Showing posts with label Vitamin C. Show all posts
Showing posts with label Vitamin C. Show all posts

Monday, January 5, 2015

Bolehkah Saya Hamil Jika Saya Pesakit Kanser Yang Menjalani Kemoterapi?

Puan Normala sangat gusar dan tertekan kerana dia telah berkahwin selama setahun, tetapi belum dikurniakan cahaya mata. Bukan kerana tidak berusaha untuk hamil, tetapi sebenarnya, Puan Normala sendiri yang risau dan takut untuk hamil kerana dia adalah pesakit kanser payu dara.


Beliau telah menjalani pembedahan, dan telah pun melalui proses kemoterapi. 

Sememangnya proses kemoterapi itu sendiri membuatkan dirinya cukup tabah untuk meneruskan kehidupannya kerana dia yakin bahawa jika tidak berusaha untuk sihat, banyak lagi impian dalam hidup yang boleh dicapai di dunia ini di atas semangat kasih sayang suami, ibu bapa, kaum keluarga dan rakan-rakan tersayang.

Ya, Puan Normala mengimpikan untuk melahirkan zuriat hasil perkahwinan dengan suaminya.


Tetapi, persoalannya, "Bolehkah saya hamil jika saya ada kanser?"


Jawapannya :

Puan Normala adalah bekas pesakit kanser kerana telah menjalani kemoterapi untuk membunuh sel-sel kanser yang ada pada payudaranya. Oleh itu, dia harus menunggu sekurang-kurangnya selepas tempoh dua tahun daripada rawatan akhir kemoterapi ataupun radioterapi.

Sebab :

1. Ini untuk memastikan dia bebas dari kesan ubat-ubatan sewaktu menjalani rawatan menyembuhkan kanser itu. 
2. Rawatan kemoterapi juga sedikit sebanyak menjejaskan kesuburan si pesakit, contohnya mengganggu sistem kitaran haid ataupun mengalami menopous pra matang.

Jadi, bagaimana untuk memastikan badannya sembuh sepenuhnya dari kesan rawatan dan juga sel-sel kanser ini?


1. Puan Normala harus sentiasa berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan berkala untuk memastikan tahap kesihatannya dalam keadaan optima.

2. Mengambil antioksida untuk memastikan sel-sel badannya sentiasa sihat dengan melindungi dan mengurangkan serta meneutralkan sel badan dari radikal bebas penyebab kanser.

3. Membantu tubuhnya untuk meningkatkan semula tahap kesuburan dalam badan.


Bagaimana Supplement Semulajadi Shaklee boleh membantu Puan Normala untuk bebas sepenuhnya dari kanser dan meningkatkan kesuburan badannya?


Ini adalah alternatif yang Puan Normala ambil untuk hamil dengan selamat.

Mengapa Puan Normala memilih Shaklee?

Kerana doktor yang ditemuinya sendiri mencadangkan agar Puan Normala mengambil supplement semulajadi setelah terlalu banyak ubatan sintetik yang telah diambilnya sepanjang rawatan kanser dijalankan ke atas Puan Normala.

Shaklee adalah supplement yang selamat kerana ia dihasilkan dari bahan semulajadi tanpa pewarna, perisa ataupun pengawet yang membahayakan kesihatan yang diakui oleh saintis seluruh dunia (penyelidikan pihak ketiga) berkesan dalam penyerapan di dalam badan untuk mempercepatkan tindakannya dalam badan berbanding vitamin sintetik yang lebih membahayakan.


Apakah supplement Shaklee yang membantu Puan Normala melindungi diri dari kanser dan meningkatkan kesuburan?

1. Vivix

Vivix adalah antioksida kuat yang melindungi sel sehingga ke peringkat DNA. Sumber antioksida Vivix yang tinggi dari resveratrol dan poliphenol membantu Puan Normala untuk mengoptimakan sel-sel badannya dari serangan kanser kali kedua.

Vivix juga membantu menyeimbangkan hormon badan untuk mengawalatur hormon kesuburan di dalam badan untuk menyediakan diri menerima kehadiran anak yang bakal dikandungkan.


2. Antioksida ACE

Antioksida yang penting untuk memerangi kanser adalah :

  1. Vitamin A (Carotomax), 
  2. Vitamin E dan 
  3. Vitamin C.
Kepentingan Antioksida ACE:
  • Antioksida di atas penting untuk meningkatkan sistem imun badan, menyekat aktiviti kanser dan mengurangkan radikal bebas serta menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.
  • Antioksida juga sangat penting untuk meningkatkan kesuburan badan.


