Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Friday, January 9, 2015

8 Tips Atasi Keletihan Melampau Menguruskan Rumahtangga Buat Surirumah yang Bekerja di Rumah

Assalamualaikum wbh.

Macammana hari anda hari ni, para ibu-ibu yang gojes? Mengapa gojes? Kerana anda adalah ibu-ibu pilihan yang diberikan kekuatan untuk menguruskan rumah di samping bekerja dari rumah, yang tak semua orang mampu melakukannya! Jadi, bagaimana nak mengatasi keletihan melampau menguruskan rumahtangga buat ibu yang bekerja dari rumah?



Pernah tertidur sambil buat kerja rumah?



Bagaimana Atasi Keletihan Melampau Menguruskan Rumahtangga dan bekerja dari rumah?


1. Pastikan anda susun jadual waktu supaya tersusun perjalanan harian anda

Perjalanan hari kita sebenarnya boleh diuruskan dengan baik dengan cara menyediakan jadual waktu. Dengan adanya jadual waktu, kita dapat mengoptimakan pengurusan masa supaya semuanya seimbang antara keluarga dan kerja masing-masing.

Eh, daripada kita tak ada jadual waktu, kejap teringat nak sapu sampah, pastu teringat nak layan pelanggan, nak update rekod, tiba-tiba teringat belum masak, kan kucar kacir hidup dan memenatkan?


2. Berikan anak-anak aktiviti yang boleh mereka buat semasa anda bekerja di tepi anda.

Sediakan aktiviti untuk anak-anak semasa anda buat kerja sendiri supaya mereka tidak terlalu bergantung kepada anda dan ini akan membantu anda fokus dalam bekerja dan tidak memenatkan badan sendiri.
3. Dapatkan tidur yang berkualiti setiap malam.

Untuk dapatkan tidur malam yang lena, bersihkan diri sebelum tidur, sebaik-baiknya mandi dengan air panas, tapi jangan terlalu lama mandi malam ya, dan makanlah 4 biji ostematrix yang mengandungi potassium, magnesium dan Vitamin D yang membantu kita tidur lena. (Jangan lupa kunci jam pula ya!) :)

Inilah dia Kalsium yang lebih manfaat dari kalsium biasa


4. Jangan lupa detoks diri

Detoks adalah satu proses pembuangan toksin dari dalam badan yang sangat penting. Jika terlalu banyak toksin di dalam badan, anda akan selalu letih dan kelesuan. Detoks yang cepat dan selamat boleh dilakukan dengan mengambil :
  1. Alfalfa : Detoks lembut yang bagus diambil oleh wanita setiap hari
  2. Herblax : Detoks pada bahagian usus yang membantu melawaskan pembuangan air besar
  3. DTX Complex : Detoks hati yang akan membuang segala toksin-toksin yang masuk ke dalam badan melalui mulut (makan) ataupun hidu (asap pencemaran dan sebagainya)
Bila anda cukup detoks, anda akan lebih bertenaga untuk menjalani kegiatan harian setiap hari!




5. Supplement pagi 

Supplement pagi diambil selepas mengambil sarapan pagi yang berat. Mengapa perlu sarapan dan supplement pada waktu pagi? Supaya kita cukup tenaga untuk menjalani aktiviti seharian yang mencabar dan supplement ini sangat penting untuk mencukupkan segala nutrisi yang kurang dalam badan yang menyebabkan keletihan melampau yang berpanjangan.

Saya ambil :
  1. B kompleks : Untuk menjana tenaga dan mengurangkan tekanan (stress)
  2. Omega guard : Untuk kesihatan yang optima, kelancaran darah dan membantu menjana tenaga dari pembakaran lemak oleh Omega 3 ini. Omega ni pun boleh kurangkan stress mak-mak yang penat tau sebab dia seimbangkan hormon dalam badan :)
  3. Ostematrix : Kalsium tinggi dari ostematrix membantu kita menghilangkan sakit-sakit badan dan tulang, sakit belakang, lenguh pinggang, kebas kaki dan sebagainya, jadi keletihan dari dikurangkan.

Supplement yang saya ambil untuk cergas bertenaga


6. Pastikan Badan Ambil Cukup Protein

Protein yang mencukupi di dalam badan, membantu badan untuk lebih bertenaga. Oleh itu, ambillah ESP setiap pagi sebelum sarapan supaya membekalkan badan dengan kandungan protein yang cukup untuk kekal bertenaga menjalankan tugas harian setiap hari.


Saya menyarankan ibu-ibu mengambil ESP kerana kandungan protein yang cukup dengan asid amino yang diperlukan dalam badan mempengaruhi tenaga anda untuk bekerja dengan bertenaga di rumah :)





7. Ambil Teh tenaga :


Teh tenaga ini boleh diambil pada bila-bila masa sahaja, kecuali sebelum tidur malam kerana anda akan segar bertenaga dan berjaga sepanjang malam!


Teh Cinch tenaga ini, mengandungi antioksida tinggi dari ekstrak teh merah, serbuk teh Hijau Matcha, ekstrak teh Putih dan ekstrak teh rooibos. Memang siapa yang ambil pasti bertenaga dengan jaminan 100% dari saya yang telah mencubanya!





8. Vivix, minuman tenaga yang bertindak jauh ke dalam DNA


Wah, siapa yang memilih Vivix ini pasti akan tersenyum girang sambil bertenaga sentiasa. Di samping mendapat kelebihan tenaga yang optima, badan akan semakin sihat dengan pengambilan Vivix yang istiqamah.


Vivix ni membantu sel menjana tenaga dalaman dengan sangat berkesan! Siapa yang belum cuba, cubalah, mesti terasa sesuatu kelainan pada badan anda, luar dan dalam, aw! Gojes gitu!





