Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

Wednesday, October 22, 2014

Rahsia Banyakkan Susu Ibu Dengan Berkesan Dari Ibu Yang Gagal Menyusu Anak Pertama

Assalamualaikum para ibu semua :)

Ramai yang mencari-cari rahsia dan tips untuk banyakkan susu ibu dengan cepat dan berkesan. Insyaallah, saya akan berkongsi segala yang saya tahu melalui pengalaman dan dan pengetahuan yang sentiasa saya timba untuk menyediakan susu badan yang secukupnya buat Amni Zahraa, anak kesayangan saya.


Ya, dulunya memang saya bekerja. Keluar rumah jam 7.30 pagi dan sampai ke rumah jam 7 malam. Saya dah melalui bermacam-macam perit dan getir dalam bidang penyusuan ini, iaitu :
  1. Aiman anak pertama reject menyusu dari saya sekitar usianya 3bulan
  2. Susu mengering dan terus terpaksa berhentikan penyusuan badan kepada Aiman
  3. Lahir anak kedua, Amni terkena kuning sehingga admit wad, saya berusaha memperbanyakkan susu ibu di awal pantang
  4. Susu badan saya mulai merudum ketika Amni 5 bulan-7bulan

Pengalaman Penyusuan Saya Gagal untuk Anak Pertama


Anak pertama, Aiman reject menyusu terus dari badan. Memandangkan ini kali pertama saya menyusukan anak, jadi, bacaaan dan ilmu online yang saya timba selama 9 bulan rupanya belum cukup membuatkan saya mahir untuk menyusukan Aiman. 

Ini maknanya, saya kurang lagi menggali ilmu. Saya kurang bertanya dengan orang-orang yang berpengalaman, saya tidak membaca buku, hanya mengharapkan sumber ilmu dari internet yang saya anggap cukup, rupa-rupanya tidak.

Setelah berpengalaman menyusukan Amni sepenuhnya, saya tahu masalah saya gagal menyusukan anak pertama sepenuhnya adalah kerana :

  1. Cara latching dan perlekapan mulut anak dengan payudara ibu adalah salah, membuatkan susu tidak mengalir dengan secukupnya
  2. Kurang direct feed bermakna kurang stimulasi
  3. Saya dah perkenalkan anak pertama dengan susu formula, jadi dia lebih selesa minum susu susu yang banyak dari botol berbanding badan
  4. Saya kurang mengepam susu semasa kerja membuatkan susu badan saya membengkak dan berkurang kerana kurangnya permintaan, iaitu supply on demand
  5. Pam susu saya bermasalah, dan saya melengahkan membaikinya membuatkan hasil pengepaman susu saya tidak banyak kerana pam rosak
Jadi, disimpulkan di sini bahawa kegagalan penyusuan badan kepada anak pertama berpunca dari sikap ibu sendiri, ya, saya tahu ini salah saya dan saya cuba memperbaiki kesalahan saya untuk anak kedua.

Prinsip Penyusuan Badan yang Perlu Difahami untuk Menjayakan Penyusuan Badan


Ibu perlu faham bahawa kita tidak boleh bergantung kepada supplement saja semata-mata tanpa mengamalkan prinsip asas penyusuan dan mengaplikasikan teknik teknik ini dengan ilmu.


Prinsip asas penyusuan :



  1. Banyakkan direct feeding dan stimulasi untuk menghantar isyarat kepada badan menghasilkan lebih banyak susu, kerana kilang susu kita demand on supply
  2. Banyakkan minim air kosong, lebih dari 3 liter. Banyaknya! Malaslah! Kenapa kena minum sebanyak tu? sebab kita menggunakan air untuk proses dalaman badan kita dan untuk menampung penghasilan susu kepada anak selama 24 jam! Jadi? fikir-fikirkan :)
  3. Banyakkan berdoa, kurang berdoa bermakna kita hanya redha dan tidak bersungguh mahukan susu dihasilkan dari badan sebagai rezeki tidak terhingga dari Allah.
Jadi, jika anda ibu yang betul-betul mahu berikan yang terbaik buat anak anda, anda akan rela menyediakan fizikal dan mental untuk menghasilkan susu sebanyak mungkin! Siapa yang tak mahu anaknya montel dan gebu kan?


Kenapa saya kecewa tidak dapat menyusukan anak sepenuhnya?


Dahlah dalam susu badan kita tu ada khasiat antibodi yang tiada dalam susu formula, mana nak cari susu formula yang dapat tandingi susu badan kita?

Perbandingan formula milk dan breatmilk ihsan Google

Wah, menangis saya tengok carta ini! Bayarla duit ribuan ringgit untuk beli susu formula memang tak dapat tandingi kenikmatan dan kehebatan susu ibu ini!

Dalam susu formula ada ramuan kasih sayang?

Masyaallah, ini satu lagi yang boleh buatkan saya menangis. Alhamdulillah, untuk Amni Zahraa, saya dapat berzikir Ya Matin (Zikir penambah susu), Ya Wahab (Zikir tambah rezki) Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir (Zikir erat kasih sayang), Ya Rahman Ya Rahim (Kasih sayang) Ya Hakim (untuk kebijaksanaan) dan banyak lagi sepanjang menyusukan Amni dan juga sepanjang mengepam susu untuknya.

Memang sangat terharu, kan? Sebab implikasinya adalah kita menyalurkan susu terhebat dunia dengan zikir-zikir yang lahir dari ibunya sendiri, semoga bertambah-tambah berkat susu untuk anak kita tu nanti.

Saya ada kongsikan doa untuk memperbanyakkan susu di entry ini, sila klik ya.


