Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Wednesday, November 26, 2014

Panduan Mudah Bersalin. Turun tanda, Adakah Anda Sudah Bersedia Masuk Labour Room?

Assalamualaikum wbh.

Anda sudah bersedia fizikal dan mental untuk melahirkan anak? 
Kenangan manis para ibu yang takkan dilupa dalam hidup

Pengalaman masuk ke labour room untuk setiap anak berbeza-beza, jadi persiapkan diri anda untuk segala kemungkinan yang ada di dalam dewan bersalin nanti. Semoga anda yang membaca perkongsian ini dapat mengamalkan panduan mudah bersalin selepas turunnya tanda untuk bersalin.

Menurut satu artikel dari Pa&Ma yang bertajuk "Panduan Mudah Bersalin", para ibu yang ingin mudah melahirkan anak perlulah mengambil elektrolit dan mineral yang mencukupi untuk memudahkan proses itu nanti.





Pengambilan Elektrolit dan Mineral Memudahkan Proses Bersalin


Contoh elektrolit yang perlu diambil dari diet harian untuk memudahkan bersalin adalah Magnesium, Potassium, sulfur, klorida dan sodium untuk mengelakkan sakit berpanjangan berlaku semasa proses kelahiran anak berlaku.

Sumber elektrolit dan mineral ini boleh didapati daripada daging segar, produk tenusu penuh lemak, sayur sayuran dan buah-buahan, kekacang ataupun jus buah-buahan segar.

Jika sakit berpanjangan berlaku, ia menjadikan badan kita lemah dan tidak bertenaga untuk meneran anak keluar dari perut kita.

Oleh itu, kita haruslah mengelakkan dari merasa sakit yang berpanjangan berlaku semasa proses kelahiran.

Selain itu, untuk menyimpan tenaga menghadapi kontraksi, para ibu haruslah mengambil elektrolit dalam bentuk serbuk mineral yang dicampur ke dalam air atau jus buah-buahan sejurus selepas tanda awal bersalin berlaku.


Cara Mudah dan Cepat Mengambil Elektrolit dan Mineral Sebelum Proses Bersalin.


Jika anda sudah ada tanda-tanda untuk melahirkan anak, sama ada turun darah mahupun turun air, sudah tentulah anda sudah tidak punya masa yang panjang untuk berfikir bagaimana untuk mendapatkan elektrolit dan mineral dengan kadar yang segera dan boleh disimpan lama dalam badan.

Di sini saya sertakan tips mudah mengambil elektrolit dan mineral dengan cepat sebelum masuk ke labour room :

1) Sediakan kurma

Sentiasa menyediakan kurma ke mana-mana sahaja anda berada. Sama ada hendak keluar atau di mana-mana, sentiasa sediakan sebekas kurma untuk dibawa sebagai bekalan elektrolit untuk berjuang melahirkan anak nanti.

Kurma mengandungi kandungan gula yang tinggi dan ini menbantu ibu mengembalikan tenaga dan sebagai sumber tenaga untuk meneran kemuadiannya.

Kurma juga mengandungi elektrolit seperti magnesium, phosphur, kalium dan sodim. Dengan ini, kurma boleh membantu memberi tenaga berpanjangan dan mengurangkan kesakitan itu.

2) Minum Performance Drink

Performance Drink ni sangat mudah dibancuh! (Klik untuk info lanjut)

Bila anda dah mula rasa sakit-sakit kontraksi, mudah sangat-sangat! Cepat-cepat pergi mandi bersihkan badan, makan kenyang-kenyang untuk persediaan masuk labour room dan bancuhlah Performance Drink yang jadi keperluan utama buat anda untuk melahirkan anak.

Kalau rasa tak sempat nak minum masa tu, boleh bancuh dalam tupperware minum dan minumlah dalam kereta sepanjang perjalanan ke hosiptal. memang sangat mudah, kan?


Bancuhan Performance Drink saya dari entry yang lepas


Kenapa Performance Drink satu keperluan untuk ibu yang nak masuk labour room untuk bersalin?



Jawapannya mudah saja! 

1. Membantu mempermudahkan proses bersalin :
Sebab ia mengandungi kesemua elektrolit yang diperlukan badan untuk membantu mempermudahkan proses bersalin.

2. Elakkan sakit berpanjangan :
Perlu diingat, kesemua elektrolit yang diperlukan ini bukan saja memudahkan kita untuk bersalin, tetapi ia juga membantu mengelakkan sakit berpanjangan semasa proses bersalin itu.

