Showing posts with label Lecithin. Show all posts
Showing posts with label Lecithin. Show all posts

Wednesday, October 22, 2014

Rahsia Banyakkan Susu Ibu Dengan Berkesan Dari Ibu Yang Gagal Menyusu Anak Pertama

Assalamualaikum para ibu semua :)

Ramai yang mencari-cari rahsia dan tips untuk banyakkan susu ibu dengan cepat dan berkesan. Insyaallah, saya akan berkongsi segala yang saya tahu melalui pengalaman dan dan pengetahuan yang sentiasa saya timba untuk menyediakan susu badan yang secukupnya buat Amni Zahraa, anak kesayangan saya.


Ya, dulunya memang saya bekerja. Keluar rumah jam 7.30 pagi dan sampai ke rumah jam 7 malam. Saya dah melalui bermacam-macam perit dan getir dalam bidang penyusuan ini, iaitu :
  1. Aiman anak pertama reject menyusu dari saya sekitar usianya 3bulan
  2. Susu mengering dan terus terpaksa berhentikan penyusuan badan kepada Aiman
  3. Lahir anak kedua, Amni terkena kuning sehingga admit wad, saya berusaha memperbanyakkan susu ibu di awal pantang
  4. Susu badan saya mulai merudum ketika Amni 5 bulan-7bulan

Pengalaman Penyusuan Saya Gagal untuk Anak Pertama


Anak pertama, Aiman reject menyusu terus dari badan. Memandangkan ini kali pertama saya menyusukan anak, jadi, bacaaan dan ilmu online yang saya timba selama 9 bulan rupanya belum cukup membuatkan saya mahir untuk menyusukan Aiman. 

Ini maknanya, saya kurang lagi menggali ilmu. Saya kurang bertanya dengan orang-orang yang berpengalaman, saya tidak membaca buku, hanya mengharapkan sumber ilmu dari internet yang saya anggap cukup, rupa-rupanya tidak.

Setelah berpengalaman menyusukan Amni sepenuhnya, saya tahu masalah saya gagal menyusukan anak pertama sepenuhnya adalah kerana :

  1. Cara latching dan perlekapan mulut anak dengan payudara ibu adalah salah, membuatkan susu tidak mengalir dengan secukupnya
  2. Kurang direct feed bermakna kurang stimulasi
  3. Saya dah perkenalkan anak pertama dengan susu formula, jadi dia lebih selesa minum susu susu yang banyak dari botol berbanding badan
  4. Saya kurang mengepam susu semasa kerja membuatkan susu badan saya membengkak dan berkurang kerana kurangnya permintaan, iaitu supply on demand
  5. Pam susu saya bermasalah, dan saya melengahkan membaikinya membuatkan hasil pengepaman susu saya tidak banyak kerana pam rosak
Jadi, disimpulkan di sini bahawa kegagalan penyusuan badan kepada anak pertama berpunca dari sikap ibu sendiri, ya, saya tahu ini salah saya dan saya cuba memperbaiki kesalahan saya untuk anak kedua.

Prinsip Penyusuan Badan yang Perlu Difahami untuk Menjayakan Penyusuan Badan


Ibu perlu faham bahawa kita tidak boleh bergantung kepada supplement saja semata-mata tanpa mengamalkan prinsip asas penyusuan dan mengaplikasikan teknik teknik ini dengan ilmu.


Prinsip asas penyusuan :



  1. Banyakkan direct feeding dan stimulasi untuk menghantar isyarat kepada badan menghasilkan lebih banyak susu, kerana kilang susu kita demand on supply
  2. Banyakkan minim air kosong, lebih dari 3 liter. Banyaknya! Malaslah! Kenapa kena minum sebanyak tu? sebab kita menggunakan air untuk proses dalaman badan kita dan untuk menampung penghasilan susu kepada anak selama 24 jam! Jadi? fikir-fikirkan :)
  3. Banyakkan berdoa, kurang berdoa bermakna kita hanya redha dan tidak bersungguh mahukan susu dihasilkan dari badan sebagai rezeki tidak terhingga dari Allah.
Jadi, jika anda ibu yang betul-betul mahu berikan yang terbaik buat anak anda, anda akan rela menyediakan fizikal dan mental untuk menghasilkan susu sebanyak mungkin! Siapa yang tak mahu anaknya montel dan gebu kan?


Kenapa saya kecewa tidak dapat menyusukan anak sepenuhnya?


Dahlah dalam susu badan kita tu ada khasiat antibodi yang tiada dalam susu formula, mana nak cari susu formula yang dapat tandingi susu badan kita?

Perbandingan formula milk dan breatmilk ihsan Google

Wah, menangis saya tengok carta ini! Bayarla duit ribuan ringgit untuk beli susu formula memang tak dapat tandingi kenikmatan dan kehebatan susu ibu ini!

Dalam susu formula ada ramuan kasih sayang?

