Showing posts with label Alfalfa. Show all posts
Showing posts with label Alfalfa. Show all posts

Friday, January 9, 2015

8 Tips Atasi Keletihan Melampau Menguruskan Rumahtangga Buat Surirumah yang Bekerja di Rumah

Assalamualaikum wbh.

Macammana hari anda hari ni, para ibu-ibu yang gojes? Mengapa gojes? Kerana anda adalah ibu-ibu pilihan yang diberikan kekuatan untuk menguruskan rumah di samping bekerja dari rumah, yang tak semua orang mampu melakukannya! Jadi, bagaimana nak mengatasi keletihan melampau menguruskan rumahtangga buat ibu yang bekerja dari rumah?



Pernah tertidur sambil buat kerja rumah?



Bagaimana Atasi Keletihan Melampau Menguruskan Rumahtangga dan bekerja dari rumah?


1. Pastikan anda susun jadual waktu supaya tersusun perjalanan harian anda

Perjalanan hari kita sebenarnya boleh diuruskan dengan baik dengan cara menyediakan jadual waktu. Dengan adanya jadual waktu, kita dapat mengoptimakan pengurusan masa supaya semuanya seimbang antara keluarga dan kerja masing-masing.

Eh, daripada kita tak ada jadual waktu, kejap teringat nak sapu sampah, pastu teringat nak layan pelanggan, nak update rekod, tiba-tiba teringat belum masak, kan kucar kacir hidup dan memenatkan?


2. Berikan anak-anak aktiviti yang boleh mereka buat semasa anda bekerja di tepi anda.

Sediakan aktiviti untuk anak-anak semasa anda buat kerja sendiri supaya mereka tidak terlalu bergantung kepada anda dan ini akan membantu anda fokus dalam bekerja dan tidak memenatkan badan sendiri.
3. Dapatkan tidur yang berkualiti setiap malam.

Untuk dapatkan tidur malam yang lena, bersihkan diri sebelum tidur, sebaik-baiknya mandi dengan air panas, tapi jangan terlalu lama mandi malam ya, dan makanlah 4 biji ostematrix yang mengandungi potassium, magnesium dan Vitamin D yang membantu kita tidur lena. (Jangan lupa kunci jam pula ya!) :)

Inilah dia Kalsium yang lebih manfaat dari kalsium biasa


4. Jangan lupa detoks diri

Detoks adalah satu proses pembuangan toksin dari dalam badan yang sangat penting. Jika terlalu banyak toksin di dalam badan, anda akan selalu letih dan kelesuan. Detoks yang cepat dan selamat boleh dilakukan dengan mengambil :
  1. Alfalfa : Detoks lembut yang bagus diambil oleh wanita setiap hari
  2. Herblax : Detoks pada bahagian usus yang membantu melawaskan pembuangan air besar
  3. DTX Complex : Detoks hati yang akan membuang segala toksin-toksin yang masuk ke dalam badan melalui mulut (makan) ataupun hidu (asap pencemaran dan sebagainya)
Bila anda cukup detoks, anda akan lebih bertenaga untuk menjalani kegiatan harian setiap hari!




5. Supplement pagi 

Supplement pagi diambil selepas mengambil sarapan pagi yang berat. Mengapa perlu sarapan dan supplement pada waktu pagi? Supaya kita cukup tenaga untuk menjalani aktiviti seharian yang mencabar dan supplement ini sangat penting untuk mencukupkan segala nutrisi yang kurang dalam badan yang menyebabkan keletihan melampau yang berpanjangan.

Saya ambil :
  1. B kompleks : Untuk menjana tenaga dan mengurangkan tekanan (stress)
  2. Omega guard : Untuk kesihatan yang optima, kelancaran darah dan membantu menjana tenaga dari pembakaran lemak oleh Omega 3 ini. Omega ni pun boleh kurangkan stress mak-mak yang penat tau sebab dia seimbangkan hormon dalam badan :)
  3. Ostematrix : Kalsium tinggi dari ostematrix membantu kita menghilangkan sakit-sakit badan dan tulang, sakit belakang, lenguh pinggang, kebas kaki dan sebagainya, jadi keletihan dari dikurangkan.

Supplement yang saya ambil untuk cergas bertenaga


6. Pastikan Badan Ambil Cukup Protein

Protein yang mencukupi di dalam badan, membantu badan untuk lebih bertenaga. Oleh itu, ambillah ESP setiap pagi sebelum sarapan supaya membekalkan badan dengan kandungan protein yang cukup untuk kekal bertenaga menjalankan tugas harian setiap hari.


Saya menyarankan ibu-ibu mengambil ESP kerana kandungan protein yang cukup dengan asid amino yang diperlukan dalam badan mempengaruhi tenaga anda untuk bekerja dengan bertenaga di rumah :)





7. Ambil Teh tenaga :


Teh tenaga ini boleh diambil pada bila-bila masa sahaja, kecuali sebelum tidur malam kerana anda akan segar bertenaga dan berjaga sepanjang malam!