Tegap dan montel anak susuan ibu mama ni, Amni Zahraa


Milk Booster penambah lagi hasil susuan saya


Selain itu, saya memang mengaku, memang saya menggunakan supplement untuk menambahkan lagi pengeluaran susu saya. Saya mengamalkan makan ESP, alfalfa, lecithin dan ostematrix sebagai supplement yang utama, dan B compleks, Vitamin C dan Vitalea sebagai booster menambahkan nutrisi terbaik buat anak saya.


  1. ESP : Sumber protein yang lengkap untuk menghasilkan susu di dalam badan dan memekatkan susu
  2. Alfalfa : Milk booster
  3. Ostematrix : Sumber kalsium yang penting untuk memperbanyakkan susu
  4. Lecithin : Melancarkan pengaliran susu yang bertukar jadi lemak jika susu tidak dihisap oleh anak
  5. B kompleks : Sumber untuk nutrisi kualiti susu, penting untuk saraf ibu dan anak dan penghilang stress ibu
  6. Vitamin C : Imun booster ibu dan bayi
  7. Vitalea : Nutrisi yang paling lengkap untuk kesihatan optima ibu dan bayi


Dan sememangnya kesemua ini adalah produk Shaklee, vitamin semulajadi yang telah menjalani kajian berpuluh tahun dan diiktiraf oleh Saintis seluruh dunia tentang keberkesanan dan isu selamatnya vitamin ini untuk sel badan kita dan anak kita.


Pengalaman yang indah ini pastinya saya akan kongsikan kepada ibu-ibu yang memerlukan.


Syukur, rezeki selepas BANGKIT dari kegagalan

Jika perlukan konsultasi dari saya, bolehlah hubungi saya di 016-3353567, kita berbual dari hati ke hati dengan whatsapp kerana saya memang faham jerih perih ibu yang gagal menyusu kerana saya pernah gagal kali pertama dengan anak pertama saya! Sangat pedih, ok!

Saya juga banyak berhubung dengan pakar laktasi untuk membantu menyelesaikan masalah saya. 

Untuk mengubat duka lara anda, jom saya kongsikan satu video yang memberikan inspirasi dari Peer Lactation terkenal, Dilla Jalil rakan saya dari Ipoh Perak ini. Best video ni :) 

Beliau adalah salah seorang yang saya banyak berkongsi suka duka perjalanan penyusuan saya, dan kali ini saya pula ingin menyalurkan manfaat buat anda semua!


Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.


Insyaallah, saya akan berkongsi dengan para ibu di luar sana cara mengatasi stress sepanjang penyusuan yang penuh cabaran ini dalam entry seterusnya!

Tungguuuuuu!

Semoga sharing saya memberi semangat dan inspirasi buat ibu-ibu yang hampir berputus asa di luar sana untuk berjuang menyusukan anak selama mana yang mungkin! Insyaallah, demi membesarkan anak kurniaan Allah nikmat yang tidak terhingga!


Anak-anak syurga saya
Anak adalah permata syurga dari Allah. Maafkan Mama, Aiman, mama tak bermaksud nak menghentikan penyusuan lengkap mama kepada Aiman dulu. Terima kasih kerana kehadiran Aiman banyak mengajar mama menjadi seorang ibu yang terbaik. Terima kasih ya Allah kerana dengan ilmu Mu ini dapat ku berikan yang terbaik buat Amni Zahraa. Tiada bezanya kedua-dua anak ku ini, mereka adalah yang terbaik buat saya selama-lamanya!

Terima kasih ya Allah mengurniakan saya permata syurga ini! Akan ku penuhi tanggungjawabku sebagai ibu sebaik-baiknya sementara masih ada usia. 

Mama sayang kalian berdua tiada taranya!

* Insyaallah, tidak lama lagi ebook penyusuan saya akan keluar, boleh tinggalkan no whatsapp anda di ruang komen untuk saya maklumkan kehadirannya nanti. Semoga ia bermanfaat buat ibu-ibu yang melalui breastfeeding journey yang penuh pancaroba!

Ikhlas membantu dari hati ;

Ainul Malik
016-3353567

Thursday, October 9, 2014

Mengapa Kita Terlalu Memerlukan Kalsium dan Bagaimana Kalsium Digunakan di dalam Badan

Seperti yang kita tahu, kalsium adalah mineral yang paling banyak di dalam badan.

Lebih kurang 2 peratus dari jumlah keseluruhan berat badan, adalah terdiri dari mineral kalsium.


Kebanyakan kalsium, iaitu dalam lingkungan 98% dari jumlah 2 peratus kalsium tadi, terdapat di dalam tulang kita. Lebihan 1 peratus ada di dalam gigi dan 1 peratus lagi berada di dalam peredaran darah.


Disebabkan hanya ada 1 peratus kalsium di dalam darah, ia menjadikan kalsium ini tersangat penting dan mineral yang sangat diperlukan oleh kita. 



Mengapa Kalsium Penting untuk Tubuh Badan? 


Kerana dari jumlah 1 peratus kalsium inilah, sel badan akan menggunakan sumber kalsium ini untuk kepentingan pembentukan tulang kita. Namun begitu, jika jumlah kalsium di dalam darah kurang dari 1 peratus, kalsium yang tidak cukup tadi akan ditarik oleh sel tulang untuk mengembalikan kalsium ke dalam darah kita untuk menjadikannya cukup 1 peratus.


