Wednesday, March 26, 2014

Tips Banyakkan Susu : Milk Booster Cepat dan Mudah Disediakan Khas untuk Wanita Berkerja

Penyediaan Milk Booster yang ringkas, mudah dan cepat bagi anda ibu-ibu yang sibuk dan mengejar masa?



Saya kongsikan di sini tips dan senarai milk booster yang cepat yang pernah saya cuba sebelum ini :)

1) Sup Lobak Putih

Milk Booster, banyakkan susu, lobak putih
Sup Lobak Putih Milk Booster Mudah dan Sedap

Senang dan mudah nak sediakan sup ni.. saye suka tumis dengan bawang dulu, lepas tu saya akan masukkan lobak puth ni sebelum masukkan air ;) yang sup di atas saya tumis dengan minyak zaitun, campur bahan lain untuk sedapkan lagi sup lobak putih ni, contohnya dim sum, lobak masin dan suhun. Yang lain-lain ikutlah selera dan stok yang ada di rumah, mudah dan cepat bukan? Yang penting sedap :)


2) Sup Ayam

Ihsan Google dari http://leematsunaga.files.wordpress.com/2012/12/sup-ayam.jpg
Ini milk booster saya sendiri, sup ayam yang ada herba2 rempah ratus di dalam nya, so secara khususnya yang menjadi milk booster saya adalah sup ayam Utara. Sebab ada macam-macam jenis respi sup ayam kan, yang ada sup bunjut tu, boleh membantu saya membanyakkan susu. Anda bagaimana?


3) Ulam ulaman : Jantung pisang & pegaga

Khasiat pegaga ihsan Google dari http://panduanpercuma.info/wp-content/uploads/2010/03/khasiatpegaga.jpg

Ulam jantung pisang ihsan Google dari http://rasa.karangkraf.com/panduan/petua-dapur/jantung-pisang-tidak-hitam-1.59108

Ini memang ulam favorite saya! Betul tak geng makan tengahari? Bila kita bekerja, kita akan ada masa makan tengahari bersama kawan-kawan seofis, jadi jadikan hidangan ulam-ulaman seperti jantung pisang dan pegaga sebagai menu wajib bila anda makan di luar. Sihat bukan, makan sayur-sayuran tanpa perlu ditumis dengan minyak? Pegaga dan jantung pisang bukan saja milk booster terbaik, tetapi memang sedap menjadi pembuka selera hidangan tengahari bila makan bersama sambal belacan. yummy!



4) Air ESP + Low Fat Milk + Kurma + Badam

Resepi ESP sedap


Resepi minuman dengan ESP ni memang menjadi milk booster terbaik dan sedap bagi saya. Minum sejuk-sejuk, anda akan rasa kenikmatannya! Dah cuba resepi ESP ini? Campurkan sekali kurma yang direndam lama di dalam susu segar/ low fat milk dan blend semuanya.. malas nak blend sebab tak cukup masa? boleh saja.. kadang-kadang nak jimat masa, saya minum aje resepi ni tanpa blendkan kurma tadi, ia akan jadi lembut bila dah direndam lama. Badam tu tumbuk atau tabur dengan badam masakan yg dipotong kecil-kecil pun boleh. ikut kreativiti sendiri :)

Tak sempat nak minum air ESP kosong pun sedap! Cuma shake dan campurkan air, terus minum!

Boleh cuba untuk hasil yang lebih optima, iaitu set Mighty 3 Gem (klik link ini)

Oh, nak yang lebih cepat tanpa perlu penyediaan apa-apa? Ada-ada saya memang sangat suka makan milk booster yang mudah dan cepat ni!


5) Air Horlicks

Horlicks milk booster
Horlicks yang sedap ihsan Google

Ho-ho-ho Horlicks! Yes, setelah dicuba-cuba, Horlicks panas adalah milk booster saya yang lebih cepat berbanding air milo. Kalau dapat, minu untuk sarapan, kalau tak sempat minum horlicks panas semasa makan tengahari atau waktu petang pun boleh juga. Anda dah cuba?


