Showing posts with label Kebersihan. Show all posts
Showing posts with label Kebersihan. Show all posts

Friday, November 21, 2014

Sabun Pencuci Bagus Ini Buat Baju Tak Hapak dan Kepam di Musim Hujan

Assalamualaikum

Best betul hari ni, cuaca panas. Di hari Jumaat ni, saya kutip semua kain-kain pelikat suami dan telekung sembahyang, terus basuh guna sabun pencuci baju bagus kesukaan saya yang memang buat baju tak hapak dan kepam di musim hujan ataupun bila-bila masa saja.

Yelah, dilemma work at home mother (WAHM) berlainan dari surirumah, siapa setuju? Walaupun kami, WAHM sentiasa berada di rumah, tapi kami ada jadual kerja yang lain juga selain dari kerja rumahtangga.


Bau baju pun kacau mood nak membasuh kan? Apetah lagi menyidai baju yang hapak


Kadang-kadang, memang basuh baju setiap hari, namun waktu menyidai tu ada beberapa halangan seperti baju belum kering di kala musim hujan, tergendala untuk menyidai baju yang dah dibasuh. Ehhhh, saya percaya memang ramai yang menghadapi masalah yang sama macam saya, ye tak? Siapa setuju, sila senyum seluas-luasnya hihi.

Sebab tu, saya memang ada pencuci baju pilihan saya sendiri, iaitu GetClean laundry yang memang buat saya suka nak basuh baju setiap hari sebab baunya yang wangi asli itu. Susah tau nak explain wanginya macammana, sebab, wanginya tu bukan wangi yang dicampur pewangi, tapi wangi sabunnya ni sangat segar!


Get Clean combo yang saya suka!

Dan, yang paling best dengan sabun pencuci baju ni adalah, walaupun anda ada masalah untuk menyidai baju dalam masa berhari-hari, memang insyaallah wangiannya tetap ada dan tak berbau hapak dan kepam pun.

Jadi, dia memang menjadi penyelesai masalah kalau digunakan sewaktu musim hujan, memang best. tak kiralah, walaupun disidai di dalam rumah, berhari-hari tak kering-kering, baunya tetap tak hilang.

So, jangan jealous dengan saya lah sekarang ni ye, angkat kain di penyidai, kain tetap berbau segar dan wangi aslinya sama macam sebelum disidai :D kain telekung saya pun jadi putih berseri dan putih dah di bahagian dagu saya ni.


dah putih berseri telekung saya ni :)



Saya suka! Saya suka!

Kalau nak merasai kenikmatan seronoknya membasuh dan menyidai baju seperti saya sekarang, jom lah kita rasa perasaan yang sama bersama-sama! Benda baik tak boleh disorok-sorok kan. 

Yang best, anak saya Aiman dan Amni sekarang pantang ada lain yang bertimbunan sebelum dilipat, mesti nak melompat atas timbunan kain yang nak dilipat tu sambil puji-puji, "Mama, wangi la baju Aiman ni, nak pakai semua boleh tak?"

Hahahaha, jangan nak, jadi satu kerja pulak nak membasuh berganda-ganda lepas ni!


Impian ibu-ibu yang ada laman yang luas boleh sidai baju macam ni, best kan!


Baju bersih, kesihatan terjamin, anak-anak dan suami mesti sayang!

Pada yang taknak ketinggalan untuk mengekalkan kesegaran bauan baju yang tak hapak dan kepam di musim hujan ataupun bila-bila masa saja, boleh hubungi saya untuk dapatkan sabun pencuci baju bagus ni ya! Saya sedia membantu ibu-ibu di luar sana tersenyum gembira ketika melipat kain-kain baju anda bersama-sama dengan anak yang tersayang kerana baju-baju mereka berbau segar sentiasa!


Ikhlas dari saya;
Work at home mother yang puas hati angkat kain tadi,

Ainul Malik
016-3353567

Thursday, November 20, 2014

Cara Cepat Menghilangkan Sakit Mata Gatal, Merah dan Bengkak Supaya Cepat Masuk Kerja

Assalamualaikum wbh. Semoga anda semuanya sihat sejahtera. Saya baru sahaja sembuh dari sakit mata yang merah, gatal dan bengkak untuk hari yang ketiga.


Jangkitan bakteria akibat conjunctivitis

Sangat terkejut ok bila bangun pagi, rasa mata melekat bagai digam, dan rupanya terdapat banyak tahi mata yang melekat di sekeliling mata. Bangun tengok cermin, rupa-rupanya mata anda merah menyala dan nampak semakin mengecil akibat bengkak di keliling bahagian mata!