Disebabkan itulah, bila kita kekurangan kalsium, sel badan terpaksa menggunakan kalsium dari tulang yang amat kita perlukan untuk melakukan aktiviti kita seharian seperti berjalan, duduk, berlari dan sebagainya. Bermulalah episod kesakitan tulang secara tiba-tiba tanpa kita sedari, lenguh-lenguh badan dan sebagainya.


Oh, begitu senang rupanya kalsium hilang dari tubuh kita!


Selain itu, kalsium membantu kita untuk proses jantung mengepam darah, mengawal tekanan darah, membekukan darah, pengecutan otot dan peregangan otot dan proses menghantar utusan atau impulse ke seluruh badan melalui sistem saraf.





Kalsium diperlukan untuk :


1) membina kebanyakan hormon dan enzim badan, terutamanya yang mengawal penghadaman badan dan bagaimana badan menggunakan tenaga dan lemak di dalam badan kita. 


2) Kalsium juga penting untuk membina tisu penghubung 


3) menurunkan tekanan darah yang tinggi;


4) dan kalsium penting untuk mengawal terjadinya kanser kolon.


Jadi, betapa kalsium sangat-sangat diperlukan oleh badan dan kita perlu menghargai kehadiran 1 peratus kalsium yang ada di dalam darah kita untuk mengawalselia kesemua proses penting di dalam badan.


Mahukah anda secara tiba-tiba mengalami keguguran gigi? Sanggupkah anda mengalami kekejangan kaki secara tiba-tiba sewaktu melakukan aktiviti kegemaran anda? Atau di waktu usia muda ini kita telah mengalami sakit pinggang atau tulang belakang?


Kehilangan gigi adalah satu mimpi ngeri untuk wanita!


Atau pernahkah anda mendengar mengenai kerapuhan tulang atau pun osteoperosis?



Perbezaan antara tulang normal dan tulang yang mengalami osteoperosis


Kasihan, kan? Kasihan pada badan kita kerana terpaksa mencuri kalsium dari tulang untuk mencukupkan keperluan kalsium untuk pembentukan hormon dan enzim badan yang diperlukan setiap hari.


Belum kira lagi bagi yang telah mengalami kecederaan pada tulang, rupa-rupanya di dalam darahnya pula memang tidak cukup langsung kalsium untuk menggantikan tulang yang cedera kepada pembinaan tulang yang baru, dan juga tidak cukup pula digunakan untuk proses-proses penting di dalam badan.


Itulah antara akibat anda secara tiba-tiba mengalami tekanan darah tinggi di usia yang muda.


Jadi, fikir-fikir kan bagaimana anda boleh mendapatkan sumber kalsium yang cukup untuk kepentingan keseluruhan sel badan kita.


Sambungan selepas entri ini akan saya kongsikan bagaimana memilih sumber kalsium yang terbaik untuk badan.


Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua!



SID mesra ilmu,


AinulMalik

016-3353567

Friday, September 26, 2014

Tekanan Darah Stabil 120/80 setelah Konsisten Mengambil Omega dan Ostematriks.

Alhamdulillah, 

Semalam adalah hari bahagia saya. Mengapa? Kerana semalam saya mendapat banyak feedback yang membahagiakan mengenai kesihatan ibu dan juga bapa rakan-rakan kesayangan saya.



Pengalaman Sebenar Menurunkan Tekanan Darah Darah ke Tahap Normal


Yang membuatkan hati saya tersentuh bahagia adalah perkongsian Kak Sue mengenai tekanan darah ibunya yang kini telah stabil dan normal seperti biasa :)


omega turunkan tekanan darah tinggi, ostematriks turunkan darah tinggi, testimonial Shaklee, vitamin semulajadi
Pengalaman Kak Sue membantu ibu mengembalikan tekanan darah normal 120/80 dari 220/190.

Melalui perkongsian Kak Sue, set sendi bajet (budget) yang diambil ibunya telah membantu mengawal darah tinggi ibunya dari 220/190 kepada 150/90 dan kini setelah pemeriksaan terkini, tekanan darah ibu Kak Sue menurun menjadi normal dan stabil, 120/80.


Alhamdulillah, bagi yang dapat merasakan perubahan ini pasti gembira dengan kesihatan ibu Kak Sue :) Siapa yang tak gembira kan, tekanan darah ibu bapa masing-masing telah kembali normal seperti sedia kala?


Menurut Kak Sue, supplement Shaklee yang diberikan kepada ibunya hanyalah OmegaGuard dan Ostematriks, asalnya untuk mengurangkan sakit sendi ibunya itu. Namun setelah mengamalkan secara konsisten, selain daripada perubahan ketara pada tekanan darahnya, kedua-dua supplement ini membantu ibunya untuk mudahkan buang air besar, dan dapat mengangkat kaki dengan tinggi kerana sebelum ini ada halangan dari arthritis.


Walaupun set yang diambil paling minima, tetapi ia benar-benar membantu ibunya dan membawa erti yang besar buat kedua beranak ini, siapa tak sayang ibu bukan? Kita sebagai anak, wajib memastikan kesihatan ibu dan bapa kita terpelihara sama seperti mereka menjaga kita sewaktu kita kecil.


Alhamdulillah, 

Jomlah kita ramai-ramai sujud syukur. Doa kepada orang yang tidak tahu kita mendoakan mereka sangat-sangat diterima Allah. Tahniah Kak Sue menjadi anak yang prihatin :)

Yang penting, kita berusaha dengan cara yang terbaik tanpa berputus asa, sambil doa dan bertawakkal kepada Allah Yang Maha Menyembuhkan.