3. Membekalkan tenaga berkekalan :
Performance drink juga mengandungi karbohidrat unik yang memberikan tenaga berpanjangan kepada para ibu-ibu yang berjam-jam berada di dalam bilik bersalin. Secara realitinya, sudah tentulah ibu yang menanti untuk bersalin sudah tidak lalu dan berselera untuk makan, jadi, tenaga dari performance drink inilah yang membantu kita bertenaga untuk meneran dengan sepenuh tenaga melahirkan anak.

4. Kekalkan hidrasi badan :
Dengan pengambilan performance drink ini, ia membantu kita kurang rasa dahaga dalam masa yang lama, yang penting sekali mengekalkan penghidratan air dalam badan kita.

Kesemua 4 point ini adalah sangat penting buat ibu-ibu yang sedang bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka di dalam bilik bersalin.

Bagi yang pernah melahirkan anak sebelum ini, sudah tentu kenangan berharga ini sentiasa terpahat di memori sepanjang hayat. Mungkin kali ini, anda dapat merasakan perubahan dari segi tenaga yang dikerah sepenuh kudrat untuk melalui proses bersalin ini sekali lagi dengan pengambilan Performance Drink.

Semoga dengan perkongsian ini, anda dapat merakamkan senyuman yang panjang sejurus selepas melahirkan anak anda! 



Bagi anda yang ingin menikmati perubahan tenaga ini, boleh lah menghubungi saya di 016-3353567 untuk mendapatkan bekalan Performance Drink yang sentiasa ada di dalam simpanan saya.

Akhir kata, saya kongsikan di sini doa memudahkan bersalin buat amalan para ibu yang ingin melahirkan anak. Saya doakan semoga dilancarkan dan dipermudahkan urusan anda ya! Semoga berjaya!


Perkongsian dari Google Image




Ikhlas dari,

Ainul Malik
016-3353567


Wednesday, March 26, 2014

Tips Banyakkan Susu : Milk Booster Cepat dan Mudah Disediakan Khas untuk Wanita Berkerja

Penyediaan Milk Booster yang ringkas, mudah dan cepat bagi anda ibu-ibu yang sibuk dan mengejar masa?



Saya kongsikan di sini tips dan senarai milk booster yang cepat yang pernah saya cuba sebelum ini :)

1) Sup Lobak Putih

Milk Booster, banyakkan susu, lobak putih
Sup Lobak Putih Milk Booster Mudah dan Sedap

Senang dan mudah nak sediakan sup ni.. saye suka tumis dengan bawang dulu, lepas tu saya akan masukkan lobak puth ni sebelum masukkan air ;) yang sup di atas saya tumis dengan minyak zaitun, campur bahan lain untuk sedapkan lagi sup lobak putih ni, contohnya dim sum, lobak masin dan suhun. Yang lain-lain ikutlah selera dan stok yang ada di rumah, mudah dan cepat bukan? Yang penting sedap :)


2) Sup Ayam

Ihsan Google dari http://leematsunaga.files.wordpress.com/2012/12/sup-ayam.jpg
Ini milk booster saya sendiri, sup ayam yang ada herba2 rempah ratus di dalam nya, so secara khususnya yang menjadi milk booster saya adalah sup ayam Utara. Sebab ada macam-macam jenis respi sup ayam kan, yang ada sup bunjut tu, boleh membantu saya membanyakkan susu. Anda bagaimana?


3) Ulam ulaman : Jantung pisang & pegaga

Khasiat pegaga ihsan Google dari http://panduanpercuma.info/wp-content/uploads/2010/03/khasiatpegaga.jpg

Ulam jantung pisang ihsan Google dari http://rasa.karangkraf.com/panduan/petua-dapur/jantung-pisang-tidak-hitam-1.59108

Ini memang ulam favorite saya! Betul tak geng makan tengahari? Bila kita bekerja, kita akan ada masa makan tengahari bersama kawan-kawan seofis, jadi jadikan hidangan ulam-ulaman seperti jantung pisang dan pegaga sebagai menu wajib bila anda makan di luar. Sihat bukan, makan sayur-sayuran tanpa perlu ditumis dengan minyak? Pegaga dan jantung pisang bukan saja milk booster terbaik, tetapi memang sedap menjadi pembuka selera hidangan tengahari bila makan bersama sambal belacan. yummy!