Masyaallah, ini satu lagi yang boleh buatkan saya menangis. Alhamdulillah, untuk Amni Zahraa, saya dapat berzikir Ya Matin (Zikir penambah susu), Ya Wahab (Zikir tambah rezki) Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir (Zikir erat kasih sayang), Ya Rahman Ya Rahim (Kasih sayang) Ya Hakim (untuk kebijaksanaan) dan banyak lagi sepanjang menyusukan Amni dan juga sepanjang mengepam susu untuknya.

Memang sangat terharu, kan? Sebab implikasinya adalah kita menyalurkan susu terhebat dunia dengan zikir-zikir yang lahir dari ibunya sendiri, semoga bertambah-tambah berkat susu untuk anak kita tu nanti.

Saya ada kongsikan doa untuk memperbanyakkan susu di entry ini, sila klik ya.


Tegap dan montel anak susuan ibu mama ni, Amni Zahraa


Milk Booster penambah lagi hasil susuan saya


Selain itu, saya memang mengaku, memang saya menggunakan supplement untuk menambahkan lagi pengeluaran susu saya. Saya mengamalkan makan ESP, alfalfa, lecithin dan ostematrix sebagai supplement yang utama, dan B compleks, Vitamin C dan Vitalea sebagai booster menambahkan nutrisi terbaik buat anak saya.


  1. ESP : Sumber protein yang lengkap untuk menghasilkan susu di dalam badan dan memekatkan susu
  2. Alfalfa : Milk booster
  3. Ostematrix : Sumber kalsium yang penting untuk memperbanyakkan susu
  4. Lecithin : Melancarkan pengaliran susu yang bertukar jadi lemak jika susu tidak dihisap oleh anak
  5. B kompleks : Sumber untuk nutrisi kualiti susu, penting untuk saraf ibu dan anak dan penghilang stress ibu
  6. Vitamin C : Imun booster ibu dan bayi
  7. Vitalea : Nutrisi yang paling lengkap untuk kesihatan optima ibu dan bayi


Dan sememangnya kesemua ini adalah produk Shaklee, vitamin semulajadi yang telah menjalani kajian berpuluh tahun dan diiktiraf oleh Saintis seluruh dunia tentang keberkesanan dan isu selamatnya vitamin ini untuk sel badan kita dan anak kita.


Pengalaman yang indah ini pastinya saya akan kongsikan kepada ibu-ibu yang memerlukan.


Syukur, rezeki selepas BANGKIT dari kegagalan

Jika perlukan konsultasi dari saya, bolehlah hubungi saya di 016-3353567, kita berbual dari hati ke hati dengan whatsapp kerana saya memang faham jerih perih ibu yang gagal menyusu kerana saya pernah gagal kali pertama dengan anak pertama saya! Sangat pedih, ok!

Saya juga banyak berhubung dengan pakar laktasi untuk membantu menyelesaikan masalah saya. 

Untuk mengubat duka lara anda, jom saya kongsikan satu video yang memberikan inspirasi dari Peer Lactation terkenal, Dilla Jalil rakan saya dari Ipoh Perak ini. Best video ni :) 

Beliau adalah salah seorang yang saya banyak berkongsi suka duka perjalanan penyusuan saya, dan kali ini saya pula ingin menyalurkan manfaat buat anda semua!


Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.


Insyaallah, saya akan berkongsi dengan para ibu di luar sana cara mengatasi stress sepanjang penyusuan yang penuh cabaran ini dalam entry seterusnya!

Tungguuuuuu!

Semoga sharing saya memberi semangat dan inspirasi buat ibu-ibu yang hampir berputus asa di luar sana untuk berjuang menyusukan anak selama mana yang mungkin! Insyaallah, demi membesarkan anak kurniaan Allah nikmat yang tidak terhingga!


Anak-anak syurga saya
Anak adalah permata syurga dari Allah. Maafkan Mama, Aiman, mama tak bermaksud nak menghentikan penyusuan lengkap mama kepada Aiman dulu. Terima kasih kerana kehadiran Aiman banyak mengajar mama menjadi seorang ibu yang terbaik. Terima kasih ya Allah kerana dengan ilmu Mu ini dapat ku berikan yang terbaik buat Amni Zahraa. Tiada bezanya kedua-dua anak ku ini, mereka adalah yang terbaik buat saya selama-lamanya!

Terima kasih ya Allah mengurniakan saya permata syurga ini! Akan ku penuhi tanggungjawabku sebagai ibu sebaik-baiknya sementara masih ada usia. 

Mama sayang kalian berdua tiada taranya!

* Insyaallah, tidak lama lagi ebook penyusuan saya akan keluar, boleh tinggalkan no whatsapp anda di ruang komen untuk saya maklumkan kehadirannya nanti. Semoga ia bermanfaat buat ibu-ibu yang melalui breastfeeding journey yang penuh pancaroba!

Ikhlas membantu dari hati ;

Ainul Malik
016-3353567

Wednesday, March 26, 2014

Tips Banyakkan Susu : Milk Booster Cepat dan Mudah Disediakan Khas untuk Wanita Berkerja

Penyediaan Milk Booster yang ringkas, mudah dan cepat bagi anda ibu-ibu yang sibuk dan mengejar masa?



