Showing posts with label Breastfeed. Show all posts
Showing posts with label Breastfeed. Show all posts

Wednesday, October 22, 2014

Rahsia Banyakkan Susu Ibu Dengan Berkesan Dari Ibu Yang Gagal Menyusu Anak Pertama

Assalamualaikum para ibu semua :)

Ramai yang mencari-cari rahsia dan tips untuk banyakkan susu ibu dengan cepat dan berkesan. Insyaallah, saya akan berkongsi segala yang saya tahu melalui pengalaman dan dan pengetahuan yang sentiasa saya timba untuk menyediakan susu badan yang secukupnya buat Amni Zahraa, anak kesayangan saya.


Ya, dulunya memang saya bekerja. Keluar rumah jam 7.30 pagi dan sampai ke rumah jam 7 malam. Saya dah melalui bermacam-macam perit dan getir dalam bidang penyusuan ini, iaitu :
  1. Aiman anak pertama reject menyusu dari saya sekitar usianya 3bulan
  2. Susu mengering dan terus terpaksa berhentikan penyusuan badan kepada Aiman
  3. Lahir anak kedua, Amni terkena kuning sehingga admit wad, saya berusaha memperbanyakkan susu ibu di awal pantang
  4. Susu badan saya mulai merudum ketika Amni 5 bulan-7bulan

Pengalaman Penyusuan Saya Gagal untuk Anak Pertama


Anak pertama, Aiman reject menyusu terus dari badan. Memandangkan ini kali pertama saya menyusukan anak, jadi, bacaaan dan ilmu online yang saya timba selama 9 bulan rupanya belum cukup membuatkan saya mahir untuk menyusukan Aiman. 

Ini maknanya, saya kurang lagi menggali ilmu. Saya kurang bertanya dengan orang-orang yang berpengalaman, saya tidak membaca buku, hanya mengharapkan sumber ilmu dari internet yang saya anggap cukup, rupa-rupanya tidak.

Setelah berpengalaman menyusukan Amni sepenuhnya, saya tahu masalah saya gagal menyusukan anak pertama sepenuhnya adalah kerana :

  1. Cara latching dan perlekapan mulut anak dengan payudara ibu adalah salah, membuatkan susu tidak mengalir dengan secukupnya
  2. Kurang direct feed bermakna kurang stimulasi
  3. Saya dah perkenalkan anak pertama dengan susu formula, jadi dia lebih selesa minum susu susu yang banyak dari botol berbanding badan
  4. Saya kurang mengepam susu semasa kerja membuatkan susu badan saya membengkak dan berkurang kerana kurangnya permintaan, iaitu supply on demand
  5. Pam susu saya bermasalah, dan saya melengahkan membaikinya membuatkan hasil pengepaman susu saya tidak banyak kerana pam rosak
Jadi, disimpulkan di sini bahawa kegagalan penyusuan badan kepada anak pertama berpunca dari sikap ibu sendiri, ya, saya tahu ini salah saya dan saya cuba memperbaiki kesalahan saya untuk anak kedua.

Prinsip Penyusuan Badan yang Perlu Difahami untuk Menjayakan Penyusuan Badan


Ibu perlu faham bahawa kita tidak boleh bergantung kepada supplement saja semata-mata tanpa mengamalkan prinsip asas penyusuan dan mengaplikasikan teknik teknik ini dengan ilmu.


Prinsip asas penyusuan :



  1. Banyakkan direct feeding dan stimulasi untuk menghantar isyarat kepada badan menghasilkan lebih banyak susu, kerana kilang susu kita demand on supply
  2. Banyakkan minim air kosong, lebih dari 3 liter. Banyaknya! Malaslah! Kenapa kena minum sebanyak tu? sebab kita menggunakan air untuk proses dalaman badan kita dan untuk menampung penghasilan susu kepada anak selama 24 jam! Jadi? fikir-fikirkan :)
  3. Banyakkan berdoa, kurang berdoa bermakna kita hanya redha dan tidak bersungguh mahukan susu dihasilkan dari badan sebagai rezeki tidak terhingga dari Allah.
Jadi, jika anda ibu yang betul-betul mahu berikan yang terbaik buat anak anda, anda akan rela menyediakan fizikal dan mental untuk menghasilkan susu sebanyak mungkin! Siapa yang tak mahu anaknya montel dan gebu kan?


Kenapa saya kecewa tidak dapat menyusukan anak sepenuhnya?


Dahlah dalam susu badan kita tu ada khasiat antibodi yang tiada dalam susu formula, mana nak cari susu formula yang dapat tandingi susu badan kita?

Perbandingan formula milk dan breatmilk ihsan Google

Wah, menangis saya tengok carta ini! Bayarla duit ribuan ringgit untuk beli susu formula memang tak dapat tandingi kenikmatan dan kehebatan susu ibu ini!

Dalam susu formula ada ramuan kasih sayang?

Masyaallah, ini satu lagi yang boleh buatkan saya menangis. Alhamdulillah, untuk Amni Zahraa, saya dapat berzikir Ya Matin (Zikir penambah susu), Ya Wahab (Zikir tambah rezki) Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir (Zikir erat kasih sayang), Ya Rahman Ya Rahim (Kasih sayang) Ya Hakim (untuk kebijaksanaan) dan banyak lagi sepanjang menyusukan Amni dan juga sepanjang mengepam susu untuknya.

Memang sangat terharu, kan? Sebab implikasinya adalah kita menyalurkan susu terhebat dunia dengan zikir-zikir yang lahir dari ibunya sendiri, semoga bertambah-tambah berkat susu untuk anak kita tu nanti.

