Friday, November 14, 2014

Cara Merawat Tekanan dan Meroyan Dalam Pantang Selepas Bersalin

Assalamualaikum wbh

Apa khabar ibu-ibu berpantang semua? Anda semua dah makan pagi hari ni? Dah bertungku? Adakah anda masih merasa sangat tertekan hari ini?

Ibu berpantang dan meroyan adalah satu perkara yang sinonim, sebenarnya. Kenapa? Kerana, badan kita mengalami perubahan hormon yang sangat ketara waktu ini. Oleh sebab itu, kita harus menjaga emosi sebaik-baiknya.
Tekanan menyebabkan meroyan, kasihan bayi yang diabaikan



Tanda-tanda anda mengalami meroyan

Jika anda merasa perubahan seperti di bawah, anda mengalami simptom atau tanda meroyan, iaitu :

  1. sunyi
  2. gelisah
  3. tertekan
  4. suka nak marah
  5. kerap menangis tanpa sebab
  6. badan terlalu letih
  7. terperangkap
  8. rasa berputus asa dengan kehidupan



Apa yang menyebabkan saya meroyan?


Apa yang menyebabkan ibu-ibu hamil meroyan? Bertenang, dan fikir, apa yang menyebabkan saya meroyan? 

  1. Saya tidak cukup kuat jaga anak yang baru dilahirkan?
  2. Saya tak cukup duit untuk tampung semuanya?
  3. Suami saya lepas tangan?
  4. Anak-anak terdahulu terlalu buas sampai saya pening?
  5. Ibu-bapa campur tangan?
  6. Ibu bapa atau suami terlalu mengongkong?
  7. Saya ada masalah perhubungan dengan suami?
  8. Saya letih dan tak pandai uruskan semuanya setiap hari?
Fikir dengan bertenang, dan senaraikan, mengapa anda begitu tertekan sehingga jadi meroyan.


Kisah saya dan tekanan sewaktu berpantang


Saya juga pernah mengalami tekanan sewaktu berpantang.

Anak pertama saya ni, manja sangat-sangat. Jadi, bila dia ada adik baru, dan kami duduk di rumah ibu bapa saya, dia mula menunjukkan perangai, tiba-tiba memberontak dan jadi sangat nakal. Kebetulan, rumah ibu bapa saya jauh dari rumah saya, jadi, suami tidak dapat bersama-sama dengan kami setiap hari. Mungkin anak pertama saya itu rasa terasing, dia mula berperangai pelik.

Bagi saya, saya belum mahir menguruskan dua anak pada masa itu. Jadi, dengan perubahan sikap anak pertama, saya jadi sangat tension dan tertekan dan membuatkan saya selalu menangis dan berasa letih. Alhamdulillah, walaupun rasa sangat tertekan, tetapi semuanya masih dalam kawalan lagi. Jadi, saya sangat faham, bagaimana rasanya menjadi ibu yang mengalami tekanan semasa berpantang.

Cara Mengatasi Meroyan


Tekanan perasaan yang berlanjutan akan menyebabkan meroyan. Meroyan harus diatasi segera agar tidak berlanjutan. Jika anda rasa anda mengalami gangguan perasaan atau tidak senang hati semasa berpantang, jangan abaikan perasaan itu, terus bertindak untuk melepaskan tekanan tersebut agar tidak menjadi lebih serius.

Cara pertama : Luahkan pada orang yang anda percaya/terdekat (Terapi berbual)

Seperti saya, memang saya selalu mengadu pada suami, tentang perubahan sikap anak saya tu. dari tak pandai menjerit, selalu menjeroit-jerit tanpa sebab.

Jadi, bila kita luahkan perasaan kita kepada orang yang terdekat, sekurang-kurangnya akan terlepas satu beban dari diri kita.

Jadi, peranan orang yang rapat dengan kita adalah, mendengar, dan memberi nasihat atau menenagkan perasaan ibu yang berpantang ini.

Ingat, jangan simpan-simpan, ok?


Cara kedua : Banyakkan berehat

Jauhi diri anda dari melakukan aktiviti yang memenatkan. Cuba minta pertolongan dari orang-orang terdekat atau jangan berkira untuk mengambil upah menggajikan sesiapa yang boleh membantu anda untuk membuat kerja rumah sewaktu anda berpantang.

Ini sangat penting, kerana, jika kita penat dan tertekan, kita akan cepat naik darah dan tekanan ini boleh menyebabkan meroyan secara tiba-tiba.


