Monday, December 15, 2014

Punca Kehilangan Darah Secara Senyap Yang Membahayakan Nyawa, Nak Derma Darah, Rupanya Anda yang Patut Terima Darah

Badan tegap, ingin derma darah, tetapi anda yang patut terima darah? Mana lah pergi darah yang banyak itu, kerana anda telah mengalami kehilangan darah secara senyap tanpa anda sedari!


Gambar Hiasan Ihsan Google


Pernah tak terjadi, dalam hati berkobar-kobar teringin nak menderma darah, tapi permohonan untuk menderma darah ditolak? 


Setelah dicek untuk saringan menderma darah, paras HB anda hanyalah 9?



Proses Awal sebelum menderma darah, iaitu ujian saringan cek kandungan HB


Kenapa? Anda tak layak untuk menderma darah? Padahal anda nampak kuat dan sihat, apatah lagi dengan tubuh yang sasa, tetapi rupa-rupanya anda kekurangan darah di dalam badan?


Ish, ini sangat pelik!


Zaman sekarang ni, faktor luaran tidak mencerminkan kesihatan dalaman. Apa yang menjadi faktor darah kurang di dalam badan, walaupun badan anda sasa, isteri seronok dipeluk, atau badan anda montel, seronok suami anda memeluk?


Anda perlu lakukan ujian darah untuk tahu apakah masalah yang anda hadapi. 


  • Adakah anda selama ini mengalami anemia? 
  • Adakah anda penghidap talesemia? 
  • Atau sebenarnya berlaku pendarahan dalaman yang tidak anda sedari? Contohnya buasir (luaran) atau pendarahan ulcer (dalaman).


Saya akan kupas satu persatu masalah berkenaan dengan darah di atas satu persatu.


Saya mulakan dengan kehilangan darah tanpa sedar yang sangat umum berlaku pada masyarakat kini yang kurang diambil berat sekarang ini, iaitu Buasir.



Apakah itu buasir?



Definisi buasir dari Wikipedia :


Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.


Atau dengan mudahnya,
Buasir adalah pendarahan yang berlaku pada dubur sewaktu kita membuang air besar.

Mesti dalam dia ramai yang menyimpan rahsia yang rupa-rupanya dia mengalami buasir!

Ayah saya juga seorang penghidap Buasir.

Pesan doktor Columbia Asia yang merawat ayah saya itu kepada saya
" Kalau awak perhatikan najis yang dibuang adalah hitam, berjaga-jagalah, berkemungkinan besar najis tu mengandungi darah. Apatah lagi memang nampak darah di takungan mangkuk tandas, itu tandanya awak ada buasir!"

MasyaAllah! Takutnya saya sebab saya sendiri belum pernah perhatikan betul-betul warna najis yang keluar setiap hari. Sangat penting tau sebenarnya ambil tahu dan peka dengan keadaan diri kita secara fizikalnya.  

Nak tahu adakah orang yang tersayang menghadapi buasir? Bila dia berada LAMA dalam bilik air! wahhhh!

Jenis-jenis buasir


Buasir ada 2 jenis, iaitu :

  1. Buasir dalaman
  2. Buasir luaran
1. Buasir dalaman :

Buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana lukanya jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman ni tidak berbahaya, tapi tindakan meneran dan gangguan najis yang melalui laluan itu boleh mencederakan permukaan buasir yang menyebabkan ia berdarah.

2. Buasir luaran :

Buasir luaran ini mengakibatkan dubur:
  • sakit
  • pedih
  • gatal
Jika buasir tersepit kerana bekalan darah terputus, darah membeku dan menyebabkan dubur teramat sakit. Apabila salur darah teregang, buasir ini akan berulang kembali walaupun bebanan dan tekanan pembuangan air besar adalah lebih ringan berbanding sebelumnya. 

Apa yang perlu dilakukan jika anda menghadapi buasir?

Segeralah berjumpa doktor kerana jika dibiarkan ia melarat, rawatan yang mudah akan menjadi susah kerana pembedahan besar untuk membuang buasir ini adalah yang paling kronik untuk dilakukan.

Jika anda tidak mahu buasir anda ini berlanjutan sehingga menyebabkan terpaksa membuang bahagian yang terkena buasir itu, anda boleh pilih rawatan dengan supplement semulajadi untuk mengatasi buasir ini.

Supplement Shaklee untuk Buasir


Di bawah saya senaraikan supplement yang tergolong dalam set premium untuk buasir. Anda boleh memilih manakah pihan yang terbaik untuk membantu dalam kes buasir ini. Jika anda inginkan keputusan yang segera, boleh mencuba :


Membantu melawaskan pembuangan air besar, jadi ia membantu mengurangkan tekanan ketika meneran.


Mengurangkan inflamasi dan pembengkakan pada kawasan luka. Selain itu, ia membantu melicinkan pergerakan sendi dan otot semasa membuang air besar


ESP mengandungi protein yang tinggi yang membantu menyembuhkan luka dengan cepat. Ia akan memberikan nutrisi protein yang sangat diperlukan oleh sel-sel di kawasan dubur membentuk dengan sihat.


Zink juga membantu dalam proses penyembuhan luka, oleh itu Zink adalah nutrisi penting yang perlu diambil oleh pesakit buasir.


Vitamin C juga nutrisi yang penting untuk penyembuhan kawasan dubur tadi. Gabungan ESP, Zink dan Vitamin C adalah yang terbaik untuk menghentikan pendarahan dengan segera.


Alfalfa mengandungi Vitamin K yang diperlukan oleh badan untuk pembekuan darah. Ia membantu pesakit buasir dalam 2 cara, iaitu membekukan darah dan menyumbang kepada pembekalan fiber untuk lebih lawas membuang air besar.

Oleh itu, jika anda tidak mahu buasir anda dipotong setelah dibiarkan lama sehingga ke stage 4 yang menyebabkan anda kehilangan banyak darah dalam badan, anda perlu berfikir sedalam-dalamnya dan bertindak dari sekarang supaya keadaan tidak menjadi lebih serius.

Jika anda terbuka hati untuk membantu diri sembuh sepenuhnya dari buasir ini dengan vitamin semulajadi, anda boleh mendapatkan stok vitamin semulajadi yang tidak bertoksik dan diakui berkesan oleh saintis saintis seluruh dunia melalui saya, dengan whatsapp 016-3353567. Penghantaran segera melalui poslaju ke seluruh Malaysia bersama khidmat konsultasi dari saya sendiri sepanjang anda menggunakan vitamin set buasir ini.

Semoga anda sihat luar dan dalam. Jangan jadikan buasir penyebab anda cepat keletihan padahal luarannya anda seorang yang tegap dan sasa sihat sejahtera kerana sebenarnya anda kekurangan sumber darah merah di dalam badan. 

Semoga cepat sembuh dari buasir!

Ikuti sambungan kehilangan darah secara senyap yang lain dalam entri yang akan datang, tungguuuu!



Ikhlas,

AinulMalik
016-3353567

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...