Showing posts with label ESP. Show all posts
Showing posts with label ESP. Show all posts

Friday, January 9, 2015

8 Tips Atasi Keletihan Melampau Menguruskan Rumahtangga Buat Surirumah yang Bekerja di Rumah

Assalamualaikum wbh.

Macammana hari anda hari ni, para ibu-ibu yang gojes? Mengapa gojes? Kerana anda adalah ibu-ibu pilihan yang diberikan kekuatan untuk menguruskan rumah di samping bekerja dari rumah, yang tak semua orang mampu melakukannya! Jadi, bagaimana nak mengatasi keletihan melampau menguruskan rumahtangga buat ibu yang bekerja dari rumah?



Pernah tertidur sambil buat kerja rumah?



Bagaimana Atasi Keletihan Melampau Menguruskan Rumahtangga dan bekerja dari rumah?


1. Pastikan anda susun jadual waktu supaya tersusun perjalanan harian anda

Perjalanan hari kita sebenarnya boleh diuruskan dengan baik dengan cara menyediakan jadual waktu. Dengan adanya jadual waktu, kita dapat mengoptimakan pengurusan masa supaya semuanya seimbang antara keluarga dan kerja masing-masing.

Eh, daripada kita tak ada jadual waktu, kejap teringat nak sapu sampah, pastu teringat nak layan pelanggan, nak update rekod, tiba-tiba teringat belum masak, kan kucar kacir hidup dan memenatkan?


2. Berikan anak-anak aktiviti yang boleh mereka buat semasa anda bekerja di tepi anda.

Sediakan aktiviti untuk anak-anak semasa anda buat kerja sendiri supaya mereka tidak terlalu bergantung kepada anda dan ini akan membantu anda fokus dalam bekerja dan tidak memenatkan badan sendiri.
3. Dapatkan tidur yang berkualiti setiap malam.

Untuk dapatkan tidur malam yang lena, bersihkan diri sebelum tidur, sebaik-baiknya mandi dengan air panas, tapi jangan terlalu lama mandi malam ya, dan makanlah 4 biji ostematrix yang mengandungi potassium, magnesium dan Vitamin D yang membantu kita tidur lena. (Jangan lupa kunci jam pula ya!) :)

Inilah dia Kalsium yang lebih manfaat dari kalsium biasa


4. Jangan lupa detoks diri

Detoks adalah satu proses pembuangan toksin dari dalam badan yang sangat penting. Jika terlalu banyak toksin di dalam badan, anda akan selalu letih dan kelesuan. Detoks yang cepat dan selamat boleh dilakukan dengan mengambil :
  1. Alfalfa : Detoks lembut yang bagus diambil oleh wanita setiap hari
  2. Herblax : Detoks pada bahagian usus yang membantu melawaskan pembuangan air besar
  3. DTX Complex : Detoks hati yang akan membuang segala toksin-toksin yang masuk ke dalam badan melalui mulut (makan) ataupun hidu (asap pencemaran dan sebagainya)
Bila anda cukup detoks, anda akan lebih bertenaga untuk menjalani kegiatan harian setiap hari!




5. Supplement pagi 

Supplement pagi diambil selepas mengambil sarapan pagi yang berat. Mengapa perlu sarapan dan supplement pada waktu pagi? Supaya kita cukup tenaga untuk menjalani aktiviti seharian yang mencabar dan supplement ini sangat penting untuk mencukupkan segala nutrisi yang kurang dalam badan yang menyebabkan keletihan melampau yang berpanjangan.

Saya ambil :
  1. B kompleks : Untuk menjana tenaga dan mengurangkan tekanan (stress)
  2. Omega guard : Untuk kesihatan yang optima, kelancaran darah dan membantu menjana tenaga dari pembakaran lemak oleh Omega 3 ini. Omega ni pun boleh kurangkan stress mak-mak yang penat tau sebab dia seimbangkan hormon dalam badan :)
  3. Ostematrix : Kalsium tinggi dari ostematrix membantu kita menghilangkan sakit-sakit badan dan tulang, sakit belakang, lenguh pinggang, kebas kaki dan sebagainya, jadi keletihan dari dikurangkan.

Supplement yang saya ambil untuk cergas bertenaga


6. Pastikan Badan Ambil Cukup Protein

Protein yang mencukupi di dalam badan, membantu badan untuk lebih bertenaga. Oleh itu, ambillah ESP setiap pagi sebelum sarapan supaya membekalkan badan dengan kandungan protein yang cukup untuk kekal bertenaga menjalankan tugas harian setiap hari.


Saya menyarankan ibu-ibu mengambil ESP kerana kandungan protein yang cukup dengan asid amino yang diperlukan dalam badan mempengaruhi tenaga anda untuk bekerja dengan bertenaga di rumah :)





7. Ambil Teh tenaga :


Teh tenaga ini boleh diambil pada bila-bila masa sahaja, kecuali sebelum tidur malam kerana anda akan segar bertenaga dan berjaga sepanjang malam!