GLA yang mengandungi 2 kali ganda GLA dari Evening Primrose Oil ini sangat membantu dalam meningkatkan kesuburan dengan :
  1. Mengawal atur estrogen di dalam badan untuk kesuburan wanita
  2. Membantu menyeimbangkan kitaran haid setiap bulan
  3. Melambatkan menopaus
  4. juga membantu kanser

Ini bukan rawatan, tetapi pengambilan supplement adalah untuk mencukupkan segala nutrisi yang kurang di dalam badan untuk meningkatkan lagi potensi sel di dalam badan mencapai apa yang diinginkan. Semoga dengan alternatif yang diambil oleh Puan Normala ini memberikan sinar harapan yang diimpikan, iaitu :

  1. Sembuh dari kanser sepenuhnya
  2. Berjaya hamil mendapatkan anak



Jika anda juga mengalami perkara yang sama seperti Puan Normala, anda boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat dan juga menghubungi saya, Ainul Malik, 016-3353567 untuk membantu anda meningkatkan lagi kesihatan dengan alternatif supplement selamat Shaklee ini.


Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, bolehlah dipanjangkan lagi perkongsian ini, semoga manfaat ini dapat diperluaskan lagi kepada mereka yang sangat-sangat memerlukan. 

Segala-galanya datang dari Allah yang Maha Menyembuhkan dan mengabulkan hajat, bersama-samalah kita juga berusaha dengan sebaik-baik usaha.

Semoga hajat anda dikabulkan!

Ikhlas,

AinulMalik
016-3353567
SID Shaklee Taman Puncak Saujana dan kawasan sekitar Kajang
Pos ke seluruh Malaysia



Wednesday, October 22, 2014

Rahsia Banyakkan Susu Ibu Dengan Berkesan Dari Ibu Yang Gagal Menyusu Anak Pertama

Assalamualaikum para ibu semua :)

Ramai yang mencari-cari rahsia dan tips untuk banyakkan susu ibu dengan cepat dan berkesan. Insyaallah, saya akan berkongsi segala yang saya tahu melalui pengalaman dan dan pengetahuan yang sentiasa saya timba untuk menyediakan susu badan yang secukupnya buat Amni Zahraa, anak kesayangan saya.


Ya, dulunya memang saya bekerja. Keluar rumah jam 7.30 pagi dan sampai ke rumah jam 7 malam. Saya dah melalui bermacam-macam perit dan getir dalam bidang penyusuan ini, iaitu :
  1. Aiman anak pertama reject menyusu dari saya sekitar usianya 3bulan
  2. Susu mengering dan terus terpaksa berhentikan penyusuan badan kepada Aiman
  3. Lahir anak kedua, Amni terkena kuning sehingga admit wad, saya berusaha memperbanyakkan susu ibu di awal pantang
  4. Susu badan saya mulai merudum ketika Amni 5 bulan-7bulan

Pengalaman Penyusuan Saya Gagal untuk Anak Pertama


Anak pertama, Aiman reject menyusu terus dari badan. Memandangkan ini kali pertama saya menyusukan anak, jadi, bacaaan dan ilmu online yang saya timba selama 9 bulan rupanya belum cukup membuatkan saya mahir untuk menyusukan Aiman. 

Ini maknanya, saya kurang lagi menggali ilmu. Saya kurang bertanya dengan orang-orang yang berpengalaman, saya tidak membaca buku, hanya mengharapkan sumber ilmu dari internet yang saya anggap cukup, rupa-rupanya tidak.

Setelah berpengalaman menyusukan Amni sepenuhnya, saya tahu masalah saya gagal menyusukan anak pertama sepenuhnya adalah kerana :

  1. Cara latching dan perlekapan mulut anak dengan payudara ibu adalah salah, membuatkan susu tidak mengalir dengan secukupnya
  2. Kurang direct feed bermakna kurang stimulasi
  3. Saya dah perkenalkan anak pertama dengan susu formula, jadi dia lebih selesa minum susu susu yang banyak dari botol berbanding badan
  4. Saya kurang mengepam susu semasa kerja membuatkan susu badan saya membengkak dan berkurang kerana kurangnya permintaan, iaitu supply on demand
  5. Pam susu saya bermasalah, dan saya melengahkan membaikinya membuatkan hasil pengepaman susu saya tidak banyak kerana pam rosak
Jadi, disimpulkan di sini bahawa kegagalan penyusuan badan kepada anak pertama berpunca dari sikap ibu sendiri, ya, saya tahu ini salah saya dan saya cuba memperbaiki kesalahan saya untuk anak kedua.

