Showing posts with label lelaki. Show all posts
Showing posts with label lelaki. Show all posts

Friday, March 7, 2014

Masalah Sperma Lemah dan Kurang Aktif

Buat pasangan yang telah berumahtangga, masalah kesuburan boleh mendatangkan isu masalah rumahtangga jika tidak ditangani dengan perbincangan hati ke hati sesama suami dengan isteri tersayang.

Kemandulan, ketidaksuburan, masalah sperma
Kasih sayang pengikat kebahagiaan rumahtangga

Masalah Sperma Lelaki

  1. Oligozoospermia : Bilangan sperma kurang dari sepatutnya
  2. Asthenozoospermia : Pergerakan sperma tidak normal
  3. Teratozoospermia : Bentuk sperma tidak normal
  4. Oligoasthenoteratozoospermia : Bentuk, pergerakan dan jumlah tidak normal
Bentuk dan morphology Sperma

Bagi menentukan sesuatu air mani (Semen yang terhasil dari kelenjar reproduksi lelaki yang keluar bersama sperma yang dihasilkan di testis) yang normal, ada garispanduan yang telah ditetapkan oleh WHO (World Health Organisation) :

  1. Jumlah sperma tidak kurang 20 juta per mililiter
  2. Jumlah air mani sekurang-kurangnya 2 ml
  3. Jumlah sperma dikeluarkan minima 40 juta
  4. Sekurang-kurangnya 60% dalam bentuk yang normal
  5. Sekurang-kurangnya 75% sperma mesti hidup
  6. Sekurang-kurangnya 50% aktif bergerak ke hadapan dan belakang
  7. Sekurang-kurangnya 25% bergerak aktif ke depan

Oleh itu, para suami dinasihatkan agar lebih berhati-hati dengan faktor penyebab ketidaksuburan ini seperti :
  • Olahraga yang berlebihan
  • Ejakulasi yang terlalu kerap
  • Pakaian ketat, sauna yang kerap dan mandian air panas yang meningkatkan suhu testis
  • Merokok, pengambilan alkohol dan kafein yang terlalu banyak mempengaruhi kualiti sperma

Penawar Vitamin Semulajadi untuk Masalah Sperma


Masalah kualiti sperma yang didialami oleh lelaki adalah berpunca dari kekurangan jumlah nutrisi vitamin E di dalam badan. Vitamin E membantu lelaki :
  • meningkatkan kesuburan
  • meningkatkan pergerakan dan kualiti sperma
  • menurunkan risiko kerosakan sperma (juga boleh menyumbang kepada masalah kelahiran atau gugur)
  • meningkatkan keintiman pada lelaki dan wanita

keintiman, seks, sperma normal, ketidaksuburan, mandul
Vitamin E untuk Pasangan Bahagia Lelaki dan Wanita

Nutrisi Penting untuk Sperma yang Normal


Selain Vitamin E, nutrisi-nutrisi yang lain juga sangat diperlukan untuk kenormalan sperma ini. Di bawah ini disenaraikan dos yang diperlukan setiap hari sebagai alternatif dan penawar mendapatkan sel sperma yang sihat.
  • Vitamin E : 800 IU sehari
  • Vitamin C : 2000-6000 mg sehari diperlukan untuk menghalang sperma dari bergumpal dan melekat sesama sendiri, yang mengundang kepada ketidaksuburan
  • Zinc : 100-200 mg sehari dapat meningkatkan level testosteron, jumlah sperma dan pergerakan sperma.
  • Coenzyme Q10 : 400 mg sehari untuk penjanaan tenaga kepada sperma
  • B kompleks : 50 mg sehari terutama B12 (1000 mcg sehari) untuk jumlah sperma dan pergerakannya
  • Selenium : 200 mcg sehari untuk bentuk sperma dan pergerakkannya
  • Asid lemak penting : 9-12 gram sehari (Omega 3 dan Omega 6 yang tidak dihasilkan dalam badan)
  • Chromium : 1000 mcg sehari
  • Copper : 2 mg sehari
Dos ini dirujuk dari : Artikel tulisan Dr Zoltan Rona, (http://www.alive.com/articles/view/17772/6_ways_to_boost_male_fertility_naturally)


Semoga artikel ini membantu para suami untuk mendapatkan sperma berkualiti demi kesinambungan zuriat anda pengikat kasih sayang anda sekeluarga :)

HUBUNGI :

SMS 013-3536718
WA 016-3353567

htpp://www.facebook.com/sihat.ceria.bahagia

Selamat mencuba ! Kami sedia memberikan HARGA TERBAIK untuk set kasih sayang ini :)


Thursday, July 12, 2012

Kolagen Asli Shaklee : Keistimewaannya dan pengalaman pengguna

Salam bahagia semua :)

Wah, dah nak hampir bulan puasa ni tak menang tangan menjawab soalan2 dan PM tentang set Mighty 3 GEM dan jugak kolagen Shaklee ni. Set Mighty 3 Gem tu popular di kalangan ibu-ibu menyusu dan mengandung seperti saya sebab die memberikan tenaga berpanjangan, mengurangkan rasa dahaga dan membantu ibu2 membuat stok, manakala Kolagen tu popular sebab menjadi persediaan sebelum raya untuk kulit yang cantik dan tegang.