Teh Cinch tenaga ini, mengandungi antioksida tinggi dari ekstrak teh merah, serbuk teh Hijau Matcha, ekstrak teh Putih dan ekstrak teh rooibos. Memang siapa yang ambil pasti bertenaga dengan jaminan 100% dari saya yang telah mencubanya!





8. Vivix, minuman tenaga yang bertindak jauh ke dalam DNA


Wah, siapa yang memilih Vivix ini pasti akan tersenyum girang sambil bertenaga sentiasa. Di samping mendapat kelebihan tenaga yang optima, badan akan semakin sihat dengan pengambilan Vivix yang istiqamah.


Vivix ni membantu sel menjana tenaga dalaman dengan sangat berkesan! Siapa yang belum cuba, cubalah, mesti terasa sesuatu kelainan pada badan anda, luar dan dalam, aw! Gojes gitu!





Saya memang memahami apa yang anda lalui dan masalah-masalah ibu-ibu yang memilih untuk bekerja dari rumah. Dengan kain yang menimbun belum berbasuh, atau sudah berbasuh belum berlipat, rumah berselerak kerana anak-anak setiap masa beraktiviti, keperluan untuk memasak paling kurang 2 kali sehari, belum kira anak nak makan secara tiba-tiba, anda wajib memastikan diri anda kekal bertenaga dan keletihan melampau harus dihapuskan secepat yang mungkin!





Pada yang ingin mendapatkan supplement pembantu penambah tenaga dan menghilangkan keletihan melampau ini, boleh terus hubungi saya, Ainul Malik, 016-3353567. Semua penghantaran seluruh Malaysia boleh diuruskan demi membantu ibu-ibu bekerja dari rumah di luar sana dapat manfaat yang sama di samping berjaya menguruskan rumahtangga dengan riang dan gembira!



Walaupun sibuk bekerja, tapi anda tetap tersenyum gembira



Salam ikhlas,


Ainul Malik

WAHM bahagia.

Wednesday, October 22, 2014

Rahsia Banyakkan Susu Ibu Dengan Berkesan Dari Ibu Yang Gagal Menyusu Anak Pertama

Assalamualaikum para ibu semua :)

Ramai yang mencari-cari rahsia dan tips untuk banyakkan susu ibu dengan cepat dan berkesan. Insyaallah, saya akan berkongsi segala yang saya tahu melalui pengalaman dan dan pengetahuan yang sentiasa saya timba untuk menyediakan susu badan yang secukupnya buat Amni Zahraa, anak kesayangan saya.


Ya, dulunya memang saya bekerja. Keluar rumah jam 7.30 pagi dan sampai ke rumah jam 7 malam. Saya dah melalui bermacam-macam perit dan getir dalam bidang penyusuan ini, iaitu :
  1. Aiman anak pertama reject menyusu dari saya sekitar usianya 3bulan
  2. Susu mengering dan terus terpaksa berhentikan penyusuan badan kepada Aiman
  3. Lahir anak kedua, Amni terkena kuning sehingga admit wad, saya berusaha memperbanyakkan susu ibu di awal pantang
  4. Susu badan saya mulai merudum ketika Amni 5 bulan-7bulan

Pengalaman Penyusuan Saya Gagal untuk Anak Pertama


Anak pertama, Aiman reject menyusu terus dari badan. Memandangkan ini kali pertama saya menyusukan anak, jadi, bacaaan dan ilmu online yang saya timba selama 9 bulan rupanya belum cukup membuatkan saya mahir untuk menyusukan Aiman. 

Ini maknanya, saya kurang lagi menggali ilmu. Saya kurang bertanya dengan orang-orang yang berpengalaman, saya tidak membaca buku, hanya mengharapkan sumber ilmu dari internet yang saya anggap cukup, rupa-rupanya tidak.

Setelah berpengalaman menyusukan Amni sepenuhnya, saya tahu masalah saya gagal menyusukan anak pertama sepenuhnya adalah kerana :

  1. Cara latching dan perlekapan mulut anak dengan payudara ibu adalah salah, membuatkan susu tidak mengalir dengan secukupnya
  2. Kurang direct feed bermakna kurang stimulasi
  3. Saya dah perkenalkan anak pertama dengan susu formula, jadi dia lebih selesa minum susu susu yang banyak dari botol berbanding badan
  4. Saya kurang mengepam susu semasa kerja membuatkan susu badan saya membengkak dan berkurang kerana kurangnya permintaan, iaitu supply on demand
  5. Pam susu saya bermasalah, dan saya melengahkan membaikinya membuatkan hasil pengepaman susu saya tidak banyak kerana pam rosak
Jadi, disimpulkan di sini bahawa kegagalan penyusuan badan kepada anak pertama berpunca dari sikap ibu sendiri, ya, saya tahu ini salah saya dan saya cuba memperbaiki kesalahan saya untuk anak kedua.

