Tuesday, October 14, 2014

Cara Memilih Supplement Kalsium Yang Bagus Untuk Sakit Sendi dan Tulang

Anda mengalami sakit tulang?

Disebabkan apa?

Tulang ada patah disebabkan kemalangan?
Tulang anda rapuh?
Tulang anda berbunyi?



Entry ini adalah khas untuk mereka yang-benar serius ingin mencari bentuk kalsium manakah yang terbaik buat badan mereka untuk memulihkan semula kerosakan tulang ataupun memelihara tulang agar sentiasa sihat dan kuat.


Golongan yang seperti anda memerlukan 1000 mg kalsium setiap hari.


Bagaimana cara kita mendapatkan kalsium itu? 

Kita mendapatkan kalsium dari minum susu, makan roti, makan yogurt, makan brokoli, makan cheese, makan telur, kekacang, salmon, bayam, taufu (eh jangan ingat taufu takde kalsium, taufu ada 130 mg kalsium tau) dan biji bunga matahari.


Makanan yang mengandungi kalsium


Artikel berkaitan : Klik di sini > Bagaimana kalsium berfungsi di dalam badan boleh didapati dari artikel ini.


Namun begitu, bagi anda yang mengalami masalah pada tulang dan sendi, dengan memakan makanan-makanan di atas, anda tidak tahu jumlah yang sebenar berapa biji telur yang patut anda ambil untuk mencukupkan keperluan kalsium anda sebanyak 1000mg-2000mg setiap hari untuk menggantikan sel-sel tulang yang rosak itu.




Apa Yang Perlu Diketahui Untuk Memilih Supplement Kalsium Terbaik :


1) Kita tidak boleh membeli supplement kalsium yang mengandungi 100% kalsium semata-mata.
Kenapa? Kerana nutrisi kalsium sentiasa bergantung dan berpadu dengan nutrisi lain untuk keberkesanannya.

Badan kita akan memecahkan kombinasi nutrisi-nutrisi ini untuk penyerapan kalsium yang berkesan.


2) Carilah kalsium yang mengandungi Vitamin D untuk penyerapan maksima di dalam badan.
Kenapa? Kerana  Vitamin D membantu nutrisi kalsium tadi diserap sepenuhnya oleh sel badan kita.


Sebelum saya menerangkan dengan lebih lanjut kalsium yang manakah yang terbaik, saya akan terangkan apakah itu elemental calcium.

Elemental calcium : The amount of actual calcium in the tablet.
Diberi contoh, 1 tablet mengandungi 1000mg kalsium karbonat, bermaksud ia mengandungi 40% elemental calcium, iaitu di dalamnya ada 400 mg kalsium dan selebihnya campuran nutrisi yang lain untuk penyerapannya.
Pengiraan ini sememangnya menjadi senarai tetap untuk semua pengeluar supplement.


Kalsium Mana Yang Perlu dipilih untuk memberi Kesan yang Bagus?


Mineral kalsium

Ada macam-macam jenis nama kalsium, kalsium apakah yang patut kita pilih?

1) Kalsium Karbonat @ Calcium carbonate :

  1. Kalsium ini adalah yang termurah. 
  2. Kandungan kalsium nya yang tertinggi, 40 peratus. (Peratus element kalsium)
  3. Ia diserap dengan perlahan di dalam perut, jadi kita tidak akan dapat manfaat sepenuhnya dari kalsium ini.

2) Kalsium Phosphate (tribasic calcium phosphate) @ Calcium phosphate :

  1. Kalsium Phosphate mengandungi 39 % elemental kalsium. 
  2. Kita tidak memerlukan jumlah yang banyak untuk lebihan phosphorus, oleh itu, bentuk kalsium ini boleh diletakkan dalam senarai bawah pilihan.


3) Kalsium sitrat @ Calcium Citrate :

  1. Bentuk ini dicadangkan oleh kebanyakan doktor dan pakar nutrisi. 
  2. Calsium Citrate mengandungi hanya 21% elemental kalsium, namun ianya sangat mahal.
  3. Ia digemari kerana penyerapannya sangat cepat jika asid di dalam perut anda tidak terlalu banyak, bermakna anda boleh menyerap kesemua kalsium ini sebelum ia melalui usus anda. 
  4. Ia adalah pilihan yang bagus untuk pengguna dewasa, kerana orang dewasa menghasilkan sikit asid di dalam perut berpandukan usia mereka. 
  5. Ia juga bagus untuk mereka yang mengambil ubat penghalang asid seperti ranitidine (Axid, Pepcid, Tagamet, dan Zantac) atau omeprazole (Prisolec). 
  6. Jika anda ada batu karang, calsium citrate adalah pilihan yang terbaik buat anda.


4) Kalsium laktat @ Calcium Lactate :

  1. Bentuk ini terdapat dalam kesemua jenis kalsium.
  2. Ia mengandungi 13%, dan agak mahal juga.
  3. Ia juga senang diserap di dalam badan walaupun asid di dalam perut anda rendah. 
  4. Ia juga pilihan terbaik untuk orang dewasa.


5) Kalsium glukonat @ Calcium gluconate :

  1. Mengandungi 9% dari elemental kalsium.
  2. Bukan pilihan yang baik.

6) Kalsium glubionat @ Calcium glubionate :
  1. Bentuk ini hadir dalam bentuk cecair sirap yang mengandungi 6.5% elemental kalsium.
  2. Kita perlu mengambil 12 sudu kecil sehari untuk mendapatkan 1000 mg kalsium.
  3. Harganya juga mahal.
  4. Ia bagus untuk kanak-kanak dab mereka yang susah untuk menelan pil atau tablet.

Semoga perkongsian ini membantu anda memilih kalsium yang terbaik buat anda yang memerlukan nutrisi ini untuk pemeliharaan dan pemulihan sel-sel tulang anda!






Selamat mengkaji label dahulu sebelum membeli kalsium yang badan anda perlukan :)



SID mesra ilmu,


AinulMalik

016-3353567



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...