Teh Cinch tenaga ini, mengandungi antioksida tinggi dari ekstrak teh merah, serbuk teh Hijau Matcha, ekstrak teh Putih dan ekstrak teh rooibos. Memang siapa yang ambil pasti bertenaga dengan jaminan 100% dari saya yang telah mencubanya!





8. Vivix, minuman tenaga yang bertindak jauh ke dalam DNA


Wah, siapa yang memilih Vivix ini pasti akan tersenyum girang sambil bertenaga sentiasa. Di samping mendapat kelebihan tenaga yang optima, badan akan semakin sihat dengan pengambilan Vivix yang istiqamah.


Vivix ni membantu sel menjana tenaga dalaman dengan sangat berkesan! Siapa yang belum cuba, cubalah, mesti terasa sesuatu kelainan pada badan anda, luar dan dalam, aw! Gojes gitu!





Saya memang memahami apa yang anda lalui dan masalah-masalah ibu-ibu yang memilih untuk bekerja dari rumah. Dengan kain yang menimbun belum berbasuh, atau sudah berbasuh belum berlipat, rumah berselerak kerana anak-anak setiap masa beraktiviti, keperluan untuk memasak paling kurang 2 kali sehari, belum kira anak nak makan secara tiba-tiba, anda wajib memastikan diri anda kekal bertenaga dan keletihan melampau harus dihapuskan secepat yang mungkin!





Pada yang ingin mendapatkan supplement pembantu penambah tenaga dan menghilangkan keletihan melampau ini, boleh terus hubungi saya, Ainul Malik, 016-3353567. Semua penghantaran seluruh Malaysia boleh diuruskan demi membantu ibu-ibu bekerja dari rumah di luar sana dapat manfaat yang sama di samping berjaya menguruskan rumahtangga dengan riang dan gembira!



Walaupun sibuk bekerja, tapi anda tetap tersenyum gembira



Salam ikhlas,


Ainul Malik

WAHM bahagia.

Saturday, January 3, 2015

Atasi Gatal Hidung dan Bersin Tanpa Henti Akibat Resdung Selepas Makan Ikan Pekasam

Makan ikan pekasam memang sedap sangat kan, tapi tak semua orang boleh bertahan tanpa mula rasa gatal hidung dan bersin tanpa henti.

Sudah tentulah anda ini ada resdung, bukan?

Saya juga suka makan ikan pekasam, walaupun tidak kerap tapi bila datang keinginan secara tiba-tiba atau bile ke kampung dihidangkan dengan nasi panas, ikan pekasam dan sambal belacan, siapa yang nak tolak rezki, kan?'


GAMBAR HIASAN ihsan Google

Ini tips dari saya bagaimana saya mengatasi masalah gatal hidung dan bersin setelah makan ikan pekasam :)

Sebenarnya, rahsia saya adalah, saya sentiasa ada penyelamat, iaitu Alfalfa Complex yang boleh dimakan sebelum atau selepas makan hidangan ikan pekasam tu.

Ambil saja 4 atau 5 biji alfalfa, boleh terus dimakan sebelum, selepas atau semasa hidung tengah gatal dan bersin-bersin. Insyaallah memang mujarab!

Jika anda bersin tanpa henti dan terus berhingus, ambil terus 2 biji Vitamin C Shaklee yang juga sangat berkesan menghentikan hingus atmau selsema dengan selesa. Ini adalah percubaan saya, anda bagaimana? Dah mencuba?

Jika anda tidak mahu kegatalan hidung dan bersin anda tu mengganggu diri sendiri ataupun orang sekeliling setelah mengambil ikan pekasam kegemaran anda, sila jadikan Alfalfa Complex ini sebagai teman rapat penyelamat diri dari masalah resdung dan gatal hidung ini.

Mudah saja tips kali ini. Boleh dapatkan stok sedia ada Alfalfa Complex mahupun Vitamin C Shaklee di kawasan Taman Puncak Saujana, Kajang dari saya dengan whatsapp atau hubungi 016-3353567, insyaallah saya akan membantu anda yang mempunyai masalah seperti saya yang alhamdulillah berkesan dengan pengambilan Alfalfa ini.

Kini, anda boleh makan makanan kegemaran anda ini dengan bahagia tanpa gatal-gatal hidung lagi!



Ikhlas,

Ainul Malik
016-3353567

Thursday, November 20, 2014

Cara Cepat Menghilangkan Sakit Mata Gatal, Merah dan Bengkak Supaya Cepat Masuk Kerja

Assalamualaikum wbh. Semoga anda semuanya sihat sejahtera. Saya baru sahaja sembuh dari sakit mata yang merah, gatal dan bengkak untuk hari yang ketiga.


Jangkitan bakteria akibat conjunctivitis

Sangat terkejut ok bila bangun pagi, rasa mata melekat bagai digam, dan rupanya terdapat banyak tahi mata yang melekat di sekeliling mata. Bangun tengok cermin, rupa-rupanya mata anda merah menyala dan nampak semakin mengecil akibat bengkak di keliling bahagian mata!