Kepentingan Mengambil Supplement Semulajadi


Bagi saya, menggunakan sumber-sumber yang betul-betul semulajadi seperti ulam ulaman dan herba pun memang bagus, tetapi, dengan pengambilan supplement Shaklee yang asli ni yang didatangkan di dalam kapsul, kita tahu dengan tepat berapa dos yang telah kita makan untuk mencukupkan nutrisi di dalam badan kita itu.

Penyakit ini berpunca dari kekurangan nutrisi yang tertentu yang menyebabkan sel-sel kurang sihat, seterusnya menyebabkan sistem badan kita terganggu. Oleh itu, dengan mencukupkan nutrisi dengan tepat dan betul, kita makanlah dengan ilmu hasil dari bimbingan orang yang berpengetahuan dalam bidang ini. Nak sihat pun kena belajar kan, jika tidak kita akan makan secara tidak teratur dan menyalahkan herba atau supplement tersebut kerana tidak membantu memberi sebarang perubahan positif kepada kita.


Betul tak?


Alhamdulillah, saya memang gembira kerana ibu kak Sue telah mempunyai tekanan darah yang normal hasil dari pengambilan Omega dan Ostematriks secara konsisten.


Jika anda memerlukan pandangan dan konsultasi dari saya :


Call atau sms ke : 016-3353567


Lillahitaala.


Anda sihat, saya gembira!




Dari saya yang ikhlas,


Ainul Malik :)


Artikel ini adalah dari pengalaman sebenar pelanggan saya, bukannya bertujuan untuk mengubati atau mendiagnos sesuatu penyakit.


Friday, July 18, 2014

Penawar Masalah Sembelit



Anda SEMBELIT?

Berjam-jam di bilik air kerana TIDAK LAWAS?

Usah buang masa!
Bantu perut & usus anda untuk lawas setiap hari agar hidup anda ceria sentiasa!


Supplement TERBAIK untuk sembelit:

1) HERBLAX : Mengaktifkan usus besar untuk pembuangan air besar




2) Ostematrix : Membantu anda lawas setiap kali bangun dari tidur



1) Herblax
Herblax berperanan mengaktifkan usus supaya proses pelawasan dan pembuangan najis besar dapat berlaku dengan mudah. Jadi, Herblax berperanan membantu mengatasi sembelit dengan mudah!

Apa yang best bila consume Herblax?

a) Anda akan mudah lawas dengan khasiat senna leaves
b) Detoks badan, kerana mengandungi alfalfa dan blue malva flower
c) Najis menjadi lembut dan pergerakannya dimudahkan di dalam usus dengan khasiat dari herba Barkthon Bark
d) Jika anda terlebih makan dan juga mengambil alkohol, fennel seed atau jintan manis di dalamnya membantu mengeluarkan toksinterkumpuldan masalah kembung perut juga dapat diatasi
e) Badan yang mengandungi lebihan air dapat diatasi dengan khasiat akar culver atau Culver's root ini, ia juga sesuai untuk pesakit asma.
f) Yang paling best, sudah tentu anda akan rasa perut akan mengempis dan kurang buncit! Boleh dicuba pada orang belum mencuba herblax ini :)

Namun, Herblax tak boleh diambil setiap hari! Dapatkan aturan makan yang berkesan dari saya ya untuk hasil yang optima mengatasi sembelit.


2) Ostematrix

Kandungan magnesium di dalam Ostematrix membantu melawaskan kerana ia bersifat laksatif. Magnesium membantu juga untuk melembutkan najis
Mulakan hari anda dengan ceria, anda akan bahagia sepanjang hari!
Sudah pasti anda tidak mahu paras toksin di dalam badan bertambah setiap hari, membuatkan anda pening kepala, naik jerawat, selalu memulas perut dan badan tidak sihat, bukan?

Mencegah adalah pilihan TERBAIK daripada merawat!


Jangan lupa minum air yang banyak dan makan buah-buahan sebagai sumber fiber anda!



Order Sekarang! Klik link ini : http://bit.ly/SetSembelit



Hubungi
Ainul Malik Sihat.Ceria.Bahagia
013-3536718
WA 016-3353567
http://healthierlife4uandme.blogspot.com/

Tuesday, July 8, 2014

Penawar Gout dengan Vivix Shaklee

Alhamdulillah, seorang kawan ayah saya sendiri KINI telah menemui penawar gout yang telah dihidapi selama berpuluh tahun, iaitu dengan Vivix Shaklee. 

Pakcik ini memang bergantung kepada ubat gout dan painkiller, sehingga jika terlupa untuk makan ubat, buku lalinya akan bengkak dan dia tidak dapat jalan seperti biasa.

Ini memang testimonial ikhlas dari hati seorang anak yang sangat risaukan kesihatan ayahnya.


Penawar Gour dengan Vivix Shaklee

Namun begitu, saya tidak claim bahawa dengan Vivix Shaklee adalah ubat gout, kerana ia adalah salah dari segi etika pengiklanan Kementerian Kesihatan Malaysia. Anda perlu merujuk dengan doktor mengenai masalah ini. Namun begitu, apabila kesan positif di depan mata menunjukkan hasil yang terbaik, apalah salahnya jika share kerana Vivix Shaklee supplement semulajadi ini sudah sememangnya selamat diserap oleh sel-sel badan.

Mengapa? jom kita tengok lebih lanjut lagi SEBAB-SEBAB mengapa VIVIX ITU BERKESAN :)


Pertama sekali, kita tengok dulu apakah itu gout?

Gout berlaku apabila jumlah asid urik meningkat dan berlebihan di dalam darah. Bila berlebihan, ia akan menyebabkan mendapan kristal asid urik di persekitaran sendi ataupun dalam sendi yang menimbulkan keradangan, oleh itu akan rasa sakit sendi.