Cara ketiga : Bergaul dengan ibu-ibu lain.

Walaupun kita sedang berpantang, tidak salah jika kita menjalin hubungan dengan ibu-ibu di luar sana, yang paling mudah adalah melalui online. Ini kerana, hanya para ibu yang memahami situasi yang kita alami kerana semuanya berperasaan yang sama.

Oleh itu, kita dapat bertukar-tukar cerita dan pendapat. sekurang-kurangnya, dapatlah diea untuk menangani masalah yang kita hadapi ini. Inilah pentingnya jalinan silaturrahim dengan orang-orang yang berpositif, kerana kita akan turut terangsang untuk berada dalam situasi yang positif.


Cara keempat : Berpantang cara yang betul dan mengikut saranan tradisional.

Semasa berpantang, jagalah aturan pengambilan makanan, ikutlah saranan dan petua orang tua, dan bertungkulah secara teratur. Setiap hari jangan lupa mandi dengan mandian untuk mandian pantang kerana ramuannya sangat penting untuk kesihatan badan kita.

Jangan lupa menjaga badan dengan berbengkung, menyapu minyak panas, berstokin, dan berurut kerana semua amalan ini menjadikan badan kita kuat dan menghilangkan banyak angin dari badan. Jika banyak angin, kepala pun sakit, kita akan cepat naik marah.


Cara kelima : Mengambil antidepresi. (Ubat meredakan tekanan).

Bermacam-macam jenis antidepresi yang boleh diambil, tetapi, berjaga-jagalah kerana ubat-ubatan itu mengandungi bahan kimia yang sebenarnya tidak terlalu baik jika diambil selalu. 

Antidepresi yang sangat berkesan kepada saya adalah; 

Ya, saya memang bergantung dengan kedua-dua supplement semulajadi ini, iaitu omegaguard dan b kompleks ini untuk mengurangkan tekanan perasaan saya.


Cara ambil antidepresi yang selamat untuk tekanan dan meroyan


B kompleks, saya ambil pada waktu pagi 2 biji kerana bila saya makan, saya akan terus rasa bertenaga dan ceria dalam menghadapi aktiviti harian berpatang saya. Jika kita ada rasa nak marah pun, kita tidak akan rasa perasaan yang sangat-sangat berat untuk marah. Tambahan pula, bila ambil b kompleks, kita akan rasa bertenaga dan ia sangat membantu meringankan perasaan kita kerana badan sangat cergas bertenaga, wajah pun nampak ceria. B kompleks memang supplement yang terkenal dengan "beauty" juga, siapa ibu berpantang nak cantik, ambillah b komplek setiap hari!

Omegaguard ni memang popular dalam menenangkan perasaan. Saya ambil dua biji pada waktu malam, dan saya akan tidur dengan tenangnya. paling best, omega ni membantu juga dalam menyeimbangkan paras hormon dalam badan, dan waktu tidur, ia akan bantu membakar lemak kita. Pejam celik pejam celik, insyaallah, kita akan dapat mengekalkan berat badan seperti sebelum mengandung, selepas berpantang ini. Best kan?

Seronok saya dapat kongsikan rahsia bagaimana saya mengurangkan tekanan sewaktu berpantang saya. Memang ada kajian bertulis yang menunjukkan omega ini dapat mengurangkan tekanan berat yang dihadapi sesorang dan boleh merawat meroyan semasa dalam berpantang. 

Gabungan Omegaguard dan B Kompleks Shaklee memang terbaik untuk mengatasi masalah meroyan dalam pantang selepas bersalin. Insyaallah, anda akan bertukar menjadi seorang yang ceria dan dapat berfikir secara rasional sewaktu berpantang.

Kini, kami gembira menanti kepulangan orang tersayang, tak sabar nak pulang ke rumah sendiri!


Emosi ibu berpantang ceria, anak-anak pun mesti bahagia! Selepas tamat berpantang, suami balik kampung, terus terpesona dengan perubahan emosi dan penampilan anda!

Alhamdulillah, tiada lagi tekanan dan meroyan dalam tempoh berpantang anda!


Ikhlas,

AinulMalik
016-3353567
SID mesra ilmu;






2 comments:

  1. Assalam. hihi. Saya pon tekanan juga time berpantang dulu. Saya dah buat checklist. Lepas ni tau dah kenapa tekanan tu dtg, jadi dah bersedia nak elakkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...