Monday, April 28, 2014

Belajar Ilmu Kelas Asas Blog : Kelas Blog Ipoh, kami datang!

Salam Ceria :)

Saya buka tawaran kepada warga Ipoh yang ingin menimba ilmu di kelas Asas Blog dan memperkayakan blog supaya sentiasa dikunjungi ramai, anda boleh berhubung dengan saya sekarang :)

Kelas ini akan diadakan pada 4 Mei 2014 bertempat di Tambun, Ipoh.
Yang akan diajar oleh blogger-blogger yang mahir dan berpengalaman :)

Syarat utama untuk menyertai kelas ini adalah dengan join group Naila Superpower kerana tawaran ini hanya terbuka buat anak didik saya saja.

Insyaallah, anda akan berpuas hati dengan ilmu yang bakal diserap dan kelas itu bukan terhenti setakat itu, bimbingan berterusan secara PERCUMA akan diberikan secara online melalui perkongsian secara rasmi di dalam group tertutup kami dan juga anda boleh pm saya privately pada bila-bila masa sahaja :)

http://healthierlife4uandme.blogspot.com/p/coaching-kelas-offline-dari-saya.html

Menulis untuk menjana pendapatan?
Mari sertai saya!

Jumpa di Ipoh ya :)

Hubungi
AinulMalik
013-3536718
016-3353567 untuk wasap

Saturday, April 26, 2014

Bermusafir ke Ipoh dengan Soffice

Salam Sabtu yang ceria dan bahagia,
Entry hari ini lebih santai kerana kami bermusafir ke Ipoh memenuhi undangan perkahwinan. Bila dapat undangan, wajib dipenuhi kan?
Sementara mengisi masa lapang sepanjang perjalanan, saya mencuba application soffice ini untuk update blog dengan mudah dari talifon android.
Review mengenai soffice :
Walaupun baru pertama kali downlowd software soffice ini dari Playstore, nampaknya penggunaannya memang mesra pengguna.
Mudah, pantas dan simple.
Terutama bagi perempuan seperti saya yang sukakan perisian yang mesra pengguna dan mudah difahami, cubalah menggunakan soffice ini.
Setiap ruang disediakan untuk title, labels dan isi kandungan boleh dipilih dari icon Element di bhg bawah untuk mengisi bahagian text element. juga boleh add picture seperti biasa. Jadi, tiada alasan lagi untuk tidak update blog setiap hari.hihi :)
Doakan perjalanan kami dipermudahkan, dimurahkan rezki dan bermanfaat buat diri dan keluarga. Hubungan sesama insan terutama ahli keluarga juga harus dijaga; mana tahu ada rezki jumpa rakan bisnes yang baru hari ini? Amin :))
Semoga anda bergembira dengan perkongsian saya hari ini :)
image

Friday, April 25, 2014

Petua Murah dan Mudah Melegakan Selsema Anak dengan Minyak Bawang Putih

Bila anak kita terkena selsema, kita sebagai ibu amatlah risau kan. Melihatkan hingus turun meleleh-leleh, kadang-kadang sampai boleh dimakan oleh anak kita tu, akibat terlewat lap hingusnya :)


alololooo..sedap ye dik?


Kesian, kan?

Baru-baru ini saya mendapat petua dari rakan saya, Mas, mengenai minyak bawang putih. Mujarab katanya!

Wah, memang lah saya suka dengar petua yang murah, mudah dan senang dicuba ini, sebab bawang putih kan stok yang selalu ada di rumah. Kalau takcuba memang tak tahu betul atau tak.

Jadi, saya pun cuba malam tu.

Cara-caranya menyediakan Minyak Bawang Putih:


  1. Bakar bawang putih bersama kulitnya (janganlah sampai hangus pula hihi)
  2. Lenyekkan bawang putih tadi bersama-sama dengan minyak zaitun atau minyak kelapa dara atau apa-apa je stok minyak yang ada di rumah
  3. Sapukan minyak tadi ke dada, perut, dan belakang badan anak anda.
  4. Sapukan juga di tapak kaki dan pakaikan stokin kaki sepanjang malam.
  5. Tidurkan anak anda, jangan lupa doa supaya disembuhkan selsema nya itu :)

melegakan selsema kanakkanak, bayi, antibiotik semulajadi
Minyak bawang putih saya


Alhamdulillah, bila anak saya bangun pagi, kering selsema nya itu!!

Syukur jugak saya masih breastfeed kan Amni. Jadi, sebelum tidur, saya jugak ambil Garlic Complex 1 biji, kadang-kadang sehingga 2 biji dan juga makan 2 biji Vitamin C sustained release sebelum tidur.

Amni juga saya berikan Nutriferon dan juga omega untuk menguatkan imuniti badannya.

Saya memang sukakan bawang putih sebab :

  • Bawang putih membantu mengurangkan selsema
  • Bertindak sebagai antibiotik semulajadi
  • Bawang putih juga adalah antikulat
  • Membuang angin badan (alang-alang boleh disapukan pada badan anak-anak untuk dibuang angin) wah..best gituuu
Sebab itulah saya memang setuju dengan entry Garlic Complex Teman Terbaik Ibu yang Menyusukan Bayi! Siapa setuju angkat tangan!


Syukur, alhamdulillah, bila tengok anak-anak gembira, kita akan super gembira!


Selfie dua beranak :D


Jom-jom cuba buat minyak bawang putih ni, sangat murah, cepat dan berkesan!
Nak beli Shaklee dari saya dengan panduan makan dan konsultasi yang penuh dari saya pun boleh jugaaa :D


Ikhlas dari Mama yang Gembira,

AinulMalik
SMS 013-3536718
WA 016-3353567

Thursday, April 24, 2014

Pendarahan Bleeding Awal Kehamilan Membahayakan?

Menurut kajian, satu perempat dari wanita mengandung (hamil) mengalami pendarahan di awal kehamilan.

Jika yang keluar adalah berwarna merah kepada coklat yang berbeza dari haid, ia adalah pendarahan ringan atau dipanggil spotting.

Spotting berlaku pada trimester yang pertama.



