Wednesday, November 26, 2014

Panduan Mudah Bersalin. Turun tanda, Adakah Anda Sudah Bersedia Masuk Labour Room?

Assalamualaikum wbh.

Anda sudah bersedia fizikal dan mental untuk melahirkan anak? 
Kenangan manis para ibu yang takkan dilupa dalam hidup

Pengalaman masuk ke labour room untuk setiap anak berbeza-beza, jadi persiapkan diri anda untuk segala kemungkinan yang ada di dalam dewan bersalin nanti. Semoga anda yang membaca perkongsian ini dapat mengamalkan panduan mudah bersalin selepas turunnya tanda untuk bersalin.

Menurut satu artikel dari Pa&Ma yang bertajuk "Panduan Mudah Bersalin", para ibu yang ingin mudah melahirkan anak perlulah mengambil elektrolit dan mineral yang mencukupi untuk memudahkan proses itu nanti.





Pengambilan Elektrolit dan Mineral Memudahkan Proses Bersalin


Contoh elektrolit yang perlu diambil dari diet harian untuk memudahkan bersalin adalah Magnesium, Potassium, sulfur, klorida dan sodium untuk mengelakkan sakit berpanjangan berlaku semasa proses kelahiran anak berlaku.

Sumber elektrolit dan mineral ini boleh didapati daripada daging segar, produk tenusu penuh lemak, sayur sayuran dan buah-buahan, kekacang ataupun jus buah-buahan segar.

Jika sakit berpanjangan berlaku, ia menjadikan badan kita lemah dan tidak bertenaga untuk meneran anak keluar dari perut kita.

Oleh itu, kita haruslah mengelakkan dari merasa sakit yang berpanjangan berlaku semasa proses kelahiran.

Selain itu, untuk menyimpan tenaga menghadapi kontraksi, para ibu haruslah mengambil elektrolit dalam bentuk serbuk mineral yang dicampur ke dalam air atau jus buah-buahan sejurus selepas tanda awal bersalin berlaku.


Cara Mudah dan Cepat Mengambil Elektrolit dan Mineral Sebelum Proses Bersalin.


Jika anda sudah ada tanda-tanda untuk melahirkan anak, sama ada turun darah mahupun turun air, sudah tentulah anda sudah tidak punya masa yang panjang untuk berfikir bagaimana untuk mendapatkan elektrolit dan mineral dengan kadar yang segera dan boleh disimpan lama dalam badan.

Di sini saya sertakan tips mudah mengambil elektrolit dan mineral dengan cepat sebelum masuk ke labour room :

1) Sediakan kurma

Sentiasa menyediakan kurma ke mana-mana sahaja anda berada. Sama ada hendak keluar atau di mana-mana, sentiasa sediakan sebekas kurma untuk dibawa sebagai bekalan elektrolit untuk berjuang melahirkan anak nanti.

Kurma mengandungi kandungan gula yang tinggi dan ini menbantu ibu mengembalikan tenaga dan sebagai sumber tenaga untuk meneran kemuadiannya.

Kurma juga mengandungi elektrolit seperti magnesium, phosphur, kalium dan sodim. Dengan ini, kurma boleh membantu memberi tenaga berpanjangan dan mengurangkan kesakitan itu.

2) Minum Performance Drink

Performance Drink ni sangat mudah dibancuh! (Klik untuk info lanjut)

Bila anda dah mula rasa sakit-sakit kontraksi, mudah sangat-sangat! Cepat-cepat pergi mandi bersihkan badan, makan kenyang-kenyang untuk persediaan masuk labour room dan bancuhlah Performance Drink yang jadi keperluan utama buat anda untuk melahirkan anak.

Kalau rasa tak sempat nak minum masa tu, boleh bancuh dalam tupperware minum dan minumlah dalam kereta sepanjang perjalanan ke hosiptal. memang sangat mudah, kan?


Bancuhan Performance Drink saya dari entry yang lepas


Kenapa Performance Drink satu keperluan untuk ibu yang nak masuk labour room untuk bersalin?



Jawapannya mudah saja! 

1. Membantu mempermudahkan proses bersalin :
Sebab ia mengandungi kesemua elektrolit yang diperlukan badan untuk membantu mempermudahkan proses bersalin.

2. Elakkan sakit berpanjangan :
Perlu diingat, kesemua elektrolit yang diperlukan ini bukan saja memudahkan kita untuk bersalin, tetapi ia juga membantu mengelakkan sakit berpanjangan semasa proses bersalin itu.

3. Membekalkan tenaga berkekalan :
Performance drink juga mengandungi karbohidrat unik yang memberikan tenaga berpanjangan kepada para ibu-ibu yang berjam-jam berada di dalam bilik bersalin. Secara realitinya, sudah tentulah ibu yang menanti untuk bersalin sudah tidak lalu dan berselera untuk makan, jadi, tenaga dari performance drink inilah yang membantu kita bertenaga untuk meneran dengan sepenuh tenaga melahirkan anak.

4. Kekalkan hidrasi badan :
Dengan pengambilan performance drink ini, ia membantu kita kurang rasa dahaga dalam masa yang lama, yang penting sekali mengekalkan penghidratan air dalam badan kita.

Kesemua 4 point ini adalah sangat penting buat ibu-ibu yang sedang bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka di dalam bilik bersalin.

Bagi yang pernah melahirkan anak sebelum ini, sudah tentu kenangan berharga ini sentiasa terpahat di memori sepanjang hayat. Mungkin kali ini, anda dapat merasakan perubahan dari segi tenaga yang dikerah sepenuh kudrat untuk melalui proses bersalin ini sekali lagi dengan pengambilan Performance Drink.

Semoga dengan perkongsian ini, anda dapat merakamkan senyuman yang panjang sejurus selepas melahirkan anak anda! 



