Showing posts with label Vita-lea. Show all posts
Showing posts with label Vita-lea. Show all posts

Wednesday, October 22, 2014

Rahsia Banyakkan Susu Ibu Dengan Berkesan Dari Ibu Yang Gagal Menyusu Anak Pertama

Assalamualaikum para ibu semua :)

Ramai yang mencari-cari rahsia dan tips untuk banyakkan susu ibu dengan cepat dan berkesan. Insyaallah, saya akan berkongsi segala yang saya tahu melalui pengalaman dan dan pengetahuan yang sentiasa saya timba untuk menyediakan susu badan yang secukupnya buat Amni Zahraa, anak kesayangan saya.


Ya, dulunya memang saya bekerja. Keluar rumah jam 7.30 pagi dan sampai ke rumah jam 7 malam. Saya dah melalui bermacam-macam perit dan getir dalam bidang penyusuan ini, iaitu :
  1. Aiman anak pertama reject menyusu dari saya sekitar usianya 3bulan
  2. Susu mengering dan terus terpaksa berhentikan penyusuan badan kepada Aiman
  3. Lahir anak kedua, Amni terkena kuning sehingga admit wad, saya berusaha memperbanyakkan susu ibu di awal pantang
  4. Susu badan saya mulai merudum ketika Amni 5 bulan-7bulan

Pengalaman Penyusuan Saya Gagal untuk Anak Pertama


Anak pertama, Aiman reject menyusu terus dari badan. Memandangkan ini kali pertama saya menyusukan anak, jadi, bacaaan dan ilmu online yang saya timba selama 9 bulan rupanya belum cukup membuatkan saya mahir untuk menyusukan Aiman. 

Ini maknanya, saya kurang lagi menggali ilmu. Saya kurang bertanya dengan orang-orang yang berpengalaman, saya tidak membaca buku, hanya mengharapkan sumber ilmu dari internet yang saya anggap cukup, rupa-rupanya tidak.

Setelah berpengalaman menyusukan Amni sepenuhnya, saya tahu masalah saya gagal menyusukan anak pertama sepenuhnya adalah kerana :

  1. Cara latching dan perlekapan mulut anak dengan payudara ibu adalah salah, membuatkan susu tidak mengalir dengan secukupnya
  2. Kurang direct feed bermakna kurang stimulasi
  3. Saya dah perkenalkan anak pertama dengan susu formula, jadi dia lebih selesa minum susu susu yang banyak dari botol berbanding badan
  4. Saya kurang mengepam susu semasa kerja membuatkan susu badan saya membengkak dan berkurang kerana kurangnya permintaan, iaitu supply on demand
  5. Pam susu saya bermasalah, dan saya melengahkan membaikinya membuatkan hasil pengepaman susu saya tidak banyak kerana pam rosak
Jadi, disimpulkan di sini bahawa kegagalan penyusuan badan kepada anak pertama berpunca dari sikap ibu sendiri, ya, saya tahu ini salah saya dan saya cuba memperbaiki kesalahan saya untuk anak kedua.

Prinsip Penyusuan Badan yang Perlu Difahami untuk Menjayakan Penyusuan Badan


Ibu perlu faham bahawa kita tidak boleh bergantung kepada supplement saja semata-mata tanpa mengamalkan prinsip asas penyusuan dan mengaplikasikan teknik teknik ini dengan ilmu.


Prinsip asas penyusuan :



  1. Banyakkan direct feeding dan stimulasi untuk menghantar isyarat kepada badan menghasilkan lebih banyak susu, kerana kilang susu kita demand on supply
  2. Banyakkan minim air kosong, lebih dari 3 liter. Banyaknya! Malaslah! Kenapa kena minum sebanyak tu? sebab kita menggunakan air untuk proses dalaman badan kita dan untuk menampung penghasilan susu kepada anak selama 24 jam! Jadi? fikir-fikirkan :)
  3. Banyakkan berdoa, kurang berdoa bermakna kita hanya redha dan tidak bersungguh mahukan susu dihasilkan dari badan sebagai rezeki tidak terhingga dari Allah.
Jadi, jika anda ibu yang betul-betul mahu berikan yang terbaik buat anak anda, anda akan rela menyediakan fizikal dan mental untuk menghasilkan susu sebanyak mungkin! Siapa yang tak mahu anaknya montel dan gebu kan?


Kenapa saya kecewa tidak dapat menyusukan anak sepenuhnya?


