Showing posts with label Co q health. Show all posts
Showing posts with label Co q health. Show all posts

Tuesday, November 25, 2014

7 Sebab Babywearing Satu Gadget Berbaloi Buat Ibu Terutama Di Tempat SeSesak Karnival Upin Ipin Putrajaya

Assalamualaikum semua :)

Di pagi Selasa ni saya nak share dengan para ibu sekalian, mengapa Babywearing ni adalah satu keperluan masa kini yang patut ada bagi para ibu yang mempunyai anak seusia 3 bulan hingga 3 tahun.

Keperluan nya nampak sangat masa bila? Ha, ia sangat berguna dalam apa jua situasi, terutama bila perlu bersesak dengan ribuan manusia di Karnival besar macam Karnival Upin Ipin di Putrajaya tempoh hari!

Sesiapa yang dah pergi karnival tu mesti tahu penangan Upin Ipin macammana terhadap anak-anak kita dan betapa boleh patah pinggang mak bapak yang angkut anak-anak ke Karnival seperti ini. Nak cerita panjang-panjang tak sampai hati, tapi memang saya beristighfar panjang lah dengan apa yang berlaku di karnival itu, terutama pada pengurusan karnival itu.

Ok, ok cite skit na, sikit aje :) Saya datang dengan membawa hajat keluarga abang saya yang datang JAUH DARI JOHOR BAHRU sebab anak-anaknya yang seramai 5 orang itu begitu beria nak datang ke karnival itu.

Kami sampai di Putrajaya jam 10 lebih pagi, kenderaan memang dah bersesak. Banyak jalan ditutup. Disebabkan kami tak boleh bergerak, kami penumpang2 kereta ni turun dulu di bahagian yang terlalu ramai orang berhenti untuk berjalan naik bukit ke PICC tu. Ramai sebenarnya yang panjat bukit berumput tu untuk cepat sampai, tapi sebab kami bawak 7 orang kanak-kanak, kami ikut bukit jalan bertar itu yang berpeluh jugak untuk berjalan. Nasib baiklah pagi tu saya dah telan coq health sebab taknak semput bawak anak, kalau tak, saya memang flat, serius sebab saya ni kurang stamina orangnya.

Kakak ipar yang mendukung bayinya yang berusia sebulan dah mula rasa nak pengsan sebab sambil mengawal anak-anak yang lain dan suaminya memang mengawal seorang anak lelaki berusia 2 tahun yang sangat aktif dan takmahu didukung terlalu lama.
Rehat sebentar selepas berjalan naik bukit dari bawah, kena naik lagi ke pintu utama atas tu



Saya? Syukur ada babywearing SSC yang memang saya guna sejak Amni berusia 3 bulan lagi, sekarang Amni dah 2 tahun, syukur. Sebelah tangan pegang tangan Aiman yang berusia 4 tahun, memang sangat senang nak mengawal anak bila anak melekat di badan kita sendiri.

Bila dah berjaya sampai ke kawasan PICC, kami lihat ramai yang menuju ke pintu besar PICC, jadi terpaksa meneruskan pendakian kali kedua ke pintu besar pula. Dahla kena menapak jauh, ada "arrow " menunjukkan Upin Ipin tetapi pintu besarnya berkunci! Masyaallah, dengan perasaan kecewa, kami semua memusing satu kawasan PICC yang luas ini mencarci pintu untuk masuk ke dalam tetapi sangat mengecewakan.
Pintu dikunci?


Betapa penatnya kakak ipar saya ini, dapat dilihat dari raut wajahnya, kesian sangat-sangat! Aduhai, kenapa tiada penerangan atau sesiapa yang menjaga di setiap pintu yang menunjukkan arah atau bagi sedikit tips untuk kami masuk ke dalam?

Terima panggilan dari suami yang berjaya parking kereta di bahagian basement, mengatakan boleh masuk ikut lif di bahagian parking kereta. Masyaallah, menapak pulak turun ke bawah sejauh 200 meter bersama-sama gerombolan orang ramai yang tidak tahu punca bagaimana untuk masuk ke dalam. 