Punca Berlaku Spotting Pendarahan Ringan di awal Kehamilan


  1. Anda menjalani IVF atau rawatan lain yang membantu anda untuk hamil
  2. Hormon badan yang mengawal kitar haid telah menyebabkan pendarahan pada tarikh atau masa yang biasa anda datang period/haid sewaktu anda sebelum mengandung. Ia boleh jadi sekali atau dua kali sehingga hormon ini dapat dikawalatur dengan baik.
  3. Perlekatan telur yang telah disenyawakan pada lapisan uterus anda juga menyebabkan pendarahan. Ia berlaku selama sehari atau dua hari.
  4. Hormon kehamilan juga dapat mengubah permukaan serviks anda untuk senang berdarah. Oleh itu, pintu serviks mungkin terengsa. Contoh situasi : hubungan seks di awal kehamilan menyumbang kepada masalah ini.
  5. Anda mungkin mempunyai fibroid. (Ketumbuhan pada rahim). Plasenta kadangkala akan melekat pada fibroid ini, jadi janganlah bimbang ya ibu ibu, dapatkan nasihat doktor jika anda ada fibroid semasa hamil.
  6. Polis serviks, iaitu ketumbuhan kecil pada serviks juga menyebabkan pendarahan, tetapi ia juga tidak membahayakan, yang penting dapatkan konsultasi doktor.
  7. Berlaku jangkitan serviks atau jangkitan faraj
  8. Anda menghidap penyakit keturunan seperti Von Willebrand yang membuatkan darah anda sukar membeku.


Pendarahan Bleeding di awal Kehamilan


Namun begitu, berlaku pendarahan yang diikuti dengan sakit perut dan kekejangan, mahupun demam, ia mungkin penyebab keguguran mahupun kehamilan di luar rahim (kehamilan ektopik).

  1. Keguguran pada awal kehamilan berlaku apabila bayi tidak berkembang dengan betul. 
  2. Kehamilan ektopik berlaku apabila telur yang disenyawakan tu, melekat pada bahagian luar uterus. Darah berwarna gelap dan cair seperti jus prun akan mengalir tanpa henti.
  3. Kehamilan molar pula disebabkan oleh embrio tidak membesar dengan betul tetapi sesetengah sel yang membentuk plasenta terus membesar secara abnormal.


Bagaimana untuk kenalpasti bahawa saya period atau mengalami keguguran?


Kadangkala, ada situasi di mana kita tidak datang period selama sebulan dan setelah itu mengalami pendarahan yang luarbiasa. Kita akan keliru samada ia adalah period ataupun keguguran.


Perkara yang pertama sekali adalah berjumpa dengan Doktor untuk menjalani scan atau imbasan ultrabunyi.

Kemudian, ujian air kencing dan ujian darah akan dilakukan untuk menguji tahap hormon kehamilan ini.

Menurut bacaan saya dari blog Dr Zubaidi dari link ini, ujian darah dilakukan untuk mengetahui kepekatan hCG dan beberapa perkara boleh dikenalpasti untuk mengetahui punca atau kebarangkalian keguguran pada kehamilan ini.

Namun begitu, berita gembira buat yang menjalani scan dan telah dapat mengesan bunyi denyutan jantung bayi, kerana potensi untuk gugur itu adalah nipis.


Masalah rahim tidak kuat? Ubat Kuatkan rahim



Kadangkala jika kita bertemu dengan doktor, doktor akan memberitahu anda, saya akan bagi puan ubat kuat rahim. Rahim saya tak kuat kah doktor? Apa yang menyebabkan rahim tak kuat?

Masalah rahim tak kuat ini berpunca dari ibu yang hamil mempunyai kurang hormon progesterone yang mana rahim tidak dapat menyediakan tempat yang optima untuk pembesaran janin.

Sebenarnya, masa anak kedua, saya juga pernah mengalami spotting ini. Hasilnya, doktor memberikan ubat bernama duphaston, iaitu hormon sintetik yang mempunyai progesterone. 

Kiranya, setelah ovum disenyawakan, akan berlaku perlekatan fetus pada lapisan endometrium, iaitu lapisan rahim ini. Jadi, semasa mengandung, progesterone akan semakin meningkat dengan banyak untuk membantu lapisan rahim ini menebal untuk perlekatan janin/fetus yang kita kandungkan ini.

Jika progesterone kurang, janin tidak dapat melekat dengan sempurna dan akan gugur bersama-sama dinding endometrium ini tadi.

Ubat kuat rahim, keguguran
Duphaston ubat kuat rahim


Supplement yang membantu menguatkan rahim


Semasa mengalami spotting di awal kehamilan Amni, saya telah cuba mengkaji supplement yang sesuai untuk membantu menguatkan rahim saya ini.  

Saya telah mencuba ESP (Energising Soy Protein Shaklee) kerana ia mengandungi sumber protein yang tinggi, yang memberi nutrisi penuh kepada sel (kerana sel asalnya dari protein) supaya sel-sel badan saya sihat dan kuat.

Jadi, sel-sel rahim yang terbina ini akan sihat dan kuat untuk menampung proses penempelan janin pada dinding rahim saya.


Supplement Penting Semasa Kehamilan


Tahukah anda bahawa, jika anda stress, hormon progesterone untuk menebalkan dan menguatkan dinding rahim berkurang?

1) Jadi, untuk menstabilkan emosi, saya juga mengambil b kompleks, iaitu supplement penenang yang paling selamat agar saya tidak stress. Selain itu, b kompleks Shaklee yang semulajadi ini didatangkan khas bersama asid folik yang membantu fetus untuk berkembang dengan sempurna.

Sudah menjadi satu keinginan kita untuk mendapatkan anak yang sihat dan sempurna bukan? 

Oleh itu, ambillah b kompleks bersama-sama dengan asid folik ini supaya saraf-saraf bayi kita dan pertumbuhannya mendapat cukup nutrisi yang diperlukan.

B kompleks juga membantu memberikan tenaga tambahan kepada kita, terutamanya ibu mengandung yang sentiasa lemah dan tidak bermaya. Jadi, untuk kuat dan bertenaga, saya ambil b kompleks ini dan juga ESP supaya saya sentiasa cergas sepanjang kehamilan.



2) Ostematrix juga penting untuk menyumbangkan kalsium kepada pembinaan tulang bayi dan juga kepada sistem saraf yang sempurna. 

Tahukah anda bahawa progesterone yang tinggi diperlukan untuk sel-sel tulang (osteoblast) membina tulang? 

Jadi, jika kita kekurangan progesterone, kuranglah kalsium untuk membina tulang dan proses pembentukan tulang baru untuk fetus terjejas. Oleh itu, kita bantu anak yang dikandung ini untuk membentuk tulang-tulang yang sempurna supaya proses pembesarannya juga tidak terganggu.

Fetus akan menyerap kalsium daripada ibu, jadi, jika kita juga kekurangan kalsium, masalah rambut gugur, gigi longgar dan mungkin tercabut, sakit kaki, sakit pinggang akan terjadi kepada ibu mengandung ataupun selepas berpantang kemudian hari.