Saya ada kongsikan doa untuk memperbanyakkan susu di entry ini, sila klik ya.


Tegap dan montel anak susuan ibu mama ni, Amni Zahraa


Milk Booster penambah lagi hasil susuan saya


Selain itu, saya memang mengaku, memang saya menggunakan supplement untuk menambahkan lagi pengeluaran susu saya. Saya mengamalkan makan ESP, alfalfa, lecithin dan ostematrix sebagai supplement yang utama, dan B compleks, Vitamin C dan Vitalea sebagai booster menambahkan nutrisi terbaik buat anak saya.


  1. ESP : Sumber protein yang lengkap untuk menghasilkan susu di dalam badan dan memekatkan susu
  2. Alfalfa : Milk booster
  3. Ostematrix : Sumber kalsium yang penting untuk memperbanyakkan susu
  4. Lecithin : Melancarkan pengaliran susu yang bertukar jadi lemak jika susu tidak dihisap oleh anak
  5. B kompleks : Sumber untuk nutrisi kualiti susu, penting untuk saraf ibu dan anak dan penghilang stress ibu
  6. Vitamin C : Imun booster ibu dan bayi
  7. Vitalea : Nutrisi yang paling lengkap untuk kesihatan optima ibu dan bayi


Dan sememangnya kesemua ini adalah produk Shaklee, vitamin semulajadi yang telah menjalani kajian berpuluh tahun dan diiktiraf oleh Saintis seluruh dunia tentang keberkesanan dan isu selamatnya vitamin ini untuk sel badan kita dan anak kita.


Pengalaman yang indah ini pastinya saya akan kongsikan kepada ibu-ibu yang memerlukan.


Syukur, rezeki selepas BANGKIT dari kegagalan

Jika perlukan konsultasi dari saya, bolehlah hubungi saya di 016-3353567, kita berbual dari hati ke hati dengan whatsapp kerana saya memang faham jerih perih ibu yang gagal menyusu kerana saya pernah gagal kali pertama dengan anak pertama saya! Sangat pedih, ok!

Saya juga banyak berhubung dengan pakar laktasi untuk membantu menyelesaikan masalah saya. 

Untuk mengubat duka lara anda, jom saya kongsikan satu video yang memberikan inspirasi dari Peer Lactation terkenal, Dilla Jalil rakan saya dari Ipoh Perak ini. Best video ni :) 

Beliau adalah salah seorang yang saya banyak berkongsi suka duka perjalanan penyusuan saya, dan kali ini saya pula ingin menyalurkan manfaat buat anda semua!


Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.


Insyaallah, saya akan berkongsi dengan para ibu di luar sana cara mengatasi stress sepanjang penyusuan yang penuh cabaran ini dalam entry seterusnya!

Tungguuuuuu!

Semoga sharing saya memberi semangat dan inspirasi buat ibu-ibu yang hampir berputus asa di luar sana untuk berjuang menyusukan anak selama mana yang mungkin! Insyaallah, demi membesarkan anak kurniaan Allah nikmat yang tidak terhingga!


Anak-anak syurga saya
Anak adalah permata syurga dari Allah. Maafkan Mama, Aiman, mama tak bermaksud nak menghentikan penyusuan lengkap mama kepada Aiman dulu. Terima kasih kerana kehadiran Aiman banyak mengajar mama menjadi seorang ibu yang terbaik. Terima kasih ya Allah kerana dengan ilmu Mu ini dapat ku berikan yang terbaik buat Amni Zahraa. Tiada bezanya kedua-dua anak ku ini, mereka adalah yang terbaik buat saya selama-lamanya!

Terima kasih ya Allah mengurniakan saya permata syurga ini! Akan ku penuhi tanggungjawabku sebagai ibu sebaik-baiknya sementara masih ada usia. 

Mama sayang kalian berdua tiada taranya!

* Insyaallah, tidak lama lagi ebook penyusuan saya akan keluar, boleh tinggalkan no whatsapp anda di ruang komen untuk saya maklumkan kehadirannya nanti. Semoga ia bermanfaat buat ibu-ibu yang melalui breastfeeding journey yang penuh pancaroba!

Ikhlas membantu dari hati ;

Ainul Malik
016-3353567

Monday, April 21, 2014

Bestnya Jadi Ahli Shaklee, Makan Sendiri Mahupun Menjana Pendapatan


Best betul jadi ahli Shaklee, samada makan sendiri ataupun berniaga, kedua-duanya pun best! Kenapa? jom saya kupaskan untuk kedua-duanya :)



Jadi Ahli Shaklee Makan Sendiri


Sebenarnya, saya adalah ahli Shaklee yang makan sendiri.

Saya bermula dengan breastfeeding set. Lama kelamaan jatuh cinta pulak pada supplement yang lain, contohnya Ostematrix yang sangat cepat menunjukkan kesan positifnya.. contohnya bila sakit pinggang, kebas kaki, period pain, sakit2 pening kepala, memang ni lah alternatif yang sanya cari dulu. Waktu preganant lagi lah, memang sangat sayang dengan ostematrix ni, kawan baik lah katanya!

Bila dah rasa best, saya bagi pada Mak saya untuk mencuba. Bila dah rasa best makan ostematrix, orang tua pun suka, hati mesti lagi berbunga-bunga cuba yang lain.

So, saya fikir, bila beli dengan keahlian sendiri, dapat kumpul point dan dapat beli sendiri lah kan :) Sebab tu lah saya daftar jadi ahli Shaklee.