Saya memang memahami apa yang anda lalui dan masalah-masalah ibu-ibu yang memilih untuk bekerja dari rumah. Dengan kain yang menimbun belum berbasuh, atau sudah berbasuh belum berlipat, rumah berselerak kerana anak-anak setiap masa beraktiviti, keperluan untuk memasak paling kurang 2 kali sehari, belum kira anak nak makan secara tiba-tiba, anda wajib memastikan diri anda kekal bertenaga dan keletihan melampau harus dihapuskan secepat yang mungkin!





Pada yang ingin mendapatkan supplement pembantu penambah tenaga dan menghilangkan keletihan melampau ini, boleh terus hubungi saya, Ainul Malik, 016-3353567. Semua penghantaran seluruh Malaysia boleh diuruskan demi membantu ibu-ibu bekerja dari rumah di luar sana dapat manfaat yang sama di samping berjaya menguruskan rumahtangga dengan riang dan gembira!



Walaupun sibuk bekerja, tapi anda tetap tersenyum gembira



Salam ikhlas,


Ainul Malik

WAHM bahagia.

Wednesday, December 3, 2014

Petua Menghilangkan Kapur pada Mee Kuning dengan 3 Langkah Mudah!

Salam sejahtera semua :)

Kali ini saya nak share tentang petua nak menghilangkan kapur pada mee kuning. Saya belajar petua ni dari kakak ipar saya. Petua orang-orang lama yang dipegang turun temurun ni nampaknya berhasil dari segi rasa dan takkan sakit perut bila makan mee kuning!


3 Langkah Mudah Menghilangkan Kapur pada Mee Kuning


1. Basuh mee kuning yang diletakkan di dalam penapis di bawah air paip selama 2 minit.

2. Letakkan 2 sudu gula di atas mee kuning tersebut, gaul-gaulkan gula dengan mee sehingga rasa rata semuanya

3. Basuh semula mee tersebut di bawah air paip sehingga bersih.


Letakkan gula ke dalam mee dan gaul



Bilas semula mee tersebut sehingga bersih
Mee yang dah hilang rasa kapurnya sedia dimasak :)


Anak mesti suka nak makan mee yang sedap ni :)
Mudah sangat, kan?

Mula-mula dalam hati berdebar, eh, menjadi ke ni? 

Tapi, alhamdulillah, memang tiada lagi bau kapur dan insyaallah kita takkan sakit perut makan mee kuning tersebut.

Sekarang anda bebas memasak mee kuning tersebut dengan resepi pilihan anda :)

Saya suka, saya suka! Seronok kan dapat masak sendiri di rumah untuk hidangan kepada anak-anak dan suami tercinta? Jangan lupa bacakan Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir semasa memasak dan berselawat supaya kasih sayang kita dapat sampai ke dalam masakan tersebut. Apatah  lagi dapat keberkatan Allah! Mesti sedap rasanya masakan puan-puan tu :) Anak-anak mesti berselera nak makan macam Aiman yang picky eater ni, insyaallah :)

Tips menaikkan selera anak (klik di sini)

Aiman ni tergolong dalam golongan kanak-kanak yang picky eater. Memang saya faham sangat perasaan risau tu macammana. Ya Allah, pening dan risau mengingatkan kita dah masak sedap-sedap, diorang tolak?

Sedih sungguh!

Ibu-ibu kenalah bersabar ye, ada rahsianya nak mengatasi masalah anak kurang berselera makan ni, nak tau jom tengok video ni :)


Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.


Semoga semuanya mendapat manfaat dari perkongsian saya hari ini. 

Saya izinkan sesiapa yang ingin share petua ini untuk panduan kawan-kawan yang lain, kerana sharing is caring!
Jom memasak untuk kebahagiaan keluarga:)

Semoga semuanya sihat, ceria dan bahagia!


Ikhlas ;

Ainul Malik
016-3353567

Wednesday, November 26, 2014

Panduan Mudah Bersalin. Turun tanda, Adakah Anda Sudah Bersedia Masuk Labour Room?

Assalamualaikum wbh.

Anda sudah bersedia fizikal dan mental untuk melahirkan anak? 
Kenangan manis para ibu yang takkan dilupa dalam hidup

Pengalaman masuk ke labour room untuk setiap anak berbeza-beza, jadi persiapkan diri anda untuk segala kemungkinan yang ada di dalam dewan bersalin nanti. Semoga anda yang membaca perkongsian ini dapat mengamalkan panduan mudah bersalin selepas turunnya tanda untuk bersalin.

Menurut satu artikel dari Pa&Ma yang bertajuk "Panduan Mudah Bersalin", para ibu yang ingin mudah melahirkan anak perlulah mengambil elektrolit dan mineral yang mencukupi untuk memudahkan proses itu nanti.





Pengambilan Elektrolit dan Mineral Memudahkan Proses Bersalin


Contoh elektrolit yang perlu diambil dari diet harian untuk memudahkan bersalin adalah Magnesium, Potassium, sulfur, klorida dan sodium untuk mengelakkan sakit berpanjangan berlaku semasa proses kelahiran anak berlaku.

Sumber elektrolit dan mineral ini boleh didapati daripada daging segar, produk tenusu penuh lemak, sayur sayuran dan buah-buahan, kekacang ataupun jus buah-buahan segar.

Jika sakit berpanjangan berlaku, ia menjadikan badan kita lemah dan tidak bertenaga untuk meneran anak keluar dari perut kita.

Oleh itu, kita haruslah mengelakkan dari merasa sakit yang berpanjangan berlaku semasa proses kelahiran.

