Thursday, January 15, 2015

Multivitamin Kanak-kanak Vitalea Lengkapkan Keperluan Pembesaran Anak Kita

Assalamualaikum semua :)

Berita gembira buat ibu bapa yang mencari-cari multivitamin yang lengkap untuk keperluan pembesaran dan perkembangan anak-anak mereka, Vitalea for Children Shaklee telah kembali dengan formulasi yang baru dan mantap sekarang!





Yey! Memang seronok tau dengar perkhabaran ni, terutama saya sebagai mak kepada anak-anak yang dengan membesar ni!


Yelah, dengan makanan seharian mereka yang entah cukup nutrisi atau tak, dengan teknologi makanan yang kita mak-mak sendiri terpaksa guna untuk kejar masa, nak bagi anak makan ulam-ulaman pun dah kurang, kan sekarang? 


Sebab tu saya memang terus ambil peluang mendapatkan Multivitamin Vitalea ni untuk kedua-dua anak saya. 


Anak-anak ni, yang tahu, rasanya sangat sedap, berperisa Anggur je, boleh dikunyah-kunyah, yang kita mak-mak ni lah lega sebab anak-anak kita makan Vitamin Semulajadi yang tiada perisa dan pewarna tambahan yang berbahaya pada badan, syukur!



Vitalea; multivitamin yang lengkap untuk perkembangan anak 

Nak tahu 8 sebab mengapa anak-anak kita perlukan nutrisi tambahan dari multivitamin ni, boleh baca di sini.


Ok, jom tengok apa yang menarik sangat dengan Vitalea ni!





5 Sebab Vitalea Lengkap Untuk Perkembangan Anak-anak kita :



  1. Vitalea kunyah ini mengandungi 18 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar sihat dan kuat. Memang lengkap dah ni :)
  2. 1 tablet ini mengandungi sehingga 100 mg Kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat, juga untuk perkembangan saraf anak-anak kita. (2 tablet untuk 200mg)
    • Tidak ketinggalan mineral penting Zink, zat Besi, magnesium, dan copper.
  3. Mengandungi pemanis semulajadi, iaitu xylitol yang tidak menyebabkan kaviti pada gigi kanak-kanak.
  4. Tiada perisa, pemanis atau pengawet tiruan yang dihasilkan dari bahan kimia yang pada mulanya nak bagi nutrisi, tetapi akhirnya menjadi toksin kepada sel-sel badan mereka, kesian!
  5. Bebas Gluten, iaitu ada kanak-kanak yang alah (allergy) pada gluten ni yang membuatkan mereka ada respons kegatalan atau sakit perut bila memakannya. Sekarang, semua orang sesuai untuk makan multivitamin ini :) 


Boleh bandingkan kandungan Vitalea dengan multivitamin yang lain


  • Eh, jangan pula tak diberi makanan pada anak-anak ya, mereka memerlukan makanan seimbang setiap hari yang lengkap dengan karbohidrat, serat dan protein. Namun begitu, makanan tambahan ni mencukupkan lagi nutrisi yang diperlukan badan untuk mereka membesar dengan jayanya, tanpa sekatan.



  • Nanti, jangan ada mak yang menyesal jika anaknya terbantut, kurang tinggi, tak bermaya dan sebagainya ya!


  • Ha, sekarang, jika anda ingin mencukupkan nutrisi untuk perkembangan sel otak, sel pancaindera, sel tulang dan otot, sel saraf, dan segala sel di dalam badan anak-anak kita, bolehlah memilih multivitamin ini kerana segalanya ada di dalam 1 tablet sahaja.


  • Cukup-cukuplah kita dedahkan anak dengan ayam segera, kentang goreng segera, apatah lagi keropok berperisa dan air minuman tin yang lain. Jadi, kita kurangkan pendedahan mereka kepada bahaya bahan sintetik ni dengan multivitamin semulajadi pula, kerana vitamin semualajadi ni lebih senang diserap di dalam badan berbanding bahan kimia buatan :) 

  • Dosnya pula dah diukur dengan tepat, kita tahu nak beri anak berapa tablet sehari untuk keperluan lengkap nutrisi mereka :)


Sebotol Vitalea untuk kanak-kanak ni harganya RM 111 ada 60 tablet di dalamnya. Alah membeli, menang memakai kerana ini bukan calang-calang vitamin, ia diperakui oleh saintis seluruh dunia dengan penyelidikan yang terperinci. Nak hasilkan vitamin semulajadi bukan senang, apatah lagi nak kekalkan khasiatnya tanpa menggunakan pengawet sintetik tu gunakan teknologi yang tinggi, bukan?


