Showing posts with label Garlic. Show all posts
Showing posts with label Garlic. Show all posts

Thursday, November 20, 2014

Cara Cepat Menghilangkan Sakit Mata Gatal, Merah dan Bengkak Supaya Cepat Masuk Kerja

Assalamualaikum wbh. Semoga anda semuanya sihat sejahtera. Saya baru sahaja sembuh dari sakit mata yang merah, gatal dan bengkak untuk hari yang ketiga.


Jangkitan bakteria akibat conjunctivitis

Sangat terkejut ok bila bangun pagi, rasa mata melekat bagai digam, dan rupanya terdapat banyak tahi mata yang melekat di sekeliling mata. Bangun tengok cermin, rupa-rupanya mata anda merah menyala dan nampak semakin mengecil akibat bengkak di keliling bahagian mata!


Inilah conjunctivitis, disebabkan oleh bermacam-macam punca, bakteria, atau virus atau alahan. Boleh baca di sini ya untuk penerangan lanjut http://en.wikipedia.org/wiki/Conjunctivitis



Oh, punca saya terkena sakit mata yang merah, gatal dan bengkak ini adalah kerana saya bermandi manda di kolam mandi sebuah resort di tempat peranginan di Malaysia. Sebab itu orang tua-tua pesan, masa bergembira, beringatlah berpada-pada ya! Setiap yang berlaku ada hikmahnya, saya tetap menghargai setiap saat kegembiraan di sana yang tak dapat dijual beli! Priceless, alhamdulillah!

Best sangat bercuti di sini :)


Nampaknya ini kali kedua saya terkena sakit mata, tapi, alhamdulillah, kali ini saya dapat atasi dengan lebih cepat berbanding yang dahulu. Nak tahu apa rahsia saya?


Kalau waktu dahulu, sakit mata saya sampai tak dapat melihat cahaya, jadi penyelesaiannya berspek mata hitamlah saya! wah, nampak bergaya, tapi sebenarnya mata saya tak dapat nak bukak dengan besar sebab tak tahan silau :)



Eh, ini bukan masa saya sakit mata :)


Kalau waktu dahulu, mata saya rasa sangat berat berpasir, memang perit yang amat, kali ini alhamdulillah saya belum sampai ke peringkat mata rasa kesat berpasir.


Kalau waktu pertama kali dulu, saya rasa nak pegang biji mata pun terasa bengkaknya, kali ini memang pegang masih terasa sakit dan bengkak, tetapi alhamdulillah pada hari ketiga dah surut semuanya :)


Rahsia cara cepat menghilangkan sakit mata yang gatal, merah dan bengkak adalah :


1. Pergi berjumpa doktor dengan segera!


Kawan-kawan, tolonglah jangan takut nak berjumpa doktor. Disebabkan saya dah kali kedua terkena sakit mata ni, saya terus bertindak berjumpa doktor mata dengan segera kali ini.


Saya dapat ubat titis Maxitrol dan ointment. Ubat titis itu dititiskan 4 kali sehari dan ointment, iaitu ubat sapu disapu di sekeliling mata sebelum tidur.


Kali ini saya tidak mendapat antibiotik seperti kali pertama terkena sakit mata dahulu.



Ubat sakit merah mata saya


2. Saya titiskan susu ibu saya kepada anak saya.


Ya, anak saya Aiman dan Amni terlebih dahulu terkena sakit mata ini dan saya memang berjangkit dari mereka berdua! Jadi, saya ambil kesemua supplement ini dan menyusukan Amni sepenuhnya dan juga titiskan air susu badan ke dalam mata anak-anak. Memang ternyata kedua-dua mereka sembuh dalam masa 2 hari saja, alhamdulillah.

Untuk diri sendiri? Saya belum cuba ini, oopsss :D


3. Menjaga kebersihan


Pastikan kesemua baju, tuala dan sarung bantal yang digunakan dibersihkan seberapa segera untuk mengelakkan jangkitan berleluasa.


Basuh tangan dengan kerap dan keringkan dengan sempurna. Lap tahi mata yang berlebihan dengan kertas tisu yang boleh dibuang terus ke dalam tong sampah bertutup.


4. Jangan lupa berdoa!


Maka, bila dah sakit ni mula lah menghargai masa-masa kita sihat, kan? Bersyukurlah sebab diberikan kesakitan ini, insyaallah kita akan sentiasa ingat pada Allah yang Menyembuhkan.




