Showing posts with label Phytocol ST. Show all posts
Showing posts with label Phytocol ST. Show all posts

Thursday, November 20, 2014

Cara Cepat Menghilangkan Sakit Mata Gatal, Merah dan Bengkak Supaya Cepat Masuk Kerja

Assalamualaikum wbh. Semoga anda semuanya sihat sejahtera. Saya baru sahaja sembuh dari sakit mata yang merah, gatal dan bengkak untuk hari yang ketiga.


Jangkitan bakteria akibat conjunctivitis

Sangat terkejut ok bila bangun pagi, rasa mata melekat bagai digam, dan rupanya terdapat banyak tahi mata yang melekat di sekeliling mata. Bangun tengok cermin, rupa-rupanya mata anda merah menyala dan nampak semakin mengecil akibat bengkak di keliling bahagian mata!


Inilah conjunctivitis, disebabkan oleh bermacam-macam punca, bakteria, atau virus atau alahan. Boleh baca di sini ya untuk penerangan lanjut http://en.wikipedia.org/wiki/Conjunctivitis



Oh, punca saya terkena sakit mata yang merah, gatal dan bengkak ini adalah kerana saya bermandi manda di kolam mandi sebuah resort di tempat peranginan di Malaysia. Sebab itu orang tua-tua pesan, masa bergembira, beringatlah berpada-pada ya! Setiap yang berlaku ada hikmahnya, saya tetap menghargai setiap saat kegembiraan di sana yang tak dapat dijual beli! Priceless, alhamdulillah!

Best sangat bercuti di sini :)


Nampaknya ini kali kedua saya terkena sakit mata, tapi, alhamdulillah, kali ini saya dapat atasi dengan lebih cepat berbanding yang dahulu. Nak tahu apa rahsia saya?


Kalau waktu dahulu, sakit mata saya sampai tak dapat melihat cahaya, jadi penyelesaiannya berspek mata hitamlah saya! wah, nampak bergaya, tapi sebenarnya mata saya tak dapat nak bukak dengan besar sebab tak tahan silau :)



Eh, ini bukan masa saya sakit mata :)


Kalau waktu dahulu, mata saya rasa sangat berat berpasir, memang perit yang amat, kali ini alhamdulillah saya belum sampai ke peringkat mata rasa kesat berpasir.


Kalau waktu pertama kali dulu, saya rasa nak pegang biji mata pun terasa bengkaknya, kali ini memang pegang masih terasa sakit dan bengkak, tetapi alhamdulillah pada hari ketiga dah surut semuanya :)


Rahsia cara cepat menghilangkan sakit mata yang gatal, merah dan bengkak adalah :


1. Pergi berjumpa doktor dengan segera!


Kawan-kawan, tolonglah jangan takut nak berjumpa doktor. Disebabkan saya dah kali kedua terkena sakit mata ni, saya terus bertindak berjumpa doktor mata dengan segera kali ini.


Saya dapat ubat titis Maxitrol dan ointment. Ubat titis itu dititiskan 4 kali sehari dan ointment, iaitu ubat sapu disapu di sekeliling mata sebelum tidur.


Kali ini saya tidak mendapat antibiotik seperti kali pertama terkena sakit mata dahulu.



Ubat sakit merah mata saya


2. Saya titiskan susu ibu saya kepada anak saya.


Ya, anak saya Aiman dan Amni terlebih dahulu terkena sakit mata ini dan saya memang berjangkit dari mereka berdua! Jadi, saya ambil kesemua supplement ini dan menyusukan Amni sepenuhnya dan juga titiskan air susu badan ke dalam mata anak-anak. Memang ternyata kedua-dua mereka sembuh dalam masa 2 hari saja, alhamdulillah.

Untuk diri sendiri? Saya belum cuba ini, oopsss :D


3. Menjaga kebersihan


Pastikan kesemua baju, tuala dan sarung bantal yang digunakan dibersihkan seberapa segera untuk mengelakkan jangkitan berleluasa.