Jika anda adalah ibu prihatin yang mahukan yang terbaik buat anak mereka, boleh dapatkan multivitamin ini dari saya, Ainul Malik, hubungi 016-3353567 jika anda berada di kawasan Kajang atau Cheras Selangor. Jika anda ibu yang berada di kawasan lain, saya boleh bantu anda untuk dapatkan khasiat terbaik ini dengan perkhidmatan poslaju supaya sampai selamat kepada anda ya :)


* Kita boleh sembang-sembang panjang di whatsapp, insyaallah untuk penghantaran PERCUMA :)



Ibu prihatin, anak membesar dengan jayanya!



Salam ikhlas,


Ainul Malik

016-3353567
ainulmalik.com

Friday, January 9, 2015

8 Tips Atasi Keletihan Melampau Menguruskan Rumahtangga Buat Surirumah yang Bekerja di Rumah

Assalamualaikum wbh.

Macammana hari anda hari ni, para ibu-ibu yang gojes? Mengapa gojes? Kerana anda adalah ibu-ibu pilihan yang diberikan kekuatan untuk menguruskan rumah di samping bekerja dari rumah, yang tak semua orang mampu melakukannya! Jadi, bagaimana nak mengatasi keletihan melampau menguruskan rumahtangga buat ibu yang bekerja dari rumah?



Pernah tertidur sambil buat kerja rumah?



Bagaimana Atasi Keletihan Melampau Menguruskan Rumahtangga dan bekerja dari rumah?


1. Pastikan anda susun jadual waktu supaya tersusun perjalanan harian anda

Perjalanan hari kita sebenarnya boleh diuruskan dengan baik dengan cara menyediakan jadual waktu. Dengan adanya jadual waktu, kita dapat mengoptimakan pengurusan masa supaya semuanya seimbang antara keluarga dan kerja masing-masing.

Eh, daripada kita tak ada jadual waktu, kejap teringat nak sapu sampah, pastu teringat nak layan pelanggan, nak update rekod, tiba-tiba teringat belum masak, kan kucar kacir hidup dan memenatkan?


2. Berikan anak-anak aktiviti yang boleh mereka buat semasa anda bekerja di tepi anda.

Sediakan aktiviti untuk anak-anak semasa anda buat kerja sendiri supaya mereka tidak terlalu bergantung kepada anda dan ini akan membantu anda fokus dalam bekerja dan tidak memenatkan badan sendiri.
3. Dapatkan tidur yang berkualiti setiap malam.

Untuk dapatkan tidur malam yang lena, bersihkan diri sebelum tidur, sebaik-baiknya mandi dengan air panas, tapi jangan terlalu lama mandi malam ya, dan makanlah 4 biji ostematrix yang mengandungi potassium, magnesium dan Vitamin D yang membantu kita tidur lena. (Jangan lupa kunci jam pula ya!) :)

Inilah dia Kalsium yang lebih manfaat dari kalsium biasa


4. Jangan lupa detoks diri

Detoks adalah satu proses pembuangan toksin dari dalam badan yang sangat penting. Jika terlalu banyak toksin di dalam badan, anda akan selalu letih dan kelesuan. Detoks yang cepat dan selamat boleh dilakukan dengan mengambil :
  1. Alfalfa : Detoks lembut yang bagus diambil oleh wanita setiap hari
  2. Herblax : Detoks pada bahagian usus yang membantu melawaskan pembuangan air besar
  3. DTX Complex : Detoks hati yang akan membuang segala toksin-toksin yang masuk ke dalam badan melalui mulut (makan) ataupun hidu (asap pencemaran dan sebagainya)
Bila anda cukup detoks, anda akan lebih bertenaga untuk menjalani kegiatan harian setiap hari!