Prinsip Penyusuan Badan yang Perlu Difahami untuk Menjayakan Penyusuan Badan


Ibu perlu faham bahawa kita tidak boleh bergantung kepada supplement saja semata-mata tanpa mengamalkan prinsip asas penyusuan dan mengaplikasikan teknik teknik ini dengan ilmu.


Prinsip asas penyusuan :



  1. Banyakkan direct feeding dan stimulasi untuk menghantar isyarat kepada badan menghasilkan lebih banyak susu, kerana kilang susu kita demand on supply
  2. Banyakkan minim air kosong, lebih dari 3 liter. Banyaknya! Malaslah! Kenapa kena minum sebanyak tu? sebab kita menggunakan air untuk proses dalaman badan kita dan untuk menampung penghasilan susu kepada anak selama 24 jam! Jadi? fikir-fikirkan :)
  3. Banyakkan berdoa, kurang berdoa bermakna kita hanya redha dan tidak bersungguh mahukan susu dihasilkan dari badan sebagai rezeki tidak terhingga dari Allah.
Jadi, jika anda ibu yang betul-betul mahu berikan yang terbaik buat anak anda, anda akan rela menyediakan fizikal dan mental untuk menghasilkan susu sebanyak mungkin! Siapa yang tak mahu anaknya montel dan gebu kan?


Kenapa saya kecewa tidak dapat menyusukan anak sepenuhnya?


Dahlah dalam susu badan kita tu ada khasiat antibodi yang tiada dalam susu formula, mana nak cari susu formula yang dapat tandingi susu badan kita?

Perbandingan formula milk dan breatmilk ihsan Google

Wah, menangis saya tengok carta ini! Bayarla duit ribuan ringgit untuk beli susu formula memang tak dapat tandingi kenikmatan dan kehebatan susu ibu ini!

Dalam susu formula ada ramuan kasih sayang?

Masyaallah, ini satu lagi yang boleh buatkan saya menangis. Alhamdulillah, untuk Amni Zahraa, saya dapat berzikir Ya Matin (Zikir penambah susu), Ya Wahab (Zikir tambah rezki) Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir (Zikir erat kasih sayang), Ya Rahman Ya Rahim (Kasih sayang) Ya Hakim (untuk kebijaksanaan) dan banyak lagi sepanjang menyusukan Amni dan juga sepanjang mengepam susu untuknya.

Memang sangat terharu, kan? Sebab implikasinya adalah kita menyalurkan susu terhebat dunia dengan zikir-zikir yang lahir dari ibunya sendiri, semoga bertambah-tambah berkat susu untuk anak kita tu nanti.

Saya ada kongsikan doa untuk memperbanyakkan susu di entry ini, sila klik ya.


Tegap dan montel anak susuan ibu mama ni, Amni Zahraa


Milk Booster penambah lagi hasil susuan saya


Selain itu, saya memang mengaku, memang saya menggunakan supplement untuk menambahkan lagi pengeluaran susu saya. Saya mengamalkan makan ESP, alfalfa, lecithin dan ostematrix sebagai supplement yang utama, dan B compleks, Vitamin C dan Vitalea sebagai booster menambahkan nutrisi terbaik buat anak saya.


  1. ESP : Sumber protein yang lengkap untuk menghasilkan susu di dalam badan dan memekatkan susu
  2. Alfalfa : Milk booster
  3. Ostematrix : Sumber kalsium yang penting untuk memperbanyakkan susu
  4. Lecithin : Melancarkan pengaliran susu yang bertukar jadi lemak jika susu tidak dihisap oleh anak
  5. B kompleks : Sumber untuk nutrisi kualiti susu, penting untuk saraf ibu dan anak dan penghilang stress ibu
  6. Vitamin C : Imun booster ibu dan bayi
  7. Vitalea : Nutrisi yang paling lengkap untuk kesihatan optima ibu dan bayi


Dan sememangnya kesemua ini adalah produk Shaklee, vitamin semulajadi yang telah menjalani kajian berpuluh tahun dan diiktiraf oleh Saintis seluruh dunia tentang keberkesanan dan isu selamatnya vitamin ini untuk sel badan kita dan anak kita.


Pengalaman yang indah ini pastinya saya akan kongsikan kepada ibu-ibu yang memerlukan.


Syukur, rezeki selepas BANGKIT dari kegagalan

Jika perlukan konsultasi dari saya, bolehlah hubungi saya di 016-3353567, kita berbual dari hati ke hati dengan whatsapp kerana saya memang faham jerih perih ibu yang gagal menyusu kerana saya pernah gagal kali pertama dengan anak pertama saya! Sangat pedih, ok!