3) Vitamin C Sustained Release juga saya ambil untuk imuniti badan saya sendiri. disebabkan kita keletihan, kurang bermaya, jadi ini juga menjadi faktor kepada kurangnya imuniti badan.

Tambahan pula cuaca dan jangkitan memudahkan lagi ibu mengandung mendapat jangkitan yang sama, jadi saya ambil langkah untuk menguatkan ketahanan badan saya dengan vitamin C ini.


4) Vitalea sangat penting untuk pembekalan sumber mineral dan vitamin-vitamin lain untuk keperluan badan saya, ibu mengandung dan juga bayi yang kita kandungkan.

Masalah hemoglobin rendah (hb) dapat diatasi dengan mengambil 2 biji Vitalea yang mengandungi iron ini. Iron penting untuk pengikatan oksigen di dalam darah. Tidak semua multivitamin di pasaran mengandungi iron, jadi, memang menjadi kelebihan Vitalea yang mengandungi iron membantu meningkatkan semula bilangan hemoglovin di dalam darah kita.


5) Bermula dari trimester kedua, saya mengambil omega guard untuk pembekalan DHA untuk anak yang saya kandungkan ini. 

Berat badan ibu mengandung juga tidak naik dengan sangat ketara dengan pengambilan omega yang membantu menstabilkan hormon leptin (iaitu nafsu makan) di dalam badan.

Saya sangat berpuas hati dengan perbezaan berat badan antara anak pertama dengan anak kedua saya ini kerana untuk anak sulung saya, badan saya naik sehingga 20 kg lebih! namun begitu, untuk anak kedua, saya dapat mengimbangkan berat badan yang bertambah, kurang dari 20 kg.

Selain itu, bagi ibu-ibu yang bermasalah mendapat kencing manis dan darah tinggi semasa mengandung, bagus mengambil omega ini untuk menyeimbangkan hormon di dalam badan kita.


Semoga dengan perkongsian saya hari ini, dapat memberi idea dan membantu ibu-ibu di luar sana bertindak dengan cepat hasil dari pembacaan ini. Jika anda mengalami masalah pendarahan semasa mengandung, segeralah berjumpa dengan doktor dan banyakkan berehat.

Berdoalah kepada Allah untuk keselamatan dan segala yang dihajatkan semoga Allah mempermudahkan kehamilan ini sehingga sembilan bulan dan melancarkan urusan bersalin nanti.


Makan makanan yang menyihatkan ya ibu-ibu :)


Yang penting, jagalah emosi supaya sentiasa stabil dan anda akan mencetuskan emosi yang bahagia kepada bayi yang anda kandungkan tersebut. Bayangkan nanti, anak yang lahir itu suka marah-marah, stress dan banyak meragam, fikirkan, adakah ia refleks kepada ragam anda sendiri sewaktu mengandungkannya?

Demi anak tercinta, jagalah tutur kata, jagalah emosi, jagalah hati, jagalah keperibadian. Semoga anak yang bakal dilahirkan itu adalah golongan soleh dan solehah yang menyejukkan jiwa :)

Bergembiralah selalu, kuatkan diri dan semangat supaya semuanya boleh disalurkan kepada anak tercinta :)

Semoga ibu-ibu di luar sana memberikan segala yang terbaik buat si manja demi masa depan mereka!


Jika berminat mendapatkan supplement semulajadi yang pernah saya amalkan sepanjang kehamilan, hubungi

AinulMalik
SMS 013-3536718
wa 016-3353567



* Entry hari ini juga ditujukan khas buat anakanda tersayang, Muhammad Aiman Hakim, selamat hari lahir sayang, semoga Aiman menjadi pemuda solehin yang memperjuangkan agama Allah, menggembirakan mama dan abah, juga bahgia dunia dan akhirat. Mama sayang anak-anak mama!

Kenangan Mama Mengandungkan Aiman 4 tahun yang lalu tidak akan dilupakan sampai bila-bila :)




Rujukan :
http://www.babycenter.com.my/a1031215/pendarahan-ringan-atau-pendarahan-faraj

Wednesday, April 23, 2014

Pengedar Shaklee di perlukan di Seluruh Pelusuk Malaysia!


Salam Khabar Gembira buat warga Malaysia, mahupun Singapura, Indonesia, dan Brunei, kami mencari insan yang boleh digilap untuk menjadi pengedar Shaklee yang berjaya di seluruh pelusuk Malaysia, terutama Sabah dan Sarawak!


Siapa yang layak menjadi Pengedar Shaklee yang Berjaya?


  1. Yang betul-betul ingin menambahkan pendapatan
  2. Rajin, kuat berusaha
  3. Sentiasa mengambil peluang untuk belajar

Cukup tiga ciri ini dahulu kerana, orang yang mahu berjaya memang sangat kuat berusaha. kerana, bisnes Shaklee ini sangat adil, siapa yang berusaha, dia akan dapat BONUS BULANAN yang SETANDING DENGAN USAHAnya.

Jika anda ingin berehat dan slow down, tak mengapa, ini bermakna anda juga BEREHAT DAN SLOW DOWN dari mendapat bonus. itu sahaja, as simple as that, mudah bukan?

Tak pandai tak mengapa, insyaAllah, saya akan berusaha sehabis baik saya untuk mengajar anda, juga kita da mentor-mentor hebat yang selalu turun padang untuk mencurahkan ilmu, online mahupun offline. Asalkan rajin mengejar ilmu, anda akan lebih berilmu dari yang berlagak mempunyai ilmu tetapi malas berusaha.


Pilihan di tangan anda, anda pilih, mahu online, kita ada approachnya, anda mahu offline, bertemu depan-depan, kita juga ada caranya, yang penting nawaitu anda ingin  BERJAYA DAN MENAMBAHKAN PENDAPATAN berangka-angka, insyallah.

Anda pemalu? Tak mengapa juga, kerana saya juga seorang yang pemalu tetapi melalui Shaklee lah saya membina keyakinan saya demi membawa rakan-rakan bisnes saya berjaya!


Pengedar Shaklee Perlu Cantik-cantik sahaja?



Cantik itu sangat subjektif! Ingin kulit yang cantik dan gebu, amalkan memakan b kompleks, vitaminC, Vitamin E, Omega, GLA, ESP mahupun Kolagen. Ha? perlu makan semua? 

