Thursday, September 25, 2014

Rangsang Minda Anak Kita dengan Aktiviti Yang Murah Lagi Menarik Bersama Keluarga

Assalamualaikum semua :)

Pernah tak anda semua terfikir, yang walaupun anak-anak kita bersama-sama dengan kita setiap hari, mereka masih memerlukan aktiviti yang interesting dan menyeronokkan selagi mereka buka mata setiap hari?


Kajian oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menyifatkan bermain sebagai satu proses pendidikan tidak formal dan kemahiran kanak-kanak itu akan diperluaskan kepada pendidikan formal kepada penguasaan kemahiran membaca, mengira dan menulis (3M).
(Artikel dari Utusan Malaysia) 

Satu lagi artikel yang menarik dipetik di sini :

"Toddlers in a program to encourage interaction and play with their mothers grew into adults with higher IQs, greater educational attainment and a less involvement in violence than kids who did not receive the early stimulation, a new study finds."
(Dr Susan Walker, the lead researcher and a professor at the University of the West Indies in Jamaica, in an article of Parent-Child Interaction May Increase IQ). 


Saya mulanya memang terdetik di kepala, sambil-sambil masak di dapur, memang saya benarkan anak-anak saya explore semua barang dan perkakas masak saya seperti senduk betul, sudu, periuk, besen, dan lain-lain untuk mereka main masak-masak.

Jika kita berada di ruang tamu, bermainlah sepuas hati sambil ibu-ibu melipat kain ataupun menyapu sampah, mahupun membuat kerja-kerja lain.


Tetapi, rupa-rupanya kadang kala, anak-anak ini cepat bosan dan memerlukan sesuatu yang kreatif untuk mereka nikmati bersama-sama dengan kedua ibu bapa. Saya ulang, bukan untuk mereka main sendiri, namun, aktiviti ini dinikmati bersama-sama adik beradik dan juga kedua ibu bapa mereka.


Ya, saya memang WAHM (work at home mother), tetapi saya belum mencuba untuk menyediakan doh plastisin saya sendiri, atau apa-apa aktiviti yang melibatkan kreativiti yang dilakukan sendiri, kecuali bermain buih sabun bersama anak anak di bilik mandi!




1) Aktiviti main sabun bersama anak


Ya, satu-satunya aktiviti saya dan anak-anak bersama adalah dengan buat buiih sabun dengan jari anda semasa anak mandi, dan lekat-lekatlah pada badan mereka! Memang sangat menyeronokkan!




sabun mandi, shower foam, aktiviti kanak-kanak, murah dan jimat
Aktiviti buat buih sabun di bilik mandi bersama anak

Macammana nak buat?


Basahkan tangan anda kedua-duanya, letak sedikit saja shower foam di tapak tangan dan gosok tapak tangan untuk menghasilkan lebih buih, tangan kanan bentukkan bulatan seperti di gambar dan tangan kiri menadah buih belon yang terhasil. Tiuplah gelembung buih yang terbentuk di tangan kanan untuk membentuk buih belon.


Atau, boleh terus tiupkan ke badan anak-anak anda, mereka pasti suka dan berebut-rebut nak buih belon itu!





2) Membuat layang-layang


Terima kasih pada Upin Ipin yang menyebabkan Aiman, anak sulung saya selalu meminta abahnya untuk membuat layang-layang kertas untuknya bermain-main. Alhamdulillah, ayahnya melayan untuk membuat layang-layang jika ada masa lapang.

Dan yang terbaru, abahnya dah belikan layang-layang yang betul untuk Aimana bermain di hadapan rumah! (Jimat masa nak buat layang-layang baru sebab selalu terkoyak). Memang kelakar anak-anak kita, kan :)

Mana gambar Aiman main layang-layang, macam ada tangkap, ada tu di dalam koleksi gambar yang banyak ni nanti saya upload :)


3) Membuat origami


Daripada layang-layang, yang paling senang adalah buat roket. Bila dah ajar Aiman buat roket, tiba-tiba mulalah Aiman pandai request untuk buat origami yang lain :)

Syukur, ada suami yang ada idea untuk membeli buku origami untuk dijadikan aktiviti malam-malam kami semasa menonton televisyen. (Rasanya masa malam-malam begini, si ibu sibuk membasuh pinggan dan bersihkan dapur, ayahnya yang layan anak buat origami, hihi. Pengakuan ikhlas ni).


Buku yang suami belikan di Big Bad Wolf
Melipat macam origami juga :)


4) Buat Kraf Comel Bersama Anak

Kraf ni inspirasi dari kawan-kawan yang suka ke DIY. Murah aje beli felt yang dah siap potong dengan pelbagai warna, tinggal nak lekatkan sahaja, anak-anak mesti sangat suka sebab hasilnya sangat comel!

