Showing posts with label Air. Show all posts
Showing posts with label Air. Show all posts

Tuesday, April 8, 2014

Cara Mengatasi Sembelit Mudah Lawas Setiap Hari

Alangkah seksa jika mengalami sembelit yang kerap setiap hari! 

Kita terpaksa menghabiskan masa yang lama meneran di dalam bilik air tetapi hasilnya tidak memuaskan.

Apakah itu sembelit?
Sembelit ialah masalah yang dialami oleh individu yang buang air besar kurang daripada 3 kali seminggu, yang diikuti oleh meneran (straining), sakit sewaktu buang air,  dan buang air dengan sukar. Biasanya najis adalah keras dan berketul ketul dan kering. Individu yang menghidapi masalah sembelit harus peka dengan penemuan darah atau lendir dalam najis kerana kewujudan darah atau lendiran mukus boleh membawa petanda masalah yang lebih serius seperti polyps (ketumbuhan pre kanser) atau penyakit radang usus besar.
Rujukan : http://www.blog.kesihatanonline.com/2012/05/masalah-sembelit-constipation.html



Apakah cara untuk mengatasi sembelit agar mudah lawas buang air besar setiap hari?

Makanan mengatasi sembelit/ makanan pelawas


1) Betik

Ihsan Google http://ctshahizashaari.blogspot.com/2012/05/kegemarankubetik.html

Betik mengandungi fiber yang membantu melawaskan usus. Amalan memakan betik setiap hari membantu kita membuang setiap hari, lagipun sedap kan betik ni? So, no more sembelit :)


2) Pisang

Ihsan Google http://smileofindonesia.blogspot.com/2013/06/pisang-banana.html

Pisang memang bagus sebagai pelawas untuk mengelakkan sembelit. Selain fiber, pisang mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, Vit B1, B2, B6 c, niasin dan folat.


3) Oat

Ihsan Google http://www.realfoods.co.uk/product/734/real-foods-organic-oat-groats-whole-bulk-wholesale

Oat sangat kaya dengan fiber, jadi inilah sebab mengapa oat berperanan sebagai pelawas, mengelakkan sembelit.
Diet yang mengandungi banyak serat makanan mengurangkan risiko penyakit dengan memperbanyakkan najis, mengurangkan masa transit makanan melalui saluran gastrousus, mengurangkan tahap kolesterol darah dan membantu mengawal tahap kandungan gula dalam darah.
Serat oat didapati merendahkan kolesterol darah apabila dimakan sebagai sebahagian diet rendah lemak. Adalah dianggarkan bahawa penurunan setiap satu peratus kolesterol darah dapat mengurangkan dua peratus risiko penyakit jantung koronori.

Artikel Penuh: 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0605&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_06.htm

4) Air

Amalan minum air ksong bagus untuk kesihatan
Air membantu proses penghadaman dalam badan, dan membantu proses pelawasan dalam badan, sebab itulah air berperanan untuk mengelakkan sembelit. Minulah air ksoong dengan banyak setiap hari, seelok-eloknya bersukat untuk setiap 20kg berat badan anda, minumlah 1 liter air. Jadi, kalau 60 kg? Minumlah 3 liter air berperingkat-peringkat setiap hari :)


Supplement Semulajadi mengatasi Sembelit


Supplement Shaklee untuk sembelit

1) Herblax


Herblax berperanan mengaktifkan usus supaya proses pelawasan dan pembuangan najis besar dapat berlaku dengan mudah. Jadi, Herblax berperanan membantu mengatasi sembelit dengan mudah!