Inilah conjunctivitis, disebabkan oleh bermacam-macam punca, bakteria, atau virus atau alahan. Boleh baca di sini ya untuk penerangan lanjut http://en.wikipedia.org/wiki/Conjunctivitis



Oh, punca saya terkena sakit mata yang merah, gatal dan bengkak ini adalah kerana saya bermandi manda di kolam mandi sebuah resort di tempat peranginan di Malaysia. Sebab itu orang tua-tua pesan, masa bergembira, beringatlah berpada-pada ya! Setiap yang berlaku ada hikmahnya, saya tetap menghargai setiap saat kegembiraan di sana yang tak dapat dijual beli! Priceless, alhamdulillah!

Best sangat bercuti di sini :)


Nampaknya ini kali kedua saya terkena sakit mata, tapi, alhamdulillah, kali ini saya dapat atasi dengan lebih cepat berbanding yang dahulu. Nak tahu apa rahsia saya?


Kalau waktu dahulu, sakit mata saya sampai tak dapat melihat cahaya, jadi penyelesaiannya berspek mata hitamlah saya! wah, nampak bergaya, tapi sebenarnya mata saya tak dapat nak bukak dengan besar sebab tak tahan silau :)



Eh, ini bukan masa saya sakit mata :)


Kalau waktu dahulu, mata saya rasa sangat berat berpasir, memang perit yang amat, kali ini alhamdulillah saya belum sampai ke peringkat mata rasa kesat berpasir.


Kalau waktu pertama kali dulu, saya rasa nak pegang biji mata pun terasa bengkaknya, kali ini memang pegang masih terasa sakit dan bengkak, tetapi alhamdulillah pada hari ketiga dah surut semuanya :)


Rahsia cara cepat menghilangkan sakit mata yang gatal, merah dan bengkak adalah :


1. Pergi berjumpa doktor dengan segera!


Kawan-kawan, tolonglah jangan takut nak berjumpa doktor. Disebabkan saya dah kali kedua terkena sakit mata ni, saya terus bertindak berjumpa doktor mata dengan segera kali ini.


Saya dapat ubat titis Maxitrol dan ointment. Ubat titis itu dititiskan 4 kali sehari dan ointment, iaitu ubat sapu disapu di sekeliling mata sebelum tidur.


Kali ini saya tidak mendapat antibiotik seperti kali pertama terkena sakit mata dahulu.



Ubat sakit merah mata saya


2. Saya titiskan susu ibu saya kepada anak saya.


Ya, anak saya Aiman dan Amni terlebih dahulu terkena sakit mata ini dan saya memang berjangkit dari mereka berdua! Jadi, saya ambil kesemua supplement ini dan menyusukan Amni sepenuhnya dan juga titiskan air susu badan ke dalam mata anak-anak. Memang ternyata kedua-dua mereka sembuh dalam masa 2 hari saja, alhamdulillah.

Untuk diri sendiri? Saya belum cuba ini, oopsss :D


3. Menjaga kebersihan


Pastikan kesemua baju, tuala dan sarung bantal yang digunakan dibersihkan seberapa segera untuk mengelakkan jangkitan berleluasa.


Basuh tangan dengan kerap dan keringkan dengan sempurna. Lap tahi mata yang berlebihan dengan kertas tisu yang boleh dibuang terus ke dalam tong sampah bertutup.


4. Jangan lupa berdoa!


Maka, bila dah sakit ni mula lah menghargai masa-masa kita sihat, kan? Bersyukurlah sebab diberikan kesakitan ini, insyaallah kita akan sentiasa ingat pada Allah yang Menyembuhkan.




Doa sakit mata


Ya Allah , Tuhan (yang memelihara) manusia, yang menghilangkan kesusahan, sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada suatu penyembuhan kecuali kesembuhanMu, sembuh yang tidak diiringi sakit juga penderitaan kecuali kesembuhanNya.
Maka Kami singkapkan daripadamu tutup yang menutupi matamu, maka penglihatanmu pada hari ini amat tajam (Surah al-Qaf : 22).
Maka kelak kamu akan melihat dan mereka pun akan melihat (Surah al-Qalam : 5)
(Ruqyah Asas Perubatan Islam oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din)

5. Saya mengurangkan rasa gatal mata dengan Alfalfa Complex dan Garlic. Garlic ni bukan sebarangan bawang putih tau, sanggup ke gigit bawang putih mentah-mentah tu? Saya ambil tablet garlic complex Shaklee yang mudah ditelan tanpa perlu dikunyah dan tahan baunya yang wangi itu :)


Tahan dengan mengunyah bawang putih asli?


Ya, perlu diketahui mengapa anda sakit mata. Kerana jangkitan bakteria? Kerana mata luka? Saya sakit mata kerana jangkitan bakteria. Jadi, untuk mengurangkan kegatalan, memang saya ambil alfalfa untuk mengurangkan gatal yang sampai rasa nak garu-garu mata dan sekeliling mata dan juga garlic yang membantu meningkatkan ketahanan terhadap bakteria.

Kalau nutriferon masih ada stok, pasti akan dirembat cepat nutriferon itu!

