Showing posts with label B complex. Show all posts
Showing posts with label B complex. Show all posts

Friday, January 9, 2015

8 Tips Atasi Keletihan Melampau Menguruskan Rumahtangga Buat Surirumah yang Bekerja di Rumah

Assalamualaikum wbh.

Macammana hari anda hari ni, para ibu-ibu yang gojes? Mengapa gojes? Kerana anda adalah ibu-ibu pilihan yang diberikan kekuatan untuk menguruskan rumah di samping bekerja dari rumah, yang tak semua orang mampu melakukannya! Jadi, bagaimana nak mengatasi keletihan melampau menguruskan rumahtangga buat ibu yang bekerja dari rumah?



Pernah tertidur sambil buat kerja rumah?



Bagaimana Atasi Keletihan Melampau Menguruskan Rumahtangga dan bekerja dari rumah?


1. Pastikan anda susun jadual waktu supaya tersusun perjalanan harian anda

Perjalanan hari kita sebenarnya boleh diuruskan dengan baik dengan cara menyediakan jadual waktu. Dengan adanya jadual waktu, kita dapat mengoptimakan pengurusan masa supaya semuanya seimbang antara keluarga dan kerja masing-masing.

Eh, daripada kita tak ada jadual waktu, kejap teringat nak sapu sampah, pastu teringat nak layan pelanggan, nak update rekod, tiba-tiba teringat belum masak, kan kucar kacir hidup dan memenatkan?


2. Berikan anak-anak aktiviti yang boleh mereka buat semasa anda bekerja di tepi anda.

Sediakan aktiviti untuk anak-anak semasa anda buat kerja sendiri supaya mereka tidak terlalu bergantung kepada anda dan ini akan membantu anda fokus dalam bekerja dan tidak memenatkan badan sendiri.
3. Dapatkan tidur yang berkualiti setiap malam.

Untuk dapatkan tidur malam yang lena, bersihkan diri sebelum tidur, sebaik-baiknya mandi dengan air panas, tapi jangan terlalu lama mandi malam ya, dan makanlah 4 biji ostematrix yang mengandungi potassium, magnesium dan Vitamin D yang membantu kita tidur lena. (Jangan lupa kunci jam pula ya!) :)

Inilah dia Kalsium yang lebih manfaat dari kalsium biasa


4. Jangan lupa detoks diri

Detoks adalah satu proses pembuangan toksin dari dalam badan yang sangat penting. Jika terlalu banyak toksin di dalam badan, anda akan selalu letih dan kelesuan. Detoks yang cepat dan selamat boleh dilakukan dengan mengambil :
  1. Alfalfa : Detoks lembut yang bagus diambil oleh wanita setiap hari
  2. Herblax : Detoks pada bahagian usus yang membantu melawaskan pembuangan air besar
  3. DTX Complex : Detoks hati yang akan membuang segala toksin-toksin yang masuk ke dalam badan melalui mulut (makan) ataupun hidu (asap pencemaran dan sebagainya)
Bila anda cukup detoks, anda akan lebih bertenaga untuk menjalani kegiatan harian setiap hari!




5. Supplement pagi 

Supplement pagi diambil selepas mengambil sarapan pagi yang berat. Mengapa perlu sarapan dan supplement pada waktu pagi? Supaya kita cukup tenaga untuk menjalani aktiviti seharian yang mencabar dan supplement ini sangat penting untuk mencukupkan segala nutrisi yang kurang dalam badan yang menyebabkan keletihan melampau yang berpanjangan.

Saya ambil :
  1. B kompleks : Untuk menjana tenaga dan mengurangkan tekanan (stress)
  2. Omega guard : Untuk kesihatan yang optima, kelancaran darah dan membantu menjana tenaga dari pembakaran lemak oleh Omega 3 ini. Omega ni pun boleh kurangkan stress mak-mak yang penat tau sebab dia seimbangkan hormon dalam badan :)
  3. Ostematrix : Kalsium tinggi dari ostematrix membantu kita menghilangkan sakit-sakit badan dan tulang, sakit belakang, lenguh pinggang, kebas kaki dan sebagainya, jadi keletihan dari dikurangkan.

Supplement yang saya ambil untuk cergas bertenaga


6. Pastikan Badan Ambil Cukup Protein

Protein yang mencukupi di dalam badan, membantu badan untuk lebih bertenaga. Oleh itu, ambillah ESP setiap pagi sebelum sarapan supaya membekalkan badan dengan kandungan protein yang cukup untuk kekal bertenaga menjalankan tugas harian setiap hari.


Saya menyarankan ibu-ibu mengambil ESP kerana kandungan protein yang cukup dengan asid amino yang diperlukan dalam badan mempengaruhi tenaga anda untuk bekerja dengan bertenaga di rumah :)





7. Ambil Teh tenaga :


Teh tenaga ini boleh diambil pada bila-bila masa sahaja, kecuali sebelum tidur malam kerana anda akan segar bertenaga dan berjaga sepanjang malam!


Teh Cinch tenaga ini, mengandungi antioksida tinggi dari ekstrak teh merah, serbuk teh Hijau Matcha, ekstrak teh Putih dan ekstrak teh rooibos. Memang siapa yang ambil pasti bertenaga dengan jaminan 100% dari saya yang telah mencubanya!





