Showing posts with label webinar. Show all posts
Showing posts with label webinar. Show all posts

Friday, May 23, 2014

Webinar Cara Belajar Online Masa Kini

Alhamdulillah, selesai sudah kelas online larut malam saya malam ini :)

Seramai 16 orang telah sertai kelas malam online saya malam ini, mereka yang berjaya menahan mata dari tidur di katil yang selesa semata-mata ingin mempertingkatkan kebolehan diri untuk berjaya.

Semoga semuanya dapat mengaut ilmu sedalam-dalamnya dari kelas online webinar ini. Malam ni kita share tentang tajuk perniagaan pula :D



Sekarang ni, semuanya mudah, melalui komputer, melalui handphone pun boleh belajar. Dah nama pun kelas online kan, tahniah pada orang yang mencipta webinar yang telah membantu kami untuk berkomunikasi dengan lancar malam ini.

Keluarga tetap terjaga, tak perlu keluar meninggalkan anak kesayangan, tak perlu fikir nak carikan pengasuh malam-malam buta ni, tak perlu fikir nak berpakaian cantik nak ke kelas malam, semuanya di hujung jari. Mudah kan konsep pembelajaran kita?

Ni antara luahan hati ikhlas leader-leader yang sempat saya snap. Tangkap skrinshot curi dengan terbuka ni (online katakan). Tahniah, tahniah dan tahniah pada yang telah berusaha :)

Ibu yang cekal, saya doakan kesejahteraan kepada beliau berjaya dalam bidang ini

Downline yang tak jemu mengutip ilmu, semangat ini yang kita cari, RAJIN DAN CEKAL!

Utamakan keluarga yang utama kerana kejayaan datangnya dari restu suami dan keluarga, bukan?


Saya sanggup memberikan segala-gala ilmu dan berusaha menambah ilmu untuk disampaikan dan dikongsi kepada anak didik saya kerana saya percaya, ilmu milik Allah itu akan bertambah bila dikongsi dan kerana saya sayangkan anda semua!


Jom sama-sama berjaya!

Boleh tidur dengan senyuman malam ni, esok kita sambung perjuangan yang baru
Thank you Allah!
Alhamdulillah :)

Salam sayang,
Ainul Malik :) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...