Bestnya Jadi Ahli Makan Sendiri

  1. Saya akan dapat cek tiap bulan, hasil pembelian vitamin bulanan. Lepaslah buat beli barang rumah
  2. Point makin lama makin meningkat, bonus makin besar, sangat terkejut ok!
  3. Dapat ilmu makan vitamin dari upline saya
  4. Ada perkongsian menarik mengenai kesihatan, vitamin, penyusuan ibu dalam group yang saya sertai
  5. Saya tambah kenalan alam maya yang akhirnya boleh share macam-macam mengenai kehidupan melalui Shaklee ni
Best kan, bukan sekadar dapat rasa kesan positif makan vitamin je, hidup kita pun makin positif sebab dah meluaskan jaringan silaturrahim dengan ramai orang-orang yang berpositif.

Hidup saya makin gembira dengan perubahan baru ini sejak jadi ahli Shaklee. kalau stress kerja, banyak kerja rumah, makan la b kompleks, insyaallah, emosi yang down, rasa penat semua berganti dengan emosi yang stabil dan bertenaga :) motivasi dari support group, kawan-kawan yg makan vitamin pun sama bestnya, jadi, hidup rasa gembira dikelilingi rasa bahagia.

Status bertukar dari ahli makan sendiri kepada Berniaga Shaklee Online ni pilihan saya ye, bukan langsung paksaan dari sesiapa.

Siapa yang taksuka dapat tambah pendapatan? Memikirkan jadi ahli makan pun dapat bonus, apatah lagi jadi ahli yang memang berniaga!

Jadi, saya belajar sikit demi sikit dan akhirnya saya berjaya menembus pasaran online dengan menjadi Independent Distributor Shaklee yang sah!

Bestnya Jadi Ahli Ahli Shaklee Melalui Perniagaan Online


Macam-macam bonus ditawarkan, dari bonus kereta, bonus jalan-jalan, bonus insentif, Bonus kepimpinan, Syukur sangat, Shaklee sangat bermurah hati dengan kesemua bonus-bonus yang ditawarkan ini.

Satu demi satu perjalanan yang saya lalui, saya memang yakin dengan jalan ini. Banyak perkara yang saya belajar.

SEKARANG, SAYA CUBA MENGOLAH segala yang saya belajar, untuk berkongsi segala ilmu bisnes yang saya belajar untuk membantu wanita-wanita yang memerlukan seperti saya dahulu menjana pendapatan dengan perniagaan Shaklee ini.

Seronok, bila dapat melihat orang-orang yang kita bimbing sama berjaya malahan lebih berjaya dari kita sendiri. Nikmat Allah yang mana yang kamu dustakan?

Bukan nikmat berniaga sahaja, tetapi macam-macam nikmat yang boleh dikongsi, nikmat bahagia, silaturrahim dengan orang-orang yang berjaya, nikmat menggembirakan orang lain, Allahuakbar! Terasa tak keseronokannya?

Wajah - wajah gembira semasa Master Celebration di Pullman Putrajaya, mengutip cas positif

Ukhwah antara Pengedar-Pengedar Shaklee memang rapat antara satu sama lain, kami bergerak bersama-sama, bukan bersaing, manis kan?

Sedang saya menaip entry ini, saya tak sabar untuk membawa mertua saya makan angin berjalan-jalan ke Tawau, insyaallah, sambil menyelam minum air.

Sambil saya mencurahkan ilmu kepada orang yang memerlukan di Tawau, saya juga dapat menggembirakan orang yang melahirkan dan membesarkan suami tersayang ke dunia ini. Tanpa mereka, tiadalah pemimpin keluarga kecil yang saya sayang ini.

Indah, bukan?

Jadi, bagi mereka yang berminat untuk menyertai saya, belajar dengan saya, tanpa paksaan berniaga, untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga, meningkatkan taraf kesihatan diri dan keluarga, saya mengalu-alukan kedatangan anda ke dalam hidup saya!

Insyaallah, semoga apa yang saya sampaikan ini menjadi sedekah jariah buat simpanan amal saya di alam sana, doakan saya dan anda juga boleh memanjangkan amal ini dengan mempraktikkan apa yang saya ajar kepada rakan-rakan anda jua :)

Tawau, kami datang! 10 Mei insyaallah, boleh jejak saya di sana untuk curahan ilmu. 

Tawau, can't wait!

Semoga Allah melindungi kita semua,

Lillahitaala :)



Jom Berjaya Bersama ;

iR Ainul Malik
SMS 013-3536718
Wasap 0163353567
Fbpage Sihat.Ceria.Bahagia

Wednesday, March 26, 2014

Tips Banyakkan Susu : Milk Booster Cepat dan Mudah Disediakan Khas untuk Wanita Berkerja

Penyediaan Milk Booster yang ringkas, mudah dan cepat bagi anda ibu-ibu yang sibuk dan mengejar masa?



Saya kongsikan di sini tips dan senarai milk booster yang cepat yang pernah saya cuba sebelum ini :)

1) Sup Lobak Putih

Milk Booster, banyakkan susu, lobak putih
Sup Lobak Putih Milk Booster Mudah dan Sedap

Senang dan mudah nak sediakan sup ni.. saye suka tumis dengan bawang dulu, lepas tu saya akan masukkan lobak puth ni sebelum masukkan air ;) yang sup di atas saya tumis dengan minyak zaitun, campur bahan lain untuk sedapkan lagi sup lobak putih ni, contohnya dim sum, lobak masin dan suhun. Yang lain-lain ikutlah selera dan stok yang ada di rumah, mudah dan cepat bukan? Yang penting sedap :)


2) Sup Ayam

Ihsan Google dari http://leematsunaga.files.wordpress.com/2012/12/sup-ayam.jpg
Ini milk booster saya sendiri, sup ayam yang ada herba2 rempah ratus di dalam nya, so secara khususnya yang menjadi milk booster saya adalah sup ayam Utara. Sebab ada macam-macam jenis respi sup ayam kan, yang ada sup bunjut tu, boleh membantu saya membanyakkan susu. Anda bagaimana?