Saya juga banyak berhubung dengan pakar laktasi untuk membantu menyelesaikan masalah saya. 

Untuk mengubat duka lara anda, jom saya kongsikan satu video yang memberikan inspirasi dari Peer Lactation terkenal, Dilla Jalil rakan saya dari Ipoh Perak ini. Best video ni :) 

Beliau adalah salah seorang yang saya banyak berkongsi suka duka perjalanan penyusuan saya, dan kali ini saya pula ingin menyalurkan manfaat buat anda semua!


Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.


Insyaallah, saya akan berkongsi dengan para ibu di luar sana cara mengatasi stress sepanjang penyusuan yang penuh cabaran ini dalam entry seterusnya!

Tungguuuuuu!

Semoga sharing saya memberi semangat dan inspirasi buat ibu-ibu yang hampir berputus asa di luar sana untuk berjuang menyusukan anak selama mana yang mungkin! Insyaallah, demi membesarkan anak kurniaan Allah nikmat yang tidak terhingga!


Anak-anak syurga saya
Anak adalah permata syurga dari Allah. Maafkan Mama, Aiman, mama tak bermaksud nak menghentikan penyusuan lengkap mama kepada Aiman dulu. Terima kasih kerana kehadiran Aiman banyak mengajar mama menjadi seorang ibu yang terbaik. Terima kasih ya Allah kerana dengan ilmu Mu ini dapat ku berikan yang terbaik buat Amni Zahraa. Tiada bezanya kedua-dua anak ku ini, mereka adalah yang terbaik buat saya selama-lamanya!

Terima kasih ya Allah mengurniakan saya permata syurga ini! Akan ku penuhi tanggungjawabku sebagai ibu sebaik-baiknya sementara masih ada usia. 

Mama sayang kalian berdua tiada taranya!

* Insyaallah, tidak lama lagi ebook penyusuan saya akan keluar, boleh tinggalkan no whatsapp anda di ruang komen untuk saya maklumkan kehadirannya nanti. Semoga ia bermanfaat buat ibu-ibu yang melalui breastfeeding journey yang penuh pancaroba!

Ikhlas membantu dari hati ;

Ainul Malik
016-3353567

Friday, August 29, 2014

Kepentingan Protein Untuk Ibu Hamil Mengandung


Kepentingan Protein Untuk Ibu Hamil Mengandung 

Protein sangat penting kerana ia adalah nutrisi yang amat diperlukan untuk pembinaan sel yang sihat. Ini bermakna, protein sangat-sangat diperlukan oleh ibu mengandung dan juga bayi yang dikandung.


Mengapa Ibu Mengandung perlukan protein?

Ibu mengandung memerlukan protein sepanjang kehamilan terutamanya pada trimester kedua dan ketiga, apabila bayi membesar dan payudara dan organ-organ ibu membesar untuk mencukupkan keperluan bayi yang sedang membesar itu.

Risiko kekurangan protein pada ibu yang hamil :

  1. Cepat letih dan penat
  2. Keguguran rambut yang teruk
  3. Sakit tulang
  4. Gigi menjadi kurang kuat
  5. Kekurangan berat badan
  6. Retensi bendalir dalam badan
  7. Keguguran

http://www.babycenter.com/0_protein-in-your-pregnancy-diet_1690.bc


Mengapa bayi yang dikandung perlukan protein?

Bayi yang dikandung sedang membesar secara optima di dalam perut ibunya selama sembilan bulan. Pada minggu ke 37, mereka harus mempunyai otak yang sihat untuk persediaan membesar di luar perut ibunya di dunia.

Risiko kekurangan protein pada bayi :

  1. kelemahan pembentukan otot dan sendi
  2. kelemahan pembentukan tulang
  3. kerosakan pada otak
  4. kecacatan
http://www.modernmom.com/5ee9b23c-48c3-11e3-87f1-bc764e04a41e.html 


Berapa jumlah protein yang ibu mengandung dan hamil perlukan?



Ibu yang hamil mengandung memerlukan lebih kurang 70 grams protein setiap hari.

Dengan 3 sudu besar sehari, anda akan mendapat sebanyak 28 gram protein melalui ESP ini. Jadi, ditambah dengan pengambilan protein harian yang lain, seperti ikan, ayam dan daging, serta susu, bermakna anda akan mendapat cukup keperluan protein setiap hari!



ibu mengandung, tenaga, keperluan protein
ESP yang diperlukan oleh ibu mengandung

Jadi, jika ibu-ibu hamil seperti anda inginkan :
  1. Anak yang dikandung membesar dengan sihat
  2. Rahim anda kuat
  3. Badan anda sihat secara optima
  4. Bertenaga menjalani kehidupan sebagai ibu mengandung selama 9 bulan
anda memerlukan cukup sumber protein harian yang ada di dalam ESP ini. 


