Wednesday, December 3, 2014

Petua Menghilangkan Kapur pada Mee Kuning dengan 3 Langkah Mudah!

Salam sejahtera semua :)

Kali ini saya nak share tentang petua nak menghilangkan kapur pada mee kuning. Saya belajar petua ni dari kakak ipar saya. Petua orang-orang lama yang dipegang turun temurun ni nampaknya berhasil dari segi rasa dan takkan sakit perut bila makan mee kuning!


3 Langkah Mudah Menghilangkan Kapur pada Mee Kuning


1. Basuh mee kuning yang diletakkan di dalam penapis di bawah air paip selama 2 minit.

2. Letakkan 2 sudu gula di atas mee kuning tersebut, gaul-gaulkan gula dengan mee sehingga rasa rata semuanya

3. Basuh semula mee tersebut di bawah air paip sehingga bersih.


Letakkan gula ke dalam mee dan gaul



Bilas semula mee tersebut sehingga bersih
Mee yang dah hilang rasa kapurnya sedia dimasak :)


Anak mesti suka nak makan mee yang sedap ni :)
Mudah sangat, kan?

Mula-mula dalam hati berdebar, eh, menjadi ke ni? 

Tapi, alhamdulillah, memang tiada lagi bau kapur dan insyaallah kita takkan sakit perut makan mee kuning tersebut.

Sekarang anda bebas memasak mee kuning tersebut dengan resepi pilihan anda :)

Saya suka, saya suka! Seronok kan dapat masak sendiri di rumah untuk hidangan kepada anak-anak dan suami tercinta? Jangan lupa bacakan Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir semasa memasak dan berselawat supaya kasih sayang kita dapat sampai ke dalam masakan tersebut. Apatah  lagi dapat keberkatan Allah! Mesti sedap rasanya masakan puan-puan tu :) Anak-anak mesti berselera nak makan macam Aiman yang picky eater ni, insyaallah :)

Tips menaikkan selera anak (klik di sini)

Aiman ni tergolong dalam golongan kanak-kanak yang picky eater. Memang saya faham sangat perasaan risau tu macammana. Ya Allah, pening dan risau mengingatkan kita dah masak sedap-sedap, diorang tolak?

Sedih sungguh!

Ibu-ibu kenalah bersabar ye, ada rahsianya nak mengatasi masalah anak kurang berselera makan ni, nak tau jom tengok video ni :)


Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.


Semoga semuanya mendapat manfaat dari perkongsian saya hari ini. 

Saya izinkan sesiapa yang ingin share petua ini untuk panduan kawan-kawan yang lain, kerana sharing is caring!
Jom memasak untuk kebahagiaan keluarga:)

Semoga semuanya sihat, ceria dan bahagia!


Ikhlas ;

Ainul Malik
016-3353567

1 comment:

  1. Terimakasih atas informasinya, saya harap tulisan ini bermanfaat buat siapa saja yang membacanya.
    cara menghilangkan jerawat secara alami
    .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...