6) Kurma

banyak susu, breastfeeding tips
Kurma sebagai mlik booster

Jadikan kurma sebagai stok kecemasan di mana-mana anda berada. Letak dalam laci di ofis dan juga sediakan stok kurma di dalam peti ais di rumah anda. Saya juga bawak kurma di dalam beg saya sebab bila drive pun sempat lagi nak makan kurma ni kan, ia adalah milk booster terbaik dan mudah dibawa ke mana-mana :) sebab tu mungkin Amni pun minat makan kurma ni, mesti rasa susu dia perisa kurma :)


7) Set Menyusu Budget Shaklee



Set ini terdiri dari ostematrix, Alfalfa dan lecithin. Perlu makan ketiga-tiga ini? Tak dapat makan ketiga-tiga, utamakan ostematrix mahupun Alfalfa. Kenapa?

Ostematrix : Pembekalan sumber Kalsium tinggi, jadi ia merangsang penghasilan susu di dalam badan

Alfalfa : Milk booster yang diamalkan sejak zaman dahulu lagi, jika kena pada gayanya, susu anda akan melimpah ruah, insyaallah.

Lecithin : Pemecah lemak, jadi ia akan membuatkan saluran susu anda lancar. Sangat penting bila terkena bengkak susu.

Jadi, supplement ini, telan saja! Mudah bukan?


Ini, antara amalan saya, dan walaupun sekarang status saya telah bertukar dari berkerjaya kepada WAHM, yang nyata, bekerja jugak bukan? Lagi perlukan masa yang berkualiti untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang dirancang. Saya amalkan tips-tips di atas sehingga sekarang, alhamdulillah berkesan.



Tips Berjaya di dalam Penyusuan


Untuk berjaya di dalam penyusuan susu ibu ini, beberapa prinsip asas harus dipegang dan dijadikan disiplin setiap hari untuk diikuti.

1) Kerapkan direct feeding
Menyusu secara terus adalah stimulation terbaik. Jika tidak dapat direct feeding, disiplinkan diri untuk mengepam susu setiap 2 atau tiga jam sehari sepanjang waktu bekerja. Pastikan anda benar-benar mengosongkan Breast selepas mengepam, boleh dilakukan selama 20 -30 minit bergantung kepada badan masing-masing.

2) Banyakkan minum air kosong
Minumlah air yang banyak, kerana jika orang biasa perlu minum 1 liter air untuk 20kg badannya, cuba kira dengan berat anda, berapa liter air yang perlu diminum sehari? ditambah dengan fokus untuk mengumpul stok susu atau menyusukan secara terus, pasti anda perlu banyak minum air masak. kalau minum air panas kosong lagi best :)

3) Banyakkan berdoa
Bukan senang sebenarnya nak menjayakan penyusuan ini. Banyakkan berdoa agar susu semakin bertambah dan murah rezeki anak setiap hari.

Saya memang pernah mengalami kemeruduman susu pada suatu masa dulu, memang sangat sedih. Sehari saya hanya dapat kumpul 4 oz untuk 4 kali pengepaman. Siapa yang tidak sedih untuk susu sebanyak itu saja diberikan pada anaknya hari yang sama?

Tapi, kita positifkan hati, yakin berdoa. Ini antara yang saya amalkan :



1) Surah al-kauthar


2) Surah al-Baqarah, ayat 60


3) Surah al-hujurat


4) Zikir ya Matin



* semua gambar2 surah dan ayat al-quran ini saya Google ya, teruima kasih kepada semua penyumbang!


4) Jaga emosi : Hindari tekanan/stress dan dekatkan diri dengan cas-cas positif supaya anda sentiasa gembira. lebih gembira anda, lebih banyak susu dapat dihasilkan!




Semoga entry saya membantu anda, para wanita berkerjaya yang mencari-cari tips untuk menambahkan susu badan dengan pengambilan milk booster yang mudah dan cepat. Respons badan adalah berbeza bagi setiap individu, saya hanya kongsikan pengalaman saya, anda boleh cuba jaya setiap satu tips milk booster ini untuk melihat mana satu yang berkesan buat anda!

Semoga berjaya!

Untuk si manja, segala-galanya sanggup ku korbankan, tak gitu wahai ibu-ibu penyayang? :)


Salam kasih sayang,

Ainul Malik
HP 013-3536718
WA 016-3353567
Fbpage : Sihat.Ceria.Bahagia

5 comments:

  1. Terima kasih atas info yang sangat bermanfaat. Jemput baca entri saya di http://liyanahazwanijohari.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas info yang sangat berguna dan membantu...Jemput baca Tips Diet Seimbang di http://umiwarham.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. info yang bagus untuk ibu menyusu seperti saya. tq.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...