3) Ulam ulaman : Jantung pisang & pegaga

Khasiat pegaga ihsan Google dari http://panduanpercuma.info/wp-content/uploads/2010/03/khasiatpegaga.jpg

Ulam jantung pisang ihsan Google dari http://rasa.karangkraf.com/panduan/petua-dapur/jantung-pisang-tidak-hitam-1.59108

Ini memang ulam favorite saya! Betul tak geng makan tengahari? Bila kita bekerja, kita akan ada masa makan tengahari bersama kawan-kawan seofis, jadi jadikan hidangan ulam-ulaman seperti jantung pisang dan pegaga sebagai menu wajib bila anda makan di luar. Sihat bukan, makan sayur-sayuran tanpa perlu ditumis dengan minyak? Pegaga dan jantung pisang bukan saja milk booster terbaik, tetapi memang sedap menjadi pembuka selera hidangan tengahari bila makan bersama sambal belacan. yummy!



4) Air ESP + Low Fat Milk + Kurma + Badam

Resepi ESP sedap


Resepi minuman dengan ESP ni memang menjadi milk booster terbaik dan sedap bagi saya. Minum sejuk-sejuk, anda akan rasa kenikmatannya! Dah cuba resepi ESP ini? Campurkan sekali kurma yang direndam lama di dalam susu segar/ low fat milk dan blend semuanya.. malas nak blend sebab tak cukup masa? boleh saja.. kadang-kadang nak jimat masa, saya minum aje resepi ni tanpa blendkan kurma tadi, ia akan jadi lembut bila dah direndam lama. Badam tu tumbuk atau tabur dengan badam masakan yg dipotong kecil-kecil pun boleh. ikut kreativiti sendiri :)

Tak sempat nak minum air ESP kosong pun sedap! Cuma shake dan campurkan air, terus minum!

Boleh cuba untuk hasil yang lebih optima, iaitu set Mighty 3 Gem (klik link ini)

Oh, nak yang lebih cepat tanpa perlu penyediaan apa-apa? Ada-ada saya memang sangat suka makan milk booster yang mudah dan cepat ni!


5) Air Horlicks

Horlicks milk booster
Horlicks yang sedap ihsan Google

Ho-ho-ho Horlicks! Yes, setelah dicuba-cuba, Horlicks panas adalah milk booster saya yang lebih cepat berbanding air milo. Kalau dapat, minu untuk sarapan, kalau tak sempat minum horlicks panas semasa makan tengahari atau waktu petang pun boleh juga. Anda dah cuba?


6) Kurma

banyak susu, breastfeeding tips
Kurma sebagai mlik booster

Jadikan kurma sebagai stok kecemasan di mana-mana anda berada. Letak dalam laci di ofis dan juga sediakan stok kurma di dalam peti ais di rumah anda. Saya juga bawak kurma di dalam beg saya sebab bila drive pun sempat lagi nak makan kurma ni kan, ia adalah milk booster terbaik dan mudah dibawa ke mana-mana :) sebab tu mungkin Amni pun minat makan kurma ni, mesti rasa susu dia perisa kurma :)


7) Set Menyusu Budget Shaklee



Set ini terdiri dari ostematrix, Alfalfa dan lecithin. Perlu makan ketiga-tiga ini? Tak dapat makan ketiga-tiga, utamakan ostematrix mahupun Alfalfa. Kenapa?

Ostematrix : Pembekalan sumber Kalsium tinggi, jadi ia merangsang penghasilan susu di dalam badan

Alfalfa : Milk booster yang diamalkan sejak zaman dahulu lagi, jika kena pada gayanya, susu anda akan melimpah ruah, insyaallah.

Lecithin : Pemecah lemak, jadi ia akan membuatkan saluran susu anda lancar. Sangat penting bila terkena bengkak susu.

Jadi, supplement ini, telan saja! Mudah bukan?


Ini, antara amalan saya, dan walaupun sekarang status saya telah bertukar dari berkerjaya kepada WAHM, yang nyata, bekerja jugak bukan? Lagi perlukan masa yang berkualiti untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang dirancang. Saya amalkan tips-tips di atas sehingga sekarang, alhamdulillah berkesan.



Tips Berjaya di dalam Penyusuan


Untuk berjaya di dalam penyusuan susu ibu ini, beberapa prinsip asas harus dipegang dan dijadikan disiplin setiap hari untuk diikuti.

1) Kerapkan direct feeding
Menyusu secara terus adalah stimulation terbaik. Jika tidak dapat direct feeding, disiplinkan diri untuk mengepam susu setiap 2 atau tiga jam sehari sepanjang waktu bekerja. Pastikan anda benar-benar mengosongkan Breast selepas mengepam, boleh dilakukan selama 20 -30 minit bergantung kepada badan masing-masing.

2) Banyakkan minum air kosong
Minumlah air yang banyak, kerana jika orang biasa perlu minum 1 liter air untuk 20kg badannya, cuba kira dengan berat anda, berapa liter air yang perlu diminum sehari? ditambah dengan fokus untuk mengumpul stok susu atau menyusukan secara terus, pasti anda perlu banyak minum air masak. kalau minum air panas kosong lagi best :)

3) Banyakkan berdoa
Bukan senang sebenarnya nak menjayakan penyusuan ini. Banyakkan berdoa agar susu semakin bertambah dan murah rezeki anak setiap hari.