Selain itu, untuk menyimpan tenaga menghadapi kontraksi, para ibu haruslah mengambil elektrolit dalam bentuk serbuk mineral yang dicampur ke dalam air atau jus buah-buahan sejurus selepas tanda awal bersalin berlaku.


Cara Mudah dan Cepat Mengambil Elektrolit dan Mineral Sebelum Proses Bersalin.


Jika anda sudah ada tanda-tanda untuk melahirkan anak, sama ada turun darah mahupun turun air, sudah tentulah anda sudah tidak punya masa yang panjang untuk berfikir bagaimana untuk mendapatkan elektrolit dan mineral dengan kadar yang segera dan boleh disimpan lama dalam badan.

Di sini saya sertakan tips mudah mengambil elektrolit dan mineral dengan cepat sebelum masuk ke labour room :

1) Sediakan kurma

Sentiasa menyediakan kurma ke mana-mana sahaja anda berada. Sama ada hendak keluar atau di mana-mana, sentiasa sediakan sebekas kurma untuk dibawa sebagai bekalan elektrolit untuk berjuang melahirkan anak nanti.

Kurma mengandungi kandungan gula yang tinggi dan ini menbantu ibu mengembalikan tenaga dan sebagai sumber tenaga untuk meneran kemuadiannya.

Kurma juga mengandungi elektrolit seperti magnesium, phosphur, kalium dan sodim. Dengan ini, kurma boleh membantu memberi tenaga berpanjangan dan mengurangkan kesakitan itu.

2) Minum Performance Drink

Performance Drink ni sangat mudah dibancuh! (Klik untuk info lanjut)

Bila anda dah mula rasa sakit-sakit kontraksi, mudah sangat-sangat! Cepat-cepat pergi mandi bersihkan badan, makan kenyang-kenyang untuk persediaan masuk labour room dan bancuhlah Performance Drink yang jadi keperluan utama buat anda untuk melahirkan anak.

Kalau rasa tak sempat nak minum masa tu, boleh bancuh dalam tupperware minum dan minumlah dalam kereta sepanjang perjalanan ke hosiptal. memang sangat mudah, kan?


Bancuhan Performance Drink saya dari entry yang lepas


Kenapa Performance Drink satu keperluan untuk ibu yang nak masuk labour room untuk bersalin?



Jawapannya mudah saja! 

1. Membantu mempermudahkan proses bersalin :
Sebab ia mengandungi kesemua elektrolit yang diperlukan badan untuk membantu mempermudahkan proses bersalin.

2. Elakkan sakit berpanjangan :
Perlu diingat, kesemua elektrolit yang diperlukan ini bukan saja memudahkan kita untuk bersalin, tetapi ia juga membantu mengelakkan sakit berpanjangan semasa proses bersalin itu.

3. Membekalkan tenaga berkekalan :
Performance drink juga mengandungi karbohidrat unik yang memberikan tenaga berpanjangan kepada para ibu-ibu yang berjam-jam berada di dalam bilik bersalin. Secara realitinya, sudah tentulah ibu yang menanti untuk bersalin sudah tidak lalu dan berselera untuk makan, jadi, tenaga dari performance drink inilah yang membantu kita bertenaga untuk meneran dengan sepenuh tenaga melahirkan anak.

4. Kekalkan hidrasi badan :
Dengan pengambilan performance drink ini, ia membantu kita kurang rasa dahaga dalam masa yang lama, yang penting sekali mengekalkan penghidratan air dalam badan kita.

Kesemua 4 point ini adalah sangat penting buat ibu-ibu yang sedang bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka di dalam bilik bersalin.

Bagi yang pernah melahirkan anak sebelum ini, sudah tentu kenangan berharga ini sentiasa terpahat di memori sepanjang hayat. Mungkin kali ini, anda dapat merasakan perubahan dari segi tenaga yang dikerah sepenuh kudrat untuk melalui proses bersalin ini sekali lagi dengan pengambilan Performance Drink.

Semoga dengan perkongsian ini, anda dapat merakamkan senyuman yang panjang sejurus selepas melahirkan anak anda! 



Bagi anda yang ingin menikmati perubahan tenaga ini, boleh lah menghubungi saya di 016-3353567 untuk mendapatkan bekalan Performance Drink yang sentiasa ada di dalam simpanan saya.

Akhir kata, saya kongsikan di sini doa memudahkan bersalin buat amalan para ibu yang ingin melahirkan anak. Saya doakan semoga dilancarkan dan dipermudahkan urusan anda ya! Semoga berjaya!


Perkongsian dari Google Image




Ikhlas dari,

Ainul Malik
016-3353567


Thursday, September 25, 2014

Rangsang Minda Anak Kita dengan Aktiviti Yang Murah Lagi Menarik Bersama Keluarga

Assalamualaikum semua :)

Pernah tak anda semua terfikir, yang walaupun anak-anak kita bersama-sama dengan kita setiap hari, mereka masih memerlukan aktiviti yang interesting dan menyeronokkan selagi mereka buka mata setiap hari?


Kajian oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menyifatkan bermain sebagai satu proses pendidikan tidak formal dan kemahiran kanak-kanak itu akan diperluaskan kepada pendidikan formal kepada penguasaan kemahiran membaca, mengira dan menulis (3M).
(Artikel dari Utusan Malaysia) 

Satu lagi artikel yang menarik dipetik di sini :

"Toddlers in a program to encourage interaction and play with their mothers grew into adults with higher IQs, greater educational attainment and a less involvement in violence than kids who did not receive the early stimulation, a new study finds."
(Dr Susan Walker, the lead researcher and a professor at the University of the West Indies in Jamaica, in an article of Parent-Child Interaction May Increase IQ). 