Inilah conjunctivitis, disebabkan oleh bermacam-macam punca, bakteria, atau virus atau alahan. Boleh baca di sini ya untuk penerangan lanjut http://en.wikipedia.org/wiki/Conjunctivitis



Oh, punca saya terkena sakit mata yang merah, gatal dan bengkak ini adalah kerana saya bermandi manda di kolam mandi sebuah resort di tempat peranginan di Malaysia. Sebab itu orang tua-tua pesan, masa bergembira, beringatlah berpada-pada ya! Setiap yang berlaku ada hikmahnya, saya tetap menghargai setiap saat kegembiraan di sana yang tak dapat dijual beli! Priceless, alhamdulillah!

Best sangat bercuti di sini :)


Nampaknya ini kali kedua saya terkena sakit mata, tapi, alhamdulillah, kali ini saya dapat atasi dengan lebih cepat berbanding yang dahulu. Nak tahu apa rahsia saya?


Kalau waktu dahulu, sakit mata saya sampai tak dapat melihat cahaya, jadi penyelesaiannya berspek mata hitamlah saya! wah, nampak bergaya, tapi sebenarnya mata saya tak dapat nak bukak dengan besar sebab tak tahan silau :)



Eh, ini bukan masa saya sakit mata :)


Kalau waktu dahulu, mata saya rasa sangat berat berpasir, memang perit yang amat, kali ini alhamdulillah saya belum sampai ke peringkat mata rasa kesat berpasir.


Kalau waktu pertama kali dulu, saya rasa nak pegang biji mata pun terasa bengkaknya, kali ini memang pegang masih terasa sakit dan bengkak, tetapi alhamdulillah pada hari ketiga dah surut semuanya :)


Rahsia cara cepat menghilangkan sakit mata yang gatal, merah dan bengkak adalah :


1. Pergi berjumpa doktor dengan segera!


Kawan-kawan, tolonglah jangan takut nak berjumpa doktor. Disebabkan saya dah kali kedua terkena sakit mata ni, saya terus bertindak berjumpa doktor mata dengan segera kali ini.


Saya dapat ubat titis Maxitrol dan ointment. Ubat titis itu dititiskan 4 kali sehari dan ointment, iaitu ubat sapu disapu di sekeliling mata sebelum tidur.


Kali ini saya tidak mendapat antibiotik seperti kali pertama terkena sakit mata dahulu.



Ubat sakit merah mata saya


2. Saya titiskan susu ibu saya kepada anak saya.


Ya, anak saya Aiman dan Amni terlebih dahulu terkena sakit mata ini dan saya memang berjangkit dari mereka berdua! Jadi, saya ambil kesemua supplement ini dan menyusukan Amni sepenuhnya dan juga titiskan air susu badan ke dalam mata anak-anak. Memang ternyata kedua-dua mereka sembuh dalam masa 2 hari saja, alhamdulillah.

Untuk diri sendiri? Saya belum cuba ini, oopsss :D


3. Menjaga kebersihan


Pastikan kesemua baju, tuala dan sarung bantal yang digunakan dibersihkan seberapa segera untuk mengelakkan jangkitan berleluasa.


Basuh tangan dengan kerap dan keringkan dengan sempurna. Lap tahi mata yang berlebihan dengan kertas tisu yang boleh dibuang terus ke dalam tong sampah bertutup.


4. Jangan lupa berdoa!


Maka, bila dah sakit ni mula lah menghargai masa-masa kita sihat, kan? Bersyukurlah sebab diberikan kesakitan ini, insyaallah kita akan sentiasa ingat pada Allah yang Menyembuhkan.




Doa sakit mata


Ya Allah , Tuhan (yang memelihara) manusia, yang menghilangkan kesusahan, sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada suatu penyembuhan kecuali kesembuhanMu, sembuh yang tidak diiringi sakit juga penderitaan kecuali kesembuhanNya.
Maka Kami singkapkan daripadamu tutup yang menutupi matamu, maka penglihatanmu pada hari ini amat tajam (Surah al-Qaf : 22).
Maka kelak kamu akan melihat dan mereka pun akan melihat (Surah al-Qalam : 5)
(Ruqyah Asas Perubatan Islam oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din)

5. Saya mengurangkan rasa gatal mata dengan Alfalfa Complex dan Garlic. Garlic ni bukan sebarangan bawang putih tau, sanggup ke gigit bawang putih mentah-mentah tu? Saya ambil tablet garlic complex Shaklee yang mudah ditelan tanpa perlu dikunyah dan tahan baunya yang wangi itu :)


Tahan dengan mengunyah bawang putih asli?