Saya memang pernah mengalami kemeruduman susu pada suatu masa dulu, memang sangat sedih. Sehari saya hanya dapat kumpul 4 oz untuk 4 kali pengepaman. Siapa yang tidak sedih untuk susu sebanyak itu saja diberikan pada anaknya hari yang sama?

Tapi, kita positifkan hati, yakin berdoa. Ini antara yang saya amalkan :



1) Surah al-kauthar


2) Surah al-Baqarah, ayat 60


3) Surah al-hujurat


4) Zikir ya Matin



* semua gambar2 surah dan ayat al-quran ini saya Google ya, teruima kasih kepada semua penyumbang!


4) Jaga emosi : Hindari tekanan/stress dan dekatkan diri dengan cas-cas positif supaya anda sentiasa gembira. lebih gembira anda, lebih banyak susu dapat dihasilkan!




Semoga entry saya membantu anda, para wanita berkerjaya yang mencari-cari tips untuk menambahkan susu badan dengan pengambilan milk booster yang mudah dan cepat. Respons badan adalah berbeza bagi setiap individu, saya hanya kongsikan pengalaman saya, anda boleh cuba jaya setiap satu tips milk booster ini untuk melihat mana satu yang berkesan buat anda!

Semoga berjaya!

Untuk si manja, segala-galanya sanggup ku korbankan, tak gitu wahai ibu-ibu penyayang? :)


Salam kasih sayang,

Ainul Malik
HP 013-3536718
WA 016-3353567
Fbpage : Sihat.Ceria.Bahagia

Tuesday, March 18, 2014

ESP Penawar Gastrik Terbaik Buat Saya Pengedar Shaklee Kajang Taman Puncak Saujana, Prima Saujana, Saujana Impian



Ini adalah testimonial ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee yang saya share dari group saya, mohon izin share ye tuan empunya :)

penawar gastrik, cara elak gastrik, ESP putrajaya, kajang, Shaklee
Testimoni ESP untuk gastrik

Bila tebaca testi ni, teringat kisah SAYA sendiri. Kenapa? Sebab pengalaman dia sama macam saya, yang dapat gastrik dari kecik lagi


Penyebab Gastrik

Punca gastrik, cara mengatasi, ubat gastrik
Gastrik penyebab sakit perut

Bila tak makan, confirm sakit perut
Bila makan lebih pun mesti sakit perut
Bila makan yang sangat pelik, sakit perut jugak
Bila makan tak ikut time, mesti rasa perut memulas bagai ditarik-tarik
tapi apa2pun, tetaplah bersyukur ada perut kan?

Saya dapat gastrik ni maybe disebabkan keturunan, redha jelah takpe asal sihat ceria hehe

Penyebab Utama Gastrik :

  1. Waktu makan yang tidak tetap
  2. Membiarkan perut kosong ketika jus gaster dikeluarkan dari badan
  3. Tekanan
  4. Helicobacter pylori pula penyebab peptic/gastric ulcer di dalam perut

Ubat yang boleh menyebabkan Gastrik

  1. Aspirin : melegakan kesakitan
  2. Nicotine : mengurangkan rokok
  3. Corticosteroids : ubat untuk melegakan masalah kulit, ruam, ekzema
  4. Erythromycin : antibiotik
  5. Beta Blockers : rawatan darah tinggi

Simptom Gastrik


  1. Sakit yang berterusan
  2. Ketidakhadaman perut
  3. Pening kepala
  4. Muntah
  5. Hilang selera makan
  6. Cirit birit 
hmmm..dulu memang selalu saya alami semua ni termasuk cirit-cirit.

Apa yang perlu dielakkan oleh pesakit gastrik?


  1. Makanan pedas
  2. Alkohol
  3. Merokok
  4. Makan berlebihan
  5. Makan banyak sebelum tidur malam
  6. Makanan terlalu berlemak
  7. Tekanan
  8. Tidur lewat malam

Rujukan :  Gastric Problems - First Aid and Emergency Treatment Guide | Medindia http://www.medindia.net/patients/firstaid-gastric.htm#ixzz2wHzLB7Fi




Petua mengurangkan Gastrik


Satu petua dari saya bila saya terkena gastrik
Minum air panas kosong
ye, syarat mesti panas yang boleh diminum (bukan suam)
dan air itu mesti air yang kosong
Alhamdulillah, cara ini memang kena dengan perut saya
mesti keluar angin
kalau dah terdesak sangat taktahu mana nak cari air halia

Kalau rajin bolehla buat sendiri air halia,
rebuskan halia dan tambahkan sedikit gula supaya boleh diterima tekak
masa pregnantkan Aiman dulu, saya sangat suka minum teh o halia
tapi orang tua-tua cakap, halia ni kalau makan setiap hari panas
* taktahu betul atau kebetulan, ini penyebab Aiman kurang rambut masa baby dulu
6 bulan baru ada rambut yang sangat nipis sehelai dua, kesian dia!