Boleh rujuk mengenai gout di link Dr Anwar Arshad.

Jom lihat semula artikel saya yang bertajuk Rawatan Gout Lelaki dan Wanita dengan Sumber Semulajadi.



Jika anda ada rasa seperti di bawah, anda mengalami simptom gout yang nyata :

  1. Sakit, merah dan bengkak pada sendi
  2. Demam
  3. Keradangan tisu, menyebabkan kulit di sekitar bengkak


Di dalam artikel tersebut, saya telah menyenaraikan supplement yang membantu menjadi penawar untuk bengkak sendi seperti ini iaitu :

  1. Vivix yang dapat memulihkan sel dan ketidaknormalan sel dari peringkat dalaman
  2. Herb Lax : Untuk detox membuang sisa2 toksin di dalam badan
  3. Alfalfa complex : Menurunkan paras asid di dalam badan, dan menyingkirkan toksin dalam badan
  4. B kompleks : Asid folik sangat penting dalam metabolisma nukleoprotin
  5. Vita C : Membantu dalam penyembuhan keradangan
  6. Garlic : Bagus untuk mengurangkan bengkak dan sakit
  7. Vita E : Menuetralkan radikal bebas
  8. Ostematrix : Bagus untuk mengurangkan bengkak dan sakit
  9. Omega : Mengurangkan inflamasi pada kawasan gout dan bagus untuk sendi

Sekarang, mari kita kaji bagaimana Vivix dapat membantu mengurangkan rasa sakit gout ini.



Tindakan Vivix yang Terbaik untuk Gout


Penawar gout terabit
Vivix supplement semulajadi terbaik

Seperti yang kita sedia maklum, Vivix bertindak melalui 4 cara iaitu :

  1. Memperbaiki DNA
  2. Mengurangkan inflamasi
  3. Meningkatkan penghasilan tenaga
  4. Mengelakkan pengumpulan protein AGE (Advanced Glycation End Product)

Jadi, pertama sekali, Vivix telah memperbaiki kesemua kerosakan pada sel darah dengan menstabilkan kandungan asid urik ke tahap yang normal.

Setelah itu, ia juga memperbaiki sel-sel yang telah membangkak dan sakit itu supaya kembali kepada sel yang sihat.

Vivix jugak mengelakkan pengumpulan protein-protein hasil pengikatan gula dan protein berlebihan dalam badan yang mengundang kepada penyakit-penyakit kronik di dalam badan seperti diabetes, alzheimer dan penyakit salur darah.

Bezanya Vivix dengan supplement yang lain, adalah, Vivix bertindak dari dalam DNA lagi, iaitu unit terkecil di dalam sel manusia yang mengandungi maklumat genetik kita!

Menakjubkan, bukan?

Itulah keistimewaan vivix!

Jom kita lihat seorang lagi pengguna Vivix yang telah menjumpai penawar goutnya. Dari Oversea, dan umurnya adalah 75 pada tahun 2010 :) 

Selepas mengalami gout beberapa kali, beliau mula mengamalkan Vivix pada Oktober 2009 dan pada 2010, kesan menakjubkan telah dirasai iaitu tiada lagi serangan gout yang dialaminya. Testi ini dikeluarkan oleh seorang Doktor perubatan, iaitu Dr Bob. Boleh lihat artikel blognya di sini.


Pengguna Vivix dari blog Dr Bob


Sebenarnya, yang paling nyata adalah, Vivix adalah supplement semulajadi, oleh itu kadar penyerapannya memang lebih bagus berganda-ganda dari supplement sintetik. Sebab itulah kesan positifnya cepat bertindak dan menunjukkan hasil. Selain itu, kandungan resveratrol nya yang sangat tinggi menunjukkan impak yang sangat bagus dan positif terhadap kesihatan kita.

Jangan ragu-ragu lagi dengan Vivix! Jika anda adalah pesakit gout, anda tahu deritanya sakit ini, pasti anda lebih menghargai perkongsian ikhlas dari hati ini kerana anda akan ceria kegembiraan selepas merasai kenikmatan Vivix Shaklee! Insyaallah, dengan izin Allah, tuhan yang Maha Menyembuhkan semua penyakit.

Yang penting, usaha, doa dan tawakkal!


Jom Order Vivix @ Set Gout sekarang!



Order Vivix :

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=d88518acbcc3d08d1f18da62f9bb26ec

Order Set Gout Lengkap :

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=042aec9e604155f2f06c0a16c5f9ba06

Semuanya di hujung jari! Mudah dan pantas untuk kesihatan menyeluruh anda dan keluarga tersayang!


Saya doakan anda yang mencuba Vivix dan set gout ini juga mengalami berita yang positif dan menggembirakan hati seperti perkongsian testimonial saya hari ini!


Tiada lagi gout dengan Vivix, insyaallah :)



Salam kasih sayang dari saya,

Ainul Malik
013-3536718/whatsapp 016-3353567



Thursday, April 24, 2014

Pendarahan Bleeding Awal Kehamilan Membahayakan?

Menurut kajian, satu perempat dari wanita mengandung (hamil) mengalami pendarahan di awal kehamilan.

Jika yang keluar adalah berwarna merah kepada coklat yang berbeza dari haid, ia adalah pendarahan ringan atau dipanggil spotting.

Spotting berlaku pada trimester yang pertama.