Dahlah dalam susu badan kita tu ada khasiat antibodi yang tiada dalam susu formula, mana nak cari susu formula yang dapat tandingi susu badan kita?

Perbandingan formula milk dan breatmilk ihsan Google

Wah, menangis saya tengok carta ini! Bayarla duit ribuan ringgit untuk beli susu formula memang tak dapat tandingi kenikmatan dan kehebatan susu ibu ini!

Dalam susu formula ada ramuan kasih sayang?

Masyaallah, ini satu lagi yang boleh buatkan saya menangis. Alhamdulillah, untuk Amni Zahraa, saya dapat berzikir Ya Matin (Zikir penambah susu), Ya Wahab (Zikir tambah rezki) Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir (Zikir erat kasih sayang), Ya Rahman Ya Rahim (Kasih sayang) Ya Hakim (untuk kebijaksanaan) dan banyak lagi sepanjang menyusukan Amni dan juga sepanjang mengepam susu untuknya.

Memang sangat terharu, kan? Sebab implikasinya adalah kita menyalurkan susu terhebat dunia dengan zikir-zikir yang lahir dari ibunya sendiri, semoga bertambah-tambah berkat susu untuk anak kita tu nanti.

Saya ada kongsikan doa untuk memperbanyakkan susu di entry ini, sila klik ya.


Tegap dan montel anak susuan ibu mama ni, Amni Zahraa


Milk Booster penambah lagi hasil susuan saya


Selain itu, saya memang mengaku, memang saya menggunakan supplement untuk menambahkan lagi pengeluaran susu saya. Saya mengamalkan makan ESP, alfalfa, lecithin dan ostematrix sebagai supplement yang utama, dan B compleks, Vitamin C dan Vitalea sebagai booster menambahkan nutrisi terbaik buat anak saya.


  1. ESP : Sumber protein yang lengkap untuk menghasilkan susu di dalam badan dan memekatkan susu
  2. Alfalfa : Milk booster
  3. Ostematrix : Sumber kalsium yang penting untuk memperbanyakkan susu
  4. Lecithin : Melancarkan pengaliran susu yang bertukar jadi lemak jika susu tidak dihisap oleh anak
  5. B kompleks : Sumber untuk nutrisi kualiti susu, penting untuk saraf ibu dan anak dan penghilang stress ibu
  6. Vitamin C : Imun booster ibu dan bayi
  7. Vitalea : Nutrisi yang paling lengkap untuk kesihatan optima ibu dan bayi


Dan sememangnya kesemua ini adalah produk Shaklee, vitamin semulajadi yang telah menjalani kajian berpuluh tahun dan diiktiraf oleh Saintis seluruh dunia tentang keberkesanan dan isu selamatnya vitamin ini untuk sel badan kita dan anak kita.


Pengalaman yang indah ini pastinya saya akan kongsikan kepada ibu-ibu yang memerlukan.


Syukur, rezeki selepas BANGKIT dari kegagalan

Jika perlukan konsultasi dari saya, bolehlah hubungi saya di 016-3353567, kita berbual dari hati ke hati dengan whatsapp kerana saya memang faham jerih perih ibu yang gagal menyusu kerana saya pernah gagal kali pertama dengan anak pertama saya! Sangat pedih, ok!

Saya juga banyak berhubung dengan pakar laktasi untuk membantu menyelesaikan masalah saya. 

Untuk mengubat duka lara anda, jom saya kongsikan satu video yang memberikan inspirasi dari Peer Lactation terkenal, Dilla Jalil rakan saya dari Ipoh Perak ini. Best video ni :) 

Beliau adalah salah seorang yang saya banyak berkongsi suka duka perjalanan penyusuan saya, dan kali ini saya pula ingin menyalurkan manfaat buat anda semua!


Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.


Insyaallah, saya akan berkongsi dengan para ibu di luar sana cara mengatasi stress sepanjang penyusuan yang penuh cabaran ini dalam entry seterusnya!

Tungguuuuuu!

Semoga sharing saya memberi semangat dan inspirasi buat ibu-ibu yang hampir berputus asa di luar sana untuk berjuang menyusukan anak selama mana yang mungkin! Insyaallah, demi membesarkan anak kurniaan Allah nikmat yang tidak terhingga!


Anak-anak syurga saya
Anak adalah permata syurga dari Allah. Maafkan Mama, Aiman, mama tak bermaksud nak menghentikan penyusuan lengkap mama kepada Aiman dulu. Terima kasih kerana kehadiran Aiman banyak mengajar mama menjadi seorang ibu yang terbaik. Terima kasih ya Allah kerana dengan ilmu Mu ini dapat ku berikan yang terbaik buat Amni Zahraa. Tiada bezanya kedua-dua anak ku ini, mereka adalah yang terbaik buat saya selama-lamanya!

