Wednesday, May 7, 2014

Gempar : Makan Supplement Shaklee Sebabkan Pendarahan Bleeding yang Banyak Sewaktu Bersalin !!

Makan supplement Shaklee boleh sebabkan bleeding atau pendarahan semasa bersalin, takutnya!



Ohhhh..sungguh menakutkan, agak-agaknya apalah yang dimakan tu ye? Sebenarnya saya sangat terkejut apabila yang mengeluarkan kenyataan ini adalah seorang yang profesi*nal yang sentiasa berinteraksi dengan pesakit.

Dia tanya, adakah pesakitnya mengambil ESP
Ya, Jawab pesakit itu.

 "Lalu, dinasihatinya berhentilah minum ESP dan seangkatan dengannya sebab nanti akan alami pendarahan semasa bersalin".

ESP??

OK2..bertenang semua, mari kita kosongkan minda dan kita tengok dari semua sudut. Beberapa pertanyaan timbul di kepala saya;

  1. Supplement apa yang dia makan?
  2. Berapa dos yang dia makan ni?
  3. Panduan, cara makan bagaimana?
  4. Dari siapakah supplement itu dibeli?
Saya pulak excited nak kaji, satu persatu..

Oh..mungkin most probably, dia ambil set mengandung, kan?

Ok, kita tengok set mengandung ada :

  1. B kompleks dan asid folik
  2. Vitamin C
  3. Vitalea
  4. Ostematrix
  5. ESP
  6. Omega Guard
Jom-jom tengok, apakah yang terkandung dalam setiap supplement ini :

  • Vitalea Iron Formula
    •  mengandungi 12 jenis vitamin, 7 galian dan juga zat besi. Zat besi sgt penting untuk pembentukan sel darah merah dan juga untuk menstabilkan darah di dalam badan. Ibu-ibu mengandung dan menyusukan sgt digalakkan mengambil vitalea ini kerana zat besi juga penting untuk penghasilan susu dan juga tumbesaran anak. Nutrient yg terkandung dalam vitalea juga bagus untuk kekuatan tulang dan immunisasi. lain2 keistimewaan kandungan vitalea adalah :
    • Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat
    • Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
    • Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
    • Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
    • Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
    • Magnesium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
    • Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
    • Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*

  • B kompleks
    • Shaklee B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, paru-paru dan organ-organ penting yang lain.
    • Asid folik merupakan Vitaman B yang penting bagi membantu menghasilkan dan mengekalkan sel-sel baru. Oleh kerana asid folik tambahan tidak mudah diserap oleh tubuh, Shaklee telah berjaya menghasilkan Sistem Penyerapan Bioaktif yang unik yang membolehkan Vitaman B lebih mudah diserap oleh sistem tubuh.

  • Vitamin C
    • Kandungan Vitamin C yg tinggi
    • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yg menyamai kandungan satu setengah biji buah oren utk setiap jam selama 5jam (berkekalan dalam tubuh; kerana Vitamin C tidak berupaya disimpan lama oleh tubuh)
    • mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, untuk kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, tulang, otot dan salur darah
    • membantu dalam proses penyerapan zink dalam badan

  • Ostematrix
    • Kalsium sangat penting dalam pembentukan sel darah merah
    • Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan Vitamin D membantu dalam pengekalan darah yang normal
    • Juga membantu dalam pengecutan otot dan saraf yang normal
    • membantu dalam penyumbangan nutrient kepada fetus dan supaya kalsium dari si ibu tidak kekurangan akibat diserap oleh anak tadi, mengurangkan osteoperosis.


    • ESP didatangkan dalam bentuk serbuk yang diperbuat dari 100% non-GMO soy protein yang lengkap dengan 9 asid amino perlu. Kesan POSITIF dari pengambilan minuman ini ialah:
    • ia membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan
    • Selain itu, ia juga membantu kita melapik perut dan menahan lapar kerana ia membantu menghasilkan mukosa sebagai pelindung kesan asid hidroklorik di dalam perut. Oleh itu, dapat mengelakkan rasa kepedihan perut dan juga pedih ulu hati!
    • gabungan kalsium dan protein di dalam ESP menjadi makanan tambahan untuk penghasilan utama susu ibu yang dapat diberikan kepada si manja kesayangan anda.

  • Omega-Guard
    • Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.
    • EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
    • OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Semua memang bagus untuk mengandung dan persediaan untuk berpantang, dalam pantang dan untuk menyusukan anak.

Takkanlah sebab minum ESP boleh sebabkan pendarahan semasa bersalin?

Sebab ESP ni protein. Proteinlah yang menyediakan sel-sel yang sihat dan baik. Jika anda ada luka, ESP membantu mempercepatkan proses pembaikan luka ni, macam saya yang mengalami pembedahan untuk kedua-dua anak saya.

Saya rasa, saya tahu sebabnya.