Prinsip Penyusuan Badan yang Perlu Difahami untuk Menjayakan Penyusuan Badan


Ibu perlu faham bahawa kita tidak boleh bergantung kepada supplement saja semata-mata tanpa mengamalkan prinsip asas penyusuan dan mengaplikasikan teknik teknik ini dengan ilmu.


Prinsip asas penyusuan :



  1. Banyakkan direct feeding dan stimulasi untuk menghantar isyarat kepada badan menghasilkan lebih banyak susu, kerana kilang susu kita demand on supply
  2. Banyakkan minim air kosong, lebih dari 3 liter. Banyaknya! Malaslah! Kenapa kena minum sebanyak tu? sebab kita menggunakan air untuk proses dalaman badan kita dan untuk menampung penghasilan susu kepada anak selama 24 jam! Jadi? fikir-fikirkan :)
  3. Banyakkan berdoa, kurang berdoa bermakna kita hanya redha dan tidak bersungguh mahukan susu dihasilkan dari badan sebagai rezeki tidak terhingga dari Allah.
Jadi, jika anda ibu yang betul-betul mahu berikan yang terbaik buat anak anda, anda akan rela menyediakan fizikal dan mental untuk menghasilkan susu sebanyak mungkin! Siapa yang tak mahu anaknya montel dan gebu kan?


Kenapa saya kecewa tidak dapat menyusukan anak sepenuhnya?


Dahlah dalam susu badan kita tu ada khasiat antibodi yang tiada dalam susu formula, mana nak cari susu formula yang dapat tandingi susu badan kita?

Perbandingan formula milk dan breatmilk ihsan Google

Wah, menangis saya tengok carta ini! Bayarla duit ribuan ringgit untuk beli susu formula memang tak dapat tandingi kenikmatan dan kehebatan susu ibu ini!

Dalam susu formula ada ramuan kasih sayang?

Masyaallah, ini satu lagi yang boleh buatkan saya menangis. Alhamdulillah, untuk Amni Zahraa, saya dapat berzikir Ya Matin (Zikir penambah susu), Ya Wahab (Zikir tambah rezki) Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir (Zikir erat kasih sayang), Ya Rahman Ya Rahim (Kasih sayang) Ya Hakim (untuk kebijaksanaan) dan banyak lagi sepanjang menyusukan Amni dan juga sepanjang mengepam susu untuknya.

Memang sangat terharu, kan? Sebab implikasinya adalah kita menyalurkan susu terhebat dunia dengan zikir-zikir yang lahir dari ibunya sendiri, semoga bertambah-tambah berkat susu untuk anak kita tu nanti.

Saya ada kongsikan doa untuk memperbanyakkan susu di entry ini, sila klik ya.


Tegap dan montel anak susuan ibu mama ni, Amni Zahraa


Milk Booster penambah lagi hasil susuan saya


Selain itu, saya memang mengaku, memang saya menggunakan supplement untuk menambahkan lagi pengeluaran susu saya. Saya mengamalkan makan ESP, alfalfa, lecithin dan ostematrix sebagai supplement yang utama, dan B compleks, Vitamin C dan Vitalea sebagai booster menambahkan nutrisi terbaik buat anak saya.


  1. ESP : Sumber protein yang lengkap untuk menghasilkan susu di dalam badan dan memekatkan susu
  2. Alfalfa : Milk booster
  3. Ostematrix : Sumber kalsium yang penting untuk memperbanyakkan susu
  4. Lecithin : Melancarkan pengaliran susu yang bertukar jadi lemak jika susu tidak dihisap oleh anak
  5. B kompleks : Sumber untuk nutrisi kualiti susu, penting untuk saraf ibu dan anak dan penghilang stress ibu
  6. Vitamin C : Imun booster ibu dan bayi
  7. Vitalea : Nutrisi yang paling lengkap untuk kesihatan optima ibu dan bayi


Dan sememangnya kesemua ini adalah produk Shaklee, vitamin semulajadi yang telah menjalani kajian berpuluh tahun dan diiktiraf oleh Saintis seluruh dunia tentang keberkesanan dan isu selamatnya vitamin ini untuk sel badan kita dan anak kita.


