Showing posts with label Vitalea. Show all posts
Showing posts with label Vitalea. Show all posts

Saturday, September 20, 2014

Vitalea Multivitamin yang Lengkap Terbaik Untuk Semua Golongan Lelaki mahupun Wanita

Anda mencari multivitamin yang terbaik di pasaran?
Anda mahukan semua khasiat nutrisi dari semua jenis vitamin yang lengkap dalam 1 tablet?
Anda mengalami pengiraan haemoglobin yang rendah?

Ya, anda sememangnya memerlukan Vitalea Iron Formula!


6 Sebab Mengapa Vitalea Multivitamin Terbaik di Pasaran :

  1. Mengandungi 28 jenis Vitamin yang lengkap yang sangat diperlukan badan
  2. Mengandungi formula iron (Zat besi) yang jarang didapati di dalam tablet multivitamin yang lain di pasaran, yang sangat bagus untuk pembentukan haemoglobin, membantu pesakit anemia, dan membantu tumbesaran badan.
  3. Mengandungi beta carotene yang membantu dalam pembentukan sel dan tisu serta bagus untuk penglihatan
  4. Lengkap bersama kalsium dan fosforus di samping kewujudan Vitamin C dan Vitamin D untuk kesihatan gigi dan tulang yang kuat
  5. Mengandungi Biotin dan Pantothenic Acid yang penting untuk metablisma lemak dan karbohidrat
  6. Vitamin B12 yang penting untuk pembentukan sel darah merah  

Kesuburan, kesihatan optima, lengkap nutrisi


Vitalea lengkap dengan Vitamin A, D, C, B1, B2, B3, B6, B12, Asid folik, Biotin, Vitamin B5, Kalsium, Fosforus, Iodin, Zat Besi, Magnesium, Copper, Zink dan banyak lagi!


Kualiti Vitalea Sebagai Multivitamin Terbaik memang Terbukti!


Vitalea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai The Best MultiVitamin di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vitalea Shaklee selama setahun, risiko jatuh sakit boleh dikurangkan sebanyak 65%.


10 Manfaat Vitalea yang luas untuk kesihatan yang optima :


  1. Penambah tenaga segera
  2. Membantu sistem memori dan fokus
  3. Pelengkap Nutrisi yang lengkap akibat dari pemakanan yang tidak seimbang
  4. Meningkatkan sistem reproduktif dan kesuburan
  5. Penting untuk pertumbuhan sel dan tisu yang sihat
  6. Melambatkan proses penuaan
  7. Pertumbuhan tulang, gigi dan rambut yang sihat
  8. Melindungi organ seperti buah pinggang, jantung dan hati
  9. Sangat membantu dalam pembentukan darah merah
  10. Meredakan ketegangan, mengurangkan tekanan dan memberi kesan penenang 

Info Vitalea Shaklee yang patut diketahui :

Vitalea adalah multivitamin dan mineral yang PERTAMA dicipta di dunia. Asalnya bernama "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan menjadi "Vitamin".

Beruntunglah anda yang bijak yang telah memilih Vitalea sebagai supplement utama harian anda!

Vitalea multivitamin terbaik di pasaran dunia!

Testimonial Vitalea






Semoga anda semua bergembira dengan perubahan positif yang bakal anda rasai dengan Vitalea ini :)

Saya sentiasa menantikan berita gembira ini datang daripada anda, golongan yang memerlukan nutrisi ini :)


Nak order dengan penghantaran selamat dari Gdex, klik sini :
http://bit.ly/VitaleaMultivitamin


Nakkan COD kawasan Kajang, Taman Puncak Saujana Kajang dan Taman Cheras Jaya, saya sedia membantu anda :)

Jika perlukan konsultasi dan servis terbaik, hubungi saya ya di 016-3353567


Semoga berjumpa lagi!

I'm happy to share :)

SID mesra anda;

Ainul Malik
016-3353567

Wednesday, May 7, 2014

Gempar : Makan Supplement Shaklee Sebabkan Pendarahan Bleeding yang Banyak Sewaktu Bersalin !!

