Showing posts with label Breast kanser. Show all posts
Showing posts with label Breast kanser. Show all posts

Monday, January 5, 2015

Bolehkah Saya Hamil Jika Saya Pesakit Kanser Yang Menjalani Kemoterapi?

Puan Normala sangat gusar dan tertekan kerana dia telah berkahwin selama setahun, tetapi belum dikurniakan cahaya mata. Bukan kerana tidak berusaha untuk hamil, tetapi sebenarnya, Puan Normala sendiri yang risau dan takut untuk hamil kerana dia adalah pesakit kanser payu dara.


Beliau telah menjalani pembedahan, dan telah pun melalui proses kemoterapi. 

Sememangnya proses kemoterapi itu sendiri membuatkan dirinya cukup tabah untuk meneruskan kehidupannya kerana dia yakin bahawa jika tidak berusaha untuk sihat, banyak lagi impian dalam hidup yang boleh dicapai di dunia ini di atas semangat kasih sayang suami, ibu bapa, kaum keluarga dan rakan-rakan tersayang.

Ya, Puan Normala mengimpikan untuk melahirkan zuriat hasil perkahwinan dengan suaminya.


Tetapi, persoalannya, "Bolehkah saya hamil jika saya ada kanser?"


Jawapannya :

Puan Normala adalah bekas pesakit kanser kerana telah menjalani kemoterapi untuk membunuh sel-sel kanser yang ada pada payudaranya. Oleh itu, dia harus menunggu sekurang-kurangnya selepas tempoh dua tahun daripada rawatan akhir kemoterapi ataupun radioterapi.

Sebab :

1. Ini untuk memastikan dia bebas dari kesan ubat-ubatan sewaktu menjalani rawatan menyembuhkan kanser itu. 
2. Rawatan kemoterapi juga sedikit sebanyak menjejaskan kesuburan si pesakit, contohnya mengganggu sistem kitaran haid ataupun mengalami menopous pra matang.

Jadi, bagaimana untuk memastikan badannya sembuh sepenuhnya dari kesan rawatan dan juga sel-sel kanser ini?


1. Puan Normala harus sentiasa berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan berkala untuk memastikan tahap kesihatannya dalam keadaan optima.

2. Mengambil antioksida untuk memastikan sel-sel badannya sentiasa sihat dengan melindungi dan mengurangkan serta meneutralkan sel badan dari radikal bebas penyebab kanser.

3. Membantu tubuhnya untuk meningkatkan semula tahap kesuburan dalam badan.


Bagaimana Supplement Semulajadi Shaklee boleh membantu Puan Normala untuk bebas sepenuhnya dari kanser dan meningkatkan kesuburan badannya?


Ini adalah alternatif yang Puan Normala ambil untuk hamil dengan selamat.

Mengapa Puan Normala memilih Shaklee?

Kerana doktor yang ditemuinya sendiri mencadangkan agar Puan Normala mengambil supplement semulajadi setelah terlalu banyak ubatan sintetik yang telah diambilnya sepanjang rawatan kanser dijalankan ke atas Puan Normala.

Shaklee adalah supplement yang selamat kerana ia dihasilkan dari bahan semulajadi tanpa pewarna, perisa ataupun pengawet yang membahayakan kesihatan yang diakui oleh saintis seluruh dunia (penyelidikan pihak ketiga) berkesan dalam penyerapan di dalam badan untuk mempercepatkan tindakannya dalam badan berbanding vitamin sintetik yang lebih membahayakan.


Apakah supplement Shaklee yang membantu Puan Normala melindungi diri dari kanser dan meningkatkan kesuburan?

1. Vivix

Vivix adalah antioksida kuat yang melindungi sel sehingga ke peringkat DNA. Sumber antioksida Vivix yang tinggi dari resveratrol dan poliphenol membantu Puan Normala untuk mengoptimakan sel-sel badannya dari serangan kanser kali kedua.

Vivix juga membantu menyeimbangkan hormon badan untuk mengawalatur hormon kesuburan di dalam badan untuk menyediakan diri menerima kehadiran anak yang bakal dikandungkan.