Terima kasih ya Allah mengurniakan saya permata syurga ini! Akan ku penuhi tanggungjawabku sebagai ibu sebaik-baiknya sementara masih ada usia. 

Mama sayang kalian berdua tiada taranya!

* Insyaallah, tidak lama lagi ebook penyusuan saya akan keluar, boleh tinggalkan no whatsapp anda di ruang komen untuk saya maklumkan kehadirannya nanti. Semoga ia bermanfaat buat ibu-ibu yang melalui breastfeeding journey yang penuh pancaroba!

Ikhlas membantu dari hati ;

Ainul Malik
016-3353567

Thursday, April 24, 2014

Pendarahan Bleeding Awal Kehamilan Membahayakan?

Menurut kajian, satu perempat dari wanita mengandung (hamil) mengalami pendarahan di awal kehamilan.

Jika yang keluar adalah berwarna merah kepada coklat yang berbeza dari haid, ia adalah pendarahan ringan atau dipanggil spotting.

Spotting berlaku pada trimester yang pertama.



Punca Berlaku Spotting Pendarahan Ringan di awal Kehamilan


  1. Anda menjalani IVF atau rawatan lain yang membantu anda untuk hamil
  2. Hormon badan yang mengawal kitar haid telah menyebabkan pendarahan pada tarikh atau masa yang biasa anda datang period/haid sewaktu anda sebelum mengandung. Ia boleh jadi sekali atau dua kali sehingga hormon ini dapat dikawalatur dengan baik.
  3. Perlekatan telur yang telah disenyawakan pada lapisan uterus anda juga menyebabkan pendarahan. Ia berlaku selama sehari atau dua hari.
  4. Hormon kehamilan juga dapat mengubah permukaan serviks anda untuk senang berdarah. Oleh itu, pintu serviks mungkin terengsa. Contoh situasi : hubungan seks di awal kehamilan menyumbang kepada masalah ini.
  5. Anda mungkin mempunyai fibroid. (Ketumbuhan pada rahim). Plasenta kadangkala akan melekat pada fibroid ini, jadi janganlah bimbang ya ibu ibu, dapatkan nasihat doktor jika anda ada fibroid semasa hamil.
  6. Polis serviks, iaitu ketumbuhan kecil pada serviks juga menyebabkan pendarahan, tetapi ia juga tidak membahayakan, yang penting dapatkan konsultasi doktor.
  7. Berlaku jangkitan serviks atau jangkitan faraj
  8. Anda menghidap penyakit keturunan seperti Von Willebrand yang membuatkan darah anda sukar membeku.


Pendarahan Bleeding di awal Kehamilan


Namun begitu, berlaku pendarahan yang diikuti dengan sakit perut dan kekejangan, mahupun demam, ia mungkin penyebab keguguran mahupun kehamilan di luar rahim (kehamilan ektopik).

  1. Keguguran pada awal kehamilan berlaku apabila bayi tidak berkembang dengan betul. 
  2. Kehamilan ektopik berlaku apabila telur yang disenyawakan tu, melekat pada bahagian luar uterus. Darah berwarna gelap dan cair seperti jus prun akan mengalir tanpa henti.
  3. Kehamilan molar pula disebabkan oleh embrio tidak membesar dengan betul tetapi sesetengah sel yang membentuk plasenta terus membesar secara abnormal.


Bagaimana untuk kenalpasti bahawa saya period atau mengalami keguguran?


Kadangkala, ada situasi di mana kita tidak datang period selama sebulan dan setelah itu mengalami pendarahan yang luarbiasa. Kita akan keliru samada ia adalah period ataupun keguguran.


Perkara yang pertama sekali adalah berjumpa dengan Doktor untuk menjalani scan atau imbasan ultrabunyi.

Kemudian, ujian air kencing dan ujian darah akan dilakukan untuk menguji tahap hormon kehamilan ini.

Menurut bacaan saya dari blog Dr Zubaidi dari link ini, ujian darah dilakukan untuk mengetahui kepekatan hCG dan beberapa perkara boleh dikenalpasti untuk mengetahui punca atau kebarangkalian keguguran pada kehamilan ini.