6 sebab Mengapa ESP wajib menjadi pilihan UTAMA sumber protein golongan ibu mengandung.

  1. ESP dihasilkan dari soya YANG PALING SELAMAT, iaitu soya non gmo. Mahukah anda cemari sel badan anda dan juga sel badan bayi anda dengan sumber yang telah dimutasikan dan diubah genetiknya? Ia akan mengancam ciri-ciri semulajadi sel yang asli dan perubahan ini menyebabkan pengubahsuaian kekal yang tidak kita mahukan!
  2. Penghasilan ESP tidak menggunakan alkohol di dalam prosedurnya tetapi hanya menggunakan air. Jika dikaji, produk lain yang menggunakan alkohol, ia akan mengurangkan kadar isoflavone hingga 88%! (Isoflavone inilah bahan yang mengurangkan risiko kanser sebenarnya!) Ia sangat penting dalam tindakan hormon dan jisim tulang.
  3. ESP mengandungi cukup 9 asid amino perlu yang ibu hamil dan mengandung perlukan, kerana bahan-bahan ini tidak dapat dihasilkan dalam badan. Bayi yang dikandung juga amat memerlukan 9 asid amino perlu ini untuk perkembangan minda dan pembentukan sel yang sihat dan normal.
  4. Kandungan indeks glisemik ESP adalah rendah, iaitu 39 yang sesuai diambil oleh ibu mengandung yang berisiko mengalami diabetes.
  5. Protein di dalam ESP adalah protein yang mudah diserap di dalam badan.
  6. Protein ESP tidak membahayakan kerana tidak mengandungi asid urik dan pengawet serta perisa tambahan.

Jadi, jika anda betul inginkan soya yang selamat dan dapat diserap dengan berkesan, ESP adalah pilihan anda yang ideal dan tepat!

Sangat berbaloi dan menjimatkan kerana mendatangkan keuntungan kesihatan optima yang diperlukan oleh ibu mengandung seperti anda!

Jangan tunggu lama-lama, cepat dapatkan Protein ESP anda di :

Anda juga boleh mendapatkan konsultasi TERBAIK dari saya melalui whatsapp 016-3353567. Insyaallah, anda akan menjadi pelanggan yang bertuah dan semua pertanyaan akan dilayan, khas untuk pelanggan Sihat.Ceria.Bahagia :)

Kami mendoakan semoga anda sihat sejahtera bertenaga sepanjang kehamilan! Jangan lupa nikmati saaat terindah setiap trimester, dan selamat membuat persiapan penyediaan menyambut orang baru di dalam rumah yang bakal menyinari kehidupan anda sekeluarga!


Mengandung adalah saat terindah dalam kehidupan!


Salam penuh kasih sayang dari saya

Ainul Malik :)

Thursday, August 28, 2014

10 Sebab ESP Protein Terbaik dan 12 Manfaat dan Kepentingan ESP untuk Badan


10 Sebab ESP Protein Terbaik dan 10 Manfaat dan Kepentingan ESP untuk Badan

Energizing Soy Protein memang pilihan yang TERBAIK! 


Kekurangan Protein, kepentingan ESP, ESP SHAKLEE



10 Sebab UTAMA ESP ini adalah Protein Terbaik pilihan semua :



  1. Diiktiraf Saintis dunia sebagai pihak ketiga melalui kajian klinikal yang ekstensif dan komprehensif
  2. Menggunakan kacang soya terpilih dan selamat iaitu Non GMO (klik untuk penerangan)
  3. Satu bekas ESP ini dihasilkan dari 30kg kacang soya non gmo yang dapat memberikan tenaga berpanjangan untuk jangka masa yang lama
  4. Menjalani proses penghasilan pada suhu yang rendah untuk kualiti pengeluarannya
  5. Diperkaya dengan 5 sumber VITAMIN dan 4 sumber MINERAL sebagai nutrisi tambahan
  6. Satu-satunya produk yang menjamin penyediaan 9 ASID AMINO PERLU yang tidak dapat dihasilkan oleh badan
  7. Kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39, sangat sesuai untuk penghidap kencing manis
  8. Protein yang mudah diserap diserap di dalam badan manusia
  9. Protein yang tidak mengandungi asid URIK
  10. Satu hidangan ESP = 2 kali ganda pengambilan daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak dan TIADA KOLESTEROL.

Berminat mendapatkan ESP secara online :


Anda juga berminat untuk mengetahui Manfaat ESP?