Pengalaman yang indah ini pastinya saya akan kongsikan kepada ibu-ibu yang memerlukan.


Syukur, rezeki selepas BANGKIT dari kegagalan

Jika perlukan konsultasi dari saya, bolehlah hubungi saya di 016-3353567, kita berbual dari hati ke hati dengan whatsapp kerana saya memang faham jerih perih ibu yang gagal menyusu kerana saya pernah gagal kali pertama dengan anak pertama saya! Sangat pedih, ok!

Saya juga banyak berhubung dengan pakar laktasi untuk membantu menyelesaikan masalah saya. 

Untuk mengubat duka lara anda, jom saya kongsikan satu video yang memberikan inspirasi dari Peer Lactation terkenal, Dilla Jalil rakan saya dari Ipoh Perak ini. Best video ni :) 

Beliau adalah salah seorang yang saya banyak berkongsi suka duka perjalanan penyusuan saya, dan kali ini saya pula ingin menyalurkan manfaat buat anda semua!


Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.


Insyaallah, saya akan berkongsi dengan para ibu di luar sana cara mengatasi stress sepanjang penyusuan yang penuh cabaran ini dalam entry seterusnya!

Tungguuuuuu!

Semoga sharing saya memberi semangat dan inspirasi buat ibu-ibu yang hampir berputus asa di luar sana untuk berjuang menyusukan anak selama mana yang mungkin! Insyaallah, demi membesarkan anak kurniaan Allah nikmat yang tidak terhingga!


Anak-anak syurga saya
Anak adalah permata syurga dari Allah. Maafkan Mama, Aiman, mama tak bermaksud nak menghentikan penyusuan lengkap mama kepada Aiman dulu. Terima kasih kerana kehadiran Aiman banyak mengajar mama menjadi seorang ibu yang terbaik. Terima kasih ya Allah kerana dengan ilmu Mu ini dapat ku berikan yang terbaik buat Amni Zahraa. Tiada bezanya kedua-dua anak ku ini, mereka adalah yang terbaik buat saya selama-lamanya!

Terima kasih ya Allah mengurniakan saya permata syurga ini! Akan ku penuhi tanggungjawabku sebagai ibu sebaik-baiknya sementara masih ada usia. 

Mama sayang kalian berdua tiada taranya!

* Insyaallah, tidak lama lagi ebook penyusuan saya akan keluar, boleh tinggalkan no whatsapp anda di ruang komen untuk saya maklumkan kehadirannya nanti. Semoga ia bermanfaat buat ibu-ibu yang melalui breastfeeding journey yang penuh pancaroba!

Ikhlas membantu dari hati ;

Ainul Malik
016-3353567

Friday, September 19, 2014

Cara dan Tips Pulihkan Luka Melecur dengan Cepat

Anda pernah melalui situasi melecur kulit?
Ada orang-orang yang tersayang yang mengalami melecur kulit teruk sebegini?

Allahuakbar, sedih tengok, kan?
Di sini saya nak kongsi dengan anda, cara dan tips untuk sembuhkan luka melecur kulit akibat terbakar dengan cepat.


Testimonial Pulihkan Kulit Melecur dengan Cepat :



Jom baca perkongsian Puan Liza Berahim untuk mengatasi kemelecuran kulit anak yang tersayang :


Melecur teruk, terbakar, api, vitamin E, mealshake, chewable vitamin C, Basic H, herbalblend cream



testi anak sendiri. Terbakar dekat muka masa bakar sampah. Tak perasan dlm tu ada tin spray ambi pur. Meletup tu yg kena dkt muka. semalam pegi klinik doktor ngan nurse pun terkejut. Cepatnya kulit dh recover. Cakap guna SHAKLEE doktor pun senyum.hehehe.doktor pun ckp shaklee bagus..heheheh suka dengar. 

gambar ni lps sebulan sapu vit e.kulit dh hampir sekata.kening pun dh back to normal.gambar lama boleh refer dlm fb liza yer.

dalaman bg mealshake,chewable vit c
luaran basic H,herbal cream.
kulit dh mengelupas habis br sapu vit e.tp mealshake dgn chewable still continue

dalaman bg mealshake,chewable vit cluaran basic H,herbal cream.kulit dh mengelupas habis br sapu vit e.tp mealshake dgn chewable still continue


Kegunaan Vitamin Semulajadi untuk memulihkan kulit melecur :


1) Vitamin E Complex : Antioksidan yang kuat untuk memulihkan parut luka dan mencantikkan semula kulit dari kesan parut