5. Selain itu, rahsia saya adalah, saya turut mengambil phytocol untuk meningkatkan imuniti badan dan mengurangkan rasa ketidakselesaan akibat gatal alahan ini. Phytosterol di dalam Phytocol turut membantu tau dalam meningkatkan imuniti badan!

6. Saya mengurangkan bengkak mata dengan Omega Guard.

Ya, saya ambil omega guard untuk mengurangkan bengkak di sekeliling mata saya yang sepet ini. Omega guard juga membantu meningkatkan imuniti badan dan mengurangkan alahan tau :)


Jom cuba tips amalan saya jika malu keluar rumah dengan mata bengkak merah menyala.

Gambar di atas adalah 50% penyembuhan, insyaallah lepas ni mata terang berseri pula dengan Carotomax :)


Semoga perkongsian saya ini membantu anda semua di luar sana untuk mengikuti langkah menghilangkan sakit mata yang gatal, merah dan bengkak dengan cepat.



Jika ada pertanyaan, malu sebab mata membengkak dengan teruk, terpaksa menahan gatal mata dengan lama, jangan biarkan masalah ini berlarutan terlalu lama, hubungilah saya di 016-3353567 melalui whatsapp atau sms, kerana saya memang memahami perasaan anda!


Saya yang ikhlas membantu anda,

AinulMalik
016-3353567


Wednesday, October 22, 2014

Rahsia Banyakkan Susu Ibu Dengan Berkesan Dari Ibu Yang Gagal Menyusu Anak Pertama

Assalamualaikum para ibu semua :)

Ramai yang mencari-cari rahsia dan tips untuk banyakkan susu ibu dengan cepat dan berkesan. Insyaallah, saya akan berkongsi segala yang saya tahu melalui pengalaman dan dan pengetahuan yang sentiasa saya timba untuk menyediakan susu badan yang secukupnya buat Amni Zahraa, anak kesayangan saya.


Ya, dulunya memang saya bekerja. Keluar rumah jam 7.30 pagi dan sampai ke rumah jam 7 malam. Saya dah melalui bermacam-macam perit dan getir dalam bidang penyusuan ini, iaitu :
  1. Aiman anak pertama reject menyusu dari saya sekitar usianya 3bulan
  2. Susu mengering dan terus terpaksa berhentikan penyusuan badan kepada Aiman
  3. Lahir anak kedua, Amni terkena kuning sehingga admit wad, saya berusaha memperbanyakkan susu ibu di awal pantang
  4. Susu badan saya mulai merudum ketika Amni 5 bulan-7bulan

Pengalaman Penyusuan Saya Gagal untuk Anak Pertama


Anak pertama, Aiman reject menyusu terus dari badan. Memandangkan ini kali pertama saya menyusukan anak, jadi, bacaaan dan ilmu online yang saya timba selama 9 bulan rupanya belum cukup membuatkan saya mahir untuk menyusukan Aiman. 

Ini maknanya, saya kurang lagi menggali ilmu. Saya kurang bertanya dengan orang-orang yang berpengalaman, saya tidak membaca buku, hanya mengharapkan sumber ilmu dari internet yang saya anggap cukup, rupa-rupanya tidak.

Setelah berpengalaman menyusukan Amni sepenuhnya, saya tahu masalah saya gagal menyusukan anak pertama sepenuhnya adalah kerana :

  1. Cara latching dan perlekapan mulut anak dengan payudara ibu adalah salah, membuatkan susu tidak mengalir dengan secukupnya
  2. Kurang direct feed bermakna kurang stimulasi
  3. Saya dah perkenalkan anak pertama dengan susu formula, jadi dia lebih selesa minum susu susu yang banyak dari botol berbanding badan
  4. Saya kurang mengepam susu semasa kerja membuatkan susu badan saya membengkak dan berkurang kerana kurangnya permintaan, iaitu supply on demand
  5. Pam susu saya bermasalah, dan saya melengahkan membaikinya membuatkan hasil pengepaman susu saya tidak banyak kerana pam rosak
Jadi, disimpulkan di sini bahawa kegagalan penyusuan badan kepada anak pertama berpunca dari sikap ibu sendiri, ya, saya tahu ini salah saya dan saya cuba memperbaiki kesalahan saya untuk anak kedua.

Prinsip Penyusuan Badan yang Perlu Difahami untuk Menjayakan Penyusuan Badan


Ibu perlu faham bahawa kita tidak boleh bergantung kepada supplement saja semata-mata tanpa mengamalkan prinsip asas penyusuan dan mengaplikasikan teknik teknik ini dengan ilmu.