Makan supplement Shaklee boleh sebabkan bleeding atau pendarahan semasa bersalin, takutnya!



Ohhhh..sungguh menakutkan, agak-agaknya apalah yang dimakan tu ye? Sebenarnya saya sangat terkejut apabila yang mengeluarkan kenyataan ini adalah seorang yang profesi*nal yang sentiasa berinteraksi dengan pesakit.

Dia tanya, adakah pesakitnya mengambil ESP
Ya, Jawab pesakit itu.

 "Lalu, dinasihatinya berhentilah minum ESP dan seangkatan dengannya sebab nanti akan alami pendarahan semasa bersalin".

ESP??

OK2..bertenang semua, mari kita kosongkan minda dan kita tengok dari semua sudut. Beberapa pertanyaan timbul di kepala saya;

  1. Supplement apa yang dia makan?
  2. Berapa dos yang dia makan ni?
  3. Panduan, cara makan bagaimana?
  4. Dari siapakah supplement itu dibeli?
Saya pulak excited nak kaji, satu persatu..

Oh..mungkin most probably, dia ambil set mengandung, kan?

Ok, kita tengok set mengandung ada :

  1. B kompleks dan asid folik
  2. Vitamin C
  3. Vitalea
  4. Ostematrix
  5. ESP
  6. Omega Guard
Jom-jom tengok, apakah yang terkandung dalam setiap supplement ini :

  • Vitalea Iron Formula
    •  mengandungi 12 jenis vitamin, 7 galian dan juga zat besi. Zat besi sgt penting untuk pembentukan sel darah merah dan juga untuk menstabilkan darah di dalam badan. Ibu-ibu mengandung dan menyusukan sgt digalakkan mengambil vitalea ini kerana zat besi juga penting untuk penghasilan susu dan juga tumbesaran anak. Nutrient yg terkandung dalam vitalea juga bagus untuk kekuatan tulang dan immunisasi. lain2 keistimewaan kandungan vitalea adalah :
    • Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat
    • Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
    • Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
    • Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
    • Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
    • Magnesium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
    • Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
    • Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*

  • B kompleks
    • Shaklee B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, paru-paru dan organ-organ penting yang lain.
    • Asid folik merupakan Vitaman B yang penting bagi membantu menghasilkan dan mengekalkan sel-sel baru. Oleh kerana asid folik tambahan tidak mudah diserap oleh tubuh, Shaklee telah berjaya menghasilkan Sistem Penyerapan Bioaktif yang unik yang membolehkan Vitaman B lebih mudah diserap oleh sistem tubuh.

  • Vitamin C
    • Kandungan Vitamin C yg tinggi
    • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yg menyamai kandungan satu setengah biji buah oren utk setiap jam selama 5jam (berkekalan dalam tubuh; kerana Vitamin C tidak berupaya disimpan lama oleh tubuh)
    • mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, untuk kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, tulang, otot dan salur darah
    • membantu dalam proses penyerapan zink dalam badan

  • Ostematrix
    • Kalsium sangat penting dalam pembentukan sel darah merah
    • Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan Vitamin D membantu dalam pengekalan darah yang normal
    • Juga membantu dalam pengecutan otot dan saraf yang normal
    • membantu dalam penyumbangan nutrient kepada fetus dan supaya kalsium dari si ibu tidak kekurangan akibat diserap oleh anak tadi, mengurangkan osteoperosis.


    • ESP didatangkan dalam bentuk serbuk yang diperbuat dari 100% non-GMO soy protein yang lengkap dengan 9 asid amino perlu. Kesan POSITIF dari pengambilan minuman ini ialah:
    • ia membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan
    • Selain itu, ia juga membantu kita melapik perut dan menahan lapar kerana ia membantu menghasilkan mukosa sebagai pelindung kesan asid hidroklorik di dalam perut. Oleh itu, dapat mengelakkan rasa kepedihan perut dan juga pedih ulu hati!
    • gabungan kalsium dan protein di dalam ESP menjadi makanan tambahan untuk penghasilan utama susu ibu yang dapat diberikan kepada si manja kesayangan anda.