2) Vitamin C : Anak Puan Liza diberikan Vitamin C kunyah, sesuai dengan dos kanak-kanak untuk menyembuhkan luka kulitnya, membantu kolagen kulit untuk membentuk kulit yang cantik semula

3) Mealshake : Mengandungi semua jenis vitamin dan mineral dan datang dalam bentuk serbuk, senang dibancuh untuk diminum bersama air kesukaan. Multivitamin ini datang dengan set lengkap untuk penyembuhan luka dan menghilangkan parut dengan berkesan serta meningkatkan imuniti badan anak yang mengalami kemelucuran kulit tadi. Untuk orang dewasa, boleh pilih Vitalea dalam bentuk pil jika suka.

4) Basic H : Kulit yang luka akibat terbakar telah menjadi sensitif. Basic H adalah pencuci serbaguna yang diperbuat dari kelapa TANPA MENGANDUNGI sabun dan bahan-bahan kimia yang merengsakan kulit. Ini adalah percubaan alternatif Puan Liza atas kesedaran bahawa Basic H tidak sama seperti sabun yang lain untuk cucian kulit anaknya.

5) Herbalblend krim : Mengandungi bahan yang boleh menyembuhkan luka, melembutkan kulit, memberi kelembapan pada kulit dan mencantikkan kulit yang rosak.

Boleh klik pada satu-satu nama Vitamin di atas untuk penerangan yang selanjutnya.

Semoga perkongsian saya membantu anda yang gundah gulana kerana peristiwa ini akan mengganggu perasaan kita yang dihantui parut luka lama.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut :
PM facebook Ainulmalik @
Wasap/call/sms 016-3353567

SAYA PENGEDAR SHAKLEE KAWASAN KAJANG, boleh COD ke TAMAN PUNCAK SAUJANA, TAMAN CHERAS JAYA DAN PUTRAJAYA
Saya sedia membantu anda!

Atau klik di sini untuk mendapatkan supplement set melecur ini dengan penghantaran yang selamat oleh GDEX :
http://bit.ly/SetMelecurKulit

Semoga perkongsian Jumaat saya hari ini membantu anda untuk sembuh seperti sedia kala!


Sihat.Ceria.Bahagia

:)

Tuesday, July 8, 2014

Penawar Gout dengan Vivix Shaklee

Alhamdulillah, seorang kawan ayah saya sendiri KINI telah menemui penawar gout yang telah dihidapi selama berpuluh tahun, iaitu dengan Vivix Shaklee. 

Pakcik ini memang bergantung kepada ubat gout dan painkiller, sehingga jika terlupa untuk makan ubat, buku lalinya akan bengkak dan dia tidak dapat jalan seperti biasa.

Ini memang testimonial ikhlas dari hati seorang anak yang sangat risaukan kesihatan ayahnya.


Penawar Gour dengan Vivix Shaklee

Namun begitu, saya tidak claim bahawa dengan Vivix Shaklee adalah ubat gout, kerana ia adalah salah dari segi etika pengiklanan Kementerian Kesihatan Malaysia. Anda perlu merujuk dengan doktor mengenai masalah ini. Namun begitu, apabila kesan positif di depan mata menunjukkan hasil yang terbaik, apalah salahnya jika share kerana Vivix Shaklee supplement semulajadi ini sudah sememangnya selamat diserap oleh sel-sel badan.

Mengapa? jom kita tengok lebih lanjut lagi SEBAB-SEBAB mengapa VIVIX ITU BERKESAN :)


Pertama sekali, kita tengok dulu apakah itu gout?

Gout berlaku apabila jumlah asid urik meningkat dan berlebihan di dalam darah. Bila berlebihan, ia akan menyebabkan mendapan kristal asid urik di persekitaran sendi ataupun dalam sendi yang menimbulkan keradangan, oleh itu akan rasa sakit sendi.

Boleh rujuk mengenai gout di link Dr Anwar Arshad.

Jom lihat semula artikel saya yang bertajuk Rawatan Gout Lelaki dan Wanita dengan Sumber Semulajadi.