Prinsip asas penyusuan :



  1. Banyakkan direct feeding dan stimulasi untuk menghantar isyarat kepada badan menghasilkan lebih banyak susu, kerana kilang susu kita demand on supply
  2. Banyakkan minim air kosong, lebih dari 3 liter. Banyaknya! Malaslah! Kenapa kena minum sebanyak tu? sebab kita menggunakan air untuk proses dalaman badan kita dan untuk menampung penghasilan susu kepada anak selama 24 jam! Jadi? fikir-fikirkan :)
  3. Banyakkan berdoa, kurang berdoa bermakna kita hanya redha dan tidak bersungguh mahukan susu dihasilkan dari badan sebagai rezeki tidak terhingga dari Allah.
Jadi, jika anda ibu yang betul-betul mahu berikan yang terbaik buat anak anda, anda akan rela menyediakan fizikal dan mental untuk menghasilkan susu sebanyak mungkin! Siapa yang tak mahu anaknya montel dan gebu kan?


Kenapa saya kecewa tidak dapat menyusukan anak sepenuhnya?


Dahlah dalam susu badan kita tu ada khasiat antibodi yang tiada dalam susu formula, mana nak cari susu formula yang dapat tandingi susu badan kita?

Perbandingan formula milk dan breatmilk ihsan Google

Wah, menangis saya tengok carta ini! Bayarla duit ribuan ringgit untuk beli susu formula memang tak dapat tandingi kenikmatan dan kehebatan susu ibu ini!

Dalam susu formula ada ramuan kasih sayang?

Masyaallah, ini satu lagi yang boleh buatkan saya menangis. Alhamdulillah, untuk Amni Zahraa, saya dapat berzikir Ya Matin (Zikir penambah susu), Ya Wahab (Zikir tambah rezki) Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir (Zikir erat kasih sayang), Ya Rahman Ya Rahim (Kasih sayang) Ya Hakim (untuk kebijaksanaan) dan banyak lagi sepanjang menyusukan Amni dan juga sepanjang mengepam susu untuknya.

Memang sangat terharu, kan? Sebab implikasinya adalah kita menyalurkan susu terhebat dunia dengan zikir-zikir yang lahir dari ibunya sendiri, semoga bertambah-tambah berkat susu untuk anak kita tu nanti.

Saya ada kongsikan doa untuk memperbanyakkan susu di entry ini, sila klik ya.


Tegap dan montel anak susuan ibu mama ni, Amni Zahraa


Milk Booster penambah lagi hasil susuan saya


Selain itu, saya memang mengaku, memang saya menggunakan supplement untuk menambahkan lagi pengeluaran susu saya. Saya mengamalkan makan ESP, alfalfa, lecithin dan ostematrix sebagai supplement yang utama, dan B compleks, Vitamin C dan Vitalea sebagai booster menambahkan nutrisi terbaik buat anak saya.


  1. ESP : Sumber protein yang lengkap untuk menghasilkan susu di dalam badan dan memekatkan susu
  2. Alfalfa : Milk booster
  3. Ostematrix : Sumber kalsium yang penting untuk memperbanyakkan susu
  4. Lecithin : Melancarkan pengaliran susu yang bertukar jadi lemak jika susu tidak dihisap oleh anak
  5. B kompleks : Sumber untuk nutrisi kualiti susu, penting untuk saraf ibu dan anak dan penghilang stress ibu
  6. Vitamin C : Imun booster ibu dan bayi
  7. Vitalea : Nutrisi yang paling lengkap untuk kesihatan optima ibu dan bayi


Dan sememangnya kesemua ini adalah produk Shaklee, vitamin semulajadi yang telah menjalani kajian berpuluh tahun dan diiktiraf oleh Saintis seluruh dunia tentang keberkesanan dan isu selamatnya vitamin ini untuk sel badan kita dan anak kita.


Pengalaman yang indah ini pastinya saya akan kongsikan kepada ibu-ibu yang memerlukan.


Syukur, rezeki selepas BANGKIT dari kegagalan

Jika perlukan konsultasi dari saya, bolehlah hubungi saya di 016-3353567, kita berbual dari hati ke hati dengan whatsapp kerana saya memang faham jerih perih ibu yang gagal menyusu kerana saya pernah gagal kali pertama dengan anak pertama saya! Sangat pedih, ok!

Saya juga banyak berhubung dengan pakar laktasi untuk membantu menyelesaikan masalah saya. 

Untuk mengubat duka lara anda, jom saya kongsikan satu video yang memberikan inspirasi dari Peer Lactation terkenal, Dilla Jalil rakan saya dari Ipoh Perak ini. Best video ni :) 

Beliau adalah salah seorang yang saya banyak berkongsi suka duka perjalanan penyusuan saya, dan kali ini saya pula ingin menyalurkan manfaat buat anda semua!


Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.


Insyaallah, saya akan berkongsi dengan para ibu di luar sana cara mengatasi stress sepanjang penyusuan yang penuh cabaran ini dalam entry seterusnya!

Tungguuuuuu!

Semoga sharing saya memberi semangat dan inspirasi buat ibu-ibu yang hampir berputus asa di luar sana untuk berjuang menyusukan anak selama mana yang mungkin! Insyaallah, demi membesarkan anak kurniaan Allah nikmat yang tidak terhingga!