Penawar Gastrik saya


Yang penting, jumpa doktor dahulu untuk dapatkan rawatan yang betul
Adakah sebab angin?
pedih ulu hati? dan sebagainya?
Hanya doktor dan farmasis saja yang boleh mengeluarkan ubat dengan betul yang sesuai dengan kita

Saya mencari penawar setelah saya tahu apa masalah saya
Sejak saya cuba ESP untuk menyusukan Aiman, saya terasa beban yang saya tanggung untuk gastrik berkurangan dan hilang tanpa saya sedar
Pelik juga saya boleh tahan lapar dalam jangka masa yang lama
walaupun saya mengepam susu
tapi lama kelamaan saya dapat rasa bila saya minum ESP, saya dapat tahan lapar
Bila saya tak minum ESP seharian, saya akan sangat cepat lapar

Alhamdulillah, sejak 3 tahun kebelakangan ini, saya tak mengalami masalah gastrik
walaupun saya kadang-kadang terpaksa skip makan sewaktu bekerja
tapi ini bukanlah jaminan yang saya tak perlu menjaga waktu makan macam biasa
sekurang-kurangnya tahanlah jugak perut ni kan
~syukur~


Apa yang Best tentang ESP


* Waktu mengandung Amni, memang saya tak tinggalkan ESP sebab selalu sangat lapar
* Dah berpengalaman berpuasa waktu mengandung tanpa ESP (waktu Aiman sebab tak kenal lagi) dan ternyata saya taktahan, manakala mengandung kan Amni, saya berpuasa dengan ambil ESP sebagai alternatif, syukur dapat tahan lapar dan penuh puasa sebulan
* Menjalani tempoh-tempoh berpantang dengan ESP sangat heaven dan best! Bertenaga dan luka cepat sembuh
* Menyusukan dan mengepam untuk stok susu dengan pengambilan ESP memang ada perbezaannya, siapa yang nak tahu sila cuba
* Masalah kulit muka saya yang berlubang-lubang ini pun dapat dikurangkan dengan pengambilan ESP ini, syukur!
* Satu lagi yang dapat dikesan adalah tenaga. Jadi bertenaga bila minum ESP di awal pagi sebelum sarapan. waktu-waktu yang lain pun sama jugak
* Bolehla nak kurangkan pengambilan nasik 2 pinggan kepada 1 pinggan, maklumlah ibu menyusu memang kuat makan, betul tak??

Susu ESP, pekatkan susu, banyakkan susu, kualiti susu
Stok susu Amni setahun 4 bulan, alhamdulillah



Sebab tu saya memang sangat sukakan ESP!

Kalau ada tawaran dari Shaklee buat ahli-ahli SID Shaklee sendiri, saya nasihatkan Janganlah Membiarkan Tawaran ini berlalu pergi macam tu je. Tolonglah grab untuk penjimatan yang amat jimat! Sebab tu sangat untung bila jadi ahli Shaklee ni, serius!

Shaker serbaguna, resepi ESP, banyakkan susu
ESP Shaklee dan Shaker Shaklee yang berbesi sangat istimewa!

Nak beli dengan penghantaran yang selamat?
http://bit.ly/ESPprotein klik link sebelah

Sangat untung membeli pada benda yang mendatangkan manfaat kepada kita. Anda yang belum mencuba, kalau nak mencuba, boleh hubungi saya. Anda jeles tak tengok shaker yang besar dan ade besi istimewa di dalamnya ni? Nak tahu lebih lanjut? ha, boleh tanya pada saya :))


Hubungi AinulMalik
SMS 013-3536718
Whatsapp 016-3353567
Facebook page Sihat.Ceria.Bahagia

Monday, January 13, 2014

Alfalfa bukan saja Rahsia Tambah Susu Ibu, tetapi Bonus Untuk Wanita Cantik Luar Dan Dalam

Alfalfa adalah rahsia yang membuatkan susu ibu bertambah dengan banyaknya sejak dari zaman dahulu kala lagi.

Ia adalah sejenis herba yang sangat terkenal dan mudah dipraktikkan untuk menambahkan susu badan.
Rujukan : http://breastfeeding.about.com/od/milksupplyproblems/a/Alfalfa-And-Increasing-Breast-Milk-Supply.htm

Alfalfa sedap dijadikan ulam ulaman :)


Sedap kan ulam alfalfa ni, boleh dibeli di Jusco Aeon :) Boleh dimakan terus secara semulajadi, tetapi kita tidak dapat mengira dosnya :)

Galactagogues


Galactagogues bermaksud herba penambah susu badan
Kandungan pada daun alfalfa menggalakkan perkembangan tisu-tisu glandular di payudara. Jika diambil selepas bersalin, ia akan membantu menambahkan susu badan dan juga penambahan lemak dalam susu tersebut.

Daun Alfalfa pelbagai khasiatnya untuk manusia

Daun Alfalfa
Daun alfalfa mengandungi banyak klorofil, pengumpulan mineral seperti kalsium, magnesium, phosphorus, potassium, silicon, vitamin seperti A, B1, B2, B3, B5, B6, C, D, E dan K juga amino asid perlu dan tidak perlu.

Daun alfalfa adalah estrogenik dan antikulat.

Ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan badan. Mari kita lihat khasiat alfalfa ini.
Rujukan : http://www.mobimotherhood.org/mm/article-herbal2.aspx

Berita baik buat ibu-ibu yang menyusukan!


Selain daripada susu ibu bertambah banyak, pasti anda akan tersenyum lebar! Kerana? 

  1. Alfalfa mencuci hati, darah dan usus! = detox terbaik yang selamat
  2. Melawan alahan! = yang ada resdung? tak boleh makan seafood, silalah cuba dulu alfalfa anda akan rasai perbezaannya!
  3. Memperbaiki keadaan usus dan perut! = selalu kembung? angin? sembelit? lepas makan alfalfa, legaaa!
  4. Menyingkirkan lemak dan kolesterol! = mengandungi saponin, span yg bertindak sebaga serat yang menyerap kolesterol
  5. Mencegah arthritis! = melegakan sakit-sakit sendi
  6. Menghilangkan kelesuan dan tekanan
  7. Memberi kelegaan semasa haid
  8. Merawat keputihan
  9. Bertindak sebagai kacip fatimah
  10. Memulihkan urat selepas bersalin
  11. Meneutralkan asid dalam badan
  12. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor
Setelah senarai panjang khasiat Raja Tumbuhan aka Alfalfa ini telah dikenalpasti, adakah anda ragu-ragu lagi dengan keberkesannanya? Nak tahu kenalah cuba kan? All in 1, yang pasti ibu-ibu menyusu mestilah TERSENYUM LEBAR kerana secara tak langsung penampilan anda luar dan dalam terpelihara.