Di sinilah letaknya ilmu, kita makan dengan ilmu, insyaallah, takperlu makan semua, tapi kita akan makan dengan aturan yang betul pasti mendatangkan hasil yang memberangsangkan :)

Saya adalah salah seorang testimonial dari kulit bermasalah dan kini, alhamdulillah, tak perlu risau lagi keluar dari rumah tanpa bedak di muka.

Sebenarnya, yang utama adalah CANTIK HATI DAN AKHLAK. Itu yang lebih utama, jika anda mempunyai hati yang baik, dan berperibadi yang baik, anda sangat cantik di mata manusia di luar sana. Jadi, yakinlah, anda seorang yang cantik dengan hati, akhlak, ilmu dan personaliti anda pasti berubah selepas itu :)


Bagaimana Shaklee Dapat Membantu Saya Menambahkan Pendapatan? 



Bila anda membeli produk Shaklee, iaitu supplement semulajadi yang terbaik ini, anda akan mendapat point berdasarkan pembelian tersebut.

Point itu akan digantikan dengan cash dan anda akan mendapat cek atau, anda boleh memohon agar wang itu dimasukkan terus ke dalam akaun bank simpanan anda.

Yang bestnya, Bonus Bulanan Shaklee dimasukkan setiap pertengahan bulan, di kala orang bersesak-sesak, anda mampu tersenyum riang sebab walaupun pada paras minima usaha anda, anda masih boleh menggunakan wang tersebut untuk beli barang keperluan harian.



Luahan rasa hati salah seorang rakan bisnes saya, terharu kan?


Bergenang air mata dapat baca luahan hati ini. Sebenarnya, dalam simpanan saya, ada banyak lagi luahan hati sebegini, tapi saya simpankan dulu buat kenangan peribadi antara saya dan si dia :) Kenangan terindah ni, walaupun bonus baru 2 angka, tetapi mengenangkan usaha memang berbaloi lah. Inilah yang dinamakan bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudiaan.

Ini kalau peringkat percubaan mahupun permulaan. Apa kata anda buat betul-betul dan lihat hasil yang anda akan dapat setiap bulan, dari 2 angka, mendaki 3 angka, mendaki lagi 4 angka, ke 5 angka dan wahhh! 6 angka!


Pendapatan Pengedar Shaklee yang Berjaya



Nilai yang diberikan hanyalah purata pendapatan tahunan, jadi nilai sebenar, faham-faham sendiri lah ya :)

Kita mulakan dari yang tertinggi dahulu :

  1. Master Kordinator        : RM 600 000 dan ke atas
  2. Senior Key Kordinator : RM 350 000 dan ke atas
  3. Key Kordinator            : RM 250 000 dan ke atas
  4. Senior Kordinator        : RM 150 000 dan ke atas
  5. Kordinator                    : RM 80 000 dan ke atas
  6. Senior Supervisor         : RM 36 000 dan ke atas
  7. Supervisor                    : RM 20 000 dan ke atas


Atas sebab inilah ramai wanita-wanita yang join Shaklee ni telah bertukar status dari bekerja di ofis kepada Work At Home Mother, di samping menjaga rumahtangga, bisnes juga berjalan seperti biasa di temani anak-anak pendorong semangat yang utama untuk berjaya!

Bagaimana Nak Mula Menjadi Pengedar Shaklee Yang Berjaya?


  1. Daftar keahlian. Pastikan mentor yang anda pilih adalah mentor yang dapat membentuk anda berjaya sama ataupun lebih berjaya dari nya
  2. Cara Pendaftaran mudah sahaja, keahlian hanyalah RM65 seumur hidup atau dengan pembelian 200 point, anda pasti dapat mendaftar secara PERCUMA!
  3. Anda akan join group kami yang proaktif, ini adalah support group supaya memastikan anda sentiasa fokus mengejar cita-cita
  4. Mendapat mentor-mentor yang hebat untuk membimbing anda di dalam bisnes ini.
  5. berusaha kuat tanpa jemu, insyaallah, anda akan mendapat hasilnya.


Mudahnya menjadi Pengedar Shaklee yang Berjaya?


DUPLICATE. Ya, kami mengamalkan cara duplikasi mentor-mentor yang berjaya. Asasnya memang telah ada. Semuanya telah disediakan oleh Mentor-Mentor ini dan kita hanya duplicate mereka sahaja!

Mudah bukan?

Yang lain, ditambah dengan nilai diri yang rajin, pasti anda akan tersenyum lebar dari hari ke hari.


Kepuasan dan Kelebihan Menjadi Pengedar Shaklee


YA, saya memang berpuas hati menjadi pengedar Shaklee kerana :

  1. Saya telah pilih kumpulan yang betul
  2. Saya mendapat Mentor yang baik, bijak dan berjaya
  3. Saya dapat berkongsi kebaikan dengan orang-orang yang saya sayang
  4. Saya dapat meningkatkan kualiti kesihatan keluarga dan taraf hidup keluarga
  5. Saya gembira dikelilingi oleh aura-aura positif kejayaan dan kebahagiaan
Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan jalan ini. Buat anda yang masih berfikir-fikir, istikharahlah, supaya jalan yang anda pilih tepat dan membahagiakan. Jika anda ingin menyertai Group Saya, SuperPower Naila (Orang yang Berjaya) saya sedaya upaya akan membimbing anda mencapai matlamat yang diimpikan.




Apa Yang Shaklee Tawarkan dan SuperPower Naila Tawarkan ?

  1. Product knowledge
  2. Ilmu bisnes
  3. Ilmu pemasaran
  4. Ilmu blog
  5. Ilmu amalan rohani
  6. Coaching online dan offline
  7. Portal yang diperturunkan dari iReach (Sila klik portal Best ini)
  8. Ukhwah jalinan persaudaraan 
  9. Cash dari Shaklee
  10. Car Bonus dari Shaklee
  11. Convention bertaraf 7 bintang dari Shaklee
  12. Bonus insentif dari Shaklee
  13. Bonus kepimpinan dari Shaklee
Bukan setakat Cash, Car dan Convention (3C YANG SHAKLEE TAWARKAN) tetapi Kejayaan dan Kebahagiaan :)


Ayuh, pengedar baru dari Perlis, Kedah, Penang, Perak, Selangor, KL, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak, 

SAYA bersedia menerima anda untuk diberi bimbingan penuh mencapai 2 angka, 3 angka, 4 angka, 5 angka yang anda inginkan, yang penting nawaitu, usaha, tawakkal dan doa :)

Jom sama-sama Berjaya bersama-sama!