  • Omega-Guard
    • Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.
    • EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
    • OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Semua memang bagus untuk mengandung dan persediaan untuk berpantang, dalam pantang dan untuk menyusukan anak.

Takkanlah sebab minum ESP boleh sebabkan pendarahan semasa bersalin?

Sebab ESP ni protein. Proteinlah yang menyediakan sel-sel yang sihat dan baik. Jika anda ada luka, ESP membantu mempercepatkan proses pembaikan luka ni, macam saya yang mengalami pembedahan untuk kedua-dua anak saya.

Saya rasa, saya tahu sebabnya.

Sebab, jika sesiapa yang mengandung yang membeli supplement dari, akan saya nasihatkan supaya berhenti mengambil OMEGA GUARD semasa minggu ke 30-32 untuk persediaan bersalin samasa minggu ke 38-40 nanti.

Lebihan omega itu boleh lah diberikan kepada suami tersayang untuk turunkan kolesterol, normalkan paras insulin atau menstabilkan tekanan. 
Boleh juga diberikan kepada anak-anak tersayang untuk bekalan DHA.

Kenapa kena berhenti makan omega ya?

Omega-3 may increase the risk of bleeding, particularly at doses of three grams daily or greater. Caution is advised in people with bleeding disorders or those taking drugs that may increase the risk of bleeding. Dosing adjustments may be necessary.
Sumber :  http://www.mayoclinic.org/drugs-supplements/omega-3-fatty-acids-fish-oil-alpha-linolenic-acid/safety/hrb-20059372

Penerangan :

Omega ini berupaya mencairkan darah. Ia adalah supplement yang terbaik untuk mereka yang ada masalah dengan pengaliran darah di dalam badan, terutamanya yang mengidap sakit jantung.

Setengah orang mempunyai darah yang sedikit cair, jadi, sebab itulah dinasihatkan berhenti makan pada waktu sebelum bersalin supaya tidak berlaku kejadian pendarahan yang tidak disengajakan.

Itulah pentingnya mendapatkan konsultasi yang betul, iaitu servis yang sangat diperlukan apabila anda membeli supplement ini.
Jangan suka hati makan tanpa mengikut aturan atau makan secara berlebihan.

Juga anda boleh merujuk dari link ini mengenai omega : http://umm.edu/health/medical/altmed/supplement/omega3-fatty-acids#ixzz2nuXC20AU

Saya harap, dengan penerangan saya ini semua nya telah clear. 

Banyak kesimpulan yang boleh kita dapat dari kisah di atas :

1) Jika terdengar apa-apa berita, siasatlah dahulu sebelum membawa cerita fitnah ke merata-rata tempat 
2) Beli supplement dari pengedar yang dipercayai 
3) Pilih supplement yang selamat dan berkualiti 
4) Makan supplement dengan ilmu  
5) Berpada-padalah untuk semua perkara, berwasatiah, kerana barang yang bagus, jika digunakan atau dimakan berlebihan akan membawa mudarat juga kepada kita, jadi, jangan hardcore ok!
Jika anda pilih supplement untuk dibeli, kajilah dulu supaya tidak bias dan pastikan sumber yang dikaji datangnya dari kajian saintifik bukannya cakap-cakap kosong belaka.

Tidak kiralah, jika anda makan Omega dari brand mana sekalipun, jika langkah berjaga-jaga tidak diambil, kesannya adalah sama, tambahan kesan sintetiknya pula menambahkan lagi kesulitan pada sel-sel badan anda.

Kerana saya yakin, jika anda makan vitamin Shaklee yang semulajadi ini dengan panduan dan cara yang betul, akan akan berpuas hati dan gembira dengan kesan-kesan positifnya seperti saya!