Semakin hari semakin sayang


Encik suami semakin hari semakin sayang!!
Dahla dapat memenuhi keperluan anak dengan memberikan susu termahal di dunia juga menjadi cantik di mata suami sentiasa :) *wink wink*


Seronok kan berbahagia bersama keluarga seperti ini?

Harga sebotol kecil untuk 330 biji Alfalfa adalah RM53.75 dan boleh dimakan selama BERBULAN-BULAN (3-5 bulan mengikut keperluan) dan anda ingin LEBIH BERJIMAT LAGI??

Dapatkan sebotol BESAR 700 biji dengan harga yang lebih menjimatkan iaitu RM97.50 boleh diambil untuk masa yang lebih lama!

Sebiji alfalfa = RM0.14 (14 sen sahaja!)

Ada kastemer saya yang LEBIH BIJAK telah berkongsi bersama suami isteri, ataupun anak remaja atau teman serumah dan iainya memang sangat2 menguntungkan! Alfalfa juga bagus untuk lelaki untuk menguatkan stamina mereka di samping mengurangkan alahan, resdung, detox dan bagus untuk kurus!

Alfalfa kecil dan besar yang sangat menjimatkan!
Wah! Memang laris jualan Alfalfa ini kerana penjimatan harganya boleh anda dapati dari saya juga! Nak tahu, sms saya di talian

013-3536718 atau whatsapp 016-3353567

lebih senang online? pm saja facebook saya atau fanpage sihat.ceria.bahagia!

saya sedia membantu untuk memberikan khidmat konsultasi yang terbaik kepada anda, khas untuk anda, pelanggan yang saya sayangi!

Semoga anda semua sentiasa sihat, ceria dan bahagia!

Friday, July 13, 2012

Set Mighty Three Gem (3 Gems) Penting di bulan PUASA?

Salam semua

Tinggal lagi seminggu umat Islam akan menunaikan ibadah puasa. Rasa tak sabar pulak menunggu kedatangan RAMADHAN, bulan yang penuh rahmat dan barakah ini. Bulan ini digalakkan semua muslimin muslimat memperbanyakkan amal ibadat. Sebagai persediaan, anda boleh mencuba set Mighty Tripple Gems sepanjang berpuasa nanti.

Mighty 3 Gems (Tripple Gems)

Set ini mengandungi 
yang mempunyai fungsi2 yang tersendiri untuk membantu kita bertenaga sepanjang hari walaupun berpuasa, mengurangkan rasa dahaga, dan mendapat zat2 yang penting walaupun berpuasa. Maklumlah kan, makanan untuk berbuka dan bersahur nanti mesti macam2 jenis, mungkin kadang2 terlebih manis dan lemak, tidak menuruti piramid makanan yang betul untuk pemakanan seimbang.


Siapakah golongan yang patut mencuba Mighty 3 Gems ini?

Keutamaan diberikan kepada ibu-ibu mengandung seperti saya, ibu yang menyusukan anak, warga tua, pelajar, pesakit gastrik, orang yang bekerja di bawah terik matahari, yang inginkan gaya hidup aktif dan juga sesiapa sahaja yang inginkan badan yang bertenaga, sentiasa sihat dan berhajat dapat melakukan semua aktiviti di bulan puasa ini. 


Dapatkan maklumat lanjut dan harga daripada saya. saya sedia COD set Mighty 3 Gem ini di kawasan Cheras batu 9, Cheras batu 10, Cheras Perdana, Mahkota Cheras, Hulu Langat, Bandar Tun Hussien Onn, Taman Cheras Jaya, dan Balakong.

Dapatkan juga cara pengambilan yang betul sempena di Ramadhan ini. Semudah A,B,C cuma bancuh sahaja dan minum! Sangat berkhasiat dijadikan minuman utama berbuka puasa dan bersahur. Kalau dibuat sejuk2..sangat sedap! Jom cuba!

Hubungi saya untuk konsultasi pengambilan supplement semulajadi ini daripada saya, Ainul Malik melalui ainzm@yahoo.com/ 
0133536718/ 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
Salam sayang,
Mama Aiman

Tuesday, June 26, 2012

Set Breastfeeding Pilihan di Bulan Ramadhan/Puasa

Salam Ceria buat semua..

Tinggal tak sampai sebulan lagi umat Islam akan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan, yang memberi rahmat buat semua hamba-hamba Allah. Sudah bersediakah ibu-ibu yang menyusukan anak-anak sempena bulan Ramadhan ini?
Risau tentang kurang tenaga sepanjang berpuasa?
Takut kekurangan air susu sepanjang berpuasa?
Risau merasa dahaga yang amat sangat akibat mengepam susu?
Sudah terfikir akan mula mencampurkan susu badan dgn susu formula?

Sementara masih ada masa, apa kata ibu2 sekalian cuba alternatif ini?

Mighty 3 Gem Shaklee

MIGHTY 3 GEM
Set Mighty 3 Gem mengandungi ESP (Energizing Soy Protein), Mealshake dan juga Performance drink. Mari kita lihat apakah kepentingan ketiga-tiga supplement ini buat ibu-ibu menyusu, ibu2 mengandung, mereka yang aktif dan sesiapa yang ingin memelihara taraf kesihatan sepanjang bulan puasa nanti.

