Showing posts with label advanced Joint health tablet. Show all posts
Showing posts with label advanced Joint health tablet. Show all posts

Wednesday, October 8, 2014

Mengurangkan Sakit Sendi Secara Semulajadi dengan Ekstrak Boswellia

Tahukah anda yang apabila anda melakukan kerja-kerja berat, tiba-tiba terdengar bunyi-bunyi terhasil dari tulang sendi anda, itu adalah simptom anda sudah mula merasai sakit sendi?

Sakit sendi boleh diatasi secara semulajadi sebenarnya dengan ekstrak getah Boswellia.

Daun boswellia ini dikenali di Malaysia sebagai daun Luban atau kemenyan arab. Panggilan lain adalah Frankincense. 

Daun Boswellia

Sejarah Boswellia


Ia adalah sejenis daun herba yang beraroma yang berasal dari Oman, Yaman dan Somalia. Namun begitu, di Malaysia, pokok ini menjadi koleksi tanaman MARDI. Mungkin juga ada penduduk Malaysia yang turut menanam pokok ini untuk kegunaannya sendiri disebabkan mereka tahu manfaatnya terhadap sendi badan.

Dari batang kayunya, boleh digosok untuk mendapatkan getah luban ini. Getah luban atau boswellia ini berwarna jernih kekuningan di mana ianya akan diekstrak untuk digunakan untuk kegunaan tradisional. Orang Arab memanggil getah ini susu al-luban atau olibanum :)

Yang menariknya, orang Arab menjadikan luban atau kundur zikri (panggilan lain di Arab) sebagai makanan kecerdasan minda!

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.d Anas r.d dan Saiyidina Ali, bahawa ada seorang lelaki yang datang kepada Saiyidina Ali mengadu tentang penyakit lupa. Lalu Saiyidina Ali menyuruh ia menggunakan luban, kerana luban dapat menguatkan hati serta menghilangkan masalah kelupaan.

Banyaknya nama pokok ini, jadi, saya gunakan nama Boswellia saja ya dalam cerita ini :)

Pokok Boswellia ini sememangnya sangat popular di Eropah dan seluruh dunia sebenarnya, dan anda boleh kaji sendiri sejarah-sejarah pokok Luban dan cerita-cerita yang menarik tentang pokok boswellia ini.

Orang Eropah zaman dahulu menggunakan getah Boswellia ini untuk dijadikan kemenyan semasa upacara keagamaan dan juga digunakan untuk membersihkan luka dan ubat luka.


Bagaimana Boswellia bertindak dalam keradangan sendi?


Boswellia ini mengandungi asid boswellic yang dipanggil acetyl-boswellic acid yang bertindak menjadi anti-keradangan untuk sakit-sakit sendi ini.

Rujukan : http://en.wikipedia.org/wiki/Boswellic_acid

Beberapa jurnal saitifik juga telah dikeluarkan yang mengesahkan bahawa Boswellia yang mengandungi asid Boswellic ini berupaya untuk mengurangkan kesakitan sendi.

  1. Baser, S., Koch, A., Konig, W.A. (2001). "A Verticillane-type diterpene from Boswellia carterii Essential Oil". Flav. Frag. J., 16, 315-318
  2. Jump up^ Liu, Jian-Jun; Nilsson, A.; Oredsson, S.; Badmaev, V.; Zhao, W.; Duan, R. (December 2002). "Boswellic acids trigger apoptosis via a pathway dependent on caspase-8 activation but independent on Fas/Fas ligand interaction in colon cancer HT-29 cells" (abstract page). Carcinogenesis (Oxford University Press) 23 (12): 2087–2093. doi:10.1093/carcin/23.12.2087PMID 12507932.
  3. Jump up^ Ammon, HP; Safayi, H.; Mack, T.; Sabieraj, J. (1993). "Mechanism of antiinflammatory actions of curcumine and boswellic acids". Journal of Ethnopharmacology (International Society of Ethnopharmacology) 38 (2-3): 113–9. PMID 8510458.
  4. Jump up^ Ammon, HP (2002). "Boswellic acids (components of frankincense) as the active principle in treatment of chronic inflammatory diseases". Wien Medizinsche Wochenschrift (Springer-Verlag Wien) 152 (15-16): 373–8.doi:10.1046/j.1563-258X.2002.02056.xPMID 12244881.
  5. Jump up^ Anthoni, C.; Laukoetter, M.G., Rijcken, E., Vowinkel, T., Mennigen, R., Muller, S., Senninger, N., Russell, J., Jauch, J., Bergmann, J., Granger, D.N., Krieglstein, C.F. (June 2006). "Mechanisms underlying the anti-inflammatory actions of boswellic acid derivatives in experimental colitis". American Journal of Physiology: Gastrointestinal and Liver Physiology (American Physiological Society) 290 (6): G1131–7.