Bagi anda yang ingin menikmati perubahan tenaga ini, boleh lah menghubungi saya di 016-3353567 untuk mendapatkan bekalan Performance Drink yang sentiasa ada di dalam simpanan saya.

Akhir kata, saya kongsikan di sini doa memudahkan bersalin buat amalan para ibu yang ingin melahirkan anak. Saya doakan semoga dilancarkan dan dipermudahkan urusan anda ya! Semoga berjaya!


Perkongsian dari Google Image




Ikhlas dari,

Ainul Malik
016-3353567


Tuesday, November 25, 2014

7 Sebab Babywearing Satu Gadget Berbaloi Buat Ibu Terutama Di Tempat SeSesak Karnival Upin Ipin Putrajaya

Assalamualaikum semua :)

Di pagi Selasa ni saya nak share dengan para ibu sekalian, mengapa Babywearing ni adalah satu keperluan masa kini yang patut ada bagi para ibu yang mempunyai anak seusia 3 bulan hingga 3 tahun.

Keperluan nya nampak sangat masa bila? Ha, ia sangat berguna dalam apa jua situasi, terutama bila perlu bersesak dengan ribuan manusia di Karnival besar macam Karnival Upin Ipin di Putrajaya tempoh hari!

Sesiapa yang dah pergi karnival tu mesti tahu penangan Upin Ipin macammana terhadap anak-anak kita dan betapa boleh patah pinggang mak bapak yang angkut anak-anak ke Karnival seperti ini. Nak cerita panjang-panjang tak sampai hati, tapi memang saya beristighfar panjang lah dengan apa yang berlaku di karnival itu, terutama pada pengurusan karnival itu.

Ok, ok cite skit na, sikit aje :) Saya datang dengan membawa hajat keluarga abang saya yang datang JAUH DARI JOHOR BAHRU sebab anak-anaknya yang seramai 5 orang itu begitu beria nak datang ke karnival itu.

Kami sampai di Putrajaya jam 10 lebih pagi, kenderaan memang dah bersesak. Banyak jalan ditutup. Disebabkan kami tak boleh bergerak, kami penumpang2 kereta ni turun dulu di bahagian yang terlalu ramai orang berhenti untuk berjalan naik bukit ke PICC tu. Ramai sebenarnya yang panjat bukit berumput tu untuk cepat sampai, tapi sebab kami bawak 7 orang kanak-kanak, kami ikut bukit jalan bertar itu yang berpeluh jugak untuk berjalan. Nasib baiklah pagi tu saya dah telan coq health sebab taknak semput bawak anak, kalau tak, saya memang flat, serius sebab saya ni kurang stamina orangnya.

Kakak ipar yang mendukung bayinya yang berusia sebulan dah mula rasa nak pengsan sebab sambil mengawal anak-anak yang lain dan suaminya memang mengawal seorang anak lelaki berusia 2 tahun yang sangat aktif dan takmahu didukung terlalu lama.
Rehat sebentar selepas berjalan naik bukit dari bawah, kena naik lagi ke pintu utama atas tu



Saya? Syukur ada babywearing SSC yang memang saya guna sejak Amni berusia 3 bulan lagi, sekarang Amni dah 2 tahun, syukur. Sebelah tangan pegang tangan Aiman yang berusia 4 tahun, memang sangat senang nak mengawal anak bila anak melekat di badan kita sendiri.

Bila dah berjaya sampai ke kawasan PICC, kami lihat ramai yang menuju ke pintu besar PICC, jadi terpaksa meneruskan pendakian kali kedua ke pintu besar pula. Dahla kena menapak jauh, ada "arrow " menunjukkan Upin Ipin tetapi pintu besarnya berkunci! Masyaallah, dengan perasaan kecewa, kami semua memusing satu kawasan PICC yang luas ini mencarci pintu untuk masuk ke dalam tetapi sangat mengecewakan.
Pintu dikunci?


Betapa penatnya kakak ipar saya ini, dapat dilihat dari raut wajahnya, kesian sangat-sangat! Aduhai, kenapa tiada penerangan atau sesiapa yang menjaga di setiap pintu yang menunjukkan arah atau bagi sedikit tips untuk kami masuk ke dalam?

Terima panggilan dari suami yang berjaya parking kereta di bahagian basement, mengatakan boleh masuk ikut lif di bahagian parking kereta. Masyaallah, menapak pulak turun ke bawah sejauh 200 meter bersama-sama gerombolan orang ramai yang tidak tahu punca bagaimana untuk masuk ke dalam. 

Cabaran bertambah bila orang bersesak-sesak di hadapan lif untuk masuk ke dalam menuju ke Dewan utama. Kami lebih rela memilih tangga. Alhamdulillah, memang bagi pihak saya yang berbabywearing ini sangat mudah ke mana-mana, sebab bagaikan kita membawa badan sendiri sahaja. Naik tangga, rupa-rupanya tangga tersebut ditutup, turun pula dan pergi ke tangga Zone lain. Memang mencabar dan akhirnya dapatlah kami masuk ke PICC itu.


Mudah mengepit Amni dengan kasih sayang untuk mengharung kesesakan orang


Eh, kata nak cerita sedikit saja, tapi bila dah bercerita panjang pula. Ok-ok, cerita di dalam dewan takperlulah diceritakan ya, secara kesimpulannya kami hanya dapat melihat pertunjukan Ultraman Ribut dari skrin besar dan langsung tidak dapat masuk ke dalam pameran Upin Ipin setelah bersesak terlalu lama kerana anak-anak saudara dah tak tahan dan menangis-nangis. Itu adalah sifat semulajadi budak kan? Syukur Aiman dah ketiduran dalam stroller ringan kami.