1. ESP (Energizing Soy Protein)

ESP didatangkan dalam bentuk serbuk yang diperbuat dari 100% non-GMO soy protein yang lengkap dengan 9 asid amino perlu. Kesan POSITIF dari pengambilan minuman ini ialah:
  • ia membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan
  • Selain itu, ia juga membantu kita melapik perut dan menahan lapar kerana ia membantu menghasilkan mukosa sebagai pelindung kesan asid hidroklorik di dalam perut. Oleh itu, dapat mengelakkan rasa kepedihan perut dan juga pedih ulu hati!
  • gabungan kalsium dan protein di dalam ESP menjadi makanan tambahan untuk penghasilan utama susu ibu yang dapat diberikan kepada si manja kesayangan anda sepanjang anda berpuasa

2. Mealshake

Mealshake ini berperisa vanila yang pasti dapat memikat rasa semua! Ia membekalkan 35% atau lebih Nilai Harian bagi 19 jenis vitamin dan mineral yang penting
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, dan serabut sajian / fiber membantu anda mengatasi masalah sembelit sempena bulan puasa ini.
  • Memelihara kesihatan melalui kandungan vitamin-vitamin dan mineral penting yang diperlukan badan setiap hari yang selalunya sukar dipenuhi melalui sajian berbuka dan sahur kita

3. Performance Drink

Performance Drink mempunyai rasa oren tang yang menyegarkan! Mengapa ia penting buat kita sepanjang bulan puasa ini? Ia menjadi pilihan ahli-ahli sukan dan mereka yang menjalani gaya hidup aktif supaya kekal bertenaga dan mengurangkan rasa dahaga melalui:
  • Rumusan Ekslusif Opticarb memberi kita KARBOHIDRAT bagi daya ketahanan dan elektrolit bagi penghidratan semula dengan segera
  • Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan
  • terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar 
Selain itu, terdapat juga set-set yang berkaitan selain dari Mighty 3 Gem ini yang dapat membantu ibu-ibu membuat stok susu sempena menjelangnya Ramadhan ini.

Set2 yang dicadangkan ialah :

  1. Set Tripple M : yang mengandungi Vitalea, Vitamin C, B kompleks, Alfalfa, Ostematriks dan ESP
  2. Set E              : yang mengandungi  Vitalea, Vitamin C, B kompleks, Alfalfa, dan Ostematriks
  3. Set Eu Four Pack Plus : mengandungi Vitalea, Vitamin C, B kompleks, Ostematriks dan ESP
  4. Set Eu Four Pack        :  mengandungi Vitalea, Vitamin C, B kompleks, dan Ostematriks
  5. Set B  :   mengandungi Vitalea, Vitamin C, B kompleks, dan Alfalfa
Set breastfeeding Shaklee mengikut keperluan anda

Pemilihan setiap set ini bergantung kepada keperluan, keadaan ibu dan juga masalah yang dihadapi. Boleh dapatkan konsultasi daripada saya berkenaan dengan kesesuian pemilihan set2 breastfeeding ini.

Sebagai bonus buat ibu-ibu di luar sana, ingin saya kongsikan petua-petua orang lama-lama yang dapat membantu ibu-ibu menyediakan stok buat anak kesayangan mereka yang dipetik dari buku Susu Ibu, Titisan Mutiara Bonda.

RESEPI SUSU BADAM

Menurut buku Ensaiklopedia Perbidanan Melayu yang ditulis oleh YBhg. Datin Sharifah Anisah Barakbah, terdapat dua resepi yg telah terbukti berhasil membantu memperbanyakkan dan memekatkan air susu ibu, iaitu resepi susu badam dan resepi rendaman halba.

BAHAN
1 gelas susu segar
1 sudu teh serbuk badam
1 sudu besar kismis kuning/ 7 biji kurma nabi
1-2 sudu teh madu lebah asli/madu arab
1 biji telur ayam kampung (kuning sahaja)

CARA MENYEDIAKAN
Bancuh bahan sehingga sebati dan minum. Amalkan selama 2 minggu. Selepas 2minggu, minum tanpa telur (ada juga adunan digaul sebati dengan badam, kismis atau kurma dan madu asli spt jem dan ditelan begitu sahaja)

RESEPI RENDAMAN HALBA

Minuman ini khas untuk melancarkan dan membanyakkan air susu. Ramuannya ialah segenggam halba yang direndamkan ke dalam air suam sehingga kembang. Sebelum minum, tapis dan campurkan dengan madu lebah asli. Halba juga boleh direndamkan di dalam air susu lembu atau susu kambing dan dicampurkan madu. Minum 1-2 cawan sehari.

Rujukan : Barakbah A. (2007) Ensiklopedia Perbidanan Melayu.
Dipetik dari buku SUSU IBU Titisan Mutiara Bonda, DBP

Selamat mencuba ya! Semoga ibu-ibu mendapat manfaat dari penulisan saya ini dan saya doakan usaha-usaha ibu-ibu untuk menyediakan susu yang terbaik buat si manja ini mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.


Segala yang terbaik hanya buat si manja tersayang! Walau apa jua cabaran dan rintangan, akan kucuba harungi agar si manja mendapat makanan yang terbaik di dunia ini, insyaallah!


Hubungi saya untuk konsultasi pengambilan supplement semulajadi ini daripada saya, Ainul Malik melalui ainzm@yahoo.com/ 
0133536718/ 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
Salam sayang,
Mama Aiman
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...