Doa sakit mata


Ya Allah , Tuhan (yang memelihara) manusia, yang menghilangkan kesusahan, sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada suatu penyembuhan kecuali kesembuhanMu, sembuh yang tidak diiringi sakit juga penderitaan kecuali kesembuhanNya.
Maka Kami singkapkan daripadamu tutup yang menutupi matamu, maka penglihatanmu pada hari ini amat tajam (Surah al-Qaf : 22).
Maka kelak kamu akan melihat dan mereka pun akan melihat (Surah al-Qalam : 5)
(Ruqyah Asas Perubatan Islam oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din)

5. Saya mengurangkan rasa gatal mata dengan Alfalfa Complex dan Garlic. Garlic ni bukan sebarangan bawang putih tau, sanggup ke gigit bawang putih mentah-mentah tu? Saya ambil tablet garlic complex Shaklee yang mudah ditelan tanpa perlu dikunyah dan tahan baunya yang wangi itu :)


Tahan dengan mengunyah bawang putih asli?


Ya, perlu diketahui mengapa anda sakit mata. Kerana jangkitan bakteria? Kerana mata luka? Saya sakit mata kerana jangkitan bakteria. Jadi, untuk mengurangkan kegatalan, memang saya ambil alfalfa untuk mengurangkan gatal yang sampai rasa nak garu-garu mata dan sekeliling mata dan juga garlic yang membantu meningkatkan ketahanan terhadap bakteria.

Kalau nutriferon masih ada stok, pasti akan dirembat cepat nutriferon itu!

5. Selain itu, rahsia saya adalah, saya turut mengambil phytocol untuk meningkatkan imuniti badan dan mengurangkan rasa ketidakselesaan akibat gatal alahan ini. Phytosterol di dalam Phytocol turut membantu tau dalam meningkatkan imuniti badan!

6. Saya mengurangkan bengkak mata dengan Omega Guard.

Ya, saya ambil omega guard untuk mengurangkan bengkak di sekeliling mata saya yang sepet ini. Omega guard juga membantu meningkatkan imuniti badan dan mengurangkan alahan tau :)


Jom cuba tips amalan saya jika malu keluar rumah dengan mata bengkak merah menyala.

Gambar di atas adalah 50% penyembuhan, insyaallah lepas ni mata terang berseri pula dengan Carotomax :)


Semoga perkongsian saya ini membantu anda semua di luar sana untuk mengikuti langkah menghilangkan sakit mata yang gatal, merah dan bengkak dengan cepat.



Jika ada pertanyaan, malu sebab mata membengkak dengan teruk, terpaksa menahan gatal mata dengan lama, jangan biarkan masalah ini berlarutan terlalu lama, hubungilah saya di 016-3353567 melalui whatsapp atau sms, kerana saya memang memahami perasaan anda!


Saya yang ikhlas membantu anda,

AinulMalik
016-3353567


Friday, April 25, 2014

Petua Murah dan Mudah Melegakan Selsema Anak dengan Minyak Bawang Putih

Bila anak kita terkena selsema, kita sebagai ibu amatlah risau kan. Melihatkan hingus turun meleleh-leleh, kadang-kadang sampai boleh dimakan oleh anak kita tu, akibat terlewat lap hingusnya :)


alololooo..sedap ye dik?


Kesian, kan?

Baru-baru ini saya mendapat petua dari rakan saya, Mas, mengenai minyak bawang putih. Mujarab katanya!

Wah, memang lah saya suka dengar petua yang murah, mudah dan senang dicuba ini, sebab bawang putih kan stok yang selalu ada di rumah. Kalau takcuba memang tak tahu betul atau tak.

Jadi, saya pun cuba malam tu.

Cara-caranya menyediakan Minyak Bawang Putih:


  1. Bakar bawang putih bersama kulitnya (janganlah sampai hangus pula hihi)
  2. Lenyekkan bawang putih tadi bersama-sama dengan minyak zaitun atau minyak kelapa dara atau apa-apa je stok minyak yang ada di rumah
  3. Sapukan minyak tadi ke dada, perut, dan belakang badan anak anda.
  4. Sapukan juga di tapak kaki dan pakaikan stokin kaki sepanjang malam.
  5. Tidurkan anak anda, jangan lupa doa supaya disembuhkan selsema nya itu :)

melegakan selsema kanakkanak, bayi, antibiotik semulajadi
Minyak bawang putih saya


Alhamdulillah, bila anak saya bangun pagi, kering selsema nya itu!!

Syukur jugak saya masih breastfeed kan Amni. Jadi, sebelum tidur, saya jugak ambil Garlic Complex 1 biji, kadang-kadang sehingga 2 biji dan juga makan 2 biji Vitamin C sustained release sebelum tidur.