Saya mulanya memang terdetik di kepala, sambil-sambil masak di dapur, memang saya benarkan anak-anak saya explore semua barang dan perkakas masak saya seperti senduk betul, sudu, periuk, besen, dan lain-lain untuk mereka main masak-masak.

Jika kita berada di ruang tamu, bermainlah sepuas hati sambil ibu-ibu melipat kain ataupun menyapu sampah, mahupun membuat kerja-kerja lain.


Tetapi, rupa-rupanya kadang kala, anak-anak ini cepat bosan dan memerlukan sesuatu yang kreatif untuk mereka nikmati bersama-sama dengan kedua ibu bapa. Saya ulang, bukan untuk mereka main sendiri, namun, aktiviti ini dinikmati bersama-sama adik beradik dan juga kedua ibu bapa mereka.


Ya, saya memang WAHM (work at home mother), tetapi saya belum mencuba untuk menyediakan doh plastisin saya sendiri, atau apa-apa aktiviti yang melibatkan kreativiti yang dilakukan sendiri, kecuali bermain buih sabun bersama anak anak di bilik mandi!




1) Aktiviti main sabun bersama anak


Ya, satu-satunya aktiviti saya dan anak-anak bersama adalah dengan buat buiih sabun dengan jari anda semasa anak mandi, dan lekat-lekatlah pada badan mereka! Memang sangat menyeronokkan!




sabun mandi, shower foam, aktiviti kanak-kanak, murah dan jimat
Aktiviti buat buih sabun di bilik mandi bersama anak

Macammana nak buat?


Basahkan tangan anda kedua-duanya, letak sedikit saja shower foam di tapak tangan dan gosok tapak tangan untuk menghasilkan lebih buih, tangan kanan bentukkan bulatan seperti di gambar dan tangan kiri menadah buih belon yang terhasil. Tiuplah gelembung buih yang terbentuk di tangan kanan untuk membentuk buih belon.


Atau, boleh terus tiupkan ke badan anak-anak anda, mereka pasti suka dan berebut-rebut nak buih belon itu!





2) Membuat layang-layang


Terima kasih pada Upin Ipin yang menyebabkan Aiman, anak sulung saya selalu meminta abahnya untuk membuat layang-layang kertas untuknya bermain-main. Alhamdulillah, ayahnya melayan untuk membuat layang-layang jika ada masa lapang.

Dan yang terbaru, abahnya dah belikan layang-layang yang betul untuk Aimana bermain di hadapan rumah! (Jimat masa nak buat layang-layang baru sebab selalu terkoyak). Memang kelakar anak-anak kita, kan :)

Mana gambar Aiman main layang-layang, macam ada tangkap, ada tu di dalam koleksi gambar yang banyak ni nanti saya upload :)


3) Membuat origami


Daripada layang-layang, yang paling senang adalah buat roket. Bila dah ajar Aiman buat roket, tiba-tiba mulalah Aiman pandai request untuk buat origami yang lain :)

Syukur, ada suami yang ada idea untuk membeli buku origami untuk dijadikan aktiviti malam-malam kami semasa menonton televisyen. (Rasanya masa malam-malam begini, si ibu sibuk membasuh pinggan dan bersihkan dapur, ayahnya yang layan anak buat origami, hihi. Pengakuan ikhlas ni).


Buku yang suami belikan di Big Bad Wolf
Melipat macam origami juga :)


4) Buat Kraf Comel Bersama Anak

Kraf ni inspirasi dari kawan-kawan yang suka ke DIY. Murah aje beli felt yang dah siap potong dengan pelbagai warna, tinggal nak lekatkan sahaja, anak-anak mesti sangat suka sebab hasilnya sangat comel!

Amni bersama burungnya


Palstik felt kraf yang boleh dibeli di DIY

5) Main Plastisin


Dah jadi trend semasa sekarang, ibu-ibu buatkan doh plastisin, tapi saya beli saja plastisin tu di DIY juga :) Insyaallah, saya akan cuba buat doh plastisin sendiri untuk yang lebih selamat dimain oleh anak-anak :)

Plastisin sekarang ada acuan
Plastisin sekarang, ada macam-macam acuan, tapi yang lebih kreatif merangsang minda anak, biarkan mereka buat bentuk mereka sendiri. klau bagi Aiman bab tu memang macam-macam ideanya, raksaksa lah, panda lah, sampai ke sirih junjung pun buat? ish, ini pengaruh Abang Saleh Upin Ipinlah ni! Besar betul pengaruh Upin Ipin dalam hidup anak saya hihi.


6) Main Air di rumah


Main air yang paling best, boleh di dalam rumah dan di luar rumah, dengan pengawasan kita. Sebab itulah ia menjadi aktiviti menarik bersama keluarga. Tak boleh dibiarkan mereka mandi sendiri saja, kerana keselamatan harus dijaga, walaupun main di dalam bilik air saja :)

Mandi kolam, kalau boleh semua mainan mereka nak masukkan dalam ni!


7) Main Lego


Main lego atau blok memang sangat merangsang minda anak-anak kerana mereka memang bebas membina apa sahaja yang mereka suka. Jika anda selalu membiarkan mereka bermain sendiri, kali ini, kita bersama-sama mereka membina apa-apa sahaja binaan mengikut imaginasi mereka. Ini akan membuatkan masa anda dan anak akan lebih berharga!