Namun begitu, berita gembira buat yang menjalani scan dan telah dapat mengesan bunyi denyutan jantung bayi, kerana potensi untuk gugur itu adalah nipis.


Masalah rahim tidak kuat? Ubat Kuatkan rahim



Kadangkala jika kita bertemu dengan doktor, doktor akan memberitahu anda, saya akan bagi puan ubat kuat rahim. Rahim saya tak kuat kah doktor? Apa yang menyebabkan rahim tak kuat?

Masalah rahim tak kuat ini berpunca dari ibu yang hamil mempunyai kurang hormon progesterone yang mana rahim tidak dapat menyediakan tempat yang optima untuk pembesaran janin.

Sebenarnya, masa anak kedua, saya juga pernah mengalami spotting ini. Hasilnya, doktor memberikan ubat bernama duphaston, iaitu hormon sintetik yang mempunyai progesterone. 

Kiranya, setelah ovum disenyawakan, akan berlaku perlekatan fetus pada lapisan endometrium, iaitu lapisan rahim ini. Jadi, semasa mengandung, progesterone akan semakin meningkat dengan banyak untuk membantu lapisan rahim ini menebal untuk perlekatan janin/fetus yang kita kandungkan ini.

Jika progesterone kurang, janin tidak dapat melekat dengan sempurna dan akan gugur bersama-sama dinding endometrium ini tadi.

Ubat kuat rahim, keguguran
Duphaston ubat kuat rahim


Supplement yang membantu menguatkan rahim


Semasa mengalami spotting di awal kehamilan Amni, saya telah cuba mengkaji supplement yang sesuai untuk membantu menguatkan rahim saya ini.  

Saya telah mencuba ESP (Energising Soy Protein Shaklee) kerana ia mengandungi sumber protein yang tinggi, yang memberi nutrisi penuh kepada sel (kerana sel asalnya dari protein) supaya sel-sel badan saya sihat dan kuat.

Jadi, sel-sel rahim yang terbina ini akan sihat dan kuat untuk menampung proses penempelan janin pada dinding rahim saya.


Supplement Penting Semasa Kehamilan


Tahukah anda bahawa, jika anda stress, hormon progesterone untuk menebalkan dan menguatkan dinding rahim berkurang?

1) Jadi, untuk menstabilkan emosi, saya juga mengambil b kompleks, iaitu supplement penenang yang paling selamat agar saya tidak stress. Selain itu, b kompleks Shaklee yang semulajadi ini didatangkan khas bersama asid folik yang membantu fetus untuk berkembang dengan sempurna.

Sudah menjadi satu keinginan kita untuk mendapatkan anak yang sihat dan sempurna bukan? 

Oleh itu, ambillah b kompleks bersama-sama dengan asid folik ini supaya saraf-saraf bayi kita dan pertumbuhannya mendapat cukup nutrisi yang diperlukan.

B kompleks juga membantu memberikan tenaga tambahan kepada kita, terutamanya ibu mengandung yang sentiasa lemah dan tidak bermaya. Jadi, untuk kuat dan bertenaga, saya ambil b kompleks ini dan juga ESP supaya saya sentiasa cergas sepanjang kehamilan.



2) Ostematrix juga penting untuk menyumbangkan kalsium kepada pembinaan tulang bayi dan juga kepada sistem saraf yang sempurna. 

Tahukah anda bahawa progesterone yang tinggi diperlukan untuk sel-sel tulang (osteoblast) membina tulang? 

Jadi, jika kita kekurangan progesterone, kuranglah kalsium untuk membina tulang dan proses pembentukan tulang baru untuk fetus terjejas. Oleh itu, kita bantu anak yang dikandung ini untuk membentuk tulang-tulang yang sempurna supaya proses pembesarannya juga tidak terganggu.

Fetus akan menyerap kalsium daripada ibu, jadi, jika kita juga kekurangan kalsium, masalah rambut gugur, gigi longgar dan mungkin tercabut, sakit kaki, sakit pinggang akan terjadi kepada ibu mengandung ataupun selepas berpantang kemudian hari.


3) Vitamin C Sustained Release juga saya ambil untuk imuniti badan saya sendiri. disebabkan kita keletihan, kurang bermaya, jadi ini juga menjadi faktor kepada kurangnya imuniti badan.

Tambahan pula cuaca dan jangkitan memudahkan lagi ibu mengandung mendapat jangkitan yang sama, jadi saya ambil langkah untuk menguatkan ketahanan badan saya dengan vitamin C ini.