2. Antioksida ACE

Antioksida yang penting untuk memerangi kanser adalah :

  1. Vitamin A (Carotomax), 
  2. Vitamin E dan 
  3. Vitamin C.
Kepentingan Antioksida ACE:
  • Antioksida di atas penting untuk meningkatkan sistem imun badan, menyekat aktiviti kanser dan mengurangkan radikal bebas serta menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.
  • Antioksida juga sangat penting untuk meningkatkan kesuburan badan.


GLA yang mengandungi 2 kali ganda GLA dari Evening Primrose Oil ini sangat membantu dalam meningkatkan kesuburan dengan :
  1. Mengawal atur estrogen di dalam badan untuk kesuburan wanita
  2. Membantu menyeimbangkan kitaran haid setiap bulan
  3. Melambatkan menopaus
  4. juga membantu kanser

Ini bukan rawatan, tetapi pengambilan supplement adalah untuk mencukupkan segala nutrisi yang kurang di dalam badan untuk meningkatkan lagi potensi sel di dalam badan mencapai apa yang diinginkan. Semoga dengan alternatif yang diambil oleh Puan Normala ini memberikan sinar harapan yang diimpikan, iaitu :

  1. Sembuh dari kanser sepenuhnya
  2. Berjaya hamil mendapatkan anak



Jika anda juga mengalami perkara yang sama seperti Puan Normala, anda boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat dan juga menghubungi saya, Ainul Malik, 016-3353567 untuk membantu anda meningkatkan lagi kesihatan dengan alternatif supplement selamat Shaklee ini.


Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, bolehlah dipanjangkan lagi perkongsian ini, semoga manfaat ini dapat diperluaskan lagi kepada mereka yang sangat-sangat memerlukan. 

Segala-galanya datang dari Allah yang Maha Menyembuhkan dan mengabulkan hajat, bersama-samalah kita juga berusaha dengan sebaik-baik usaha.

Semoga hajat anda dikabulkan!

Ikhlas,

AinulMalik
016-3353567
SID Shaklee Taman Puncak Saujana dan kawasan sekitar Kajang
Pos ke seluruh Malaysia



Tuesday, March 4, 2014

Soya Penyebab Kanser Payudara @ Breast Cancer

Soya Penyebab Kanser Payudara!

Jangan makan soya, bahaya nanti kena kanser!

Pernahkah anda mendengar pernyataan famous seperti di atas?

tempeh, to fu, kicap, tempe, kacang soya
Variasi makanan dari soya


Soya, adalah makanan yang berasal dari tumbuhan, mengandungi protein yang tinggi yang membantu kita mengurangkan risiko2 penyakit kardiovaskular, seperti penyakit jantung dan juga osteoperosis.

Soya mengandungi phytoestrogen, bahan kimia semulajadi yang menyerupai hormon estrogen di dalam badan. Estrogen pula adalah sejenis hormon yang membantu dalam kesuburan wanita, kitar haid dan sifat2 kewanitaan kita :)

Membaca ulasan Dr McCullough, Director of Nutritional Epidemiology dari American Cancer Society, kajian pengaruh soya yang dijalankan ke atas manusia tidak menunjukkan kesan negatif kepada pesakitnya, tetapi ia telah membantu menurunkan risiko sakit kanser ini.
Even though animal studies have shown mixed effects on breast cancer with soy supplements, studies in humans have not shown harm from eating soy foods. Moderate consumption of soy foods appears safe for both breast cancer survivors and the general population, and may even lower breast cancer risk.

Beliau juga turut merujuk kepada The 2012 American Cancer Society Guidelines on Nutrition and Physical Activity for Cancer Survivors yang telah ditulis oleh pakar-pakar perubatan dalam bidang ini, mereka merumuskan bahawa makanan-makanan berasaskan soya tidak memberi kesan kepada bekas pesakit kanser payudara.