12 Manfaat ESP untuk manusia :


  1. Untuk kulit yang cantik dan sel yang sihat
  2. Baik untuk penyeimbangan hormon wanita
  3. Baik untuk prostat bagi lelaki
  4. Penyembuhan luka
  5. Pembekal tenaga
  6. Membaiki pigmentasi
  7. Membaiki memori
  8. Untuk yang mengalami gastrik
  9. Ibu yang menyusukan bayi
  10. Membantu tahan lapar untuk yang menjalani program diet sihat
  11. Luka untuk wanita berpantang
  12. Untuk golongan berpuasa

Tidak syak lagi kerana ESP memberikan khasiat PROTEIN yang terbaik untuk anda dan seisi keluarga! 
Lihat di sini untuk Resepi Penyediaan ESP yang sedap dan yummy!

Resepi ESP saya!


Klik di sini untuk penghantaran ESP yang selamat ke tangan anda :

Untuk servis penghantaran dan COD seluruh Kajang dan kawasan sekitar, hubungi Sihat.Ceria.Bahagia di :
016-3353567 (whatsapp/sms/call)

Kami sentiasa bersedia membantu anda!

Tuesday, May 20, 2014

Harga Set Kecantikan Shaklee Yang Terbaik

Set Kecantikan Shaklee Memang Terbaik!

Set Kecantikan Shaklee yang mencukupkan nutrisi sel kulit dari dalam menyerlahkan lagi kejelitaan semulajadi anda. 


Mengapa? Kerana nutrisi-nutrisi pada kulit yang semakin kurang akibat pencemaran, sinar UV dan peningkatan umur akan mengakibatkan kulit bertukar menjadi kusam, kurang glowing dan mula bermasalah.


Bantulah kulit anda supaya mendapat nutrisi yang secukupnya supaya semulajadi cantik dan berseri seperti asalnya kulit kita yang cukup nutrisinya.



Senarai Set Kecantikan Shaklee untuk kulit

Alhamdulillah, ramai lagi yang telah merasai kesan positif Set Kecantikan Shaklee ini. Jadi, apakah supplemen yang terkandung dalam set kecantikan Shaklee ini?



Harga Set Kecantikan Shaklee


1) Set Kecantikan Shaklee Asas :
  1. Vitamin C 
  2. Vitamin E 
  3. B complex 
Harga : RM 295.25 kegunaan untuk 4 bulan (sebulan RM73.81 sahaja)


2) Set Kecantikan Shaklee Gebu Berseri :
  1. Set asas
  2. ESP
Harga : RM 445.25 kegunaan sehingga 4 bulan, dan ESP lingkungan 2-3bulan


3) Set Kecantikan Shaklee Glowing :
  1. Set asas
  2. GLA
Harga : RM386.50 kegunaan sehingga 4 bulan, GLA untuk 1-2 bulan


4) Set kecantikan Shaklee Jerawat :
  1. Set asas
  2. Alfalfa
  3. Zink
Harga : RM382.75 kegunaan sehingga 4 bulan (sebulan RM 95.69 sahaja)


5) Set Kecantikan Optima :
  1. Set asas
  2. Alfalfa
  3. ESP
  4. GLA
Harga : RM590.25 kegunaan sehingga 4 bulan, GLA dan ESP untuk 1-2 bulan


6) Collagen Powder : RM298 untuk 15 sachet


Boleh rujuk pada senarai harga supplement untuk anda add on supplement yang berkenan di hati untuk kecantikan kulit pilihan anda.



Harganya memang nampak mahal, kerana ia didatangkan dalam jumlah yang banyak untuk sesuatu supplement, yang tahan sehingga 4 bulan. Jadi, untuk tahu berapakah penggunaan sebulan, cuma bahagi 4 bulan, jadi anda akan dapat harga yang sangat berbaloi-baloi jika dibandingkan dengan jenama yang lain.


Jimat dan untung bukan?


Keistimewaan Set Kecantikan Shaklee

  1. Senang diserap di dalam sel badan kerana vitaminnya adalah semulajadi
  2. Cepat bertindak dan memberi kesan yang memberangsangkan disebabkan kesan penyerapannya
  3. Selamat dan tidak mengandungi bahan-bahan tiruan mahupun pengawet
  4. Khasiatnya juga seiring untuk meningkatkan kesuburan, dan menyeimbangkan hormon badan
  5. Menampung keperluan sel untuk keserian wajah secara semulajadi


Anda memang kena percaya yang set kecantikan kulit Shaklee ini memang terbaik! Kerana ramai yang telah merasai kesan positif set kecantikan Shaklee ini seperti saya! Mari kita lihat luahan hati dan testimonial untuk set kecantikan Shaklee ni :)




Testimonial Set Kecantikan Shaklee



Set Kecantikan dan kolagen


Vitalea, B complex, GLA, Omega, Vitamin C, Vitamin E dan Collagen


Set kecantikan menghilangkan kekusaman wajah


Cerah berseri dengan set kecantikan Shaklee


Alfalfa menghilangkan jerawat


Set Kecantikan Shaklee


JOM ORDER SEKARANG!