8. Vivix, minuman tenaga yang bertindak jauh ke dalam DNA


Wah, siapa yang memilih Vivix ini pasti akan tersenyum girang sambil bertenaga sentiasa. Di samping mendapat kelebihan tenaga yang optima, badan akan semakin sihat dengan pengambilan Vivix yang istiqamah.


Vivix ni membantu sel menjana tenaga dalaman dengan sangat berkesan! Siapa yang belum cuba, cubalah, mesti terasa sesuatu kelainan pada badan anda, luar dan dalam, aw! Gojes gitu!





Saya memang memahami apa yang anda lalui dan masalah-masalah ibu-ibu yang memilih untuk bekerja dari rumah. Dengan kain yang menimbun belum berbasuh, atau sudah berbasuh belum berlipat, rumah berselerak kerana anak-anak setiap masa beraktiviti, keperluan untuk memasak paling kurang 2 kali sehari, belum kira anak nak makan secara tiba-tiba, anda wajib memastikan diri anda kekal bertenaga dan keletihan melampau harus dihapuskan secepat yang mungkin!





Pada yang ingin mendapatkan supplement pembantu penambah tenaga dan menghilangkan keletihan melampau ini, boleh terus hubungi saya, Ainul Malik, 016-3353567. Semua penghantaran seluruh Malaysia boleh diuruskan demi membantu ibu-ibu bekerja dari rumah di luar sana dapat manfaat yang sama di samping berjaya menguruskan rumahtangga dengan riang dan gembira!



Walaupun sibuk bekerja, tapi anda tetap tersenyum gembira



Salam ikhlas,


Ainul Malik

WAHM bahagia.

Friday, November 14, 2014

Cara Merawat Tekanan dan Meroyan Dalam Pantang Selepas Bersalin

Assalamualaikum wbh

Apa khabar ibu-ibu berpantang semua? Anda semua dah makan pagi hari ni? Dah bertungku? Adakah anda masih merasa sangat tertekan hari ini?

Ibu berpantang dan meroyan adalah satu perkara yang sinonim, sebenarnya. Kenapa? Kerana, badan kita mengalami perubahan hormon yang sangat ketara waktu ini. Oleh sebab itu, kita harus menjaga emosi sebaik-baiknya.
Tekanan menyebabkan meroyan, kasihan bayi yang diabaikan



Tanda-tanda anda mengalami meroyan

Jika anda merasa perubahan seperti di bawah, anda mengalami simptom atau tanda meroyan, iaitu :

  1. sunyi
  2. gelisah
  3. tertekan
  4. suka nak marah
  5. kerap menangis tanpa sebab
  6. badan terlalu letih
  7. terperangkap
  8. rasa berputus asa dengan kehidupan



Apa yang menyebabkan saya meroyan?


Apa yang menyebabkan ibu-ibu hamil meroyan? Bertenang, dan fikir, apa yang menyebabkan saya meroyan? 

  1. Saya tidak cukup kuat jaga anak yang baru dilahirkan?
  2. Saya tak cukup duit untuk tampung semuanya?
  3. Suami saya lepas tangan?
  4. Anak-anak terdahulu terlalu buas sampai saya pening?
  5. Ibu-bapa campur tangan?
  6. Ibu bapa atau suami terlalu mengongkong?
  7. Saya ada masalah perhubungan dengan suami?
  8. Saya letih dan tak pandai uruskan semuanya setiap hari?
Fikir dengan bertenang, dan senaraikan, mengapa anda begitu tertekan sehingga jadi meroyan.


Kisah saya dan tekanan sewaktu berpantang


Saya juga pernah mengalami tekanan sewaktu berpantang.

Anak pertama saya ni, manja sangat-sangat. Jadi, bila dia ada adik baru, dan kami duduk di rumah ibu bapa saya, dia mula menunjukkan perangai, tiba-tiba memberontak dan jadi sangat nakal. Kebetulan, rumah ibu bapa saya jauh dari rumah saya, jadi, suami tidak dapat bersama-sama dengan kami setiap hari. Mungkin anak pertama saya itu rasa terasing, dia mula berperangai pelik.

Bagi saya, saya belum mahir menguruskan dua anak pada masa itu. Jadi, dengan perubahan sikap anak pertama, saya jadi sangat tension dan tertekan dan membuatkan saya selalu menangis dan berasa letih. Alhamdulillah, walaupun rasa sangat tertekan, tetapi semuanya masih dalam kawalan lagi. Jadi, saya sangat faham, bagaimana rasanya menjadi ibu yang mengalami tekanan semasa berpantang.

Cara Mengatasi Meroyan


Tekanan perasaan yang berlanjutan akan menyebabkan meroyan. Meroyan harus diatasi segera agar tidak berlanjutan. Jika anda rasa anda mengalami gangguan perasaan atau tidak senang hati semasa berpantang, jangan abaikan perasaan itu, terus bertindak untuk melepaskan tekanan tersebut agar tidak menjadi lebih serius.

Cara pertama : Luahkan pada orang yang anda percaya/terdekat (Terapi berbual)

Seperti saya, memang saya selalu mengadu pada suami, tentang perubahan sikap anak saya tu. dari tak pandai menjerit, selalu menjeroit-jerit tanpa sebab.

Jadi, bila kita luahkan perasaan kita kepada orang yang terdekat, sekurang-kurangnya akan terlepas satu beban dari diri kita.