Semuanya tak dapat masuk ke pertunjukan utama

Kami lihat dari skrin besar, syukur ada skrin

Nak dipendekkan cerita, babywearing sangat banyak jasanya pada saya. Terutama di tempat yang bersesak begini, yang dirempuh atau sebagainya, kita hanya perlu melindungi anak dengan memeluknya erat-erat dengan kasih sayang, insyaallah anak akan rasa sangat selamat dengan kita. 

Tidak kiralah, kita terpaksa berlari-lari anak atau sebagainya, anak memang akan senang kita bawa bersama kerana kita dah menggendungnya dengan cara yang paling selamat.


Satu lagi gadget yang perlu ada, stroller jenis ringan, syukur sebab Abangnya tidur dalm ni dalam keadaan tak selesa tu (Gambar kes tumpang masa tengok skrin)

Babywearing saya berjenis SSC (Soft Structured Carrier), memang sangat selesa di bawa ke mana-mana, di saat genting, selesa atau di mana-mana situasi. Setakat ni berat Amni yang 12 kg masih boleh lagi saya bawa sambil berlari. Berat Aiman yang 17kg masih boleh dibawa oleh suami dengan rasa yang selesa kerana carrier jenis ini dapat menampung beban yang sama rata di bahagian bahu dan tidak menyakitkan anggota badan kita yang lain.


Banyak cerita saya tentang carrier ini, sebab sebelum SSC, saya pernah pakai carrier yang lain semasa Aiman masih kecil. banyak juga pengalaman pengembaraan dengan carrier ini bersama Amni. Insyaallah akan saya kongsikan dalam entry lain.

Jom, dah cerita panjang-panjang, meh nak kongsi apa kebaikan babywearing ni yang saya nampak :)


7 Kebaikan babywearing (tak kisah jenis apa) yang patut para ibu ketahui :




  1. Ibu tak lenguh tangan mendukung anak
  2. Ibu nak galas beg pun senang tak mengganggu dukungan anak
  3. Ibu mudah sangat nak kawal anak
  4. Memang nak ke mana-mana dengan cepat tu sangat mudah sebab kita yang bawak anak yang melekat di badan tanpa halangan
  5. Anak sentiasa rasa selamat dengan kita
  6. Anak senang nak tidur dalam apa jua situasi sesak ke, jem ke, merempuh ke, dia takkan sedar
  7. Rasa sayang anak tu lebih sangat sebab sentiasa dakap anak ke mana-mana

Best tak? Best tak?



Kesimpulananya, para ibu sekalian, jika anda sayang kan anak anda, pastikan babywearing ini masuk dalam gadget utama keperluan anak anda, supaya di mana-mana situasi, anda dapat mengawal perasaan tenang anda dengan baik. Anda tidak akan rasa sakit badan dan senang membawa anak ke mana-mana yang anda mahu dalam masa yang singkat.

Ini memang Serius!

Siapa setuju sila angkat tangan sambil tersenyum lebar mengucapkan Alhamdulillah, aku dah buat keputusan yang bijak dengan membeli carrier budak yang menyenangkan hati kami sekeluarga :D


Ikhlas dari saya ibu prihatin,

Ainul Malik
016-3353567

Monday, November 24, 2014

Tips Cantik Atasi Kulit Berkedut Bagi Wanita 40an yang Sibuk Berkerja

Assalamualaikum wbh

Hari ni kan saya terpanggil nak tulis satu entry yang saya dedikasikan khas untuk seorang sahabat saya, Dr Nor Amlizan; supaya dapat dijadikan perkongsian yang bernilai buat wanita-wanita 40an yang memerlukan tips untuk mengatasi kulit berkedut, khususnya yang berjawatan profesional yang banyak bersemuka dengan ramai golongan di luar sana.

Bukan apa, saya sangat terpesona dengan keremajaan kulit Dr Nor ni yang saya panggil dengan gelaran manja Kak Am. Mana taknya, di hari konvokesyen PhD Kak Am tempoh hari, ada sekeping gambarnya yang mempamerkan keserian wajahnya, yang membuatkan hati begitu tertarik untuk tengok lama-lama.


Cantik berseri-seri kan wajah tanpa sapuan bedak ni?


Yang paling jeles, beliau berkata kepada saya, pagi tu beliau tak sempat berbedak pun! Oh, kenapa saya jeles? Sebab beliau yang dah menginjak ke umur 40an mempunyai kulit yang sangat cantik dan licin berseri seperti sekarang!

Kalau nak tahu, Kak Am ni, sangat sibuk orangnya. Memegang jawatan yang tinggi dalam bidang akademik dan pentadbiran, menjadikan beliau seorang yang sangat-sangat tak cukup masa. Selalu terbang ke mana-mana untuk membuat Audit di mana-mana pusat pengajian tinggi di Malaysia.

Sebelum ini, beliau bersengkang mata menyiapkan projek PhD nya, sibuk di dalam makmal, sibuk menulis untuk tesis, sibuk menulis untuk journal.
Boleh bayangkan tak yang wanita berkerjaya yang sibuk seperti Kak Am itu boleh tahan mata untuk membuat rutin-rutin kecantikan seperti bermask atau sebagainya?

Oh, tidak sama sekali!
Beliau ni adalah seorang pengamal vitamin semulajadi yang tegar! Kerana latarbelakang beliau adalah dalam bidang Farmaseutikal, beliau pasti ada sebab musabab yang sangat-sangat kukuh mengapa beliau sangat percaya dan mengamalkan pengambilan vitamin semulajadi untuk kesihatan dan kecantikan kulitnya itu.

Pemilik blog http://sihatsemulajadi.com ini mempunyai banyak rahsia untuk pengambilan vitamin semulajadi untuk kecantikan kulitnya!