Bermain lego bersama anak memang membantu meransang minda mereka


8) Aktiviti Bercerita


Ya ampun! Mengapa aktiviti ini saya letakkan sebagai aktiviti pilihan yang terakhir? Kerana ia langsung tidak menggunakan modal, hanya menggunakan imaginasi anda sendiri untuk bercerita kisah sang kancil dengan buaya atau apa-apa kisah yang boleh diceritakan kepada anak-anak :) Bagi saya, aktiviti bercerita memerlukan kesabaran yang sangat tinggi, kerana belum habis bercerita, anak kita itu akan bertanya 1001 soalan tanpa henti sebelum cerita habis diceritakan!

Memang inilah aktiviti yang paling merangsang minda kerana ia melibatkan imaginasi anak-anak dan bersabarlah ibu bapa untuk melayani imaginasi anak-anak anda itu. Jangan sampai anda yang menangis ya! Lawak-lawak saja sekali sekali, hihi :)

Banyak bercerita bersama anak merangsang minda mereka dengan lebih cepat lagi


Ada bermacam-macam lagi aktiviti yang merangsang minda anak-anak anda untuk lebih cerdas dan meningkatkan IQ mereka. Contohnya menonton National Geographic, berjogging, berbasikal dan sebagainya bersama-sama. Dan jangan lupakan aktiviti solat berjemaah bersama mereka, ia secara tak langsung mewujudkan rasa kasih yang tidak terhingga terhadap Pencipta :D

Yang penting di sini, luangkan waktu bersama mereka walaupun aktiviti apa yang mereka lakukan, semoga perhubungan mesra dan rasa kasih sayang antara kita dengan anak kita bertambah dan ia akan membuatkan mereka berasa disayangi dan sangat mempengaruhi sikap dan cara pemikiran mereka semasa membesar sekarang ini :)

Semoga artikel ini membantu memberikan idea kepada anda untuk meluangkan lebih masa berharga bersama si manja tersayang!

Anak gembira, Ibu Bapa Bahagia!


Semoga semuanya sihat, ceria dan bahagia!




Salam ikhlas,

Ainul Malik.

Sunday, May 25, 2014

Khasiat Pelukan kepada Suami dan Isteri Bahagia

Pelukan antara suami dan isteri menambahkan kehangatan perhubungan sah ini setiap hari. Mengekalkan hubungan yang mesra adalah lebih sukar dari membina hubungan yang mesra. Timbulnya nanti isu semakin lama berkahwin semakin dingin, bosan dan tiada "feel" bak kata sesetengah orang? Betulkah?


Tips Membina Keluarga Bahagia


Oleh itu, lebih bagus kiranya pasangan yang baru berkahwin itu memulakan satu "trend" di awal perkahwinan dengan menjadikan memeluk pasangan sebelum pergi kerja sebagai satu rutin harian.


Gambar dari : https://www.facebook.com/majalahnona?fref=photo



5 Khasiat Memeluk Suami dan Isteri


1) Suami yang memeluk isteri setiap hari mendapat kesihatan yang baik kerana hormon endorfin akan dirembeskan yang membantu meredakan stress, seterusnya dianggap memanjangkan umur (jika diizinkan Allah) kerana wujudnya perasaan bahagia :)

2) Satu kajian di Amerika Syarikat telah mendapati bahawa isteri yang dipeluk suami akan dapat menurunkan kadar kolestrolnya dan membantu dalam penurunan berat badan isteri.

3) Memeluk suami dan isteri sebanyak lapan kali akan membantu meningkatkan kekuatan sistem keimunan badan terhadap penyakit.

4) Pelukan membantu mengendurkan otot dan mengurangkan kesakitan.

5) Pertukaran tenaga semasa memeluk pasangan menjana cas keseimbangan dan pembinaan kasih sayang antara suami isteri.


Jadi, jangan malu untuk memeluk pasangan anda sama ada suami mahupun isteri, kerana merekalah sahabat sejati tempat kita mengadu masalah, bertukar perasaan dan pendapat dan tempat luahan kasih dan sayang.

"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan Nya di antara kamu rasa kasih sayang." (Ar-Rum 21).

Indahnya hidup dilimpahi nikmat kebahagiaan dari Allah !




Semoga semakin hari semakin sayang!




Salam sayang dari

AinulMalik
Pengedar Shaklee Kegemaran Anda :)
SMS 013-3536718
Wasap 016-3353567

Thursday, May 15, 2014

FAQ Kepentingan Supplement Semulajadi Untuk Sihat

Salam sejahtera semua :)

Hari ini saya terpanggil untuk mengulas lebih lanjut mengenai kepentingan mengambil supplement dalam kehidupan seharian.

Jadi, ini adalah ulasan peribadi yang berasaskan pengalaman, pengetahuan dan pembacaan yang saya akan olahkan dalam bahasa yang lebih mudah untuk anda semua fahami.

Soalan 1 :

1) Perlukah makan supplement setiap hari?
Jawapan : Jika anda yakin bahawa anda mampu menyediakan menu makanan yang sihat tanpa cenderung kepada satu nutrisi makanan sahaja, anda boleh menolak supplement dari kehidupan seharian anda.


Piramid Makanan

Wah..tengok tu, dalam menu kita sehari hari, berapa banyak protein yang diambil berbanding dengan sayuran atau buah-buahan?

Bagaimana untuk mencukupkan nutrisi yang tidak dapat ditampung dari daging, ayam dan ikan dan ianya hanya terdapat dalam tumbuhan sahaja?


Cadangan pengambilan makanan untuk setiap hidangan

Jadi, di sini, saya membantu anda untuk menyediakan makanan yang seimbang mengikut keperluan normal manusia. Jadi, bolehlah anda menjadikan carta di bawah ini sebagai panduan penyediaan makanan buat keluarga tersayang :)



Panduan untuk menyediakan makanan yang seimbang

Soalan 2 :

2) Bolehkah anda berusaha mengekalkan nutrisi yang terdapat dalam sayuran yang anda sediakan?