Bagaimana nak order?

Klik link di bawah, dan anda boleh terus order supplement kecantikan anda sekarang melalui online, mudah dan cepat, bukan? BEST!



Jadi, apa tunggu lagi? Jika anda seorang yang mementingkan kecantikan dan keselamatan sel-sel badan anda, bertukarlah kepada supplement semulajadi yang selamat dan berkesan ini!
Sebarang panduan dan tips akan diberikan buat pelanggan setia kami!

Selamat bercantik-cantik dan berseri! Jom jadi pengguna yang beruntung kerana menggunakan supplement semulajadi yang berkesan ini, insyaAllah dengan izin Allah.



Hubungi

AinulMalik
SMS 013-3536718
Wasap 016-3353567

Wednesday, May 7, 2014

Gempar : Makan Supplement Shaklee Sebabkan Pendarahan Bleeding yang Banyak Sewaktu Bersalin !!

Makan supplement Shaklee boleh sebabkan bleeding atau pendarahan semasa bersalin, takutnya!



Ohhhh..sungguh menakutkan, agak-agaknya apalah yang dimakan tu ye? Sebenarnya saya sangat terkejut apabila yang mengeluarkan kenyataan ini adalah seorang yang profesi*nal yang sentiasa berinteraksi dengan pesakit.

Dia tanya, adakah pesakitnya mengambil ESP
Ya, Jawab pesakit itu.

 "Lalu, dinasihatinya berhentilah minum ESP dan seangkatan dengannya sebab nanti akan alami pendarahan semasa bersalin".

ESP??

OK2..bertenang semua, mari kita kosongkan minda dan kita tengok dari semua sudut. Beberapa pertanyaan timbul di kepala saya;

  1. Supplement apa yang dia makan?
  2. Berapa dos yang dia makan ni?
  3. Panduan, cara makan bagaimana?
  4. Dari siapakah supplement itu dibeli?
Saya pulak excited nak kaji, satu persatu..

Oh..mungkin most probably, dia ambil set mengandung, kan?

Ok, kita tengok set mengandung ada :

  1. B kompleks dan asid folik
  2. Vitamin C
  3. Vitalea
  4. Ostematrix
  5. ESP
  6. Omega Guard
Jom-jom tengok, apakah yang terkandung dalam setiap supplement ini :

  • Vitalea Iron Formula
    •  mengandungi 12 jenis vitamin, 7 galian dan juga zat besi. Zat besi sgt penting untuk pembentukan sel darah merah dan juga untuk menstabilkan darah di dalam badan. Ibu-ibu mengandung dan menyusukan sgt digalakkan mengambil vitalea ini kerana zat besi juga penting untuk penghasilan susu dan juga tumbesaran anak. Nutrient yg terkandung dalam vitalea juga bagus untuk kekuatan tulang dan immunisasi. lain2 keistimewaan kandungan vitalea adalah :
    • Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat
    • Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
    • Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
    • Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
    • Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
    • Magnesium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
    • Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
    • Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*

  • B kompleks
    • Shaklee B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, paru-paru dan organ-organ penting yang lain.
    • Asid folik merupakan Vitaman B yang penting bagi membantu menghasilkan dan mengekalkan sel-sel baru. Oleh kerana asid folik tambahan tidak mudah diserap oleh tubuh, Shaklee telah berjaya menghasilkan Sistem Penyerapan Bioaktif yang unik yang membolehkan Vitaman B lebih mudah diserap oleh sistem tubuh.

  • Vitamin C
    • Kandungan Vitamin C yg tinggi
    • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yg menyamai kandungan satu setengah biji buah oren utk setiap jam selama 5jam (berkekalan dalam tubuh; kerana Vitamin C tidak berupaya disimpan lama oleh tubuh)
    • mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, untuk kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, tulang, otot dan salur darah
    • membantu dalam proses penyerapan zink dalam badan

  • Ostematrix
    • Kalsium sangat penting dalam pembentukan sel darah merah
    • Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan Vitamin D membantu dalam pengekalan darah yang normal
    • Juga membantu dalam pengecutan otot dan saraf yang normal
    • membantu dalam penyumbangan nutrient kepada fetus dan supaya kalsium dari si ibu tidak kekurangan akibat diserap oleh anak tadi, mengurangkan osteoperosis.