So, pada hari ini saya nak publishkan pengalaman2 pengguna Shaklee yang telah mencuba kolagen asli ini. Feedback yang diberikan semua bagus setakat ini, tambah2 lagi pada mereka yg doublekan dengan set kecantikan, ataupun ESP ataupun kesemuanya!

Feedback yang pertama dari pakar penyusuan yang saya hormati, kak Azrina :

Saya quote skit pengalaman kakak ni:
"Sekarang ni kalau Papa pegang Mama..rasa bestnyer..gebu je..tu sebab Papa taknak berenggang dengan Mama, rasa syok jer bila duduk sebelah mama..lain macam jer gebu dan lembut"
"hari pertama makan trasa muka di tarik2..teganglah tu sbb saya amik kolagen dengan ESP dan PD. Cepat terai..rugi tak cuber berbaloi2. Masalah sekarang saya rimas suami asyik melekat jer hahaha" 
Testi kolagen asli Shaklee

Testi kedua dari kawan saya, Wan Fatihanum:

"Memandangkan kolagen adalah produk baru, so saya dgn bangganya rasa nak cuba. Saya amik collagen satu sachet setiap malam sebelum tido. Lepas seminggu amik, AMAZING sangat sebab saya sedar telapak tangan saya yg dulunya kering, bila sentuh sendiri pun bleh rasa kering walau pakai losyen."
"Semalam baru perasan bila usap2 tangan, eh pelik nape rasa lembab lak ni? Moist je rasanya walau pagi tu lupa nak pakai losyen. Haa baru teringat pasal kolagen. Memang mabelesla, sapa yg nak cuba mmg tak rugi. Hasben pun akui bila pegang tanganku auwww hahahha.." 

Testi Kolagen melembapkan kulit
Pada sesiapa yang dah baca post saya sebelum ni bertajuk "Collagen Powder Shaklee"  anda mungkin dah dapat gambaran mengenai apa itu kolagen dan kepentingan kolagen pada kulit. Antara faedah2 pengambilan kolagen powder adalah :

  • ANTI PENUAAN – mengurangkan liang pori-pori (pori-pori terbuka), kedutan dan garis halus.
  • MENGHIDRATKAN – Melembapkan kulit
  • MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT – Menjadikan kulir anjal, lembut dan tegang
  • MELICINKAN – Tingkatkan kelicinan kulit
  • MENYUBURKAN – Menyuburkan rambut dan kuku yang sihat
  • MENCERAH – Mengurangkan pigmentasi, jerawat dan kulit tak sekata
  • MENEGANG – Membantu menegang dan menganjalkan payudara


Kedua-dua pengalaman yang saya kongsikan di atas adalah kesan dari pengambilan kolagen KURANG dari 8 minggu, kerana mengikut kajian yang dijalankan, selepas 8minggu, kulit akan menjadi lebih baik secara menyeluruh.


- Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%
- Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
- Peningkatan dalam penampilan keseluruhan sehingga 71%
- Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69%
- Meningkatkan pemakaian kekal mekap sehingga 60%
- Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti sehingga 55%
- Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54%
- Meningkatkan keserian, tona & warna kulit sehingga 50%
- Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18%


Yang pasti, saya sendiri tak sabar2 nak mencuba produk ini yang ternyata asli, tanpa bahan sintetik dan juga pewarna dan perisa tambahan. Tapi harus bersabar ye wahai hati, tunggu sampai lepas deliver nanti, saya akan turut menjejak langkah kawan-kawan yang ingin cantik berseri dengan Kolagen Asli Shaklee ini :)


Jika digabungkan dengan produk2 yang berkaitan dengan kecantikan, seperti Vitamin C, Vitamin B kompleks, Vitamin E, GLA, VIVIX dan ESP, kesannya lebih meyakinkan! PERLU PILIH SEMUA? boleh dapatkan nasihat dan konsultasi dari saya mengenai pemilihan produk2 ini.


Hubungi saya untuk konsultasi pengambilan supplement semulajadi ini daripada saya, Ainul Malik melalui ainzm@yahoo.com/ 
0133536718/ 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
Salam sayang,
Mama Aiman
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...