5. Supplement pagi 

Supplement pagi diambil selepas mengambil sarapan pagi yang berat. Mengapa perlu sarapan dan supplement pada waktu pagi? Supaya kita cukup tenaga untuk menjalani aktiviti seharian yang mencabar dan supplement ini sangat penting untuk mencukupkan segala nutrisi yang kurang dalam badan yang menyebabkan keletihan melampau yang berpanjangan.

Saya ambil :
  1. B kompleks : Untuk menjana tenaga dan mengurangkan tekanan (stress)
  2. Omega guard : Untuk kesihatan yang optima, kelancaran darah dan membantu menjana tenaga dari pembakaran lemak oleh Omega 3 ini. Omega ni pun boleh kurangkan stress mak-mak yang penat tau sebab dia seimbangkan hormon dalam badan :)
  3. Ostematrix : Kalsium tinggi dari ostematrix membantu kita menghilangkan sakit-sakit badan dan tulang, sakit belakang, lenguh pinggang, kebas kaki dan sebagainya, jadi keletihan dari dikurangkan.

Supplement yang saya ambil untuk cergas bertenaga


6. Pastikan Badan Ambil Cukup Protein

Protein yang mencukupi di dalam badan, membantu badan untuk lebih bertenaga. Oleh itu, ambillah ESP setiap pagi sebelum sarapan supaya membekalkan badan dengan kandungan protein yang cukup untuk kekal bertenaga menjalankan tugas harian setiap hari.


Saya menyarankan ibu-ibu mengambil ESP kerana kandungan protein yang cukup dengan asid amino yang diperlukan dalam badan mempengaruhi tenaga anda untuk bekerja dengan bertenaga di rumah :)





7. Ambil Teh tenaga :


Teh tenaga ini boleh diambil pada bila-bila masa sahaja, kecuali sebelum tidur malam kerana anda akan segar bertenaga dan berjaga sepanjang malam!


Teh Cinch tenaga ini, mengandungi antioksida tinggi dari ekstrak teh merah, serbuk teh Hijau Matcha, ekstrak teh Putih dan ekstrak teh rooibos. Memang siapa yang ambil pasti bertenaga dengan jaminan 100% dari saya yang telah mencubanya!





8. Vivix, minuman tenaga yang bertindak jauh ke dalam DNA


Wah, siapa yang memilih Vivix ini pasti akan tersenyum girang sambil bertenaga sentiasa. Di samping mendapat kelebihan tenaga yang optima, badan akan semakin sihat dengan pengambilan Vivix yang istiqamah.


Vivix ni membantu sel menjana tenaga dalaman dengan sangat berkesan! Siapa yang belum cuba, cubalah, mesti terasa sesuatu kelainan pada badan anda, luar dan dalam, aw! Gojes gitu!





Saya memang memahami apa yang anda lalui dan masalah-masalah ibu-ibu yang memilih untuk bekerja dari rumah. Dengan kain yang menimbun belum berbasuh, atau sudah berbasuh belum berlipat, rumah berselerak kerana anak-anak setiap masa beraktiviti, keperluan untuk memasak paling kurang 2 kali sehari, belum kira anak nak makan secara tiba-tiba, anda wajib memastikan diri anda kekal bertenaga dan keletihan melampau harus dihapuskan secepat yang mungkin!





Pada yang ingin mendapatkan supplement pembantu penambah tenaga dan menghilangkan keletihan melampau ini, boleh terus hubungi saya, Ainul Malik, 016-3353567. Semua penghantaran seluruh Malaysia boleh diuruskan demi membantu ibu-ibu bekerja dari rumah di luar sana dapat manfaat yang sama di samping berjaya menguruskan rumahtangga dengan riang dan gembira!



Walaupun sibuk bekerja, tapi anda tetap tersenyum gembira



Salam ikhlas,


Ainul Malik

WAHM bahagia.

Monday, January 5, 2015

Bolehkah Saya Hamil Jika Saya Pesakit Kanser Yang Menjalani Kemoterapi?