Jadi, peranan orang yang rapat dengan kita adalah, mendengar, dan memberi nasihat atau menenagkan perasaan ibu yang berpantang ini.

Ingat, jangan simpan-simpan, ok?


Cara kedua : Banyakkan berehat

Jauhi diri anda dari melakukan aktiviti yang memenatkan. Cuba minta pertolongan dari orang-orang terdekat atau jangan berkira untuk mengambil upah menggajikan sesiapa yang boleh membantu anda untuk membuat kerja rumah sewaktu anda berpantang.

Ini sangat penting, kerana, jika kita penat dan tertekan, kita akan cepat naik darah dan tekanan ini boleh menyebabkan meroyan secara tiba-tiba.


Cara ketiga : Bergaul dengan ibu-ibu lain.

Walaupun kita sedang berpantang, tidak salah jika kita menjalin hubungan dengan ibu-ibu di luar sana, yang paling mudah adalah melalui online. Ini kerana, hanya para ibu yang memahami situasi yang kita alami kerana semuanya berperasaan yang sama.

Oleh itu, kita dapat bertukar-tukar cerita dan pendapat. sekurang-kurangnya, dapatlah diea untuk menangani masalah yang kita hadapi ini. Inilah pentingnya jalinan silaturrahim dengan orang-orang yang berpositif, kerana kita akan turut terangsang untuk berada dalam situasi yang positif.


Cara keempat : Berpantang cara yang betul dan mengikut saranan tradisional.

Semasa berpantang, jagalah aturan pengambilan makanan, ikutlah saranan dan petua orang tua, dan bertungkulah secara teratur. Setiap hari jangan lupa mandi dengan mandian untuk mandian pantang kerana ramuannya sangat penting untuk kesihatan badan kita.

Jangan lupa menjaga badan dengan berbengkung, menyapu minyak panas, berstokin, dan berurut kerana semua amalan ini menjadikan badan kita kuat dan menghilangkan banyak angin dari badan. Jika banyak angin, kepala pun sakit, kita akan cepat naik marah.


Cara kelima : Mengambil antidepresi. (Ubat meredakan tekanan).

Bermacam-macam jenis antidepresi yang boleh diambil, tetapi, berjaga-jagalah kerana ubat-ubatan itu mengandungi bahan kimia yang sebenarnya tidak terlalu baik jika diambil selalu. 

Antidepresi yang sangat berkesan kepada saya adalah; 

Ya, saya memang bergantung dengan kedua-dua supplement semulajadi ini, iaitu omegaguard dan b kompleks ini untuk mengurangkan tekanan perasaan saya.


Cara ambil antidepresi yang selamat untuk tekanan dan meroyan


B kompleks, saya ambil pada waktu pagi 2 biji kerana bila saya makan, saya akan terus rasa bertenaga dan ceria dalam menghadapi aktiviti harian berpatang saya. Jika kita ada rasa nak marah pun, kita tidak akan rasa perasaan yang sangat-sangat berat untuk marah. Tambahan pula, bila ambil b kompleks, kita akan rasa bertenaga dan ia sangat membantu meringankan perasaan kita kerana badan sangat cergas bertenaga, wajah pun nampak ceria. B kompleks memang supplement yang terkenal dengan "beauty" juga, siapa ibu berpantang nak cantik, ambillah b komplek setiap hari!

Omegaguard ni memang popular dalam menenangkan perasaan. Saya ambil dua biji pada waktu malam, dan saya akan tidur dengan tenangnya. paling best, omega ni membantu juga dalam menyeimbangkan paras hormon dalam badan, dan waktu tidur, ia akan bantu membakar lemak kita. Pejam celik pejam celik, insyaallah, kita akan dapat mengekalkan berat badan seperti sebelum mengandung, selepas berpantang ini. Best kan?

Seronok saya dapat kongsikan rahsia bagaimana saya mengurangkan tekanan sewaktu berpantang saya. Memang ada kajian bertulis yang menunjukkan omega ini dapat mengurangkan tekanan berat yang dihadapi sesorang dan boleh merawat meroyan semasa dalam berpantang. 

Gabungan Omegaguard dan B Kompleks Shaklee memang terbaik untuk mengatasi masalah meroyan dalam pantang selepas bersalin. Insyaallah, anda akan bertukar menjadi seorang yang ceria dan dapat berfikir secara rasional sewaktu berpantang.

Kini, kami gembira menanti kepulangan orang tersayang, tak sabar nak pulang ke rumah sendiri!


Emosi ibu berpantang ceria, anak-anak pun mesti bahagia! Selepas tamat berpantang, suami balik kampung, terus terpesona dengan perubahan emosi dan penampilan anda!

Alhamdulillah, tiada lagi tekanan dan meroyan dalam tempoh berpantang anda!


Ikhlas,

AinulMalik
016-3353567
SID mesra ilmu;






Tuesday, May 20, 2014

Harga Set Kecantikan Shaklee Yang Terbaik

Set Kecantikan Shaklee Memang Terbaik!

Set Kecantikan Shaklee yang mencukupkan nutrisi sel kulit dari dalam menyerlahkan lagi kejelitaan semulajadi anda. 


Mengapa? Kerana nutrisi-nutrisi pada kulit yang semakin kurang akibat pencemaran, sinar UV dan peningkatan umur akan mengakibatkan kulit bertukar menjadi kusam, kurang glowing dan mula bermasalah.