Masalah kulit Wanita 40an


Kak Am yang saya kenal dahulu, mempunyai masalah jeragat di kulit muka. Biasalah kan, jeragat ini muncul apabila usia menjamah ke umur 30an seperti saya, selalu terdedah kepada sinaran UV, terdedah kepada pencemaran sekitar dan disebabkan juga dari aspek pemakanan.

Jeragat adalah dilemma biasa wanita bermula dari 30an dan semakin serius di kalangan wanita 40an. Lama-kelamaan, masalah jeragat di muka, terbawa-bawa pula kepada masalah kulit berkedut dan mulai kendur. Muka tidak lagi tegang, dan banyak kedutan halus mula muncul di wajah kita ini.

Pada saya, untuk wanita berkerjaya, yang paling utama adalah masa. Betul?

Mahu tidak mahu, realiti kulit berkedut dan muncul garisan halus memang merisaukan hati, terutama bagi wanita berkerjaya yang memerlukan banyak masa berdepan dengan masyarakat sekeliling seperti saya.

Tips terbaik yang dapat saya kongsikan dari keterujaan saya melihat wajah berseri Kak Am ini adalah;


  1. Wanita 40an memang memerlukan supplement untuk kulit supaya dapat mengekalkan keremajaan wajah kita
  2. Pengambilan supplement adalah berkesan bagi wanita 40an kerana ia terus bertindak dari dalam badan
  3. Pengambilan supplement adalah sangat sesuai bagi wanita berkerjaya yang sibuk kerana kita hanya perlu telan sahaja vitamin yang ada untuk kekal cantik dan sihat. ia sangat mudah dan menjimatkan masa!

Apa yang paling penting untuk keserian dan kecantikan wajah wanita 40an ini adalah pengambilan ANTIOKSIDA YANG TINGGI!


6 Sebab Mengapa Vivix adalah Pilihan Antioksida Kuat yang Membantu wanita Berkerjaya Mengekalkan kecantikan kulit :


Pilihan yang paling sesuai untuk anda yang mengalami dilemma ini adalah VIVIX. Istimewanya Vivix adalah kerana :

  1. Ia adalah antioksida yang kuat yang dapat kekalkan keserian dan kecantikan wajah seperti kulit muda remaja
  2. Vivix adalah cecair yang perlu diminum, sangat menjimatkan masa!
  3. Pilihan wanita yang tidak suka menelan pil atau tablet
  4. Vivix membantu mencantikkan kulit dari dalam
  5. Minum Vivix dapat menyingkirkan radikal bebas yang datang dari pencemaran, asap kenderaan, asap rokok, makanan segera kita seharian dan makanan lain yang mengandungi perisa, pewarna dan pengawet
  6. Vivix membantu menjana tenaga badan supaya kekal cergas seperti stamina di usia remaja

Lihatlah saja gambar di bawah, dua beranak ini sangat gembira dengan kualiti kesihatan dan kecantikan mereka sekarang! Alhamdulillah!

Rahsia kedua beranak yang mengamalkan Vivix, memang muda remaja, boleh teka umur tak?


Kalau beginilah, bukan saja kawan-kawan sejawatan dan seopis yang terpukau dengan kecantikan kulit anda, tetapi suami di rumah pun turut sama berbangga kerana isteri pandai menjaga kejelitaan sama seperti mereka di alam percintaan 20-30 tahun yang lalu! Betul atau tidak?

Usah risau wahai wanita-wanita 40an, kerana garis kedutan halus di muka tu boleh ditegangkan semula! Asalkan hati sentiasa gembira, sentiasa berpositif dan paling UTAMA, rajin ambil antioksidan Vivix :)

Vivix membantu menyeimbangkan hormon badan, Vivix membantu menegangkan kulit anda dan menjadikan kulit flawless segar bermaya dan berseri, insyaallah. 

Jika anda ingin menggantikan kedutan dan garis halus muka dengan wajah berseri dan tegang seperti Kak Am, saya sedia membantu anda mendapatkan sebotol antioksida pilihan ramai ini dengan selamat dan mudah. Jangan malu, jangan segan, hubungilah saya ya di 0163353567, saya sedia memberikan konsultasi sepanjang anda mengamalkan supplement ini.

Tahniah kak Am, atas ijazah kedoktoran yang digenggam baru-baru ini. Tahniah juga kerana anda telah membuka mata saya bahawa kecantikan kulit di usia 40an adalah sangat penting untuk dijaga kerana kita wanita berkerjaya!

Saya sangat kagum, alhamdulillah!


Ikhlas dari saya,

Ainul Malik.
016-3353567

Friday, November 21, 2014

Sabun Pencuci Bagus Ini Buat Baju Tak Hapak dan Kepam di Musim Hujan

Assalamualaikum

Best betul hari ni, cuaca panas. Di hari Jumaat ni, saya kutip semua kain-kain pelikat suami dan telekung sembahyang, terus basuh guna sabun pencuci baju bagus kesukaan saya yang memang buat baju tak hapak dan kepam di musim hujan ataupun bila-bila masa saja.

Yelah, dilemma work at home mother (WAHM) berlainan dari surirumah, siapa setuju? Walaupun kami, WAHM sentiasa berada di rumah, tapi kami ada jadual kerja yang lain juga selain dari kerja rumahtangga.


Bau baju pun kacau mood nak membasuh kan? Apetah lagi menyidai baju yang hapak


Kadang-kadang, memang basuh baju setiap hari, namun waktu menyidai tu ada beberapa halangan seperti baju belum kering di kala musim hujan, tergendala untuk menyidai baju yang dah dibasuh. Ehhhh, saya percaya memang ramai yang menghadapi masalah yang sama macam saya, ye tak? Siapa setuju, sila senyum seluas-luasnya hihi.