Anak-anak syurga saya
Anak adalah permata syurga dari Allah. Maafkan Mama, Aiman, mama tak bermaksud nak menghentikan penyusuan lengkap mama kepada Aiman dulu. Terima kasih kerana kehadiran Aiman banyak mengajar mama menjadi seorang ibu yang terbaik. Terima kasih ya Allah kerana dengan ilmu Mu ini dapat ku berikan yang terbaik buat Amni Zahraa. Tiada bezanya kedua-dua anak ku ini, mereka adalah yang terbaik buat saya selama-lamanya!

Terima kasih ya Allah mengurniakan saya permata syurga ini! Akan ku penuhi tanggungjawabku sebagai ibu sebaik-baiknya sementara masih ada usia. 

Mama sayang kalian berdua tiada taranya!

* Insyaallah, tidak lama lagi ebook penyusuan saya akan keluar, boleh tinggalkan no whatsapp anda di ruang komen untuk saya maklumkan kehadirannya nanti. Semoga ia bermanfaat buat ibu-ibu yang melalui breastfeeding journey yang penuh pancaroba!

Ikhlas membantu dari hati ;

Ainul Malik
016-3353567

Saturday, September 27, 2014

Kepentingan Alfalfa Kepada Traveller/Pengembara Yang Penting Untuk Diketahui

Kisah saya, Alfalfa dan Travel.

Saya memang tidak akan meninggalkan alfalfa kalau nak travel.



Alfalfa yang bermanfaat untuk segala macam masalah badan kita





Sebab apa?

1) Alfalfa ni bantu saya tahan perut tak gastrik sebab perut saya memang tak tahan kalau tertinggal waktu makan, iaitu makan tak tentu waktu

2) Kalau saya sakit perut, selain gastrik pun, memang saya cari alfalfa, contohnya tersalah makan, saya makan alfalfa memang lega

3) Badan saya banyak angin, memang kalau travel, makan Alfalfa ni insyaallah saya akan membuang angin (Eh, lega tau, sebab kalau banyak angin, sakit kepala!)

4) Kalau saya makan terlalu banyak seafood/makanan laut, saya akan gatal-gatal badan, jadi, lepas makan makanan laut, terus telan alfalfa mesti saya akan tidur malam dengan lena

5) Bila banyak berjalan, kaki akan sakit sendi, sebelum tidur, makan alfalfa bangun pagi memang takkan rasa sakit kaki lagi

6) Makan alfalfa sebelum tidur juga membantu saya lawas keesokan paginya. lagipun, alfalfa ni detox, mesti kita akan merapu-rapu sepanjang perjalanan kan, yelah, bila berjalan mesti nak layan tekak juga kan, betul tak?

Ini kisah saya bila travel, saya takkan meninggalkan alfalfa!

Siapa traveller yang sama macam saya, bila tertinggal alfalfa di rumah rasa kurangnya nikmat perjalanan tanpa alfalfa?

Tuesday, July 8, 2014

Penawar Gout dengan Vivix Shaklee

Alhamdulillah, seorang kawan ayah saya sendiri KINI telah menemui penawar gout yang telah dihidapi selama berpuluh tahun, iaitu dengan Vivix Shaklee. 

Pakcik ini memang bergantung kepada ubat gout dan painkiller, sehingga jika terlupa untuk makan ubat, buku lalinya akan bengkak dan dia tidak dapat jalan seperti biasa.

Ini memang testimonial ikhlas dari hati seorang anak yang sangat risaukan kesihatan ayahnya.


Penawar Gour dengan Vivix Shaklee

Namun begitu, saya tidak claim bahawa dengan Vivix Shaklee adalah ubat gout, kerana ia adalah salah dari segi etika pengiklanan Kementerian Kesihatan Malaysia. Anda perlu merujuk dengan doktor mengenai masalah ini. Namun begitu, apabila kesan positif di depan mata menunjukkan hasil yang terbaik, apalah salahnya jika share kerana Vivix Shaklee supplement semulajadi ini sudah sememangnya selamat diserap oleh sel-sel badan.

Mengapa? jom kita tengok lebih lanjut lagi SEBAB-SEBAB mengapa VIVIX ITU BERKESAN :)


Pertama sekali, kita tengok dulu apakah itu gout?

Gout berlaku apabila jumlah asid urik meningkat dan berlebihan di dalam darah. Bila berlebihan, ia akan menyebabkan mendapan kristal asid urik di persekitaran sendi ataupun dalam sendi yang menimbulkan keradangan, oleh itu akan rasa sakit sendi.

Boleh rujuk mengenai gout di link Dr Anwar Arshad.

Jom lihat semula artikel saya yang bertajuk Rawatan Gout Lelaki dan Wanita dengan Sumber Semulajadi.