Bantulah kulit anda supaya mendapat nutrisi yang secukupnya supaya semulajadi cantik dan berseri seperti asalnya kulit kita yang cukup nutrisinya.



Senarai Set Kecantikan Shaklee untuk kulit

Alhamdulillah, ramai lagi yang telah merasai kesan positif Set Kecantikan Shaklee ini. Jadi, apakah supplemen yang terkandung dalam set kecantikan Shaklee ini?



Harga Set Kecantikan Shaklee


1) Set Kecantikan Shaklee Asas :
  1. Vitamin C 
  2. Vitamin E 
  3. B complex 
Harga : RM 295.25 kegunaan untuk 4 bulan (sebulan RM73.81 sahaja)


2) Set Kecantikan Shaklee Gebu Berseri :
  1. Set asas
  2. ESP
Harga : RM 445.25 kegunaan sehingga 4 bulan, dan ESP lingkungan 2-3bulan


3) Set Kecantikan Shaklee Glowing :
  1. Set asas
  2. GLA
Harga : RM386.50 kegunaan sehingga 4 bulan, GLA untuk 1-2 bulan


4) Set kecantikan Shaklee Jerawat :
  1. Set asas
  2. Alfalfa
  3. Zink
Harga : RM382.75 kegunaan sehingga 4 bulan (sebulan RM 95.69 sahaja)


5) Set Kecantikan Optima :
  1. Set asas
  2. Alfalfa
  3. ESP
  4. GLA
Harga : RM590.25 kegunaan sehingga 4 bulan, GLA dan ESP untuk 1-2 bulan


6) Collagen Powder : RM298 untuk 15 sachet


Boleh rujuk pada senarai harga supplement untuk anda add on supplement yang berkenan di hati untuk kecantikan kulit pilihan anda.



Harganya memang nampak mahal, kerana ia didatangkan dalam jumlah yang banyak untuk sesuatu supplement, yang tahan sehingga 4 bulan. Jadi, untuk tahu berapakah penggunaan sebulan, cuma bahagi 4 bulan, jadi anda akan dapat harga yang sangat berbaloi-baloi jika dibandingkan dengan jenama yang lain.


Jimat dan untung bukan?


Keistimewaan Set Kecantikan Shaklee

  1. Senang diserap di dalam sel badan kerana vitaminnya adalah semulajadi
  2. Cepat bertindak dan memberi kesan yang memberangsangkan disebabkan kesan penyerapannya
  3. Selamat dan tidak mengandungi bahan-bahan tiruan mahupun pengawet
  4. Khasiatnya juga seiring untuk meningkatkan kesuburan, dan menyeimbangkan hormon badan
  5. Menampung keperluan sel untuk keserian wajah secara semulajadi


Anda memang kena percaya yang set kecantikan kulit Shaklee ini memang terbaik! Kerana ramai yang telah merasai kesan positif set kecantikan Shaklee ini seperti saya! Mari kita lihat luahan hati dan testimonial untuk set kecantikan Shaklee ni :)




Testimonial Set Kecantikan Shaklee



Set Kecantikan dan kolagen


Vitalea, B complex, GLA, Omega, Vitamin C, Vitamin E dan Collagen


Set kecantikan menghilangkan kekusaman wajah


Cerah berseri dengan set kecantikan Shaklee


Alfalfa menghilangkan jerawat


Set Kecantikan Shaklee


JOM ORDER SEKARANG!


Bagaimana nak order?

Klik link di bawah, dan anda boleh terus order supplement kecantikan anda sekarang melalui online, mudah dan cepat, bukan? BEST!



Jadi, apa tunggu lagi? Jika anda seorang yang mementingkan kecantikan dan keselamatan sel-sel badan anda, bertukarlah kepada supplement semulajadi yang selamat dan berkesan ini!
Sebarang panduan dan tips akan diberikan buat pelanggan setia kami!

Selamat bercantik-cantik dan berseri! Jom jadi pengguna yang beruntung kerana menggunakan supplement semulajadi yang berkesan ini, insyaAllah dengan izin Allah.



Hubungi

AinulMalik
SMS 013-3536718
Wasap 016-3353567

Wednesday, January 8, 2014

Rawatan Gout Lelaki dan Wanita Dengan Sumber Semulajadi

Apakah itu gout?


Gout adalah sejenis penyakit arthritis yang menyerang secara tiba-tiba, kemerahan dan kesakitan pada sendi-sendi. Ia adalah disebabkan pengumpulan hablur asid urik pada sendi.


Gout

Simptom sakit gout.




  1. Sakit yang melampau yang mengejut, kemerahan, bengkak dan rasa kaku pada sendi
  2. Mengalami demam
  3. Keradangan tisu di sekekliling sendi mengakibatkan kulit bengkak dan sakit walau disentuh dengan lembut.





Golongan yang berpotensi mendapat gout


Lelaki lebih senang mendapat gout berbanding wanita. Akan tetapi wanita terdorong mendapat gout selepas menopous.



