Friday, April 25, 2014

Petua Murah dan Mudah Melegakan Selsema Anak dengan Minyak Bawang Putih

Bila anak kita terkena selsema, kita sebagai ibu amatlah risau kan. Melihatkan hingus turun meleleh-leleh, kadang-kadang sampai boleh dimakan oleh anak kita tu, akibat terlewat lap hingusnya :)


alololooo..sedap ye dik?


Kesian, kan?

Baru-baru ini saya mendapat petua dari rakan saya, Mas, mengenai minyak bawang putih. Mujarab katanya!

Wah, memang lah saya suka dengar petua yang murah, mudah dan senang dicuba ini, sebab bawang putih kan stok yang selalu ada di rumah. Kalau takcuba memang tak tahu betul atau tak.

Jadi, saya pun cuba malam tu.

Cara-caranya menyediakan Minyak Bawang Putih:


  1. Bakar bawang putih bersama kulitnya (janganlah sampai hangus pula hihi)
  2. Lenyekkan bawang putih tadi bersama-sama dengan minyak zaitun atau minyak kelapa dara atau apa-apa je stok minyak yang ada di rumah
  3. Sapukan minyak tadi ke dada, perut, dan belakang badan anak anda.
  4. Sapukan juga di tapak kaki dan pakaikan stokin kaki sepanjang malam.
  5. Tidurkan anak anda, jangan lupa doa supaya disembuhkan selsema nya itu :)

melegakan selsema kanakkanak, bayi, antibiotik semulajadi
Minyak bawang putih saya


Alhamdulillah, bila anak saya bangun pagi, kering selsema nya itu!!

Syukur jugak saya masih breastfeed kan Amni. Jadi, sebelum tidur, saya jugak ambil Garlic Complex 1 biji, kadang-kadang sehingga 2 biji dan juga makan 2 biji Vitamin C sustained release sebelum tidur.

Amni juga saya berikan Nutriferon dan juga omega untuk menguatkan imuniti badannya.

Saya memang sukakan bawang putih sebab :

  • Bawang putih membantu mengurangkan selsema
  • Bertindak sebagai antibiotik semulajadi
  • Bawang putih juga adalah antikulat
  • Membuang angin badan (alang-alang boleh disapukan pada badan anak-anak untuk dibuang angin) wah..best gituuu
Sebab itulah saya memang setuju dengan entry Garlic Complex Teman Terbaik Ibu yang Menyusukan Bayi! Siapa setuju angkat tangan!


Syukur, alhamdulillah, bila tengok anak-anak gembira, kita akan super gembira!


Selfie dua beranak :D


Jom-jom cuba buat minyak bawang putih ni, sangat murah, cepat dan berkesan!
Nak beli Shaklee dari saya dengan panduan makan dan konsultasi yang penuh dari saya pun boleh jugaaa :D


Ikhlas dari Mama yang Gembira,

AinulMalik
SMS 013-3536718
WA 016-3353567

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...