    • ESP didatangkan dalam bentuk serbuk yang diperbuat dari 100% non-GMO soy protein yang lengkap dengan 9 asid amino perlu. Kesan POSITIF dari pengambilan minuman ini ialah:
    • ia membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan
    • Selain itu, ia juga membantu kita melapik perut dan menahan lapar kerana ia membantu menghasilkan mukosa sebagai pelindung kesan asid hidroklorik di dalam perut. Oleh itu, dapat mengelakkan rasa kepedihan perut dan juga pedih ulu hati!
    • gabungan kalsium dan protein di dalam ESP menjadi makanan tambahan untuk penghasilan utama susu ibu yang dapat diberikan kepada si manja kesayangan anda.

  • Omega-Guard
    • Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.
    • EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
    • OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Semua memang bagus untuk mengandung dan persediaan untuk berpantang, dalam pantang dan untuk menyusukan anak.

Takkanlah sebab minum ESP boleh sebabkan pendarahan semasa bersalin?

Sebab ESP ni protein. Proteinlah yang menyediakan sel-sel yang sihat dan baik. Jika anda ada luka, ESP membantu mempercepatkan proses pembaikan luka ni, macam saya yang mengalami pembedahan untuk kedua-dua anak saya.

Saya rasa, saya tahu sebabnya.

Sebab, jika sesiapa yang mengandung yang membeli supplement dari, akan saya nasihatkan supaya berhenti mengambil OMEGA GUARD semasa minggu ke 30-32 untuk persediaan bersalin samasa minggu ke 38-40 nanti.

Lebihan omega itu boleh lah diberikan kepada suami tersayang untuk turunkan kolesterol, normalkan paras insulin atau menstabilkan tekanan. 
Boleh juga diberikan kepada anak-anak tersayang untuk bekalan DHA.

Kenapa kena berhenti makan omega ya?

Omega-3 may increase the risk of bleeding, particularly at doses of three grams daily or greater. Caution is advised in people with bleeding disorders or those taking drugs that may increase the risk of bleeding. Dosing adjustments may be necessary.
Sumber :  http://www.mayoclinic.org/drugs-supplements/omega-3-fatty-acids-fish-oil-alpha-linolenic-acid/safety/hrb-20059372

Penerangan :

Omega ini berupaya mencairkan darah. Ia adalah supplement yang terbaik untuk mereka yang ada masalah dengan pengaliran darah di dalam badan, terutamanya yang mengidap sakit jantung.

Setengah orang mempunyai darah yang sedikit cair, jadi, sebab itulah dinasihatkan berhenti makan pada waktu sebelum bersalin supaya tidak berlaku kejadian pendarahan yang tidak disengajakan.

Itulah pentingnya mendapatkan konsultasi yang betul, iaitu servis yang sangat diperlukan apabila anda membeli supplement ini.
Jangan suka hati makan tanpa mengikut aturan atau makan secara berlebihan.

Juga anda boleh merujuk dari link ini mengenai omega : http://umm.edu/health/medical/altmed/supplement/omega3-fatty-acids#ixzz2nuXC20AU

Saya harap, dengan penerangan saya ini semua nya telah clear. 

Banyak kesimpulan yang boleh kita dapat dari kisah di atas :

1) Jika terdengar apa-apa berita, siasatlah dahulu sebelum membawa cerita fitnah ke merata-rata tempat 
2) Beli supplement dari pengedar yang dipercayai 
3) Pilih supplement yang selamat dan berkualiti 
4) Makan supplement dengan ilmu  
5) Berpada-padalah untuk semua perkara, berwasatiah, kerana barang yang bagus, jika digunakan atau dimakan berlebihan akan membawa mudarat juga kepada kita, jadi, jangan hardcore ok!
Jika anda pilih supplement untuk dibeli, kajilah dulu supaya tidak bias dan pastikan sumber yang dikaji datangnya dari kajian saintifik bukannya cakap-cakap kosong belaka.

Tidak kiralah, jika anda makan Omega dari brand mana sekalipun, jika langkah berjaga-jaga tidak diambil, kesannya adalah sama, tambahan kesan sintetiknya pula menambahkan lagi kesulitan pada sel-sel badan anda.

Kerana saya yakin, jika anda makan vitamin Shaklee yang semulajadi ini dengan panduan dan cara yang betul, akan akan berpuas hati dan gembira dengan kesan-kesan positifnya seperti saya!

Saya day share pengalaman mengandung, berpantang dan menyusukan dengan supplement ini di :


Anda akan gembira dan disayangi anak dengan pengambilan nutrisi yang mencukupi untuk keperluan diri sendiri dan keperluan ahli keluarga yang lain :)


Semoga anda semua berpuas hati dan berlapang dada dengan artikel saya yang tak seberapa ini. Ilmu Allah jua yang saya kongsi, jom kita gali sedalam-dalamnya.

Yang baik dari Allah, yang buruk datang dari saya sendiri,
Wallahualam.



Salam sayang dari pengedar yang prihatin,

Ainul Malik
SMS 013-3536718
Wasap 016-3353567
Facebook page : Sihat.Ceria.Bahagia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...