4) Vitalea sangat penting untuk pembekalan sumber mineral dan vitamin-vitamin lain untuk keperluan badan saya, ibu mengandung dan juga bayi yang kita kandungkan.

Masalah hemoglobin rendah (hb) dapat diatasi dengan mengambil 2 biji Vitalea yang mengandungi iron ini. Iron penting untuk pengikatan oksigen di dalam darah. Tidak semua multivitamin di pasaran mengandungi iron, jadi, memang menjadi kelebihan Vitalea yang mengandungi iron membantu meningkatkan semula bilangan hemoglovin di dalam darah kita.


5) Bermula dari trimester kedua, saya mengambil omega guard untuk pembekalan DHA untuk anak yang saya kandungkan ini. 

Berat badan ibu mengandung juga tidak naik dengan sangat ketara dengan pengambilan omega yang membantu menstabilkan hormon leptin (iaitu nafsu makan) di dalam badan.

Saya sangat berpuas hati dengan perbezaan berat badan antara anak pertama dengan anak kedua saya ini kerana untuk anak sulung saya, badan saya naik sehingga 20 kg lebih! namun begitu, untuk anak kedua, saya dapat mengimbangkan berat badan yang bertambah, kurang dari 20 kg.

Selain itu, bagi ibu-ibu yang bermasalah mendapat kencing manis dan darah tinggi semasa mengandung, bagus mengambil omega ini untuk menyeimbangkan hormon di dalam badan kita.


Semoga dengan perkongsian saya hari ini, dapat memberi idea dan membantu ibu-ibu di luar sana bertindak dengan cepat hasil dari pembacaan ini. Jika anda mengalami masalah pendarahan semasa mengandung, segeralah berjumpa dengan doktor dan banyakkan berehat.

Berdoalah kepada Allah untuk keselamatan dan segala yang dihajatkan semoga Allah mempermudahkan kehamilan ini sehingga sembilan bulan dan melancarkan urusan bersalin nanti.


Makan makanan yang menyihatkan ya ibu-ibu :)


Yang penting, jagalah emosi supaya sentiasa stabil dan anda akan mencetuskan emosi yang bahagia kepada bayi yang anda kandungkan tersebut. Bayangkan nanti, anak yang lahir itu suka marah-marah, stress dan banyak meragam, fikirkan, adakah ia refleks kepada ragam anda sendiri sewaktu mengandungkannya?

Demi anak tercinta, jagalah tutur kata, jagalah emosi, jagalah hati, jagalah keperibadian. Semoga anak yang bakal dilahirkan itu adalah golongan soleh dan solehah yang menyejukkan jiwa :)

Bergembiralah selalu, kuatkan diri dan semangat supaya semuanya boleh disalurkan kepada anak tercinta :)

Semoga ibu-ibu di luar sana memberikan segala yang terbaik buat si manja demi masa depan mereka!


Jika berminat mendapatkan supplement semulajadi yang pernah saya amalkan sepanjang kehamilan, hubungi

AinulMalik
SMS 013-3536718
wa 016-3353567



* Entry hari ini juga ditujukan khas buat anakanda tersayang, Muhammad Aiman Hakim, selamat hari lahir sayang, semoga Aiman menjadi pemuda solehin yang memperjuangkan agama Allah, menggembirakan mama dan abah, juga bahgia dunia dan akhirat. Mama sayang anak-anak mama!

Kenangan Mama Mengandungkan Aiman 4 tahun yang lalu tidak akan dilupakan sampai bila-bila :)




Rujukan :
http://www.babycenter.com.my/a1031215/pendarahan-ringan-atau-pendarahan-faraj

Thursday, March 6, 2014

Tips Berpantang dengan Sihat dan Amalan Berpantang Akibat Ceaserean / Pembedahan

Berpantang Secara Sihat dengan Set Berpantang Terbaik yang Pernah Saya Amalkan

Ya, memang vote untuk Shaklee. Sebabnya? Saya dah ada 2 anak yang kedua-duanya menjalani pembedahan ataupun ceaserean section / c-sect. Disebabkan anak adalah rezeki, saya redha :) Alhamdulillah!

Anak yang pertama, saya belum kenal Shaklee lagi. Bagi anak kedua, saya telah mula consume Shaklee dari sebelum pregnant sehinggalah sepanjang hamil, berpantang dan menyusukannya sepenuhnya.