Puan Normala sangat gusar dan tertekan kerana dia telah berkahwin selama setahun, tetapi belum dikurniakan cahaya mata. Bukan kerana tidak berusaha untuk hamil, tetapi sebenarnya, Puan Normala sendiri yang risau dan takut untuk hamil kerana dia adalah pesakit kanser payu dara.


Beliau telah menjalani pembedahan, dan telah pun melalui proses kemoterapi. 

Sememangnya proses kemoterapi itu sendiri membuatkan dirinya cukup tabah untuk meneruskan kehidupannya kerana dia yakin bahawa jika tidak berusaha untuk sihat, banyak lagi impian dalam hidup yang boleh dicapai di dunia ini di atas semangat kasih sayang suami, ibu bapa, kaum keluarga dan rakan-rakan tersayang.

Ya, Puan Normala mengimpikan untuk melahirkan zuriat hasil perkahwinan dengan suaminya.


Tetapi, persoalannya, "Bolehkah saya hamil jika saya ada kanser?"


Jawapannya :

Puan Normala adalah bekas pesakit kanser kerana telah menjalani kemoterapi untuk membunuh sel-sel kanser yang ada pada payudaranya. Oleh itu, dia harus menunggu sekurang-kurangnya selepas tempoh dua tahun daripada rawatan akhir kemoterapi ataupun radioterapi.

Sebab :

1. Ini untuk memastikan dia bebas dari kesan ubat-ubatan sewaktu menjalani rawatan menyembuhkan kanser itu. 
2. Rawatan kemoterapi juga sedikit sebanyak menjejaskan kesuburan si pesakit, contohnya mengganggu sistem kitaran haid ataupun mengalami menopous pra matang.

Jadi, bagaimana untuk memastikan badannya sembuh sepenuhnya dari kesan rawatan dan juga sel-sel kanser ini?


1. Puan Normala harus sentiasa berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan berkala untuk memastikan tahap kesihatannya dalam keadaan optima.

2. Mengambil antioksida untuk memastikan sel-sel badannya sentiasa sihat dengan melindungi dan mengurangkan serta meneutralkan sel badan dari radikal bebas penyebab kanser.

3. Membantu tubuhnya untuk meningkatkan semula tahap kesuburan dalam badan.


Bagaimana Supplement Semulajadi Shaklee boleh membantu Puan Normala untuk bebas sepenuhnya dari kanser dan meningkatkan kesuburan badannya?


Ini adalah alternatif yang Puan Normala ambil untuk hamil dengan selamat.

Mengapa Puan Normala memilih Shaklee?

Kerana doktor yang ditemuinya sendiri mencadangkan agar Puan Normala mengambil supplement semulajadi setelah terlalu banyak ubatan sintetik yang telah diambilnya sepanjang rawatan kanser dijalankan ke atas Puan Normala.

Shaklee adalah supplement yang selamat kerana ia dihasilkan dari bahan semulajadi tanpa pewarna, perisa ataupun pengawet yang membahayakan kesihatan yang diakui oleh saintis seluruh dunia (penyelidikan pihak ketiga) berkesan dalam penyerapan di dalam badan untuk mempercepatkan tindakannya dalam badan berbanding vitamin sintetik yang lebih membahayakan.


Apakah supplement Shaklee yang membantu Puan Normala melindungi diri dari kanser dan meningkatkan kesuburan?

1. Vivix

Vivix adalah antioksida kuat yang melindungi sel sehingga ke peringkat DNA. Sumber antioksida Vivix yang tinggi dari resveratrol dan poliphenol membantu Puan Normala untuk mengoptimakan sel-sel badannya dari serangan kanser kali kedua.

Vivix juga membantu menyeimbangkan hormon badan untuk mengawalatur hormon kesuburan di dalam badan untuk menyediakan diri menerima kehadiran anak yang bakal dikandungkan.


2. Antioksida ACE

Antioksida yang penting untuk memerangi kanser adalah :

  1. Vitamin A (Carotomax), 
  2. Vitamin E dan 
  3. Vitamin C.
Kepentingan Antioksida ACE:
  • Antioksida di atas penting untuk meningkatkan sistem imun badan, menyekat aktiviti kanser dan mengurangkan radikal bebas serta menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.
  • Antioksida juga sangat penting untuk meningkatkan kesuburan badan.