Ya, perlu diketahui mengapa anda sakit mata. Kerana jangkitan bakteria? Kerana mata luka? Saya sakit mata kerana jangkitan bakteria. Jadi, untuk mengurangkan kegatalan, memang saya ambil alfalfa untuk mengurangkan gatal yang sampai rasa nak garu-garu mata dan sekeliling mata dan juga garlic yang membantu meningkatkan ketahanan terhadap bakteria.

Kalau nutriferon masih ada stok, pasti akan dirembat cepat nutriferon itu!

5. Selain itu, rahsia saya adalah, saya turut mengambil phytocol untuk meningkatkan imuniti badan dan mengurangkan rasa ketidakselesaan akibat gatal alahan ini. Phytosterol di dalam Phytocol turut membantu tau dalam meningkatkan imuniti badan!

6. Saya mengurangkan bengkak mata dengan Omega Guard.

Ya, saya ambil omega guard untuk mengurangkan bengkak di sekeliling mata saya yang sepet ini. Omega guard juga membantu meningkatkan imuniti badan dan mengurangkan alahan tau :)


Jom cuba tips amalan saya jika malu keluar rumah dengan mata bengkak merah menyala.

Gambar di atas adalah 50% penyembuhan, insyaallah lepas ni mata terang berseri pula dengan Carotomax :)


Semoga perkongsian saya ini membantu anda semua di luar sana untuk mengikuti langkah menghilangkan sakit mata yang gatal, merah dan bengkak dengan cepat.



Jika ada pertanyaan, malu sebab mata membengkak dengan teruk, terpaksa menahan gatal mata dengan lama, jangan biarkan masalah ini berlarutan terlalu lama, hubungilah saya di 016-3353567 melalui whatsapp atau sms, kerana saya memang memahami perasaan anda!


Saya yang ikhlas membantu anda,

AinulMalik
016-3353567


Friday, October 3, 2014

Cara Menggunakan Mesin Basuh dan Pengering di Dobi Layan Diri

Jumaat adakah sinonim dengan hari mendobi? Ya, saya pasti ramai yang memilih Jumaat tidak kira terutama kepada ibu-ibu yang bekerja dari rumah seperti saya :) 

Ada banyak faktor anda terpaksa menggunakan khidmat mesin basuh dan pengering pakaian di dobi layan diri :
  1. Musim hujan
  2. Minggu itu anda banyak menghabiskan masa bekerja di luar rumah 
  3. Beraktiviti di luar yang melibatkan tempoh yang panjang (bercuti, balik kampung dan sebagainya)
Alhamdulillah, ada banyak kemudahan yang menyenangkan ibu-ibu yang bekerja di rumah (WAHM : Work at home mother) untuk membantu mereka untuk menyiapkan tugasan urusan rumahtangga sama seperti surirumah sepenuh masa. Eh, surirumah sepenuh masa pun boleh menggunakan perkhidmatan dobi layan diri ini, apatah lagi wanita yang bekerja, kerana mereka lagi tiada masa untuk menguruskan rumah tangga dengan sempurna! Ya, saya faham perasaan itu kerana saya telah berada dalam kedua-dua situasi ini.

Jom, mari saya ajar mereka yang baru pertama kali nak menggunakan perkhidmatan dobi layan diri ini, langkah demi langkah, mana nak tahu kan, kadangkala rasa nervous dan gemuruh juga kan, baru pertama kali katanya!


AquaNano Dobi Layan Diri Pilihan Saya


Mengapa saya pilih AquaNano?

AquaNano yang saya Google, bukan di kawasan rumah saya
Sebenarnya jawapan saya ini agak pilih kasih (bias) kerana sebab utama adalah AquaNano adalah kedai dobi layan diri yang paling dekat dengan rumah saya, faktor kawasan sangat memainkan peranan penting kerana ia melibatkan masa :)

Kemudian, faktor kedua adalah, kedai AquaNano menyediakan sabun dan pelembut fabrik yang wangi. Best kan?