Jika anda ada rasa seperti di bawah, anda mengalami simptom gout yang nyata :

  1. Sakit, merah dan bengkak pada sendi
  2. Demam
  3. Keradangan tisu, menyebabkan kulit di sekitar bengkak


Di dalam artikel tersebut, saya telah menyenaraikan supplement yang membantu menjadi penawar untuk bengkak sendi seperti ini iaitu :

  1. Vivix yang dapat memulihkan sel dan ketidaknormalan sel dari peringkat dalaman
  2. Herb Lax : Untuk detox membuang sisa2 toksin di dalam badan
  3. Alfalfa complex : Menurunkan paras asid di dalam badan, dan menyingkirkan toksin dalam badan
  4. B kompleks : Asid folik sangat penting dalam metabolisma nukleoprotin
  5. Vita C : Membantu dalam penyembuhan keradangan
  6. Garlic : Bagus untuk mengurangkan bengkak dan sakit
  7. Vita E : Menuetralkan radikal bebas
  8. Ostematrix : Bagus untuk mengurangkan bengkak dan sakit
  9. Omega : Mengurangkan inflamasi pada kawasan gout dan bagus untuk sendi

Sekarang, mari kita kaji bagaimana Vivix dapat membantu mengurangkan rasa sakit gout ini.



Tindakan Vivix yang Terbaik untuk Gout


Penawar gout terabit
Vivix supplement semulajadi terbaik

Seperti yang kita sedia maklum, Vivix bertindak melalui 4 cara iaitu :

  1. Memperbaiki DNA
  2. Mengurangkan inflamasi
  3. Meningkatkan penghasilan tenaga
  4. Mengelakkan pengumpulan protein AGE (Advanced Glycation End Product)

Jadi, pertama sekali, Vivix telah memperbaiki kesemua kerosakan pada sel darah dengan menstabilkan kandungan asid urik ke tahap yang normal.

Setelah itu, ia juga memperbaiki sel-sel yang telah membangkak dan sakit itu supaya kembali kepada sel yang sihat.

Vivix jugak mengelakkan pengumpulan protein-protein hasil pengikatan gula dan protein berlebihan dalam badan yang mengundang kepada penyakit-penyakit kronik di dalam badan seperti diabetes, alzheimer dan penyakit salur darah.

Bezanya Vivix dengan supplement yang lain, adalah, Vivix bertindak dari dalam DNA lagi, iaitu unit terkecil di dalam sel manusia yang mengandungi maklumat genetik kita!

Menakjubkan, bukan?

Itulah keistimewaan vivix!

Jom kita lihat seorang lagi pengguna Vivix yang telah menjumpai penawar goutnya. Dari Oversea, dan umurnya adalah 75 pada tahun 2010 :) 

Selepas mengalami gout beberapa kali, beliau mula mengamalkan Vivix pada Oktober 2009 dan pada 2010, kesan menakjubkan telah dirasai iaitu tiada lagi serangan gout yang dialaminya. Testi ini dikeluarkan oleh seorang Doktor perubatan, iaitu Dr Bob. Boleh lihat artikel blognya di sini.


Pengguna Vivix dari blog Dr Bob


Sebenarnya, yang paling nyata adalah, Vivix adalah supplement semulajadi, oleh itu kadar penyerapannya memang lebih bagus berganda-ganda dari supplement sintetik. Sebab itulah kesan positifnya cepat bertindak dan menunjukkan hasil. Selain itu, kandungan resveratrol nya yang sangat tinggi menunjukkan impak yang sangat bagus dan positif terhadap kesihatan kita.

Jangan ragu-ragu lagi dengan Vivix! Jika anda adalah pesakit gout, anda tahu deritanya sakit ini, pasti anda lebih menghargai perkongsian ikhlas dari hati ini kerana anda akan ceria kegembiraan selepas merasai kenikmatan Vivix Shaklee! Insyaallah, dengan izin Allah, tuhan yang Maha Menyembuhkan semua penyakit.

Yang penting, usaha, doa dan tawakkal!


Jom Order Vivix @ Set Gout sekarang!



Order Vivix :

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=d88518acbcc3d08d1f18da62f9bb26ec

Order Set Gout Lengkap :

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=042aec9e604155f2f06c0a16c5f9ba06

Semuanya di hujung jari! Mudah dan pantas untuk kesihatan menyeluruh anda dan keluarga tersayang!


Saya doakan anda yang mencuba Vivix dan set gout ini juga mengalami berita yang positif dan menggembirakan hati seperti perkongsian testimonial saya hari ini!


Tiada lagi gout dengan Vivix, insyaallah :)



Salam kasih sayang dari saya,

Ainul Malik
013-3536718/whatsapp 016-3353567



Wednesday, June 4, 2014

Vitamin E Supplement Kecantikan Popular Trend Remaja Masa Kini

Vitamin E Shaklee memang dikejar-kejar golongan remaja masa kini.


Kisah ini kisah benar mengenai permintaan Vitamin Kecantikan Shaklee di kalangan remaja lelaki masa kini


Bukan yang jambu saja perlukan vitamin Kecantikan Shaklee ini, tetapi permintaan nya di kalangan remaja meningkat dari hari ke hari


Mengapa Vitamin E begitu popular di kalangan remaja sekarang?




1) Vitamin E bertindak sebagai Antioksidan yang memulih dan memelihara kulit remaja anda

Vitamin E boleh menuetralkan semula kesan oksidasi dari radikal bebas yang menyebabkan kolagen kulit kita rosak, kulit menjadi kering dan permulaan kedutan pada wajah. Takutnya!