4) Air ESP + Low Fat Milk + Kurma + Badam

Resepi ESP sedap


Resepi minuman dengan ESP ni memang menjadi milk booster terbaik dan sedap bagi saya. Minum sejuk-sejuk, anda akan rasa kenikmatannya! Dah cuba resepi ESP ini? Campurkan sekali kurma yang direndam lama di dalam susu segar/ low fat milk dan blend semuanya.. malas nak blend sebab tak cukup masa? boleh saja.. kadang-kadang nak jimat masa, saya minum aje resepi ni tanpa blendkan kurma tadi, ia akan jadi lembut bila dah direndam lama. Badam tu tumbuk atau tabur dengan badam masakan yg dipotong kecil-kecil pun boleh. ikut kreativiti sendiri :)

Tak sempat nak minum air ESP kosong pun sedap! Cuma shake dan campurkan air, terus minum!

Boleh cuba untuk hasil yang lebih optima, iaitu set Mighty 3 Gem (klik link ini)

Oh, nak yang lebih cepat tanpa perlu penyediaan apa-apa? Ada-ada saya memang sangat suka makan milk booster yang mudah dan cepat ni!


5) Air Horlicks

Horlicks milk booster
Horlicks yang sedap ihsan Google

Ho-ho-ho Horlicks! Yes, setelah dicuba-cuba, Horlicks panas adalah milk booster saya yang lebih cepat berbanding air milo. Kalau dapat, minu untuk sarapan, kalau tak sempat minum horlicks panas semasa makan tengahari atau waktu petang pun boleh juga. Anda dah cuba?


6) Kurma

banyak susu, breastfeeding tips
Kurma sebagai mlik booster

Jadikan kurma sebagai stok kecemasan di mana-mana anda berada. Letak dalam laci di ofis dan juga sediakan stok kurma di dalam peti ais di rumah anda. Saya juga bawak kurma di dalam beg saya sebab bila drive pun sempat lagi nak makan kurma ni kan, ia adalah milk booster terbaik dan mudah dibawa ke mana-mana :) sebab tu mungkin Amni pun minat makan kurma ni, mesti rasa susu dia perisa kurma :)


7) Set Menyusu Budget Shaklee



Set ini terdiri dari ostematrix, Alfalfa dan lecithin. Perlu makan ketiga-tiga ini? Tak dapat makan ketiga-tiga, utamakan ostematrix mahupun Alfalfa. Kenapa?

Ostematrix : Pembekalan sumber Kalsium tinggi, jadi ia merangsang penghasilan susu di dalam badan

Alfalfa : Milk booster yang diamalkan sejak zaman dahulu lagi, jika kena pada gayanya, susu anda akan melimpah ruah, insyaallah.

Lecithin : Pemecah lemak, jadi ia akan membuatkan saluran susu anda lancar. Sangat penting bila terkena bengkak susu.

Jadi, supplement ini, telan saja! Mudah bukan?


Ini, antara amalan saya, dan walaupun sekarang status saya telah bertukar dari berkerjaya kepada WAHM, yang nyata, bekerja jugak bukan? Lagi perlukan masa yang berkualiti untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang dirancang. Saya amalkan tips-tips di atas sehingga sekarang, alhamdulillah berkesan.



Tips Berjaya di dalam Penyusuan


Untuk berjaya di dalam penyusuan susu ibu ini, beberapa prinsip asas harus dipegang dan dijadikan disiplin setiap hari untuk diikuti.

1) Kerapkan direct feeding
Menyusu secara terus adalah stimulation terbaik. Jika tidak dapat direct feeding, disiplinkan diri untuk mengepam susu setiap 2 atau tiga jam sehari sepanjang waktu bekerja. Pastikan anda benar-benar mengosongkan Breast selepas mengepam, boleh dilakukan selama 20 -30 minit bergantung kepada badan masing-masing.

2) Banyakkan minum air kosong
Minumlah air yang banyak, kerana jika orang biasa perlu minum 1 liter air untuk 20kg badannya, cuba kira dengan berat anda, berapa liter air yang perlu diminum sehari? ditambah dengan fokus untuk mengumpul stok susu atau menyusukan secara terus, pasti anda perlu banyak minum air masak. kalau minum air panas kosong lagi best :)

3) Banyakkan berdoa
Bukan senang sebenarnya nak menjayakan penyusuan ini. Banyakkan berdoa agar susu semakin bertambah dan murah rezeki anak setiap hari.