Sebab tu, saya memang ada pencuci baju pilihan saya sendiri, iaitu GetClean laundry yang memang buat saya suka nak basuh baju setiap hari sebab baunya yang wangi asli itu. Susah tau nak explain wanginya macammana, sebab, wanginya tu bukan wangi yang dicampur pewangi, tapi wangi sabunnya ni sangat segar!


Get Clean combo yang saya suka!

Dan, yang paling best dengan sabun pencuci baju ni adalah, walaupun anda ada masalah untuk menyidai baju dalam masa berhari-hari, memang insyaallah wangiannya tetap ada dan tak berbau hapak dan kepam pun.

Jadi, dia memang menjadi penyelesai masalah kalau digunakan sewaktu musim hujan, memang best. tak kiralah, walaupun disidai di dalam rumah, berhari-hari tak kering-kering, baunya tetap tak hilang.

So, jangan jealous dengan saya lah sekarang ni ye, angkat kain di penyidai, kain tetap berbau segar dan wangi aslinya sama macam sebelum disidai :D kain telekung saya pun jadi putih berseri dan putih dah di bahagian dagu saya ni.


dah putih berseri telekung saya ni :)



Saya suka! Saya suka!

Kalau nak merasai kenikmatan seronoknya membasuh dan menyidai baju seperti saya sekarang, jom lah kita rasa perasaan yang sama bersama-sama! Benda baik tak boleh disorok-sorok kan. 

Yang best, anak saya Aiman dan Amni sekarang pantang ada lain yang bertimbunan sebelum dilipat, mesti nak melompat atas timbunan kain yang nak dilipat tu sambil puji-puji, "Mama, wangi la baju Aiman ni, nak pakai semua boleh tak?"

Hahahaha, jangan nak, jadi satu kerja pulak nak membasuh berganda-ganda lepas ni!


Impian ibu-ibu yang ada laman yang luas boleh sidai baju macam ni, best kan!


Baju bersih, kesihatan terjamin, anak-anak dan suami mesti sayang!

Pada yang taknak ketinggalan untuk mengekalkan kesegaran bauan baju yang tak hapak dan kepam di musim hujan ataupun bila-bila masa saja, boleh hubungi saya untuk dapatkan sabun pencuci baju bagus ni ya! Saya sedia membantu ibu-ibu di luar sana tersenyum gembira ketika melipat kain-kain baju anda bersama-sama dengan anak yang tersayang kerana baju-baju mereka berbau segar sentiasa!


Ikhlas dari saya;
Work at home mother yang puas hati angkat kain tadi,

Ainul Malik
016-3353567

Thursday, November 20, 2014

Cara Cepat Menghilangkan Sakit Mata Gatal, Merah dan Bengkak Supaya Cepat Masuk Kerja

Assalamualaikum wbh. Semoga anda semuanya sihat sejahtera. Saya baru sahaja sembuh dari sakit mata yang merah, gatal dan bengkak untuk hari yang ketiga.


Jangkitan bakteria akibat conjunctivitis

Sangat terkejut ok bila bangun pagi, rasa mata melekat bagai digam, dan rupanya terdapat banyak tahi mata yang melekat di sekeliling mata. Bangun tengok cermin, rupa-rupanya mata anda merah menyala dan nampak semakin mengecil akibat bengkak di keliling bahagian mata!


Inilah conjunctivitis, disebabkan oleh bermacam-macam punca, bakteria, atau virus atau alahan. Boleh baca di sini ya untuk penerangan lanjut http://en.wikipedia.org/wiki/Conjunctivitis



Oh, punca saya terkena sakit mata yang merah, gatal dan bengkak ini adalah kerana saya bermandi manda di kolam mandi sebuah resort di tempat peranginan di Malaysia. Sebab itu orang tua-tua pesan, masa bergembira, beringatlah berpada-pada ya! Setiap yang berlaku ada hikmahnya, saya tetap menghargai setiap saat kegembiraan di sana yang tak dapat dijual beli! Priceless, alhamdulillah!

Best sangat bercuti di sini :)


Nampaknya ini kali kedua saya terkena sakit mata, tapi, alhamdulillah, kali ini saya dapat atasi dengan lebih cepat berbanding yang dahulu. Nak tahu apa rahsia saya?


Kalau waktu dahulu, sakit mata saya sampai tak dapat melihat cahaya, jadi penyelesaiannya berspek mata hitamlah saya! wah, nampak bergaya, tapi sebenarnya mata saya tak dapat nak bukak dengan besar sebab tak tahan silau :)



Eh, ini bukan masa saya sakit mata :)


Kalau waktu dahulu, mata saya rasa sangat berat berpasir, memang perit yang amat, kali ini alhamdulillah saya belum sampai ke peringkat mata rasa kesat berpasir.


Kalau waktu pertama kali dulu, saya rasa nak pegang biji mata pun terasa bengkaknya, kali ini memang pegang masih terasa sakit dan bengkak, tetapi alhamdulillah pada hari ketiga dah surut semuanya :)


Rahsia cara cepat menghilangkan sakit mata yang gatal, merah dan bengkak adalah :


1. Pergi berjumpa doktor dengan segera!


Kawan-kawan, tolonglah jangan takut nak berjumpa doktor. Disebabkan saya dah kali kedua terkena sakit mata ni, saya terus bertindak berjumpa doktor mata dengan segera kali ini.


Saya dapat ubat titis Maxitrol dan ointment. Ubat titis itu dititiskan 4 kali sehari dan ointment, iaitu ubat sapu disapu di sekeliling mata sebelum tidur.


Kali ini saya tidak mendapat antibiotik seperti kali pertama terkena sakit mata dahulu.