2) Vitamin E adalah Antioksida yang sangat KUAT (SUPERPOWER ANTIOXIDANT) tetapi malangnya, badan kita tak dapat menghasilkan Vitamin E ini. Terpaksalah kita mengambil dari sumber makanan, tetapi jika tidak juga mencukupi (dah cek sumber makanan harian anda ada tak Vitamin E?) kita terpaksa ambil supplement dari luar untuk memastikan penuaan pra-matang (premature aging) dan kerosakan pada DNA. Tak sepatutnya berlaku pada usia yang muda bukan?


3) Pengambilan Vitamin E untuk jangka masa yang lama dapat mengurangkan sunburn dari radiasi UVB (sinaran ultra violet). Teringat kisah saya kena berkawad dulu2 mesti muka berbelang-belang tapi masa tu taktau nak pakai apa. Tapi tak bermakna boleh duduk di bawah panas matahari lama-lama tanpa perlindungan pulak ye ;)


4) Vitamin E ni boleh membantu menghilangkan parut jerawat (sementara kulit masih muda, bagus amalkan Vitamin E secepat yang mungkin).



Mengapa Vitamin E Shaklee adalah Pilihan Yang Terbaik Untuk Mengatasi Masalah Muka Remaja?



1. Supplement Vitamin E Shaklee adalah semulajadi yang sememangnya lebih berkesan dua kali ganda dari supplement sintetik (Dipetik dari Buku New Vitamin Bible, Earl's Mindell, 2011)

2. Supplement Vitamin E Shaklee mengandungi 400 IU Vitamin E semulajadi, dos yang optima untuk pengambilan harian

3. Supplement Vitamin E Shaklee mengandungi selenium 65mcg yang sangat membantu untuk keberkesanan Vitamin E untuk bertindak dalam badan.
Research has found that vitamins C and E, as well as selenium, can help protect the skin against sun damage and skin cancer. And they may actually reverse some of the discoloration and wrinkles associated with aging. These antioxidants work by speeding up the skin's natural repair systems and by directly inhibiting further damage, says Karen E. Burke, MD, PhD, of the Mount Sinai School of Medicine's department of dermatology. 
Burke recommends taking supplements containing 1,000 to 3,000 milligrams of vitamin C, 400 international units of vitamin E (in the D-alpha-tocopherol form), and 100-200 micrograms of selenium (l-selenomethionine) to gain the most benefit. 
http://www.webmd.com/vitamins-and-supplements/lifestyle-guide-11/beauty-skin-care-vitamins-antioxidants 

4. Supplement Vitamin E Shaklee mengandungi ekstrak Grape Seed 39.4 mg yang membolehkan tindakan antioksidanya melebihi 50 kali ganda dari vitamin E itu sendiri. Ia membuatkan kulit nampak lebih cantik dan licin dalam masa yang cepat dan berkesan. Procyanidin dari ekstrak ini membuatkan kulit nampak lebih anjal!


Bacaan Vitamin E untuk kecantikan kulit

Sebenarnya, saya baru dapat order dari seorang remaja LELAKI, yang bermasalah jerawat. Ya, memang dia lelaki, dia bukan jambu, tetapi dia mahukan kulit yang lebih baik dari kulitnya sekarang. Saya mendoakan bukan setakat lebih baik dengan memudarkan parut jerawat dan menghilangkan jerawat, semoga kulitnya lebih licin dari kulitnya sekarang.

Cantik bukan untuk perempuan sahaja bukan? Ya, walaupun remaja lelaki ini malu dan mahu berahsia dari kawan-kawan tentang penggunaan supplement pilihannya, tetapi ternyata pilihannya ini sememangnya sangat tepat! saya cadangkan 3 jenis supplement untuknya, iaitu :

1) Alfalfa untuk buang toksin badan
2) Zink untuk menghilangkan jerawat
3) Vitamin E untuk menghilangkan, memudarkan parut jerawat dan kecantikan kulit

Semoga berkesan! Tak sabar menunggu feedback darinya. Ingat ya, supplement ini tidak mengandungi drugs, dan 100% semulajadi, jadinya, bergantung kepada respons badan masing-masing. ada yang cepat, ada yang lambat, yang penting jangan lupa minum air yang banyak untuk tindakan yang berkesan :)


JOM ORDER VITAMIN E DENGAN MUDAH!


Klik saja link di bawah, anda boleh automatik order dengan cepat dan mudah saja!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=bdb106a0560c4e46ccc488ef010af787


Semoga sharing saya membantu remaja di luar sana untuk menikmati kulit yang cantik sejak usia remaja lagi!

Sayangi kulit anda kerana penampilan menggambarkan keperibadian anda :D


Jika inginkan konsultasi mengenai masalah kulit dan mendapatkan Vitamin E Superantioksida ini
Hubungi

Ainul Malik
SMS 013-3536718
wasap 016-3353567
http://www.facebook.com/sihat.ceria.bahagia



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...