Apa yang best bila consume Herblax?

a) Anda akan mudah lawas dengan khasiat senna leaves
b) Detoks badan, kerana mengandungi alfalfa dan blue malva flower
c) Najis menjadi lembut dan pergerakannya dimudahkan di dalam usus dengan khasiat dari herba Barkthon Bark
d) Jika anda terlebih makan dan juga mengambil alkohol, fennel seed atau jintan manis di dalamnya membantu mengeluarkan toksin terkumpuldan masalah kembung perut juga dapat diatasi
e) Badan yang mengandungi lebihan air dapat diatasi dengan khasiat akar culver atau Culver's root ini, ia juga sesuai untuk pesakit asma.
f) Yang paling best, sudah tentu anda akan rasa perut akan mengempis dan kurang buncit! Boleh dicuba pada orang belum mencuba herblax ini :)

Namun, Herblax tak boleh diambil setiap hari! Dapatkan aturan makan yang berkesan dari saya ya untuk hasil yang optima mengatasi sembelit.


2) Ostematrix

Kandungan magnesium di dalam Ostematrix membantu melawaskan kerana ia bersifat laksatif. Magnesium membantu juga untuk melembutkan najis

Ada satu kajian yang telah dijalankan di Jepun, terhadap wanita muda Jepun yang mengambil kurang fiber dalam diet seharian. Jadi, hasil ujikaji mendapati, jika mereka kurang mengambil air, dan juga magnesium, mereka akan mengalami sembelit ini. Bacalah kajian ini, best!

Tajuk :

Association between dietary fiber, water and magnesium intake and functional constipation among young Japanese women.


http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17151587



Jadi, sudah terbongkar rahsia mengapa Ostematrix sangat penting untuk masalah sembelit, bukan?

Selain dari Ostematrix dan Herblax, boleh mengamalkan Alfalfa setia hari kerana Alfalfa mengandungi fiber yang tinggi! Tapi, awas! Jika anda mengambil fiber dalam kuantiti yang banyak, minumlah air sebanyak yang mengkin, jika tidak, kesannya boleh jadi berlawanan. 

Jangan datang mengadu pada saya, kenapa sembelit saya semakin teruk?Solusinya : Minumlah air dengan banyak walau apa cara dan alasan anda sekalipun :)

Yang penting, makanlah makanan yang tinggi fiber, banyakkan minum air kosong dan lakukan senaman yang teratur setiap hari untuk membantu mengatasi sembelit ini.

Air boleh diminum bersukat, iaitu dengan mengambil 3 liter setiap hari. Bagaimanan dengan makanan? Cubalah alternatif pengambilan Herblax, dan Ostematrix sebagai pilihan Utama, juga Alfalfa Complex sebagai penambah fiber dalam diet seharian anda :)

Semoga anda bebas dari sembelit selepas ini. Selamat mencuba!



Dapatkan konsultasi dari ;




iR Ainul Malik
ID 854281
SMS 013-3536718
WA 016-3353567
COD Kajang, Taman Cheras Jaya, Cheras Batu 9

Friday, June 24, 2011

Teh Ais dan Batu Karang

Teh Ais yang sedap


Info ini adalah untuk diri saya sendiri yg setiap hari akan breakfast dengan teh o nipis panas (tetap ada teh kan, tambahan pula setiap hari bekerja) dan juga untuk mereka2 yang ingin berkongsi info kesihatan ini bersama saya.


Tahukah anda, disebalik kenikmatan dan kebaikan teh yang diperkatakan itu, teh ais menyimpan potensi yang membahayakan kesihatan. Sebuah kajian yang dilakukan oleh Loyola University Chicago Stritch School of Medicine menunjukkan bahawa kekerapan mengambil teh ais secara berlebihan boleh meningkatkan risiko menderita penyakit batu karang.




Batu karang




Seperti dipetik dari akhbar Times of India, teh ais mengandungi kuantiti dan konsentrasi tinggi oksalat (oxalate acid), salah satu bahan kimia utama yang membantu dalam pembentukan batu karang. “Bagi mereka yang memiliki kecenderungan sakit batu ginjal, teh ais secara jelas menjadi minuman terburuk,” kata Dr John Milner, pembantu profesor di Department Urology, yang turut membantu dalam kajian itu. Milner mengatakan, teh panas juga sebenarnya menyimpan kesan buruk yang sama.