Di Malaysia juga, kita boleh merujuk kepada artikel Dr Zubaidi, seorang doktor tempatan yang turut mengulas berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan, dan berpendapat bahawa soya tidak mendatangkan risiko kanser payudara, dan ia lebih kepada penyakit genetik, yang diwarisi  dari generasi terdahulu.

Soya penyebab kanser, bahaya soya, kepentingan soya
Ulasan Dr Zubaidi dari facebook

Juga, sahabat saya Dr Fyda Noh, juga doktor perubatan di negara ini berpendapat kesan kajian antara haiwan dan manusia memberi keputusan yang berbeza-beza. Tetapi kepada yang berisiko kepada penyakit ini dinasihatkan berpada-pada mengambil soya ini sehingga kajian terperinci yang berterusan dijalankan. Pendapat beliau, juga berdasarkan kajian, pengambilan yang sederhana adalah selamat malah boleh mengurangkan risiko kanser payudara.


Isu GMO dan kesan kepada manusia


Soya ini pada asalnya adalah makanan yang selamat, tetapi disebabkan teknologi masa kini dalam bidang bioteknologi yang ingin mengeluarkan produktiviti soya yang besar dan sihat, ia telah diubah suai genetiknya. Tumbuhan ini dipanggil GMO, Genetically Modified Organism yang memberi kesan sedikit sebanyak kepada tubuh manusia apabila kita memakannya.

Disebabkan itulah kita perlu menjadi lebih selektif dalam memilih makanan yang sihat dan berkualiti, pilihlah soya yang bukannya terubah suai genetiknya (Non-GMO Soy) dan iainya pasti lebih selamat. Isu mengenai Soya GMO dan bukan GMO boleh anda dapatkan dengan mengklik pada link ini.


Apakah kesan mengambil makanan yang telah terubah suai genetiknya ini?
1) kesan terus iaitu toksisiti
2) kesan alahan
3) komponen2 toksik melalui nutrisi masuk ke dalam sel
4) kesan-kesan yang tidak dikenalpasti boleh masuk melalui gen terubahsuai ke dalam sel badan kita


Anda boleh baca mengenai 20 soal jawab tentang GMO yang dikeluarkan oleh WHO (World Health Organization)

Ok, selamat memilih ya teman-teman tersayang! Saya memang memilih ESP sebagai sumber protein soya saya sebab saya tahu yang ESP ini telah menjalani kajian mendalam, pemprosesannya dikenalpasti selamat dan yang penting, soya nya berasal dari soya yang selamat iaitu soya non-gmo :)



ESP, kulit lembut, stok susu banyak, kesuburan, tenaga
ESP saya semalam sudah kehabisan sebab suka minum hari-hari :) Baki, boleh buat mask heheh


Satu bekas ni tahan 2 bulan, dan saya juga boleh berikan kepada ahli keluarga tersayang, terutama mereka yang:

  •  ingin menjalani program pengurusan badan, yang ada kencing manis (kedua-dua ini sebab indeks glisemik nya rendah), 
  • pada yang berpantang; boleh sembuhkan luka dengan cepat, 
  • yang ada masalah kulit; boleh dapat kulit yang gebu dan 
  • yang paling BEST HASIL YANG BOLEH NAMPAK adalah, pada mereka yang buat stok susu ibu, hasilnya amat lumayan sekali, dengan izin Allah, alhamdulillah!!

ESP sedap, bancuh air, kulit, tenaga, Promo, Kecantikan
Manfaat ESP yang saya memang suka, anda nak cuba?


Apa-apa konsultasi boleh dapatkan daripada saya ya :) No saya, 013-3536718 dan 016-3353567 kalau nak berwasap.

Insyaallah, saya boleh memberikan masa konsultasi yang lebih lagi sekarang sebab dengan RASMINYA sekarang saya sudah bergelar WAHM! Alhamdulillah! Lebih banyak masa berkualiti di rumah sambil menjana pendapatan yang berganda-ganda. eh, ke nak belajar dengan saya pun bolehhhh..saya akan share ilmu dengan anda yang berminat dan mahu!

Selamat mendapat manfaat dari artikel saya ini :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...