Showing posts with label Healing Crisis. Show all posts
Showing posts with label Healing Crisis. Show all posts

Friday, May 6, 2011

Kepentingan Pengambilan Air yg Banyak Bersama Supplement

Air sangat penting dalam kehidupan. Paling kurang kita dinasihatkan mengambil 8gelas air sehari. Bagi sesiapa yang mengambil supplement, dinasihatkan supaya mengambil lebih air tak kira samada mengambil SHAKLEE ataupun bukan. Tambahan lagi bagi ibu yang masih menyusukan anak, keperluan air sangatlah amat perlu dititikberatkan. Pengambilan 3liter air sehari adalah satu keperluan untuk mengekalkan keseimbangan dalam badan (homeostasis) dan melancarkan proses2 metabolisma dalam badan.
Ihsan Google

Banyak sgtla 3liter air tu. Boleh habis ke sebenarnya 3liter sehari? Apa kaitannya air dan pengambilan supplement semulajadi Shaklee ini?
  1. Supplement semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh, dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Air amat diperlukan dalam proses ini, jika tidak anda akan mengalami keadaan yang dinamakan healing crisis
  2.  Pengambilan supplement adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat. Oleh itu perlu banyak minum air. Umpama mengacau sesudu gula dalam sebiji cawan dan sesenduk gula (menjadi sgt tepu kan?). Satu senduk gula pasti tidak sesuai dilarutkan dalam sebiji cawan, jadi ia memerlukan bekas yang lebih besar iaitu jag.
  3. Berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organik semulajadi (buah-buahan asli), buah-buahan tidak memerlukan air yang banyak kerana ia sendiri sudah mengandungi air. Tahap kepekatan nutrient dalam sebiji buah jauh lebih rendah dari sebiji pil vitamin. Bayangkan sebiji pil Vita-C 500mg Sustained Released sama dengan 7 biji oren. Berapa banyak air dalam 7 biji oren tu?

Jangan takut minum air yang banyak. Air yang banyak tidak akan menggemukkan. Sebenarnya pengambilan air yg banyak dapat meningkatkan metabolism badan dan membantu dalam proses pengurangan berat badan. Kalau takut perut buncit, minumlah air mengikut sunnah rasulullah s.a.w.
  1. Jangan minum sekaligus tetapi seteguk demi seteguk.
  2. Jangan bernafas di dalam air, bahkan menjauhkan bekas air dari mulut dan bernafas.
  3. Jangan hembus di dalam air, lihat ke dalam air sekiranya terdapat sesuatu yang jatuh ke dalamnya keluarkan ia.

Sangat penting agar tidak bernafas dan menghembus air yang diminum kerana gas karbon dioksida (CO2)yang dikeluarkan dari hidung dan mulut akan bercampur dengan air (H2O) menjadi karbonik asid H2CO3 iaitu asid yang lemah. Selain itu, jangan disulam air ketika makan. Minumlah air sebelum makan dan 20 minit selepas makan. Sekiranya sentiasa berada di tempat beraircond seperti saya, anda tidak akan sedar bahawa anda boleh menghabiskan 2liter air sepanjang berada di ofis dan 1 liter air lagi akan anda habiskan di rumah. Dengan syarat, banyakkan minum air kosong, bukannya air yg berperisa. Anda akan lihat perubahan yang ketara hasil dari pengambilan air yang cukup seiring dengan pengambilan supplement Shaklee ini, insyaAllah :D.

Sharing is caring!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...