Saya day share pengalaman mengandung, berpantang dan menyusukan dengan supplement ini di :


Anda akan gembira dan disayangi anak dengan pengambilan nutrisi yang mencukupi untuk keperluan diri sendiri dan keperluan ahli keluarga yang lain :)


Semoga anda semua berpuas hati dan berlapang dada dengan artikel saya yang tak seberapa ini. Ilmu Allah jua yang saya kongsi, jom kita gali sedalam-dalamnya.

Yang baik dari Allah, yang buruk datang dari saya sendiri,
Wallahualam.



Salam sayang dari pengedar yang prihatin,

Ainul Malik
SMS 013-3536718
Wasap 016-3353567
Facebook page : Sihat.Ceria.Bahagia

Friday, March 7, 2014

Masalah Sperma Lemah dan Kurang Aktif

Buat pasangan yang telah berumahtangga, masalah kesuburan boleh mendatangkan isu masalah rumahtangga jika tidak ditangani dengan perbincangan hati ke hati sesama suami dengan isteri tersayang.

Kemandulan, ketidaksuburan, masalah sperma
Kasih sayang pengikat kebahagiaan rumahtangga

Masalah Sperma Lelaki

  1. Oligozoospermia : Bilangan sperma kurang dari sepatutnya
  2. Asthenozoospermia : Pergerakan sperma tidak normal
  3. Teratozoospermia : Bentuk sperma tidak normal
  4. Oligoasthenoteratozoospermia : Bentuk, pergerakan dan jumlah tidak normal
Bentuk dan morphology Sperma

Bagi menentukan sesuatu air mani (Semen yang terhasil dari kelenjar reproduksi lelaki yang keluar bersama sperma yang dihasilkan di testis) yang normal, ada garispanduan yang telah ditetapkan oleh WHO (World Health Organisation) :

  1. Jumlah sperma tidak kurang 20 juta per mililiter
  2. Jumlah air mani sekurang-kurangnya 2 ml
  3. Jumlah sperma dikeluarkan minima 40 juta
  4. Sekurang-kurangnya 60% dalam bentuk yang normal
  5. Sekurang-kurangnya 75% sperma mesti hidup
  6. Sekurang-kurangnya 50% aktif bergerak ke hadapan dan belakang
  7. Sekurang-kurangnya 25% bergerak aktif ke depan

Oleh itu, para suami dinasihatkan agar lebih berhati-hati dengan faktor penyebab ketidaksuburan ini seperti :
  • Olahraga yang berlebihan
  • Ejakulasi yang terlalu kerap
  • Pakaian ketat, sauna yang kerap dan mandian air panas yang meningkatkan suhu testis
  • Merokok, pengambilan alkohol dan kafein yang terlalu banyak mempengaruhi kualiti sperma

Penawar Vitamin Semulajadi untuk Masalah Sperma


Masalah kualiti sperma yang didialami oleh lelaki adalah berpunca dari kekurangan jumlah nutrisi vitamin E di dalam badan. Vitamin E membantu lelaki :
  • meningkatkan kesuburan
  • meningkatkan pergerakan dan kualiti sperma
  • menurunkan risiko kerosakan sperma (juga boleh menyumbang kepada masalah kelahiran atau gugur)
  • meningkatkan keintiman pada lelaki dan wanita

keintiman, seks, sperma normal, ketidaksuburan, mandul
Vitamin E untuk Pasangan Bahagia Lelaki dan Wanita