Basuh tangan dengan kerap dan keringkan dengan sempurna. Lap tahi mata yang berlebihan dengan kertas tisu yang boleh dibuang terus ke dalam tong sampah bertutup.


4. Jangan lupa berdoa!


Maka, bila dah sakit ni mula lah menghargai masa-masa kita sihat, kan? Bersyukurlah sebab diberikan kesakitan ini, insyaallah kita akan sentiasa ingat pada Allah yang Menyembuhkan.




Doa sakit mata


Ya Allah , Tuhan (yang memelihara) manusia, yang menghilangkan kesusahan, sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada suatu penyembuhan kecuali kesembuhanMu, sembuh yang tidak diiringi sakit juga penderitaan kecuali kesembuhanNya.
Maka Kami singkapkan daripadamu tutup yang menutupi matamu, maka penglihatanmu pada hari ini amat tajam (Surah al-Qaf : 22).
Maka kelak kamu akan melihat dan mereka pun akan melihat (Surah al-Qalam : 5)
(Ruqyah Asas Perubatan Islam oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din)

5. Saya mengurangkan rasa gatal mata dengan Alfalfa Complex dan Garlic. Garlic ni bukan sebarangan bawang putih tau, sanggup ke gigit bawang putih mentah-mentah tu? Saya ambil tablet garlic complex Shaklee yang mudah ditelan tanpa perlu dikunyah dan tahan baunya yang wangi itu :)


Tahan dengan mengunyah bawang putih asli?


Ya, perlu diketahui mengapa anda sakit mata. Kerana jangkitan bakteria? Kerana mata luka? Saya sakit mata kerana jangkitan bakteria. Jadi, untuk mengurangkan kegatalan, memang saya ambil alfalfa untuk mengurangkan gatal yang sampai rasa nak garu-garu mata dan sekeliling mata dan juga garlic yang membantu meningkatkan ketahanan terhadap bakteria.

Kalau nutriferon masih ada stok, pasti akan dirembat cepat nutriferon itu!

5. Selain itu, rahsia saya adalah, saya turut mengambil phytocol untuk meningkatkan imuniti badan dan mengurangkan rasa ketidakselesaan akibat gatal alahan ini. Phytosterol di dalam Phytocol turut membantu tau dalam meningkatkan imuniti badan!

6. Saya mengurangkan bengkak mata dengan Omega Guard.

Ya, saya ambil omega guard untuk mengurangkan bengkak di sekeliling mata saya yang sepet ini. Omega guard juga membantu meningkatkan imuniti badan dan mengurangkan alahan tau :)


Jom cuba tips amalan saya jika malu keluar rumah dengan mata bengkak merah menyala.

Gambar di atas adalah 50% penyembuhan, insyaallah lepas ni mata terang berseri pula dengan Carotomax :)


Semoga perkongsian saya ini membantu anda semua di luar sana untuk mengikuti langkah menghilangkan sakit mata yang gatal, merah dan bengkak dengan cepat.



Jika ada pertanyaan, malu sebab mata membengkak dengan teruk, terpaksa menahan gatal mata dengan lama, jangan biarkan masalah ini berlarutan terlalu lama, hubungilah saya di 016-3353567 melalui whatsapp atau sms, kerana saya memang memahami perasaan anda!


Saya yang ikhlas membantu anda,

AinulMalik
016-3353567


Thursday, August 7, 2014

Tips Menurunkan Kolesterol Secara Cepat dan Selamat Dengan Phytocol ST Shaklee

Masalah Kolesterol


Masalah kolesterol ini adalah masalah biasa yang dialami oleh penduduk dunia masa kini disebabkan oleh corak pemakanan dan gaya hidup masyarakat moden masa kini.