Pendapat saya mengenai set bersalin/berpantang Shaklee :

  1. Mudah, simple dan menyenangkan.
  2. Saya kuat untuk bangun jika dibandingkan antara kedua-dua pembedahan
  3. Luka pembedahan cepat sembuh
  4. Bertenaga
  5. Ransangan untuk menyusukan saya mula awal untuk yang kedua, jadi supplement menambahkan lagi hasil penyusuan untuk minggu pertama kelahiran
  6. Emosi ceria dan sentiasa bertenang
  7. Menjimatkan kos kerana supplement yang saya makan dari hamil boleh disambung semasa berpantang, juga boleh disambung sehingga menyusukan anak
  8. Dapat mengumpul stok yang banyak semasa berpantang dan berlanjutan sehingga ke setahun.
  9. Bentuk badan dapat dikekalkan sama sebelum mengandungkan anak pertama
  10. Tiada stretch mark di perut, semuanya pudar :)
set bersalin, set berpantang, pembedahan, ceaser
Kenangan berpantang hari ketujuh :)


Amalan Berpantang Saya yang menjalani Pembedahan


Alhamdulillah, semua ini adalah kesan positif dari pengambilan set berpantang ini secara berterusan. Namun begitu, saya tetap tidak meninggalkan untuk berurut pada seluruh bahagian badan kecuali perut dan memakai minyak pada perut dan kaki, juga berstokin. 

Ya, saya suka berurut dan saya melanjutkan untuk berurut setiap 3/4 bulan sekali sepanjang setahun selepas melahirkan anak kedua ini. Ia sangat membantu mengendurkan urat-urat yang tegang dan juga melancarkan proses penyusuan ibu kepada anak saya.

Yang paling penting, jaga pemakanan supaya tidak mengambil makanan yang berangin mahupun sejuk. Saya juga berpantang dari memakan udang, sotong mahupun kerang-kerangan. Saya ambil protein seperti ayam kampung, daging dan ikan yang tidak gatal sejak minggu pertama berpantang. Saya sukakan ulam ulaman, terutamanya ulam pegaga dan ulam raja, tidak lupa daun mengkudu yang beraroma itu hihi. Teringat pula nasik lemuni, oh sedapnya!

Oh ya, saya makan dengan banyaknya dengan menu makanan sihat. Nasi putih adalah wajib setiap hari. No diet2 ok sebab kita nak sihat, sembuhkan luka dan menghasilkan susu yang banyak buat bayi kita, jadi makan untuk kepentingan anak, insyaallah memang tak gemuk saya tetap maintain seperti biasa :) BEST!

Selebihnya saya ambil buah-buahan kecuali jambu batu yang saya pantang sehingga sekarang ini, anak saya dah setahun lebih sekarang ;) Takpe, khasiat vitamin C saya boleh dapatkan dari buah oren, kiwi mahupun Sustained Release Vitamin C Shaklee yang saya pasti keaslian askorbik asid nya dan ada tambahan bioflavonoid pula!

Walaupun saya cser, tapi pada minggu kedua, saya tetap memakai bengkung secara longgar untuk memastikan perut yang menggeleber ini tidak menutup jahitan, dan saya rasa petua ini sangat bagus diamalkan kerana jika dibiarkan, kulit yang sentiasa basah akibat peluh akan melambatkan lagi proses pembaikan luka dan bertambah pula satu lagi masalah iaitu ruam.

Terakhir yang ingin saya tekankan adalah pengambilan air suam kosong. Saya suka minum air suam panas sebab badan saya akan segera bertindak mengeluarkan angin! best kan, tak percaya, cubalah! Saya akan pastikan saya minum sedikit2 tetapi jumlah akhir untuk sehari adalah 3 liter untuk membantu penyembuhan sel badan, untuk penghasilan susu dan proses pembuangan lancar :) Air juga adalah ajen pembakar lemak tau, jangan main2 dengan air kosong ya :)



Set Berpantang Terbaik Pilihan Saya




1) Multivitamin/Vitalea yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang membantu sel-sel saya untuk pulih dan juga melengkapkan nutrisi pemakanan saya akibat dari berpantang.



2) Sustained release Vitamin C yang membekalkan saya Vitamin C 500 mg yang bertahan selama 5 jam di dalam badan. Sangat penting untuk luka pembedahan saya ini cepat sembuh


3) B kompleks yang penting juga untuk penyembuhan luka, memberi tenaga kepada saya untuk kuat, meredakan stress sepanjang berpantang dan nutrisi ini dapat membantu menghasilkan susu ibu buat si manja saya


4) Zink kompleks yang sangat membantu dalam penyembuhan luka dan imuniti badan. Membantu stimulasi aktiviti enzim dalam badan saya.