Saya memang pernah mengalami kemeruduman susu pada suatu masa dulu, memang sangat sedih. Sehari saya hanya dapat kumpul 4 oz untuk 4 kali pengepaman. Siapa yang tidak sedih untuk susu sebanyak itu saja diberikan pada anaknya hari yang sama?

Tapi, kita positifkan hati, yakin berdoa. Ini antara yang saya amalkan :



1) Surah al-kauthar


2) Surah al-Baqarah, ayat 60


3) Surah al-hujurat


4) Zikir ya Matin



* semua gambar2 surah dan ayat al-quran ini saya Google ya, teruima kasih kepada semua penyumbang!


4) Jaga emosi : Hindari tekanan/stress dan dekatkan diri dengan cas-cas positif supaya anda sentiasa gembira. lebih gembira anda, lebih banyak susu dapat dihasilkan!




Semoga entry saya membantu anda, para wanita berkerjaya yang mencari-cari tips untuk menambahkan susu badan dengan pengambilan milk booster yang mudah dan cepat. Respons badan adalah berbeza bagi setiap individu, saya hanya kongsikan pengalaman saya, anda boleh cuba jaya setiap satu tips milk booster ini untuk melihat mana satu yang berkesan buat anda!

Semoga berjaya!

Untuk si manja, segala-galanya sanggup ku korbankan, tak gitu wahai ibu-ibu penyayang? :)


Salam kasih sayang,

Ainul Malik
HP 013-3536718
WA 016-3353567
Fbpage : Sihat.Ceria.Bahagia

Thursday, June 7, 2012

Doa Keluarga Sakinah & Tips Keluarga Bahagia

Salam Bahagia buat semua

Kali ini sempena bulan Anniversary Perkahwinan saya dan suami, saya ingin kongsikan doa keluarga sakinah ini buat semua. Semoga dipanjang2kan dan mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat :)



"Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai, berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk golongan orang-orang yang berserah diri"
(Surah Al-Ahqaf, ayat 15)

TIPS KELUARGA BAHAGIA:

  1. Selalulah berdoa dan bermohon kepada Allah, segala-segala yang kita hajatkan SETIAP HARI, kerana hanya kepada Allah tempat kita bergantung harap dan meletakkan segala2nya. HambaNya yang rajin meminta-minta dariNya akan selalu diredhai Allah. Juga selain berdoa, perlulah berusaha ke arah kebaikan. 
  2. Kesabaran adalah kunci kebahagiaan rumahtangga. Pasangan yang sentiasa bersabar di atas segala ujian yang diturunkan oleh Allah akan mendapat ganjaran yang setimpal dengan kesabarannya itu. Tidak semua manusia sempurna, jadi, terimalah seadanya kekurangan dan kelemahan pasangan kita kerana kekurangan dan kekuatannya adalah pelengkap kepada kekurangan dan kekuatan kita.
  3. Bertolak ansur atas semua hal, terutamanya hal yang melibatkan rumahtangga juga hati dan perasaan pasangan masing-masing. Dengan bertolak ansur, setiap pekerjaan dan masalah akan menjadi mudah.
  4. Solat 5 waktu sehari semalam jangan sesekali ditinggalkan kerana itu adalah tiang agama, melambangkan keteguhan iman dan takwa. Suami haruslah memimpin keluarganya ke jalan yang diredhai Allah dan isteri pula bertindak sebagai pendamping, penasihat dan pelengkap ketua keluarga untuk melayari kehidupan berkeluarga ini.
  5. Sentiasa menjaga hati pasangan tetapi haruslah dalam keadaan jujur. Jujur sangat penting dalam memanjangkan hubungan yang bahagia.
Selamat beramal :)

Sempena bulan istimewa dan kasih sayang ini, saya panjangkan kegembiraan saya sekeluarga kepada anda di luar sana. Kepada penggemar2 set keintiman, set kasih sayang dan set kecantikan yang kesemuanya mengandungi VITAMIN E ada promo ISTIMEWA dari saya & Sihat.Ceria.Bahagia. 
PM saya untuk maklumat lanjut :)

Hubungi saya untuk konsultasi pengambilan supplement semulajadi ini daripada saya, Ainul Malik melalui ainzm@yahoo.com/ 
0133536718/ 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
Salam sayang,
Mama Aiman
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...