Thursday, November 20, 2014

Cara Cepat Menghilangkan Sakit Mata Gatal, Merah dan Bengkak Supaya Cepat Masuk Kerja

Assalamualaikum wbh. Semoga anda semuanya sihat sejahtera. Saya baru sahaja sembuh dari sakit mata yang merah, gatal dan bengkak untuk hari yang ketiga.


Jangkitan bakteria akibat conjunctivitis

Sangat terkejut ok bila bangun pagi, rasa mata melekat bagai digam, dan rupanya terdapat banyak tahi mata yang melekat di sekeliling mata. Bangun tengok cermin, rupa-rupanya mata anda merah menyala dan nampak semakin mengecil akibat bengkak di keliling bahagian mata!


Inilah conjunctivitis, disebabkan oleh bermacam-macam punca, bakteria, atau virus atau alahan. Boleh baca di sini ya untuk penerangan lanjut http://en.wikipedia.org/wiki/Conjunctivitis



Oh, punca saya terkena sakit mata yang merah, gatal dan bengkak ini adalah kerana saya bermandi manda di kolam mandi sebuah resort di tempat peranginan di Malaysia. Sebab itu orang tua-tua pesan, masa bergembira, beringatlah berpada-pada ya! Setiap yang berlaku ada hikmahnya, saya tetap menghargai setiap saat kegembiraan di sana yang tak dapat dijual beli! Priceless, alhamdulillah!

Best sangat bercuti di sini :)


Nampaknya ini kali kedua saya terkena sakit mata, tapi, alhamdulillah, kali ini saya dapat atasi dengan lebih cepat berbanding yang dahulu. Nak tahu apa rahsia saya?


Kalau waktu dahulu, sakit mata saya sampai tak dapat melihat cahaya, jadi penyelesaiannya berspek mata hitamlah saya! wah, nampak bergaya, tapi sebenarnya mata saya tak dapat nak bukak dengan besar sebab tak tahan silau :)



Eh, ini bukan masa saya sakit mata :)


Kalau waktu dahulu, mata saya rasa sangat berat berpasir, memang perit yang amat, kali ini alhamdulillah saya belum sampai ke peringkat mata rasa kesat berpasir.


Kalau waktu pertama kali dulu, saya rasa nak pegang biji mata pun terasa bengkaknya, kali ini memang pegang masih terasa sakit dan bengkak, tetapi alhamdulillah pada hari ketiga dah surut semuanya :)


Rahsia cara cepat menghilangkan sakit mata yang gatal, merah dan bengkak adalah :


1. Pergi berjumpa doktor dengan segera!


Kawan-kawan, tolonglah jangan takut nak berjumpa doktor. Disebabkan saya dah kali kedua terkena sakit mata ni, saya terus bertindak berjumpa doktor mata dengan segera kali ini.


Saya dapat ubat titis Maxitrol dan ointment. Ubat titis itu dititiskan 4 kali sehari dan ointment, iaitu ubat sapu disapu di sekeliling mata sebelum tidur.


Kali ini saya tidak mendapat antibiotik seperti kali pertama terkena sakit mata dahulu.



Ubat sakit merah mata saya


2. Saya titiskan susu ibu saya kepada anak saya.


Ya, anak saya Aiman dan Amni terlebih dahulu terkena sakit mata ini dan saya memang berjangkit dari mereka berdua! Jadi, saya ambil kesemua supplement ini dan menyusukan Amni sepenuhnya dan juga titiskan air susu badan ke dalam mata anak-anak. Memang ternyata kedua-dua mereka sembuh dalam masa 2 hari saja, alhamdulillah.

Untuk diri sendiri? Saya belum cuba ini, oopsss :D


3. Menjaga kebersihan


Pastikan kesemua baju, tuala dan sarung bantal yang digunakan dibersihkan seberapa segera untuk mengelakkan jangkitan berleluasa.


Basuh tangan dengan kerap dan keringkan dengan sempurna. Lap tahi mata yang berlebihan dengan kertas tisu yang boleh dibuang terus ke dalam tong sampah bertutup.


4. Jangan lupa berdoa!


Maka, bila dah sakit ni mula lah menghargai masa-masa kita sihat, kan? Bersyukurlah sebab diberikan kesakitan ini, insyaallah kita akan sentiasa ingat pada Allah yang Menyembuhkan.