Cabaran bertambah bila orang bersesak-sesak di hadapan lif untuk masuk ke dalam menuju ke Dewan utama. Kami lebih rela memilih tangga. Alhamdulillah, memang bagi pihak saya yang berbabywearing ini sangat mudah ke mana-mana, sebab bagaikan kita membawa badan sendiri sahaja. Naik tangga, rupa-rupanya tangga tersebut ditutup, turun pula dan pergi ke tangga Zone lain. Memang mencabar dan akhirnya dapatlah kami masuk ke PICC itu.


Mudah mengepit Amni dengan kasih sayang untuk mengharung kesesakan orang


Eh, kata nak cerita sedikit saja, tapi bila dah bercerita panjang pula. Ok-ok, cerita di dalam dewan takperlulah diceritakan ya, secara kesimpulannya kami hanya dapat melihat pertunjukan Ultraman Ribut dari skrin besar dan langsung tidak dapat masuk ke dalam pameran Upin Ipin setelah bersesak terlalu lama kerana anak-anak saudara dah tak tahan dan menangis-nangis. Itu adalah sifat semulajadi budak kan? Syukur Aiman dah ketiduran dalam stroller ringan kami.


Semuanya tak dapat masuk ke pertunjukan utama

Kami lihat dari skrin besar, syukur ada skrin

Nak dipendekkan cerita, babywearing sangat banyak jasanya pada saya. Terutama di tempat yang bersesak begini, yang dirempuh atau sebagainya, kita hanya perlu melindungi anak dengan memeluknya erat-erat dengan kasih sayang, insyaallah anak akan rasa sangat selamat dengan kita. 

Tidak kiralah, kita terpaksa berlari-lari anak atau sebagainya, anak memang akan senang kita bawa bersama kerana kita dah menggendungnya dengan cara yang paling selamat.


Satu lagi gadget yang perlu ada, stroller jenis ringan, syukur sebab Abangnya tidur dalm ni dalam keadaan tak selesa tu (Gambar kes tumpang masa tengok skrin)

Babywearing saya berjenis SSC (Soft Structured Carrier), memang sangat selesa di bawa ke mana-mana, di saat genting, selesa atau di mana-mana situasi. Setakat ni berat Amni yang 12 kg masih boleh lagi saya bawa sambil berlari. Berat Aiman yang 17kg masih boleh dibawa oleh suami dengan rasa yang selesa kerana carrier jenis ini dapat menampung beban yang sama rata di bahagian bahu dan tidak menyakitkan anggota badan kita yang lain.


Banyak cerita saya tentang carrier ini, sebab sebelum SSC, saya pernah pakai carrier yang lain semasa Aiman masih kecil. banyak juga pengalaman pengembaraan dengan carrier ini bersama Amni. Insyaallah akan saya kongsikan dalam entry lain.

Jom, dah cerita panjang-panjang, meh nak kongsi apa kebaikan babywearing ni yang saya nampak :)


7 Kebaikan babywearing (tak kisah jenis apa) yang patut para ibu ketahui :




  1. Ibu tak lenguh tangan mendukung anak
  2. Ibu nak galas beg pun senang tak mengganggu dukungan anak
  3. Ibu mudah sangat nak kawal anak
  4. Memang nak ke mana-mana dengan cepat tu sangat mudah sebab kita yang bawak anak yang melekat di badan tanpa halangan
  5. Anak sentiasa rasa selamat dengan kita
  6. Anak senang nak tidur dalam apa jua situasi sesak ke, jem ke, merempuh ke, dia takkan sedar
  7. Rasa sayang anak tu lebih sangat sebab sentiasa dakap anak ke mana-mana

Best tak? Best tak?



Kesimpulananya, para ibu sekalian, jika anda sayang kan anak anda, pastikan babywearing ini masuk dalam gadget utama keperluan anak anda, supaya di mana-mana situasi, anda dapat mengawal perasaan tenang anda dengan baik. Anda tidak akan rasa sakit badan dan senang membawa anak ke mana-mana yang anda mahu dalam masa yang singkat.

Ini memang Serius!

Siapa setuju sila angkat tangan sambil tersenyum lebar mengucapkan Alhamdulillah, aku dah buat keputusan yang bijak dengan membeli carrier budak yang menyenangkan hati kami sekeluarga :D


Ikhlas dari saya ibu prihatin,

Ainul Malik
016-3353567

Friday, March 7, 2014

Masalah Sperma Lemah dan Kurang Aktif

Buat pasangan yang telah berumahtangga, masalah kesuburan boleh mendatangkan isu masalah rumahtangga jika tidak ditangani dengan perbincangan hati ke hati sesama suami dengan isteri tersayang.