Jawapan : Kenapa nutrisi ini penting untuk dikekalkan? Supaya kita dapat menyerap nutrisi tersebut buat kegunaan sel-sel badan.

Contohnya; badan kita kekurangan Vitamin A. Untuk apakah Vitamin A ini?

Vitamin A diperlukan untuk pertumbuhan sel, kulit yang cantik, rambut dan tisu badan yang sihat serta untuk penglihatan.

Mari kita lihat sumber vitamin A :
Sayuran hijau tua, sayuran dan buah-buahan kuning
Contoh : broccoli, sawi, lobak merah, kentang, labu, aprikot dan dari sumber haiwan, iaitu hati, susu, butter, cheese dan telur

Persoalannya :
Adakah anda yakin dengan masakan anda itu nutrisi dari makanan tadi dapat dikekalkan? 

Kerana vitamin ini akan cepat termusnah oleh suhu yang tinggi, datang dari haba masakan kita. Malahan, dalam kajian juga menunjukkan vitamin A juga boleh termusnah akibat pencahayaan yang berpanjangan. Jadi, sejauh manakah sumber yang dimakan dan dimasak tadi dapat memenuhi keperluan nutrisi sel kita?




Soalan 3:


3) Sejauh manakah kita boleh mengelak dari makanan terproses dan makanan segera?

Dalam kehidupan moden kita sehari-hari, kita lebih mengejar masa. Makanan segera ini sangat mudah disediakan dan menjimatkan masa. Contohnya, dalam peti ais rumah masing-masing mesti ada ayam segera, atau nugget atau sosej atau burger dan banyak lagi makanan terproses yang mudah disediakan.

Makanan ini tidak menyihatkan kerana mengandungi protein dan kalori yang berlebihan, termasuk pengawet, namun kadang-kadang kita tidak dapat mengelak dari mengambil makanan seperti ini. Jika hal ini berlanjutan, keperluan nutrisi harian sudah tidak seimbang dan kita akan terdedah kepada bahaya penyakit.



Daripada persoalan-persoalan yang sentiasa bermain di fikiran kita di atas, dapat disimpulkan bahawa, disiplin diri membawa kepada pengurusan diri yang baik. Jika anda yakin dapat menyediakan menu yang terbaik, anda telah berjaya mewujudkan suasana yang sihat dalam keluarga anda.

Yang penting, untuk pertumbuhan dan perkembangan minda dan badan anak-anak yang sedang membesar, bukan?
Jadi, untuk mencukupkan nutrisi yang seimbang, saya akan ambil supplement yang saya sudah tahu apakah nutrisi nya, kepentingannya dan dos yang saya perlukan untuk menyediakan sel yang sihat untuk badan saya.

Punca penyakit adalah datang dari berbagai faktor. Perlu tahu apakah fungsi supplement sebenarnya. Supplement berfungsi untuk mencukupkan nutrisi sel. Jika tak cukup, apa akan jadi? Mulalah kita akan mengalami kulit yang bersisik dan tidak sihat, jerawat, rambut gugur, otot yang sentiasa letih, tulang yang tidak kuat, selalu kekejangan, sakit pinggang, dan macam-macam lagi.

Supplement bukan ubat, kerana supplement tidak dimakan untuk menyembuhkan penyakit. Ia untuk mencukupkan saja nutrisi yang kurang tadi, supaya jika sel badan cukup nutrisi nya, kita akan sentiasa segar, tahap rintangan penyakit tinggi dan kuat, mempunyai kulit yang cantik dan emosi juga stabil dan bahagia.



Pendapat saya :

1) Dalam kehidupan sehari-hari, saya juga berusaha menyediakan makanan yang sihat dan saya juga mengambil makanan sunnah untuk nutrisi dan keperluan sel seharian, kerana makanan sunnah ini juga mempunyai nutrisi yang penting buat kita.

Namun, saya tidak tahu untuk mengira keperluan sebenar nutrisi mengikut dos yang diperlukan sel setiap hari.

Kenapa saya beria-iya untuk tahu dos yang diperlukan badan?

Untuk situasi saya : saya adalah ibu yang menyusukan anak. Saya tahu, saya memerlukan 1000 mg kalsium setiap hari untuk menghasilkan susu buat si manja tersayang.

Saya memang mengambil kurma untuk menambahkan susu dan membekalkan kalsium untuk badan. Dan, untuk menyenangkan lagi kehidupan saya yang sibuk ini, saya mengambil 4 biji kalsium ostematrix yang menagndungi 250 mg kalsium untuk setiap tablet ostematrix itu. Jadinya, bila saya ambil 4 biji ostematrix, saya tahu yang keperluan sel badan untuk kalsium telah dapat dipenuhi.

Kalsium ini sangat penting bukan untuk saya sahaja, tetapi untuk manfaat anak yang saya susukan ini juga, kerana anak itu lebih berkepentingan untuk mendapat kalsium yang cukup untuk pertumbuhan tulangnya, giginya, dan juga untuk pergerakan otot juga sistem sarafnya. Jika saya tidak cukup kalsium, bagaimana untuk menampung keperluan anak saya? Kesian dia

2) Sumber Vitamin/supplement yang diambil

Setelah tahu bahawa supplement berkepentingan untuk memberikan nutrisi yang cukup dari dos yang kita sendiri tahu, saya memang mementingkan sumber vitamin/supplement yang diambil.

Lebih baik memilih supplement semulajadi yang diproses melalui teknologi moden tanpa menghilangkan nutrisi dari proses haba, tekanan dan pengawetan.