5) ESP yang berprotein tinggi membantu penyembuhan luka, memberi tenaga berpanjangan dan untuk susu saya lebih meriah! Saya minum ESP sejak mengandung dan ESP adalah supplement yang pertama saya minum selepas sedar dari pembedahan. Ia membantu saya untuk mengepam susu sepanjang malam anak saya ditahan di wad disebabkan kuning. Alhamdulillah, saya dapat direct feed dan berikan susu pam kepada anak dan membolehkan bacaan kuningnya yang setinggi 200 lebih turun ke 100 dan syukur, kami dibenarkan keluar dari wad keesokan harinya. Tips kuning : berikan sebanyak yang mungkin susu anda kepada bayi yang kuning supaya dia dapat minum dengan banyaknya.


6) Ostematrix; Supplement tambahan yang saya ambil untuk set barpantang saya demi memastikan saya tidak mengalami kekejangan, mengendurkan otot yang tegang, untuk mengurangkan sakit2 belakang badan dan lenguh2 badan juga untuk mendapatkan nutrisi kalsium untuk susu saya demi untuk menyalurkannya kepada bayi saya.


7) Lecithin; juga supplement tambahan yang saya ambil bermula dari minggu kedua berpantang yang membantu saya membakar lemak berlebihan untuk kembali kurus seperti sebelum mengandung, melancarkan pengaliran susu keluar dari duktus susu dan membantu menajamkan ingatan saya, yelah kan, dah kata urat dah banyak putus, selalu ibu2 berpantang alami sindrom pelupa bukan? 

Ya, ini semua adalah supplement yang saya amalkan sepanjang berpantang, dan alhamdulillah, saya kelihatan cergas dan ceria dan boleh menguruskan anak yang pertama kerana dia sangat manja pada masa itu :)

Anak Syurga saya dan suami, alhamdulillah

Alhamdulillah, saya rasa sangat puas kerana kali ini saya berjaya menyusukan anak kedua saya secara penuh dan ianya adalah satu kejayaan dalam hidup saya yang dikenang sampai bila-bila :)

Best kan berpantang? Sebab tempoh ini adalah tempoh bonding dan bermesra-mesraan dengan anak yang baru dilahirkan;) Apa pula cerita anda?






Tuesday, June 26, 2012

Set Breastfeeding Pilihan di Bulan Ramadhan/Puasa

Salam Ceria buat semua..

Tinggal tak sampai sebulan lagi umat Islam akan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan, yang memberi rahmat buat semua hamba-hamba Allah. Sudah bersediakah ibu-ibu yang menyusukan anak-anak sempena bulan Ramadhan ini?
Risau tentang kurang tenaga sepanjang berpuasa?
Takut kekurangan air susu sepanjang berpuasa?
Risau merasa dahaga yang amat sangat akibat mengepam susu?
Sudah terfikir akan mula mencampurkan susu badan dgn susu formula?

Sementara masih ada masa, apa kata ibu2 sekalian cuba alternatif ini?

Mighty 3 Gem Shaklee

MIGHTY 3 GEM
Set Mighty 3 Gem mengandungi ESP (Energizing Soy Protein), Mealshake dan juga Performance drink. Mari kita lihat apakah kepentingan ketiga-tiga supplement ini buat ibu-ibu menyusu, ibu2 mengandung, mereka yang aktif dan sesiapa yang ingin memelihara taraf kesihatan sepanjang bulan puasa nanti.

1. ESP (Energizing Soy Protein)

ESP didatangkan dalam bentuk serbuk yang diperbuat dari 100% non-GMO soy protein yang lengkap dengan 9 asid amino perlu. Kesan POSITIF dari pengambilan minuman ini ialah:
  • ia membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan
  • Selain itu, ia juga membantu kita melapik perut dan menahan lapar kerana ia membantu menghasilkan mukosa sebagai pelindung kesan asid hidroklorik di dalam perut. Oleh itu, dapat mengelakkan rasa kepedihan perut dan juga pedih ulu hati!
  • gabungan kalsium dan protein di dalam ESP menjadi makanan tambahan untuk penghasilan utama susu ibu yang dapat diberikan kepada si manja kesayangan anda sepanjang anda berpuasa