Nutrisi Penting untuk Sperma yang Normal


Selain Vitamin E, nutrisi-nutrisi yang lain juga sangat diperlukan untuk kenormalan sperma ini. Di bawah ini disenaraikan dos yang diperlukan setiap hari sebagai alternatif dan penawar mendapatkan sel sperma yang sihat.
  • Vitamin E : 800 IU sehari
  • Vitamin C : 2000-6000 mg sehari diperlukan untuk menghalang sperma dari bergumpal dan melekat sesama sendiri, yang mengundang kepada ketidaksuburan
  • Zinc : 100-200 mg sehari dapat meningkatkan level testosteron, jumlah sperma dan pergerakan sperma.
  • Coenzyme Q10 : 400 mg sehari untuk penjanaan tenaga kepada sperma
  • B kompleks : 50 mg sehari terutama B12 (1000 mcg sehari) untuk jumlah sperma dan pergerakannya
  • Selenium : 200 mcg sehari untuk bentuk sperma dan pergerakkannya
  • Asid lemak penting : 9-12 gram sehari (Omega 3 dan Omega 6 yang tidak dihasilkan dalam badan)
  • Chromium : 1000 mcg sehari
  • Copper : 2 mg sehari
Dos ini dirujuk dari : Artikel tulisan Dr Zoltan Rona, (http://www.alive.com/articles/view/17772/6_ways_to_boost_male_fertility_naturally)


Semoga artikel ini membantu para suami untuk mendapatkan sperma berkualiti demi kesinambungan zuriat anda pengikat kasih sayang anda sekeluarga :)

HUBUNGI :

SMS 013-3536718
WA 016-3353567

htpp://www.facebook.com/sihat.ceria.bahagia

Selamat mencuba ! Kami sedia memberikan HARGA TERBAIK untuk set kasih sayang ini :)


Tuesday, June 26, 2012

Set Breastfeeding Pilihan di Bulan Ramadhan/Puasa

Salam Ceria buat semua..

Tinggal tak sampai sebulan lagi umat Islam akan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan, yang memberi rahmat buat semua hamba-hamba Allah. Sudah bersediakah ibu-ibu yang menyusukan anak-anak sempena bulan Ramadhan ini?
Risau tentang kurang tenaga sepanjang berpuasa?
Takut kekurangan air susu sepanjang berpuasa?
Risau merasa dahaga yang amat sangat akibat mengepam susu?
Sudah terfikir akan mula mencampurkan susu badan dgn susu formula?

Sementara masih ada masa, apa kata ibu2 sekalian cuba alternatif ini?

Mighty 3 Gem Shaklee

MIGHTY 3 GEM
Set Mighty 3 Gem mengandungi ESP (Energizing Soy Protein), Mealshake dan juga Performance drink. Mari kita lihat apakah kepentingan ketiga-tiga supplement ini buat ibu-ibu menyusu, ibu2 mengandung, mereka yang aktif dan sesiapa yang ingin memelihara taraf kesihatan sepanjang bulan puasa nanti.

1. ESP (Energizing Soy Protein)

ESP didatangkan dalam bentuk serbuk yang diperbuat dari 100% non-GMO soy protein yang lengkap dengan 9 asid amino perlu. Kesan POSITIF dari pengambilan minuman ini ialah:
  • ia membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan
  • Selain itu, ia juga membantu kita melapik perut dan menahan lapar kerana ia membantu menghasilkan mukosa sebagai pelindung kesan asid hidroklorik di dalam perut. Oleh itu, dapat mengelakkan rasa kepedihan perut dan juga pedih ulu hati!
  • gabungan kalsium dan protein di dalam ESP menjadi makanan tambahan untuk penghasilan utama susu ibu yang dapat diberikan kepada si manja kesayangan anda sepanjang anda berpuasa

2. Mealshake

Mealshake ini berperisa vanila yang pasti dapat memikat rasa semua! Ia membekalkan 35% atau lebih Nilai Harian bagi 19 jenis vitamin dan mineral yang penting
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, dan serabut sajian / fiber membantu anda mengatasi masalah sembelit sempena bulan puasa ini.
  • Memelihara kesihatan melalui kandungan vitamin-vitamin dan mineral penting yang diperlukan badan setiap hari yang selalunya sukar dipenuhi melalui sajian berbuka dan sahur kita

3. Performance Drink

Performance Drink mempunyai rasa oren tang yang menyegarkan! Mengapa ia penting buat kita sepanjang bulan puasa ini? Ia menjadi pilihan ahli-ahli sukan dan mereka yang menjalani gaya hidup aktif supaya kekal bertenaga dan mengurangkan rasa dahaga melalui:
  • Rumusan Ekslusif Opticarb memberi kita KARBOHIDRAT bagi daya ketahanan dan elektrolit bagi penghidratan semula dengan segera
  • Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan
  • terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar 
Selain itu, terdapat juga set-set yang berkaitan selain dari Mighty 3 Gem ini yang dapat membantu ibu-ibu membuat stok susu sempena menjelangnya Ramadhan ini.