Saya kongsikan di sini tips dan senarai milk booster yang cepat yang pernah saya cuba sebelum ini :)

1) Sup Lobak Putih

Milk Booster, banyakkan susu, lobak putih
Sup Lobak Putih Milk Booster Mudah dan Sedap

Senang dan mudah nak sediakan sup ni.. saye suka tumis dengan bawang dulu, lepas tu saya akan masukkan lobak puth ni sebelum masukkan air ;) yang sup di atas saya tumis dengan minyak zaitun, campur bahan lain untuk sedapkan lagi sup lobak putih ni, contohnya dim sum, lobak masin dan suhun. Yang lain-lain ikutlah selera dan stok yang ada di rumah, mudah dan cepat bukan? Yang penting sedap :)


2) Sup Ayam

Ihsan Google dari http://leematsunaga.files.wordpress.com/2012/12/sup-ayam.jpg
Ini milk booster saya sendiri, sup ayam yang ada herba2 rempah ratus di dalam nya, so secara khususnya yang menjadi milk booster saya adalah sup ayam Utara. Sebab ada macam-macam jenis respi sup ayam kan, yang ada sup bunjut tu, boleh membantu saya membanyakkan susu. Anda bagaimana?


3) Ulam ulaman : Jantung pisang & pegaga

Khasiat pegaga ihsan Google dari http://panduanpercuma.info/wp-content/uploads/2010/03/khasiatpegaga.jpg

Ulam jantung pisang ihsan Google dari http://rasa.karangkraf.com/panduan/petua-dapur/jantung-pisang-tidak-hitam-1.59108

Ini memang ulam favorite saya! Betul tak geng makan tengahari? Bila kita bekerja, kita akan ada masa makan tengahari bersama kawan-kawan seofis, jadi jadikan hidangan ulam-ulaman seperti jantung pisang dan pegaga sebagai menu wajib bila anda makan di luar. Sihat bukan, makan sayur-sayuran tanpa perlu ditumis dengan minyak? Pegaga dan jantung pisang bukan saja milk booster terbaik, tetapi memang sedap menjadi pembuka selera hidangan tengahari bila makan bersama sambal belacan. yummy!



4) Air ESP + Low Fat Milk + Kurma + Badam

Resepi ESP sedap


Resepi minuman dengan ESP ni memang menjadi milk booster terbaik dan sedap bagi saya. Minum sejuk-sejuk, anda akan rasa kenikmatannya! Dah cuba resepi ESP ini? Campurkan sekali kurma yang direndam lama di dalam susu segar/ low fat milk dan blend semuanya.. malas nak blend sebab tak cukup masa? boleh saja.. kadang-kadang nak jimat masa, saya minum aje resepi ni tanpa blendkan kurma tadi, ia akan jadi lembut bila dah direndam lama. Badam tu tumbuk atau tabur dengan badam masakan yg dipotong kecil-kecil pun boleh. ikut kreativiti sendiri :)

Tak sempat nak minum air ESP kosong pun sedap! Cuma shake dan campurkan air, terus minum!

Boleh cuba untuk hasil yang lebih optima, iaitu set Mighty 3 Gem (klik link ini)

Oh, nak yang lebih cepat tanpa perlu penyediaan apa-apa? Ada-ada saya memang sangat suka makan milk booster yang mudah dan cepat ni!


5) Air Horlicks

Horlicks milk booster
Horlicks yang sedap ihsan Google

Ho-ho-ho Horlicks! Yes, setelah dicuba-cuba, Horlicks panas adalah milk booster saya yang lebih cepat berbanding air milo. Kalau dapat, minu untuk sarapan, kalau tak sempat minum horlicks panas semasa makan tengahari atau waktu petang pun boleh juga. Anda dah cuba?


6) Kurma

banyak susu, breastfeeding tips
Kurma sebagai mlik booster

Jadikan kurma sebagai stok kecemasan di mana-mana anda berada. Letak dalam laci di ofis dan juga sediakan stok kurma di dalam peti ais di rumah anda. Saya juga bawak kurma di dalam beg saya sebab bila drive pun sempat lagi nak makan kurma ni kan, ia adalah milk booster terbaik dan mudah dibawa ke mana-mana :) sebab tu mungkin Amni pun minat makan kurma ni, mesti rasa susu dia perisa kurma :)


7) Set Menyusu Budget Shaklee



Set ini terdiri dari ostematrix, Alfalfa dan lecithin. Perlu makan ketiga-tiga ini? Tak dapat makan ketiga-tiga, utamakan ostematrix mahupun Alfalfa. Kenapa?

Ostematrix : Pembekalan sumber Kalsium tinggi, jadi ia merangsang penghasilan susu di dalam badan

Alfalfa : Milk booster yang diamalkan sejak zaman dahulu lagi, jika kena pada gayanya, susu anda akan melimpah ruah, insyaallah.

Lecithin : Pemecah lemak, jadi ia akan membuatkan saluran susu anda lancar. Sangat penting bila terkena bengkak susu.

Jadi, supplement ini, telan saja! Mudah bukan?