2. Mealshake

Mealshake ini berperisa vanila yang pasti dapat memikat rasa semua! Ia membekalkan 35% atau lebih Nilai Harian bagi 19 jenis vitamin dan mineral yang penting
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, dan serabut sajian / fiber membantu anda mengatasi masalah sembelit sempena bulan puasa ini.
  • Memelihara kesihatan melalui kandungan vitamin-vitamin dan mineral penting yang diperlukan badan setiap hari yang selalunya sukar dipenuhi melalui sajian berbuka dan sahur kita

3. Performance Drink

Performance Drink mempunyai rasa oren tang yang menyegarkan! Mengapa ia penting buat kita sepanjang bulan puasa ini? Ia menjadi pilihan ahli-ahli sukan dan mereka yang menjalani gaya hidup aktif supaya kekal bertenaga dan mengurangkan rasa dahaga melalui:
  • Rumusan Ekslusif Opticarb memberi kita KARBOHIDRAT bagi daya ketahanan dan elektrolit bagi penghidratan semula dengan segera
  • Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan
  • terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar 
Selain itu, terdapat juga set-set yang berkaitan selain dari Mighty 3 Gem ini yang dapat membantu ibu-ibu membuat stok susu sempena menjelangnya Ramadhan ini.

Set2 yang dicadangkan ialah :

  1. Set Tripple M : yang mengandungi Vitalea, Vitamin C, B kompleks, Alfalfa, Ostematriks dan ESP
  2. Set E              : yang mengandungi  Vitalea, Vitamin C, B kompleks, Alfalfa, dan Ostematriks
  3. Set Eu Four Pack Plus : mengandungi Vitalea, Vitamin C, B kompleks, Ostematriks dan ESP
  4. Set Eu Four Pack        :  mengandungi Vitalea, Vitamin C, B kompleks, dan Ostematriks
  5. Set B  :   mengandungi Vitalea, Vitamin C, B kompleks, dan Alfalfa
Set breastfeeding Shaklee mengikut keperluan anda

Pemilihan setiap set ini bergantung kepada keperluan, keadaan ibu dan juga masalah yang dihadapi. Boleh dapatkan konsultasi daripada saya berkenaan dengan kesesuian pemilihan set2 breastfeeding ini.

Sebagai bonus buat ibu-ibu di luar sana, ingin saya kongsikan petua-petua orang lama-lama yang dapat membantu ibu-ibu menyediakan stok buat anak kesayangan mereka yang dipetik dari buku Susu Ibu, Titisan Mutiara Bonda.

RESEPI SUSU BADAM

Menurut buku Ensaiklopedia Perbidanan Melayu yang ditulis oleh YBhg. Datin Sharifah Anisah Barakbah, terdapat dua resepi yg telah terbukti berhasil membantu memperbanyakkan dan memekatkan air susu ibu, iaitu resepi susu badam dan resepi rendaman halba.

BAHAN
1 gelas susu segar
1 sudu teh serbuk badam
1 sudu besar kismis kuning/ 7 biji kurma nabi
1-2 sudu teh madu lebah asli/madu arab
1 biji telur ayam kampung (kuning sahaja)

CARA MENYEDIAKAN
Bancuh bahan sehingga sebati dan minum. Amalkan selama 2 minggu. Selepas 2minggu, minum tanpa telur (ada juga adunan digaul sebati dengan badam, kismis atau kurma dan madu asli spt jem dan ditelan begitu sahaja)

RESEPI RENDAMAN HALBA

Minuman ini khas untuk melancarkan dan membanyakkan air susu. Ramuannya ialah segenggam halba yang direndamkan ke dalam air suam sehingga kembang. Sebelum minum, tapis dan campurkan dengan madu lebah asli. Halba juga boleh direndamkan di dalam air susu lembu atau susu kambing dan dicampurkan madu. Minum 1-2 cawan sehari.

Rujukan : Barakbah A. (2007) Ensiklopedia Perbidanan Melayu.
Dipetik dari buku SUSU IBU Titisan Mutiara Bonda, DBP

Selamat mencuba ya! Semoga ibu-ibu mendapat manfaat dari penulisan saya ini dan saya doakan usaha-usaha ibu-ibu untuk menyediakan susu yang terbaik buat si manja ini mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.


Segala yang terbaik hanya buat si manja tersayang! Walau apa jua cabaran dan rintangan, akan kucuba harungi agar si manja mendapat makanan yang terbaik di dunia ini, insyaallah!


Hubungi saya untuk konsultasi pengambilan supplement semulajadi ini daripada saya, Ainul Malik melalui ainzm@yahoo.com/ 
0133536718/ 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
Salam sayang,
Mama Aiman
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...