Diet dan makanan yang disyorkan untuk pesakit gout




  1. Buah-buahan segar khususnya ceri dan strawberi
  2. Sayur-sayuran segar, jus saderi
  3. Makanan yang tinggi b kompleks dan vitamin C

Diet dan makanan yang harus dielakkan untuk pesakit gout


  1. Makanan berpurina tinggi seperti daging
  2. Ikan dan makanan laut seperti kerang-kerangan
  3. kekacang
  4. Cendawan
  5. Daun bayam
  6. Pucuk asparagus
  7. Kubis bunga



Tips Tradisional mengurangkan gout menurut wikipedia


1. Rebus kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kentang. Minum air rebusan itu

2. Ambil anak pokok durian beserta akarnya. Rebuskan bersama kaki ayam untuk dijadikan sup.

3. Ambil beberapa helai daun pandan dan rebuskannya untuk diminum airnya dua kali seminggu.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Gout




Supplement Shaklee yang dicadangkan untuk penyakit gout ini adalah :




  1. Vivix : yang dapat memulihkan sel dan ketidaknormalan sel dari peringkat dalaman
  2. Herb Lax : Untuk detox membuang sisa2 toksin di dalam badan
  3. Alfalfa complex : Menurunkan paras asid di dalam badan, dan menyingkirkan toksin dalam badan
  4. B kompleks : Asid folik sangat penting dalam metabolisma nukleoprotin
  5. Vita C : Membantu dalam penyembuhan keradangan
  6. Garlic : Bagus untuk mengurangkan bengkak dan sakit
  7. Vita E : Menuetralkan radikal bebas
  8. Ostematrix : Bagus untuk mengurangkan bengkak dan sakit
  9. Omega : Mengurangkan inflamasi pada kawasan gout dan bagus untuk sendi
Bagi mereka yang berminat untuk mencuba supplement semulajadi ini, tidak perlu untuk membeli kesemua yang disenaraikan di atas. Anda boleh pilih mana-mana yang dirasakan paling sesuai di samping boleh menghubungi kami untuk bantuan konsultasi. Jangan risau ye :)






Sebarang pertanyaan anda boleh terus sms ke 013-3536718 dan kami sedia membantu anda!


Wednesday, December 25, 2013

Rawatan Keputihan untuk Wanita

Keputihan yang anda alami telah mengganggu mood anda sepanjang hari?


Apakah keputihan?


Keputihan ataupun vaginal discharge adalah bendalir yang dikeluarkan dari badan melalui vagina yang membantu vagina untuk sentiasa bersih. Keputihan normal ini tidak berwarna ataupun berwarna putih susu dan tidak berbau. Keputihan ini akan keluar dengan banyaknya pada masa-masa tertentu iaitu semasa subur, semasa menyusukan anak dan semasa rangsangan seksual (http://www.medicinenet.com/vaginal_discharge/symptoms.htm)
Ini pula adalah komen Dr Hamid Arshat, pakar sakit puan di Malaysia mengenai keputihan :


Namun, kadangkala keputihan yang berlebihan mengganggu mood dan aktiviti kita seharian.

Ada berbagai penyebab keputihan, dan di link healthline.com ini disenaraikan 19 penyebab keputihan atau vaginal discharge ini.

Masalah keputihan ini saya ambil dari blog Dr Hamid Arshat sendiri, kerana ia telah membincangkan dengan jelas mengenai masalah ini : http://pakar-sakitpuan.blogspot.com/2011/03/mengatasi-jangkitan-dalam-peranakkan.html
Biasanya keputihan disebabkan olih jangkitan kuman - kuman2 bakteria, kulat atau yeast..Trichomona, Virus dan lain. Keputihan kadang keluar terlalu banyak menyebabkan banyak gangguan pada wanita.

Jangkitan lebih sering berlaku pada wanita gemok yg berpotensi kena kencing manis, yang sedang hamil, pakai alat IUD, atau siapa2 saja. Wanita yang ada erosion pada pangkal rahim dan ia sering dan berulang kali mudah dijangkiti kuman.

Puan munkin mengidap penyakit sedemikian .Olih itu keadaan faraj jadi longgar waktu mengadakan persetubuhan kerana ada lender keputihan yang terlalu banyak.

Saya cadangkan puan jumpa pakar sakitpuan untuk diperksa dan buat kepastian apa masalah sebenarnya.

Rawatan bergantung pada sebab, kuman perlu diubati dengan ubat antibiotic yangg sesuai, Kegunaan ubat pessary berbentuk saperti peluru yg mengandungi ubat2 untuk membunuh kuman tertentu bolih digunakan dan ia perlu dimasukkan kedalam faraj setiap hari selama 5 hari.
Kuatkan immunity dengan makan Vit C 1 Gm dan E 400Iu setiap hari . Jika gemok badan, kena usaha kuruskan badan, kurangkan makan karbohaidret dan gula. Lebihkan sayur2 dan buah2 dalam sajian. 

Rawatan Keputihan dengan Supplement Semulajadi Shaklee


  1. Alfalfa Complex : Mengandungi sifat antikulat dan berupaya membantu mengurangkan keputihan secara semulajadi
  2. Garlic Complex : Antibiotik semulajadi dan membunuh kulat
  3. B complex : Kekurangan vitamin B menyebabkan infeksi vagina
  4. GLA complex : Berkesan sebagai bahan antikulat
  5. Vita C sustained release : Meningkatkan keimunan badan
  6. Vitamin E : Antioksida yang menyingkirkan radikal bebas dari sel
  7. Vivix : Membantu menyeimbangkan hormon badan dan melindungi selular DNA

Mari kita lihat testimonial mereka yang telah mencuba merawat keputihan ini :






Alhamdulillah, ini adalah sebahagian daripada testimoni sebenar mereka yang telah mencuba merawat keputihan dengan Supplement Shaklee yang semulajadi ini. Ada banyak lagi kisah-kisah yang menarik yang boleh dikongsi bersama di dalam group RAHSIA pelanggan-pelanggan kami :) Semestinya eksklusif untuk anda yang menjadi pelanggan kami sahaja!