Supplement Shaklee memang berasal dari sumber semulajadi yang diproses dengan sebaik mungkin supaya ianya tahan lama tanpa perlu ditambah dengan pengawet. Nutrisinya juga dapat dikekalkan. Jadi, apakah sebenarnya kepentingan mengambil supplement semulajadi berbanding supplement sintetik yang ada di pasaran ini?

Perbandingan antara supplement semulajadi dengan supplement sintetik.



  1. Sumber : Supplement semulajadi dari bahan asli, tetapi sumber supplement sintetik dari BAHAN KIMIA yang diproses untuk mengandungi nutrisi yang sama seperti nutrisi asli
  2. Selamat : Sudah tentulah supplement semulajadi lebih selamat diserap oleh sel badan berbanding supplement sintetik yang mengandungi bahan kimia itu.
  3. Penyerapan & keberkesanan : Supplement semulajadi lebih senang diserap oleh sel badan berbanding bahan kimia dari supplement sintetik yang membuatkan keberkesanan supplement semulajadi dapat dilihat cepat dan lebih dari supplement sintetik kerana peratus penyerapan supplement semulajadi yang lebih tinggi oleh sel badan.

Oleh itu, point utama pemilihan supplement adalah : Yang selamat kepada tubuh badan, tidak mendatangkan toksin terhadap tubuh dan yang lebih berkesan.

Selamat itu sangat penting terutama buat ibu-ibu yang mengandung, kerana saya seboleh-bolehnya tidak mahu mendedahkan janin yang saya kandungkan ini kepada bahaya bahan sintetik dan juga toksin yang terhasil dari bahan kimia tersebut. Berusahalah kita membantu dan memudahkan sel badan kita ini kerana dari sel-sel ini terbinanya tisu dan organ yang sihat yang bekerja untuk kita selama mana kita hidup di dunia ini.


Kepentingan Supplement Shaklee yang semulajadi. Terima kasih : Ihsan Google


Kita bertanggungjawab terhadap sel-sel badan sendiri demi kesihatan yang berpanjangan. Untuk apa? Bukan sahaja untuk menikmati masa berharga dan nikmat hidup bahagia bersama orang-orang tersayang, tetapi juga untuk melunaskan tanggungjawab singkat kita di dunia ini untuk kepentingan akhirat yang abadi.

Memang kita berkewajipan untuk menjaga kesihatan sendiri bukan? Supaya kita dapat beribadah kepada Allah sebanyak yang termampu, menjaga hubungan sesama insan juga dengan alam sekeliling agar suasana yang aman bahagia dan bersih dapat diwujudkan.

Saya memang dambakan kehidupan yang Sihat, Ceria dan Bahagia!



Ikhlas,

Ainul
Distributor kegemaran anda :)
SMS 013-3536718
WASAP 016-3353567

Wednesday, May 7, 2014

Gempar : Makan Supplement Shaklee Sebabkan Pendarahan Bleeding yang Banyak Sewaktu Bersalin !!

Makan supplement Shaklee boleh sebabkan bleeding atau pendarahan semasa bersalin, takutnya!



Ohhhh..sungguh menakutkan, agak-agaknya apalah yang dimakan tu ye? Sebenarnya saya sangat terkejut apabila yang mengeluarkan kenyataan ini adalah seorang yang profesi*nal yang sentiasa berinteraksi dengan pesakit.

Dia tanya, adakah pesakitnya mengambil ESP
Ya, Jawab pesakit itu.

 "Lalu, dinasihatinya berhentilah minum ESP dan seangkatan dengannya sebab nanti akan alami pendarahan semasa bersalin".

ESP??

OK2..bertenang semua, mari kita kosongkan minda dan kita tengok dari semua sudut. Beberapa pertanyaan timbul di kepala saya;

  1. Supplement apa yang dia makan?
  2. Berapa dos yang dia makan ni?
  3. Panduan, cara makan bagaimana?
  4. Dari siapakah supplement itu dibeli?
Saya pulak excited nak kaji, satu persatu..

Oh..mungkin most probably, dia ambil set mengandung, kan?

Ok, kita tengok set mengandung ada :

  1. B kompleks dan asid folik
  2. Vitamin C
  3. Vitalea
  4. Ostematrix
  5. ESP
  6. Omega Guard
Jom-jom tengok, apakah yang terkandung dalam setiap supplement ini :

  • Vitalea Iron Formula
    •  mengandungi 12 jenis vitamin, 7 galian dan juga zat besi. Zat besi sgt penting untuk pembentukan sel darah merah dan juga untuk menstabilkan darah di dalam badan. Ibu-ibu mengandung dan menyusukan sgt digalakkan mengambil vitalea ini kerana zat besi juga penting untuk penghasilan susu dan juga tumbesaran anak. Nutrient yg terkandung dalam vitalea juga bagus untuk kekuatan tulang dan immunisasi. lain2 keistimewaan kandungan vitalea adalah :
    • Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat
    • Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
    • Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
    • Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
    • Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
    • Magnesium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
    • Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
    • Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*

  • B kompleks
    • Shaklee B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, paru-paru dan organ-organ penting yang lain.
    • Asid folik merupakan Vitaman B yang penting bagi membantu menghasilkan dan mengekalkan sel-sel baru. Oleh kerana asid folik tambahan tidak mudah diserap oleh tubuh, Shaklee telah berjaya menghasilkan Sistem Penyerapan Bioaktif yang unik yang membolehkan Vitaman B lebih mudah diserap oleh sistem tubuh.