Sebab, jika sesiapa yang mengandung yang membeli supplement dari, akan saya nasihatkan supaya berhenti mengambil OMEGA GUARD semasa minggu ke 30-32 untuk persediaan bersalin samasa minggu ke 38-40 nanti.

Lebihan omega itu boleh lah diberikan kepada suami tersayang untuk turunkan kolesterol, normalkan paras insulin atau menstabilkan tekanan. 
Boleh juga diberikan kepada anak-anak tersayang untuk bekalan DHA.

Kenapa kena berhenti makan omega ya?

Omega-3 may increase the risk of bleeding, particularly at doses of three grams daily or greater. Caution is advised in people with bleeding disorders or those taking drugs that may increase the risk of bleeding. Dosing adjustments may be necessary.
Sumber :  http://www.mayoclinic.org/drugs-supplements/omega-3-fatty-acids-fish-oil-alpha-linolenic-acid/safety/hrb-20059372

Penerangan :

Omega ini berupaya mencairkan darah. Ia adalah supplement yang terbaik untuk mereka yang ada masalah dengan pengaliran darah di dalam badan, terutamanya yang mengidap sakit jantung.

Setengah orang mempunyai darah yang sedikit cair, jadi, sebab itulah dinasihatkan berhenti makan pada waktu sebelum bersalin supaya tidak berlaku kejadian pendarahan yang tidak disengajakan.

Itulah pentingnya mendapatkan konsultasi yang betul, iaitu servis yang sangat diperlukan apabila anda membeli supplement ini.
Jangan suka hati makan tanpa mengikut aturan atau makan secara berlebihan.

Juga anda boleh merujuk dari link ini mengenai omega : http://umm.edu/health/medical/altmed/supplement/omega3-fatty-acids#ixzz2nuXC20AU

Saya harap, dengan penerangan saya ini semua nya telah clear. 

Banyak kesimpulan yang boleh kita dapat dari kisah di atas :

1) Jika terdengar apa-apa berita, siasatlah dahulu sebelum membawa cerita fitnah ke merata-rata tempat 
2) Beli supplement dari pengedar yang dipercayai 
3) Pilih supplement yang selamat dan berkualiti 
4) Makan supplement dengan ilmu  
5) Berpada-padalah untuk semua perkara, berwasatiah, kerana barang yang bagus, jika digunakan atau dimakan berlebihan akan membawa mudarat juga kepada kita, jadi, jangan hardcore ok!
Jika anda pilih supplement untuk dibeli, kajilah dulu supaya tidak bias dan pastikan sumber yang dikaji datangnya dari kajian saintifik bukannya cakap-cakap kosong belaka.

Tidak kiralah, jika anda makan Omega dari brand mana sekalipun, jika langkah berjaga-jaga tidak diambil, kesannya adalah sama, tambahan kesan sintetiknya pula menambahkan lagi kesulitan pada sel-sel badan anda.

Kerana saya yakin, jika anda makan vitamin Shaklee yang semulajadi ini dengan panduan dan cara yang betul, akan akan berpuas hati dan gembira dengan kesan-kesan positifnya seperti saya!

Saya day share pengalaman mengandung, berpantang dan menyusukan dengan supplement ini di :


Anda akan gembira dan disayangi anak dengan pengambilan nutrisi yang mencukupi untuk keperluan diri sendiri dan keperluan ahli keluarga yang lain :)


Semoga anda semua berpuas hati dan berlapang dada dengan artikel saya yang tak seberapa ini. Ilmu Allah jua yang saya kongsi, jom kita gali sedalam-dalamnya.

Yang baik dari Allah, yang buruk datang dari saya sendiri,
Wallahualam.



Salam sayang dari pengedar yang prihatin,

Ainul Malik
SMS 013-3536718
Wasap 016-3353567
Facebook page : Sihat.Ceria.Bahagia

21 comments:

  1. tula, jadi SID kena selalu tanamkan sifat hidup untuk beri nilai kepada orang lain. Nway, nice entry :)

    ReplyDelete
  2. wah, info yg menarik.. yg penting sbg SID kena rajin cari info pasal produk yang dijual.

    ReplyDelete
  3. Thanks for the info the info ye....

    ReplyDelete
  4. ok, baru saya faham why gynae saya tanya ada makan apa2 supplement tak n one of the name of supplement is shaklee.. masa tu terkejut tp x terluah dari mulut.. thanks for the info..

    ReplyDelete
  5. Info yg bagus tuk tambahkan kefahaman saya...good job!!

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. banyaknya nak telan.. yg sekali minum dpt semua ada tak.. leceh la pla.. nak telan satu..