Saya mendoakan, anda yang benar-benar ingin mencuba tidak melepaskan peluang kembali ceria daripada masalah keputihan yang berlebihan ini :)

COD Kajang, Saujana Impian, Taman Cheras Jaya dan pos ke seluruh Malaysia


Hubungi saya untuk konsultasi pengambilan supplement semulajadi ini daripada saya, Ainul Malik melalui ainzm@yahoo.com/ 
0133536718/ 




** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
Salam sayang,
Mama Aiman

Friday, July 6, 2012

SET KECANTIKAN SHAKLEE : TESTIMONIAL PENGGUNA

Salam bahagia semua.

Hari ni saya sangat2 bertuah dan sangat terharu kerana mendapat feedback POSITIF yang sangat mengujakan dari kawan saya yang telah mencuba Set Kecantikan, yang mengandungi Vitamin C, b kompleks, vitamin e dan juga ESP. Mari kita baca perkongsiannya di sini:


Salam,
Kwn2 sume J,
Sy ingin berkongsi pengalaman sy selama 3 bln menggunakan produk Shaklee. Sejak dari dulu lagi,   sy memang takut tok mengambil apa sjer jenis ubat sebab sy takut ngan kesan sampingan keats bdan apatah lg untuk mengambil vitamin. Ketika zaman belajar sy menghadapi masalah kekurangan vitamin C iaitu gusi mudah berdarah walaupon tidak mengosok gigi. Bertahun2 lmnyer sy menghadapi masalah gusi berdarah. Syukur alhamdullilah J sy tetiba terdetik untuk mencr vitamin C. Malah di farmasi menjual manyak produk vitamin C tetapi sy xth tok memilih vitamin C yg bgus tok dr sy. Nasib baik ketika sy mula berkerja sy berjumpa ngan Kak Ainul yg membntu sy tok menangani masalah nie. Berkat hasil penerangan drpd K.Ainul dan juga info2 yg sy bc di laman tenet akhirnyer sy memilih tok memcuba sendr vitamin C produk Shaklee sbb produk nie diperbuat drpd bhn organik + halal. Kwn2 sume bertapa pentingnya agar kt mengkaji dahulu setiap produk yg kiter ingin mkn kerana setiap produk yg kiter mkn akn memberi kesan keats bdn kiter nnti. Sy sngat berhati2 dlm pengambilan setiap vitamin yg sy amik kerana akn memberi kesan pd ms akn dtg sebab tu la rmai org selalu berkata yg mencegah tu lebih baik dr merawat…J

Kwn2 sume J,
Setelah sebulan sy mencuba vitamin C produk Shaklee, hasilnyer mslh yg sy hadapi dahulu sudah berakhir. Gembira time tu dimana sy xperlu takot lg tok mengambil apa sjer jenis vitamin. Disebabkn sy sngat berpuas hati ngan hasilnyer sy berani tok mencuba plak vitamin B and vitamin E. Hasilnyer memang tidak mengecewakan sy. Muka sy nampak tidak suram dan sekarang sy hanya memakai lotion muka + bedak muka ketika berkeje kalo nk senang sy pkai lotion muka + johnson’s baby powder kala pink tu jer. J Ketika usia sy 26 tahun sy dpt merasakan kadar metabolisme bdn sy tidak seperti ketika zaman belajar sbb itulah sy rs pengambilan vitamin dpt membantu sy tok mengekalkan dan membantu kadar metabolisme bdn sy….

Kwn2 sume J,
Sekarang nie plak sy br 2 minggu mencuba produk ESP. Alhamdullillah hasilnya bertambah menarik sekali iaitu muka terasa lembut dan lembap. Bila muka terasa lembut tngan nie asyik jer nk pegang muka…hehehe….=) Pesanan sy kepada kwn2 sume betapa pentingnyer kiter minum air masak yg manyak setiap ari agar proses penyingkiran dpt dilakukan ngan baik malah dpt membantu buah pinggang kiter sume. Malah sy terasa perbezaan yg ketara apabila sy mengambil air yg seckupnye ngan kurang (kdang2 terlupa minum air msak manyak2). Tok mendapatkn hasil yg memuaskan  disiplin tersangat la penting. Kalo dl muka kusam + berjerawat + mslh liang roma + gusi berdarah tp skrng dh berkurangan. Nie la coretan yg dpt sy kongsikan tok kwn2 sume J yg baik tu drpd Allah swt dan yg silap tu drpd sy sndr. InsyaAllah apabila kiter berusaha, berdoa dan bertakawal tok mendpt kulit dan badan yg sihat hasilnyer pasti xmengewakan. Terakhir, makaseh k.Ainul segala imu yg diberikan memang sngat berguna dan membantu sy….:)



Terima kasih banyak2 Siti Aishah.. saya sangat2 terharu dan gembira mendapat perkongsian ikhlas ini. Saya doakan semoga Aishah akan sentiasa mendapat kesan2 positif dari pengambilan VITAMIN SEMULAJADI ini. Jangan risaukan tentang konsultasi, ia akan berpanjangan sampai bila-bila. Sharing is caring!