Amni bersama burungnya


Palstik felt kraf yang boleh dibeli di DIY

5) Main Plastisin


Dah jadi trend semasa sekarang, ibu-ibu buatkan doh plastisin, tapi saya beli saja plastisin tu di DIY juga :) Insyaallah, saya akan cuba buat doh plastisin sendiri untuk yang lebih selamat dimain oleh anak-anak :)

Plastisin sekarang ada acuan
Plastisin sekarang, ada macam-macam acuan, tapi yang lebih kreatif merangsang minda anak, biarkan mereka buat bentuk mereka sendiri. klau bagi Aiman bab tu memang macam-macam ideanya, raksaksa lah, panda lah, sampai ke sirih junjung pun buat? ish, ini pengaruh Abang Saleh Upin Ipinlah ni! Besar betul pengaruh Upin Ipin dalam hidup anak saya hihi.


6) Main Air di rumah


Main air yang paling best, boleh di dalam rumah dan di luar rumah, dengan pengawasan kita. Sebab itulah ia menjadi aktiviti menarik bersama keluarga. Tak boleh dibiarkan mereka mandi sendiri saja, kerana keselamatan harus dijaga, walaupun main di dalam bilik air saja :)

Mandi kolam, kalau boleh semua mainan mereka nak masukkan dalam ni!


7) Main Lego


Main lego atau blok memang sangat merangsang minda anak-anak kerana mereka memang bebas membina apa sahaja yang mereka suka. Jika anda selalu membiarkan mereka bermain sendiri, kali ini, kita bersama-sama mereka membina apa-apa sahaja binaan mengikut imaginasi mereka. Ini akan membuatkan masa anda dan anak akan lebih berharga!

Bermain lego bersama anak memang membantu meransang minda mereka


8) Aktiviti Bercerita


Ya ampun! Mengapa aktiviti ini saya letakkan sebagai aktiviti pilihan yang terakhir? Kerana ia langsung tidak menggunakan modal, hanya menggunakan imaginasi anda sendiri untuk bercerita kisah sang kancil dengan buaya atau apa-apa kisah yang boleh diceritakan kepada anak-anak :) Bagi saya, aktiviti bercerita memerlukan kesabaran yang sangat tinggi, kerana belum habis bercerita, anak kita itu akan bertanya 1001 soalan tanpa henti sebelum cerita habis diceritakan!

Memang inilah aktiviti yang paling merangsang minda kerana ia melibatkan imaginasi anak-anak dan bersabarlah ibu bapa untuk melayani imaginasi anak-anak anda itu. Jangan sampai anda yang menangis ya! Lawak-lawak saja sekali sekali, hihi :)

Banyak bercerita bersama anak merangsang minda mereka dengan lebih cepat lagi


Ada bermacam-macam lagi aktiviti yang merangsang minda anak-anak anda untuk lebih cerdas dan meningkatkan IQ mereka. Contohnya menonton National Geographic, berjogging, berbasikal dan sebagainya bersama-sama. Dan jangan lupakan aktiviti solat berjemaah bersama mereka, ia secara tak langsung mewujudkan rasa kasih yang tidak terhingga terhadap Pencipta :D

Yang penting di sini, luangkan waktu bersama mereka walaupun aktiviti apa yang mereka lakukan, semoga perhubungan mesra dan rasa kasih sayang antara kita dengan anak kita bertambah dan ia akan membuatkan mereka berasa disayangi dan sangat mempengaruhi sikap dan cara pemikiran mereka semasa membesar sekarang ini :)

Semoga artikel ini membantu memberikan idea kepada anda untuk meluangkan lebih masa berharga bersama si manja tersayang!

Anak gembira, Ibu Bapa Bahagia!


Semoga semuanya sihat, ceria dan bahagia!




Salam ikhlas,

Ainul Malik.

6 comments:

  1. Nak beli kain felt la lepas ni =)

    http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/10/tips-menyimpan-susu-perahan-ebm-yang-paling-ideal.html

    ReplyDelete
  2. Butik Gebu-gebu memang rajin, akak beli yang dah siap potong hihi :D

    ReplyDelete
  3. Tq...idea simple. Tapi kdg2 tlupe kan sb sebok dgn tugas sendiri.tqvm

    ReplyDelete
  4. Banyak benda boleh buat sebenarnya kan. Cuma kena kreatif sahaja.

    Ruqayya wrote.... Cara tye dye. Jom buat sendiri!!

    ReplyDelete
  5. Menarik juga idea2 ni..boleh la apply bersama anak2 di musim cuti sekolah nanti

    ReplyDelete
  6. Menarik juga idea2 ni..boleh la apply bersama anak2 di musim cuti sekolah nanti

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...