Jadi, jika anda mengalami sakit-sakit sendi dan tulang, mengalami kecederaan buku lali, sakit pinggang, bengkak pada lutut atau jari kaki, cepat-cepat lah cari asid Boswellic ini ya sebab ia memang diakui berkesan oleh pakar bidang tradisional, mahupun pakar-pakar perubatan dunia!

Kita mahu cari yang terbaik bukan untuk sendi badan kita?

Memandangkan saya baru mengalami bengkak jari kaki sebelah kiri secara tidak sengaja, saya pilih Advanced Joint Health Tablet yang mengandungi asid boswellic dari Boswellia ini untuk mengurangkan kesakitan tulang dan sendi jari kaki saya :)

Alhamdulillah, sangat sesuai untuk saya.
Ia juga sangat selamat diambil oleh orang tua kerana ia langsung tidak mengandungi racun, drugs/dadah untuk menghilangkan kesakitan dan juga pengawet tambahan. Ini yang kita cari bukan?

sakit sendi, supplement terbaik
AJHT yang saya pilih mengandungi boswellia untuk menyokong keselesaan sendi


Semoga perkongsian saya ini menambahkan manfaat buat anda semua :)

Thursday, January 10, 2013

Advanced Joint Health Tablet untuk kesihatan sendi TERBAIK!

Salam bahagia semua,
Pernahkah anda mengalami simptom2 seperti:
  • ketegangan sendi?
  • Lenguh-lenguh lutut?
  • bengkak sendi?
  • sakit-sakit2 sendi?
  • sendi berbunyi?
Jika anda seorang yang sangat aktif berkerja, tak kira surirumah ke; yang sibuk menguruskan rumahtangga, berkejar ke sana ke mari untuk melancarkan perjalanan aktiviti keluarga anda, seorang guru yang penuh contact hour mengajar dari pagi hingga ke petang, naik turun tangga membawa file berat, atau apa2 pekerjaan yang memerlukan kecergasan, anda boleh memilih ADVANCED JOINT HEALTH TABLET  (AJHT) SHAKLEE sebagai supplement tambahan anda setiap hari untuk meringankan dan melancarkan pergerakan sendi anda :)
Anda tak perlu berfikir 2 kali kerana AJHT ini adalah antara supplement yg popular dan hot di pasaran Malaysia untuk kesihatan sendi kerana :
  1. Terdiri dari Ekstrak Boswelia (asid boswelia AKBA) yang BERKESAN membantu menyokong keselesaan sendi : ia adalah agen anti radang semulajadi, dan menghalang bahan kimia dari menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi. Dalam ujian klinikal, asid boswelia ini membantu AJHT memberi kesan dalam masa 5 hari
  2. Terdiri dari ekstrak jagung yang mengandungi glukosamin yang meningkatkan kesan kusyen kepada sendi
  3. Mengandungi Vitamin C, Zink, tembaga dan mangan yang memelihara tisu dan sebagai penyambung tisu yang sihat
  4. BEBAS KONDROITIN: Tidak mengandungi kondroitin sulfat kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika dimakan secara oral. Kajian juga menunjukkan bahawa kondroitin sulfat mengganggu penyerapan glukosamin
Mari kita lihat soalan2 popular yg biasa ditanyakan berkenaan dengan AJHT ini:


Q : Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formulasi proprietary yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Q: Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yagn mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

Q: Apakah ekstrak jagung?
A : Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glucosamine yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligament. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Q: Apakah Boswellia ?
A: Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Q: Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?
A: Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkaitrapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding dengan AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.

Q: Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix pada masa yang sama?
Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua product yang dapat menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet

Q : Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.

Q: Mengapakah ia bebas daripada chondroitin?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika diambil secara oral ( ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat chondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan lebih baik jika diambil secara berasingan.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi Vitamin C?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% Vitamin C kerana ia merupakan nutrient penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen.Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, copper (kuprum/ tembaga) dan mangan?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 10% mineral zurih zink, copper dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

Q: Adalah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?
A : Ya.



Berminat dengan promosi yang ditawarkan oleh Shaklee ini? PM saya untuk maklumat lanjut! Jangan ketinggalan ya berkongsi kebaikan supplement terhebat dan berkualiti ini bersama2 dengan ibu, ayah, datuk, nenek dan orang2 yang tersayang!

Dapatkan juga pendaftaran PERCUMA sebagai ahli Shaklee bersama saya! Inginkan faedah2 berganda jika join bersama saya? Segala yang anda cari ada di sini!

Dapatkan tips-tips menarik di facebook sihat.ceria.bahagia. Konsultasi khas untuk pelanggan2 saya :) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...