Amni juga saya berikan Nutriferon dan juga omega untuk menguatkan imuniti badannya.

Saya memang sukakan bawang putih sebab :

  • Bawang putih membantu mengurangkan selsema
  • Bertindak sebagai antibiotik semulajadi
  • Bawang putih juga adalah antikulat
  • Membuang angin badan (alang-alang boleh disapukan pada badan anak-anak untuk dibuang angin) wah..best gituuu
Sebab itulah saya memang setuju dengan entry Garlic Complex Teman Terbaik Ibu yang Menyusukan Bayi! Siapa setuju angkat tangan!


Syukur, alhamdulillah, bila tengok anak-anak gembira, kita akan super gembira!


Selfie dua beranak :D


Jom-jom cuba buat minyak bawang putih ni, sangat murah, cepat dan berkesan!
Nak beli Shaklee dari saya dengan panduan makan dan konsultasi yang penuh dari saya pun boleh jugaaa :D


Ikhlas dari Mama yang Gembira,

AinulMalik
SMS 013-3536718
WA 016-3353567

Wednesday, January 8, 2014

Rawatan Gout Lelaki dan Wanita Dengan Sumber Semulajadi

Apakah itu gout?


Gout adalah sejenis penyakit arthritis yang menyerang secara tiba-tiba, kemerahan dan kesakitan pada sendi-sendi. Ia adalah disebabkan pengumpulan hablur asid urik pada sendi.


Gout

Simptom sakit gout.




  1. Sakit yang melampau yang mengejut, kemerahan, bengkak dan rasa kaku pada sendi
  2. Mengalami demam
  3. Keradangan tisu di sekekliling sendi mengakibatkan kulit bengkak dan sakit walau disentuh dengan lembut.





Golongan yang berpotensi mendapat gout


Lelaki lebih senang mendapat gout berbanding wanita. Akan tetapi wanita terdorong mendapat gout selepas menopous.



Diet dan makanan yang disyorkan untuk pesakit gout




  1. Buah-buahan segar khususnya ceri dan strawberi
  2. Sayur-sayuran segar, jus saderi
  3. Makanan yang tinggi b kompleks dan vitamin C

Diet dan makanan yang harus dielakkan untuk pesakit gout


  1. Makanan berpurina tinggi seperti daging
  2. Ikan dan makanan laut seperti kerang-kerangan
  3. kekacang
  4. Cendawan
  5. Daun bayam
  6. Pucuk asparagus
  7. Kubis bunga



Tips Tradisional mengurangkan gout menurut wikipedia


1. Rebus kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kentang. Minum air rebusan itu

2. Ambil anak pokok durian beserta akarnya. Rebuskan bersama kaki ayam untuk dijadikan sup.

3. Ambil beberapa helai daun pandan dan rebuskannya untuk diminum airnya dua kali seminggu.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Gout




Supplement Shaklee yang dicadangkan untuk penyakit gout ini adalah :




  1. Vivix : yang dapat memulihkan sel dan ketidaknormalan sel dari peringkat dalaman
  2. Herb Lax : Untuk detox membuang sisa2 toksin di dalam badan
  3. Alfalfa complex : Menurunkan paras asid di dalam badan, dan menyingkirkan toksin dalam badan
  4. B kompleks : Asid folik sangat penting dalam metabolisma nukleoprotin
  5. Vita C : Membantu dalam penyembuhan keradangan
  6. Garlic : Bagus untuk mengurangkan bengkak dan sakit
  7. Vita E : Menuetralkan radikal bebas
  8. Ostematrix : Bagus untuk mengurangkan bengkak dan sakit
  9. Omega : Mengurangkan inflamasi pada kawasan gout dan bagus untuk sendi
Bagi mereka yang berminat untuk mencuba supplement semulajadi ini, tidak perlu untuk membeli kesemua yang disenaraikan di atas. Anda boleh pilih mana-mana yang dirasakan paling sesuai di samping boleh menghubungi kami untuk bantuan konsultasi. Jangan risau ye :)






Sebarang pertanyaan anda boleh terus sms ke 013-3536718 dan kami sedia membantu anda!


Wednesday, December 25, 2013

Rawatan Keputihan untuk Wanita

Keputihan yang anda alami telah mengganggu mood anda sepanjang hari?


Apakah keputihan?


Keputihan ataupun vaginal discharge adalah bendalir yang dikeluarkan dari badan melalui vagina yang membantu vagina untuk sentiasa bersih. Keputihan normal ini tidak berwarna ataupun berwarna putih susu dan tidak berbau. Keputihan ini akan keluar dengan banyaknya pada masa-masa tertentu iaitu semasa subur, semasa menyusukan anak dan semasa rangsangan seksual (http://www.medicinenet.com/vaginal_discharge/symptoms.htm)
Ini pula adalah komen Dr Hamid Arshat, pakar sakit puan di Malaysia mengenai keputihan :


Namun, kadangkala keputihan yang berlebihan mengganggu mood dan aktiviti kita seharian.