Jumpa anda di National Conference Pentas Award Penghargaan kepada Mereka Yang Berusaha!

Di Sunway Convention Center & Trip USA juga Umrah dan ziarah untuk cycle ini!



dan saya berimpian membawa suami, anak-anak, ibu bapa dan mertua ke Italy bersama trip 7 bintang Shaklee ke Italy 2015 nanti! Italy here we come!




Jom realisasikan impian bersama saya;

Ainul Malik
SMS 013-3536718
Wasap 016-3353567

Monday, April 21, 2014

Bestnya Jadi Ahli Shaklee, Makan Sendiri Mahupun Menjana Pendapatan


Best betul jadi ahli Shaklee, samada makan sendiri ataupun berniaga, kedua-duanya pun best! Kenapa? jom saya kupaskan untuk kedua-duanya :)



Jadi Ahli Shaklee Makan Sendiri


Sebenarnya, saya adalah ahli Shaklee yang makan sendiri.

Saya bermula dengan breastfeeding set. Lama kelamaan jatuh cinta pulak pada supplement yang lain, contohnya Ostematrix yang sangat cepat menunjukkan kesan positifnya.. contohnya bila sakit pinggang, kebas kaki, period pain, sakit2 pening kepala, memang ni lah alternatif yang sanya cari dulu. Waktu preganant lagi lah, memang sangat sayang dengan ostematrix ni, kawan baik lah katanya!

Bila dah rasa best, saya bagi pada Mak saya untuk mencuba. Bila dah rasa best makan ostematrix, orang tua pun suka, hati mesti lagi berbunga-bunga cuba yang lain.

So, saya fikir, bila beli dengan keahlian sendiri, dapat kumpul point dan dapat beli sendiri lah kan :) Sebab tu lah saya daftar jadi ahli Shaklee.

Bestnya Jadi Ahli Makan Sendiri

  1. Saya akan dapat cek tiap bulan, hasil pembelian vitamin bulanan. Lepaslah buat beli barang rumah
  2. Point makin lama makin meningkat, bonus makin besar, sangat terkejut ok!
  3. Dapat ilmu makan vitamin dari upline saya
  4. Ada perkongsian menarik mengenai kesihatan, vitamin, penyusuan ibu dalam group yang saya sertai
  5. Saya tambah kenalan alam maya yang akhirnya boleh share macam-macam mengenai kehidupan melalui Shaklee ni
Best kan, bukan sekadar dapat rasa kesan positif makan vitamin je, hidup kita pun makin positif sebab dah meluaskan jaringan silaturrahim dengan ramai orang-orang yang berpositif.

Hidup saya makin gembira dengan perubahan baru ini sejak jadi ahli Shaklee. kalau stress kerja, banyak kerja rumah, makan la b kompleks, insyaallah, emosi yang down, rasa penat semua berganti dengan emosi yang stabil dan bertenaga :) motivasi dari support group, kawan-kawan yg makan vitamin pun sama bestnya, jadi, hidup rasa gembira dikelilingi rasa bahagia.

Status bertukar dari ahli makan sendiri kepada Berniaga Shaklee Online ni pilihan saya ye, bukan langsung paksaan dari sesiapa.

Siapa yang taksuka dapat tambah pendapatan? Memikirkan jadi ahli makan pun dapat bonus, apatah lagi jadi ahli yang memang berniaga!

Jadi, saya belajar sikit demi sikit dan akhirnya saya berjaya menembus pasaran online dengan menjadi Independent Distributor Shaklee yang sah!

Bestnya Jadi Ahli Ahli Shaklee Melalui Perniagaan Online


Macam-macam bonus ditawarkan, dari bonus kereta, bonus jalan-jalan, bonus insentif, Bonus kepimpinan, Syukur sangat, Shaklee sangat bermurah hati dengan kesemua bonus-bonus yang ditawarkan ini.

Satu demi satu perjalanan yang saya lalui, saya memang yakin dengan jalan ini. Banyak perkara yang saya belajar.

SEKARANG, SAYA CUBA MENGOLAH segala yang saya belajar, untuk berkongsi segala ilmu bisnes yang saya belajar untuk membantu wanita-wanita yang memerlukan seperti saya dahulu menjana pendapatan dengan perniagaan Shaklee ini.

Seronok, bila dapat melihat orang-orang yang kita bimbing sama berjaya malahan lebih berjaya dari kita sendiri. Nikmat Allah yang mana yang kamu dustakan?

Bukan nikmat berniaga sahaja, tetapi macam-macam nikmat yang boleh dikongsi, nikmat bahagia, silaturrahim dengan orang-orang yang berjaya, nikmat menggembirakan orang lain, Allahuakbar! Terasa tak keseronokannya?

Wajah - wajah gembira semasa Master Celebration di Pullman Putrajaya, mengutip cas positif

Ukhwah antara Pengedar-Pengedar Shaklee memang rapat antara satu sama lain, kami bergerak bersama-sama, bukan bersaing, manis kan?

Sedang saya menaip entry ini, saya tak sabar untuk membawa mertua saya makan angin berjalan-jalan ke Tawau, insyaallah, sambil menyelam minum air.

Sambil saya mencurahkan ilmu kepada orang yang memerlukan di Tawau, saya juga dapat menggembirakan orang yang melahirkan dan membesarkan suami tersayang ke dunia ini. Tanpa mereka, tiadalah pemimpin keluarga kecil yang saya sayang ini.

Indah, bukan?

Jadi, bagi mereka yang berminat untuk menyertai saya, belajar dengan saya, tanpa paksaan berniaga, untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga, meningkatkan taraf kesihatan diri dan keluarga, saya mengalu-alukan kedatangan anda ke dalam hidup saya!

Insyaallah, semoga apa yang saya sampaikan ini menjadi sedekah jariah buat simpanan amal saya di alam sana, doakan saya dan anda juga boleh memanjangkan amal ini dengan mempraktikkan apa yang saya ajar kepada rakan-rakan anda jua :)

Tawau, kami datang! 10 Mei insyaallah, boleh jejak saya di sana untuk curahan ilmu. 

Tawau, can't wait!

Semoga Allah melindungi kita semua,

Lillahitaala :)



Jom Berjaya Bersama ;

iR Ainul Malik
SMS 013-3536718
Wasap 0163353567
Fbpage Sihat.Ceria.Bahagia

Friday, April 18, 2014

Hadiah Hari Jadi Yang Bermakna di Jom Hebat Mega Dengan Kelahiran iReach Portal Online Terhebat Malaysia!