Doa sakit mata


Ya Allah , Tuhan (yang memelihara) manusia, yang menghilangkan kesusahan, sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada suatu penyembuhan kecuali kesembuhanMu, sembuh yang tidak diiringi sakit juga penderitaan kecuali kesembuhanNya.
Maka Kami singkapkan daripadamu tutup yang menutupi matamu, maka penglihatanmu pada hari ini amat tajam (Surah al-Qaf : 22).
Maka kelak kamu akan melihat dan mereka pun akan melihat (Surah al-Qalam : 5)
(Ruqyah Asas Perubatan Islam oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din)

5. Saya mengurangkan rasa gatal mata dengan Alfalfa Complex dan Garlic. Garlic ni bukan sebarangan bawang putih tau, sanggup ke gigit bawang putih mentah-mentah tu? Saya ambil tablet garlic complex Shaklee yang mudah ditelan tanpa perlu dikunyah dan tahan baunya yang wangi itu :)


Tahan dengan mengunyah bawang putih asli?


Ya, perlu diketahui mengapa anda sakit mata. Kerana jangkitan bakteria? Kerana mata luka? Saya sakit mata kerana jangkitan bakteria. Jadi, untuk mengurangkan kegatalan, memang saya ambil alfalfa untuk mengurangkan gatal yang sampai rasa nak garu-garu mata dan sekeliling mata dan juga garlic yang membantu meningkatkan ketahanan terhadap bakteria.

Kalau nutriferon masih ada stok, pasti akan dirembat cepat nutriferon itu!

5. Selain itu, rahsia saya adalah, saya turut mengambil phytocol untuk meningkatkan imuniti badan dan mengurangkan rasa ketidakselesaan akibat gatal alahan ini. Phytosterol di dalam Phytocol turut membantu tau dalam meningkatkan imuniti badan!

6. Saya mengurangkan bengkak mata dengan Omega Guard.

Ya, saya ambil omega guard untuk mengurangkan bengkak di sekeliling mata saya yang sepet ini. Omega guard juga membantu meningkatkan imuniti badan dan mengurangkan alahan tau :)


Jom cuba tips amalan saya jika malu keluar rumah dengan mata bengkak merah menyala.

Gambar di atas adalah 50% penyembuhan, insyaallah lepas ni mata terang berseri pula dengan Carotomax :)


Semoga perkongsian saya ini membantu anda semua di luar sana untuk mengikuti langkah menghilangkan sakit mata yang gatal, merah dan bengkak dengan cepat.



Jika ada pertanyaan, malu sebab mata membengkak dengan teruk, terpaksa menahan gatal mata dengan lama, jangan biarkan masalah ini berlarutan terlalu lama, hubungilah saya di 016-3353567 melalui whatsapp atau sms, kerana saya memang memahami perasaan anda!


Saya yang ikhlas membantu anda,

AinulMalik
016-3353567


19 comments:

  1. boleh apply ni kalau kena sakit mata.
    jom hargai masa sihat kita.
    semoga Ainul sekeluarga dikurniakan kesihatan yang baik.

    ReplyDelete
  2. saya kerap jdi bji mata bengkak..warna mata jdi merah..time bgun tdur..

    ReplyDelete
  3. saya baru nak baik..:) tq for the info.

    ReplyDelete
  4. Saya sangat menyukai artikel ini, sangat membantu gan buat sahabat2 yang minus, sakit mata. Untuk itulah saya memberi informasi juga berkaitan tentang alat untuk terapi mata yang cara kerjanya dengan memijat dengan getaran dan magnet, silahkan kunjungi link | http://www.murah50.com/2015/08/pg1-kaca-mata-pijat-eye-massanger.html

    ReplyDelete
  5. Assalam..Saya tertarik dgn doa sakit mata ni.terima kasih.Saya nak cuba mengamalkan nya.

    ReplyDelete
  6. assalammualaikum akak...saya first time kena benda ni..kena bacteria conjunctivitis. dah masuk seminggu but mata still gatal,merah,bengkak n sakit.skrang ni bila nak tidur mata sakit smpai x lena nk tido.can help me??ubat doktor bg pon dh habis

    ReplyDelete
  7. assalammualaikum akak...saya first time kena benda ni..kena bacteria conjunctivitis. dah masuk seminggu but mata still gatal,merah,bengkak n sakit.skrang ni bila nak tidur mata sakit smpai x lena nk tido.can help me??ubat doktor bg pon dh habis

    ReplyDelete
  8. Part kunyah garlic tu paling setuju. Thanks!

    ReplyDelete
  9. Terima kasih memberi petunjuk untk yg memerlukan..

    ReplyDelete
  10. Terima kasih memberi petunjuk untk yg memerlukan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...