Ada berbagai penyebab keputihan, dan di link healthline.com ini disenaraikan 19 penyebab keputihan atau vaginal discharge ini.

Masalah keputihan ini saya ambil dari blog Dr Hamid Arshat sendiri, kerana ia telah membincangkan dengan jelas mengenai masalah ini : http://pakar-sakitpuan.blogspot.com/2011/03/mengatasi-jangkitan-dalam-peranakkan.html
Biasanya keputihan disebabkan olih jangkitan kuman - kuman2 bakteria, kulat atau yeast..Trichomona, Virus dan lain. Keputihan kadang keluar terlalu banyak menyebabkan banyak gangguan pada wanita.

Jangkitan lebih sering berlaku pada wanita gemok yg berpotensi kena kencing manis, yang sedang hamil, pakai alat IUD, atau siapa2 saja. Wanita yang ada erosion pada pangkal rahim dan ia sering dan berulang kali mudah dijangkiti kuman.

Puan munkin mengidap penyakit sedemikian .Olih itu keadaan faraj jadi longgar waktu mengadakan persetubuhan kerana ada lender keputihan yang terlalu banyak.

Saya cadangkan puan jumpa pakar sakitpuan untuk diperksa dan buat kepastian apa masalah sebenarnya.

Rawatan bergantung pada sebab, kuman perlu diubati dengan ubat antibiotic yangg sesuai, Kegunaan ubat pessary berbentuk saperti peluru yg mengandungi ubat2 untuk membunuh kuman tertentu bolih digunakan dan ia perlu dimasukkan kedalam faraj setiap hari selama 5 hari.
Kuatkan immunity dengan makan Vit C 1 Gm dan E 400Iu setiap hari . Jika gemok badan, kena usaha kuruskan badan, kurangkan makan karbohaidret dan gula. Lebihkan sayur2 dan buah2 dalam sajian. 

Rawatan Keputihan dengan Supplement Semulajadi Shaklee


  1. Alfalfa Complex : Mengandungi sifat antikulat dan berupaya membantu mengurangkan keputihan secara semulajadi
  2. Garlic Complex : Antibiotik semulajadi dan membunuh kulat
  3. B complex : Kekurangan vitamin B menyebabkan infeksi vagina
  4. GLA complex : Berkesan sebagai bahan antikulat
  5. Vita C sustained release : Meningkatkan keimunan badan
  6. Vitamin E : Antioksida yang menyingkirkan radikal bebas dari sel
  7. Vivix : Membantu menyeimbangkan hormon badan dan melindungi selular DNA

Mari kita lihat testimonial mereka yang telah mencuba merawat keputihan ini :






Alhamdulillah, ini adalah sebahagian daripada testimoni sebenar mereka yang telah mencuba merawat keputihan dengan Supplement Shaklee yang semulajadi ini. Ada banyak lagi kisah-kisah yang menarik yang boleh dikongsi bersama di dalam group RAHSIA pelanggan-pelanggan kami :) Semestinya eksklusif untuk anda yang menjadi pelanggan kami sahaja!

Saya mendoakan, anda yang benar-benar ingin mencuba tidak melepaskan peluang kembali ceria daripada masalah keputihan yang berlebihan ini :)

COD Kajang, Saujana Impian, Taman Cheras Jaya dan pos ke seluruh Malaysia


Hubungi saya untuk konsultasi pengambilan supplement semulajadi ini daripada saya, Ainul Malik melalui ainzm@yahoo.com/ 
0133536718/ 




** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
Salam sayang,
Mama Aiman

Monday, January 7, 2013

Garlic Complex Teman TERBAIK ibu yang menyusukan bayi

Salam ceria buat semua!

Wah, bersawang2 sudah blog kesayangan saya ni! Selama bersawang ini, saya aktif dalam page saya Sihat.Ceria.Bahagia :) Alhamdulillah saya dah selamat melahirkan anak kedua dan dah lepas waktu berpantang sekarang.. Tapi apa yang boleh saya katakan, berpantang dengan set BERPANTANG SHAKLEE sangat awesome! Bukan saja set asas yg saya ambil, ada lagi tambahan2 supplement yg saya makan. Dengan izin Allah, segala nya berjalan dengan lancar dan saya sangat gembira! nanti saya ulas lagi tentang set berpantang ini ya!