Ini, antara amalan saya, dan walaupun sekarang status saya telah bertukar dari berkerjaya kepada WAHM, yang nyata, bekerja jugak bukan? Lagi perlukan masa yang berkualiti untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang dirancang. Saya amalkan tips-tips di atas sehingga sekarang, alhamdulillah berkesan.



Tips Berjaya di dalam Penyusuan


Untuk berjaya di dalam penyusuan susu ibu ini, beberapa prinsip asas harus dipegang dan dijadikan disiplin setiap hari untuk diikuti.

1) Kerapkan direct feeding
Menyusu secara terus adalah stimulation terbaik. Jika tidak dapat direct feeding, disiplinkan diri untuk mengepam susu setiap 2 atau tiga jam sehari sepanjang waktu bekerja. Pastikan anda benar-benar mengosongkan Breast selepas mengepam, boleh dilakukan selama 20 -30 minit bergantung kepada badan masing-masing.

2) Banyakkan minum air kosong
Minumlah air yang banyak, kerana jika orang biasa perlu minum 1 liter air untuk 20kg badannya, cuba kira dengan berat anda, berapa liter air yang perlu diminum sehari? ditambah dengan fokus untuk mengumpul stok susu atau menyusukan secara terus, pasti anda perlu banyak minum air masak. kalau minum air panas kosong lagi best :)

3) Banyakkan berdoa
Bukan senang sebenarnya nak menjayakan penyusuan ini. Banyakkan berdoa agar susu semakin bertambah dan murah rezeki anak setiap hari.

Saya memang pernah mengalami kemeruduman susu pada suatu masa dulu, memang sangat sedih. Sehari saya hanya dapat kumpul 4 oz untuk 4 kali pengepaman. Siapa yang tidak sedih untuk susu sebanyak itu saja diberikan pada anaknya hari yang sama?

Tapi, kita positifkan hati, yakin berdoa. Ini antara yang saya amalkan :



1) Surah al-kauthar


2) Surah al-Baqarah, ayat 60


3) Surah al-hujurat


4) Zikir ya Matin



* semua gambar2 surah dan ayat al-quran ini saya Google ya, teruima kasih kepada semua penyumbang!


4) Jaga emosi : Hindari tekanan/stress dan dekatkan diri dengan cas-cas positif supaya anda sentiasa gembira. lebih gembira anda, lebih banyak susu dapat dihasilkan!




Semoga entry saya membantu anda, para wanita berkerjaya yang mencari-cari tips untuk menambahkan susu badan dengan pengambilan milk booster yang mudah dan cepat. Respons badan adalah berbeza bagi setiap individu, saya hanya kongsikan pengalaman saya, anda boleh cuba jaya setiap satu tips milk booster ini untuk melihat mana satu yang berkesan buat anda!

Semoga berjaya!

Untuk si manja, segala-galanya sanggup ku korbankan, tak gitu wahai ibu-ibu penyayang? :)


Salam kasih sayang,

Ainul Malik
HP 013-3536718
WA 016-3353567
Fbpage : Sihat.Ceria.Bahagia

Thursday, March 6, 2014

Tips Berpantang dengan Sihat dan Amalan Berpantang Akibat Ceaserean / Pembedahan

Berpantang Secara Sihat dengan Set Berpantang Terbaik yang Pernah Saya Amalkan

Ya, memang vote untuk Shaklee. Sebabnya? Saya dah ada 2 anak yang kedua-duanya menjalani pembedahan ataupun ceaserean section / c-sect. Disebabkan anak adalah rezeki, saya redha :) Alhamdulillah!

Anak yang pertama, saya belum kenal Shaklee lagi. Bagi anak kedua, saya telah mula consume Shaklee dari sebelum pregnant sehinggalah sepanjang hamil, berpantang dan menyusukannya sepenuhnya.

Pendapat saya mengenai set bersalin/berpantang Shaklee :

  1. Mudah, simple dan menyenangkan.
  2. Saya kuat untuk bangun jika dibandingkan antara kedua-dua pembedahan
  3. Luka pembedahan cepat sembuh
  4. Bertenaga
  5. Ransangan untuk menyusukan saya mula awal untuk yang kedua, jadi supplement menambahkan lagi hasil penyusuan untuk minggu pertama kelahiran
  6. Emosi ceria dan sentiasa bertenang
  7. Menjimatkan kos kerana supplement yang saya makan dari hamil boleh disambung semasa berpantang, juga boleh disambung sehingga menyusukan anak
  8. Dapat mengumpul stok yang banyak semasa berpantang dan berlanjutan sehingga ke setahun.
  9. Bentuk badan dapat dikekalkan sama sebelum mengandungkan anak pertama
  10. Tiada stretch mark di perut, semuanya pudar :)
set bersalin, set berpantang, pembedahan, ceaser
Kenangan berpantang hari ketujuh :)


Amalan Berpantang Saya yang menjalani Pembedahan


Alhamdulillah, semua ini adalah kesan positif dari pengambilan set berpantang ini secara berterusan. Namun begitu, saya tetap tidak meninggalkan untuk berurut pada seluruh bahagian badan kecuali perut dan memakai minyak pada perut dan kaki, juga berstokin. 