Punca Berlaku Spotting Pendarahan Ringan di awal Kehamilan


  1. Anda menjalani IVF atau rawatan lain yang membantu anda untuk hamil
  2. Hormon badan yang mengawal kitar haid telah menyebabkan pendarahan pada tarikh atau masa yang biasa anda datang period/haid sewaktu anda sebelum mengandung. Ia boleh jadi sekali atau dua kali sehingga hormon ini dapat dikawalatur dengan baik.
  3. Perlekatan telur yang telah disenyawakan pada lapisan uterus anda juga menyebabkan pendarahan. Ia berlaku selama sehari atau dua hari.
  4. Hormon kehamilan juga dapat mengubah permukaan serviks anda untuk senang berdarah. Oleh itu, pintu serviks mungkin terengsa. Contoh situasi : hubungan seks di awal kehamilan menyumbang kepada masalah ini.
  5. Anda mungkin mempunyai fibroid. (Ketumbuhan pada rahim). Plasenta kadangkala akan melekat pada fibroid ini, jadi janganlah bimbang ya ibu ibu, dapatkan nasihat doktor jika anda ada fibroid semasa hamil.
  6. Polis serviks, iaitu ketumbuhan kecil pada serviks juga menyebabkan pendarahan, tetapi ia juga tidak membahayakan, yang penting dapatkan konsultasi doktor.
  7. Berlaku jangkitan serviks atau jangkitan faraj
  8. Anda menghidap penyakit keturunan seperti Von Willebrand yang membuatkan darah anda sukar membeku.


Pendarahan Bleeding di awal Kehamilan


Namun begitu, berlaku pendarahan yang diikuti dengan sakit perut dan kekejangan, mahupun demam, ia mungkin penyebab keguguran mahupun kehamilan di luar rahim (kehamilan ektopik).

  1. Keguguran pada awal kehamilan berlaku apabila bayi tidak berkembang dengan betul. 
  2. Kehamilan ektopik berlaku apabila telur yang disenyawakan tu, melekat pada bahagian luar uterus. Darah berwarna gelap dan cair seperti jus prun akan mengalir tanpa henti.
  3. Kehamilan molar pula disebabkan oleh embrio tidak membesar dengan betul tetapi sesetengah sel yang membentuk plasenta terus membesar secara abnormal.


Bagaimana untuk kenalpasti bahawa saya period atau mengalami keguguran?


Kadangkala, ada situasi di mana kita tidak datang period selama sebulan dan setelah itu mengalami pendarahan yang luarbiasa. Kita akan keliru samada ia adalah period ataupun keguguran.


Perkara yang pertama sekali adalah berjumpa dengan Doktor untuk menjalani scan atau imbasan ultrabunyi.

Kemudian, ujian air kencing dan ujian darah akan dilakukan untuk menguji tahap hormon kehamilan ini.

Menurut bacaan saya dari blog Dr Zubaidi dari link ini, ujian darah dilakukan untuk mengetahui kepekatan hCG dan beberapa perkara boleh dikenalpasti untuk mengetahui punca atau kebarangkalian keguguran pada kehamilan ini.

Namun begitu, berita gembira buat yang menjalani scan dan telah dapat mengesan bunyi denyutan jantung bayi, kerana potensi untuk gugur itu adalah nipis.


Masalah rahim tidak kuat? Ubat Kuatkan rahim



Kadangkala jika kita bertemu dengan doktor, doktor akan memberitahu anda, saya akan bagi puan ubat kuat rahim. Rahim saya tak kuat kah doktor? Apa yang menyebabkan rahim tak kuat?

Masalah rahim tak kuat ini berpunca dari ibu yang hamil mempunyai kurang hormon progesterone yang mana rahim tidak dapat menyediakan tempat yang optima untuk pembesaran janin.

Sebenarnya, masa anak kedua, saya juga pernah mengalami spotting ini. Hasilnya, doktor memberikan ubat bernama duphaston, iaitu hormon sintetik yang mempunyai progesterone. 

Kiranya, setelah ovum disenyawakan, akan berlaku perlekatan fetus pada lapisan endometrium, iaitu lapisan rahim ini. Jadi, semasa mengandung, progesterone akan semakin meningkat dengan banyak untuk membantu lapisan rahim ini menebal untuk perlekatan janin/fetus yang kita kandungkan ini.

Jika progesterone kurang, janin tidak dapat melekat dengan sempurna dan akan gugur bersama-sama dinding endometrium ini tadi.

Ubat kuat rahim, keguguran
Duphaston ubat kuat rahim


Supplement yang membantu menguatkan rahim


Semasa mengalami spotting di awal kehamilan Amni, saya telah cuba mengkaji supplement yang sesuai untuk membantu menguatkan rahim saya ini.  

Saya telah mencuba ESP (Energising Soy Protein Shaklee) kerana ia mengandungi sumber protein yang tinggi, yang memberi nutrisi penuh kepada sel (kerana sel asalnya dari protein) supaya sel-sel badan saya sihat dan kuat.

Jadi, sel-sel rahim yang terbina ini akan sihat dan kuat untuk menampung proses penempelan janin pada dinding rahim saya.


Supplement Penting Semasa Kehamilan


Tahukah anda bahawa, jika anda stress, hormon progesterone untuk menebalkan dan menguatkan dinding rahim berkurang?

1) Jadi, untuk menstabilkan emosi, saya juga mengambil b kompleks, iaitu supplement penenang yang paling selamat agar saya tidak stress. Selain itu, b kompleks Shaklee yang semulajadi ini didatangkan khas bersama asid folik yang membantu fetus untuk berkembang dengan sempurna.

Sudah menjadi satu keinginan kita untuk mendapatkan anak yang sihat dan sempurna bukan? 

Oleh itu, ambillah b kompleks bersama-sama dengan asid folik ini supaya saraf-saraf bayi kita dan pertumbuhannya mendapat cukup nutrisi yang diperlukan.