Hari ini saya nak berkongsi dengan semua tentang kebaikan bawang putih dan khasiatnya bagi ibu2 yang breastfeed atau menyusukan anak.  Perlukah ibu2 menyusukan ini makan bawang putih? Mengapa orang tua2 sangat menggalakkan ibu2 yang berpantang makan lebih bawang putih sewaktu berpantang? Mestilah ada khasiatnya bukan? Pesan orang-orang lama, dengan makan bawang putih dapat membuang angin, memanaskan badan, melancarkan pengaliran darah.. Wah, bukan sebarangan pesan dan amalan orang zaman dahulu kerana semua yang diamalkan itu memang ada kebenarannya.

Siapa yang suka makan bawang putih?hehe, mesti tak ramai yg angkat tangan dan mengaku bukan? Baunya, huhu.. agak kurang menyelesakan betul tak? tapi, ada juga yg suka baunya. lain org lain ragamnya :D

Tapi, menurut Dr Julie Menella, seorg saintis Biopsychologist, bau dari bawang putih ini tidak akan sama sekali mengganggu bayi yang menyusu badan, malahan akan membuatkan bayi menyusu dengan lebih lama! Menarik bukan?

Apa kelebihan bawang putih ini ya?


1) Bawang putih bertindak sebagai anti-kulat/ antifungal


Pernahkah bayi anda terkena jangkitan kulat yang menyebabkan dia sakit tekak, lidah keputihan dan jangkitan dari ruam lampin? Kulat yang menyebabkan jangkitan adalah kulat candida. Bagi bayi yg terkena jangkitan kulat ini, sangat kesian, mereka akan mengalami kesusahan untuk menyusu, pelekapan yang kurang betul di payudara ibu disebabkan ketidakselesaan di mulutnya. dan menangis2 kerana melecet pada kulit yang terkena ruam lampin. Jadi, dengan memakan bawang putih yang bertindak sebagai antikulat, ia akan membantu menyelesaikan masalah2 di atas secara semulajadi!


2) Bawang putih bertindak sebagai antibakteria dan antibiotik semulajadi


Kadangkala, ibu2 yang menyusukan anak mengalami masalah mastitis. Jadi, rawatan lanjut perlu diberi segera dengan mengambil antibiotik sebelum keadaan menjadi lebih teruk lagi. Boleh cuba mengambil bawang putih dengan menjadikannya sebagai ulam kerana ia mengandungi bahan antibakteria yang kuat dan membantu bertindak sebagai antibiotik semulajadi yang sangat selamat buat ibu dan bayi.

Jadi, perlukan penyelesaian bagi pengambilan bawang putih yang berbau ini?


Garlic Shaklee

GARLIC COMPLEX SHAKLEE


Apa kata anda cuba Garlic Shaklee yang dihasilkan :
  • dari bawang putih jenis premium, 
  • BEBAS DARI RACUN PEROSAK dan 
  • ditanam secara organik. 
  • Bawang putih ini diproses secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba demi memastikan kandungan allicin aktif dikekalkan. Bukan semua garlic di pasaran dapat mengekalkan kandungan allicin ini tau..
  • Ia juga dihasilkan dengan dwi teknologi untuk MENGAWAL BAU bawang putih ini! 
Jadi, sudah bertemu penyelesaian yang menarik bukan?

Selain itu, 
  • perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba, iaitu rosemary dan spearmint
  • Mengandungi vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesannya dalam tubuh kita
  • Setiap 2 kapsul membekalkan 1000 mg ekstrak GARLIC TULEN yang menyamai dengan 2 ULAS BAWANG PUTIH SEGAR.
Sangat2 membantu anda menyelesaikan masalah untuk makan bawang putih yang semulajadi! Yeay!

Apa tunggu lagi, khasiat yang bagus ini bukan saja untuk ibu2 yang berpantang, menyusukan bayi, anak yang disusukan dan ramai lagi yang boleh mendapat kebaikan Garlic Shaklee ini! Yang penting, apa yg disalurkan pada anak kesayangan semuanya asli dan semulajadi tanpa bahan kimia, dan ubat-ubatan kimia.

Jadi, sebagai ibu yang prihatin dengan kesihatan anak2, sudah tentu memilih Garlic complex Shaklee sebagai sebahagian dari supplement set menyusu anak anda selepas ini, tak gitu?

Nantikan perkongsian saya lagi lagi selepas ini :)

Semoga semuanya dberikan kemurahan rezki dan kesihatan yang baik2 sahaja :)



Salam sayang,

MamaAiman



Rujukan :









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...