Ha, tengok la notis dia tu, dah bagitahu awal yang mereka sediakan kemudahan sabun pencuci dan pelembut pakaian :)

Yang ketiga, yang membuatkan saya suka datang ke sini adalah, di sini ada penjaga yang bersedia bantu kita bila kita ada masalah. yelah kan, perempuan, mesti takut dan ragu-ragu eh, nanti kalau mesin ni tak jalan apa jadi? Ha, dah ada penjaga, kita pun boleh buat kerja dengan senang hati :)

Penjaga kedai yang ada di sana
Baiklah, bila dah tahu kenapa saya pilih kedai ini, jom kita tengok macam mana cara kita nak guna mesin basuh dan pengering di sini.

Cara dan langkah penggunaan masin basuh dan pengering di dobi layan diri :

Pertama : Baca arahan



Kedua : Tukar duit dari wang kertas kepada wang syiling



Mesin penukar wang
Disebabkan mesin di sini hanya menerima duit syiling 50sen, jadi, anda boleh tukar wang kertas RM1, RM5 dan RM10 kepada duit 50 sen.


Ketiga : Kena tahu yang tak semstinya datang sini kena mula dengan basuhan saja, nak guna pengering saja pun boleh tau :)

Ok, kalau kita mula dengan basuhan :

Pilih suhu mana yang sesuai ya, kalau cucian ringan tu cucian sejuk, sederhana, cucian suam dan cucian berat, cucian panas.


Setkan dulu mode apa nak pakai, suhu yang mana, masukkan duit, masukkan baju, dan kunci pintu mesin tu jangan lupa ya!


Bagaiman nak tentukan suhu? Tengok rajah kedua dan pusingkan tombol yang ada, dari sejuk, suam dan panas. Dan macam mana nak mula, tekan tombol tu untuk "start".

Ok, selamat menunggu untuk 28 minit (lebih kurang). Harga : RM7 untuk cucian sejuk, RM8 untuk cucian suam dan RM9 untuk cucian panas.

Sekarang, Jom kita tengok bagaimana nak gunakan mesin pengering.

Untuk yang nak berjimat macam saya, apa kata basuh siap-siap di rumah dan bawa ke dobi layan diri baju yang ingin dikeringkan saja. Jimat banyak kan? Dan, pastikan anda masukkan baju sebanyak yang boleh ke dalam satu mesin, asalkan jangan terlalu penuh, nanti tiada ruang untuk dia berpusing semasa mengering baju.



Dua bakul baju yang telah dibasuh di rumah ini adalah tanda aras saya untuk muatan untuk dimasukkan ke dalam mesin pengering 16 kg ini. Ada ruang lagi, tapi kita biarkan ruang itu untuk mendapat pengeringan sempurna.


Cara menggunakan mesin pengering baju :


Pertama : Baca arahan dulu bagaimana nak menggunakan mesin pengering ini.



 Kedua : masukkan baju dan masukkan duit syiling ke dalam mesin ini.
Add caption


Boleh pilih 3 cara/mode sama ada anda ingin suhu sejuk, suam atau panas. Suhu panas pilihan saya, dan saya ikut jumlah wang tertera di mesin iaitu RM4 untuk cucian ini dan hasilnya sangat kering, walaupun kita boleh menambahkan masa pengeringan dengan menambahkan julah wang syiling kita.

Dan, akhirnya, kering sepenuhnya dan boleh terus dilipat untuk dimasukkan ke dalam almari baju :)

Kemudahan dan Perkhidmatan lain yang ditawarkan di AquaNano:


bakul baju
Laundry Drop Box, kreatif kan?


Inilah rupanya perkhidmatan laundry yang disediakan

Masukkan saja ke dalam kotak itu dan anda akan mendapat apa yang anda inginkan :)

Saya belum pernah menggunakan perkhidmatan ini, tetapi bagi sesiapa yang berminat boleh mencuba perkhidmatan yang disediakan oleh Dobi Layan Diri ini ya :)

Semoga perkongsian saya membantu anda yang mempunyai masalah untuk membasuh baju. Ya, entry ini ditulis ketika hujan yang sangat lebat! Semoga ia memberikan anda gambaran bagaimana untuk menggunakan kemudahan mesin di Dobi Layan Diri ini!

Kebersihan diri bermula dari rumah dan ini juga antara sebab untuk mengekalkan kebersihan persekiran dan diri agar sentiasa kita dapat menikmati kesihatan yang optima!

Semoga anda sentiasa sihat, ceria dan bahagia!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...