B kompleks juga membantu memberikan tenaga tambahan kepada kita, terutamanya ibu mengandung yang sentiasa lemah dan tidak bermaya. Jadi, untuk kuat dan bertenaga, saya ambil b kompleks ini dan juga ESP supaya saya sentiasa cergas sepanjang kehamilan.



2) Ostematrix juga penting untuk menyumbangkan kalsium kepada pembinaan tulang bayi dan juga kepada sistem saraf yang sempurna. 

Tahukah anda bahawa progesterone yang tinggi diperlukan untuk sel-sel tulang (osteoblast) membina tulang? 

Jadi, jika kita kekurangan progesterone, kuranglah kalsium untuk membina tulang dan proses pembentukan tulang baru untuk fetus terjejas. Oleh itu, kita bantu anak yang dikandung ini untuk membentuk tulang-tulang yang sempurna supaya proses pembesarannya juga tidak terganggu.

Fetus akan menyerap kalsium daripada ibu, jadi, jika kita juga kekurangan kalsium, masalah rambut gugur, gigi longgar dan mungkin tercabut, sakit kaki, sakit pinggang akan terjadi kepada ibu mengandung ataupun selepas berpantang kemudian hari.


3) Vitamin C Sustained Release juga saya ambil untuk imuniti badan saya sendiri. disebabkan kita keletihan, kurang bermaya, jadi ini juga menjadi faktor kepada kurangnya imuniti badan.

Tambahan pula cuaca dan jangkitan memudahkan lagi ibu mengandung mendapat jangkitan yang sama, jadi saya ambil langkah untuk menguatkan ketahanan badan saya dengan vitamin C ini.


4) Vitalea sangat penting untuk pembekalan sumber mineral dan vitamin-vitamin lain untuk keperluan badan saya, ibu mengandung dan juga bayi yang kita kandungkan.

Masalah hemoglobin rendah (hb) dapat diatasi dengan mengambil 2 biji Vitalea yang mengandungi iron ini. Iron penting untuk pengikatan oksigen di dalam darah. Tidak semua multivitamin di pasaran mengandungi iron, jadi, memang menjadi kelebihan Vitalea yang mengandungi iron membantu meningkatkan semula bilangan hemoglovin di dalam darah kita.


5) Bermula dari trimester kedua, saya mengambil omega guard untuk pembekalan DHA untuk anak yang saya kandungkan ini. 

Berat badan ibu mengandung juga tidak naik dengan sangat ketara dengan pengambilan omega yang membantu menstabilkan hormon leptin (iaitu nafsu makan) di dalam badan.

Saya sangat berpuas hati dengan perbezaan berat badan antara anak pertama dengan anak kedua saya ini kerana untuk anak sulung saya, badan saya naik sehingga 20 kg lebih! namun begitu, untuk anak kedua, saya dapat mengimbangkan berat badan yang bertambah, kurang dari 20 kg.

Selain itu, bagi ibu-ibu yang bermasalah mendapat kencing manis dan darah tinggi semasa mengandung, bagus mengambil omega ini untuk menyeimbangkan hormon di dalam badan kita.


Semoga dengan perkongsian saya hari ini, dapat memberi idea dan membantu ibu-ibu di luar sana bertindak dengan cepat hasil dari pembacaan ini. Jika anda mengalami masalah pendarahan semasa mengandung, segeralah berjumpa dengan doktor dan banyakkan berehat.

Berdoalah kepada Allah untuk keselamatan dan segala yang dihajatkan semoga Allah mempermudahkan kehamilan ini sehingga sembilan bulan dan melancarkan urusan bersalin nanti.


Makan makanan yang menyihatkan ya ibu-ibu :)


Yang penting, jagalah emosi supaya sentiasa stabil dan anda akan mencetuskan emosi yang bahagia kepada bayi yang anda kandungkan tersebut. Bayangkan nanti, anak yang lahir itu suka marah-marah, stress dan banyak meragam, fikirkan, adakah ia refleks kepada ragam anda sendiri sewaktu mengandungkannya?

Demi anak tercinta, jagalah tutur kata, jagalah emosi, jagalah hati, jagalah keperibadian. Semoga anak yang bakal dilahirkan itu adalah golongan soleh dan solehah yang menyejukkan jiwa :)

Bergembiralah selalu, kuatkan diri dan semangat supaya semuanya boleh disalurkan kepada anak tercinta :)

Semoga ibu-ibu di luar sana memberikan segala yang terbaik buat si manja demi masa depan mereka!


Jika berminat mendapatkan supplement semulajadi yang pernah saya amalkan sepanjang kehamilan, hubungi

AinulMalik
SMS 013-3536718
wa 016-3353567



* Entry hari ini juga ditujukan khas buat anakanda tersayang, Muhammad Aiman Hakim, selamat hari lahir sayang, semoga Aiman menjadi pemuda solehin yang memperjuangkan agama Allah, menggembirakan mama dan abah, juga bahgia dunia dan akhirat. Mama sayang anak-anak mama!

Kenangan Mama Mengandungkan Aiman 4 tahun yang lalu tidak akan dilupakan sampai bila-bila :)




Rujukan :
http://www.babycenter.com.my/a1031215/pendarahan-ringan-atau-pendarahan-faraj

Monday, April 21, 2014

Bestnya Jadi Ahli Shaklee, Makan Sendiri Mahupun Menjana Pendapatan


Best betul jadi ahli Shaklee, samada makan sendiri ataupun berniaga, kedua-duanya pun best! Kenapa? jom saya kupaskan untuk kedua-duanya :)



Jadi Ahli Shaklee Makan Sendiri


Sebenarnya, saya adalah ahli Shaklee yang makan sendiri.