Ya, saya suka berurut dan saya melanjutkan untuk berurut setiap 3/4 bulan sekali sepanjang setahun selepas melahirkan anak kedua ini. Ia sangat membantu mengendurkan urat-urat yang tegang dan juga melancarkan proses penyusuan ibu kepada anak saya.

Yang paling penting, jaga pemakanan supaya tidak mengambil makanan yang berangin mahupun sejuk. Saya juga berpantang dari memakan udang, sotong mahupun kerang-kerangan. Saya ambil protein seperti ayam kampung, daging dan ikan yang tidak gatal sejak minggu pertama berpantang. Saya sukakan ulam ulaman, terutamanya ulam pegaga dan ulam raja, tidak lupa daun mengkudu yang beraroma itu hihi. Teringat pula nasik lemuni, oh sedapnya!

Oh ya, saya makan dengan banyaknya dengan menu makanan sihat. Nasi putih adalah wajib setiap hari. No diet2 ok sebab kita nak sihat, sembuhkan luka dan menghasilkan susu yang banyak buat bayi kita, jadi makan untuk kepentingan anak, insyaallah memang tak gemuk saya tetap maintain seperti biasa :) BEST!

Selebihnya saya ambil buah-buahan kecuali jambu batu yang saya pantang sehingga sekarang ini, anak saya dah setahun lebih sekarang ;) Takpe, khasiat vitamin C saya boleh dapatkan dari buah oren, kiwi mahupun Sustained Release Vitamin C Shaklee yang saya pasti keaslian askorbik asid nya dan ada tambahan bioflavonoid pula!

Walaupun saya cser, tapi pada minggu kedua, saya tetap memakai bengkung secara longgar untuk memastikan perut yang menggeleber ini tidak menutup jahitan, dan saya rasa petua ini sangat bagus diamalkan kerana jika dibiarkan, kulit yang sentiasa basah akibat peluh akan melambatkan lagi proses pembaikan luka dan bertambah pula satu lagi masalah iaitu ruam.

Terakhir yang ingin saya tekankan adalah pengambilan air suam kosong. Saya suka minum air suam panas sebab badan saya akan segera bertindak mengeluarkan angin! best kan, tak percaya, cubalah! Saya akan pastikan saya minum sedikit2 tetapi jumlah akhir untuk sehari adalah 3 liter untuk membantu penyembuhan sel badan, untuk penghasilan susu dan proses pembuangan lancar :) Air juga adalah ajen pembakar lemak tau, jangan main2 dengan air kosong ya :)



Set Berpantang Terbaik Pilihan Saya




1) Multivitamin/Vitalea yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang membantu sel-sel saya untuk pulih dan juga melengkapkan nutrisi pemakanan saya akibat dari berpantang.



2) Sustained release Vitamin C yang membekalkan saya Vitamin C 500 mg yang bertahan selama 5 jam di dalam badan. Sangat penting untuk luka pembedahan saya ini cepat sembuh


3) B kompleks yang penting juga untuk penyembuhan luka, memberi tenaga kepada saya untuk kuat, meredakan stress sepanjang berpantang dan nutrisi ini dapat membantu menghasilkan susu ibu buat si manja saya


4) Zink kompleks yang sangat membantu dalam penyembuhan luka dan imuniti badan. Membantu stimulasi aktiviti enzim dalam badan saya.


5) ESP yang berprotein tinggi membantu penyembuhan luka, memberi tenaga berpanjangan dan untuk susu saya lebih meriah! Saya minum ESP sejak mengandung dan ESP adalah supplement yang pertama saya minum selepas sedar dari pembedahan. Ia membantu saya untuk mengepam susu sepanjang malam anak saya ditahan di wad disebabkan kuning. Alhamdulillah, saya dapat direct feed dan berikan susu pam kepada anak dan membolehkan bacaan kuningnya yang setinggi 200 lebih turun ke 100 dan syukur, kami dibenarkan keluar dari wad keesokan harinya. Tips kuning : berikan sebanyak yang mungkin susu anda kepada bayi yang kuning supaya dia dapat minum dengan banyaknya.


6) Ostematrix; Supplement tambahan yang saya ambil untuk set barpantang saya demi memastikan saya tidak mengalami kekejangan, mengendurkan otot yang tegang, untuk mengurangkan sakit2 belakang badan dan lenguh2 badan juga untuk mendapatkan nutrisi kalsium untuk susu saya demi untuk menyalurkannya kepada bayi saya.


7) Lecithin; juga supplement tambahan yang saya ambil bermula dari minggu kedua berpantang yang membantu saya membakar lemak berlebihan untuk kembali kurus seperti sebelum mengandung, melancarkan pengaliran susu keluar dari duktus susu dan membantu menajamkan ingatan saya, yelah kan, dah kata urat dah banyak putus, selalu ibu2 berpantang alami sindrom pelupa bukan? 