Hadiah Hari Jadi saya yang ke 31 adalah yang PALING BEST dalam hidup dan SANGAT BERMAKNA sebab ianya sangat GRAND dengan lahirnya Portal Online MLM Terhebat di Malaysia! iaitu iREACH.



Syukur, alhamdulillah, Allah memanjangkan lagi usia saya. 15 MAC 2014 tarikh keramatnya. Saya percaya wanita yang berusia 31 sangat sukakan ini, bukan?








Jadi, disebabkan saya dah perasan sorang-sorang yang saya cukup cantik di usia 31 tahun, tak perlulah saya mencanangkan pada orang di Jom Hebat Mega bahawa hari itu adalah hari Lahir saya yang ke 31 tahun, cukuplah menerima ucapan Selamat Hari Lahir dari keluarga, teman rapat, downline, sideline dan yang paling ISTIMEWA, UPLINE SHAKLEE saya, Master Lyna Noh.




Inilah rahsia Contact and Connect kami, prinsip yang group iReach pegang dan bahang manisnya ukhwah sangat terasa tak kira masa, tempat dan sesiapa saja yang bersama-sama kami :)




Wah, sudah-sudahlah intro perasan saya buat pertama kalinya yang saya lahirkan di blog Sihat Ceria Bahagia!! Jom kita tengok apakah Hadiah Bermakna iReach itu?


Hebat bukan VIDEO INI? Se-gah nama dan intipati group iReach kami!



Program Jom Hebat Mega Kumpulan Bisnes Shaklee kami ini dilangsungkan pada 15 Mac 2014, bertempat di Institut Sosial Malaysia Kuala Lumpur.





WAH..BANGGA SAYA 15 MAC 2014 BIRTHDAY SAYA ADA JOM HEBAT MEGA!




Jom Hebat Mega ini dimulakan dengan sharing Hebat Mak Bintang, Cikgu Nad Zaim yang sangat cekal dan bersemangat. Saya sukakan ceritanya yang berani menyahut cabaran mengajar Fizik SPM yang bukannya subjek teras kepakarannya. Namun, dengan semangat menyahut cabaran Pengetua, dia berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang Fizik walaupun dia terpaksa belajar semula matapelajaran yang sudah lama ditinggalkannya ini. Hebat bukan?


Keypoint : Berani menyahut cabaran dan berusaha keras untuk mencapai matlamat.




Seterusnya, pelancaran iReach oleh Penaung iReach Papa Zola Kami, upline saya Master Zainul, suami kepada Master Lyna Noh.



Gambar upline Master Zainul dan Master Lyna, Ihsan dari Ilham Famili Sihat, Thanks kaksu!


Kepakaran dan buah fikirannya sentiasa menjadi inspirasi kepada saya dan semua ahli iReach ini. Ingin tahu apakah iReach, apa kata join saya dan saya akan sampaikan semua ilmu ilmu berharga ini kepada anda. Apa salahnya kita BERJAYA BERSAMA-SAMA bukan?




Jom Hebat Mega dihangatkan lagi dengan perkongsian suami-suami di dalam Forum Kain Pelikat. Wah, sudah tentunya Forum ini membuka mata hati para suami untuk memberi keizinan kepada para isteri untuk terus berjaya mengambangkan bisnes mereka. Buat para isteri pula, kami bertekad untuk terus membuktikan kepada para suami bahawa  dengan Usaha Keras kami, insyaallah bisnes ini boleh diwariskan kepada anak cucu kita pula. Best kan bisnes Shaklee bersama kumpulan kami? Banyak tips-tips dan rahsia juga formula menarik yang dikongsikan sesama ahli supaya semuanya berjaya dunia dan akhirat.




Penampilan istimewa Amin Idris memang menginspirasikan segenap pelusuk dewan dan sangat memotivasikan kami. Dengan Magnet nya, kita akan rasa sangat teruja untuk mencuba satu persatu tips untuk berjaya!





Teknik Smart, Teknik Imaginasi,Bermatlamat JAUH, BESAR DAN JELAS, dan Tahu APA yang kita mahu, adalah kekuatan diri yang perlu digenggam untuk pergi jauh untuk berjaya di dalam hidup.




Segala teknik rahsia ini telah dikongsikan di dalam Group Saya, Group Naila (Berjaya) yang saya VISIONkan agar SEMUA AHLI YANG MENYERTAI SAYA PASTI BERJAYA!



Keluarga Naila Intishar yang hadir, semua rank ada dari Distributor, Supervisor, senior supervisor, Kordinator, Key Kordinator sampai ke MASTER! Tahniah cucuku, Master Aya Chalo!


Hati berbunga riang kerana dapat berjumpa anak cucu piut dan di bawah2 kesayangan saya, semuanya ahli Naila yang berjaya. Kami datang dari seluruh pelusuk Malaysia, berkumpul demi menuntut ilmu untuk berjaya di dalam bisnes Shaklee ini. Inilah kekuatan iReach yang saya wariskan kepada Group saya Naila yang Berjaya!


Ingin menyelami rasa hati downline saya yang turut menyertai Jom Hebat Mega ini? Bacalah kegembiraan yang dikongsikan oleh Su Annajah, Leader Hebat Naila di blognya Ilham Family Sihat.  Tekan link di nama blog sebelah ya :)





Sesungguhnya saya rasa amat bertuah berjumpa dan bertukar-tukar cas positif di Jom Hebat Mega ini.

Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna dalam hidup YANG TIDAK DAPAT DIBELI OLEH WANG RINGGIT, iaitu


  • nilai ukhwah
  • nilai kekeluargaan
  • nilai kerjasama
  • nilai kebahagiaan
  • nilai kejayaan
  • bilai positif yang sangat besar
di mana lagi nak cari kumpulan yang mengutamakan duniawi juga matlamat akhir kita di akhirat? Mempersiapkan diri untuk bahagia di akhirat adalah tujuan hidup kita tetapi mengimarahkan amalan di dunia ini adalah tanggungjawab setiap insan yang lahir di muka bumi ini.

Saya duduk di barisan bawah bertudung hitam memangku Amni, dan Guast Speaker Amin Idris



TERIMA KASIH KEPADA SEMUA AJK MAHUPUN YANG TERLIBAT SECARA TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN JOM HEBAT YANG BERPRESTIJ INI!



IHSAN GOOGLE Thanks kak Fazillah!

Setelah anda baca entry saya ini, tidal terlintas di fikiran kah yang hidup hanya sekali tetapi jika kita meluangkan waktu untuk kerja-kerja yang bermanfaat di samping mengeratkan lagi persaudaraan sesama ahli keluarga dan insan lain, WAJIB DIINGAT juga menjaga hubungan dengan Allah, hidup kita sangat BERMAKNA?