Penyediaan dan penyajian teh panas biasanya lebih sedikit kuantitinya. Secara logiknya pula,  orang meminum teh panas tidak akan sebanyak bila meminum teh ais. Sangat jarang orang mengambil teh panas ketika haus. Berbeza dengan teh ais, di mana banyak orang sanggup meminumnya lebih dari segelas ketika haus dan cuaca panas.

Oleh sebab itu, Milner menyarankan agar mereka ini menggantikan pengambilan minuman itu dengan air kosong, atau mencampurnya dengan limau. “Limau kaya dengan kandungan citrates, yang dapat menghambat pertumbuhan batu karang,” kata Milner.


Batu karang adalah kristal kecil yang terbentuk dari mineral dan garam yang biasanya ditemui dalam peluh, ginjal atau saluran kencing. Mineral tak terpakai itu umumnya akan keluar dari tubuh bersama urin, tetapi dalam keadaan tertentu boleh mengendap dan membatu di dalam saluran kencing. 



Batu karang yang sebenar



Para pengkaji juga menyenaraikan sejumlah makanan lain yang berpotensi mendatangkan bahaya kesihatan. Mereka antara lain menyenaraikan: bayam, coklat, kekacang, garam, dan daging. Sebaiknya, pengambilan teh ais dan makanan-makanan itu diambil secara sederhana demi kesihatan ginjal. Sertakan pula pengambilan itu dengan makanan tinggi kalsium yang dapat mengurangkan oksalat dalam tubuh. Dan, tentu saja perbanyakkan meminum air kosong.



Semoga kita sentiasa terarah kepada cara hidup yang sihat!


Credit


Sharing is caring!

Wednesday, June 15, 2011

Mahu Mengira Jumlah Keperluan Air Harian Tubuh Anda?

Salam semua.

Saya akan kongsikan hari ini bagaimana untuk mengira keperluan air kosong yang diperlukan oleh badan setiap hari. Pengiraan ini berdasarkan berat badan dan boleh refer di website HSE Department. Namun begitu, jumlah pengambilan air juga bergantung kepada aktiviti seharian dan juga mengira faktor persekitaran contohnya cuaca.

-ihsan google-


Mari kita mengira sama-sama. (macam dalam kelas pulak :D)


Formula 1:

Weight in kilogram/30 = _______ liters (jumlah air min yg diperlukan)

Contoh;
Berat saya 56kg. Jadi, 56kg/30 = 1.866 liter



Formula 2:

Berat (pound)/2 = _________ oz (jumlah air min yg diperlukan)

Contoh;
Berat saya 56kg. Jika 1 kg = 2.2.462262 pounds; maka 56 kg = 125.7886672 lbs

Mengikut formula;
125.789/2= 62.8945 oz (jika 1 US fluid oz = 0.0295735296 liters); oleh itu
62.9 oz = 1.86 liters.


Mengikut pengiraan, sebenarnya setiap 25kg anda memerlukan 1L air. Betul? ;)


Oleh itu, untuk keperluan harian, saya sepatutnya mengambil MINIMUM (plus minus) 1.87 liter air setiap hari. bagi saya sebagai contoh yang paling dekat (takut ambil contoh org lain mengundang kontroversi) Itu adalah minimum, setelah ditimbangtara dengan aktiviti saya yang memberi lecture dalam kelas dan membuat praktikal makmal Biology kepada student, saya memerlukan sekurang2nya 2liter dan mungkin lebih. Belum campur dengan aktiviti memerah otak membuat soalan exam, soalan test, dan kerja2 pejabat yang lain. Oh ya, itu hanya aktiviti di tempat kerja. Balik dari kerja? Ya, aktiviti di rumah pula. Jadinya boleh dianggarkan sendiri keperluan air setiap hari mengikut keperluan individu masing2.



