristiwa kematian 6 remaja yang dilibatkan dengan pengambilan dadah secara overdose. 

Mengapa remaja ini telah mengambil pendekatan dadah sebagai terapi perasaan? adakah mereka terlalu stress dengan hidup sehingga sanggup mengambil jalan singkat dengan pengambilan dadah ini?

Beberapa lagi isu yang menimbulkan tekanan di hati masyarakat Malaysia adalah disebabkan oleh cuaca jerebu yang mencapai paras IPU berbahaya di beberapa kawasan utama di Lembah Kelang, yang menyebabkan beberapa kawasan terpaksa menutup sesi persekolahan buat beberapa hari.

Juga, masalah kesihatan dengan merebaknya virus penyebab sakit kuku kaki tangan dan mulut dan juga denggi yang sangat menular di seluruh negara.

Semua ini berlaku dalam keadaan sedar dan luar sedar kita. Jadi, sementara kita dapat berfikir dengan waras ini, sentiasalah beringat dan berwaspada untuk mengawal emosi masing-masing untuk sentiasa kekal stabil agar tidak mudah tertekan.


Cara Menghilangkan Stress dan Tekanan



Bermuhasabah di samping melakukan terapi yang anda gemari

  1. Sentiasa berbincang dengan orang tersayang ataupun yang paling rapat dengan anda hati ke hati mengenai tekanan yang anda alami
  2. Menyenaraikan satu-satu masalah di atas kertas sambil menuliskan pros dan kons juga penyelesaian kepada masalah tersebut
  3. Melakukan apa juga terapi yang anda suka seperti bershopping, pergi ke spa, bersukan, meluangkan masa bercuti bersama keluarga
  4. Merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab atau yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam isu tekanan yang anda hadapi
  5. Meningkatkan kualiti pengetahuan dengan ilmu dengan banyakkan membaca supaya anda akan lebih terdedah kepada penyelesaian yang lebih berilmu dan memperluaskan pemikiran dengan pengalaman orang lain
  6. Menjaga kesihatan secara optima dengan menjaga kebersihan diri, menjaga waktu makan dan sebagainya supaya diri sentiasa terurus dan lebih bertenang



Membina diri dengan Aura Positif



Apa pentingnya dengan aura positif ini? Aura positif ini akan menyeimbangkan perasaan anda dan menenangkan perasaan ke tahap yang optima supaya anda dapat menghadapi stress dan tekanan dengan sewajarnya. Bagaimana untuk membina diri dengan cas-cas positif ini supaya anda lebih gembira dan bertenang?


Ubat hati (ihsan Google)

  1. Menjaga hati
  2. Dekatkan diri dengan Pencipta, Tuhan Yang Maha Esa. Ada berbagai cara untuk mendekatkan diri dengan Allah yang Maha Berkuasa, contohnya dengan berzikir, mengaji, menjaga solat, membuat solat2 sunat, berpuasa dan sebagainya.
  3. Berada dalam lingkungan orang-orang yang positif dan berjaya, supaya kita dapat berfikir dan bertukar pandangan dengan lebih baik antara satu sama lain
  4. Banyakkan berdoa kepada Allah dengan penuh pengharapan dan keyakinan bahawa masalah itu dapat diselesaikan dengan mudah. Percaya dengan kuasa doa sebagai senjata dan perisai diri yang paling mujarab dalam hidup kerana apabila anda percaya, anda akan melalui proses penyembuhan dan miracle yang tidak tersangka-sangka.
  5. Wujudkan suasana yang paling selesa buat diri anda contohnya memastikan kebersihan diri dan tempat tinggal terjaga.
  6. Wujudkan perhubungan yang positif dengan semua orang di sekeliling kita dan berusaha mengekalkan cas-cas positif lebih banyak berbanding cas negatif dengan mengawal perasaan dan emosi setiap hati
  7. Menjaga pemakanan dengan mengambil makanan yang halal, bernutrisi dan berkhasiat setiap hari supaya sel-sel badan mendapat khasiat yang secukupnya untuk kekal sihat dan gembira.