JANGAN KETINGGALAN PROMO JULAI MASIH BERLANGSUNG! DAPATKAN DETAIL YANG TERPERINCI DARI SAYA!



Thursday, July 5, 2012

Set Kecantikan Shaklee untuk kulit yang cantik berseri

Salam bahagia semuanya

Gembira sangat hati melihatkan testimonial yang sangat mengujakan ini! Alhamdulillah, pengguna Set Kecantikan dari Jaringan Kami memberi respon yang sangat POSITIF setelah menggunakan Set D untuk Kecantikan yang mengandungi vitamin semulajadi Shaklee. Mari kita ikuti feedback yang diberikan:

Wajihah Rashid
Salam semua :)

saya nak share feedback saya lepas hampir sebulan guna Shaklee trial pack vit b complex, vit c dan vit E + omega guard. Mungkin ada yang ckp saya baru 21, so tak perlu makan suplemen tu, ini. Tapi saya sangat concern mengenai kesihatan sebab prevention is better than cure, isn't? :)

Muka saya jenis combination dan acne prone skin terutamanya kat area dahi. Masa PMS memang stress sebab acne banyak kat area dahi. :( tumbuh bukan main subur, nak hilang memang lama pastu ada tinggal parut. Area pipi pulak kering dan bila saya apply medium coverage foundation, jadi tak rata dan lepas 2 3 jam muka jadi tak best dah.

Alhamdulillah dengan izin Allah, tak sangka nampak kesan dalam masa 2 minggu lepas amalkan Shaklee. PMS bulan ni tak keluar jerawat banyak macam sebelom2 ni, setakat 1-2 tu biasalah kan, yeay! kakak2 pun tegur bila saya lepas pakai foundation, muka nampak glowing dan flawless. :) Padahal pakai medium coverage type foundation je.hihi. Tapi akhir2 ni keluar rumah cuma pakai sunblock dan jarang dah pakai foundation kecuali ada special event je. Less is more :)

gambar kiri masa bulan Feb 2012 dan kanan masa Jun 2012.Mungkin tak banyak changes tapi I’m just sharing :) I’m very happy with my skin now and looking forward to try another Shaklee’s supplements. Thanks to Nadiah Suhaidi for the guidances and advices. :)



Testimonial Set Kecantikan Shaklee


Set Kecantikan Shaklee

Set kecantikan Shaklee, atau Set D terdiri daripada Vitamin C, B kompleks dan Vitamin E. Setiap satu supplement saling berfungsi dan membantu antara satu sama lain.

  • Vitamin C : penting untuk pengikatan kolagen
  • B Kompleks : B untuk "beauty", membantu menaikkan seri muka, membantu untuk saraf yang baik dan untuk mood yang ceria
  • Vitamin E : Sememangnya sangat bagus untuk kulit yang cantik, mengurangkan inflamasi, mengurangkan bengkak, menyembuhkan luka dan juga baik untuk sistem saraf
Jika anda makan secara konsisten dan mengamalkan minum air yang banyak yang setiap hari, insyaAllah usaha anda akan membuahkan hasil seperti kisah benar di atas. Air memang sangat perlu untuk penyerapan supplement, penyingkiran toksin, dan sangat penting untuk proses2 homeostasis di dalam badan.

Dan, yang menariknya bulan JULAI ini, Set Kecantikan ini termasuk dalam set PROMOSI kerana mengandungi sustained release Vitamin C yang mengandungi Bioflavonoid Complex! Jadi anda berhak menikmati diskaun dan tawaran menarik dari Sihat.Ceria.Bahagia jika membuat pembelian untuk bulan ini. Boleh jadi persediaan untuk menyambut hari raya nanti dengan kulit segar berseri :)

* Juga anda boleh baca tentang GLA kompleks dan Kolagen yang sememangnya bagus untuk kesihatan kulit dan ia tergolong dalam rangkaian supplement kecantikan Shaklee :) 

Hubungi saya untuk konsultasi pengambilan supplement semulajadi ini daripada saya, Ainul Malik melalui ainzm@yahoo.com/ 
0133536718/ 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
Salam sayang,
Mama Aiman

Tuesday, June 26, 2012

Set Breastfeeding Pilihan di Bulan Ramadhan/Puasa

Salam Ceria buat semua..

Tinggal tak sampai sebulan lagi umat Islam akan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan, yang memberi rahmat buat semua hamba-hamba Allah. Sudah bersediakah ibu-ibu yang menyusukan anak-anak sempena bulan Ramadhan ini?
Risau tentang kurang tenaga sepanjang berpuasa?
Takut kekurangan air susu sepanjang berpuasa?
Risau merasa dahaga yang amat sangat akibat mengepam susu?
Sudah terfikir akan mula mencampurkan susu badan dgn susu formula?

Sementara masih ada masa, apa kata ibu2 sekalian cuba alternatif ini?

Mighty 3 Gem Shaklee

MIGHTY 3 GEM
Set Mighty 3 Gem mengandungi ESP (Energizing Soy Protein), Mealshake dan juga Performance drink. Mari kita lihat apakah kepentingan ketiga-tiga supplement ini buat ibu-ibu menyusu, ibu2 mengandung, mereka yang aktif dan sesiapa yang ingin memelihara taraf kesihatan sepanjang bulan puasa nanti.

