Friday, October 3, 2014

Cara Menggunakan Mesin Basuh dan Pengering di Dobi Layan Diri

Jumaat adakah sinonim dengan hari mendobi? Ya, saya pasti ramai yang memilih Jumaat tidak kira terutama kepada ibu-ibu yang bekerja dari rumah seperti saya :) 

Ada banyak faktor anda terpaksa menggunakan khidmat mesin basuh dan pengering pakaian di dobi layan diri :
  1. Musim hujan
  2. Minggu itu anda banyak menghabiskan masa bekerja di luar rumah 
  3. Beraktiviti di luar yang melibatkan tempoh yang panjang (bercuti, balik kampung dan sebagainya)
Alhamdulillah, ada banyak kemudahan yang menyenangkan ibu-ibu yang bekerja di rumah (WAHM : Work at home mother) untuk membantu mereka untuk menyiapkan tugasan urusan rumahtangga sama seperti surirumah sepenuh masa. Eh, surirumah sepenuh masa pun boleh menggunakan perkhidmatan dobi layan diri ini, apatah lagi wanita yang bekerja, kerana mereka lagi tiada masa untuk menguruskan rumah tangga dengan sempurna! Ya, saya faham perasaan itu kerana saya telah berada dalam kedua-dua situasi ini.

Jom, mari saya ajar mereka yang baru pertama kali nak menggunakan perkhidmatan dobi layan diri ini, langkah demi langkah, mana nak tahu kan, kadangkala rasa nervous dan gemuruh juga kan, baru pertama kali katanya!


AquaNano Dobi Layan Diri Pilihan Saya


Mengapa saya pilih AquaNano?

AquaNano yang saya Google, bukan di kawasan rumah saya
Sebenarnya jawapan saya ini agak pilih kasih (bias) kerana sebab utama adalah AquaNano adalah kedai dobi layan diri yang paling dekat dengan rumah saya, faktor kawasan sangat memainkan peranan penting kerana ia melibatkan masa :)

Kemudian, faktor kedua adalah, kedai AquaNano menyediakan sabun dan pelembut fabrik yang wangi. Best kan?


Ha, tengok la notis dia tu, dah bagitahu awal yang mereka sediakan kemudahan sabun pencuci dan pelembut pakaian :)

Yang ketiga, yang membuatkan saya suka datang ke sini adalah, di sini ada penjaga yang bersedia bantu kita bila kita ada masalah. yelah kan, perempuan, mesti takut dan ragu-ragu eh, nanti kalau mesin ni tak jalan apa jadi? Ha, dah ada penjaga, kita pun boleh buat kerja dengan senang hati :)

Penjaga kedai yang ada di sana
Baiklah, bila dah tahu kenapa saya pilih kedai ini, jom kita tengok macam mana cara kita nak guna mesin basuh dan pengering di sini.

Cara dan langkah penggunaan masin basuh dan pengering di dobi layan diri :

Pertama : Baca arahan



Kedua : Tukar duit dari wang kertas kepada wang syiling



Mesin penukar wang
Disebabkan mesin di sini hanya menerima duit syiling 50sen, jadi, anda boleh tukar wang kertas RM1, RM5 dan RM10 kepada duit 50 sen.


Ketiga : Kena tahu yang tak semstinya datang sini kena mula dengan basuhan saja, nak guna pengering saja pun boleh tau :)

Ok, kalau kita mula dengan basuhan :

Pilih suhu mana yang sesuai ya, kalau cucian ringan tu cucian sejuk, sederhana, cucian suam dan cucian berat, cucian panas.


Setkan dulu mode apa nak pakai, suhu yang mana, masukkan duit, masukkan baju, dan kunci pintu mesin tu jangan lupa ya!


Bagaiman nak tentukan suhu? Tengok rajah kedua dan pusingkan tombol yang ada, dari sejuk, suam dan panas. Dan macam mana nak mula, tekan tombol tu untuk "start".

Ok, selamat menunggu untuk 28 minit (lebih kurang). Harga : RM7 untuk cucian sejuk, RM8 untuk cucian suam dan RM9 untuk cucian panas.

Sekarang, Jom kita tengok bagaimana nak gunakan mesin pengering.

Untuk yang nak berjimat macam saya, apa kata basuh siap-siap di rumah dan bawa ke dobi layan diri baju yang ingin dikeringkan saja. Jimat banyak kan? Dan, pastikan anda masukkan baju sebanyak yang boleh ke dalam satu mesin, asalkan jangan terlalu penuh, nanti tiada ruang untuk dia berpusing semasa mengering baju.



Dua bakul baju yang telah dibasuh di rumah ini adalah tanda aras saya untuk muatan untuk dimasukkan ke dalam mesin pengering 16 kg ini. Ada ruang lagi, tapi kita biarkan ruang itu untuk mendapat pengeringan sempurna.


Cara menggunakan mesin pengering baju :


Pertama : Baca arahan dulu bagaimana nak menggunakan mesin pengering ini.



 Kedua : masukkan baju dan masukkan duit syiling ke dalam mesin ini.
Add caption


Boleh pilih 3 cara/mode sama ada anda ingin suhu sejuk, suam atau panas. Suhu panas pilihan saya, dan saya ikut jumlah wang tertera di mesin iaitu RM4 untuk cucian ini dan hasilnya sangat kering, walaupun kita boleh menambahkan masa pengeringan dengan menambahkan julah wang syiling kita.

Dan, akhirnya, kering sepenuhnya dan boleh terus dilipat untuk dimasukkan ke dalam almari baju :)

Kemudahan dan Perkhidmatan lain yang ditawarkan di AquaNano:


bakul baju
Laundry Drop Box, kreatif kan?


Inilah rupanya perkhidmatan laundry yang disediakan

Masukkan saja ke dalam kotak itu dan anda akan mendapat apa yang anda inginkan :)

Saya belum pernah menggunakan perkhidmatan ini, tetapi bagi sesiapa yang berminat boleh mencuba perkhidmatan yang disediakan oleh Dobi Layan Diri ini ya :)

Semoga perkongsian saya membantu anda yang mempunyai masalah untuk membasuh baju. Ya, entry ini ditulis ketika hujan yang sangat lebat! Semoga ia memberikan anda gambaran bagaimana untuk menggunakan kemudahan mesin di Dobi Layan Diri ini!

Kebersihan diri bermula dari rumah dan ini juga antara sebab untuk mengekalkan kebersihan persekiran dan diri agar sentiasa kita dapat menikmati kesihatan yang optima!

Semoga anda sentiasa sihat, ceria dan bahagia!


3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...