Ya, ini semua adalah supplement yang saya amalkan sepanjang berpantang, dan alhamdulillah, saya kelihatan cergas dan ceria dan boleh menguruskan anak yang pertama kerana dia sangat manja pada masa itu :)

Anak Syurga saya dan suami, alhamdulillah

Alhamdulillah, saya rasa sangat puas kerana kali ini saya berjaya menyusukan anak kedua saya secara penuh dan ianya adalah satu kejayaan dalam hidup saya yang dikenang sampai bila-bila :)

Best kan berpantang? Sebab tempoh ini adalah tempoh bonding dan bermesra-mesraan dengan anak yang baru dilahirkan;) Apa pula cerita anda?






Friday, January 11, 2013

LANGSING SIHAT CARA SELAMAT

Salam ceria buat semua :)

PILIHLAH LANGSING SECARA SIHAT DAN SELAMAT sebagai azam tahun baru 2013!

Masih blm terlambat untk mencuba untuk menurunkan berat badan dengan SIHAT dan SELAMAT. Dengan tindakan 1,2,3 anda pasti akan TERSENYUM LEBAR dgn hasilnya :D

1. HERBLAX : MENYINGKIRKAN TOKSIN DAN DETOX
2. LECITHIN : MEMBAKAR LEMAK DI DALAM BADAN
3. ALFALFA : MENYINGKIRKAN LEMAK YG TERBAKAR KELUAR DARI BADAN.

Dengan semangat, usaha, doa dan tawakkal, anda akan dapat lihat hasilnya nanti :) Mesin penimbang pasti menjadi rakan baik anda yg menyokong perkembangan usaha menurunkan berat badan ini.


Dapatkan TIPS DAN KONSULTASI PENUH SERTA EKSKLUSIF dari:
Sihat.Ceria.Bahagia


Satu lagi berita gembira!


Anda berpeluang menyertai Cabaran Langsing Cara Sihat 2013 yang menawarkan GANJARAN MELEBIHI RM3700!! Dapatkan syarat2 penyertaan dan hadiah yang menanti di page Sihat.Ceria.Bahagia. RUJUK DI BAHAGIAN NOTES ya!


HADIAH UNTUK CLCS2013

1 x HADIAH UTAMA :
RM1270
Voucher Kenkoushoku bernilai RM300 + COACH Wristlet bernilai RM350
Voucher Sihat.Ceria.Bahagia bernilai RM200
Voucher Sweetbonda bernilai RM100
Wang Tunai sebanyak RM200 dari Salwa.Shaklee.E.Shoppe & MommyIzzatie
Victoria Secret Body Mist bernilai RM70 dari Naturalvitamin4u
Bag Jenama ELLE bernilai RM50 dari Mommatwinzshoppe

1 x HADIAH PERTAMA :
RM750
Voucher Kenkoushoku bernilai RM200 + COACH Wristlet bernilai RM350
Voucher Myhabibysuperb bernilai RM200

2 x HADIAH KE-2 :
RM400  
  • Voucher Kenkoushoku bernilai RM200 + Voucher Jagabadan bernilai RM100 + Perfume Avon bernilai RM100 dari Jagabadan
  • Hamper Body Shop bernilai RM150 dari Kedai TripleS + Voucher Rm100 dari Mom 2 Moms + Voucher RM100 dari WeLoveSusuIbu + Voucher Tokeybendahara bernilai RM50

2 x HADIAH KE-3 :
RM299  
  • Voucher Kenkoushoku bernilai RM100 + Periuk Amberline saiz 2L bernilai RM169 + Voucher Mama Hebat bernilai RM30
  • Periuk Amberline saiz L bernilai RM129 + Avon Eau de Parfum Spray bernilai RM120 dari OLINE-SHOP + Voucher Cantik bernilai RM50

8 HADIAH SAGUHATI :
2 x Set Penjagaan R Series Cosway
1 x Voucher Tokeybendahara bernilai RM50
1 x Voucher diaryofmuhammad.com bernilai RM50
2 x Voucher Cantik bernilai RM50
2 x Voucher Mama Hebat bernilai RM30


Hadiah disponsor oleh:




JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI!!

Friday, August 3, 2012

TESTIMONIAL PENURUNAN BERAT BADAN DENGAN SHAKLEE

Salam bahagia buat semua

Bagaimana dengan puasa anda? Puasa bukan sahaja menahan diri dari lapar dan dahaga, tapi turut berpuasa pancaindera dari melihat, mendengar, barkata-kata dan melakukan perkara yang buruk dan tidak mendatangkan faedah. Selain itu, kita juga dapat merehatkan organ2 badan yang berkaitan dengan proses PENGHADAMAN kerana selama berbulan-bulan telah bekerja tanpa henti, tak kira masa kecuali waktu tidur :)

Kepentingan Puasa


Banyak sebenarnya fadhilat-fadhilat puasa ini, secara taklangsung, puasa juga dapat membantu kita dalam menurunkan berat badan, menjaga tahap gula di dalam darah, dan mencegah kolesterol yang tinggi secara berpanjangan dengan syarat kita berpada-pada semasa makan juadah berbuka dan bersahur. Jangan pula kita qadha makanan yg sepatutnya diambil 3kali sehari sepanjang waktu malam di bulan Ramadhan ye ;)

Testimonial Pengamal Supplement Shaklee


Saya sangat2 gembira dengan perubahan berat badan KAK LAILA, yang telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 8.8kg dari Disember 2011 sehingga Mei 2012, dan saya akan update dengan Kak Laila lagi dengan perubahan berat badannya pada bulan puasa ini kerana dia masih lagi mengamalkan produk Shaklee secara KONSISTEN. Alhamdulillah!