Jika anda memerlukan bimbingan dan panduan, marilah sertai saya, akan saya curahkan ilmu Allah yang luas ini bersama-sama kita berkongsi idea tidak kira umur dan pangkat, kerana matlamat akhir kita adalah untuk kesenangan dunia dan akhirat. Berminat tahu lebih lanjut mengenai aktiviti saya, boleh rujuk di link saya ini, Bestnya menjadi WAHM :)

Yang baik, datang dari Allah, Yang Buruk datang dari saya, Dunia di tangan Akhirat Jualah di hati :)


Tidak lupa hadiah bermakna dalam hidup :

dan juga ini;



Terima sayang-sayang Mama, buat suami dan anak-anak yang bagi hadiah yang paling best MEMANG MENEPATI CITARASA WANITA USIA 31 TAHUN YANG INGIN BERCANTIK-CANTIK tetapi hati ni masih malu nak pakai, kita tunggu occasion yang best baru mama pakai, oh, inilah leader acuan iReach, Kita ada PILIHAN dengan hidup kita, kita mampu pakai Ferrari, tetapi pilihan kita adalah MyVi kerana kita tahu apa MATLAMAT yang lebih penting dengan penjanaan hasil usaha bisnes kita :)


Semoga sharing dari hati yang saya lahirkan ini akan memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita di sana untuk berjaya di dalam hidup masing-masing. Nak saya kongsikan tips? Senang untuk menghubungi saya di


Whatsapp 016-3353567

SMS 013-3536718



Maaf Zahir Batin,


Ainul Malik

A Great Master Coordinator to be (dengan izin Allah jua)

Tuesday, April 15, 2014

Masalah dan Cara Melegakan Sakit Perut Wanita Semasa Period Pain

Semasa datang haid, biasanya wanita akan rasa sakit perut yang amat sangat bagai ditarik-tarik. Pernahkah anda mengalami period pain sebegini?

Ya, sebagai wanita normal, saya selalu mengalami period pain yang diikuti dengan sakit-sakit badan, lenguh-lenguh badan dan kaki, sakit kepala dan keletihan. Masalah period pain ini adalah normal bagi kebanyakan wanita, namun ada segelintir yang terpaksa mengambil rawatan pakar kerana masalah period pain yang dihadapinya agak serius.

Bagaimana Cara Untuk Mengatasi Period Pain?


Ada bermacam-macam petua boleh dilakukan untuk mengatasi period pain ini, diantaranya :

  1. Minum air panas berhalia
  2. Tuamkan perut dengan botol panas
  3. Mandi dengan air suam suam panas
  4. Berehat sepanjang kesakitan dengan tidur
Walaupun cara yang cepat dan pantas boleh diambil dengan pengambilan panad*ol Menstru*al, namun begitu, saya selalu mengambil alternatif yang lebih selamat dengan pengambilan Ostematriks semasa sakit perut period pain ini.



Cara Yang Selamat dan Berkesan Mengurangkan Sakit Period Pain



Mengapa selamat? Kerana saya tidak mendedahkan sel badan saya dengan ubat tahan sakit yang sintetik pada ketika kita boleh mengelakkannya kerana ada pilihan supplement semulajadi yang lebih selamat, iaitu Ostematrix.

Ostematrix ini mengandungi bagan-bahan mineral semulajadi yang lebih senang diserap di dalam badan dan boleh bertindak dengan cepat di dalam badan saya! 

Ostematriks ini mengandungi Kalsium yang membantu dalam proses peregangan dan penguncupan otot-otot uterus saya. Semasa period, otot-otot saya akan meregang, jadi, apabila kita menambahkan bekalan Kalsium ke dalam badan, mineral kalsium ini akan diserap ke dalam darah untuk membantu proses pengenduran otot-otot uterus kita tadi.

Maknanya, proses pengecutan otot uetrus tadi lah yang menyebabkan wanita akan rasa sakit perut semasa period pain. Jadi, dengan membantu menyelesaikan masalah pengecutan otot ini, rasa sakit period pain akan dapat dikurangkan!


Cara Makan Ostematriks Yang Berkesan Untuk Sakit Period Pain



Caranya, saya akan makan empat (4) biji ostematriks terus semasa mengalami kesakitan period pain. 

Ia akan membekalkan 1000 mg kalsium ke dalam badan, dan dengan pantas, ia akan bertindak pantas mengendurkan otot uterus kita tadi dan rasa sakit perlahan-lahan akan beransur hilang :)

Saya telah mencubanya sendiri! Sambil itu, minumlah cukup air untuk membantu penyerapan kalsium ini di dalam badan, kerana ia akan membantu anda untuk tenang selepas itu :)

Ostematriks Bukan Sekadar Kalsium


Pada saya, harga sebotol Ostematriks ini sangat berbaloi dengan khasiatnya. Di dalam sebotol kalsium ini, ada 120 biji kalsium asli yang lengkap dengan Magnesium, Phosphorus, Vitamin D untuk penyerapan Kalsium dengan berkesan di dalam badan. Kalau anda makan Kalsium semata-mata, mesti akibat yang anda bakal tanggung adalah sakit batu karang!


Berjimat dengan Ostematriks!



Beruntunglah kita mendapat semua manfaat lengkap mineral yang ada di dalam botol ostemtriks ini kerana mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Harganya sangat berbaloi-baloi, hanya RM61 saja, bermakna 1 tablet kalsium dan mineral-mineral penting yang lain tadi hanyalah 51 sen sahaja! 

Murah bukan? Dengan bayaran RM2 (4 biji oste tadi) anda dapat alternatif untuk melegakan sakit period pain di samping membuatkan anda tidur dengan lena sepanjang malam, dan yang paling menggembirakan, nilan RM2 ini membantu anda untuk lawas keesokan harinya!

Saya sangat sukakan ostematriks ini kerana ia bukanlah Kalsium yang biasa-biasa. Jika anda ingin merasai kesan positif ini sama macam saya, boleh call atau hubungi salah satu medium di bawah untuk mendapatkan sebotol Ostematriks anda sendiri! Saya Sangat Suka! Ostematriks membantu saya untuk tersenyum manis riang gembira semasa datang haid ;)


HUBUNGI :


Facebook : Ainul Malik
SMS : 013-3536718
Wasap : 013-3536718
http://www.facebook.com/sihat.ceria.bahagia
COD Taman Cheras Jaya, Taman Puncak Saujana Kajang

Tuesday, April 8, 2014

Cara Mengatasi Sembelit Mudah Lawas Setiap Hari

Alangkah seksa jika mengalami sembelit yang kerap setiap hari! 