Kolesterol secara semulajadi adalah bahan berlemak yang terdapat di luar membran sel manusia dan haiwan. Kolesterol juga didapati dalam darah manusia, datangnya dari pemakanan dan aktiviti hati. Kolesterol penting di dalam badan untuk penghasilan hormon juga aktivitinya di dalam badan, selain membentuk membran sel, kolesterol juga penting untuk pembentukan asid hempedu dan Vitamin D secara semulajadi dalam badan.



Bahaya Kolesterol


Terdapat dua jenis kolesterol, iaitu kolesterol baik ; iaitu kolesterol yang bergabung dengan lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) dan satu lagi adalah kolesterol jahat; iaitu kolesterol yang bergabung dengan lipoprotein ketumpatan rendah (LDL).

Jika seseorang mempunyai LDL yang lebih tinggi berbanding HDL, bermakna individu ini terdedah kepada risiko penyakit jantung, masalah pada saluran darah dan juga strok! 

Tambah-tambahan, makanan di Malaysia ini memang kebanyakkannya yang sedap-sedap yang mempengaruhi juga paras kolesterol LDL di dalam badan kita. 




Bagaimana nak tahu makanan mana yang tinggi kolesterolnya?

Kita mestilah alert dan berjaga-jaga dengan makanan berlemak.




Nak dapatkan panduan pemakanan yang sihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia boleh klik di sini.

Jom kita lihat pula carta paras kolesterol di dalam badan :)





Jadi, bila kita makan dari sarapan, ke tengahari hingga ke malam makanan yang tinggi kolesterolnya, apa akan jadi dengan paras kolesterol di dalam badan?

Ya, kita memerlukan sesuatu pelindung untuk menurukan paras kolesterol ke tahap yang normal.

Jom cuba, Phytocol ST Shaklee, yang mengandungi 2000 mg fitosterol tumbuhan.


Phytocol ST Shaklee



Fitosterol yang tinggi ini diperlukan oleh badan kita untuk membuat satu lapisan pelindung bagi menghalang penyerapan kolesterol tadi dari masuk ke dalam salur darah kita.




Jangan bimbang, Phytocol ST ini BEBAS GLUTEN dan selamat diambil oleh semua golongan masyarakat.



Panduan Makan Phytocol ST yang terbaik


Cara yang terbaik untuk mengambil Phytocol ST SHaklee ini adalah semasa makan makanan yang tinggi kolesterol ini. Maklumat lanjut mengenai cara pengambilan yang berkesan boleh dapatkan dari saya, insyaallah saya akan memberi panduan makan vitamin yang berkesan kepada anda.







Testimonial Phytocol ST Shaklee



Result Kolesterol bulan Mac 2014

Result Kolesterol May 2014

Mr Ethan Wang telah mencuba Phytocol ST untuk menurunkan paras kolesterol jahat di dalam darahnya. Berdasarkan keputusan darah untuk kolesterol pada bulan Mac 2014, bacaannya adalah tinggi, iaitu 129 dan setelah dua bulan mengambil Phytocol ST, bacaan kolesterolnya menurun menjadi 101 pada bulan Mei 2014. Jika konsisten mengambil phytocol ST ini, insyaallah paras kolesterol akan turun ke paras yang stabil.


Apa tunggu lagi, jangan biarkan diri anda antara golongan yang berisiko untuk mendapat penyakit disebabkan makanan-makanan yang enak dan lazat yang terhidang di depan kita. Masalah ini boleh diselesaikan secara semulajadi dengan Phytocol ST Shaklee ini :)

Selamat menikmati hidangan hari raya dengan gembira dan tiada keraguan! * Ingat juga tips kesihatan yang penting, makan berpada-pada dan banyakkan senaman dalam kehidupan seharian!


Kuih dan muih beraneka macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri


Selamat hari raya, Phytocol ST kan ada! Jadikan ia teman setia anda sepanjang berhari raya :)





Jom klik di sini untuk mendapatkan Phytocol ST anda sendiri!

http://bit.ly/PhytoKolesterol










Salam sayang,

Ainul Malik
013-3536718
016-3353567 whatsapp

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...