Kemandulan, ketidaksuburan, masalah sperma
Kasih sayang pengikat kebahagiaan rumahtangga

Masalah Sperma Lelaki

  1. Oligozoospermia : Bilangan sperma kurang dari sepatutnya
  2. Asthenozoospermia : Pergerakan sperma tidak normal
  3. Teratozoospermia : Bentuk sperma tidak normal
  4. Oligoasthenoteratozoospermia : Bentuk, pergerakan dan jumlah tidak normal
Bentuk dan morphology Sperma

Bagi menentukan sesuatu air mani (Semen yang terhasil dari kelenjar reproduksi lelaki yang keluar bersama sperma yang dihasilkan di testis) yang normal, ada garispanduan yang telah ditetapkan oleh WHO (World Health Organisation) :

  1. Jumlah sperma tidak kurang 20 juta per mililiter
  2. Jumlah air mani sekurang-kurangnya 2 ml
  3. Jumlah sperma dikeluarkan minima 40 juta
  4. Sekurang-kurangnya 60% dalam bentuk yang normal
  5. Sekurang-kurangnya 75% sperma mesti hidup
  6. Sekurang-kurangnya 50% aktif bergerak ke hadapan dan belakang
  7. Sekurang-kurangnya 25% bergerak aktif ke depan

Oleh itu, para suami dinasihatkan agar lebih berhati-hati dengan faktor penyebab ketidaksuburan ini seperti :
  • Olahraga yang berlebihan
  • Ejakulasi yang terlalu kerap
  • Pakaian ketat, sauna yang kerap dan mandian air panas yang meningkatkan suhu testis
  • Merokok, pengambilan alkohol dan kafein yang terlalu banyak mempengaruhi kualiti sperma

Penawar Vitamin Semulajadi untuk Masalah Sperma


Masalah kualiti sperma yang didialami oleh lelaki adalah berpunca dari kekurangan jumlah nutrisi vitamin E di dalam badan. Vitamin E membantu lelaki :
  • meningkatkan kesuburan
  • meningkatkan pergerakan dan kualiti sperma
  • menurunkan risiko kerosakan sperma (juga boleh menyumbang kepada masalah kelahiran atau gugur)
  • meningkatkan keintiman pada lelaki dan wanita

keintiman, seks, sperma normal, ketidaksuburan, mandul
Vitamin E untuk Pasangan Bahagia Lelaki dan Wanita

Nutrisi Penting untuk Sperma yang Normal


Selain Vitamin E, nutrisi-nutrisi yang lain juga sangat diperlukan untuk kenormalan sperma ini. Di bawah ini disenaraikan dos yang diperlukan setiap hari sebagai alternatif dan penawar mendapatkan sel sperma yang sihat.
  • Vitamin E : 800 IU sehari
  • Vitamin C : 2000-6000 mg sehari diperlukan untuk menghalang sperma dari bergumpal dan melekat sesama sendiri, yang mengundang kepada ketidaksuburan
  • Zinc : 100-200 mg sehari dapat meningkatkan level testosteron, jumlah sperma dan pergerakan sperma.
  • Coenzyme Q10 : 400 mg sehari untuk penjanaan tenaga kepada sperma
  • B kompleks : 50 mg sehari terutama B12 (1000 mcg sehari) untuk jumlah sperma dan pergerakannya
  • Selenium : 200 mcg sehari untuk bentuk sperma dan pergerakkannya
  • Asid lemak penting : 9-12 gram sehari (Omega 3 dan Omega 6 yang tidak dihasilkan dalam badan)
  • Chromium : 1000 mcg sehari
  • Copper : 2 mg sehari
Dos ini dirujuk dari : Artikel tulisan Dr Zoltan Rona, (http://www.alive.com/articles/view/17772/6_ways_to_boost_male_fertility_naturally)


Semoga artikel ini membantu para suami untuk mendapatkan sperma berkualiti demi kesinambungan zuriat anda pengikat kasih sayang anda sekeluarga :)

HUBUNGI :

SMS 013-3536718
WA 016-3353567

htpp://www.facebook.com/sihat.ceria.bahagia

Selamat mencuba ! Kami sedia memberikan HARGA TERBAIK untuk set kasih sayang ini :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...