Zikir Terapi Diri


  • Ya Latif : (Yang Maha Lemah Lembut) Ucapkanlah 100x sehari
  • Subhanallah, Walhamdulillah, wala ilaha illallah Allahu akbar : (Maha suci Allah, Segala puji hanya untuk Allah, tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, ALlah Maha Besar) 
  • La haula wala quwwata illa billah : (Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah)
  • Doa : Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil. dan Aku berlindung kepadaMu dari beban hutang dan penindasan orang.
  • dan banyak lagi zikir-zikir terapi diri yang boleh diamalkan

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan,”Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.” Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabbnya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”.

[al Baqarah/2:155-157]


Semoga anda akan lebih bertenang selepas ini, bertawakkal kepada Allah atas setiap apa yang berlaku kerana pasti akan ada hikmah di atas sesuatu kejadian. Ujian yang diberikan tidaklah sia-sia kerana ianya penuh dengan pengajaran buat diri sendiri, keluarga mahupun masyarakat supaya dapat bertindak dengan lebih positif dan bijak.


Pesanan terakhir, jangan lupa ambil ubat penenang semula jadi yang sangat selamat, semestinya b kompleks dan omega guard yang dapat membantu anda mengawal emosi dengan berkesan. Pasti anda menghadapi segala kesukaran dengan senyuman, kerana di saat itulah anda akan mendapat penyelesaian yang bijak pabila emosi anda stabil dan terkawal.



Selamat bergembira bersama insan tercinta!


Selamat mencuba!


    Salam sayang,

    Ainul Malik
    http://www.facebook.com/sihat.ceria.bahagia

    23 comments:

    1. Stress dan rakyat Malaysia sukar dipisahkan. Tapi ia kembali kpd diri sendiri bagaimana utk mengatasinya. Terim akasih utk info berguna ni..

      Ps: Sy pengamal tegar Omega Guard dam ambil B Complex sebagai alternatif bila sakit kepala ;-)

      ReplyDelete
      Replies
      1. Sama-sama

        Stress ni kalau dilayan memang berpanjangan dan boleh bertambah lagi.. apa yang boleh selesaikan, kita selesaikan cepat2 supaya stress tidak bertambah. Nanti cepat pula datang kedut di muka :D

        Jangan lupa tidur dan ambil air masak yang banyak semasa sakit kepala ye kak zefa :D

        Delete
    2. Banyak cara nak hilangkan tekanan.Thanks sebab share. :D

      ReplyDelete
    3. sye kes stress sbab kat asrama kne hender semua budx asrama semenjak jadi exco...... huhuhu dh larrr thun ni nk exam -_-

      ReplyDelete
    4. Terima kasih atas info nya. Semuga kita semua diberkati Allah

      ReplyDelete
    5. Tapi saye di sekolah selalu dibuli rakan2,perhatian ibu bapa kat saya pun kurang..walaupon saya mencube cara ni saya tetap sedih dan brase stress

      ReplyDelete
    6. terima kasih kerana berkongsi mengenai stres

      ReplyDelete
    7. terima kasih kerana berkongsi mengenai stres

      ReplyDelete
    8. Stress di ugut nak kene saman, sebab tak dapat siapkan tempahan baju raya on time. Kecewa dan sedih. :(

      ReplyDelete
    9. menarik artikel ni..thanks for sharing.

      ReplyDelete
    10. Terimakasih atas informasinya, saya harap tulisan ini bermanfaat buat siapa saja yang membacanya.
      cara menghilangkan jerawat secara alami
      .

      ReplyDelete
    11. Macammana kalau ada madalah ngan ibu bapa pula
      P.S. saya still plajar sklh menengah and tak suka cerita masalah peribadi dgn rakan or guru

      ReplyDelete
    12. membina diri dengan aura positif...
      bagian ini yang sangat baik bagi saya...
      thanks sudah mau berbagi

      ReplyDelete

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...