GLA yang mengandungi 2 kali ganda GLA dari Evening Primrose Oil ini sangat membantu dalam meningkatkan kesuburan dengan :
  1. Mengawal atur estrogen di dalam badan untuk kesuburan wanita
  2. Membantu menyeimbangkan kitaran haid setiap bulan
  3. Melambatkan menopaus
  4. juga membantu kanser

Ini bukan rawatan, tetapi pengambilan supplement adalah untuk mencukupkan segala nutrisi yang kurang di dalam badan untuk meningkatkan lagi potensi sel di dalam badan mencapai apa yang diinginkan. Semoga dengan alternatif yang diambil oleh Puan Normala ini memberikan sinar harapan yang diimpikan, iaitu :

  1. Sembuh dari kanser sepenuhnya
  2. Berjaya hamil mendapatkan anak



Jika anda juga mengalami perkara yang sama seperti Puan Normala, anda boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat dan juga menghubungi saya, Ainul Malik, 016-3353567 untuk membantu anda meningkatkan lagi kesihatan dengan alternatif supplement selamat Shaklee ini.


Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, bolehlah dipanjangkan lagi perkongsian ini, semoga manfaat ini dapat diperluaskan lagi kepada mereka yang sangat-sangat memerlukan. 

Segala-galanya datang dari Allah yang Maha Menyembuhkan dan mengabulkan hajat, bersama-samalah kita juga berusaha dengan sebaik-baik usaha.

Semoga hajat anda dikabulkan!

Ikhlas,

AinulMalik
016-3353567
SID Shaklee Taman Puncak Saujana dan kawasan sekitar Kajang
Pos ke seluruh Malaysia



Saturday, January 3, 2015

Atasi Gatal Hidung dan Bersin Tanpa Henti Akibat Resdung Selepas Makan Ikan Pekasam

Makan ikan pekasam memang sedap sangat kan, tapi tak semua orang boleh bertahan tanpa mula rasa gatal hidung dan bersin tanpa henti.

Sudah tentulah anda ini ada resdung, bukan?

Saya juga suka makan ikan pekasam, walaupun tidak kerap tapi bila datang keinginan secara tiba-tiba atau bile ke kampung dihidangkan dengan nasi panas, ikan pekasam dan sambal belacan, siapa yang nak tolak rezki, kan?'


GAMBAR HIASAN ihsan Google

Ini tips dari saya bagaimana saya mengatasi masalah gatal hidung dan bersin setelah makan ikan pekasam :)

Sebenarnya, rahsia saya adalah, saya sentiasa ada penyelamat, iaitu Alfalfa Complex yang boleh dimakan sebelum atau selepas makan hidangan ikan pekasam tu.

Ambil saja 4 atau 5 biji alfalfa, boleh terus dimakan sebelum, selepas atau semasa hidung tengah gatal dan bersin-bersin. Insyaallah memang mujarab!

Jika anda bersin tanpa henti dan terus berhingus, ambil terus 2 biji Vitamin C Shaklee yang juga sangat berkesan menghentikan hingus atmau selsema dengan selesa. Ini adalah percubaan saya, anda bagaimana? Dah mencuba?

Jika anda tidak mahu kegatalan hidung dan bersin anda tu mengganggu diri sendiri ataupun orang sekeliling setelah mengambil ikan pekasam kegemaran anda, sila jadikan Alfalfa Complex ini sebagai teman rapat penyelamat diri dari masalah resdung dan gatal hidung ini.

Mudah saja tips kali ini. Boleh dapatkan stok sedia ada Alfalfa Complex mahupun Vitamin C Shaklee di kawasan Taman Puncak Saujana, Kajang dari saya dengan whatsapp atau hubungi 016-3353567, insyaallah saya akan membantu anda yang mempunyai masalah seperti saya yang alhamdulillah berkesan dengan pengambilan Alfalfa ini.

Kini, anda boleh makan makanan kegemaran anda ini dengan bahagia tanpa gatal-gatal hidung lagi!



Ikhlas,

Ainul Malik
016-3353567
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...