Saya bermula dengan breastfeeding set. Lama kelamaan jatuh cinta pulak pada supplement yang lain, contohnya Ostematrix yang sangat cepat menunjukkan kesan positifnya.. contohnya bila sakit pinggang, kebas kaki, period pain, sakit2 pening kepala, memang ni lah alternatif yang sanya cari dulu. Waktu preganant lagi lah, memang sangat sayang dengan ostematrix ni, kawan baik lah katanya!

Bila dah rasa best, saya bagi pada Mak saya untuk mencuba. Bila dah rasa best makan ostematrix, orang tua pun suka, hati mesti lagi berbunga-bunga cuba yang lain.

So, saya fikir, bila beli dengan keahlian sendiri, dapat kumpul point dan dapat beli sendiri lah kan :) Sebab tu lah saya daftar jadi ahli Shaklee.

Bestnya Jadi Ahli Makan Sendiri

  1. Saya akan dapat cek tiap bulan, hasil pembelian vitamin bulanan. Lepaslah buat beli barang rumah
  2. Point makin lama makin meningkat, bonus makin besar, sangat terkejut ok!
  3. Dapat ilmu makan vitamin dari upline saya
  4. Ada perkongsian menarik mengenai kesihatan, vitamin, penyusuan ibu dalam group yang saya sertai
  5. Saya tambah kenalan alam maya yang akhirnya boleh share macam-macam mengenai kehidupan melalui Shaklee ni
Best kan, bukan sekadar dapat rasa kesan positif makan vitamin je, hidup kita pun makin positif sebab dah meluaskan jaringan silaturrahim dengan ramai orang-orang yang berpositif.

Hidup saya makin gembira dengan perubahan baru ini sejak jadi ahli Shaklee. kalau stress kerja, banyak kerja rumah, makan la b kompleks, insyaallah, emosi yang down, rasa penat semua berganti dengan emosi yang stabil dan bertenaga :) motivasi dari support group, kawan-kawan yg makan vitamin pun sama bestnya, jadi, hidup rasa gembira dikelilingi rasa bahagia.

Status bertukar dari ahli makan sendiri kepada Berniaga Shaklee Online ni pilihan saya ye, bukan langsung paksaan dari sesiapa.

Siapa yang taksuka dapat tambah pendapatan? Memikirkan jadi ahli makan pun dapat bonus, apatah lagi jadi ahli yang memang berniaga!

Jadi, saya belajar sikit demi sikit dan akhirnya saya berjaya menembus pasaran online dengan menjadi Independent Distributor Shaklee yang sah!

Bestnya Jadi Ahli Ahli Shaklee Melalui Perniagaan Online


Macam-macam bonus ditawarkan, dari bonus kereta, bonus jalan-jalan, bonus insentif, Bonus kepimpinan, Syukur sangat, Shaklee sangat bermurah hati dengan kesemua bonus-bonus yang ditawarkan ini.

Satu demi satu perjalanan yang saya lalui, saya memang yakin dengan jalan ini. Banyak perkara yang saya belajar.

SEKARANG, SAYA CUBA MENGOLAH segala yang saya belajar, untuk berkongsi segala ilmu bisnes yang saya belajar untuk membantu wanita-wanita yang memerlukan seperti saya dahulu menjana pendapatan dengan perniagaan Shaklee ini.

Seronok, bila dapat melihat orang-orang yang kita bimbing sama berjaya malahan lebih berjaya dari kita sendiri. Nikmat Allah yang mana yang kamu dustakan?

Bukan nikmat berniaga sahaja, tetapi macam-macam nikmat yang boleh dikongsi, nikmat bahagia, silaturrahim dengan orang-orang yang berjaya, nikmat menggembirakan orang lain, Allahuakbar! Terasa tak keseronokannya?

Wajah - wajah gembira semasa Master Celebration di Pullman Putrajaya, mengutip cas positif

Ukhwah antara Pengedar-Pengedar Shaklee memang rapat antara satu sama lain, kami bergerak bersama-sama, bukan bersaing, manis kan?

Sedang saya menaip entry ini, saya tak sabar untuk membawa mertua saya makan angin berjalan-jalan ke Tawau, insyaallah, sambil menyelam minum air.

Sambil saya mencurahkan ilmu kepada orang yang memerlukan di Tawau, saya juga dapat menggembirakan orang yang melahirkan dan membesarkan suami tersayang ke dunia ini. Tanpa mereka, tiadalah pemimpin keluarga kecil yang saya sayang ini.

Indah, bukan?

Jadi, bagi mereka yang berminat untuk menyertai saya, belajar dengan saya, tanpa paksaan berniaga, untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga, meningkatkan taraf kesihatan diri dan keluarga, saya mengalu-alukan kedatangan anda ke dalam hidup saya!

Insyaallah, semoga apa yang saya sampaikan ini menjadi sedekah jariah buat simpanan amal saya di alam sana, doakan saya dan anda juga boleh memanjangkan amal ini dengan mempraktikkan apa yang saya ajar kepada rakan-rakan anda jua :)

Tawau, kami datang! 10 Mei insyaallah, boleh jejak saya di sana untuk curahan ilmu. 

Tawau, can't wait!

Semoga Allah melindungi kita semua,

Lillahitaala :)



Jom Berjaya Bersama ;

iR Ainul Malik
SMS 013-3536718
Wasap 0163353567
Fbpage Sihat.Ceria.Bahagia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...