Showing posts with label Soya. Show all posts
Showing posts with label Soya. Show all posts

Tuesday, March 4, 2014

Soya Penyebab Kanser Payudara @ Breast Cancer

Soya Penyebab Kanser Payudara!

Jangan makan soya, bahaya nanti kena kanser!

Pernahkah anda mendengar pernyataan famous seperti di atas?

tempeh, to fu, kicap, tempe, kacang soya
Variasi makanan dari soya


Soya, adalah makanan yang berasal dari tumbuhan, mengandungi protein yang tinggi yang membantu kita mengurangkan risiko2 penyakit kardiovaskular, seperti penyakit jantung dan juga osteoperosis.

Soya mengandungi phytoestrogen, bahan kimia semulajadi yang menyerupai hormon estrogen di dalam badan. Estrogen pula adalah sejenis hormon yang membantu dalam kesuburan wanita, kitar haid dan sifat2 kewanitaan kita :)

Membaca ulasan Dr McCullough, Director of Nutritional Epidemiology dari American Cancer Society, kajian pengaruh soya yang dijalankan ke atas manusia tidak menunjukkan kesan negatif kepada pesakitnya, tetapi ia telah membantu menurunkan risiko sakit kanser ini.
Even though animal studies have shown mixed effects on breast cancer with soy supplements, studies in humans have not shown harm from eating soy foods. Moderate consumption of soy foods appears safe for both breast cancer survivors and the general population, and may even lower breast cancer risk.

Beliau juga turut merujuk kepada The 2012 American Cancer Society Guidelines on Nutrition and Physical Activity for Cancer Survivors yang telah ditulis oleh pakar-pakar perubatan dalam bidang ini, mereka merumuskan bahawa makanan-makanan berasaskan soya tidak memberi kesan kepada bekas pesakit kanser payudara.


Di Malaysia juga, kita boleh merujuk kepada artikel Dr Zubaidi, seorang doktor tempatan yang turut mengulas berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan, dan berpendapat bahawa soya tidak mendatangkan risiko kanser payudara, dan ia lebih kepada penyakit genetik, yang diwarisi  dari generasi terdahulu.

Soya penyebab kanser, bahaya soya, kepentingan soya
Ulasan Dr Zubaidi dari facebook

Juga, sahabat saya Dr Fyda Noh, juga doktor perubatan di negara ini berpendapat kesan kajian antara haiwan dan manusia memberi keputusan yang berbeza-beza. Tetapi kepada yang berisiko kepada penyakit ini dinasihatkan berpada-pada mengambil soya ini sehingga kajian terperinci yang berterusan dijalankan. Pendapat beliau, juga berdasarkan kajian, pengambilan yang sederhana adalah selamat malah boleh mengurangkan risiko kanser payudara.


Isu GMO dan kesan kepada manusia


Soya ini pada asalnya adalah makanan yang selamat, tetapi disebabkan teknologi masa kini dalam bidang bioteknologi yang ingin mengeluarkan produktiviti soya yang besar dan sihat, ia telah diubah suai genetiknya. Tumbuhan ini dipanggil GMO, Genetically Modified Organism yang memberi kesan sedikit sebanyak kepada tubuh manusia apabila kita memakannya.

Disebabkan itulah kita perlu menjadi lebih selektif dalam memilih makanan yang sihat dan berkualiti, pilihlah soya yang bukannya terubah suai genetiknya (Non-GMO Soy) dan iainya pasti lebih selamat. Isu mengenai Soya GMO dan bukan GMO boleh anda dapatkan dengan mengklik pada link ini.


Apakah kesan mengambil makanan yang telah terubah suai genetiknya ini?
1) kesan terus iaitu toksisiti
2) kesan alahan
3) komponen2 toksik melalui nutrisi masuk ke dalam sel
4) kesan-kesan yang tidak dikenalpasti boleh masuk melalui gen terubahsuai ke dalam sel badan kita


Anda boleh baca mengenai 20 soal jawab tentang GMO yang dikeluarkan oleh WHO (World Health Organization)

Ok, selamat memilih ya teman-teman tersayang! Saya memang memilih ESP sebagai sumber protein soya saya sebab saya tahu yang ESP ini telah menjalani kajian mendalam, pemprosesannya dikenalpasti selamat dan yang penting, soya nya berasal dari soya yang selamat iaitu soya non-gmo :)



ESP, kulit lembut, stok susu banyak, kesuburan, tenaga
ESP saya semalam sudah kehabisan sebab suka minum hari-hari :) Baki, boleh buat mask heheh


Satu bekas ni tahan 2 bulan, dan saya juga boleh berikan kepada ahli keluarga tersayang, terutama mereka yang:

  •  ingin menjalani program pengurusan badan, yang ada kencing manis (kedua-dua ini sebab indeks glisemik nya rendah), 
  • pada yang berpantang; boleh sembuhkan luka dengan cepat, 
  • yang ada masalah kulit; boleh dapat kulit yang gebu dan 
  • yang paling BEST HASIL YANG BOLEH NAMPAK adalah, pada mereka yang buat stok susu ibu, hasilnya amat lumayan sekali, dengan izin Allah, alhamdulillah!!

ESP sedap, bancuh air, kulit, tenaga, Promo, Kecantikan
Manfaat ESP yang saya memang suka, anda nak cuba?


Apa-apa konsultasi boleh dapatkan daripada saya ya :) No saya, 013-3536718 dan 016-3353567 kalau nak berwasap.

Insyaallah, saya boleh memberikan masa konsultasi yang lebih lagi sekarang sebab dengan RASMINYA sekarang saya sudah bergelar WAHM! Alhamdulillah! Lebih banyak masa berkualiti di rumah sambil menjana pendapatan yang berganda-ganda. eh, ke nak belajar dengan saya pun bolehhhh..saya akan share ilmu dengan anda yang berminat dan mahu!

Selamat mendapat manfaat dari artikel saya ini :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...