Set2 yang dicadangkan ialah :

  1. Set Tripple M : yang mengandungi Vitalea, Vitamin C, B kompleks, Alfalfa, Ostematriks dan ESP
  2. Set E              : yang mengandungi  Vitalea, Vitamin C, B kompleks, Alfalfa, dan Ostematriks
  3. Set Eu Four Pack Plus : mengandungi Vitalea, Vitamin C, B kompleks, Ostematriks dan ESP
  4. Set Eu Four Pack        :  mengandungi Vitalea, Vitamin C, B kompleks, dan Ostematriks
  5. Set B  :   mengandungi Vitalea, Vitamin C, B kompleks, dan Alfalfa
Set breastfeeding Shaklee mengikut keperluan anda

Pemilihan setiap set ini bergantung kepada keperluan, keadaan ibu dan juga masalah yang dihadapi. Boleh dapatkan konsultasi daripada saya berkenaan dengan kesesuian pemilihan set2 breastfeeding ini.

Sebagai bonus buat ibu-ibu di luar sana, ingin saya kongsikan petua-petua orang lama-lama yang dapat membantu ibu-ibu menyediakan stok buat anak kesayangan mereka yang dipetik dari buku Susu Ibu, Titisan Mutiara Bonda.

RESEPI SUSU BADAM

Menurut buku Ensaiklopedia Perbidanan Melayu yang ditulis oleh YBhg. Datin Sharifah Anisah Barakbah, terdapat dua resepi yg telah terbukti berhasil membantu memperbanyakkan dan memekatkan air susu ibu, iaitu resepi susu badam dan resepi rendaman halba.

BAHAN
1 gelas susu segar
1 sudu teh serbuk badam
1 sudu besar kismis kuning/ 7 biji kurma nabi
1-2 sudu teh madu lebah asli/madu arab
1 biji telur ayam kampung (kuning sahaja)

CARA MENYEDIAKAN
Bancuh bahan sehingga sebati dan minum. Amalkan selama 2 minggu. Selepas 2minggu, minum tanpa telur (ada juga adunan digaul sebati dengan badam, kismis atau kurma dan madu asli spt jem dan ditelan begitu sahaja)

RESEPI RENDAMAN HALBA

Minuman ini khas untuk melancarkan dan membanyakkan air susu. Ramuannya ialah segenggam halba yang direndamkan ke dalam air suam sehingga kembang. Sebelum minum, tapis dan campurkan dengan madu lebah asli. Halba juga boleh direndamkan di dalam air susu lembu atau susu kambing dan dicampurkan madu. Minum 1-2 cawan sehari.

Rujukan : Barakbah A. (2007) Ensiklopedia Perbidanan Melayu.
Dipetik dari buku SUSU IBU Titisan Mutiara Bonda, DBP

Selamat mencuba ya! Semoga ibu-ibu mendapat manfaat dari penulisan saya ini dan saya doakan usaha-usaha ibu-ibu untuk menyediakan susu yang terbaik buat si manja ini mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.


Segala yang terbaik hanya buat si manja tersayang! Walau apa jua cabaran dan rintangan, akan kucuba harungi agar si manja mendapat makanan yang terbaik di dunia ini, insyaallah!


Hubungi saya untuk konsultasi pengambilan supplement semulajadi ini daripada saya, Ainul Malik melalui ainzm@yahoo.com/ 
0133536718/ 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
Salam sayang,
Mama Aiman
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...