Ubat sakit merah mata saya


2. Saya titiskan susu ibu saya kepada anak saya.


Ya, anak saya Aiman dan Amni terlebih dahulu terkena sakit mata ini dan saya memang berjangkit dari mereka berdua! Jadi, saya ambil kesemua supplement ini dan menyusukan Amni sepenuhnya dan juga titiskan air susu badan ke dalam mata anak-anak. Memang ternyata kedua-dua mereka sembuh dalam masa 2 hari saja, alhamdulillah.

Untuk diri sendiri? Saya belum cuba ini, oopsss :D


3. Menjaga kebersihan


Pastikan kesemua baju, tuala dan sarung bantal yang digunakan dibersihkan seberapa segera untuk mengelakkan jangkitan berleluasa.


Basuh tangan dengan kerap dan keringkan dengan sempurna. Lap tahi mata yang berlebihan dengan kertas tisu yang boleh dibuang terus ke dalam tong sampah bertutup.


4. Jangan lupa berdoa!


Maka, bila dah sakit ni mula lah menghargai masa-masa kita sihat, kan? Bersyukurlah sebab diberikan kesakitan ini, insyaallah kita akan sentiasa ingat pada Allah yang Menyembuhkan.




Doa sakit mata


Ya Allah , Tuhan (yang memelihara) manusia, yang menghilangkan kesusahan, sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada suatu penyembuhan kecuali kesembuhanMu, sembuh yang tidak diiringi sakit juga penderitaan kecuali kesembuhanNya.
Maka Kami singkapkan daripadamu tutup yang menutupi matamu, maka penglihatanmu pada hari ini amat tajam (Surah al-Qaf : 22).
Maka kelak kamu akan melihat dan mereka pun akan melihat (Surah al-Qalam : 5)
(Ruqyah Asas Perubatan Islam oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din)

5. Saya mengurangkan rasa gatal mata dengan Alfalfa Complex dan Garlic. Garlic ni bukan sebarangan bawang putih tau, sanggup ke gigit bawang putih mentah-mentah tu? Saya ambil tablet garlic complex Shaklee yang mudah ditelan tanpa perlu dikunyah dan tahan baunya yang wangi itu :)


Tahan dengan mengunyah bawang putih asli?


Ya, perlu diketahui mengapa anda sakit mata. Kerana jangkitan bakteria? Kerana mata luka? Saya sakit mata kerana jangkitan bakteria. Jadi, untuk mengurangkan kegatalan, memang saya ambil alfalfa untuk mengurangkan gatal yang sampai rasa nak garu-garu mata dan sekeliling mata dan juga garlic yang membantu meningkatkan ketahanan terhadap bakteria.

Kalau nutriferon masih ada stok, pasti akan dirembat cepat nutriferon itu!

5. Selain itu, rahsia saya adalah, saya turut mengambil phytocol untuk meningkatkan imuniti badan dan mengurangkan rasa ketidakselesaan akibat gatal alahan ini. Phytosterol di dalam Phytocol turut membantu tau dalam meningkatkan imuniti badan!

6. Saya mengurangkan bengkak mata dengan Omega Guard.

Ya, saya ambil omega guard untuk mengurangkan bengkak di sekeliling mata saya yang sepet ini. Omega guard juga membantu meningkatkan imuniti badan dan mengurangkan alahan tau :)


Jom cuba tips amalan saya jika malu keluar rumah dengan mata bengkak merah menyala.

Gambar di atas adalah 50% penyembuhan, insyaallah lepas ni mata terang berseri pula dengan Carotomax :)


Semoga perkongsian saya ini membantu anda semua di luar sana untuk mengikuti langkah menghilangkan sakit mata yang gatal, merah dan bengkak dengan cepat.



Jika ada pertanyaan, malu sebab mata membengkak dengan teruk, terpaksa menahan gatal mata dengan lama, jangan biarkan masalah ini berlarutan terlalu lama, hubungilah saya di 016-3353567 melalui whatsapp atau sms, kerana saya memang memahami perasaan anda!


Saya yang ikhlas membantu anda,

AinulMalik
016-3353567


Friday, November 14, 2014

Cara Merawat Tekanan dan Meroyan Dalam Pantang Selepas Bersalin

Assalamualaikum wbh

Apa khabar ibu-ibu berpantang semua? Anda semua dah makan pagi hari ni? Dah bertungku? Adakah anda masih merasa sangat tertekan hari ini?

Ibu berpantang dan meroyan adalah satu perkara yang sinonim, sebenarnya. Kenapa? Kerana, badan kita mengalami perubahan hormon yang sangat ketara waktu ini. Oleh sebab itu, kita harus menjaga emosi sebaik-baiknya.
Tekanan menyebabkan meroyan, kasihan bayi yang diabaikan



Tanda-tanda anda mengalami meroyan

Jika anda merasa perubahan seperti di bawah, anda mengalami simptom atau tanda meroyan, iaitu :

  1. sunyi
  2. gelisah
  3. tertekan
  4. suka nak marah
  5. kerap menangis tanpa sebab
  6. badan terlalu letih
  7. terperangkap
  8. rasa berputus asa dengan kehidupan



Apa yang menyebabkan saya meroyan?


Apa yang menyebabkan ibu-ibu hamil meroyan? Bertenang, dan fikir, apa yang menyebabkan saya meroyan? 

  1. Saya tidak cukup kuat jaga anak yang baru dilahirkan?
  2. Saya tak cukup duit untuk tampung semuanya?
  3. Suami saya lepas tangan?
  4. Anak-anak terdahulu terlalu buas sampai saya pening?
  5. Ibu-bapa campur tangan?
  6. Ibu bapa atau suami terlalu mengongkong?
  7. Saya ada masalah perhubungan dengan suami?
  8. Saya letih dan tak pandai uruskan semuanya setiap hari?
Fikir dengan bertenang, dan senaraikan, mengapa anda begitu tertekan sehingga jadi meroyan.