Kita terpaksa menghabiskan masa yang lama meneran di dalam bilik air tetapi hasilnya tidak memuaskan.

Apakah itu sembelit?
Sembelit ialah masalah yang dialami oleh individu yang buang air besar kurang daripada 3 kali seminggu, yang diikuti oleh meneran (straining), sakit sewaktu buang air,  dan buang air dengan sukar. Biasanya najis adalah keras dan berketul ketul dan kering. Individu yang menghidapi masalah sembelit harus peka dengan penemuan darah atau lendir dalam najis kerana kewujudan darah atau lendiran mukus boleh membawa petanda masalah yang lebih serius seperti polyps (ketumbuhan pre kanser) atau penyakit radang usus besar.
Rujukan : http://www.blog.kesihatanonline.com/2012/05/masalah-sembelit-constipation.html



Apakah cara untuk mengatasi sembelit agar mudah lawas buang air besar setiap hari?

Makanan mengatasi sembelit/ makanan pelawas


1) Betik

Ihsan Google http://ctshahizashaari.blogspot.com/2012/05/kegemarankubetik.html

Betik mengandungi fiber yang membantu melawaskan usus. Amalan memakan betik setiap hari membantu kita membuang setiap hari, lagipun sedap kan betik ni? So, no more sembelit :)


2) Pisang

Ihsan Google http://smileofindonesia.blogspot.com/2013/06/pisang-banana.html

Pisang memang bagus sebagai pelawas untuk mengelakkan sembelit. Selain fiber, pisang mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, Vit B1, B2, B6 c, niasin dan folat.


3) Oat

Ihsan Google http://www.realfoods.co.uk/product/734/real-foods-organic-oat-groats-whole-bulk-wholesale

Oat sangat kaya dengan fiber, jadi inilah sebab mengapa oat berperanan sebagai pelawas, mengelakkan sembelit.
Diet yang mengandungi banyak serat makanan mengurangkan risiko penyakit dengan memperbanyakkan najis, mengurangkan masa transit makanan melalui saluran gastrousus, mengurangkan tahap kolesterol darah dan membantu mengawal tahap kandungan gula dalam darah.
Serat oat didapati merendahkan kolesterol darah apabila dimakan sebagai sebahagian diet rendah lemak. Adalah dianggarkan bahawa penurunan setiap satu peratus kolesterol darah dapat mengurangkan dua peratus risiko penyakit jantung koronori.

Artikel Penuh: 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0605&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_06.htm

4) Air

Amalan minum air ksong bagus untuk kesihatan
Air membantu proses penghadaman dalam badan, dan membantu proses pelawasan dalam badan, sebab itulah air berperanan untuk mengelakkan sembelit. Minulah air ksoong dengan banyak setiap hari, seelok-eloknya bersukat untuk setiap 20kg berat badan anda, minumlah 1 liter air. Jadi, kalau 60 kg? Minumlah 3 liter air berperingkat-peringkat setiap hari :)


Supplement Semulajadi mengatasi Sembelit


Supplement Shaklee untuk sembelit

1) Herblax


Herblax berperanan mengaktifkan usus supaya proses pelawasan dan pembuangan najis besar dapat berlaku dengan mudah. Jadi, Herblax berperanan membantu mengatasi sembelit dengan mudah!

Apa yang best bila consume Herblax?

a) Anda akan mudah lawas dengan khasiat senna leaves
b) Detoks badan, kerana mengandungi alfalfa dan blue malva flower
c) Najis menjadi lembut dan pergerakannya dimudahkan di dalam usus dengan khasiat dari herba Barkthon Bark
d) Jika anda terlebih makan dan juga mengambil alkohol, fennel seed atau jintan manis di dalamnya membantu mengeluarkan toksin terkumpuldan masalah kembung perut juga dapat diatasi
e) Badan yang mengandungi lebihan air dapat diatasi dengan khasiat akar culver atau Culver's root ini, ia juga sesuai untuk pesakit asma.
f) Yang paling best, sudah tentu anda akan rasa perut akan mengempis dan kurang buncit! Boleh dicuba pada orang belum mencuba herblax ini :)

Namun, Herblax tak boleh diambil setiap hari! Dapatkan aturan makan yang berkesan dari saya ya untuk hasil yang optima mengatasi sembelit.


2) Ostematrix

Kandungan magnesium di dalam Ostematrix membantu melawaskan kerana ia bersifat laksatif. Magnesium membantu juga untuk melembutkan najis

Ada satu kajian yang telah dijalankan di Jepun, terhadap wanita muda Jepun yang mengambil kurang fiber dalam diet seharian. Jadi, hasil ujikaji mendapati, jika mereka kurang mengambil air, dan juga magnesium, mereka akan mengalami sembelit ini. Bacalah kajian ini, best!

Tajuk :

Association between dietary fiber, water and magnesium intake and functional constipation among young Japanese women.


http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17151587



Jadi, sudah terbongkar rahsia mengapa Ostematrix sangat penting untuk masalah sembelit, bukan?

Selain dari Ostematrix dan Herblax, boleh mengamalkan Alfalfa setia hari kerana Alfalfa mengandungi fiber yang tinggi! Tapi, awas! Jika anda mengambil fiber dalam kuantiti yang banyak, minumlah air sebanyak yang mengkin, jika tidak, kesannya boleh jadi berlawanan. 

Jangan datang mengadu pada saya, kenapa sembelit saya semakin teruk?Solusinya : Minumlah air dengan banyak walau apa cara dan alasan anda sekalipun :)

Yang penting, makanlah makanan yang tinggi fiber, banyakkan minum air kosong dan lakukan senaman yang teratur setiap hari untuk membantu mengatasi sembelit ini.

Air boleh diminum bersukat, iaitu dengan mengambil 3 liter setiap hari. Bagaimanan dengan makanan? Cubalah alternatif pengambilan Herblax, dan Ostematrix sebagai pilihan Utama, juga Alfalfa Complex sebagai penambah fiber dalam diet seharian anda :)

Semoga anda bebas dari sembelit selepas ini. Selamat mencuba!



Dapatkan konsultasi dari ;




iR Ainul Malik
ID 854281
SMS 013-3536718
WA 016-3353567
COD Kajang, Taman Cheras Jaya, Cheras Batu 9

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...