Jika anda ada rasa seperti di bawah, anda mengalami simptom gout yang nyata :

  1. Sakit, merah dan bengkak pada sendi
  2. Demam
  3. Keradangan tisu, menyebabkan kulit di sekitar bengkak


Di dalam artikel tersebut, saya telah menyenaraikan supplement yang membantu menjadi penawar untuk bengkak sendi seperti ini iaitu :

  1. Vivix yang dapat memulihkan sel dan ketidaknormalan sel dari peringkat dalaman
  2. Herb Lax : Untuk detox membuang sisa2 toksin di dalam badan
  3. Alfalfa complex : Menurunkan paras asid di dalam badan, dan menyingkirkan toksin dalam badan
  4. B kompleks : Asid folik sangat penting dalam metabolisma nukleoprotin
  5. Vita C : Membantu dalam penyembuhan keradangan
  6. Garlic : Bagus untuk mengurangkan bengkak dan sakit
  7. Vita E : Menuetralkan radikal bebas
  8. Ostematrix : Bagus untuk mengurangkan bengkak dan sakit
  9. Omega : Mengurangkan inflamasi pada kawasan gout dan bagus untuk sendi

Sekarang, mari kita kaji bagaimana Vivix dapat membantu mengurangkan rasa sakit gout ini.



Tindakan Vivix yang Terbaik untuk Gout


Penawar gout terabit
Vivix supplement semulajadi terbaik

Seperti yang kita sedia maklum, Vivix bertindak melalui 4 cara iaitu :

  1. Memperbaiki DNA
  2. Mengurangkan inflamasi
  3. Meningkatkan penghasilan tenaga
  4. Mengelakkan pengumpulan protein AGE (Advanced Glycation End Product)

Jadi, pertama sekali, Vivix telah memperbaiki kesemua kerosakan pada sel darah dengan menstabilkan kandungan asid urik ke tahap yang normal.

Setelah itu, ia juga memperbaiki sel-sel yang telah membangkak dan sakit itu supaya kembali kepada sel yang sihat.

Vivix jugak mengelakkan pengumpulan protein-protein hasil pengikatan gula dan protein berlebihan dalam badan yang mengundang kepada penyakit-penyakit kronik di dalam badan seperti diabetes, alzheimer dan penyakit salur darah.

Bezanya Vivix dengan supplement yang lain, adalah, Vivix bertindak dari dalam DNA lagi, iaitu unit terkecil di dalam sel manusia yang mengandungi maklumat genetik kita!

Menakjubkan, bukan?

Itulah keistimewaan vivix!

Jom kita lihat seorang lagi pengguna Vivix yang telah menjumpai penawar goutnya. Dari Oversea, dan umurnya adalah 75 pada tahun 2010 :) 

Selepas mengalami gout beberapa kali, beliau mula mengamalkan Vivix pada Oktober 2009 dan pada 2010, kesan menakjubkan telah dirasai iaitu tiada lagi serangan gout yang dialaminya. Testi ini dikeluarkan oleh seorang Doktor perubatan, iaitu Dr Bob. Boleh lihat artikel blognya di sini.


Pengguna Vivix dari blog Dr Bob


Sebenarnya, yang paling nyata adalah, Vivix adalah supplement semulajadi, oleh itu kadar penyerapannya memang lebih bagus berganda-ganda dari supplement sintetik. Sebab itulah kesan positifnya cepat bertindak dan menunjukkan hasil. Selain itu, kandungan resveratrol nya yang sangat tinggi menunjukkan impak yang sangat bagus dan positif terhadap kesihatan kita.

Jangan ragu-ragu lagi dengan Vivix! Jika anda adalah pesakit gout, anda tahu deritanya sakit ini, pasti anda lebih menghargai perkongsian ikhlas dari hati ini kerana anda akan ceria kegembiraan selepas merasai kenikmatan Vivix Shaklee! Insyaallah, dengan izin Allah, tuhan yang Maha Menyembuhkan semua penyakit.

Yang penting, usaha, doa dan tawakkal!


Jom Order Vivix @ Set Gout sekarang!



Order Vivix :

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=d88518acbcc3d08d1f18da62f9bb26ec

Order Set Gout Lengkap :

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=042aec9e604155f2f06c0a16c5f9ba06

Semuanya di hujung jari! Mudah dan pantas untuk kesihatan menyeluruh anda dan keluarga tersayang!


Saya doakan anda yang mencuba Vivix dan set gout ini juga mengalami berita yang positif dan menggembirakan hati seperti perkongsian testimonial saya hari ini!


Tiada lagi gout dengan Vivix, insyaallah :)



Salam kasih sayang dari saya,

Ainul Malik
013-3536718/whatsapp 016-3353567



Wednesday, May 21, 2014

Penyakit Hati Pembawa Risiko Hepatitis yang Merosakkan Hati


Apakah Hepatitis?