    ReplyDelete
  8. salam... sebenarnya setiap kali kalu ada ibu hamil mula strt buat 'booking', salah satu soalan wajib yg akan Dr tanya adalah 'ada ambik apa2 supplement x?'.. kalau ada dia akan tanya apa jenis supplmnt, brapa kuantiti yg diambil sehari... ini kerana setiap individu lain keperluan yg diperlukan dlm badan... thats why Dr akan suruh stop dahulu ambik apa2 supplmnt... kalu ibu itu sendri nk ambik juga supplmt, dia perlu berbincang dahulu dengan Dr tersebut jika ianya bersesuaian dgn keadaan ibu dan kandungannya... :D

    ReplyDelete
  9. Fyi, halia juga boleh mencairkan darah.
    Kebaikan darah cair, memudahkan n mempercepatkan kerja2 organ dalaman.sbb tu halia bagus dgunakan untuk memecah lemak, buang toksin, buang angin, mempercepatkan tindakbalas ubat.
    Tetapi keburukannya ialah bila berlaku luka besar spt kemalangan atau bersalin. Maklumla, bila darah cair, mcm air jugalah lajunya ia mengalir keluar. Sekadar bkongsi. Tq krn sudi membaca.

    ReplyDelete
  10. Setiap produk yg laris dipasaran akan di FITNAH.... Semuanya kerana tak percaya kpd rezeki yg ALLAH sediakan kpd setiap org....berpada-padalah dalam mempercayai FITNAH-kerana tujuannya jelas untuk menjatuhkan sesuatu produk, roda kehidupan itu sentiasa berputar.

    ReplyDelete
  11. Nak selamat, makanlah makanan sunnah. Takde effect yg x baik pd tubuh. Duk cari supplement barat, cina dll buat apa. Nabi dah pesan suh ibu2 mengandung amalkan makan kurma, delima, kismis, minyak zaitun dll. Cuba google kebaikan setiap satu makanan sunnah nie. Complete dgn segala vitamin, nutrisi malah asid folik. Lagi nak makan pil2 vitamin dan asid folik. Bukan sy suruh. Nabi yg suruh makan. Siapa org paling cerdik di dunia kalau bukan yahudi bani israel. Ibu2 mengandung makan apa selain sunnah food. Kita dimomokkan dgn soya bagus. Dimomokkan dgn hati yg Nabi terang2 dh larang makan. Hakikatnya kurma, madu, delima, tiin, zaitun, zafaran, habbatussauda, air zam-zam, adalah makanan terbaik. Buah-buahan syurga. Habbatussauda penawar segala penyakit kecuali mati. Madu ada dicetitakan dlm surah an-nahl, Allah bersumpah dlm surah at-tiin.
    Tepuk dada, tanyalah hati. Usah diagung produk barat. Sendiri x mengkaji menyusahkan diri kelak. Kaji dulu kebaikan makanan sunnah sebelum duk ambil supplement barat. Wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul...mknan sunnah dalah y terbaik. ..

      Delete
    2. Betul tq igtkan. Jadikan Rasulullah doktor kita umat islam.

      Delete
  12. Betul tu Sis fatimah, saya semasa mgandung mgamalkan habbatussauda...pagi ptg saya ambik...Alhamdulillah x ada darah tinggi, kencing manis dan alahan lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...nk tnya habbatussauda tu nk mkn mcm mana. .dh beli biji2 tu...tpi x tau cara2 nk gunanye

      Delete
  13. Salam... pengalaman saya sendiri mengalami pendarahan selepas bersalin. saya juga mengamalkan supplement dr shaklee utk set bersalin kecuali esp.

    ReplyDelete
  14. Salam... pengalaman saya sendiri mengalami pendarahan selepas bersalin. saya juga mengamalkan supplement dr shaklee utk set bersalin kecuali esp.

    ReplyDelete
  15. 1st pregnency saya dlu pun saya amek set mengandung dari shaklee ni... Tapi takde omega la... alhamdulillah anak saya lahir sihat, kulit putih n bersih n saya pun xde apa2 masalah sewaktu melahirkan.. x de pulak saya alami bleeding yang banyak... yang peliknye Doc/nurse ada gak tnye saya ada amek supplement apa2 tak waktu tu... saya ckp ada n mereka pun galakkan kita amek supplement tambahan... just make sure ada advice la... Unfortunately waktu 2nd pregnency saya x amek apa2 supplement langsung pun... just makan ubat yang klinik bekalkan sahaja... tapi masa melahirkan saya mengalami pendarahan yang banyak... so my point here tak salah kita amek apa2 supplement tambahan pun but pastikan kita dapatkan advice yang betul. Itu sahaja... for me shaklee mmg supplement terbaik coz waktu saya kena demam denggi tahun 2005 dlu abah saya bagi saya makan vitamin C from shaklee n lepas 2 hari saya dah boleh keluar wad... abah saya pun merupakan pengguna setia shaklee sejak dulu lagi... (^_^)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...