Gambar ni saya ambil dari blog Kak Laila :)

Jadi, Kak Laila dah share dalam blog die di sini pengambilan produk dari Disember 2011 sampai ke Mei 2012. boleh rujuk pada link yang saya sediakan ini.


Disember 2011 : Turun 2 kg (BASIC: LECITHIN, ALFALFA, HERBLAX & VITALEA)

Januari 2012 : Turun 2 kg (BASIC: LECITHIN, ALFALFA, HERBLAX & VITALEA)

Febuari 2012 : Turun 1 kg (BASIC: LECITHIN, ALFALFA, HERBLAX & VITALEA)

Mac 2012 : Turun 1 kg (PREMIUM : BASIC + OMEGA)


April 2012 : Turun 1 kg (PREMIUM : BASIC + CINCH/ESP)

May 2012 : Turun 1.8 kg (PREMIUM : BASIC + CINCH/ESP + VIVIX)



Dan Kak Laila yang baik hati ni turut berkongsi TIPS2 cara die menurunkan berta badan. Dia mengamalkan diet mengikut jenis darah, insyaallah akan saya kongsikan di entry yang seterusnya :) Kita baca dulu tips yang Kak Laila senaraikan, dan pesan dia, DISIPLIN perlu ada :)

Tips ni sebenarnya perkara biasa je, tapi kadang2 ada org terlupa...
1. Kurangkan pengambilan makanan berat utk dinner.
2. Wajib ambil sarapan.
3. Ambil sayuran/buah2an dalam kuantiti yang banyak.
4. Banyakkan minum air.
5. Senaman at least 3-4kali seminggu. (Saya tak konsisten yang ni, 2 bulan pertama langsung takde senaman, tp still boleh turun berat dengan 2kg sebulan)
6. Kurangkan FAST FOOD. Kalau boleh jangan langsung!
7. Kurangkan makan di luar sbb kita tak tahu penggunaan minyak dan bahan2nya macammana. Seelok2nya masak sendiri ye.
8. Kurangkan pengambilan gula. (Saya langsung tak ambil gula untuk minuman, milo tanpa gula, teh-energy tea mix, kuih tradisional atau kek saya kurangkan, kalau masak pun saya hanya letakkan sedikitttttttttttttttt sahaja gula)



Terima kasih banyak2 Kak Laila, berkongsi pengalaman ini. boleh singgah baca sendiri kisah pengalamannya di blog Kak Laila. dan dengar kata, Kak Laila berjaya menurunkan sebanyak 11kg sehingga sekarang! wow! masih ada penurunan kan? TAHNIAH akak! Alhamdulillah, dengan izin Allah semuanya :)

Kepentingan Supplement dalam SET KURUS Shaklee


  1. Detox : HERBLAX : Menyingkirkan toksin dan lemak degil secara berkala. Membantu mengaktifkan usus dan mengelakkan sembelit.
  2. Pembakaran Lemak : Lecithin (membakar lemak, menukarkan lemak kepada cecair dan memecahkan kolesterol) & Omega (Omega-3 membantu pembakaran lemak dan juga menurunkan paras kolesterol)
  3. Fiber : Alfalfa & CINCH (Fiber membantu proses menyingkirkan lemak keluar dari badan)
  4. Protein : ESP (bagi ibu yang menyusukan), CINCH (amino asid membantu menurunkan paras gula dalam darah, dan membantu tubuh memelihara otot dalam masa pembakaran lemak-makin BESAR otot, makin BANYAK kalori boleh dibakar)
  5. Antioksidan : VIVIX (membantu memelihara sel, dan membantu meningkatkan metabolisma badan dan membantu menurunkan berat badan)

Bagi yang berminat mendapatkan konsultasi produk dari saya, jangan segan2 bertanya kepada saya dengan emel ke ainzm@yahoo.com. Oh ya, saya ada menyediakan PENGHARGAAN KEPADA PELANGGAN SAYA SEPANJANG BULAN RAMADHAN sehingga SYAWAL ini, dapatkan penghargaan anda ya! Selamat mencuba!


Hubungi saya untuk konsultasi pengambilan supplement semulajadi ini daripada saya, Ainul Malik melalui ainzm@yahoo.com/ 
0133536718/ 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
Salam sayang,
Mama Aiman

Tuesday, July 24, 2012

Tips Turunkan Berat Badan dengan CARA yang BETUL

Salam bahagia semua..