Bagi mereka yang mengambil supplement mestilah mengambil 3liter air untuk memastikan kepekatan darah sentiasa berada dalam keadaan seimbang. Air sangat2 diperlukan untuk meningkatkan metabolisma badan, menyingkirkan toksik, menstabilkan kepekatan darah dan meningkatkan proses penyerapan vitamin. Boleh lihat di sini untuk maklumat lanjut.  Begitu juga bagi ibu-ibu yang menyusukan dan juga mengambil supplement perlulah meningkatkan pengambilan air sebanyak 3liter setiap hari. Boleh juga rujuk di sini untuk artikel yg berkaitan. Terlalu banyak air sehingga kembung perut? Tidak. Jangan risau, bukanlah minum sekali teguk 3liter. Minumlah sedikit2 dan paling sesuai menyediakan bekas minuman agar kita dapat mengukur kuantiti air yang telah diambil.

Selepas ini, anda boleh tentukan sendiri jumlah pengambilan air harian untuk kekal sihat dan cergas setiap hari :)


Sharing is caring!

Friday, May 6, 2011

Kepentingan Pengambilan Air yg Banyak Bersama Supplement

Air sangat penting dalam kehidupan. Paling kurang kita dinasihatkan mengambil 8gelas air sehari. Bagi sesiapa yang mengambil supplement, dinasihatkan supaya mengambil lebih air tak kira samada mengambil SHAKLEE ataupun bukan. Tambahan lagi bagi ibu yang masih menyusukan anak, keperluan air sangatlah amat perlu dititikberatkan. Pengambilan 3liter air sehari adalah satu keperluan untuk mengekalkan keseimbangan dalam badan (homeostasis) dan melancarkan proses2 metabolisma dalam badan.
Ihsan Google

Banyak sgtla 3liter air tu. Boleh habis ke sebenarnya 3liter sehari? Apa kaitannya air dan pengambilan supplement semulajadi Shaklee ini?
  1. Supplement semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh, dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Air amat diperlukan dalam proses ini, jika tidak anda akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis
  2.  Pengambilan supplement adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Oleh itu perlu banyak minum air. Umpama mengacau sesudu gula dalam sebiji cawan dan sesenduk gula (menjadi sgt tepu kan?). Satu senduk gula pasti tidak sesuai dilarutkan dalam sebiji cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar iaitu jag.
  3. Berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organik semulajadi (buah-buahan asli), buah-buahan tidak memerlukan air yang banyak kerana ia sendiri sudah mengandungi air. Tahap kepekatan nutrient dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin. Bayangkan sebiji pil Vita-C 500mg Sustained Released sama dengan 7 biji oren. Berapa banyak air dalam 7 biji oren tu?

Jangan takut minum air yang banyak. Air yang banyak tidak akan menggemukkan. Sebenarnya pengambilan air yg banyak dapat meningkatkan metabolism badan dan membantu dalam proses pengurangan berat badan. Kalau takut perut buncit, minumlah air mengikut sunnah rasulullah s.a.w.
  1. Jangan minum sekaligus tetapi seteguk demi seteguk.
  2. Jangan bernafas di dalam air, bahkan menjauhkan bekas air dari mulut dan bernafas.
  3. Jangan hembus di dalam air, lihat ke dalam air sekiranya terdapat sesuatu yang jatuh ke dalamnya keluarkan ia.

Sangat penting agar tidak bernafas dan menghembus air yang diminum kerana gas karbon dioksida (CO2)yang dikeluarkan dari hidung dan mulut akan bercampur dengan air (H2O) menjadi karbonik asid H2CO3 iaitu asid yang lemah. Selain itu, jangan disulam air ketika makan. Minumlah air sebelum makan dan 20 minit selepas makan. Sekiranya sentiasa berada di tempat beraircond seperti saya, anda tidak akan sedar bahawa anda boleh menghabiskan 2liter air sepanjang berada di ofis dan 1 liter air lagi akan anda habiskan di rumah. Dengan syarat, banyakkan minum air kosong, bukannya air yg berperisa. Anda akan lihat perubahan yang ketara hasil dari pengambilan air yang cukup seiring dengan pengambilan supplement Shaklee ini, insyaAllah :D.

Sharing is caring!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...