Sebarang keradangan pada hati yang disebabkan pembengkakan mahupun kerengsaan pada sel-sel hati berpunca dari bermacam-macam punca dipanggil Hepatitis.


http://www.webmd.com/hepatitis/understanding-hepatitis-basics



Apakah acute Hepatitis?


Keradangan pada hati yang kurang dari enam (6) bulan.



Apakah kronik Hepatitis?


Keradangan pada hati yang lebih dari enam (6) bulan.



Apakah punca Hepatitis?



  • Virus Hepatitis : iaitu Virus A, B, C, D dan E.
  • Ubatan kimia (drugs)
  • Penyalahgunaan alkohol
  • Pencemaran persekitaran
  • Pembentukan lemak pada hati (Fatty Liver Hepatitis atau NASH- nonalcoholic steatohepatitis)
  • Trauma
  • Proses autoimmune di mana badan seseorang membina antibodi yang menyerang hati (autoimmune hepatitis) 


Apakah akibat berlakunya Hepatitis atau keradangan hati?


Akibat dari punca-punca yang disenaraikan di atas, penyakit hati ini akan meningkatkan bilirubin, bahan sampingan hasil kematian sel darah merah, yang menyebabkan penyakit kuning.


Secara normal, hati yang sihat akan menapis bilirubin dari darah dan membuangnya melalui hempedu.


Bagi hati yang rosak, proses penapisan ini akan terjejas yang disebabkan oleh gangguan pengaliran air hempedu di dalam hati disebabkan sel hati yang membangkak dan rosak.


Hepatitis boleh membentuk sirosis iaitu pembentukan tisu parut pada hati bagi menggantikan sel hati yang mati dan melarat untuk menjadi kanser hati.




Hepatitis iaitu keradangan hati


Simptom Penyakit Hati



  1. Jaundice atau penyakit kuning
  2. Hilang selera makan
  3. Rasa mual dan loya
  4. Air kencing keruh seperti teh
  5. Kehilangan berat badan mendadak
  6. Kenaikan berat badan yang tidak normal
  7. Muntah
  8. Cirit-birit
  9. Warna najis pucat
  10. Lemah tubuh badan
  11. Keletihan
  12. Senak di bahagian abdomen kanan
  13. Gatal-gatal
  14. Hipoglikemia (kadar gula dalam darah rendah)
  15. Demam ringan
  16. sakit otot dan sendi
  17. Kemurungan


Kegagalan Fungsi Hati menyebabkan :

  1. Sumsum tulang tidak dapat memproses sel-sel darah (Aplastic Anemia)
  2. Berkumpul cairan di abdomen (Ascites)
  3. Bengkak bawh kulit (edema)
  4. Kelainan yang mempengaruhi fungsi-fungsi otak (encephalopathy)
  5. Hati yang membengkak dan menimbulkan sakit
  6. Limpa membesar dan membengkak
  7. Perubahan pada status mental dan tingkat kesedaran diri
  8. Mudah berlaku pendarahan dalaman


Cara Mengatasi Masalah Penyakit Hati :



  • Meningkatkan Imuniti Tubuh Badan untuk serangan Virus
  • Detoks untuk pengaruh ubatan kimia, penyalahgunaan alkohol dan pencemaran
  • Menjaga diet seharian 



Penawar Penyakit Hati Dengan Alternatif Supplement Semulajadi Shaklee



1) Detoks dan pemuliharaan hati dengan DTX Complex



DTX Complex

DTX Complex adalah supplement semulajadi yang membantu dalam pemeliharaan organ hati. Formulasinya dipaten untuk mengandungi :


  • Ekstrak biji benih susu Thistle - yang menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati.
    • kaya dengan antioksida (silymarin)
    • Melindungi hati dari toksin, termasuk dadah, racun dan bahan kimia
    • Merawat masalah hati seperti heaptitis dan sirosis
    • Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat kelebihan alkohol
    • Membantu mencegah batu karang
    • Membantu maslah kulit seperti psoriasis dan ekzema
  • Artichoke
    • Membina semula sel-sel hati
    • Meransang pengaliran hempedu
  • Dandelion
    • Membantu fungsi hati, terutama ketika berlaku hepatitis dan jaundice
    • Membantu penghadaman
    • Mencegah batu karang
    • Membantu dalam endometriosis
    • Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi untuk melawan anemia
    • Melawan tumor dan kanser
    • Merendahkan paras gula dalam darah
    • Mengurangkan masalah kekembungan dan lebihan air
  • Kunyit
    • Mengandungi curcumin, sejenis antioksida
    • meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan
    • Mempunyai kesan anti viral terhadap HIV
  • Reishi mushrooms (ling zhi)
    • Membina imun
    • Membantu mencegah kanser
    • mengurangkan masalah sinusitis, bronkitis
    • Merawat sindrom keletihan
    • Membantu mencegah penyakit jantung
  • Schizandra
    • Mengandungi antioksida
    • Meransang sintesis protein
    • Meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk detoksifikasi
    • Memperlahankan pembentukan toksin