Hari ni, saya nak berkongsi dengan semua cara-cara menurunkan berat dengan betul. Tambah-tambah sekarang ni bulan Ramadhan, sebenarnya adalah lebih bahaya kerana, jika kita tidak mengawal nafsu semasa membeli atau menyediakan juadah berbuka, kesan pemilihan makanan yg kita makan itu akan mempengaruhi berat badan kita.. Jangan ikutkan nafsu, pilih diet seimbang berdasarkan piramid makanan ye :)

Saya nak share artikel menarik dari VitaminSemulajadi mengenai cara menurunkan berat badan dengan betul.


Nak kurus, turunkan berat badan… simple saja sebenarnya. Bukan roket sains. 
Konsepnya –> bakar kalori setimpal dengan yang diambil. Tapi.. bagaimana caranya?

Look.. biasa tak kita dengar, atau alami sendiri situasi semacam ni:
Eton cuba menurunkan berat badan dengan mengamalkan ‘diet’. Dia mengawal semua jumlah kalori yang diambil, melakukan senaman untuk mengurangkan berat badan. Akan tetapi, musim kenduri amat menakutkan Eton, kerana dia boleh naik berat badan dengan begitu drastik selepas makan kenduri.
Penat kan macam tu. Makan banyak sikit, berat naik.
Hmm.. mari kita tengok kenapa kebanyakan cara nak kurus dengan ‘diet’ tak berjaya.

  • Kebanyakan orang yang mengamalkan diet mengalami kekurangan nutrisi. Bila kita ‘cut’ makanan kita, kita akan mengalami kekurangan nutrien dan kalori. Memang betul bila kita kurang kalori, badan secara semulajadi akan menggunakan lemak. Tapi sebenarnya ia melibatkan kitaran hormon semulajadi tubuh sebab kita kekurangan nutrien juga. Jadinya, tak elok pun kecuali kalau memang tak ada makanan.
  • Diet kadangkala boleh mengganggu kehidupan sosial kita. Misalnya, serba salah nak join majlis kawan-kawan sebab takut ganggu program diet.
  • Berdiet sehingga memperlahankan metabolisma boleh mendatangkan “kesan yo-yo”

Apakah kesan Yo-Yo?

Kesan Yo-Yo atau Yo-Yo effect terjadi bila kita mengamalkan diet ketat, kerana bila badan kita kurang kalori, ia akan menggunakan lemak dan tisu otot sebagai bahan api. Nitrogen dibebaskan bila berlaku tindakbalas dari tisu otot, dan ia dibersihkan dan dikeluarkan dari tubuh sebagai air kencing. Makin banyak penggunaan tisu otot, makin banyak nitrogen terhasil dan makin banyaklah air perlu dikeluarkan. 

Keadaan ini boleh menyebbkan berat badan kita menurun oleh sebab pengeluaran air tadi.
Sebenarnya, berat kita masih tak ke mana-mana!

Bila badan kurang kalori, lemak dah habis dan mula guna tisu otot, sebenarnya ia melemahkan lagi fungsi tubuh kita untuk membakar kalori. Ini sebabnya, kalori dibakar oleh otot-otot. Makin besar otot, makin banyak kalori boleh dibakar. Kalau perasan, seorang ahli bina badan perlu makan banyak dan tinggi kalori, untuk memelihara ototnya.
Kita kena jaga otot kita, sebab.. kalau tisu otot kurang, maka kuranglah kalori yang dibakar. Mungkin akan bertambah gemuk :(

Jadi, bagaimana cara nak kurus dengan betul?

Persamaan cara turunkan berat badan yang betul:

Pelihara otot + bakar lemak ——————-> turun berat.


Jadi, cara menurunkan berat badan yang terbaik ialah dengan PROTEIN. Hah, kenapa protein?

  • Peningkatan asid amino (leucine) membantu menurunkan kadar gula dalam darah
  • Protein membina sel-sel otot untuk pembakaran kalori
  • Asid amino membantu dalam sintesis protein oleh otot
  • Membantu tubuh untuk memeliharan jisim otot, pada masa yang sama membakar lemak
shaklee weight management

Produk Shaklee untuk tujuan ini yang boleh diambil ialah CINCH SHAKE MIX dan/atau ENERGIZING SOY PROTEIN.

Ibu yang menyusukan anak tidak dinasihatkan ambil Cinch Shake Mix kerana ia kurang kalori. Ibu menyusu memerlukan kalori untuk tujuan penyusuan. Jadi ibu menyusu boleh ambil Energizing Soy Protein.

Selain dari protein, Program Kurus Sihat Cara Selamat juga dapat membantu anda mendapat berat badan IDEAL yang diidamkan. Ini adalah cadangan daripada Sihat.Ceria.Bahagia, anda boleh menambahkan supplement tambahan ini ke dalam senarai supplement yang membantu anda untuk Kurus secara Sihat dan Selamat.

Set Kurus 1

Set Kurus 2

Omega Guard

Testimonial Pengguna Shaklee


Hubungi saya untuk konsultasi pengambilan supplement semulajadi ini daripada saya, Ainul Malik melalui ainzm@yahoo.com/ 
0133536718/ 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
Salam sayang,
Mama Aiman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...