1. ESP (Energizing Soy Protein)

ESP didatangkan dalam bentuk serbuk yang diperbuat dari 100% non-GMO soy protein yang lengkap dengan 9 asid amino perlu. Kesan POSITIF dari pengambilan minuman ini ialah:
  • ia membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan
  • Selain itu, ia juga membantu kita melapik perut dan menahan lapar kerana ia membantu menghasilkan mukosa sebagai pelindung kesan asid hidroklorik di dalam perut. Oleh itu, dapat mengelakkan rasa kepedihan perut dan juga pedih ulu hati!
  • gabungan kalsium dan protein di dalam ESP menjadi makanan tambahan untuk penghasilan utama susu ibu yang dapat diberikan kepada si manja kesayangan anda sepanjang anda berpuasa

2. Mealshake

Mealshake ini berperisa vanila yang pasti dapat memikat rasa semua! Ia membekalkan 35% atau lebih Nilai Harian bagi 19 jenis vitamin dan mineral yang penting
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, dan serabut sajian / fiber membantu anda mengatasi masalah sembelit sempena bulan puasa ini.
  • Memelihara kesihatan melalui kandungan vitamin-vitamin dan mineral penting yang diperlukan badan setiap hari yang selalunya sukar dipenuhi melalui sajian berbuka dan sahur kita

3. Performance Drink

Performance Drink mempunyai rasa oren tang yang menyegarkan! Mengapa ia penting buat kita sepanjang bulan puasa ini? Ia menjadi pilihan ahli-ahli sukan dan mereka yang menjalani gaya hidup aktif supaya kekal bertenaga dan mengurangkan rasa dahaga melalui:
  • Rumusan Ekslusif Opticarb memberi kita KARBOHIDRAT bagi daya ketahanan dan elektrolit bagi penghidratan semula dengan segera
  • Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan
  • terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar 
Selain itu, terdapat juga set-set yang berkaitan selain dari Mighty 3 Gem ini yang dapat membantu ibu-ibu membuat stok susu sempena menjelangnya Ramadhan ini.

Set2 yang dicadangkan ialah :

  1. Set Tripple M : yang mengandungi Vitalea, Vitamin C, B kompleks, Alfalfa, Ostematriks dan ESP
  2. Set E              : yang mengandungi  Vitalea, Vitamin C, B kompleks, Alfalfa, dan Ostematriks
  3. Set Eu Four Pack Plus : mengandungi Vitalea, Vitamin C, B kompleks, Ostematriks dan ESP
  4. Set Eu Four Pack        :  mengandungi Vitalea, Vitamin C, B kompleks, dan Ostematriks
  5. Set B  :   mengandungi Vitalea, Vitamin C, B kompleks, dan Alfalfa
Set breastfeeding Shaklee mengikut keperluan anda

Pemilihan setiap set ini bergantung kepada keperluan, keadaan ibu dan juga masalah yang dihadapi. Boleh dapatkan konsultasi daripada saya berkenaan dengan kesesuian pemilihan set2 breastfeeding ini.

Sebagai bonus buat ibu-ibu di luar sana, ingin saya kongsikan petua-petua orang lama-lama yang dapat membantu ibu-ibu menyediakan stok buat anak kesayangan mereka yang dipetik dari buku Susu Ibu, Titisan Mutiara Bonda.

RESEPI SUSU BADAM

Menurut buku Ensaiklopedia Perbidanan Melayu yang ditulis oleh YBhg. Datin Sharifah Anisah Barakbah, terdapat dua resepi yg telah terbukti berhasil membantu memperbanyakkan dan memekatkan air susu ibu, iaitu resepi susu badam dan resepi rendaman halba.

BAHAN
1 gelas susu segar
1 sudu teh serbuk badam
1 sudu besar kismis kuning/ 7 biji kurma nabi
1-2 sudu teh madu lebah asli/madu arab
1 biji telur ayam kampung (kuning sahaja)

CARA MENYEDIAKAN
Bancuh bahan sehingga sebati dan minum. Amalkan selama 2 minggu. Selepas 2minggu, minum tanpa telur (ada juga adunan digaul sebati dengan badam, kismis atau kurma dan madu asli spt jem dan ditelan begitu sahaja)

RESEPI RENDAMAN HALBA

Minuman ini khas untuk melancarkan dan membanyakkan air susu. Ramuannya ialah segenggam halba yang direndamkan ke dalam air suam sehingga kembang. Sebelum minum, tapis dan campurkan dengan madu lebah asli. Halba juga boleh direndamkan di dalam air susu lembu atau susu kambing dan dicampurkan madu. Minum 1-2 cawan sehari.

Rujukan : Barakbah A. (2007) Ensiklopedia Perbidanan Melayu.
Dipetik dari buku SUSU IBU Titisan Mutiara Bonda, DBP

Selamat mencuba ya! Semoga ibu-ibu mendapat manfaat dari penulisan saya ini dan saya doakan usaha-usaha ibu-ibu untuk menyediakan susu yang terbaik buat si manja ini mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.


Segala yang terbaik hanya buat si manja tersayang! Walau apa jua cabaran dan rintangan, akan kucuba harungi agar si manja mendapat makanan yang terbaik di dunia ini, insyaallah!


Hubungi saya untuk konsultasi pengambilan supplement semulajadi ini daripada saya, Ainul Malik melalui ainzm@yahoo.com/ 
0133536718/ 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
Salam sayang,
Mama Aiman
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...