  • Vitamin C
    • Kandungan Vitamin C yg tinggi
    • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yg menyamai kandungan satu setengah biji buah oren utk setiap jam selama 5jam (berkekalan dalam tubuh; kerana Vitamin C tidak berupaya disimpan lama oleh tubuh)
    • mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, untuk kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, tulang, otot dan salur darah
    • membantu dalam proses penyerapan zink dalam badan

  • Ostematrix
    • Kalsium sangat penting dalam pembentukan sel darah merah
    • Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan Vitamin D membantu dalam pengekalan darah yang normal
    • Juga membantu dalam pengecutan otot dan saraf yang normal
    • membantu dalam penyumbangan nutrient kepada fetus dan supaya kalsium dari si ibu tidak kekurangan akibat diserap oleh anak tadi, mengurangkan osteoperosis.


    • ESP didatangkan dalam bentuk serbuk yang diperbuat dari 100% non-GMO soy protein yang lengkap dengan 9 asid amino perlu. Kesan POSITIF dari pengambilan minuman ini ialah:
    • ia membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan
    • Selain itu, ia juga membantu kita melapik perut dan menahan lapar kerana ia membantu menghasilkan mukosa sebagai pelindung kesan asid hidroklorik di dalam perut. Oleh itu, dapat mengelakkan rasa kepedihan perut dan juga pedih ulu hati!
    • gabungan kalsium dan protein di dalam ESP menjadi makanan tambahan untuk penghasilan utama susu ibu yang dapat diberikan kepada si manja kesayangan anda.

  • Omega-Guard
    • Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.
    • EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
    • OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Semua memang bagus untuk mengandung dan persediaan untuk berpantang, dalam pantang dan untuk menyusukan anak.

Takkanlah sebab minum ESP boleh sebabkan pendarahan semasa bersalin?

Sebab ESP ni protein. Proteinlah yang menyediakan sel-sel yang sihat dan baik. Jika anda ada luka, ESP membantu mempercepatkan proses pembaikan luka ni, macam saya yang mengalami pembedahan untuk kedua-dua anak saya.

Saya rasa, saya tahu sebabnya.

Sebab, jika sesiapa yang mengandung yang membeli supplement dari, akan saya nasihatkan supaya berhenti mengambil OMEGA GUARD semasa minggu ke 30-32 untuk persediaan bersalin samasa minggu ke 38-40 nanti.

Lebihan omega itu boleh lah diberikan kepada suami tersayang untuk turunkan kolesterol, normalkan paras insulin atau menstabilkan tekanan. 
Boleh juga diberikan kepada anak-anak tersayang untuk bekalan DHA.

Kenapa kena berhenti makan omega ya?

Omega-3 may increase the risk of bleeding, particularly at doses of three grams daily or greater. Caution is advised in people with bleeding disorders or those taking drugs that may increase the risk of bleeding. Dosing adjustments may be necessary.
Sumber :  http://www.mayoclinic.org/drugs-supplements/omega-3-fatty-acids-fish-oil-alpha-linolenic-acid/safety/hrb-20059372

Penerangan :

Omega ini berupaya mencairkan darah. Ia adalah supplement yang terbaik untuk mereka yang ada masalah dengan pengaliran darah di dalam badan, terutamanya yang mengidap sakit jantung.

Setengah orang mempunyai darah yang sedikit cair, jadi, sebab itulah dinasihatkan berhenti makan pada waktu sebelum bersalin supaya tidak berlaku kejadian pendarahan yang tidak disengajakan.

Itulah pentingnya mendapatkan konsultasi yang betul, iaitu servis yang sangat diperlukan apabila anda membeli supplement ini.
Jangan suka hati makan tanpa mengikut aturan atau makan secara berlebihan.

Juga anda boleh merujuk dari link ini mengenai omega : http://umm.edu/health/medical/altmed/supplement/omega3-fatty-acids#ixzz2nuXC20AU

Saya harap, dengan penerangan saya ini semua nya telah clear. 

Banyak kesimpulan yang boleh kita dapat dari kisah di atas :

1) Jika terdengar apa-apa berita, siasatlah dahulu sebelum membawa cerita fitnah ke merata-rata tempat 
2) Beli supplement dari pengedar yang dipercayai 
3) Pilih supplement yang selamat dan berkualiti 
4) Makan supplement dengan ilmu  
5) Berpada-padalah untuk semua perkara, berwasatiah, kerana barang yang bagus, jika digunakan atau dimakan berlebihan akan membawa mudarat juga kepada kita, jadi, jangan hardcore ok!
Jika anda pilih supplement untuk dibeli, kajilah dulu supaya tidak bias dan pastikan sumber yang dikaji datangnya dari kajian saintifik bukannya cakap-cakap kosong belaka.

Tidak kiralah, jika anda makan Omega dari brand mana sekalipun, jika langkah berjaga-jaga tidak diambil, kesannya adalah sama, tambahan kesan sintetiknya pula menambahkan lagi kesulitan pada sel-sel badan anda.

Kerana saya yakin, jika anda makan vitamin Shaklee yang semulajadi ini dengan panduan dan cara yang betul, akan akan berpuas hati dan gembira dengan kesan-kesan positifnya seperti saya!

Saya day share pengalaman mengandung, berpantang dan menyusukan dengan supplement ini di :


Anda akan gembira dan disayangi anak dengan pengambilan nutrisi yang mencukupi untuk keperluan diri sendiri dan keperluan ahli keluarga yang lain :)


Semoga anda semua berpuas hati dan berlapang dada dengan artikel saya yang tak seberapa ini. Ilmu Allah jua yang saya kongsi, jom kita gali sedalam-dalamnya.

Yang baik dari Allah, yang buruk datang dari saya sendiri,
Wallahualam.



Salam sayang dari pengedar yang prihatin,

Ainul Malik
SMS 013-3536718
Wasap 016-3353567
Facebook page : Sihat.Ceria.Bahagia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...