Kisah saya dan tekanan sewaktu berpantang


Saya juga pernah mengalami tekanan sewaktu berpantang.

Anak pertama saya ni, manja sangat-sangat. Jadi, bila dia ada adik baru, dan kami duduk di rumah ibu bapa saya, dia mula menunjukkan perangai, tiba-tiba memberontak dan jadi sangat nakal. Kebetulan, rumah ibu bapa saya jauh dari rumah saya, jadi, suami tidak dapat bersama-sama dengan kami setiap hari. Mungkin anak pertama saya itu rasa terasing, dia mula berperangai pelik.

Bagi saya, saya belum mahir menguruskan dua anak pada masa itu. Jadi, dengan perubahan sikap anak pertama, saya jadi sangat tension dan tertekan dan membuatkan saya selalu menangis dan berasa letih. Alhamdulillah, walaupun rasa sangat tertekan, tetapi semuanya masih dalam kawalan lagi. Jadi, saya sangat faham, bagaimana rasanya menjadi ibu yang mengalami tekanan semasa berpantang.

Cara Mengatasi Meroyan


Tekanan perasaan yang berlanjutan akan menyebabkan meroyan. Meroyan harus diatasi segera agar tidak berlanjutan. Jika anda rasa anda mengalami gangguan perasaan atau tidak senang hati semasa berpantang, jangan abaikan perasaan itu, terus bertindak untuk melepaskan tekanan tersebut agar tidak menjadi lebih serius.

Cara pertama : Luahkan pada orang yang anda percaya/terdekat (Terapi berbual)

Seperti saya, memang saya selalu mengadu pada suami, tentang perubahan sikap anak saya tu. dari tak pandai menjerit, selalu menjeroit-jerit tanpa sebab.

Jadi, bila kita luahkan perasaan kita kepada orang yang terdekat, sekurang-kurangnya akan terlepas satu beban dari diri kita.

Jadi, peranan orang yang rapat dengan kita adalah, mendengar, dan memberi nasihat atau menenagkan perasaan ibu yang berpantang ini.

Ingat, jangan simpan-simpan, ok?


Cara kedua : Banyakkan berehat

Jauhi diri anda dari melakukan aktiviti yang memenatkan. Cuba minta pertolongan dari orang-orang terdekat atau jangan berkira untuk mengambil upah menggajikan sesiapa yang boleh membantu anda untuk membuat kerja rumah sewaktu anda berpantang.

Ini sangat penting, kerana, jika kita penat dan tertekan, kita akan cepat naik darah dan tekanan ini boleh menyebabkan meroyan secara tiba-tiba.


Cara ketiga : Bergaul dengan ibu-ibu lain.

Walaupun kita sedang berpantang, tidak salah jika kita menjalin hubungan dengan ibu-ibu di luar sana, yang paling mudah adalah melalui online. Ini kerana, hanya para ibu yang memahami situasi yang kita alami kerana semuanya berperasaan yang sama.

Oleh itu, kita dapat bertukar-tukar cerita dan pendapat. sekurang-kurangnya, dapatlah diea untuk menangani masalah yang kita hadapi ini. Inilah pentingnya jalinan silaturrahim dengan orang-orang yang berpositif, kerana kita akan turut terangsang untuk berada dalam situasi yang positif.


Cara keempat : Berpantang cara yang betul dan mengikut saranan tradisional.

Semasa berpantang, jagalah aturan pengambilan makanan, ikutlah saranan dan petua orang tua, dan bertungkulah secara teratur. Setiap hari jangan lupa mandi dengan mandian untuk mandian pantang kerana ramuannya sangat penting untuk kesihatan badan kita.

Jangan lupa menjaga badan dengan berbengkung, menyapu minyak panas, berstokin, dan berurut kerana semua amalan ini menjadikan badan kita kuat dan menghilangkan banyak angin dari badan. Jika banyak angin, kepala pun sakit, kita akan cepat naik marah.


Cara kelima : Mengambil antidepresi. (Ubat meredakan tekanan).

Bermacam-macam jenis antidepresi yang boleh diambil, tetapi, berjaga-jagalah kerana ubat-ubatan itu mengandungi bahan kimia yang sebenarnya tidak terlalu baik jika diambil selalu. 

Antidepresi yang sangat berkesan kepada saya adalah; 

Ya, saya memang bergantung dengan kedua-dua supplement semulajadi ini, iaitu omegaguard dan b kompleks ini untuk mengurangkan tekanan perasaan saya.


Cara ambil antidepresi yang selamat untuk tekanan dan meroyan


B kompleks, saya ambil pada waktu pagi 2 biji kerana bila saya makan, saya akan terus rasa bertenaga dan ceria dalam menghadapi aktiviti harian berpatang saya. Jika kita ada rasa nak marah pun, kita tidak akan rasa perasaan yang sangat-sangat berat untuk marah. Tambahan pula, bila ambil b kompleks, kita akan rasa bertenaga dan ia sangat membantu meringankan perasaan kita kerana badan sangat cergas bertenaga, wajah pun nampak ceria. B kompleks memang supplement yang terkenal dengan "beauty" juga, siapa ibu berpantang nak cantik, ambillah b komplek setiap hari!

Omegaguard ni memang popular dalam menenangkan perasaan. Saya ambil dua biji pada waktu malam, dan saya akan tidur dengan tenangnya. paling best, omega ni membantu juga dalam menyeimbangkan paras hormon dalam badan, dan waktu tidur, ia akan bantu membakar lemak kita. Pejam celik pejam celik, insyaallah, kita akan dapat mengekalkan berat badan seperti sebelum mengandung, selepas berpantang ini. Best kan?