2) Meningkatkan imuniti badan dengan Nutriferon.



Nutriferon

Nutriferon adalah interferon semulajadi yang mampu meransang dan mempertingkatkan sistem imun tubuh. Mengandungi 4 ekstrak tumbuhan


  • Biji labu :
    • Meransang pengeluaran interferon semulajadi di dalam tubuh
    • Menentang radikal bebas dan faktor penyebab kanser
  • Biji Plantago asiatica
    • Mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sel-sel imun
  • Honeysuckle Jepun
    • Menentang kemasukan virus dan bakteria
  • Bunga safflower 
    • Menghasil dan menguatkan keupayaan macrophage memusnahkan virus dan bakteria


3) Bertindak jauh ke dalam DNA dengan Vivix

Vivix

Vivix® mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. 

Vivix penting untuk pemeliharaan hati dengan cara:


  • Mengurangkan risiko barah (barah hati)
  • Pencegahan/imuniti (Jangkitan parasit)
  • Menghasilkan kulit yang cantik (Masalah kulit) 


4) Untuk kerintangan terhadap penyakit dan antioksida oleh Sustained Release Vitamin C

Sustained Release Vitamin C



  • Shaklee mengandungi bahan semulajadi dalam vitamin C seperti 120mg bioflavonoids.
  • Meningkatkan lagi fungsi vitamin C
  • Mencegah pengoksidaan Vitamin C di
    dalam badan.
  • Mengurangkan kesakitan otot
  • Mengawal paras cholesterol sihat
  • Vitamin C penting untuk :
    • Mencegah jangkitan & selsema • Antioksidakuat
    • antipenuaan, melawan radikal bebas
      • Mengurangkan kerosakan badan akibat bahan kimia dan toksik. 


5) Pengawalan darah dan detoks dengan Alfalfa Complex


Alfalfa Complex

Alfalfa bertindak sebagai penulenan darah semulajadi



  • Detoksifikasi dan membersihkan hati
  • Mengurangkan bau badan
  • Mengurangkan keletihan 
  • Mengurangkan alahan

Senarai supplement semulajadi di atas adalah pilihan yang TERBAIK buat pemeliharaan hati anda.

Sayangi hati anda kerana hati adalah organ yang terpenting dalam detoksifikasi dan metabolisma badan manusia.

Hati adalah tempat penawar racun dan toksin yang ada di dalam badan dengan menguraikan ubat-ubatan dan racun yang masuk ke dalam badan kita.

Hati juga menghasilkan hempedu yang kemudiannya disimpan di dalm punci hempedu untuk penghadaman lemak. Hati turut berfungsi untuk penyimpanan gula, lemak, protein dan vitamin yang dikeluarkan mengikut keperluan badan.

Betapa pentingnya hati dalam kehidupan kita, kerana tanpa hati, jiwa kita kan mati.


Penuhkan hati dengan aura yang positif, supaya badan akan sentiasa sihat dan berupaya untuk terus menunaikan ibadah kepada Pencipta kita di dunia ini.

Sayangi hati, organ terpenting buat manusia! Pilihlah yang semulajadi, kerana ianya selamat buat sel badan kita.



Sayangi hati kita




Yang penting, kualiti dan keberkesanannya. Yang baik datang dari Allah, jom berusaha menggali ilmu untuk meningkatkan kualiti hidup dan kesihatan kita!

Konsultasi untuk set Pemeliharaan Hati ini dan panduan makan yang berkesan akan diberi bermula dari proses pengeposan barang dan berlanjutan seiring dengan ikatan ukhwah yang terjalin antara kita :)

Hubungi saya untuk maklumat lanjut, saya sedia membantu anda! Anda pasti mendapat layanan yang memuaskan!



Salam sayang,
SMS 013-3536718
FBpage : Sihat.Ceria.Bahagia



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...