Seronok saya dapat kongsikan rahsia bagaimana saya mengurangkan tekanan sewaktu berpantang saya. Memang ada kajian bertulis yang menunjukkan omega ini dapat mengurangkan tekanan berat yang dihadapi sesorang dan boleh merawat meroyan semasa dalam berpantang. 

Gabungan Omegaguard dan B Kompleks Shaklee memang terbaik untuk mengatasi masalah meroyan dalam pantang selepas bersalin. Insyaallah, anda akan bertukar menjadi seorang yang ceria dan dapat berfikir secara rasional sewaktu berpantang.

Kini, kami gembira menanti kepulangan orang tersayang, tak sabar nak pulang ke rumah sendiri!


Emosi ibu berpantang ceria, anak-anak pun mesti bahagia! Selepas tamat berpantang, suami balik kampung, terus terpesona dengan perubahan emosi dan penampilan anda!

Alhamdulillah, tiada lagi tekanan dan meroyan dalam tempoh berpantang anda!


Ikhlas,

AinulMalik
016-3353567
SID mesra ilmu;






Thursday, November 13, 2014

Krim Kulit Sensitif Untuk Ibu Mengandung yang Mengutamakan Kecantikan

Assalamualaikum para ibu hamil yang cantik sekalian :)

Tahniah, kerana anda sedang mengandungkan cahayamata dari syurga! Seringkali bila kita mengandung, perkara pertama yang mesti kita berjaga-jaga adalah pendedahan diri terhadap bahan-bahan kimia berbahaya. Betul, kan?

Kita ibu-ibu yang mengandung juga tidak lekang dari menjaga kecantikan. Menjada kecantikan tidak bermakna bersolek setiap masa, tetapi sudutnya sangat luas. Pemakaian krim kulit setiap hari turut dikategorikan sebagai menjaga kecantikan. Adakah kerana anda mengandung, anda membiarkan segala rutin yang dahulunya kita jaga begitu sahaja? Tidak, bukan?

Permasalahan dilemma saya terjawab, iaitu :

1. Saya ingin mencari krim kulit yang selamat digunakan oleh ibu mengandung yang tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya.

2. Krim kulit itu tidak membuatkan kulit saya yang sensitif sewaktu mengandung ini merah-merah dan gatal-gatal.

3. Krim kulit ini tidak melekit kerana sewaktu mengandung, saya tidak suka dengan benda yang melekit-lekit ada di kulit saya.

Oh, fahamilah para suami, apabila mengandung, kami isterimu memang banyak ragamnya! Contoh yang ketara seperti di atas lah :)

Dan, kini saya dah jumpa dengan krim kulit idaman saya yang sangat-sangat sesuai dipakai sewaktu mengandung yang memenuhi semua kriteria di atas, syukur! 


Kenapa krim Herbalblend ini menarik hati saya?


Pertama kali mencuba, memang saya jatuh hati dengan krim herbalblend ini. Bila disapu di atas kulit, tiada rasa melekit, ya kriteria saya sudah lepas! 


Herbalblend yang sedap di pakai


Kemudian, ada sedikit rasa menthol yang membuatkan kulit terasa sedap disapu krim ini. Rasa seperti seronok membelai kulit sendiri :) Baunya juga saya suka, ia tidak wangi seperti minyak wangi tau, entah kenapa saya kurang dapat terima bau minyak wangi ketika mengandung, tetapi krim ini ada bau herba yang nipis yang tersendiri yang boleh diterima hidung saya kerana baunya menenangkan saya :)

Wah, ibu mengandung mesti suka kerana yang paling utama, krim kulit herbalblend ni adalah yang selamat digunakan oleh bayi, bermaksud kandungannya juga memang sesuai untuk kulit sensitif ibu mengandung :)

Di manakah bahagian kulit yang saya guna untuk menyapu herbalblend ni?

Saya sapu herbalbelnd pada tapak tangan saya sedikit di waktu malam.

Kemudian saya sapu di siku dan tumit kaki saya.

Saya juga sapu di bahagian perut saya yang kemerahan ini.

Saya juga menggunakan krim kulit herbalblend ini untuk disapu atas tempat gigitan nyamuk.

Memang best sangat bawak travel, sebab bila pening, saya hanya sapu di bahagian kulit saya dan saya akan hidu kulit saya ini yang berbau herbalblend yang menenangkan ni :)

Jom, ibu ibu mengandung yang ada perasaan yang sama dengan saya, kita bertukar kepada krim kulit yang jauh lebih selamat berbanding krim lain yang mengandungi pewangi sintetik dan bahan-bahan kimia yang membahayakan yang boleh diserap masuk ke dalam kulit kita! Oh, sangat kesian kan anak yang kita kandung ni terkena pendedahan bahan kimia yang berbahaya dari kita sendiri?

Untuk membaca kandungan herbalblend ini, boleh dibaca di sini, ya :) Klik saja ayat ni kita baca bersama-sama.

Seronok sangat dapat jumpa krim ni, suami pegang pun terasa lembut kulit kita sama seperti sebelum mengandung, licin dan lembut.

Untuk dapatkan krim kulit selamat ni, saya ada stok yang disimpan di rumah untuk dikongsikan kebaikan dan keseronokan menggunakan krim ini kepada anda, ibu-ibu yang mengandung. Jangan lupa hubungi saya; Ainul Malik di talian 016-3353567 boleh sms atau whatsapp saja :)

Saya sedia membantu anda ibu-ibu mengandung yang gelisah mencari krim kulit yang selamat yang sesuai digunakan sewaktu mengandung ini :)


Jika best, kongsikan keseronokan anda bersama-sama dengan saya juga ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...